Anda di halaman 1dari 8

CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna Sabda Rasullah s.a.w.

"Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s" 1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta. 6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas. 8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat. Cara berjimak yang dituntut. 1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa. Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim. 4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya. MERANGSANG WANITA Cara-cara merangsang wanita (dengan cumbuan) Cumbu rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan). Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya. Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagianbahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang. Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan. Setelah rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosokgosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek cumbu-rayu ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut: Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan .Dikatakan :"Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?"Maka beliau bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan. (Hadis riwayat Ad Dailami) Lebih tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu. Seorang suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogenous iaitu yang berikut: 1. Daerah kening 2. Bahagian pelupuk mata 3. Hidung 4. Pipi dan sekitarnya 5. Bahagian tengkuk 6. Bahagian leher 7. Daun dan belakang telinga

8. Payudara terutamanya puting 9. Bibir dan lidah 10. Bahagian dalam mulut 11. Peha dan sekitarnya 12. Ketiak 13. Bahagian perut terutama sekitar pusat 14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj 15. bahagian tumit Bahagian-bahagian ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, samaada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis dari isteri sehingga stimulus yang diingini. Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikiuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya. Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan pengawanan? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan. Kucing umpamanya, sebelum bersetubuh terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang. Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.

Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke dalamnya. Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid. Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara stimulasi yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral. Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan: Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim. Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya: Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta. Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri. Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka. (Hadis riwayat Tirmizi). Betapa bagusnya andaikata si suami prihatin terhadap aspek cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Suami isteri akan menerima kepuasan seksual dalam kerdhaan Allah Tala. Suami yang bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi wanita. Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan rumahtangga. (dipetik dari laman web Dr. Ismail Arshat) Rahsia Seks Lelaki Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks. 1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki. 2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka. 3. Lelaki Juga Perlukan Istimta Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki. 4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan

menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks. Rahsia Seks Wanita Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami faham-faham sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks. BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang. WAKTU SUBUR Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri buang tebiat kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini. Mencari G-Spot Bagaimanakah caranya mencari G-Spot? Inginkan panduan? Sila rujuk di sini atau sila baca artikel G-spot ini (18sx* - untuk mereka yang sah di sisi undang-undang untuk melayari laman ini sahaja). Foreplay Apakah wilayah yang penting sebagai pembangkit kehangatan sebelum menikmati hubungan intim? Dahi - Minta teman anda menghembuskan nafas sehingga terasa kehangatannya. Cium dengan penuh romantis Leher - Mulakan dengan mencium dagu, kemudian dengan belaian cium leher belakangnya.

Telinga - Usap telinga pasangan anda dengan lidah. Bibir - Cium perlahan-lahan dan dengan lama. Mulut - Beri ciuman french kiss yang mengejutkan! Teknik-teknik hangat untuk membangkit suasana romantis dan panas antara suami isteri di AskMen.com MASALAH SEKSUAL Female Sexual Dysfunction (FSD) Ini berkaitan dengan masalah kelamin wanita. Jika lelaki mempunyai masala Erection Dysfunction atau mati pucuk, wanita mempunyai Female Sexual Dysfunction (FSD). Masalah ini boleh dibahagi kepada empat keaadan; kurang bernafsu, kesukaran mencapai keghairahan, kesukaran menikmati kemuncak syahwat dan kesakitan ketika bersetubuh. Jika lelaki mempunyai Viagra, Cialis dan Levitra untuk mengatasi masalah mereka, kini wanita juga ada zestra. Zestra adalah sejenis cecari pencetus kemesraan untuk menambahkan keseronokkan hubungan kelamin. Zestra dirumus daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi dan dianggap selamat of "Federal Food and Drugs Agency (FDA)" dari Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila ke layari www.zestra-asean.com. Menghilangkan "Love Bite" Tentunya anda tidak mahu love bite menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit! Ini ada cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite. 1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa. 2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika. 3)Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang. 4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.

Anda mungkin juga menyukai