Anda di halaman 1dari 9

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Sumbangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani dalam Perkembangan Ilmu di Selatan Thailand
Ahamakosee Kasor Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Yala Pattani, Thailand

Abstrak: Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani adalah salah seorang tokoh ulama yang terkemuka pada awal kurun ke- 19 di Selatan Thai. Beliau adalah salah seorang ulama yang telah membuka pusat pengajian sistem pondok di Selatan Thai dan di Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau mengambil tugas sebagai Tuan guru agama yang mengajar dan mendidik anak-anak buahnya supaya memahami ajaran Islam yang sebenar dari sudut ilmu tauhid, fiqh, dan lain-lain. Syeikh Zainal Abidin bukan seorang tokoh ulama yang mengajar sahaja malahan beliau juga seorang pengarang kitab pelbagai ilmu keagamaan seperti karya Aqidah al-Najin dalam ilmu tauhid, Kasyful Litham dalam ilmu fiqh dan Kasyful Ghaibiah dalam ilmu tasawuf. Karya-karya Syeikh Zainal Abidin masih dipelajari dan menjadi buku rujukan utama di pondok-pondok di Selatan Thail sehingga kini. Method penulisan karya beliau adalah sama dengan ulama-ulama Patani traditional sebelumnya seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Patani, Syeikh Ahmad bin Muhamad Zain al-Patani dan Syeikh Wan Muhamad kecik al-Patani. Kitab-kitab beliau sangat mempengaruhi oleh masyarakat Patani sehingga kini. Dengan itu, boleh dikatakan bahawa Syeikh Zainal Abidin adalah salah seorang ulama yang membangun tamadun ilmu keagamaan melalui karya-karya beliau kepada masyarakat Selatan Thai sehingga sampai masa kini. Beliau seorang ulama beraliran Asyariah dari sudut aqidah dan beraliran mazhab Syafii yang berasaskan kepada Ahli Sunnah wa Jamaah dari sudut fiqh.

PENGENALAN Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani adalah di antara ulama yang terkenal di kalangan masyarakat Selatan Thailand dan beliau digelarkan dengan Tuan Minal. Beliau adalah salah seorang tokoh yang terkemuka yang banyak berjasa terutama dalam menghasilkan karya-karyanya kepada masyarakat Selatan Thailand. Beliau adalah seorang Tokoh dari Patani, pengarang kitab-kitab Jawi Melayu Patani, yang terkemuka selepas Syeikh Daud bin Abdullah al-Patani, Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Patani dan Syeikh Nik Mat Kecik (Muhammad bin Ismail Dawudi) alPatani. Di antara karya beliau yang masyhur ialah Aqidah al-Najin pada ilmu aqidah dan Kasyful alLitham pada ilmu fiqh. Kitab-kitab beliau masih dipelajari dan menjadi buku rujukan utama di Selatan Thailand sehingga masa kini. Riwayat Hidup: Nama penuh beliau ialah Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad bin Muhamad Dahhan bin Syeikh Wan Syamsodin bin Syeikh Jafar. Setakat ini masih banyak maklumat tentang Syeikh Zainal Abidin yang belum diketemui. Sebagai contoh, tarikh lahir dan kematian beliau. Selain daripada itu, maklumat mengenai keluarga ibunya juga tidak diperolehi. Daripada maklumat yang sempat terkumpul tempoh hidup beliau adalah antara 47

1820- an hingga 1910-an (sekitar 85 hingga 95 tahun).1 Beliau dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Bendang Badang, iaitu sebuah tempat yang terletak di lembangan Sungai Patani, berdekatan dengan Pekan Binjai Lima, di tengah perjalanan antara Bandar Patani dengan Bandar Yala sekarang.2 Syeikh Zainal Abidin bin Ahmad berasal dari kampong Kersik Anakru, di wilayah Patani Thailand. Beliau tinggal di Permatang Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang.3 Beliau dilahirkan di kota Mekah al-Mukarrah, ketika ayah dan ibunya pergi menunaikan fardu haji di Mekah pada tahun 1830 M.4 Mengikut Haji Wan Muhammad Shaghir Abdullah nama penuh ialah al-Alim al-Allamah alMudaqqiq al-Fahhamah Sirajudin Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Patani. Nama gelaran beliau yang diberikan oleh para ulama di zamannya ialah Sirajuddin yang bererti Lampu Agama. Karya beliau Kasyful Litham merupakan karya yang terbesar yang membincangkan tentang ilmu fiqh yang paling lengkap dalam bahasa Melayu. Dalam bidang usuluddin pula karya beliau yang terkenal ialah karya Aqidah al- Najin merupakan karya kedua yang besar sesudah Warduz Zawahir karya bagi Syeikh Daud bin Abdullah al-Patani.5 Selain digelarkan dengan Sirajuddin, Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Patani digelar juga dengan al-Alim atau lebih tinggi dari sebutan

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

itu, ditambah lagi dengan gelar al-Alamah. Ada gelaran yang lebih popular di kalangan keluarga besar masyarakat pendidikan pondok terutama keluarga besar beliau di Patani Darussalam, iaitu digelar dengan Tuan Minal.6 Nama Syeikh Zainal Abidin ialah Haji Tuan Zainal Abidin bin Ahmad, beliau dikenali dengan gelaran Tuan Mina.7 Mengikut Wan Muhammad Shaghir Abdullah, gelaran Tuan Minal ini muncul daripada serangkaian peristiwa di antara Syeikh Zainal Abidin dengan murid-muridnya, iaitu apabila beliau terlalu marah kepada murid-muridnya, beliau sering membaca surah an-Nas dan apabila sampai di ayat Minal al-Jinnah Wa al-Nas, beliau mengeraskan suaranya. Kejadian ini sering berlaku hingga lama kelamaan melekatlah kalimat Minal al-Jinnah.8 Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani mempunyai tiga orang isteri dan beberapa orang anak. Antara anak-anak beliau ialah Haji Daud, alAlim al-Alamah Haji Abdul Kadir, al-Alim alAlamah Syeikh Muhamad Shalih, al-Alim alAlamah Syeikh Omar, al-Alim al-Alamah Haji Hasan, dan Hajah Fatimah. Manakala Abdul Kadir atau Haji Abdul Kadir telah berkahwin dua kali. Kali pertama Abdul Kadir telah berkahwin dengan seorang gadis berasal dari Kelantan dan memperolehi dua orang anak yang kedua-duanya menjadi ulama. Kali kedua beliau berkahwin dengan Shafiah, seorang perampuan yang berasal dari Muar, Johor atau dikenali dengan geleran Mik Muar dan memperolehi tujuh orang anak iaitu: Zainab, Maryam, Abdullah, Mohd Nor, Khadijah, Mahmud, Fatimah.9 Sementara Syeikh Omar berkahwin dengan Hajah Asiah binti Haji Abdul Rahman Gudang di Mekah mendapat anak Hajah Safiah, Muhamad Zain. Dan Hajah Safiah berkahwin dengan Haji Sulong (Tokoh ulama Patani) dan mendapat anak Din Tok Mina, Muhamad Amin Tok Minal.10 Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Patani ialah seorang ulama terkenal setelah Syiekh Daud bin Abdullah al-Patani (1769-1847) dan Syeikh Wan Ahmad bin Muhamad Zain al-Patani (1856-1908). Menurut Wan Muhamad Shaghir Abdullah dalam buku kajiannya bahawa Syeikh Zainal Abidin dengan Syeikh Daud bin Abdullah adalah terbit dari satu rumpun yang mana keturunan asalnya ialah Syeikh Ibrahim al-Hadharami bin Abar. Anak beliau bernama Wan Jamilah al-Syadaniah berkahwin dengan Syeikh Jafar dan mendapat dua orang anak. Anak yang pertama bernama Wan Syamsudin dan yang kedua bernama Wan Snik al-Karisiki. Kemudian Wan Snik ini berkahwin dengan Wan Zainab mendapat dua orang anak. Anak yang pertama diberi nama Wan Idris dan yang kedua diberi nama Wan Husai. Dari Wan Idris itulah mendapat anak yang bernama Wan Abdullah, dan Wan Abdullah mendapat seorang anak yang menjadi ulama iaitu Syeikh Daud al-Fatani.11

Manakala Wan Syamsudin mendapat anak yang diberi nama Muhamad Dahhan dan Muhamad Dahhan mendapat anak yang diberi nama Muhammad, dan Muhammad mendapat anaknya yang menjadi ulama dan tokoh di Selatan Thai iaitu Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani. Selepas mendapat pendidikan asas di kampong kelahirannya, beliau belajar di pondok Bendang Daya 12 yang terletaknya tidak jauh dari kampungnya. Di pondok ini beliau sempat berguru dengan pengasas pertama pondok tersebut iaitu Syeikh Wan Mustafa bin Muhammad Faqih alFatani (Tuk Wan Pa). Setelah Syeikh Zainal Abidin tamat belajar di pondok Bendang Daya, beliau berangkat ke Mekah. Namun bila beliau ke Mekah masih tidak jelas dan kemungkinan besar pada tahun yang tidak lama berselang dengan tarikh keberangkatan dua orang tokoh sebelumnya iaitu Syeikh Wan Muhamad Zain dan Syeikh Wan Abdul Kadir.13 Syeikh Zainal Abidin telah belajar ilmu asas agama Islam dan mempelajari al-Quran pada peringkat permulaannya bersama ayahnya sendiri iaitu Syeikh Ahmad. Selepas itu beliau menyambung pelajarannya di Mekah dengan ulama-ulama Patani yang lain. Beliau berjaya menyambung pengajiannya beliau bersama guru-guru yang terdiri dari bangsa Arab yang berada di Mekah. Di samping belajar, beliau juga turut bekerjasama dengan ulamaulama Patani dalam memperjuangkan agama Islam dan menghayati Sunnah Rasullulah .14 Antara guru-guru Syeikh Zainal Abidin ialah Syeikh Wan Mustafa bin Muhamad Faqih al-Fatani (Tok Wan Pa) dan Syeikh Abdul Rasyid al-Fatani.15 Mengikut Haji Wan Muhammad Shagir, nama guru beliau yang diketahui ialah Syeikh Abdul Rasyid alPatani, (Abdur Rasyid Keramat) Pulau Bidan. Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Patani semasa hidupnya berguru dengan Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa (Tok Bendang Daya (II). Pada peringkat awal kedua-dua ulama tersebut berada di bawah asuhan dan bimbingan Syeikh Haji Wan Mustafa bin Muhammad al-Patani (Tok Bendang Daya I). Syeikh Zainal Abidin pernah belajar di Mekah juga. Di antara sahabat-sahabatnya termasuklah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Patani, Syeikh Nawawi al-Batani dan lain-lain.16 Syeikh Zainal Abidin adalah seangkatan dengan tokoh seperti Syeikh Wan Muhamad Zain alFatani iaitu ayah kepada Syeikh Wan Ahmad alFatani. Syeikh Wan Abdul Kadir al-Fatani ayah kepada Pad Da El al-Fatani. Syeikh Wan Abdul Kadir bin Abdul Rahman al-Fatani (Syeikh Nik Dir). Syeikh Wan Ali Kutan al-Kelantani (Tok Wan Ali Kutan). Tuan Seridik Syeikh Jamaludin Negeri Sembilan (ayah kepada Syeikh Muhamad Said Linggi), Haji Abdul Samad kelumbong dan lain-lain. Dipercayai semasa beliau belajar di pondok Bendang Daya, beliau sempat bersahabat dan bergaul dengan dua orang tokoh pertama yang disebutkan, iaitu Syeikh Muhamad Zain al- Fatani 48

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

dan saudaranya Syeikh Wan Abdul Kadir al-Fatani, juga dengan Tuan Seridik.17 Ulama sezaman dengannya ialah Syeikh Abdul Rahman al-Patani (1895 M.) Syeikh Wan Abdul Kadir bin Syeikh Wan Mustafa (1895 M.) dan Syeikh Muhammad Zin bin Syeikh Wan Mustafa al-Patani.18 Di antara murid-murid awal bagi beliau yang dapat dikesan di pondok ini ialah Tok Syeikh Jarum al-Fatani, Syeikh Muhamad Said Liggi berasal dari Nigeri Sembilan, Haji Abdullah bin Penghulu Sulaiman gelar Datok Segedung ilmu berasal dari Kemudi, Bachok, Kelantan, Haji Ismail Mustafa yang dikenali dengan Tok Cik Dol Kedah, Haji Saman Abdul Rahman 19 Pak Chu Yeh Tok Raja Haji (Jambu). Tok chaok Haji Wan Muhamad (Wan Ahmad Semela) dan Haji Senik bin Saleh (dari kampong Teras Besar, Mentuan Kota Bharu (wafat sekitar 1902).20 Syeikh Zainal Abidin telah meninggal dunia di Sungai dua, Seberang Perai. Pada suatu tarikh yang setidak sedikit sekarang ini belum dapat dipastikan. Bagaimanapun pengkaji ada menumui semacam indikasi atau isyarat tarikh kematian beliau pada catan kitab Aqidah al-Najin, cetakan kedua tahun 1332 H. Catatan ini begini:
Huquq al- Taba Mahfuzah li Nahli al- Fadil al- Syeikh Omar Ibn al- Marhum Zainal Abidin al- Fatani faia Yasanghu li Ahad Taba ah bighairi iznihy wa ridhahu.

Maksudnya: bahawa hak cetak kitab berkenaan terpelihara pada anak pengarang sahaja iaitu Syeikh Omar bin al-Marhum Syeikh Zainal Abidin alFatani, maka tidak harus seseorang mencetaknya tanpa izin dan redanya. Berdasar kepada cetakan ini dapat difahami bahawa tarikh kitab berkenaan selesai dicetak 17 Zulkaedah 1332 H. pengarang sudah meninggal dunia, sebagai mana terbukti dari kalimah al- Marhum Syeikh Zainal Abidin di atas. Oleh sebab rujukan takwim menunjukkan tarikh 17 Zulkaedah 1332 H. ini adalah bersamaan dengan 16 Oktober 1914 M. maka ini bererti bahawa pada waktu kitab berkenaan selesai di cetak. Syeikh Zainal Abidin telahpun meninggal dunia ataupun jika mahu mengambil sedikit ijtihad boleh mengendalikan bahawa Syeikh Zainal Abidin tidak meninggal dunia setahun lebih awal 1913 M. masa setahun ini diambil kira sebagai batas waktu bagi jangka masa mengatur semula huruf-huruf yang di perlukan bagi mengulang cetak sesebuah kitab pada zamannya.21 Syeikh Zainal Abidin meninggal dunia pada tahun 1892 M. di Patani. 22 Mengikut yang dijelaskan oleh Puan Maimunah isteri Abdul Wahab bin Ahmad merupakan cicit bagi Syeikh Zainal Abidin menyatakan bahawa Syeikh Zainal Abidin meninggal dunia di Mekah al-Mukarramah.23 Syeikh Zainal Abidin beberapa tahun di Pulau Pinang, setelah itu beliau pergi ke Mekah al-Mukarramah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan di Mekah itulah tempat beliau meninggal dunia.24

Sumbangan dalam Bidang Ilmiah: Setelah Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Patani pulang dari Mekah, beliau terus mengasaskan sebuah pusat pengajian mengikut sistem pondok di sebuah kampung di Patani. Namun di mana dan bila pondok tersebut diasaskan belum pasti. Selain daripada membuka pondok di Patani, beliau juga berhijrah ke Sungai Dua, Seberang Perai, dan di sana juga beliau membuka pondok dengan mengikut cara sistem pondok pengajian di Patani. Ada beberapa maklumat mengatakan bahawa beliau mulai membuka pondok di Sungai Dua, Seberang Perai pada tahun 1875 M.25 Wan Muhammad Shaghir menjelaskan bahawa pada tahun 1875 M. tersebut adalah tidak jelas, kerana jika dibanding dengan maklumat yang diperolehi dari Kanzul Muid mengatakan bahawa Syeikh Muhammad Said Negeri Sembilan belajar kepada Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Patani sedangkan Syeikh Muhammad Said lahir pada tahun 1875 M. dan Syeikh Muhammad Said mulai belajar ketika berusia 12 tahun. Jika ditambah 1875 M. dengan 12 bererti berjumlah 1887 M. bererti Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Patani masih berada di Patani sebelum berhijrah ke Sungai Dua, Seberang Perai. Walau bagaimanapun didapati maklumat bahawa Syiekh Zainal Abidin berhijrah ke Pulau Pinang sebelum tahun 1900 M. lagi.26 Dengan ini, nyata bahawa kemungkinan beliau berhijrah ke Pulau Pinang disebabkan keadaan politik di Selatan Thailan tidak selamat. Kedua-dua pengajian pondok di Patani dan Sungai Dua Seberang Perai itu dibuka secara serentak dalam tahun yang sama. Syeikh Zainal Abidin Patani berulang alik mengajar kedua-dua pengajian itu. Namun ada juga berpendapat bahawa pondok pengajian di Seberang Perai itu diserahkan kepada sahabatnya sebagai pengasas pengajian pondok tersebut ialah Syeikh Abdul Samad Patani yang lebih dikenali dengan gelar Dato Samad Kelumban, Jeringo, Teluk Manuk di Naratiwat.27 Sumbangan ulama yang paling ketara dalam usaha membina tamadun Islam di Patani ialah melalui peranan mereka dalam menghasilkan kitabkitab agama dalam bahasa Melayu dan Arab. Peranan mereka ini sangat besar maknanya dalam memantapkan pemahaman masyarakat Islam di Patani serta membina budaya ilmu dan pemikiran Islam.28 Penghasilan kitab-kitab ini melalui penggunaan bahasa Melayu berkembang dengan pesat. Bahasa Melayu yang juga dibantu oleh bahasa Arab menjadi bahasa pengantar Islam di Patani dan Alam Melayu. Di sinilah letaknya keunggulan jasajasa ulama yang produktif dalam kegiatan penulisan kitab. Mereka dikatakan sangat berjasa dalam dunia persuratan Melayu di Asia Tenggara, khususnya kepada masyarakat Patani. Kitab-kitab mereka masih dipelajari sehingga hari ini di pondok-pondok Patani dan kawasan sekitarnya.29

49

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Karya-karya Kitab Kasyful Litham an As-ilatil Anam, nukilan yang berkisarkan perundangan dan dimuatkan dalam sebuah karya yang mempunyai 407 halaman. Kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian kedua dimulakan dengan kitab al-faraid (undang-undang pusaka). Untuk melengkapkan lagi kitab ini diselikkan ditepi kitab ini dengan kitab Wasyah al-Aprah wa Isbah al-Falah, karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Patani. Karya ini dicetak kali pertama oleh Matbaah Makkatul Miriah dengan empat jilid pada tahun 1308/1890. Cetakan kali kedua mengandungi dua jilid diterbitkan oleh Matbaah al-Taqaddum al-Ilmiah, Mesir. Jilid pertama diterbitkan pada tahun 1925 dan jilid kedua pada tahun 1926 Jumlah halaman semua 1194 halaman. Penulis selesai menulis karya ini pada bulan Rajab 1307/1889.30 Syeikh Zainal Abidin memulakan pendahuluannya dengan menegaskan bahawa karangan itu hasil dari permintaan rakan-rakan yang ingin mengetahui ajaran Islam melalui tulisan jawi. Beliau mengharapkan agar hasil kerjanya itu akan membantu dan memimpin mereka yang memerlukan.31 Kitab Aqidah al-Najin fi Ilmi Usulluddin. Buku aqidah yang mengandungi 140 halaman ini berasaskan mazhab Ahli Sunnah wa Jamaah. Syeikh Zainal menyiapkan buku ini pada tahun 1304 H./1890 M. dan ia disemak oleh Haji Yaqub al- Azhari, dan terus dicetak oleh Dar ihya al-kutub al-Arabiah di Qahirah, Mesir. Edisi keempatnya diterbitkan oleh Dar alMaarif, Pulau Pinang, Malaysia, dengan keizinan anak lelaki penulis, iaitu Syeikh Hasan bin Zainal Abidin yang juga dikenali sebagai Tok Minal. Kitab Kaysful Ghaibiyah pula membicarakan perkara yang ghaib seperti syurga, neraka dan hari kiamat. Kitab ini terbahagi kepada 10 bab yang membicarakan tentang ciptaan roh dan Nur Muhammad , ciptaan alam dan keindahan syurga dan orang yang layak memasukinya. Kitab ini mengandungi 150 halaman dan selesai pada 1301 H. 4/1883 M. Ia disemak semula oleh Haji Ilyas Yaqub al-Azhari dan diterbitkan buat pertama kalinya oleh Dar ihyat al-kutub alArabiah di Cairo, Mesr. Edisi ini dicetak semula oleh Dar al-Maarif, Pulau Pinag, Malaysia. Kitab Irsyad al-Ibad Ila Sabil al-Rasyad merupakan sebuah kitab berbentuk risalah yang mengandungi 20 halaman. Risalah ini ditulis oleh Syeikh Zainul Abidin yang juga dikenali sebagai Tuan Minal. Karya ini dihasilkan dengan harapan dapat membimbing orang-orang beriman ke jalan yang benar, iaitu jalan Ahli Sunnah wa Jamaah yang selama ini mengikuti jejak langkah nabi Muhammad s.a.w dan keempat-empat orang 50

khalifah al-Rasyidin dan jalan yang bersih daripada sebarang bidah dalam kehidupan sehari-hari.32 Kitab Miftahul Murid fi Ilmi Tauhid, karya ini juga dihasilkan oleh Syeikh Zainal Abidin, tujuan pertama menulis buku tersebut adalah untuk memperkenalkan masyarakat Melayu Islam Patani kepada ilmu tauhid, terutamanya sifat-sifat Allah. Kitab ini mengandungi 16 halaman, dan kitab ini menyelitkan hasil kerja dari dua orang penulis iaitu anak kepada Syeikh Zainal Abidin yang bernama Umar yang menulis tentang sebab-sebab kemurtadan, dan Haji Ahamd Melaka yang menggubah hasil kerjanya dalam bentuk syair Melayu.33 Bagi Syeikh Zainal Abidin beberapa manuskrip, antaranya ialah Risalah sembahyang Jumaat, yang tersimpan di markaz Manuskrip Melayu, Maktabah Kebangsaan Malaysia, nombor MS 111, dan Tahqiq al-Kalam yang tersimpan di Markaz Makhutat Melayu, Maktabah Kebangsaan Malaysia, nombor 167 MS.34

Pengaruh Penulisan Syeikh Zainal Abidin dalam Kalangan Masyarakat Hari Ini: Jasa dan peranan ulama dari Patani menjadikan nama Patani terkenal di merata tempat dan ia telah mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah seperti mana diberikan kepada Acheh.35 Melihat kepada peranan para ulama Patani ke arah kecemerlangan Islam di Alam Melayu, jelaslah bahawa pengaruhnya sangat besar terhadap kemajuan dan kejayaan dalam perkembangan pendidikan Islam di rantau ini, terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ada beberapa faktor terjadinya pengaruh tersebut iaitu: Peranan ulama tersebut telah melahirkan murid-murid yang alim serta arif dalam bidang agama dan memegang jawatan penting dalam masyarakat di alam Melayu, seperti Mufti, Qadi, Setiausaha Kerajaan, Imam Besar Kerajaan dan alim ulama yang membangunkan pondok dan sekolah. 36 Di samping melahirkan murid-muridnya yang berjasa dalam masyarakat, kitab-kitab yang dihasilkan juga masih diminati dan dipelajari serta menjadi bahan rujukan sampai hari ini khususnya di pondok-pondok utama, seperti kitab Matla alBadrayn wa al-Majma al-Badrayn karangan Syeikh Muhammad Ismail Daud al-Patani. Kitab ini pernah menjadi buku teks sekolahsekolah agama di negeri Johor, Selain daripada itu. Pada tahun 1360/1941 lahirnya sebuah kamus Suluh Matlaal-Badrayn susunan Ustaz Haji Abd al-Ghani Yahya yang dijadikan kamus khas kepada Matlaal-Badrayn. Pada tahun 1410/1989 lahir pula buku yang bertajuk Matla al-Nurain karya Ustaz Haji Zakaria bin Ahmad dari Alor Setar yang menghuraikan perkataan yang khusus dan uslub gaya bahasa yang susah difahami dalam Matlaal-Badrayn.

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Pengaruh ulama Patani turut berlaku apabila para ulama Patani berhijrah ke Tanah Melayu, akibat tekanan kerajaan Thailand yang membatasi segala kegiatannya. Di antara ulama tersebut ialah Syeikh Abdul Qadir bin Wan Abdul Rahmin al-Patani yang menutup di Bukit Bayas di Terengganu 1277/1864.37 Syeikh Tuan Husein Besut 1281/1864 yang menutup di Terengganu merupakan sepupu bagi Tuan Guru Haji Ibrahim bin Abdul Qadir.38 Pergolakan antara kerajaan Siam dengan orang Melayu di Selatan Thai terjadi bila mana negara Patani dibahagikan kepada tujuh negeri. Nama Patani kemudian diubah menjadi Changwad atau wilayah pada tahun 1381/1961 Setelah Patani dibahagikan kepada 7 negeri kerajaan Siam cuba mengutip cukai daripada orang Melayu di Selatan Thai. Raja Tengku Abdul Kadir yang cuba menghalang pihak kerajaan ditahan selama tiga tahun dan dibebaskan pada tahun 1905 setelah raja Patani ditangkap, pihak kerajaan mengerahkan pegawai-pegawainya untuk memungut cukai di Patani, Yakring, Yala, Raman dan Rakngit.39 Isi Kandungan Kitab Aqidah al-Najin: Antara isi kandungan adalah seperti berikut iaitu mengenal ilmu usuluddin dalam syariat Islam, sifat dua puluh yang wajib dikenali, penerangan sifat-sifat Allah yang enam nafsiyah, Sifat Nafsiay ialah sifat yang ada pada zat Allah seperti wujud, al-Jalal, al-Jamal dan al-Hilm. Sifat Salbiyah ialah sifat yang tidak layak ada pada zat Allah seperti baharu, binasa, menyerupai dengan suatu daripada yang baharu.40 dan salbiah, sifat-sifat yang mustahil atas Allah, sifat-sifat yang harus bagi Allah, dalil-dalil terhadap semua sifat tersebut, membicarakan tentang para Rasul dan para nabi, mengenali dunia dan berkaitan dengan akhirat, para Malaikat dan alam akhirat, dua kalimah syahadat, iman dan Islam membentangi diri dengan akhlak yang mulia. Dasar-dasar Ilmu Tauhid: Agama Islam sangat mengambil berat tentang ilmu tauhid kerana dengan tauhid ini manusia tidak ragu-ragu tentang kewujudan Allah dan segala ibadahnya ikhlas kepada Allah sahaja. Aqidah Islam sangat dipastikan kepada manusia seperti mana manusia itu berhajat kepada air dan udara. Tanpa aqidah Islam manusia akan luput daripada jalan yang sebenar, dengan aqidah Islam sahajalah manusia dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, manusia akan ditanyakan di mana datangnya, siapa pencipta makhluk ini, apakah sipat-sipat Allah dan namanya, tujuan apa dijadikan manusia dan makhluk maka tidak dapat menjawab soalan-soalan tersebut kecuali dengan aqidah Islam sahajalah yang dapat menjawab perkara tersebut. 41 Ilmu tauhid adalah ilmu dasar pegangan utama setiap orang Islam dan prinsip kepercayaan yang pertama sekali dalam amalannya sebelum amalanamalan lain dilaksanakan. Untuk memahami dan mempelajari serta mendalami ilmu ini (tauhid) 51

dengan lebih kukuh, seseorang itu hendaklah mengetahui dasar-dasar ilmu tauhid. Sebagaimana Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad telah mengemukakan dalam bukunya Aqidah al-Najin, katanya:
Adapun muqaddimah ilmu itu, iaitu mabadi(permulaan) yang sepuluh perkara yang lagi akan datang sebutnya, maka tak dapat tiada daripada orang yang hendak masuk belajar suatu ilmu atas wajah yang akmal (sempurna) itu, hendaklah ia mengetahui sepuluh ini: pertama had ilmu, kedua tempat hantaran, dan ketiga faedahnya, dan keempat kelebihannya, dan kelima nisbahnya, dan keenam orang yang menghantarkan dia dan ketujuh namanya dan kedelapan tempat ambilnya, dan kesembilan hukum syarak, dan 42 kesepuluh masalah.

Mengikut pendapat Syeikh Zainal Abidin mengenai mabadi ilmu tauhid yang telah dihuraikan di atas terdapat sepuluh perkara yang mesti dipelajari. Perkara pertama ialah tentang pengertian ilmu tauhid. Sebagai mana yang dijelaskan oleh Syeikh Zainal Abidin bahawa, hadnya yakni takrif ilmu tauhid itu iaitu ilmu yang dibahas daripada yang diisbatkan aqaid yang di bangsakan (sejenis) kepada agama yang di ambilkan daripada dalilnya yang di yakinkan tentang adanya Allah. Ibn Khaldun mentakrifkan dalam karyanya alMuqadddimah bahawa ilmu kalam ialah suatu ilmu yang mengandungi hujah-hujah tentang aqidah dan kepercayaan kepada Allah melalui dalil akal dan menolok aqidah yang bidaah43 dan menyeleweng daripada mazhab salaf dan Ahli Sunah.44 Difahamkan dari takrif yang dikemukakan di atas, bahawa ilmu tauhid adalah suatu dasar pegangan setiap orang Islam. Ianya merupakan ilmu yang berdasarkan keyakinan hati melalui dalil-dalil akal dan naqli (al-Quran dan hadith). Bagi kaum khalaf45 berpendapat bahawa dalil tentang kewujudan Allah adalah melalui dalil Quran, al-Sunah dan akal fikiran. Pandangan ini menyalahi kaum salaf yang berpendapat bahawa dalil tentang wujud Allah adalah melalui a-Quran dan al-Sunah sahaja tidak memakai akal fikiran. Walau bagaimanapun adalah lebih tepat dinyatakan bahawa dalil wujud Allah adalah berdasarkan kepada al-Quran dan Sunah, adapun akal fikiran adalah sebagai sokongan sahaja. Pembicaraan ilmu tauhid adalah mengenai Allah dan Rasulullah, sebagai mana Syeikh Zainal Abidin berkata, tempat hantarnya itu zat Allah dan zat segala Rasulnya daripada sekira-kira barang yang wajib dan barang yang mustahil, dan barang yang harus dan dihantarkan atas mumkin (perkara yang harus) daripada sekira-kira bahawasanya hendak mengambil dalil dengan dia atas wujud sani(yang mengadakan) yakni Allah yang berbuat dia dan dihantarkan dia atas samiat artinya segala perkara yang didengar daripada nabi daripada sekira-kira iktiqad. Jelas dari ucapan Syeikh Zainal Abidin di atas bahawa pembicaraan ilmu tauhid adalah mengenai Allah dan Rasulullah, daripada perkara yang wajib Allah dan Rasul. Demikian juga wajib mengenal perkara yang mustahil dan yang harus

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

bagi Allah dan Rasul yang berdalil kepada al-Quran, hadis dan akal fikiran. Dalam perkara ketiga beliau menjelaskan faedah ilmu tauhid, iaitu untuk mengenal Allah dan para Rasulnya, dengan menggunakan bukti yang jelas. Sebagai mana berkata Syeikh Zainal Abindin: Itu mengenal segala sifat Allah dan sifat segala rasulnya dengan segala burhan (bukti) yang qatiah (kuat) dan beroleh kemenangan dengan saadah (bahagia) yang berkekalan. Manakala perkara keempat menjelaskan ialah tentang kelebihan Ilmu tauhid. Kelebihan ilmu tauhid seperti mana yang dijelaskan oleh Syeikh Zainal Abidin iaitu:
Bahawasanya terlebih mulia segala ilmu kerana keadaan bergantung ia dengan zat Allah dan segala zat Rasulnya dan Barang siapa yang mengikut ia akan yang demikian itu dan yang bergantung itu mulia ia dengan sebab mulia tempat yang digantungnya.

Aku minta petunjuk daripada Allah S.W.T maka menunjukkan daku kepada iktiqad yang sebenar maka aku taruhkan ke dalam kitab ku ini dan sesungguhnya telah aku tanggalkan daripada segala ilmu yang ada aku iktiqad akan dia seperti aku tanggal dari pada pakaian ini. Maka ditanggalkan kain yang ia pakai yang ada padanya dan dilontarnya, kemudian maka diangkatkan kitab yang ia karang atas mazhab Ahli Sunnah kepada manusia. Maka adalah ia pertama-tama orang yang mengedarkan ilmu aqad atas jalan kitab dan sunnah yakni mengikut Quran dan hadith dan ijmak sahabat yang dahulu-dahulu yang saleh-saleh maka jadi hinalah 48 segala ahli itizal (golongan muktazilah).

Iaitu Allah . Syeikh Zainal Abidin menjelaskan bahawa ilmu tauhid merupakan semulia-mulia ilmu di sisi Allah , kerana perbicaraannya adalah mengenai Allah dan Rasul. Kelima perkara yang di bicara ialah tentang hubungan Dengan Ilmu lain (nisbahnya). Syeikh Zainal Abidin berkata, Bahawasa asal segala ilmu dan barang yang lain itu furuk (cabang) daripadanya.46 Ilmu tauhid merupakan ilmu pokok, dan ilmu yang lain itu adalah cabang daripadanya. Keenam perkara yang di bicara ialah tentang Pengasas Ilmu Tauhid. Syeikh Zainal Abidin berkata orang yang menyampaikan dia itu Abu Hasan alAsyari dan segala mereka yang mengikut oleh mereka itu akan dia, dan Abu Mansur alMaturidiyah dan yang mengikut akan dia.47 Syeikh Zainal Abidin menjelaskan di atas bahawa pengasas ilmu tauhid ialah Abu Hasan al-Asyari, kemudian diikuti pula pengikutnya iaitu Abu Mansur alMaturidiyah dan pengikut-pengikutnya yang membawa aliran aqidah Abu Hasan al-Asyari. Abu Hasan (Ali bin Ismail) al-Asyari telah dilahirkan di Basrah, Iraq pada tahun 260 H. dan meninggal pada tahun 324 H. di Basrah juga. Beliau adalah murid kepada Syeikh Abu Hasyim al-Jabai (bapa tirinya), seorang ulama besar mazhab Mutazilah. Beliau kemudian meneliti semula beberapa hadith Rasulullah (seperti hadith tentang melihat Allah di akhirat dan lain-lain) serta berijtihad mencari pegangan yang betul. Beliau kemudian mengasingkan diri dari pandangan manusia (iaitu bersembunyi dalam rumahnya tidak keluar) selama 15 hari. Setelah mendapat ilham dengan pertolongan Allah, beliau pun keluar dari rumahnya lalu pergi ke masjid Jamik dan terus menaiki mimbar, lalu beliau bertaubat dan mengisytiharkan dirinya keluar dari golongan muktazilah. Ucapan beliau sebagai mana yang dikemukakan oleh Syeikh Daud adalah seperti berikut:

Perkara ketujuh berkaitan dengan nama Ilmu Tauhid. Syeikh Zainal Abidin berkata, Ilmu tauhid dan ilmu kalam dan telah menyebut oleh sesetengah mereka itu bahawa bagi ilmu ini lapan nama49. Ini menjelaskan bahawa ilmu tauhid adalah pokok segala ilmu, begitu juga ilmu tauhid itu dikatakan ilmu kalam. Apa yang dikenali dengan ilmu kalam kerana kalam itu bererti percakapan, kerana orang yang menerangkan ilmu ini sangat memerlukan kepada pembahasan lebih panjang daripada ilmuilmu lain, maka dinamakan ilmu kalam.50 Juga dikenali ilmu ini dengan ilmu usuluddin, kerana ia adalah membicarakan tentang pokok-pokok bagi agama Islam. Perkara kelapan pula berkaitan dengan sumber Ilmu Tauhid. Beliau menyatakan bahawa tempat keluar bagi ilmu ialah daripada kitab Allah iaitu al-Quran dan hadith Rasulullah dan daripada dalil aqli. Perkara kesembilan berkaitan dengan hukum mempelajari Ilmu Tauhid yang termasuk (hukum syarak). Hukum mempelajari ilmu tauhid adalah fardu ain ke atas setiap orang Islam yang mukalaf, lelaki atau perempuan. Ianya merupakan roh Islam dan tempat bergantung segala amalanamalan yang lain. Perkara yang kesepuluh pula ialah permasalahan Ilmu Tauhid (masalahnya). Syeikh Zainal Abidin berkata, Segala permasalahannya itu hukumnya yang di bahas padanya daripada yang wajibat dan yang jaizat dan yang mustahilat. 51 KESIMPULAN Syeikh Zainal Abidin adalah salah seorang ulama yang memainkan peranan penting dalam membangun masyarakat Islam dengan membuka pusat pengajian pondok di Patani dan Seberang Perai, Sungai Dua Malaysia, melalui hasil dua buah karyanya Aqidah al-Najin dan Kasyful Litham yang masih dipelajari dan menjadi buku rujukan di Selatan Thailand. Kegiatan beliau bukan sekadar mengajar ilmu agama sahaja malahan beliau adalah pengarang pelbagai buku keagamaan seperti fiqh, usuluddin dan tasawuf sehingga beliau digelarkan sebagai al-Alim, al-Alamah, Sirajudin (lampu agama). Kerana beliau dianggapkan sebagai penyuluh masyarakat dari kejahilan kepada berilmu pengetahuan.

52

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

NOTA HUJUNG
21 1

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

Ahmad Fathy, Ulama besar dari Patani, 2009, (ed kedua),Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 65 Ahmad Fathy, Ulama Besar dari Patani, 2002, Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm: 63-64. Haji Yusuf bin Haji Mustafa. Sejarah dan Keturunan Tuan Minal (Syeikh Zainal Abidin bin Ahmad).1991. hlm. 1. Abdul Nasir Manaha, 1998, Dakwah Islamiah fi Thailand wajuhudu al-Muslimin fi sabili khilal al-qurni al-syrin,hlm: 141. Wan Muhamad Shaghir. Jurnal Dakwah. April. 1991. hlm. 16. Wan Muhamad Shaghir. Jurnal Dakwah. April. 1991. hlm. 16. Abdul Nasir Manaha, 1998, Dakwah Islamiah fi Thailand wajuhudu al-Muslimin fi sabili khilal al-qurni al-syrin,hlm: 141. Wan Muhamad Shaghir. Jurnal Dakwah. April. 1991. hlm. 16-17. Noman Haji Masae. Haji Sulong Abdul Kadir: Perjuangan dan sumbangan beliau kepada Melayu Patani.2002. Uneversiti Sain Malaysia. hlm: 82 Ahmad Fathi. Ulama Besar dari Patani, 2002, Universiti Kebangsaan Malaysia.. hlm: 68-69 Ahmad Fathy. Ulama Besar dari Patani, 2002, Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm: 64 Nama suatu kampong Bendang Daya, perkataan Bendang, erti tempat untuk tanaman padi, dan Daya bererti: kekuatan. Padi yang ditanam secara gotong royong di kampong ini dapat menampung keperluan kepada para pelajar di pondok Bendang Daya, terletak di kampong Sena (Wan Mohammad Shagir Abdullah, Silsilah ulama sejagat dunia Melayu, jilid 3. hlm: 47. Ahmad Fathy. Ulama Besar dari Patani, 2002, Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm: 64 Nasir Manaha. Dakwah Islamiah fi Thailand wajuhudu al-Muslimin fi sabili khilal al-qurni alsyrin,. hlm: 141. Tokoh ulama yang dimasyhurkan dengan gelaran Keramat Pulau Bidan itu. Haji Wan Muhamad Shaghir Abdullah. Jurnal Dakwah. April. 1991. hlm. 16. Ahmad Fathy, Ulama Besar dari Patani, 2002, Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm: 64. dan lihat Wan Muhammad Shaghir Abdullah. Dakwah. April.1991. hlm.17. Nasir Manaha. Dakwah Islamiah fi Thailand wajuhudu al-Muslimin fi sabili khilal al-qurni alsyrin, hlm: 141. Ayah kepada Tuan Guru Haji Husain Rahimi, Kelantan. Ahmad Fathy, Ulama Besar dari Patani, 2002, Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm: 68

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

Ahmad Fathy, Ulama Besar dari Patani, 2002, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 67-68. Nasir Manaha. Dakwah Islamiah fi Thailand wajuhudu al-Muslimin fi sabili khilal al-qurni alsyrin,. hlm: 142. Temubual dengan Abdul Wahab isterinya Puan Maimunah air mirah Kulim, temubual tanggal 24/9/2008 Haji Yusuf Mustafa. Sejarah dan Keturunan Tuan Minal (Syeikh Zainal Abidin bin Ahmad).1991. hlm. 1. Wan Mohd Shaghir Abdullah, Jurnal Dakwah. April. 1991. hlm. 17 Wan Mohd Shaghir Abdullah, Jurnal Dakwah. April. 1991. hlm. 17 Wan Mohd Shaghir Abdullah, Jurnal Dakwah. April. 1991. hlm. 17 Abdullah Hayee Said. Gerakan Islam di Patani (1970-1990): kajian sejarah perkembangan dan pemikirannya. hlm. 114. Abdullah Hayee Said. Gerakan Islam di Patani (1970-1990): kajian sejarah perkembangan dan pemikirannya. hlm. 115. Wan Muhamad Shaghir Abdullah, Jurnal Dakwah, April. 1991. hlm. 91-92. Selepas beliau memuji kehadarat Allah dan berselawat ke atas nabi Muhammad , Syeikh Zainal Abidin memulakan pendahuluannya dengan memberitahu para pembacanya bahawa karangan itu hasil dari permintaan rakan-rakan yang ingin mengetahui ajaran Islam melalui tulisan jawi. Beliau mengharapkan agar hasil kerjanya itu akan membantu dan memimpin mereka yang memerlukan. Kitab ini di cetak oleh Sulaiman Mare, Sengapura. Kitab ini dicetak oleh Sulaiman Mare, Sengapura. Tidak ada bukti yang menunjukkan dimana dan bila buku ini dituliskan, tetapi pada nota kulopunnya menunjukkan buku ini disemak semula oleh Uthman Saleh al-Azhari. Begitu juga, tiada bukti yang menunjukkan terbitan pertamanya, tetapi pada nota edisinya menyatakan yang ia dicetak di Darul Maarif, Pulau, Pinang, Malaysia. Buku ini disemak semula oleh Haji Ilyas Yaqub Azhari dan edisi ini dicetak oleh Darul Maarif, Pulau Pinang, Malaysia Adnan Suemae. Syeikh Ahmad Zain wa Juhuduhu fi Lughah al-Arabiah. hlm.162. Abdullah Hayee Said. Gerakan Islah di Patani (1970-1990): Kajian sejarah perkembangan dan pemikirannya. 2002. USM. hlm. 115. Abdullah Hayee Said. Gerakan Islah di Patani (1970-1990): Kajian sejarah perkembangan dan pemikirannya. 2002. USM. hlm. 117. Beliau ialah Syeikh Abdul Qadir bin Wan Rahim al-Patani membuka pondok di Bukit Bayas,

53

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

38 39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

Terengganu pada tahun 1830 M. Beliau mempunyai beberapa karya di antaranya Risalah Fi Bayan Hukmil Baii wa al-Riba dan alTarghib wa al-Tarhib Li al-Baii wa al-Syira. Beliau meninggal dunia pada tahun 1864 M. di Paya Bunga, Terengganu. (Wan Muhamad Shaghir Andullah, Penyebaran Islam, Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu, 2000, Jilid 10. hlm. 42.) Ibid. hlm. 118. A Bangnara, Patani dahulu dan sekarang, 1977, hlm. 40-41. Syeikh Zainal Abidin Muhammad. Aqidah alNajin. t.th, Dar al-Maarif. hlm. 23. Umar Sulan al-asyqar, al-Aqidah fi Allah, 2008, Dar al-Nafaiz, Jurdan, hlm. 15. Syeikh Zainal Abidin Muhammad. Aqidah alNajin. t.th, hlm. 5. Iaitu aqidah yang tidak berasas kepada al-Quran dan hadith. Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, t,th, Dar al-Syab, hlm. 423. Dengan ilmu kalam juga boleh menolok terhadap golongan yang menafikan aqidah Islam seperti agama dahulukala seperti Yahudi dan Kristian melalui akal fikiran untuk menolok mereka. (Ali Abdul Fatah, al-Firaqul al-Kalamiah al-Islamiah madkhal wa dirasatuhu, 1995, hlm. 12.) Iaitu suatu golongan yang wujud selepas daripada kurun ke tiga. Syeikh Zainal Abidin Muhammad. Aqidah alNajin. t.th, hlm. 5. Syeikh Zainal Abidin Muhammad. Aqidah alNajin, hlm. 5. Syeikh Daud bin Abdullah al-Patani. Al-Dur alThamin, hlm. 4. Di antaranya ialah ilmu kalam, usuluddin, tauhid wa sifat, al-fiqh al-Akbar. Hasan Ahmad, Kitab al-Tauhid, Matbaah Syeikh Sulaiman bin Bakar, Pulau Pinang, t.th, hlm. 4-5. dan lihat Ali Abdul Fatah dalam alFiraqul al-Kalamiah al-Islamiah madkhal wa dirasatuhu, 1995, hlm. 15-16. Perkara yang wajib bagi Allah seperti sifat wujud, qidam, baqa, perkara yang harus bagi Allah seperti iaitu membuat segala yang mungkin atau meninggalkannya seperti memberi pahala, menyeksa. Perkara yang mustahil bagi Allah seperti ketiadaan Allah, baharu, binasa dan menyerupai benda baharu. (Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad. Aqidah al-Najin. t.th, hlm. 5-7.) RUJUKAN

A.Bangnara. 1976. Patani Adeet-Pachuban. Bangkok. Chorum Saengthai Press. Abdullah HajeeSaid. 2002. Gerakan Islah Di Patani (1970-1990): Kajian Sejarah Perkambangan

Dan Pemikirannya. Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sastera. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Abdul-Ramae Sulong. 2004. Peranan Tok Guru: Kajian Kes Tok Guru Haji Wan Idris Bin Haji Wan Ali.Tesis Sarjana Prince of Songkla University. Adnan Sumae. 2005. Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zin Al- Patani Wa Juhuduh Fi AlLugah Al-Arabiah. Tesis Dukturah Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Fathy al-Fatoni. 1994 Pengantar Sejarah Patani. Pustaka Darussalam. Alor Setar. Ahmad Fathy al-Fatoni. 2001. Ulama Besar Dari Patani. Kuala Lumpur: Percetakan Ampang Press Sendirian Berhad. Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai Dan Masyarakat Islam Di Selatan Thailand. Pustaka Darussalam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Ahmad Zaki Abd. Latiff. Perbadaran di timur tengah kesannya terhadap masyarakat Islam. Abad 1 - 3 hijrah. 1997. Dewan bahasa dan pustaka. Kuala Lumpur. Anon. 2004. Sheikh Ahmad Al- Fatani dan sumbangannya kepada khazanah tamadun Islam di nusantara. Pusat Kebudayaan Islam al-Kolej Islam Yala. Asman Taeali. 2005. The writing method on fiqh of Sheikh Muhamad bin Ismail al-Fatani in Matla al- Badrayn. Tesis Sarjana Prince of Songkla University. Dulhalim Dinna. 2000. Sistem Pendidikan Pondok di Selatan Thailand: Kajian Kes Terhadap Perkembangan dan Cabarannyadi Daerah Chana. Tesis Master Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. Hasan Langgunung. 1997. Pengenalan tamadun Islam dalam pendidikan. Dewan Bahasa dan pustaka. Kuala Lumpur. Hasan Madmarn. 1990. Traditional Muslim Institution in Southern Thailand: A Critical Study of Islamic Education and Arabic Influence in The Pondok and Madrasah System of Pattani. The University of Utah. Hasan Madmarn. 2001. Pondok dan madrasah di Fatani. Universiti Kebangsaan Malaysia. Ibrahim Sukri. 2000. Prawat Rach Anacat Melayu Patani. Prince of Songkla University. Ismail Che Daud. 1996. Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Malaysia. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Ismail Hamid. Perkembangan kesusasteraan Melayu Lama. Malaysia. Kob Suwannathat. 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Dewan bahasa dan pustaka. Kuala Lumpur.

54

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Mahayudin Yahya. 2005. Tamadun Islam. Selagor: Fajar Bakti Sdn. Manaha Abd Al- Nasir Ahmad. 1998. Al-Dakwah Al- Islamiah Fi Thailand Wa JuHudu AlMuslimin Fi Sabiliha Khilal Al-Qurni Al- Isyrin Al- Miladi. Tesis Sarjana Islamic Studi Terabelus University. Mohd. Zamberi Abd Malek. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd Muhammad Lazim Lawi. 2005. Sejarah Dan Perkembangan Agama Anutan Masyarakat Melayu Patani. Pusat Kebudayaan Islam al Kolej Islam Yala. Nik Anwar Nik Mahmud. 2000. Sejarah perjuangan Patani. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Numan Hayimasae. 2002. Haji Sulong Abdul Kadir (1895-1954): Perjuangan Dan Sumbangan Beliau Kepada Masyarakat Melayu Patani. Tesis Sarjana, USM. Patna Sangkhum. Tesis Sarjana Prince of Songkla University. Wan Mohammad Shagir. 1999. Penyebaran Islam, silsilah ulama sejagat dunia Melayu, jilid 3. Khazanah Fathaniah Kuala Lumpur. Wan Mohd. Shaghir Abdullah. 2000. Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. Jilid 10. Kuala Lumpur. Khazanah Fathaniah. Yamilah Tukmee. 2003. TengkuMahjiddeen: Ciwat Prakwat lek Neukit Naikan

55

Anda mungkin juga menyukai