Anda di halaman 1dari 57

Takwil

Al-Mutasyabihat
Bagi Menolak Iktikad Sesat
Di Sisi
Ahli Tanzih

USTAZ MOHD RIDZUAN BIN IBRAHIM

1
PENGANTAR

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah tuhan sekelian alam, selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, keluarga serta
sahabat-sahabat baginda. Semoga Allah merahmati mereka semua waba’du.

Sesungguhnya di akhir zaman ini, telah muncul pelbagai golongan yang


memberikan komentar, menyebarkan fahaman serta iktikad yang menyalahi akidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Kesemua ini merupakan kesinambungan dari kesesatan yang
telahpun berlaku pada zaman salafus soleh, dan ianya telah pun didebatkan serta
dibongkarkan iktikad-iktikad kafir tersebut oleh ulama Ahli Sunnah. Cuma, cara dan
pendekatan golongan tersebut di zaman ini berbeza di mana mereka bertopengkan
sebagai Ahli Sunnah ataupun mereka mengaku sebagai penganut fahaman salaf yang
sebenar. Di samping itu mereka juga menggelar orang-orang yang tidak serasi dan tidak
sefahaman dengan mereka sebagai bukan tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak zaman berzaman telah mengarang puluhan
kitab yang menerangkan akidah Ahli Sunnah sendiri. Oleh itu lahirlah karangan seperti
Akidah al-Tahawiyyah oleh Imam al-Tahawi, al-Ibanah oleh Imam al-Asy’ari, al-Tauhid
oleh Imam al-Maturidi, Akidah al-Nasafiyyah oleh Imam al-Nasafi, Akidah al-
Sanusiyyah oleh Imam al-Sanusi, Akidah Ibn Asakir oleh Ibn A’sakir dan pelbagai lagi.
Di samping itu mereka juga menerangkan akidah pelbagai golongan sesat yang tidak
tergolong dalam kumpulan Ahli Sunnah.

Jika dikaji, apa yang telah disebutkan oleh ulama silam di zaman mereka masih
wujud pada zaman kita sekarang. Cuma bezanya ianya muncul dalam kelompok yang
kecil atas nama yang lain tetapi pada dasarnya ianya sama, bertepatan dengan apa yang
telah disebutkan oleh ulama dahulu. Antara ulama yang mengarang mengenai kumpulan-
kumpulan (firoq) yang mengaku islam secara zahirnya di samping kumpulan lain yang
memang jelas terkeluar dari islam ialah seperti Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitabnya
al-Farqu Baina al-Firaq, al-Syahrustani dalam al-Milal Wa al-Nihal, Imam Abu al-
Hasan al-Asy’ari dalam Maqalat al-Islamiyyin dan banyak lagi.
2
Dalam karya-karya ulama ini menyebutkan bahawa golongan yang kafir kepada
Allah Taala antaranya ialah golongan yang beriktikad bahawa Allah menyerupai makhluk
ciptaanNya sendiri seperti bertempat, berjisim dan sebagainya. Golongan ini dilabelkan
oleh Ahli Sunnah dengan nama al-musyabbihah dan al-mujassimah. Ahli Sunnah pula
merupakan golongan yang menyucikan Allah Taala dari yang demikian, lalu mereka
disebut sebagai Ahli Tanzih.

Golongan-golongan al-musyabbihah dan al-mujassimah tersebut secara dasarnya


berdalilkan juga dengan sumber asal yang utama dalam islam iaitu al-Quran dan juga al-
Sunnah seperti umat islam yang lain, tetapi malangnya mereka tidak beriktikad seperti
mana yang diiktikadkan oleh Nabi Muhammad, sahabat-sahabat, al-tabi’in dan golongan
selepas mereka dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jika diselami, kefahaman serta iktikad golongan al-musyabbihah dan al-


mujassimah tersebut kesemuanya lahir dari kefahaman yang tidak berasas dan dangkal
melalui ayat-ayat al-Quran serta al-Sunnah yang berada dalam kategori al-mutasyabihat.
Kedua-dua sumber yang berada dalam kategori ini disebut sebagai nusus mutasyabihat
yang berkaitan sifat-sifat bagi Allah Taala. Untuk menguatkan kepercayaan ini, golongan
al-musyabbihah melemparkan kepada Ahli Sunnah terutamanya ulama khalaf sebagai
tidak beriman dengan nusus mutasyabihat dengan istilah mua’ttilah. Oleh itu,
masyhurlah istilah di sisi mereka bahawa takwil adalah ta’til yang bermakna takwil
merupakan penafian sifat bagi Allah. Oleh itu mereka menghukum Ahli Sunnah sebagai
kafir kepada Allah, wal i’yazubillah.

Bagaimanakah ini berlaku? Ianya berlaku di sebabkan majoriti ulama khalaf


menggunakan metod takwil secara tafsili seperti mana yang akan dihuraikan nanti.
Golongan sesat tersebut sedaya upaya menyembunyikan fakta yang sebenar dengan
melaungkan slogan bahawa ulama salaf tidak menggunakan metod takwil, takwil adalah
haram kerana ianya menafikan sifat Allah, hanya golongan Jahmiyyah serta Muktazilah
sahaja yang menggunakan metod ini.

3
Oleh itulah dalam penulisan ini, insyaAllah penulis akan mengupas sedikit
sebanyak persoalan mengenai TAKWIL AL-MUTASYABIHAT BAGI MENOLAK
IKTIKAD SESAT DI SISI AHLI TANZIH agar kita dapat beroleh kefahaman serta
fakta yang sebenarnya. Tajuk ini dilihat penting kerana ianya secara tidak langsung
mempunyai kaitan rapat dengan akidah yang akan menentukan kejayaan kita di akhirat
nanti. Disamping itu, tajuk ini amat berguna oleh kita sebagai hujah untuk menolak
dakwaan golongan yang berselindung di sebalik nama Ahli Sunnah Wal Jamaah serta
salafus soleh.

Mudah-mudahan, dengan lahirnya buku ini dapat memberikan manfaat bagi kita
semua kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan Ahli Tanzih menyucikan Allah dari
sebarang persamaan dengan makhlukNya. Akhir kata, sebarang kesilapan yang mungkin
terdapat dalam buku ini, penulis mengharapkan teguran membina yang ikhlas untuk
kebaikan kita semua sebagai umat islam. Sesungguhnya nasihat-menasihati itu amat
diperlukan oleh penulis, sesuai dengan firman Allah Taala yang bermaksud:
((Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat
menasihati supaya menetapi kesabaran)) Surah al-Ashr:1-
3.

Ibnu Ibrahim

4
DEFINISI

Dalam memperkatakan setiap perkataan dalam Bahasa Arab, amat perlu kita
mengetahui maknanya dari segi istilah terlebih dahulu. Secara umumnya sebahagian
ulama menyamakan antara takwil dengan tafsir, sebahagian yang lain pula
membezakannya. Dalam hal ini, penulis mengambil pendekatan iaitu membezakan antara
keduanya dan hanya menumpukan kepada takwil di segi istilah sahaja seperti mana yang
akan diterangkan.

Al-Hafiz Murtadha al-Zabidi1 mendefinisikan takwil dari segi istilahnya sebagai:


“Menukarkan nas dari makna zahir2 kepada makna yang
terkandungnya3”.

Imam Taj al-Din al-Subki pula mendefinisikannya di dalam kitab Jam’u al-
Jawami’4 sebagai:
“Takwil ialah membawa yang zahir kepada makna yang
dikandung yang rajih5”.

Melalui dua pentakrifan yang dikemukakan, sebarang pentakwilan nas al-Quran


atau al-Sunnah untuk mengeluarkan maknanya yang tersurat kepada makna sebaliknya
iaitu tersirat perlu bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih serta dalil akal
yang putus. Apabila demikian, ianya merupakan pentakwilan yang terpuji, tidak tercela di
sisi syarak dan tepat. Sebaliknya pula, sekiranya berlawanan dengan keduanya maka ia
merupakan pentakwilan yang tercela di sisi syarak dan menyeleweng dari maksud yang
sebenarnya6.

1
Taj al-Arus Min Jawahir al-Qamus, al-Zabidi, 7 / 215.
2
Tersurat.
3
Tersirat.
4
Jam’u al-Jawami’, al-Subki, lihat dalam Majmuk Muhimmat al-Mutun, ms: 151.
5
Yang rajih iaitu bertepatan dengan dalil akal yang betul dan dalil naqli yang sabit.
6
Tafnid Maza’im al-Mudda’i Fi Ma Nasabahu Ila al-Syaikh Abdullah al-Harari, ms:16.
5
SYARAT-SYARAT TAKWIL

Setelah di ketahui definisi takwil dari segi istilah, ada syarat yang diletakkan dan
ianya mestilah dipenuhi dan dipatuhi agar sebarang pentakwilan tidak dilakukan
sewenang-wenangnya kerana demikian menjadikan kalam Allah iaitu al-Quran dan
kalam Rasul iaitu al-Sunnah sia-sia. Kaedah ada menyebutkan bahawa sesuatu kalimah
atau perkataan berdasarkan maknanya yang hakiki yang tersurat, tidak boleh membawa
kepada makna sebaliknya selagi mana tiada sebab untuk berbuat demikian. Oleh itu,
pentakwilan ini dilakukan sekiranya wujud dalil aqli yang putus dan dalil naqli yang
pasti7.

Syarat inilah yang disebutkan oleh Imam al-Razi dalam kitab usul fiqhnya al-
Mahsul sebagai:
“Tidak dibolehkan takwil nas iaitu mengeluarkannya
daripada zahir tanpa dalil akal yang putus atau sam’i yang
sabit” 8.

Kata-kata Imam al-Razi yang merupakan ulama usul ini amat berharga kerana
beliau tidak mengharamkan takwil bahkan menerangkan bahawa takwil boleh dilakukan
apabila mencukupi syaratnya. Imam al-Razi ini merupakan seorang mujaddid kurun ke-
enam hijrah seperti yang disebutkan oleh Taj al-Din al-Subki9. Syarat demikian
disebutkan juga oleh ulama usul lain antaranya al-Khatib al-Baghdadi seperti yang
dinukilkan oleh Imam al-Nawawi10. Oleh itu janganlah kita tertipu oleh sebilangan orang
di zaman ini yang mengharamkan takwil secara mutlak.

Siapakah mereka jika hendak dibandingkan atau di samakan dengan Imam al-Razi
dan ulama usul lain yang membenarkan metod takwil digunakan? Apakah taraf keilmuan
mereka untuk melabelkan sesiapa yang menggunakan metod takwil sebagai sesat, ta’til
7
Dalil aqli ialah lojik akal dan berlandaskan dalil naqli iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih yang tiada
keraguan.
8
Lihat nukilan ini dalam Tafnid Maza’im al-Mudda’i Fi Ma Nasabahu Ila al-Syaikh Abdullah al-
Harari, ms: 17.
9
Tabaqot al-Syafii’yyah, al-Subki, 6 / 201.
10
Lihat al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi, 6 / 427.
6
dan sebagainya? Sekali pun jika ada di kalangan Ahli Sunnah sendiri yang dilihat
melarang takwil, ianya menjurus kepada penggunaan metod tersebut yang tidak
mengendahkan syarat-syarat yang di tetapkan. Sekiranya mencukupi syarat-syaratnya, ia
merupakan sesuatu yang harus seperti yang dapat kita dapati dalam kebanyakan kitab-
kitab tafsir al-Quran dan syarah-syarah hadis.

PENGERTIAN MUTASYABIHAT DAN MUHKAMAT

Disebabkan tajuk takwil ini berkaitan dengan nas al-Quran dan al-Sunnah yang
merupakan sumber syariat islam, amat perlu kita ketahui apakah yang dimaksudkan
dengan mutasyabihat dan muhkamat sebelum melangkah lebih jauh berkenaan tajuk ini.

Dalam al-Quran Allah Taala berfirman yang bermaksud:


((Dialah Allah yang menurunkan kepadamu al-Kitab (al-
Quran) di antara (isi)nya ayat-ayat yang muhkamat yang
merupakan Umm al-Kitab dan yang lainnya (ayat-ayat)
mutasyabihat)) Surah Ali Imran: 7.

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa al-Quran yang diturunkan


terkandung di dalamnya iaitu kebanyakan isi kandungannya ayat-ayat yang muhkamat
yang merupakan Umm al-Kitab iaitu asal kitab. Begitu juga isi kandungannya terdiri dari
ayat-ayat mutasyabihat yang perlu dirujuk untuk memahaminya kepada ayat-ayat
muhkamat yang merupakan asal atau pun induk.

Ayat muhkamat bermaksud: ayat yang boleh ditakwilkan atau diberi makna dari
sudut bahasanya kepada satu makna sahaja atau yang diketahui secara terus, terang dan
jelas maknanya. Ini seperti firman Allah Taala yang bermaksud:
((Tiadalah sesuatupun menyerupai Dia (Allah) )) Surah al-
Syura: 11.
Melalui firman Allah Taala ini, dapat kita fahami secara terus, terang dan jelas
bahawa, apa sahaja yang dapat kita lihat, digambarkan atau difikirkan, didengar serta
dirasai, maka Allah tidak seperti kesemua itu dari apa sudut sekalipun. Ini disebabkan
7
kesemuanya merupakan makhluk ciptaan Allah dan Dia menafikan persamaanNya
dengan makhluk ciptaanNya sendiri. Allah adalah al-Khaliq yang menciptakan segala
kejadian (makhluk) dari tiada kepada ada, oleh itu mustahil bagi Allah menyerupai
makhluk ciptaanNya sendiri.

Sebarang sifat bagi Allah seperti dalam sifat dua puluh yang lafaznya sama seperti
makhluk, ianya hanyalah persamaan dari sudut lafaz dan berlainan dari sudut makna. Kita
menetapkan bagi Allah kesemua sifat tersebut kerana ianya termaktub dalam al-Quran
dan al-Sunnah yang sahih. Contohnya manusia bersifat mendengar dan Allah mendengar.
Manusia mendengar suara dengan melalui telinga, ada batasan dan sebagainya sedangkan
Allah yang menciptakan kesemua tersebut mendengar dengan sifat al-Sam’u, tiada
persamaan dengan makhlukNya.

Ayat mutasyabihat pula bermaksud: yang tidak jelas maknanya atau terkandung
pelbagai makna dan memerlukan kepada kefahaman yang jitu untuk memberikan makna
yang sepatutnya.

Kefahaman untuk menakwilkannya lahir dari ulama yang mempunyai kemahiran


berkenaan nas al-Quran dan al-Sunnah, pakar dalam Bahasa Arab yang merupakan
bahasa al-Quran dan al-Sunnah. Bukan sembarangan orang dapat menakwilkan nusus
tersebut sebagaimana yang berleluasa pada hari ini seperti yang dapat kita lihat.

Contoh ayat mutasyabihat seperti firman Allah Taala yang bermaksud:


((Al-Rahman (Allah) di atas Arasy istawa )) Surah Toha: 5.

Kalimah istawa dalam ayat di atas mengandungi pelbagai makna dalam Bahasa
Arab yang di antaranya layak bagi Allah dan sebahagian yang lain tidak layak bagi Allah.
Antara maknanya julus (duduk), istilak atau qahru (menguasai), nadhoja (masak bagi
buah), istiqrar (menetap) dan lain-lain lagi. Bagi seseorang yang hendak
menakwilkannya, perlu melihat dengan penuh keilmuan agar tidak memberikan makna
yang tidak layak kepada Allah yang boleh menyebabkan kafir. Oleh itu kita dapati ulama
Ahli Sunnah menakwilkan Istawa sebagai Qaharo dan Istilak. Dimana keduanya
8
memberikan makna bahawa Allah Taala menguasai atau memerintah secara mutlak.
Ianya pula bertepatan dengan satu firman Allah yang bermaksud:
((Dan Dialah (Allah) qahirun (Yang Maha Berkuasa) atas
sekelian hamba-hambaNya)) Surah al-An’am: 18.

Imam al-Subki Rahimahullah mengatakan berkenaan pentakwilan ini:


“Maka apa yang telah dikemukakan (iaitu menafsirkan
istiwak sebagai istilak) tidaklah melakukan sesuatu yang
terlarang dan bukanlah menyifatkan Allah dengan apa
yang tidak harus kepadaNya”11.

Mutasyabihat ini pula terbahagi kepada dua. Pertamanya urusan atau perkara
yang hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya seperti bilakah waktu akan
berlakunya kiamat, keluarnya Dajjal, timbulnya matahari di sebelah barat dan lain-lain
yang seumpamanya. Keduanya pula yang diketahui oleh orang-orang yang Allah berikan
ilmu pengetahuan kepadanya seperti menakwilkan Istawa sebagai al-Istilak dan al-
Qahru berdasarkan kepada Bahasa Arab itu sendiri dan maknanya yang layak bagi Allah.

Terdapat hikmah Allah Taala menjadikan sebahagian ayat muhkamat dan


sebahagian yang lainnya mutasyabihat. Kedua kategori tersebut merupakan satu cubaan
dan dugaan terhadap hamba-hambaNya agar bagi golongan yang membawanya kepada
makna yang sesuai, bertepatan dengan syarak akan memperolehi ganjaran yang besar.
Bagi golongan yang juga membaca al-Quran dan meneliti al-Sunnah tetapi mereka tidak
diberikan oleh Allah hidayah, mereka tetap akan sesat berdasarkan ayat-ayat
mutasyabihat ini. Ini merujuk kepada firman Allah Taala yang bermaksud:
((Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang
dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada sesiapa
yang dikehendakiNya)) Surah al-Muddassir: 31.

Dalam satu firman Allah yang lain bermaksud:

11
Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Bi Syarhi Ihya Ulum al-Din, al-Zabidi, 2 / 107.
9
((Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan
Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang
yang diberiNya petunjuk)) Surah al-Baqarah: 26.

Oleh yang demikian, al-Quran yang merupakan mukjizat yang agung akan dapat
memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, jika tidak mereka akan
sesat sekalipun mereka merupakan seorang hafiz al-Quran. Berapa banyak golongan
manusia yang sesat setelah melihat dan merasai sendiri mukjizat-mukjizat yang diberikan
kepada Rasul-rasul, dan berapa banyak pula yang mendapat hidayah dengannya. Hidayah
yang sebenarnya yang diberikan ke dalam hati seseorang hanyalah dari Allah Taala
sahaja.

Kesimpulannya di sini, nusus mutasyabihat iaitu ayat-ayat mutasyabihat serta


hadis-hadis mutasyabihat yang akan dibincangkan disebutkan juga sebagai ayat-ayat sifat
atau hadis-hadis sifat. Sebarang pentakwilan mestilah atas makna yang layak bagi Allah.

ALIRAN-ALIRAN DALAM AYAT-AYAT DAN HADIS-HADIS SIFAT

Metod takwil ini boleh dibahagikan kepada dua aliran yang besar iaitu aliran
salaf12 dan aliran khalaf13. Aliran salaf merupakan satu aliran di mana majoriti mereka
tidak menakwilkannya, ini disebut sebagai al-Tafwid atau takwil al-ijmali. Aliran khalaf
pula merupakan satu aliran yang cenderung kepada metod takwil dengan memberikan
makna yang tertentu yang sesuai dengan Bahasa Arab itu sendiri di samping sesuai bagi
Allah Taala, dikenali sebagai takwil al-tafsili.

Aliran khalaf inilah yang menimbulkan rasa benci kepada golongan musyabbihah
yang beriktikad menyamakan Allah dengan makhlukNya. Ini kerana iktikad sebenar
mereka terbongkar satu persatu dengan pentakwilan yang berasaskan dalil aqli dan naqli.
Oleh itulah Ahli Sunnah terutama ulama khalaf yang menggunakan metod ini di cemuh
serta digelar sebagai mua’ttilah oleh golongan musyabbihah tersebut. Cemuhan dan
12
Salaf beerti golongan yang hidup selepas Nabi Muhammad meliputi para sahabat, tabi’in dan tabi’ al-
tabi’in, dalam erti kata lain mereka yang hidup pada 3 kurun yang pertama.
13
Khalaf pula beerti mereka yang hidup selepas zaman salaf.
10
gelaran yang diberikan oleh mereka secara khususnya terhadap ulama khalaf, umumnya
juga merupakan celaan kepada salafus soleh yang menggunakan metod ini seperti yang
akan dihuraikan.

1: ALIRAN SALAF: Takwil Ijmali ( al-Tafwid )

Metod ini diguna pakai oleh majoriti salaf. Bukannya kesemua salaf menolak
pentakwilan secara mutlak seperti mana yang cuba dikelirukan oleh segolongan orang
untuk memasukkan akidah tasybih14 yang keji ke dalam akidah umat islam. Golongan
tersebut menggelarkan ulama khalaf Ahli Sunnah serta sesiapa yang menuruti jejak
langkah mereka sebagai golongan Jahmiyyah15 atau Muktazilah16 di sebabkan
menakwilkan sebahagian ayat-ayat sifat atau hadis-hadis sifat dengan dakwaan, salaf
tidak menakwilkan langsung.
Apakah sebenarnya takwil ijmali ini? Takwil ijmali ialah dengan cara beriman
dengan nusus mutasyabihat dalam keadaan beriman bagi nusus tersebut ada makna yang
yaliqu billah (sesuai / layak) dengan Allah yang penuh kesempurnaan, kemuliaan dan
kebesaran, jauh dari sifat keji dan kekurangan, tanpa menentukan secara pasti dan tepat
maknanya serta tanpa takyif17, yang tersurat bukanlah maksud yang sebenarnya.

Mereka yang menggunakan metod ini apabila membaca nusus mutasyabihat


mengatakan :“Lalukanlah ia (baca dan beriman) seperti mana ia datang (tersurat)

14
Akidah tasybih ialah akidah yang menyamakan Allah Taala dengan makhlukNya sendiri seperti berjisim,
bertempat, berubah, naik, turun dan sebagainya, wal i’yazubillah.
15
Mereka ialah pengikut Jahmun Bin Safwan. Golongan ini menafikan sifat-sifat yang azali bagi Allah
seperti Muktazilah. Antara anutan Jahmun ini ialah beriktikad neraka dan syurga akan binasa setelah
dimasuki oleh penghuninya. Iktikad sebegini adalah kafir. Rujuk al-Milal Wa al-Nihal oleh al-Syahrustani
dan al-Farqu Baina al-Firaq oleh Abdul Qahir al-Baghdadi.
16
Mereka ialah golongan yang beriktikad bahawa hamba yang menciptakan segala perbuatan ikhtiarnya
iaitu menciptakannya dari tiada kepada ada. Mereka mendustakan firman Allah yang bermaksud
((Katakanlah Allah jualah pencipta setiap sesuatu)) al-Ro’du: 16. Ulama juga menamakan mereka sebagai
al-Qadariyyah berdasarkan sabda Nabi “Al-Qadariyyah majusi umat ini, jika mereka sakit, jangan melawat
mereka, jika mereka mati, jangan menziarahi mereka”, riwayat Abu Daud. Ahli Sunnah berijmak
mengkafirkan mereka ini seperti yang dinukilkan oleh al-Hafiz Murtadha al-Zabidi dalam Ithaf al-Sadah
al-Muttaqin Bi Syarhi Ihyak Ulum al-Din, 2 / 135, dan Abdul Qahir al-Baghdadi dalam Usul al-Din, ms:
337, 341-343, dan Tafsir al-Asma Wa al-Sifat, ms:191. Antara pemimpin mereka ialah Wasil Bin A’tok
(131h), al-Jubbai (303h) dan Qadi Abdul Jabbar (415h). Qaul yang menyebutkan bahawa golongan ini
tidak kafir adalah qaul marjuh, dhaif yang bukannya datang dari ulama muhaqqiqin Ahli Sunnah.
17
Tanpa Takyif beerti menafikan makna yang tidak sesuai lagi batil yang difahami secara zahir (tersurat)
melalui mutasyabih.
11
tanpa kaif”. Oleh itu tidak benar sama sekali golongan yang mendakwa ulama salaf
mengatakan:“Lalukanlah (baca dan beriman) ayat-ayat sifat ala zohiriha18”.

Kalimat a’la zohiriha (mengikut zahirnya) tidak pernah disebut langsung oleh
salaf. Ini di sebabkan mengambil secara zahir iaitu yang tersurat sebagai maksud yang
sebenar akan membawa kepada pertentangan dan berlawanan, sedangkan al-Quran yang
merupakan Kalam Allah, suci dari bersifat demikian. Oleh itu ianya saling bertautan dan
menguatkan antara satu sama yang lain. Berdasarkan demikianlah, ulama Ahli Sunnah
membawakan nusus mutasyabihat ini kepada nusus muhkamat agar dapat
dikompromikan, seterusnya membawa makna yang sesuai, mulia dan terpuji bagi Allah.
Inilah yang disebutkan oleh mereka tanpa kaif. Bukannya memberikan makna yang keji
seperti yang diiktikadkan oleh musyabbihah seperti Allah bertubuh badan yang memang
diijmakkan bahawa ianya baharu.

Untuk kita melihat bagaimanakah percanggahan yang akan berlaku sekiranya


mengambil nusus mutasyabihat secara tersurat dengan menganggap ianya maksud yang
sebenar dan merupakan satu hakikat bagi Allah tanpa menakwilkannya dengan cara
dikembalikan kepada yang nusus muhkamat, contohnya ialah seperti mana firman Allah
Taala yang bermaksud:
((Dan Dialah (Allah) qahirun (Yang Maha Berkuasa)
fauqa (atas) sekelian hamba-hambaNya)) Surah al-An’am:
18.

Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud:


“((Al-Rahman (Allah) di atas Arasy istawa ))Surah Toha: 5.

Ayat yang lain pula Allah berfirman yang bermaksud:


((KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik))
Surah Fathir: 10.

18
A’la zohiriha bermaksud menganggap yang tersurat adalah maksud sebenar iaitu hakikat bagi Allah.
12
Secara tersurat ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa Allah berada di atas iaitu
berada di bahagian atas. Golongan musyabbihah yang menolak takwil mengatakan Allah
di atas secara hakikat, bukannya kiasan, menggunakan metod takwil merupakan dolak
dalih untuk tidak beriman dengan ayat-ayat tersebut. Lalu kita katakan kepada golongan
ini, bagaimanakah pula dengan firman Allah yang bermaksud :
((Dan dialah (Allah) bersama kamu dimana sahaja kamu
berada)) Surah al-Hadid: 4.

Bukankah zahir ayat ini membawa maksud, Allah bersama-sama semua manusia
di muka bumi di mana sahaja? Bagaimanakah boleh dikompromikan ayat yang
menyebutkan Allah berada di atas dan berada dimana sahaja dalam satu masa?? Adakah
keduanya hakikat atau salah satu sahaja hakikat dan satu lagi merupakan kata kiasan??
Bukankah kedua ayat tersebut berada dalam kategori ayat mutasyabihat? Adakah mereka
akan berdalih dengan menakwilkan ayat ini dan ayat-ayat lain seumpamanya yang
menunjukkan seolah-olah Allah berada bersama manusia atau di muka bumi, tetapi
menolak pentakwilan bagi ayat yang menyebutkan Allah berada di atas langit, Kursi atau
Arasy??? Apakah sandaran atau dalil yang mereka gunakan untuk membolehkan mereka
mengharamkan takwil secara mutlak, tetapi dalam masa yang sama menghalalkan pula?
Tidak lain dan tidak bukan, mereka hanya berdalilkan kepada pemikiran yang singkat dan
hawa nafsu semata-mata, menghalalkan dan mengharamkan mengikut budi bicara
sendiri.
Perlu diketahui, sesiapa yang beriktikad secara zahir atau tersurat melalui nusus
mutasyabihat berdasarkan makna ianya satu hakikat bagi Allah, kafir hukumnya kerana
menisbahkan bagi Allah Taala berjisim, memerlukan tempat, menjelma, bersatu yang
merupakan persamaan Allah Taala dengan makhlukNya sendiri.

Justeru itulah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diberikan taufiq dan hidayah
oleh Allah membawakan kesemua nusus mutasyabihat kepada yang muhkamat antaranya
ayat-ayat:
((Tiadalah sesuatupun menyerupai Dia (Allah) )) Surah al-
Syura: 11,
dan
13
(( Tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia)) Surah
al-Ikhlas: 4.

Bagi golongan yang mengatakan sudut atau arah atas layak, sesuai dan terpuji
bagi Allah dan sudut bawah pula merupakan kekurangan serta kehinaan bagi Allah, oleh
itu perlu menakwilkan ayat-ayat serta hadis-hadis sifat yang zahirnya menunjukkan
Allah berada di bawah kerana ianya hina dan tidak boleh sama sekali menakwilkan nas
yang menunjukkan Allah berada di atas kerana ia mulia.

Jawapan Ahli Sunnah bagi golongan ini yang pertamanya ialah: Allah tidak
menjadi mulia dengan makhluk ciptaanNya sendiri. Allah merupakan Tuhan semesta
alam yang berhak untuk disembah mempunyai segala sifat kemuliaan, kebesaran dan
kesempurnaan dan tidak berhajat kepada sesuatu pun daripada makhlukNya untuk
menjadi mulia. Manusia sebagai makhluk, mungkin menjadi mulia dengan sesuatu yang
merupakan makhluk juga.

Sebagai contoh, seseorang yang diberikan jawatan akan menjadi mulia dengan
jawatan yang disandangnya, atau menjadi mulia apabila dianugerahkan sesuatu pangkat
kebesaran, menjadi mulia dengan kekayaan yang dimilikinya, menjadi mulia dengan ilmu
dan amalannya dan pelbagai lagi, sedangkan Allah tidak sama sekali demikian.

Begitu juga, arah atas dan bawah, Kursi dan Arasy serta lain-lainnya adalah
makhluk ciptaan Allah. Golongan yang mengatakan Allah menjadi mulia dengan arah
atas, oleh itu perlu sifatkanNya sebagai berada di atas menjadikan Allah berhajat atau
perlu kepada semua makhluk tersebut untuk menjadi mulia. Sifat berhajat atau
memerlukan sesuatu menunjukkan sifat kekurangan. Sifat kekurangan pula adalah
mustahil bagi Allah kerana ianya tercela. Justeru itu wajib bagiNya bersifat
kesempurnaan.

Keduanya: arah atau sudut atas merupakan tempat malaikat-malaikat, begitu juga
tempat peredaran bintang-bintang, bulan dan lain-lain. Malaikat pula yang berada di
bahagian atas bukanlah lebih afdal dari para Anbiyak yang berada di muka bumi di
14
bawah. Ini kerana Anbiyak afdal dari malaikat seperti yang disebutkan oleh ulama kerana
Allah memerintahkan para malaikat sujud kepada Adam Alaihissalam.

Ketiga: tidak semestinya arah atas adalah mulia seperti yang mereka sangkakan.
Contohnya, seseorang pemerintah atau raja yang berada di bawah dan pengawal berada di
atas mengawal keselamatan, orang yang berada ditingkat atas sesebuah bangunan dari
orang yang berada di tingkat bawah. Adakah semata-mata berada arah atas ianya mulia
dan berada di bawah adalah hina? Sudah tentu tidak. Oleh itu kiasan atau perbandingan
golongan ini adalah tidak tepat sama sekali.

Kita mungkin tertanya-tanya, apakah rahsia sebenarnya golongan tersebut yang


begitu menentang keras metod takwil, lalu melabelkan kepada ulama khalaf yang
menerima pakai metod ini sebagai sesat? Kita dapat mengetahui rahsia golongan tersebut
melalui apa yang disebutkan oleh mufassir terkenal, Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan
ayat yang bermaksud :
((Kemudian (Allah) istawa atas Arasy)) Surah al-Baqarah: 29.
dengan katanya,
“Telah berkata sebahagian mereka: kami bacakannya dan
menafsirkannya mengikut apa yang terkandung dari segi
zahir bahasa, inilah merupakan golongan al-
musyabbihah” 19.

Imam al-Subki yang terkenal dalam Mazhab al-Syafii juga tidak terkecuali
membongkarkan rahsia golongan tersebut di samping menyuarakan bahayanya
mengambil secara zahir dengan kata beliau:
“Musibah yang paling besar ialah mengambil secara zahir
dan berpegang bahawa itulah maksud sebenar dan ianya
bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah. Itulah
pandangan al-mujassimah penyembah berhala”20.

19
Rujuk tafsir beliau, al-Jami’ Li Ahkami al-Quran, surah al-Baqarah: 29.
20
Tabaqat al-Syafiiyyah al-Kubra, al-Subki, 5 / 192.
15
Renungkanlah sedalam-dalamnya dua pandangan ulama Ahli Sunnah ini yang
amat mencela golongan yang mengambil secara zahir atau tersurat yang seterusnya pula
mengharamkan takwil sebagai golongan musyabbihah dan mujassimah. Kedua golongan
itu dihukumkan sebagai kafir secara ijmak oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dua
pandangan ulama yang dimuatkan di atas merupakan sebahagian kecil sahaja dari
pandangan ulama Ahli Sunnah yang mencela golongan sedemikian seterusnya
mengkafirkan mereka.

Imam Abdul Qahir al-Baghdadi yang merupakan ulama agung dalam Mazhab al-
Aya’iroh pula berkata dalam kitabnya Usuluddin21:
“Golongan al-musyabbihah adalah mujassimah22 dan al-
mujassimah adalah kafir”.

2: ALIRAN KHALAF: Takwil Tafsili

Metod ini dipegang oleh majoriti ulama khalaf memandangkan bahayanya


beriktikad secara zahir oleh golongan awam yang tidak mengerti makna sebenarnya
seperti yang dipegangi dan dikehendaki oleh ulama salaf. Oleh sebab dibimbangi
kefahaman yang salah terhadap nusus mutasyabihat oleh orang awam, kita dapat melihat
perlunya pentakwilan dilakukan oleh ulama khalaf seperti mana yang disuarakan oleh
Imam al-Ghazali:
“Demi sesungguhnya telah terpaksa bagi Ahli Sunnah
menafsirkan al-istiwak sebagai al-istilak dan al-Qahru”23.

Ulama khalaf menakwilkan nusus mutasyabihat secara detail dengan menentukan


makna-makna yang sesuai berdasarkan Bahasa Arab itu sendiri yang diturunkan oleh

21
Lihat nukilan ini dalam Tafnid Maza’im al-Mudda’i Fi Ma Nasabahu Ila al-Syaikh Abdullah al-
Harari, ms: 19.
22
Iaitu golongan yang beriktikad Allah bertubuh badan besar duduk di atas Arasy seperti seorang sultan di
atas singgah sananya. Menyamakan Tuhan dengan makhlukNya.Ini adalah iktikad yahudi.
23
Ihyak Ulum al-Din, al-Ghazali, 1 / 107.
16
Allah, bukannya berdasarkan yang tersurat semata-mata. Aliran ini mengambil
pendekatan seperti aliran salaf, iaitu kedua aliran ini sepakat tidak beriktikad makna yang
tidak layak bagi Allah dan tidak mengambil secara tersurat kerana ianya tasybih Allah
dengan makhluknya.

Mari kita renungkan sejenak mutiara kata yang disebutkan oleh Imam al-Qusyairi
dalam Tazkirah al-Syarqiyyah mengenai takwil ini bagi menolak hujah golongan yang
mengingkari takwil. Hujah bagi golongan yang menolak takwil bersandarkan kepada satu
firman Allah yang bermaksud:
((Dan tidaklah mengetahui takwilnya kecuali Allah)) Surah
al-Imran: 7.

Kata Imam al-Qusyairi:


“Dimaksudkan di situ adalah (bilakah) waktu berlakunya
kiamat. Sesungguhnya orang-orang musyrikin bertanya
Nabi bilakah berlakunya kiamat.(Oleh itu) ayat
mutasyabih merujuk kepada ilmu ghaib (kiamat), tidaklah
mengetahui kesudahan sesuatu perkara kecuali Allah
Azzawa Jalla” 24.

Beliau menambah lagi:


“Bagaimanakah boleh diterima bagi orang yang
mengatakan berkenaan kitab Allah yang tiada ruang bagi
makhluk mengetahuinya dan tidak tahu pentakwilan
kecuali Allah sahaja? Bukankah demikian merupakan
sebesar-besar celaan kepada tugas kenabian? Iaitu Nabi
Sallallah Alaihi Wa Sallam tidak mengetahui takwil yang
berkaitan sifat-sifat Allah Taala! Lalu menyeru makhluk
kepada pengetahuan yang tidak diketahuipun (oleh
baginda sendiri).

24
Dinukilkan oleh al-Hafiz Murtadha al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, 2 / 110.
17
Bukankah Allah berfirman dalam al-Quran
((Dengan Bahasa Arab yang nyata jelas)),Surah al-
Syu’aro: 195. Oleh itu mengikut pandangan mereka25
wajib mereka26 berkata dusta27 disebabkan ((Dengan
Bahasa Arab yang nyata jelas)) sedangkan tidak
dimaklumi di sisi mereka28. Jadi dimanakah keterangan29?
Sekiranya dengan Bahasa Arab, bagaimanakah
menyeru kepada apa yang tidak diketahui oleh orang Arab
sendiri sedangkan ianya berbahasa Arab. Oleh itu,
kenyataan tersebut tidaklah melainkan pengakhirannya
mendustakan Allah Taala”30.

Dalam penegasan beliau yang lain, beliau dengan tegas sekali mengatakan:
“Barang sesiapa tidak menerima takwil, berlaku demikian
kerana kurang kefahamannya dalam Bahasa Arab. Barang
sesiapa yang ilmunya luas dalam tatabahasa arab
mudahlah baginya mencapai hakikat”31.

Seterusnya beliau menyambung:


“Sesungguhnya beriman dengan sesuatu yang tidak
diketahui, asalnya32 tidak memberikan hasil, menisbahkan
Nabi sebagai menyeru kepada tuhan yang bersifat dengan
sifat-sifat yang tidak diketahui, merupakan satu perkara
yang besar (celaan) yang tidak diterima oleh muslim.
Sesungguhnya kejahilan dengan sifat-sifat (Allah)

25
Iaitu golongan yang menolak takwil.
26
Orang yang di dakwah, orang kafir musyrikin.
27
Iaitu al-Quran.
28
Kerana mereka berbangsa Arab tetapi tidak tahu makna.
29
Iaitu dakwah kepada Allah tetapi tidak mengetahui sifat-sifat Allah sedangkan al-Quran dalam Bahasa
Arab.
30
Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, al-Zabidi, 2 / 110.
31
Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, al-Zabidi, 2 / 110.
32
Iaitu iman yang merupakan tunjang dalam akidah.
18
membawa kepada kejahilan dengan al-mausuf (iaitu
Allah)” 33.

Jika kita teliti, amat berharga sekali apa yang diutarakan oleh Imam al-Qusyairi
mengenai perlunya menggunakan metod takwil berdasarkan kaedah yang telah
ditetapkan. Bagi golongan yang masih menolak takwil, mereka berdalih dengan berkata;
takwil dalam ayat-ayat yang lain seperti hukum halal dan haram boleh, tetapi dalam ayat-
ayat sifat atau hadis-hadis sifat tidak boleh sama sekali kerana ia berkaitan ketuhanan.

Bagi golongan seperti ini, elok kita sama-sama merenung kepada kata-kata Imam
al-Qusyairi, seorang tokoh besar ilmu usul dan tasauwwuf di mana beliau berkata:
“Keputusan tersebut membawa kepada sesuatu
yang berkaitan dengan selain Allah dan sifatNya wajib
diketahui, apa yang berkaitan dengan pencipta dan
sifatNya pula wajib dibiarkan. Keputusan sebegini tidak
diredai oleh orang islam.
Rahsia sebenarnya mereka ini menegah dari takwil
kerana mereka beriktikad hakikat tasybih, melainkan
mereka berselindung dengan berkata : bagiNya (Allah) aid
(tangan) bukan seperti tangan-tangan, ada qadam (kaki)
bukan seperti kaki-kaki, istiwak dengan zat tidak seperti
yang dimengerti di antara kita” 34.

Mari kita lihat pula apa yang disebutkan oleh Imam Ibn al-Jauzi seorang tokoh
besar dalam ilmu hadis serta tokoh dalam Mazhab Hanbali. Beliau berkata dalam
kitabnya al-Majalis35:
“Bagaimana mungkin mengatakan bahawa salaf tidak
menggunakan takwil, sesungguhnya terdapat hadis sahih
dari sayyid al-kaunain Sallallahu Alaihi Wa Sallam
bahawa Ibn Abbas menghulurkan kepada baginda air
33
Ibid, 2 / 110.
34
Ithaf al-sadah al-Muttaqin, al-Zabidi, 2 / 110
35
Al-Majalis, Ibn al-Jauzi, ms: 13
19
untuk berwuduk lalu baginda bersabda: “Siapakah yang
lakukan ini?” Lalu Ibn Abbas berkata: “Aku wahai Rasul
Allah”. Lantas baginda bersabda: “Ya Allah,faqihkanlah
dia dalam agama dan berikanlah (dia) pengetahuan akan
takwil”.

Ibn al-Jauzi juga menegaskan bahawa sekiranya takwil ditegah, adakah Nabi
Muhammad mendoakan bagi Ibn Abbas sesuatu yang terlarang? Sudah tentu tidak,
kerana doa tersebut menjuruskan agar Ibn Abbas menjadi seorang yang alim dalam
agama dan pandai menakwil ayat-ayat- al-Quran. Jika dikatakan doa nabi tidak mustajab,
tidak juga diterima kerana doa nabi amat mustajab36.

Oleh sebab itulah Ibn Abbas digelar sebagai Turjuman al-Quran (Penterjemah al-
Quran) dan Hibr al-Ummah (Tinta umat islam). Berdasarkan hadis tersebut, penolakan
mereka terhadap pentakwilan tidak dapat diterima. Apatah lagi, terdapat banyak lagi
dalil-dalil lain yang menjurus kepada perlunya menggunakan metod takwil.

Imam al-Suyuti37 dan Ibn al-Jauzi38 meriwayatkan dari Ibn Abbas berkenaan
firman Allah yang bermaksud:
((Dan tidaklah mengetahui takwilnya kecuali Allah dan
orang-orang rasikh (yang pandai) dalam keilmuan)) Ali-
Imran: 7,
Ibn Abbas berkata mengenai dirinya:
“Aku adalah dari kalangan yang mengetahui takwilnya”.

Di sini, kita perlu bimbang mengenai dakwaan ataupun tohmahan golongan yang
menolak takwil kerana mereka beriktikad menyekutukan Allah dengan makhluknya
tetapi bersembunyi di sebalik topeng aliran salaf. Sedangkan aliran salaf seperti yang
dihuraikan tidak beriktikad seperti mereka. Golongan tersebut merosakkan nama baik

36
Ibid, ms: 13.
37
Al-Durru al-Mansur Bi al-Tafsir al-Maksur, Al-Suyuti, 2 /152.
38
Zad al-Masir, Ibn al-Jauzi, 1 / 345.
20
salafus soleh dan secara tidak langsung mencemarkan kemurniaan ajaran Islam itu
sendiri.

Berkenaan bahaya inilah, Imam al-Qusyairi39 menegaskan :


“Mereka40 ini, di mana ruh-ruh kami berada dalam
kekuasaanNya, lebih memberi mudarat terhadap islam
dari golongan Yahudi dan Nasara serta Majusi juga
penyembah berhala.
Ini kerana kesesatan orang-orang kafir jelas
kelihatan, boleh di jauhkan oleh orang-orang islam,
sedangkan mereka ini datang kepada orang yang
beragama dan orang biasa melalui cara menipu golongan
yang lemah” 41.

Justeru itu, bukalah minda dan hati kita, agar kita dapat ketahui rahsia sebenarnya
golongan tersebut seperti yang didedahkan oleh Imam al-Qusyairi Rahimahullah Taala.

PENTAKWILAN ULAMA SALAF

Seperti yang telah diterangkan bahawa bukanlah kesemua salaf meninggalkan


metod takwil, hanya majoriti mereka sahaja. Oleh itu akan dimuatkan di sini sebahagian
pentakwilan yang dilakukan oleh mereka. Secara tidak langsung ianya meyakinkan kita
bahawa dakwaan sebelum ini bahawa salafus soleh tidak menakwilkan langsung adalah
dakwaan yang tidak berasas sama sekali dan lebih tepat, ianya merupakan satu penipuan
secara terang-terangan yang di sebaliknya mempunyai agenda tersendiri. Demikian juga
cercaan serta gelaran sesat atau bukan tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah telah
dilemparkan kepada salafus soleh ini secara tidak langsung.

1: Ibn Abbas Radiyallahu Anhuma.

39
Lihat Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, al-Zabidi, 2 / 108-109.
40
Golongan yang menolak takwil.
41
Iaitu kurang mantap ilmu agama.
21
Beliau merupakan salah seorang sahabat yang agung, antara pemuka di kalangan
sahabat yang paling banyak memberikan fatwa. Di mana telah diceritakan sebelum ini
bahawa Nabi telah mendoakan bagi beliau kefahaman dalam agama dan pentakwilan.

Dalam satu firman Allah yang bermaksud:


((Pada hari yang dibukakan / ditunjukkan Saq )), Surah al-
Qalam: 42,
Ibn Abbas menakwilkan kalimah Saq sebagai:
“Mengenai kesusahan ( huru hara) perkara itu (iaitu
pada hari kiamat)”42.

Al-hafiz Ibn Hajar seterusnya membuat komentar berkenaan riwayat di atas


bahawa Imam al-Baihaqi mengemukakan dua sanad mengenai riwayat tersebut dan
keduanya adalah hasan43. Di sini kita dapati, Ibn Abbas Radiyallahu Anhuma tidak
mengambil secara zahir, kerana ianya merupakan tasybih. Jika diambil secara zahirnya,
kalimah saq seperti yang diiktikad oleh golongan al-musyabbihah ialah betis kaki.
Mereka sanggup menisbahkan kepada Allah Taala betis yang ada pada manusia dan
haiwan, wal i’yazubillah. Golongan ini seolah-olah lebih mengetahui dari Ibn Abbas
dalam mentafsirkan al-Quran dengan cara mengambil secara zahir. Jika mereka berdalih
dengan mengatakan saq tersebut atas makna atau maksud yang lain, maka itu bukanlah
secara zahir, tetapi telah menjurus kepada takwil yang diharamkan oleh mereka.

Dalam firman Allah yang lain yang bermaksud:


(( Dan langit Kami binakannya dengan Aid )), Al-Zariyat:
47.

Ibn Abbas menakwilkan aid sebagai kekuatan. Tafsiran sedemikian diriwayatkan


oleh Imam al-Tabari dalam kitab tafsirnya bukan dari Ibn Abbas Radiyallahu Anhu
sahaja, bahkan dari tokoh salafus soleh lain seperti Mujahid, Qatadah dan selain mereka
dari kalangan salafus soleh44. Kesemua tokoh salaf ini tidakpun menafsirkan atau
42
Diriwayatkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari Bi Syarhi Sahih al-Bukhari, 13 / 428.
43
Menunjukkan riwayat tersebut bukan dhaif.Hasan merupakan martabat kedua selepas Sahih.
44
Lihat Tafsir al-Tabari, Jami’ al-Bayan An Takwili Ayi al-Quran, 27 / 7-8.
22
menakwilkan bahawa Allah membina dengan tangan sepertimana yang diiktikadkan oleh
musyabbihah yang mengambil ayat tersebut secara zahir. Kita sendiri dapat melihat
dengan lebih dekat pentakwilan atau pentafsiran sebegini jika merujuk kepada tafsir-tafsir
yang muktabar terutamanya Tafsir al-Tobari.

2: Imam al-Bukhari Rahimahullah

Imam al-Bukhari merupakan salah seorang ulama hadis yang masyhur, penyusun
hadis yang terkenal sebagai Sahih al-Bukhari. Beliau menakwilkan firman Allah Taala
dalam sahihnya iaitu ayat yang bermaksud:
((Setiap sesuatu menerima kemusnahan kecuali
WajahNya)), Al-Qisas: 88.

Beliau menakwilkan ayat tersebut iaitu kalimah wajah sebagai milikNya /


kerajaanNya45.

Dalam satu ayat lain, Allah Taala berfirman yang bermaksud:


((Tiadalah suatu binatang yang melata pun melainkan
Dialah yang memegang ubun-ubunnya)), Hud: 56.

Imam al-Bukhari menakwilkan kalimah memegang (akhizun) dalam ayat tersebut


dengan katanya:
“Ialah mulkahu (dalam kerajaanNya) dan sultanahu
(kekuasaanNya)”46.

Takwilan beliau tepat berdasarkan usul bahawa mustahil bagi Allah memegang
atau menyentuh seperti makhlukNya. Oleh itu ianya merupakan kata kiasan yang
memang masyhur dalam Bahasa Arab bagi menunjukkan kekuasaan Allah Taala yang
menguasai makhluk serta mentadbir mereka di muka bumi dengan mudah tanpa susah

45
Sahih al-Bukhari, tafsir Surah al-Qisas, Kitab al-Tafsir, 8 / 364.
46
Ibid, Kitab al-Tafsir.
23
payah dengan qudrat dan iradatNya. Bagi manusia, jika dikatakan seseorang dapat
memegang ubun-ubun seseorang yang lain menunjukkan bahawa dia dapat
memerintahnya serta menguasainya.

3: Sufyan al-Sauri Rahimahullah

Sufyan al-Sauri merupakan salah seorang tabii’ yang terkenal menakwilkan


firman Allah Taala yang bermaksud:
((Setiap sesuatu menerima kemusnahan kecuali
WajahNya)), Al-Qisas: 88,
sebagai:
“Kecuali apa yang dicari keredaan Allah dari amalan-
amalan yang soleh” 47 .

Pentakwilan beliau dibuat berdasarkan kepada satu ayat lain yang bermaksud:
((Dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya
di sisi tuhanmu dan lebih baik kesudahannya)),Surah
Maryam: 76.

Ayat di atas bermaksud Allah menerima amalan soleh tersebut. Amalan soleh
adalah seperti solat, sedekah, menghubungkan silaturrahim dan sebagainya.

Dalam ayat yang bermaksud:


(( Dan Dia (Allah) bersama kamu)), Al-Hadid: 4,
beliau menakwilkan kalimat bersama (ma’i) sebagai “ ilmuNya” 48.

Ini berdasarkan kepada akidah Ahli Sunnah yang melarang mengatakan Allah di
mana-mana. Ucapan tersebut lahirnya dari golongan Muktazilah. Ucapan bahawa Allah
di mana-mana bermaksud Allah bertempat di mana sahaja tidak kira di tempat yang
mulia seperti masjid, mahu pun di tempat yang keji dan hina seperti di tandas atau tempat

47
Sahih al-Bukhari, tafsir Surah al-Qisas, Kitab al-Tafsir, 8 / 364.
48
Lihat al-Asma Wa al-Sifat, al-Baihaqi, ms: 430.
24
maksiat. Sedangkan Ahli Sunnah mengatakan Allah wujud tanpa bertempat, azali
abadi. Tempat pula adalah baharu dan akan fana binasa.
Sesiapa yang mengatakan Allah di mana-mana sekalipun dengan maksud Allah
mengetahui, hukumnya adalah haram. Bagi sesiapa yang beriktikad bahawa zat Allah
sendiri berada di mana-mana, bersama-sama manusia hukumnya kafir kerana
menyamakan Allah dengan makhlukNya. Oleh itu perhatian patut diberikan sekiranya
membaca kitab tafsir yang mengatakan Allah di mana-mana sahaja, bersama setiap
sesuatu di setiap waktu. Amat keji lagi tafsiran yang mengatakan ayat tersebut memang
secara hakikat bermaksud demikian dan bukannya majaz (kiasan atau perbandingan).

4: Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah.

Imam Ahmad merupakan pengasas Mazhab Hanbali, juga merupakan tokoh hadis
dengan kitabnya Musnad Imam Ahmad menakwilkan firman Allah yang bermaksud:
(( Dan telah datanglah Tuhanmu )), Al-Fajr: 22,
sebagai:“ Datang pahalanya”49.

Penakwilan ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di mana beliau mengatakan:


“ Isnad (hadis ini ) tiada debu padanya (iaitu sahih)” 50.

Dalam sejarah, Imam Ahmad merupakan tokoh yang ditimpa pelbagai fitnah.
Disebutkan dalam karya-karya ulama di mana mereka mengatakan bahawa dua imam
Ahli Sunnah yang ditimpa fitnah selepas zaman mereka iaitu Imam Ahmad dengan fitnah
golongan musyabbihah dan Imam Ja’far al-Sodiq dengan fitnah Syiah. Kebanyakan
musyabbihah sekarang mengaku mereka bermazhab Imam Ahmad iaitu Mazhab Hanbali,
sedangkan beliau merupakan tokoh Ahli Sunnah yang sama sekali tidak menyamakan
Allah dengan makhlukNya.

Golongan musyabbihah yang mengaku bermazhab Hanbali menetapkan bagi


Allah anggota-anggota badan, dalam erti kata lain berjisim. Sedangkan Imam Ahmad
49
Bermaksud dikemukakan pahala yang dikerjakan oleh seseorang hamba di akhirat nanti.
50
Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah Wa al-Nihayah, 10 / 342 dan Ibn Kathir menukilkan
pentashihan al-Baihaqi dalam kitab tersebut.
25
sendiri berkata seperti yang dinukilkan oleh al-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif al-
Masami’:
“Barang sesiapa yang mengatakan Allah berjisim tidak
seperti jisim-jisim kafir” 51.

Kafirnya sesiapa yang mengatakan Allah berjisim tetapi tidak seperti jisim-jisim
kerana dari sudut bahasa, jisim hanya mempunyai satu makna sahaja. Ia membawa erti
gabungan dua jauhar ke atas, mempunyai sifat-sifatnya seperti pergerakan dan diam,
bentuk dan sebagainya.

Secara daruri akidah umat islam menetapkan bahawa Allah yang menciptakan
kesemua tersebut kerana ianya secara hakikat berada pada diri kita sendiri dan makhluk
lain, oleh itu ianya merupakan makhluk yang baharu. Sedangkan Allah Taala telah
menafikan bahawa Dia tiada persamaan langsung dengan makhluk ciptaanNya sendiri.
Justeru itu, kata-kata tersebut tidak dapat melepaskan diri seseorang itu dari hukum kafir.

5: Imam Malik Bin Anas Rahimahullah.

Imam Malik terkenal sebagai Imam Dar al-Hijrah, pengasas Mazhab Maliki,
penyusun kitab hadis al-Muwatta dan merupakan guru kepada Imam al-Syafie. Beliau
menakwilkan hadis yang sering digunakan oleh golongan musyabbihah bagi menetapkan
bahawa Allah berada di langit iaitu hadis yang bermaksud:
(( Sedang turunlah Tuhan kami……))52,
sebagai turunnya rahmat Allah.

Hadis ini terkenal sebagai Hadis Nuzul yang menceritakan bahawa Allah
mengkabulkan doa sesiapa yang berdoa ketika satu pertiga malam terakhir serta
mengampunkan dosa sesiapa yang memohon keampunan pada ketika itu. Penakwilan di
atas dinukilkan oleh Syaikh al-Zarqani dari Imam Malik ketika menghuraikan kitab

51
Tasynif al-Masami’, al-Zarkasyi, 4 / 648.
52
Terkenal sebagai Hadis Nuzul. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.
26
Muwatta Imam Malik53, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathu al-Bari54 dan Imam
al-Nawawi dalam Syarah Muslim55.

Al-hafiz Ibn Hajar pula ketika menghuraikan hadis ini menerangkan kepada kita
bahawa:
“Berdalilkan56 oleh golongan yang menetapkan jihah
( sudut bagi Allah ) bahawa ianya sudut atas (mengatakan
Allah berada di atas iaitu di langit). Jumhur
mengingkarinya kerana kata-kata demikian membawa
kepada Allah perlukan ruang ( tempat), Maha Suci Allah
dari bersifat demikian57.

Huraian yang disebutkan oleh al-hafiz Ibn Hajar ini menunjukkan kepada kita
bahawa jumhur Ahli Sunnah menyucikan Allah dari iktikad sesat bahawa Allah berada di
atas langit. Beliau sendiri menyokong dengan katanya; Maha Suci Allah dari bersifat
demikian. Hanya golongan musyabbihah sahaja yang beriktikad tuhan di atas langit, wal
i’yazubillah.

Ibn A’rabi al-Maliki mengambil pendekatan takwil dalam Hadis Nuzul ini di
mana beliau berkata:
“Diceritakan bahawa golongan mubtadi’ah, mereka
menolak hadis ini, salaf pula melalukannya58 dan
segolongan59menakwilkan dan dengannyalah (metod
takwil) aku mengambil” 60.
Imam al-Nawawi61 pula ketika menghuraikan hadis ini memberi komentar dengan
mengatakan ianya merupakan hadis sifat dan ada dua mazhab di sana62. Mazhab salaf dan
53
Lihat Syarah al-Muwatta, 2 / 35.
54
Lihat Fathu al-Bari, 3 / 37.
55
Lihat Syarah Muslim, 6 / 36-37.
56
Iaitu dengan hadis nuzul.
57
Lihat Fathu al-Bari, 3 / 36-37.
58
Iaitu tafwid.
59
Iaitu khalaf.
60
Lihat Fathu al-Bari, 3 / 30
61
Lihat semua kata-kata Imam al-Nawawi ini dalam Syarah Muslim, 6 / 36- 37.
62
Iaitu mazhab salaf dan khalaf seperti yang diterangkan sebelum ini.
27
sebahagian al-mutakallimin beriman bahawa ianya benar mengikut makna yang sesuai
dengan Allah, zahirnya yang diketahui oleh kita seperti turun naik, beranggota dan
sebagainya bukanlah maksud sebenar. Mereka ini tidak menakwilkannya secara tafsili
tetapi beriktikad kesucian Allah dari bersifat dengan sifat-sifat makhluk seperti berubah
dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, berpindah dari atas ke bawah dan
sebagainya.

Selepas Imam al-Nawawi menghuraikan aliran salaf berkenaan ayat-ayat serta


hadis-hadis sifat, beliau menerangkan pula aliran ulama khalaf yang menggunakan metod
takwil berkenaan Hadis Nuzul ini dengan katanya:
“Mazhab kebanyakan al-mutakallimin dan segolongan
dari salaf iaitu yang diriwayatkan dari Malik, al-Auza’i
bahawa ianya ditakwilkan mengikut makna yang sesuai
berdasarkan kedudukannya. Oleh itu hadis ini ditakwilkan
oleh mereka dengan dua takwil, salah satunya: takwil
Malik Bin Anas dan selain beliau bahawa maknanya turun
rahmatNya, perintahNya dan malaikatNya”.

Imam al-Nawawi seterusnya menceritakan lagi mengenai takwil yang ke dua:


“Ianya isti’arah63 bermakna menerima doa-doa para
pendoa64 dengan menerimanya dan mengasihaninya”.

Di antara pentafsiran lain bagi hadis ini, Allah menurunkan malaikat lalu
malaikat inilah yang menyeru bahawa sesiapa yang berdoa dan sebagainya Allah
memperkenankan baginya. Hujah bagi pentafsiran ini ialah riwayat yang diriwayatkan
oleh Imam al-Nasa’i dalam kitabnya Amal al-Yaum Wa al-Lailah:
“Sesungguhnya Allah membiarkan sehingga berlalu
sebahagian malam yang pertama, lalu menyuruh
penyeru……………”65.

63
Kata pinjam seperti seseorang yang garang dikata: kamu singa, kerana singa garang.
64
Iaitu yang berdoa selepas solat ditengah malam tersebut.
65
Amal al-Yaum Wa al-Lailah, al-Nasa’i, hadis yang bernombor 482.
28
Kita dapati hadis ini tidak menyebut kalimat nuzul (turun). Oleh yang demikian
hadis ini menafsirkan Hadis Nuzul kerana sebaik-baik tafsiran menafsirkan yang
maksur66 dengan yang maksur juga. Tafsiran beginilah yang disebutkan oleh Ibn Hajar
dalam Fath al-Bari67.

Berdasarkan apa yang dikemukakan, bagaimanakah ada golongan yang sanggup


mengatakan salaf tidak menakwilkan di samping melontarkan tohmahan bahawa sesiapa
yang menakwilkan sebagai Jahmiyyah atau Muktazilah. Bahkan yang lebih dahsyat
mengatakan perlu mengambil secara zahir dan itulah hakikat sebenarnya yang
dikehendaki Allah. Alangkah kejinya mereka berdusta kepada golongan salafus soleh
yang beriktikad Allah maha suci dari menyamai makhluknya seperti turun, bergerak,
mempunyai tempat dan sebagainya yang dihukumkan sebagai kafir.

Imam Malik Rahimahullah pernah di suatu ketika ditanya oleh seseorang


berkenaan ayat:
((Al-Rahman (Allah) di atas Arasy istawa )), Toha: 5.

Orang tersebut bertanyakan bagaimanakah kaif (cara) Allah istawa? Lalu Imam
Malik berfikir sejenak sehingga peluh membasahi tubuhnya, kemudian beliau berkata:
“Al-istiwak ghair majhul (di maklumi), kaif pula ghair
ma’qul (tidak diterima akal), beriman dengannya adalah
wajib dan menyoal mengenainya adalah bid’ah, tidaklah
aku melihat kamu ini kecuali ahli bida’h”68.

Mengenai riwayat yang dinasabkan kepada Imam Malik bahawa beliau berkata:
“Al-istiwa maklum dan kaifiyyah majhulah (tidak
diketahui)”,
merupakan riwayat yang tidak benar kepada Imam Malik. Jika di teliti riwayat yang tidak
benar kepada Imam Malik ini, ianya menetapkan bagi Allah kaif atau cara Allah Taala

66
Yang maksur ialah al-Quran ataupun hadis. Jadi tafsiran al-Quran dengan ayat al-Quran sendiri atau
hadis, atau pun hadis dengan hadis yang lain atau dengan al-Quran lebih utama dan tepat.
67
Fath al-Bari, Ibn Hajar, 3 / 37.
68
Al-Asma Wa al-Sifat, al-Baihaqi, ms: 408.
29
istawa, cuma kita sahaja tidak mengetahui cara tersebut. Sedangkan dalam riwayat yang
benar sabit dari Imam Malik menafikan terus kaif tersebut kerana Allah bukan berjisim
seperti makhluknya yang mempunyai cara tersendiri seperti duduk, menetap dan
sebagainya.

Berkenaan ayat yang ke-lima Surah Toha juga, perhatian patut diberikan kerana
sebahagian golongan yang hendak mengelirukan pemikiran golongan Ahli Sunnah
mengatakan bahawa kami menggunakan kaedah dengan menetapkan bagi Allah Taala
sifat-sifat yang Dia tetapkan bagi dirinya sendiri iaitu istawa di atas Arasy, oleh itu Allah
bertempat di atas.

Kaedah itu benar, tetapi mereka menetapkan Allah sifat istawa sebagai istawa
sesuatu yang berjisim seperti manusia iaitu duduk, menetap, bersentuhan dan sebagainya
yang tidak layak bagi Allah berdasarkan ayat mutasyabihat. Itulah kesilapan yang paling
besar. Ahli Sunnah pula menetapkan sifat istawa bagi Allah yang bermaksud al-Qahru
dan al-Istilak (menguasai). Ini kerana telah jelas bahawa Allah keadaanNya tidak
bertempat berdasarkan ayat muhkamat dan beriman dengan ayat sifat yang mutasyabihat
dengan makna yang layak bagi Allah yang tidak sama dengan makhluk ciptaanNya
sendiri.

Dalam Bahasa Arab kalimat istawa mempunyai pelbagai makna. Antara


maknanya layak dan sesuai bagi makhluk seperti duduk dan menetap tetapi ianya tidak
layak bagi Allah. Oleh itu ulama Ahli Sunnah ini menakwilkan istiwak sebagai al-Qahru
dan al-Istilak kerana ianya layak bagi Allah. Pentakwilan ini disebutkan oleh ulama Ahli
Sunnah seperti Taqiyyudin al-Subki69, al-Raghib al-Asbahani70dan Murtadha al-Zabidi71.

6: Mujahid Rahimahullah

Mujahid merupakan anak murid kepada Ibn Abbas. Dalam firman Allah yang
bermaksud:
69
Lihat al-Zabidi, Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, 2 / 107.
70
Al-Mufradat Fi Gharib al-Quran , al-Asfahani, ms: 251.
71
Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, 2 / 106-112.
30
((Di mana sekalipun kamu berada maka (kamu) mengadap
wajhullah)), Al-Baqarah: 115,
beliau menakwilkan kalimat wajhu sebagai:
“Kiblat Allah, dimana sekalipun kamu berada, di timur
atau barat maka jangan mengadap kecuali kepadanya
(kiblat)”72.

Terdapat satu riwayat yang disandarkan kepada Mujahid berkenaan tafsir al-
maqam al-mahmud sebagai Allah Taala memperdudukkan Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wa Sallam bersamaNya di atas Arasy. Riwayat tersebut bukanlah hujah untuk
menetapkan Allah bertempat seperti yang akan diterangkan. Begitu juga yang dikatakan
ianya merupakan Hadis Nabi juga tidak benar.

Jika dilihat kepada penafsiran ayat berkenaan maqam al-mahmud, ulama tafsir
dalam karangan mereka sepakat mengatakan ianya adalah Syafaat Nabi bagi umatnya.
Al-hafiz Ibn Jauzi menyanggah dakwaan golongan yang mendakwa ianya merupakan
hadis dengan katanya:
“Hadis ini makzub (dusta) tidak sah dari Rosulullah
Sallallahu Alaihi Wa Sallam”73.

Penolakan riwayat tersebut juga kerana ianya bersalahan dengan usul untuk
menisbahkan sifat bagi Allah Taala. Kaedah usul ada mengatakan bahawa sifat bagi
Allah tidak sabit untuk dinisbahkan kepada Allah dengan perkataan sahabat apatah lagi
tabi’in. Sifat bagi Allah hanya sabit untuk dinisbahkan kepada Allah hanya dengan al-
Quran dan hadis yang marfu’ lagi sahih. Inilah yang dikatakan sebagai Asmaullah
Tauqifiyyah.

Al-hafiz al-Khatib al-Bahgdadi yang merupakan tokoh besar dalam ilmu usul,
dalam kitabnya al-Faqih Wa al-Mutafaqqih74 menyebutkan :

72
Lihat al-Asma Wa al-Sifat oleh al-Baihaqi, ms: 309.
73
Dafu’ Syubah al-Tasybih, Ibn al-Jauzi, Hadis 39.
74
Al-Faqih Wa al-Mutafaqqih, al-Khatib al-Bahgdadi, ms: 132.
31
“Yang keduanya: Tidak sabit sifat bagi Allah dengan
perkataan sahabat atau tabi’in kecuali dengan yang sahih
dari hadis-hadis nabawi yang marfu’75 yang disepakati
kesahihan riwayatnya. Maka tidak boleh berhujah dengan
hadis yang dhaif begitu juga yang berselisihan dalam
menentukan kesahihan riwayatnya. Sehinggakan sekiranya
ada sanad-sanad yang berselisihan padanya dan ada hadis
lain menguatkannya, tidak boleh juga diterima”.

Kata beliau lagi:


“Sekiranya diriwayatkan oleh orang yang siqah
lagi dipercayai satu khabar (hadis) yang bersambung
sanad, ianya ditolak dengan beberapa perkara, salah
satunya: (sekiranya) ia berlawanan dengan apa yang
diterima akal, maka diketahui kebatilannya.
Ini kerana syarak datang dengan perkara-perkara
yang harus (lojik) pada akal, ada pun yang berlawanan
dengan akal tidak boleh.
Keduanya: (sekiranya khabar tersebut) berlawanan
dengan nas Kitab atau al-Sunnah yang mutawatir, maka
diketahui ianya tiada asal atau pun ianya mansukh.
Ketiganya: (sekiranya ia) berlawanan dengan
ijmak maka menjadi dalil ianya mansukh atau tidak ada
asal. Ini kerana tidak boleh ianya sahih tanpa
dimansukhkan dan ummah berijmak berlainan darinya”.

Seorang ulama usul lain iaitu Abu Sulaiman al-Khattabi pula berkata:
“Tidak sabit sifat bagi Allah kecuali dengan al-Kitab atau
khabar (hadis) yang memang terbukti kesahihannya yang

75
Hadis marfu’ ialah hadis yang dinisbahkan bahawa ianya dari Nabi, nisbah kepada sahabat dikatakan
hadis mauquf dan bagi tabii’ dinamakan maqtu’.
32
bersandarkan kepada asal dari al-Kitab atau dari Sunnah
yang memang pasti kesahihannya.
Bagi yang lain dari itu maka wajib al-tawaqquf76
dari menyebutkan demikian dan ditakwilkan mengikut yang
sesuai, layak dengan makna-makna usul yang disepakati
keatasnya dari kata-kata ahli ilmu yang menafikan
tasybih”77.

Apa yang di utarakan oleh kedua ulama usul ini menunjukkan bahawa sifat bagi
Allah adalah tauqifi. Ia bermaksud tidak boleh secara sembarangan menyifatkan sesuatu
sifat bagi Allah sekiranya tiada nas yang sabit lagi jelas melalui al-Quran mahupun al-
Sunnah yang sahih. Sekiranya tidak menerima pakai syarat ini, tidak mustahil seseorang
boleh menjadi kafir apabila menyifatkan sifat yang tidak layak bagi Allah seperti
berjisim, bertempat dan lain-lain.
Sifat bagi Allah Taala sama sekali tidak boleh diambil dari perkataan sahabat
apatah lagi al-tabi’in. Begitu juga hadis yang tidak sahih, sekalipun dikuatkan dengan
hadis-hadis yang lain untuk menaikkan martabatnya juga tidak di kira. Sekiranya ada
ijmak mengenai sesuatu dan ianya berlawanan dengan apa yang disangkakan nas, maka
diketahui nas tadi tiada asal atau pun ianya mansukh78. Ini di sebabkan ijmak adalah
sumber hukum yang ketiga selepas al-Quran dan al-Sunnah dan umat islam tidak akan
berijmak dalam perkara yang batil lagi sesat.

PENTAKWILAN ULAMA KHALAF

Sebagaimana yang dimaklumi, kebanyakan ulama khalaf di kalangan Ahli Sunnah


menakwilkan ayat-ayat serta hadis-hadis sifat. Oleh itu, disini dimuatkan sebahagian
besar pentakwilan yang mereka lakukan. Kita sendiri boleh dapati pentakwilan ini
sekiranya merujuk kepada kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadis dan pelbagai karangan lain
yang dikarang oleh ulama Ahli Sunnah yang terdapat di pasaran.

76
Tawaqquf ialah berhenti dari membicarakannya kerana ketidak pastian berkenaan sifat bagi Allah.
77
Lihat al-Asmak Wa al-Sifat, al-Baihaqi, ms: 335.
78
Mansukh bermaksud hukum dari nas yang terdahulu atau nas itu sendiri dihapuskan dengan hukum atau
nas yang terkemudian. Rujuk buku-buku usul fiqh untuk perbahasan lebih lanjut.
33
1: Imam al-Qurtubi Rahimahullah.

Beliau merupakan salah seorang mufassir yang tersohor dengan kitab tafsirnya
yang berjudul al-Jami’ Li Ahkam al-Quran. Kitab tafsir ini banyak memuatkan berkaitan
hukum hakam fekah, walau bagaimana pun sebagai kitab tafsir, ia tidak dapat lari dari
membicarakan segala yang berkaitan dengan ayat tersebut seperti menakwilkan zahir ayat
mutasyabihat yang zahirnya merupakan tasybih Allah dengan makhlukNya.

Dalam firman Allah yang bermaksud:


(( Allah yastahzik kepada mereka)), Al-Baqarah: 15.
beliau menakwilkan kalimah yastahzik sebagai:
“Iaitu membalas kepada mereka (perbuatan mereka) dan
menyiksa mereka” 79.

Di sini sekiranya diambil secara zahir bermakna mengejek dan Maha Suci Allah
bersifat mengejek seperti manusia. Oleh itu beliau menakwilkan ayat tersebut sebagai
membalas perbuatan orang-orang kafir dengan mengazab mereka di akhirat nanti. Inilah
yang dimaksudkan dengan ejekan tersebut.

Dalam firman Allah yang bermaksud:


((Dan langit kami binakan dengan Aid)), Al-Zariyat: 47,
beliau menakwilkannya sebagai perintahNya dan ketetapanNya80.

Firman Allah yang lain yang bermaksud:


(( Sesungguhnya kami lupakan kamu)), Al-Sajdah: 14.
sebagai meninggalkan kamu81. Ini kerana Maha Suci Allah dari bersifat pelupa seperti
manusia.

2: Abu Hayyan al-Andalusi Rahimahullah


79
Lihat tafsir beliau al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 1 / 200.
80
Ibid,17 / 49.
81
Ibid, 14 / 92.
34
Beliau merupakan seorang yang mahir dalam Bahasa Arab, seorang imam yang
mutlak dalam bidang tersebut seperti yang disifatkan oleh al-hafiz Ibn Hajar al-
Asqalani82. Bahkan beliau juga disifatkan sebagai seorang yang amat berkemahiran
dalam tafsir dan hadis.83

Dalam tafsirnya yang bernama Bahru al-Muhid, beliau menakwilkan firman Allah
yang bermaksud:
(( Bahkan Yadahu terbuka luas )), Al-Maidah: 64.
dengan menakwilkan sebagai:
“Jumhur mengatakan bahawa ianya isti’arah mengenai
kemuliaan Allah dan kenikmatanNya”84.

Dalam ayat di atas, Abu Hayyan tidakpun menetapkan bagi Allah Taala
mempunyai tangan seperti golongan al-musyabbihah. Dalam firman Allah yang lain yang
bermaksud:
(( Dan Kami lebih hampir dengannya dari urat lehernya
sendiri )), Qaaf: 16,
beliau menakwilkan ayat tersebut iaitu lafaz “hampir” sebagai:
“Kami lebih hampir iaitu hampir pengetahuan ( Ilmu
Allah) dengan hal keadaannya”85.

Ini kerana iktikad Ahli Sunnah menetapkan bahawa mustahil bagi Allah hampir
ukuran ataupun jarak dengan makhlukNya sendiri seperti mana hampirnya seseorang
manusia dengan manusia yang lain. Allah jualah yang menciptakan jauh dan dekat yang
merupakan jarak serta ukuran bagi makhluk. Oleh itu Allah tidak berada dalam
kedudukan dekat dan jauh seperti makhluk.

82
Al-Durr al-Kaminah Fi A’yan al-Mi’ah al-Saminah, Ibn Hajar al-Asqalani, 4 / 33.
83
Ibid, 4 / 33.
84
Bahru al-Muhid, Abu Hayyan al-Andalusi, 3 / 524
85
Ibid, 6 / 455.
35
Dalam satu firman Allah yang zahirnya seolah-olah menunjukkan kepada kita
bahawa Dia berada di atas iaitu ayat yang bermaksud:
(( KepadaNya jualah naik ucapan-ucapan yang mulia )),
Fathir: 10,
Ibn Hayyan al-Andalusi dengan tegas menafikan zahir ayat ini dengan katanya:
“Kerana (iaitu Allah) tidak bersudut, jadi bermaksud
kinayah86 mengenai penerimaan ( dikabulkan segala
amalan)”87.
3: Al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah

Ibn Hajar yang digelar sebagai Amir al-Mukminin dalam bidang hadis kerana
keilmuannya yang mendalam dalam bidang tersebut, banyak menakwilkan hadis-hadis
terutama dalam mensyarahkan hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari dalam
karangannya yang terkenal iaitu Fath al-Bari Bi Syarhi Sahih al-Bukhari. Perkara ini
tidak disenangi oleh golongan yang menentang takwil antaranya Ibn Baz yang
mengambil kesempatan melalui komentarnya dalam kitab tersebut.

Dalam sebuah hadis yang bermaksud:


(( Allah telah ketawa malam ini atau takjub dengan
perbuatan kamu berdua ))88,
beliau menakwilkan sebagai:
“menisbahkan ketawa dan taajub kepada Allah adalah
majaz di mana maksudnya reda dengan perbuatan mereka
berdua” 89.

Penakwilan ini tepat kerana ketawa yang timbul akibat seronok dengan sesuatu
yang berlaku adalah baharu90, begitu juga dengan takjub di mana seolah-olah Allah baru
mengetahui perkara tersebut lalu kagum dengan perbuatan mereka berdua. Sedangkan

86
Bermaksud kata kiasan.
87
Ibid, 7 / 303.
88
Lihat Fath al-Bari, 7 / 150.
89
Iaitu kata kiasan bukan hakikat sebenarnya.
90
Iaitu makhluk yang asalnya tiada kemudian ada melalui penciptaan.
36
Allah dengan ilmuNya yang azali lagi abadi telah mengetahui perkara tersebut sebelum
ianya berlaku lagi. Oleh itu ianya beerti Allah reda dengan apa yang dilakukan.

Dalam sebuah hadis qudsi:


(( …..Dan Aku besertanya apabila dia mengingatiKu ))91,
beliau menakwilkan sebagai “dengan ilmuKu”. Ini telah pun diterangkan bahawa
mustahil bagi Allah menjelma pada makhluknya.
4: Al-hafiz al-Iraqi Rahimahullah

Al-hafiz al-Iraqi merupakan salah seorang ulama hadis terkenal menakwilkan ayat
yang bermaksud:
((Apakah kamu berasa aman dengan man (sesiapa) di
langit )), Al-Mulk: 16,
dengan satu dalil yang lain iaitu sebuah hadis Nabi yang bermaksud:
((Orang-orang yang pengasih dikasihani oleh al-Rahim
(Allah), belas kasihanlah kepada penghuni bumi nescaya
kamu dikasihani ahli (penghuni) di langit )).

Beliau mengatakan, oleh kerana Allah tidak dikatakan ahli atau penghuni langit,
maka ia menunjukkan malaikat kerana malaikat tempatnya di langit92. Mustahil bagi
Allah bersempit-sempit dengan malaikat jika Allah tinggal di langit. Terdapat riwayat
yang menyebutkan tiada ruang sebesar empat jari pun kecuali di situ ada malaikat yang
qiyam (berdiri) sentiasa, rukuk sentiasa dan sujud sentiasa. Apatah lagi sepakat atau
ijmak Ahli Sunnah bahawa Allah wujud tidak bertempat 93. Apa yang terdapat dalam
sebahagian terjemahan al-Quran ke dalam Bahasa Melayu yang menterjemahkan man
sebagai Allah adalah tidak betul sama sekali.

TAKWIL YANG TERCELA

91
Ibid, 13 / 397.
92
Lihat al-Majlis al-Sadis Wa al-Samanin dari Amali al-Iraqi, ms: 77.
93
Lihat al-Farqu Baina al-Firaq, ms: 333, Al-Irsyad oleh Imam al-Haramain al-Juwaini, ms: 58 dan
Tafsir al-Kabir oleh Fakhru al-Din al-Razi, 29 / 216.
37
Setelah kita mengetahui mengenai pentakwilan ini secara panjang lebar bahawa
ianya bukanlah sesuatu yang tercela apabila cukup syaratnya, masih ada golongan yang
menakwilkan tanpa menghiraukan syarat-syarat tersebut. Mereka lebih suka berlandaskan
hawa nafsu di samping mempunyai agenda tersendiri. Lalu jadilah pentakwilan tersebut
tercela di sisi syarak.

Contoh bagi golongan ini ialah Muktazilah. Antara pentakwilan mereka yang
bercanggah dengan Ahli Sunnah ialah dalam firman Allah yang bermaksud:
((Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada ketika itu
berseri-seri (gembira) kepada tuhannyalah mereka
nazirah)), Al-Qiyamah: 22-23.

Mereka menakwilkan kalimat nazirah sebagai menanti pahala yang Allah berikan
di hari kiamat lalu menafikan kalimat tersebut sebagai melihat, iaitu orang-orang mukmin
akan melihat tuhan mereka di akhirat. Pentakwilan ini batil dan tertolak kerana
berlawanan dengan nas yang jelas menguatkan bahawa orang mukmin memang akan
melihat tuhan mereka di akhirat kelak.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari94 dan Muslim95 serta yang lain
bahawa Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Sallam telah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan melihat tuhan kamu di hari
kiamat”.

Melihat Allah Taala atau Rukyatullah merupakan sebesar-besar nikmat yang


diberikan kepada orang mukmin selepas mereka memasuki syurga. Rukyah tersebut tanpa
mempunyai persamaan langsung dengan apa yang kita lihat di dunia ini. Sekiranya di
dunia kita memerlukan tempat, cara, sudut, jarak dekat atau jauh, bentuk, warna dan
sebagainya, maka di akhirat semasa di dalam syurga kita akan melihat Allah tanpa ada
persamaan dengan apa yang di dunia. Ini kerana Allah jualah yang menciptakan kesemua
cara tersebut agar kita dapat melihat sesama kita yang merupakan makhluk semasa di

94
Lihat Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Fadlu al-Sujud.
95
Ibid, Kitab al-Iman, Bab Rukyatullah Subhanahu Wa Taala Fi al-Akhirah.
38
dunia ini, sedangkan Allah bukanlah makhluk. Apatah lagi kehidupan di akhirat yang
abadi bukanlah seperti kehidupan di dunia yang fana ini untuk kita membuat
perbandingan.

Oleh itulah imam yang mujtahid iaitu Abu Hanifah96 pernah berkata:
“Dan Allah Taala dilihat di akhirat dan orang-orang
mukmin melihatnya dalam keadaan mereka di dalam
syurga dengan mata kepala mereka tanpa tasybih, tanpa
kaifiyyat dan tiada berlaku antaraNya dan di antara
makhlukNya jarak”.

Kata beliau lagi:


“Dan pertemuan dengan Allah Taala bagi ahli syurga
tanpa kaif, tanpa tasybih dan tanpa sudut adalah benar”.

Antara hujah lain bahawa Allah dapat dilihat di akhirat ialah firman Allah Taala
mengenai Nabi Musa Alaihis Salam yang bermaksud:
(( Tuhanku! Perlihatkanlah (diriMu) padaku agar aku
dapat melihatMu)), Al-A’rof: 143.

Permintaan Nabi Musa agar baginda dapat melihat Allah menunjukkan bahawa
ianya sesuatu yang harus97dan bukannya haram apatah lagi mustahil. Ini kerana mustahil
bagi para Nabi memohon sesuatu yang mustahil kepada Allah kerana mereka merupakan
golongan yang paling mengetahui apakah perkara yang harus, wajib dan mustahil bagi
Allah Taala. Jika ianya mustahil bagi Allah sudah tentu ianya ternafi bagiNya dan Nabi
Musa Alaihis Salam tidak akan memohon dengan permohonan sedemikian.

Sekali lagi perlu kita akui dan percayai dengan sepenuh keyakinan bahawa takwil
yang dilakukan oleh Ahli Sunnah mencukupi syarat. Seperti yang telah diterangkan
sebelum ini bahawa penggunaan metod takwil bukanlah haram atau sesat. Tetapi amat
96
Lihat nukilan kata-kata Abu Hanifah ini yang dimuatkan oleh Mulla Ali al-Qari dalam Syarah al-Fiqh
al-Akbar, ms: 138.
97
Harus ertinya boleh.
39
malangnya ada golongan yang menampilkan diri mereka kononnya sebagai salafiyyah,
menghukumkan sesiapa yang menggunakan metod ini sebagai sesat.
Dalam hal ini, mari kita lihat kepada seorang tokoh Wahabi iaitu Dr. Salih Bin
Fauzan al-Fauzan. Beliau dalam penulisannya mengecam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
sebenar kerana mereka menggunakan metod takwil. Sebagai makluman, gerakan tersebut
iaitu Wahabi sentiasa mengaku mereka bermazhab salaf atau salafiyyah. Mereka sering
melaungkan slogan kembalilah kepada al-Quran dan al-Sunnah serta melabelkan segala
yang baharu sebagai bid’ah belaka.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa mereka ini adalah Ahli Sunnah tiruan
yang baru muncul semenjak dua ratus tahun yang lalu. Banyak sejarah hitam Wahabi
yang telah berlaku semenjak kemunculan mereka sehinggalah sekarang. Pembaca boleh
dapati sendiri sejarah hitam mereka dalam lebih seratus buah buku antaranya seperti
Fitnah al-Wahhabiyyah oleh Mufti Syafii di Mekah iaitu Ahmad Zaini Dahlan, al-Suhbu
al-Wabilah A’la Dharoih al-Hanabilah oleh Mufti Hanabilah di Mekah iaitu Muhammad
Bin Abdullah, al-Dalil al-Kafi Fi al-Roddi A’la al-Wahhabi oleh Misbah Bin Ahmad al-
Bairuti. Teramat penting, janganlah biarkan diri kita tertipu oleh sebahagian penulis yang
menonjolkan gerakan Wahabi ini sebagai gerakan pembaharuan, islah, mujaddid,
pembasmi taqlid dan sebagainya.

Dalam sebuah kitab Dr. Salih, beliau dengan angkuh sekali menghukumkan
ulama muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya yang bermazhab al-Asya’iroh
sebagai sesat dengan berkata:
“Benar, kami menghukumkan sesat sesiapa yang
menakwilkan sifat Allah Taala berdasarkan apa yang telah
ditunjukkan ke atasnya daripada makna-makna yang benar
dan telah cuba mengalihkannya kepada selain makna-
maknanya yang hakiki (iaitu takwil) dari kalangan al-
Asya’iroh dan selain mereka. Jika ini bukanlah kesesatan,
maka apakah dia lagi kesesatan?”98.

98
Tanbihat Fi Raddi Ala Man Taauwwala al-Sifat, Dr. Salih, ms: 78.
40
Dalam katanya yang lain yang jelas mencela Ahli Sunnah:
“Barang sesiapa yang telah mentakwilkan sifat-sifat dari
apa yang telah ditunjukkannya (madlul) kepada selain
maksudnya maka dia sesat”99.

Penulis telah memuatkan sebelum ini bahawa ulama Ahli Sunnah menerangkan
bahawa terdapat dua aliran dalam ayat-ayat serta hadis-hadis sifat iaitu tafwid dan takwil
tafsili. Tetapi bagi Dr. Fauzan, beliau dengan angkuhnya menolak kedua aliran tersebut
mentah-mentah dengan katanya:
“Tidaklah berlaku tafwid yang mutlak dan tidak juga
takwil bagi sifat-sifat (Allah) daripada zahirnya pada
suatu hari dari hari-hari sebagai satu Mazhab Ahli Sunnah
Wal Jamaah”100.
Kata beliau lagi:
“…..Apa yang al-Asya’iroh berada (iaitu takwil) pada
sifat-sifat (Allah) bukanlah bertepatan dengan al-Kitab
dan al-Sunnah”101.

Seorang lagi ulama Wahabi yang terkenal iaitu Abdul Aziz Bin Baz, bekas mufti
Mekah berkata:
“Tidak syak lagi bahawa sesungguhnya telah sesat dengan
sebab perselisihan dalam urusan akidah kumpulan-
kumpulan yang banyak seperti al-Muktazilah, al-
Jahmiyyah, al-Rafidah, al-Qadariyyah dan selain mereka.
Begitu juga al-Asya’iroh, mereka telah sesat mengenai apa
yang telah mereka menyalahi al-Kitab dan al-Sunnah”102.

Terdapat lagi kata-kata mereka yang amat tercela iaitu secara jelas mengkafirkan
Ahli Sunnah secara khususnya al-Asya’iroh dalam kitab mereka yang menjadi rujukan

99
Tanbihat Fi Raddi Ala Man Taauwwala al-Sifat, Dr. Salih, ms: 73.
100
Ibid, ms: 70.
101
Ibid, ms: 61.
102
Ibid, ms: 6.
41
penting iaitu Fathu al-Majid103. Disebutkan dalam kitab tersebut bahawa kebanyakan
Ahli Sunnah mengkafirkan al-Asyairoh, wal i’yazubillah.

Apa yang dapat kita katakan kepada golongan ini dan sesiapa sahaja yang
menuruti jejak langkah mereka ialah, apakah mereka tidak tahu bahawa apabila
disebutkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, dimaksudkan di situ adalah al-Asya’iroh dan al-
Maturidiyyah! Jika bukan dua mazhab ini, siapakah yang dimaksudkan oleh mereka
sebagai Ahli Sunnah? Adakah golongan seperti mereka yang mengharamkan takwil
seterusnya beriktikad makna yang tidak layak bagi Allah layak dianggap sebagai Ahli
Sunnah?

Imam al-hafiz Murtadha al-Zabidi berkata:


“Jika disebut Ahli Sunnah maka yang dimaksudkan dengan
mereka ialah al-Asya’iroh dan al-Maturidiyyah”104.

Al-Khiyali dalam hasyiahnya ke atas Syarah al-Aqaid berkata:


“Al-Asya’iroh, mereka merupakan Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Inilah yang masyhur di Khurasan, Iraq, Syam dan
kebanyakan negara-negara dan juga di negara Ma Warok
al-Nahar”105.

Imam Taj al-Din al-Subki pula menegaskan:


“Ketahuilah bahawa Abu Hasan al-Asy’ari tidak mencipta
pendapat (baru) dan tidak membina mazhab (baru).
Sesungguhnya beliau hanya menetapkan / menguatkan
mazhab salaf, membela apa yang telah berada padanya
oleh sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa
Sallam”106.

103
Lihat Fathu al-Majid, Abdul Rahman Bin Hasan Bin Muhammad, ms: 356.
104
Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Bi Syarhi Ihyak Ulum al-Din, al-Zabidi, 2 / 8.
105
Ibid, 2 / 8.
106
Tabaqot al-Syafiiyyah al-Kubra, al-Subki, 3 / 365.
42
Nukilan di atas merupakan sebahagian kecil sahaja dari kata-kata ulama muktabar
yang menunjukkan bahawa Ahli Sunnah adalah al-Asya’iroh dan al-Maturidiyyah.
Sekarang mari pula kita lihat sanjungan ulama Ahli Sunnah terhadap Abu Hasan al-
Asy’ari ini dengan mengenepikan celaan golongan yang ganjil dari Ahli Sunnah Wal
Jamaah.

Syaikh Abu Ishaq al-Syirazi yang terkenal dalam Mazhab al-Syafii’ berkata:
“Dan Abu al-Hasan al-Asy’ari merupakan Imam Ahli
Sunnah. Dan umumnya sahabat-sahabat Syafii (ulama-
ulama mazhab Syafii) berada di atas mazhabnya. Dan
mazhabnya merupakan mazhab ahli hak”107.

Imam al-Qusyairi pula berkata:


“Telah bersepakat golongan ahli hadis bahawa Abu al-
Hasan, Ali Bin Ismail al-Asy’ari merupakan imam di
kalangan golongan ahli hadis, dan mazhabnya merupakan
mazhab ahli hadis”108.

Oleh itu, janganlah kita terjebak dengan perangkap golongan yang mencerca Ahli
Sunnah dengan dakwaan merekalah Ahli Sunnah atau salafiyyah. Sedangkan kemunculan
mereka hanyalah semenjak dua ratus tahun yang lalu sahaja. Perkara sebegini bukan
sahaja baru berlaku sekarang, tetapi telah pun berlaku pada zaman dahulu lagi. Justeru
itulah, seorang ulama agung iaitu al-hafiz Ibn A’sakir, Abu al-Qasim Ali Bin al-Hasan
Bin Hibatullah al-Dimasyqi Rahimahullah (571h) mengarang sebuah kitab khusus untuk
mempertahankan Imam Ahli Sunnah Abu al-Hasan al-Asy’ari ini iaitu kitab yang
berjudul Tabyin Kazib al-Muftari Fi Ma Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Asy’ari.
Semoga Allah merahmati pengorbanan beliau dalam mempertahankan imam yang agung
tersebut. Kitab ini amat perlu dimiliki oleh setiap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah
seperti yang disarankan oleh Imam Taj al-Din al-Subki dalam kitab beliau Tabaqot al-
Syafiiyyah al-Kubro.

107
Ibid, 3 / 376.
108
Ibid, 3 / 374.
43
TAKWIL HADIS AL-JARIYAH

Terdapat sebuah hadis yang amat masyhur sekali yang digunakan oleh golongan
al-musyabbihah al-mujassimah bagi menetapkan bahawa Allah Taala berada di atas
langit. Hadis tersebut terkenal sebagai hadis al-jariyah. Hampir kebanyakan tokoh al-
musyabbihah menggunakan hadis ini sebagai hujah dalam syarahan-syarahan serta
karangan-karangan mereka. Mereka mendakwa inilah dalil yang paling jelas dan ampuh
bahawa Allah bertempat, sebarang pentakwilan merupakan penolakan dari beriman
dengan sifat Allah yang boleh menyebabkan sesat dan kufur. Inilah yang disebut-sebut
oleh mereka sebagai takwil adalah ta’til. Oleh yang demikian, mari kita lihat hadis
tersebut yang merupakan hujah bagi golongan ini.

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim109 dalam sahihnya yang berbunyi:
“Bahawa sesungguhnya seorang lelaki telah
datang kepada Rosulullahi Sallallahu Alaihi Wa Sallam.
Lalu bertanyakan berkenaan seorang jariyah (hamba
perempuan) miliknya.
Telah berkata (lelaki tersebut): Aku telah berkata:
Wahai Rasul Allah! Adakah boleh aku membebaskannya?
Telah bersabda (Nabi): Bawakannya kepadaku. Maka dia
dibawa datang. Maka bersabda (Nabi) kepadanya: Aina
Allah (dimanakah Allah)? Dia menjawab: Fi al-samak (di
langit). (Nabi) bersabda; Siapakah aku? Dia menjawab:
Kamu Rasulullah. (Nabi) bersabda: Bebaskan dia,
sesungguhnya dia mukminah”.

Hadis ini bukanlah bermakna Allah menetap di langit sebagai mana yang di
sangkakan oleh golongan musyabbihah yang jahil, bahkan maknanya yang bertepatan
dengan Bahasa Arab sendiri ialah Allah Taala Maha Tinggi Kekuasaan. Ini kerana soalan

109
Lihat Sahih Muslim, Kitab al-Masajid Wa Mawadi’ al-Solah, Bab Tahrim al-Kalam Fi al-Solah Wa
Nasakh Ma Kana Min Ibahatihi.
44
“aina” tidak semestinya ditujukan kepada tempat sesuatu itu berada. Soalan “aina” juga
digunakan untuk mengetahui kedudukan, martabat atau darjat.

Contohnya ucapan seseorang: “Dimanakah aku nak dibandingkan dengan dia”.


Dari petikan ini difahami bahawa maksudnya kedudukan, martabat atau darjat dan
bukannya tempat. Oleh itulah ulama Ali Sunnah menakwilkan hadis tersebut
sebagaimana yang disebutkan. Apatah lagi ijmak umat islam bahawa Allah tidak
bertempat. Mengapakah sesetengah golongan suka meninggalkan ijmak dan berpegang
teguh dengan nusus mutasyabihat yang zahirnya menyamakan Allah dengan makhluk?
Jawapannya mudah iaitu, mereka memang beriktikad demikian bahawa Allah sama
dengan makhlukNya.

Bagi menjawab kesesatan golongan yang berpegang dengan hadis ini juga ialah,
riwayat Muslim tersebut telah ditolak oleh sebahagian ulama kerana ianya idtirob110
sanad dan matan. Keduanya ialah kerana berlawanan dengan usul.

Perkara pertama: al-Idtirob

Hadis Muslim tersebut dihukum sebagai idtirob kerana terdapat pelbagai sanad
dan matan yang berbeza. Dalam satu riwayat diriwayatkan oleh Ibn Hibban111 dalam
sahihnya dari al-Syarid Bin Suwaid al-Saqafi, beliau telah berkata:
“Aku telah berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya
ibuku mewasiatkan untuk memerdekakan baginya seorang
hamba perempuan dan ada bagiku seorang hamba
perempuan kulit hitam. Sabda (Nabi): Panggil dia. Lalu
datanglah, (Nabi) bersabda: Siapakah tuhanmu? Dia
menjawab: Allah. (Nabi) bertanya: Siapakah aku? Dia
menjawab: Rasulullah. Sabda (Nabi): Merdekakannya,
sesungguhnya dia mukminah”.

110
Idtirob adalah istilah kepada hadis yang berlainan sanad dan matan, dihukumkan sabagai dhaif.
111
Lihat al-Ihsan Bi Tartibi Sahih Ibn Hibban, 1 / 206 dan 6 / 256.
45
Imam al-Baihaqi112 pula meriwayatkan kisah yang sama dalam al-Sunan al-Kubra
dengan lafaz:
“Aina Allah (Dimana Allah)? Lalu dia menunjukkan ke
langit dengan jarinya”.

Dalam riwayat lain dari Imam al-Baihaqi113 juga dengan lafaz yang lain iaitu:
“Siapakah tuhanmu? Dia menjawab: Allah tuhanku.
(Nabi) bersabda: Apakah agamamu? Dia menjawab:
Islam. (Nabi) bertanya: Siapakah aku? Dia menjawab:
kamu Rasulullah. (Nabi) bersabda: Merdekakannya”.

Imam Malik pula dalam al-Muwatta114 meriwayatkan dengan lafaz:


“Adakah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan yang
sebenarnya melainkan Allah? Dia menjawab: Ya. (Nabi)
bersabda: Adakah kamu bersaksi bahawa aku
Rasulullah? Dia menjawab: Ya. (Nabi) bersabda:Adakah
kamu meyakini dengan hari kebangkitan selepas mati? Dia
menjawab:Ya.Lalu Rasulullah bersabda:
Merdekakannya”.
Bila dilihat keseluruhan riwayat yang dibentangkan, riwayat yang dibawa oleh
Imam Malik dalam al-Muwatta lebih tepat, cuma tiada disebutkan lafaz “sesungguhnya
dia mukminah”. Riwayat ini lebih tepat atau rajih dari riwayat yang di bawa oleh Imam
Muslim kerana bertepatan pula dengan hadis yang masyhur115:
“Aku diperintahkan agar memerangi manusia (yang tidak
beriman) sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada
tuhan yang sebenarnya melainkan Allah.”

112
Al-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi, 7 / 388.
113
Ibid, 7 / 388.
114
Lihat al-Muwatta Imam Malik, Kitab al-I’taqah Wa al-Walak, Bab Ma Yajuzu Min al-Utqi Fi al-Riqabi
al-Wajibah.
115
Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman dan Muslim , Kitab al-Iman.
46
Perkara kedua ialah riwayat “Aina Allah (dimanakah Allah)” yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim berlawanan dengan usul.

Kaedah usul mengatakan bahawa seseorang tidak dihukumkan sebagai islam


dengan hanya semata-mata berkata Allah di langit di sebabkan ianya bukan kalimah
tauhid. Ucapan tersebut sama di antara Yahudi, Nasrani dan lain-lain agama yang
beriktikad bahawa tuhan di langit. Dalam syariat islam, dihukumkan seseorang sebagai
islam dengan menggunakan ucapan syahadah seperti riwayat Imam Malik dan bertepatan
pula dengan hadis masyhur yang telah disebutkan.

Sekiranya dikatakan, bagaimanakah boleh terjadi demikian kerana ianya


diriwayatkan oleh Imam Muslim dan kitab beliau memang diakui sebagai sahih?
Jawapannya ialah terdapat sebilangan hadis yang diriwayatkan oleh beliau ditolak
sebahagian ulama hadis sendiri jika kita melihat dalam karangan-karangan ulama hadis.

Sekalipun ianya diterima sebagai sahih, tidak bermakna Allah menetap di langit
seperti yang diiktikadkan oleh al-musyabbihah. Makna yang sebenarnya ialah Allah
Maha Tinggi Darjat dan Kebesaran. Berdasarkan makna inilah sebahagian Ahli Sunnah
menetapkannya sebagai sahih seperti yang dilakukan oleh Imam al-Nawawi ketika
menghuraikan hadis Muslim tersebut. Imam al-Nawawi sendiri dalam menghuraikannya
menerangkan aliran mazhab salaf dan mazhab khalaf berkenaan hadis sifat dan beliau
menakwilkannya seperti yang telah diterangkan. Bagi al-musyabbihah, mereka membawa
makna yang tidak layak bagi Allah lalu sesat.

Perlu diketahui bahawa golongan al-musyabbihah ini masih tidak mahu mengaku
kalah, masih tetap mengatakan hadis itu sahih lagi jelas, tidak perlu kepada takwil. Maka
boleh dikatakan kepada golongan ini, apakah yang akan kamu lakukan dengan satu hadis
lain yang lebih sahih sanadnya dari hadis al-jariyah yang diriwayatkan juga oleh Imam
Muslim.Hadis tersebut ialah hadis Abu Musa al-Asya’ri116 yang berbunyi:

116
Riwayat Muslim, Kitab al-Zikr Wa al-Dua’k Wa al-Qurbah Wa al-Istighfar dan Bukhari, Kitab al-
Maghazi, Bab Ghazwah Khaibar.
47
“Dimana, yang kamu seru kepadaNya aqrab (lebih
hampir) kepada seseorang kamu dari tengkuk rahilah
(unta tunggangan) seseorang kamu”.

Sekiranya mengambil hadis ini secara zahir atau tersurat tanpa menakwilkannya,
sudah pasti bercanggah dengan hadis al-jariyah yang diiktikadkan oleh mereka.Ini kerana
mereka beriktikad Allah di langit dan hadis ini pula menunjukkan Allah di bumi hampir
dengan kita. Sekiranya pula mereka menakwilkan hadis ini dan tidak menakwilkan hadis
al-jariyah, ini merupakan satu pendalilan tanpa hujah atau asas yang kukuh. Ia lebih
kepada apa yang disebutkan sebagai keras kepala, mahu menegakkan benang yang basah.
Oleh itu iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah yamg sejati menetapkan bahawa Allah wujud
tanpa bertempat di langit mahupun di bumi kerana semuanya makhluk ciptaan Allah
Taala sendiri.

LANGIT: KIBLAT KETIKA BERDOA

Bagi menyempurnakan lagi huraian mengenai tajuk takwil ini, tidak kurang
penting bagi kita untuk mengetahui serba sedikit berkenaan tajuk di atas. Lebih-lebih lagi
golongan al-musyabbihah terus menerus dalam menolak dan menentang takwil,
menggunakan cara orang islam berdoa dengan mengangkat tangan ke langit sebagai
hujah bagi mereka untuk membuktikan Allah di langit. Sedangkan ulama Ahli Sunnah
Wal Jamaah mengatakan bahawa langit merupakan kiblat untuk berdoa dan ianya
ibadat.

1: Imam Ahli Sunnah Abu Mansur al-Maturidi Rahimahullah berkata:


““Berkenaan mengangkat tangan-tangan ke langit
merupakan ibadat. Bagi Allah, seseorang hamba itu
beribadat kepadaNya dengan apa (cara) yang Dia
kehendaki, Dia mengadapkan mereka kearah yang Dia
kehendaki.
Sekiranya seseorang menyangkakan bahawa
mengangkat pandangan ke langit kerana Allah di arah
48
yang dia hadapkan, samalah seperti sangkaan bagi sesiapa
yang menyangka bahawa Dia di arah bawah bumi dengan
sebab dia meletakkan wajahnya di atasnya (ketika sujud),
mengadap dalam solat dan seumpamanya.
Seperti juga sangkaan bagi orang yang
menyangkakan bahawa Dia di timur bumi atau barat oleh
kerana mengadap ke arah demikian dalam solat (iaitu
kiblat) ataupun di Mekah kerana dia keluar menunaikan
haji, Maha Suci Allah dari bersifat demikian”117.

2: Al-hafiz Muhammad Murtadha al-Zabidi Rahimahullah berkata:


“Sekiranya dikatakan: Apabila al-Haq Subhanahu
Wa Taala tidak mempunyai sudut / arah, apakah makna
mengangkat tangan ketika berdoa ke langit? Jawapannya:
Ada dua jawapan seperti yang disebutkan oleh al-
Thurthusyi:
Pertama: Sesungguhnya ia merupakan ibadat
seperti mengadap Kaabah ketika solat, meletakkan dahi di
bumi ketika sujud beserta menyucikan Allah Subhanah dari
bertempat di Kaabah dan di tempat sujud. Seolah-olah
langit itu kiblat doa.
Keduanya: bahawasanya ia (langit) merupakan
tempat turunnya rezeki dan wahyu, tempat turunnya
rahmat dan berkat. Berdasarkan ia menurunkan hujan ke
bumi lalu mengeluarkan tanaman. Ianya tempat tinggal
malaikat”118.

Kata beliau lagi;


“Mengenai mengangkat tangan ketika memohon dan
berdoa ke arah langit, ianya merupakan kiblat doa

117
Kitab al-Tauhid, al-Maturidi, ms: 75-76.
118
Lihat Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, al-Zabidi, 5 / 34-35.
49
sebagaimana al-Bait (Kaabah) kiblat solat, dihadapkan
dada dan wajah. Sembahan ketika solat dan yang
dimaksudkan ketika berdoa (adalah Allah) Maha Suci
(Allah) dari berada di Kaabah dan di langit.
Al-Nasafi119 juga menunjukkan (hujah) dengan kata
beliau: Mengangkat tangan dan wajah ketika berdoa
merupakan ta’abbud (ibadah semata-mata) seperti
mengadap ke Kaabah dalam solat,. Maka langit kiblat doa
seperti mana kaabah kiblat solat”120.

3: Al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani al-Syafii’ al-Asy’ari Rahimahullah berkata:


“Langit kiblat doa sebagaimana Kaabah kiblat solat”121.

4: Syaikh Mulla A’li al-Qari al-Hanafi Rahimahulllah berkata:


“Langit kiblat doa, bermakna tempat turunnya rahmat
yang merupakan sebab pelbagai nikmat………..Disebutkan
oleh Syaihk Abu Mui’n al-Nasafi yang merupakan imam
dalam bidang ini (tauhid) dalam (kitabnya) “al-Tamhid”
bahawa al-muhaqqiqin menetapkan bahawa mengangkat
tangan ke langit ketika berdoa adalah semata-mata
ibadat”122.

5: Al-a’llamah al-Bayadi al-Hanafi Rahimahullah dalam kitabnya Isyaratu al-Maram


berkata:
“Mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah
kerana (Allah) Taala berada di atas langit yang tinggi,
bahkan kerana ianya kiblat doa. Disebabkan darinya boleh
beroleh kebaikan dan turun berkat sebagaimana firman

119
Beliau merupakan seorang ulama tauhid bermazhab al-Maturidi yang masyhur dengan Akidah al-
Nasafiyyah.
120
Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, al-Zabidi, 2 / 104.
121
Lihat Fath al-Bari, 2 / 233.
122
Syarah al-Fiqh al-Akbar, al-Qari, ms: 199.
50
Allah Taala (( Dan di lagit rezeki kamu semua dan apa
yang dijanjikan)), Surah al-Zariyat:22, serta ianya
mengisyaratkan bahawa (Allah) Taala bersifat dengan
sifat Kemuliaan dan sifat Kekuasaan. Begitu juga keadaan
Allah Taala menguasai hambanya dengan kekuasaan dan
keperkasaan” 123.

6: Al-a’llamah al-muhaddis Syaikh Abdullah al-Harari berkata:


“ Mengangkat tangan-tangan dan muka-muka ke langit
merupakan ta’abud semata-mata seperti mengadap ke
Kaabah ketika solat, maka langit kiblat doa seperti mana
al-bait (Kaabah) adalah kiblat solat”124.

Berdasarkan kesemua keterangan yang diberikan oleh ulama Ahli Sunnah ini,
mudah-mudahan beroleh manfaat bagi kita semua. Ternyatalah kebenaran dari yang batil,
tampaklah pegangan Ahli Sunnah yang sebenar dari golongan yang hanya bertopengkan
Ahli Sunnah. Di mana hakikat sebenar mereka adalah al-musyabbihah al-mujassimah.

KESIMPULAN

Melalui apa yang telah dibentangkan dengan dalil aqli dan naqli berkenaan takwil,
kata-kata ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenainya serta pentakwilan mereka sendiri
berkaitan ayat-ayat sifat serta hadis-hadis sifat, syukur kita kepada Allah kerana
tergolong dalam golongan yang benar bersama salafus soleh dan ulama khalaf yang
muktabar. Kita telah bersama mereka, bersama jamaah umat islam di mana Rasulullah
bersabda125:

123
Isyaratu al-Maram, al-Bayadi, ms: 198.
124
Izhar al-Akidah al-Sunniyyah, Abdullah al-Harari, ms: 128.
125
Riwayat al-Tirmizi, Kitab al-Fitan, Bab Ma Ja’a Fi Luzum al-Jamaah.
51
“Tidak berijmak126 umatku dalam kesesatan, sekiranya
kamu mendapati perbalahan, mestilah kamu menuruti
golongan al-sawad al-a’zom” 127.

Kita telah menuruti mereka berdasarkan hadis ini dan bukan bersama golongan
yang cuba merosakkan akidah umat islam dengan memutar belit terhadap salafus soleh
apatah lagi khalaf. Berdasarkan akidah yang kita pegangi sekarang adalah merupakan
akidah yang telah diijmakkan seperti mana yang dimuatkan oleh Imam Abu Mansur al-
Baghdadi dalam kitabnya yang menjadi rujukan penting mengenai kumpulan-kumpulan
dalam islam (al-firoq al-islamiyyah) iaitu kitab al-Farqu Baina al-Firoq. Ini
menunjukkan bahawa sesiapa yang berpegang dengan akidah ini tergolong dalam satu
kumpulan yang di jamin syurga dan bukannya berada dalam tujuh puluh dua kumpulan
yang akan dihumban ke neraka.
Rasulullah pernah bersabda:
“Barang sesiapa yang syaz128, sesungguhnya syaz
(tersebut membawanya) ke neraka”.129

Melalui hadis ini, golongan musyabbihah adalah golongan yang sesat di sebabkan
mereka terpencil dan ganjil dengan akidah yang berlainan dari jumhur umat islam zaman
berzaman. Akidah mereka amat berlawanan sekali dengan apa yang diijmakkan oleh
ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Oleh itu dapatlah di rumuskan mengenai tajuk Takwil al-Mutasyabihat Bagi


Menolak Iktikad Sesat Di Sisi Ahli Tanzih seperti berikut:

1: Umat islam dari aliran salaf dan aliran khalaf sepakat menyucikan Allah Taala dari
sebarang persamaan dengan makhluk ciptaanNya sendiri serta beriktikad makna yang

126
Ijmak merupakan kata sepakat ulama mujtahid mengenai sesuatu perkara atau hukum selepas kewafatan
Nabi Muhammad. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk buku-buku usul fiqh.
127
Al-sawad al-a’zom adalah istilah kepada jumhur umat islam yang mana akidah mereka adalah akidah
yang dibawa oleh Nabi dan seterusnya sahabat, tabi’in, berterusan demikian sehinggalah sampai kepada
kita.
128
Iaitu ganjil dari sudut akidah dari jemaah islam atau jumhur umat islam.
129
Riwayat al-Tirmizi, Kitab al-Fitan, Bab Ma Ja’a Fi Luzum al-Jamaah.
52
sesuai dengan Allah yang penuh kesempurnaan, kebesaran dan pujian. Cuma
perbezaannya, aliran salaf secara majoritinya mereka mengambil pendekatan takwil
secara ijmali (al-tafwid) yang berlainan dengan khalaf di mana majoriti mereka pula
mengambil pendekatan takwil secara tafsili.

2: Hukum menakwilkan nusus mutasyabihat adalah harus apabila mencukupi syarat-


syaratnya dan golongan yang menakwilkannya bukanlah tergolong dalam golongan
Muktazilah mahupun Jahmiyyah.

3: Aliran salaf tidak pernah mengatakan mereka mengambil secara zahir sesuatu nas
kerana mereka faham selok belok Bahasa Arab. Mengambil secara zahir akan membawa
kepada tasybih iaitu menyamakan Allah dengan makhlukNya.

4: Pentakwilan perlu kepada syarat-syarat agar ianya tidak menyimpang dari maksud
sebenar. Sebarang pentakwilan yang tidak cukup syarat membawa kepada
penyelewengan dan mensia-siakan Kalamullah dan Rasulnya. Ini kerana kaedah
menyebutkan asal sesuatu perkataan berdasarkan hakikat, tidak boleh membawa kepada
makna yang lain atau makna sebaliknya tanpa sebab.

5: Perlu berhati-hati terhadap golongan yang cuba merosakkan akidah Ahli Sunnah
dengan bertopengkan salaf dengan membawa serta menafsirkan ayat-ayat serta hadis-
hadis sifat secara zahir sahaja dan beranggapan itulah maksud sebenarnya. Ingatlah
bahawa golongan ini lebih bahaya dari Yahudi, Nasara dan penyembah berhala.

6: Umat islam perlu pelajari ilmu akidah dengan mantap agar dapat menjawab segala
tuduhan yang dilemparkan kepada Ahli Sunnah. Kurangnya ilmu dalam bidang ini
membolehkan golongan musyabbihah dan lain-lain memutar belitkan fakta hanya dengan
membawa tajuk-tajuk atau isu yang kecil yang telah pun dibahaskan serta dikupas
sebelum ini oleh ulama Ahli Sunnah.

53
BIBLIOGRAFI

1: Al-Quran al-Karim.
2: Al-Amali, Abdul Rahim al-I’raqi, al-Zohiriyyah, Dimasyq.
3: Al-Asma Wa al-Sifat, Al-Baihaqi, Dar Ihyak al-Turas al-Arabi, Beirut.
4: Al-Bidayah Wa al-Nihayah, Ibn Kathir, Dar al-Maarif, Beirut.
5: Al-Durar al-Kaminah Fi A’yan al-Mi’ah al-Saminah, Ibn Hajar al-Asqalani, Dar al-
Ihyak al-Turas al-Arabi, Beirut.
6: Al-Durru al-Mansur Fi al-Tafsir al-Maksur, al-Suyuti, Dar al-Fikr, Beirut.
7:Al-Faqih Wa al-Mutafaqqih, al-Khatib al-Baghdadi, Dar al-Ihyak al-Sunnah al-
Nabawiyyah.
8: Al-Farqu Baina al-Firaq, Abu Mansur al-Baghdadi, Dar al-Makrifah, Beirut.
9: Al-Irsyad, Imam al-Haramain al-Juwaini, Muassasah al-Kutub al-Saqafiyyah, Beirut.
10:Al-Ihsan Bi Tartibi Sahih Ibn Hibban, Ibn Balaban, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah,
Beirut.
11: Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran Al-Qurtubi, Dar al-Fikr, Beirut.
12: Al-Majalis, Ibn al-Jauzi, Dar al-Ansar, al-Qahirah.
54
13: Al-Majmu’ Syarah al-Muhazab, al-Nawawi, Dar al-Fikri, Beirut.
14: Al-Milal Wa al-Nihal, Al-Syahrustani, Dar al-Makrifah, Beirut.
15: Al-Mufradat Fi Gharib al-Quran, al-Raghib al-Asfahani, Dar al-Ma’rifah, Beirut.
16: Al-Muwatta, Malik Bin Anas, Dar al-Afaq al-Jadidah, Beirut.
17: Al-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi, Dar Sodir, Beirut.
18: Amal al-Yaum Wa al-Lailah, al-Nasa’i, Muassasah al-Risalah, Beirut.
19: Aridah al-Ahwazi Bi Syarhi Sahih al Tirmizi, Ibn al-Arabi, Dar al-Fikr, Beirut.
20: Bahru al-Muhid, Abu Hayyan al-Andalusi, Dar Ihya’ al-Turas al-Arabi , Beirut.
21: Dafu’ Syubah al-Tasybih, Ibn al-Jauzi, al-Maktabah al-Taufiqiyyah, al-Qaherah.
22: Fathu al-Bari Bi Syarhi Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani, Dar al-Makrifah,
Beirut.
23: Fathu al-Majid, Abdul Rahman Bin Hasan Bin Muhammad Bin Abdul Wahab,
Maktabah Dar al-Salam, al-Riyadh.
24: Ihyak Ulum al-Din, al-Ghazali, Dar al-Ma’rifah, Beirut.
25: Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Bi Syarhi Ihya’ Ulum al-Din Murtadho al-Zabidi, Dar
al-Fikr, Beirut.
26:Jami’ al-Bayan An Takwili Ayi al-Quran, Ibn Jarir al-Tabari, Dar al-Makrifah,
Beirut.
27: Majmuk Muhimmaat al-Mutun, Mustafa al-Babi al-Halabi, Mesir.
28: Majmu’ah Rasail Abu Hanifah, Al-Kausari.
29: Sunan Abi Daud, al-Sajastani, Dar al-Janan, Beirut.
30: Syarah al-Fiqh al-Akbar, Mulla Ali al-Qari, Dar Kutub al-Ilmiah, Beirut.
31: Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi, Dar Ihyak al-Turas al- Arabi, Beirut.
32:Tabaqat al-Syafiiyyah al-Kubra, Taj al-Din al-Subki, Dar Ihyak al-Kutub al-
Arabiyyah, al-Qahirah
33: Tafnid Maza’im al-Mudda’i Fi Ma Nasabahu Ila al-Syaikh Abdullah al-Harari,
Qisim al-Abhas Wa al-Dirasat al-Islamiyyah Fi Jami’ah al-Saqafah al-Arabiyyah al-
Islamiyyah, Amman.
34: Tafsir al-Asma’ Wa al-Sifat, Abu Mansur al-Baghdadi, Qaisuri, Turki.
35: Tafsir al-Kabir,Fakhru al-Din al-Razi, Dar al-Fikr, Beirut.
36: Taj al-Arus Min Jawahir al-Qamus, Murtadha al-Zabidi, al-Matbaah al-
Khairiyyah, Mesir.
55
37: Tanbihat Fi Raddi Ala Man Taauwwala al-Sifat, Dr. Salih Bin Fauzan al-Fauzan,
al-Riasah al-Ammah Li Idarat al-Buhus Wa al-Iftak Wa al-Dakwah Wa al-Irsyad, al-
Riyadh.
38: Tasynif al-Masami’ Syarah Jamu’ al-Jawami’, al-Zarkasyi, Muassasah Qurtubah,
al-Qaherah.
39: Usul al-Din, Abu Mansur al-Baghdadi.
40: Zad al-Masir Fi Ilmi al-Tafsir, Ibn al-Jauzi, Tabaah Zuhair al-Syawisy, Beirut.

KANDUNGAN

PENGANTAR 2

DEFINISI 5

SYARAT-SYARAT TAKWIL 6

PENGERTIAN MUTASYABIHAT DAN MUHKAMAT 7

ALIRAN DALAM AYAT-AYAT DAN HADIS-HADIS


SIFAT (MUTASYABIHAT) 10

1: Aliran Salaf: Takwil Ijmali (Al-Tafwid) 11


2: Aliran Khalaf: Takwil Tafsili 17

PENTAKWILAN ULAMA SALAF 22

1: Ibn Abbas Radiyallahu Anhuma 22


2: Imam al-Bukhari Rahimahullah 24
3: Sufyan al-Sauri Rahimahullah 25

4: Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah 26

5: Imam Malik Bin Anas Rahimahullah 27

56
6: Mujahid Rahimahullah 32

PENTAKWILAN ULAMA KHALAF 35

1: Imam al-Qurtubi Rahimahullah 35

2: Abu Hayyan al-Andalusi Rahimahullah 36

3: Al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah 38

4: Al-hafiz al-I’raqi Rahimahullah 39

TAKWIL YANG TERCELA 39

TAKWIL HADIS AL-JARIYAH 46

LANGIT: KIBLAT KETIKA BERDOA 50

KESIMPULAN 54

BIBLIOGRAFI 57

57