Tentu mereka yang terpengaruh dengan tuduhan ini akan marah dengan kenyataan yang
seperti itu. Mana mungkin haram untuk membaca Surah Yasin sedangkan itu salah satu
surah dalam al-Quran?! Lihat bagaimana mereka mengubah kenyataan dan fakta sehingga
orang menjadi keliru dan bersalah sangka terhadap maksud asal kenyataan.
Demikian juga apabila ada yang membuat kenyataan menyatakan ‘tiada sebarang solat
khusus untuk malam Jumaat’. Mereka yang pantang berbeza pendapat itu memberitahu
orang ramai ‘puak itu kata haram solat sunat malam Jumaat’. Padahal maksud tiada solat
khusus itu ialah tiada solat khas sempena malam Jumaat sahaja, adapun solat-solat sunat
yang biasa tiada halangan.
Katanya, ‘dia siapa hendak berbeza dengan ulama-ulama dahulu yang lebih alim dan
warak?! Dia lebih alim daripada merekakah?!”. Padahal soal tempoh paling lama
mengandung yang disebutkan itu memang tiada nas yang sahih daripada al-Quran ataupun
Sunnah. Sementara yang ada hanyalah andaian beberapa ulama dahulu berasaskan
khabar yang mereka dengar dari beberapa wanita.
Wanita–wanita itu mungkin tidak berbohong, tetapi sangkaan mereka bahawa mereka
mengandung itu tidak benar. Apatah lagi ketika itu ujian kehamilan (pregnancy test) seperti
sekarang belum wujud. Ahli perubatan moden menyatakan tempoh mengandung secara
puratanya 266 hari atau sehingga 280 hari. Untuk sampai sehingga dua atau tiga atau
empat tahun tidak menepati perkiraan saintifik.
Justeru itu, seorang tokoh saintis muslim Dr Muhammad ‘Ali al-Bar menyifat kenyataan ahli
fekah silam tentang tempoh mengandung sehingga tiga atau empat tahun sebagai riwayat
yang khurafat (tiada asas) (lihat: ‘Umar Ghanim, Ahkam al-Janin fi al-Fiqh al-Islami, m.s 74,
Beirut : Dar Ibn Hazm).
Apatahlagi dakwaan itu boleh mempunyai kesan yang jelas dalam kehidupan. Umpamanya,
dengan berpegang kepada pendapat yang menyatakan tempoh mengandung sehingga
empat tahun membolehkan seorang wanita yang kematian suami dan melahirkan anak
empat tahun kemudian mendakwa dia mengandung empat tahun anak arwah suaminya.
Seterusnya menuntut harta pusaka. Maka pengkajian sains moden patut didahulukan.
Menolak pendapat ulama yang lepas bukanlah bererti menghina mereka, sebaliknya
berpegang kepada kajian dan ilmu. Namun golongan fanatik menganggap ini keluar
mazhab dan tidak beradab.
Dalam sejarah perkembangan ilmu umat Islam berbeza pendapat dan kritikan ilmiah tidak
pernah dianggap sebagai dosa dan jenayah melainkan mereka yang fanatik. Contoh al-
Imam al-Zahabi (meninggal 748H) yang merupakan jaguh ilmu hadis yang agung dalam
Islam ketika mengulas tentang al-Imam al-Ghazali r.h, beliau menyebut: “Aku katakan: Al-
Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk
dia tidak melakukan kesilapan”.
Sesungguhnya beliau (‘Abd Allah bin Mas‘ud) adalah antara tokoh sahabah, jaguh ilmuan
dan pemimpin kepada hidayah. Namun begitu beliau memiliki qiraat dan fatwa yang
tersendiri yang disebut dalam kitab-kitab ilmu. Setiap imam itu boleh diambil dan
ditinggalkan perkataannya, kecuali imam golongan ahli taqwa, yang benar lagi diakui
kebenarannya, yang amanah lagi maksum (RasululLah) selawat dan salam ke atasnya.
Alangkah hairannya, apabila seseorang alim menjadikan agamanya mengikut diri
seseorang imam dalam setiap apa yang diucapkan, sedangkan dia tahu wujudnya nas-nas
nabawiyyah (sunnah) yang menolak mazhab imamnya.Tiada kekuatan melainkan dengan
ALLAH jua”. (Muhammad bin Tahir al-Qaisarani, Tazkirah al-Huffadz, 1/16, Riyadh : Dar al-
Sumai’i).
Dalam dunia ilmu, berbeza pandangan tidak pernah dianggap jenayah. Namun golongan
yang fanatik selalu mencari jalan permusuhan dengan mengandaikan sesiapa yang
berbeza dengan tokoh tertentu maka dia menghina dan tidak beradab. Selagi pandangan
itu diberikan dalam lingkaran ilmu dan perbincangan ilmiah tanpa maki dan cerca, maka itu
adalah dunia ilmu yang patut diberikan haknya.
Jangan kerana kita begitu rakus agar semua cakap kita didengari apabila ada orang
berbeza dengan kita, dia dianggap musuh. Marilah kita belajar menilai pandangan dan
menghormati perbezaan. Berbeza bukan bererti menghina. Kata al-Imam al-Zahabi juga:
“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w. Namun jika
seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-
kebaikanny a dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya
dan memaafkannya” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 18/157).