Anda di halaman 1dari 25

DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ALLAH TA`ALA WUJUD TANPA

BERTEMPAT DAN TIDAK BERHAJAT KEPADA `ARASY DAN TEMPAT


Dipetik dari : http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/al-asyairah-al-syafii/dalil-dalil-mengenai-allah-
tidak-bertempatvolume-1/191477634213112

AL QURAN

1. Allah ta`ala berfirman:

Maksudnya:

"(Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa
berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi
Maha Terpuji".

(Surah al-Faathir : 15)

2. Firman Allah ta`ala:

Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian (alam) makhluk
(`Arasy, Kursi, langit, tempat dan lain-lain)".

(Surah Al-Ankabut : 6)

Apabila kita mengatakan bahawa Allah ta`ala berhajat kepada makhluk yang diciptakan-Nya, nescaya
lemahlah Allah ta`ala. Apabila lemah, maka Dzat tersebut tidak layak untuk dijadikan Tuhan. Ini
adalah kerana, lemah itu sifat makhluk. Setiap yang lemah pasti ada (berhajat kepada) yang
memperkuatkannya. Maka, mustahil Allah ta`ala berhajat kepada makhluk yang diciptakan-Nya.

AL HADIS

1. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

"ُ‫ان هللاُ َولَ ْم يَ ُك ْن َش ْي ٌء َغ ْي ُره‬


َ ‫" َك‬.

Maksudnya:

“Allah telah wujud (pada azali) sedang sesuatu selain-Nya masih belum wujud”.

[Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Bayhaqi dan Ibn Jarud]


Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani (W. 852 H) telah menghuraikan hadis di atas di dalam kitabnya
Fath al-Bari dengan katanya[1]:

"‫ث بَ ْع َد ْال َع َد ِم‬


ُ ‫ان فِي األَ َّو ِل األَ َزلِيَّةُ َوفِي الثَّانِي ْال ُح ُد ْو‬
َ ‫"و ْال ُم َرا ُد بِ َك‬.
َ

Maksudnya:

“Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh
ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepas
ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”.

Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) juga mensyarahkan hadis tersebut
di dalam kitabnya al-Asma’ Wa al-Sifat dengan berkata:

"‫ك أَ ْغيَا ٌر‬ َ ْ‫يَ ُدلُّ َعلَى أَنَّهُ لَ ْم يَ ُك ْن َش ْي ٌء َغ ْي ُرهُ ال ْال َما َء َوال ْال َعر‬."
َ ِ‫ش َوال َغ ْي َرهُ َما َو ُكلُّ َذل‬

Maksudnya:

"(Hadis ini) Menunjukkan bahawa Allah ta`ala sudah wujud walaupun selain-Nya belum ada, air tidak
ada, `Arasy tidak ada dan selain kedua-dua benda itu dan semua itu adalah bukan Allah ta`ala."

Justeru, Allah taala telah wujud sejak dari azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama
keazalian-Nya. Tiada sesuatu pun sama ada air, udara, bumi, langit, `Arasy, Kursi, manusia, jin,
malaikat, tempat dan lain-lain daripada makhluk yang menyerupai-Nya. Oleh itu, Allah taala wujud
sebelum kewujudan tempat tidak bertempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan `Arasy serta
Dia tidak berhajat sama sekali kepada ciptaan-Nya.

2. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

"‫نت الظَّا ِه ُر‬


َ َ‫ َوأ‬,‫ك َش ْي ٌء‬ َ ‫نت اآل ِخ ُر فَلَي‬
َ ‫ْس بَ ْع َد‬ َ َ‫ َوأ‬,‫ك َش ْي ٍء‬ َ ‫نت األَ َّو ُل فَلَي‬
َ َ‫ْس قَ ْبل‬ َ َ‫اللَّهُ َّم أ‬
‫ك َش ْي ٌء‬َ َ‫ْس ُد ْون‬ ِ َ‫نت ْالب‬
َ ‫اط ُن فَلَي‬ َ َ‫ك َش ْي ٌء َوأ‬ َ ‫فَلَي‬."
َ َ‫ْس فَ ْوق‬

Maksudnya:

“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada
suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka
tiada suatupun di bawah-Mu”.

[Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim]

Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma’
wa al-Sifat[2]:
".‫صحُّ إِ ْد َرا ُكهُ بِ ْال َك ْو ِن فِي َم َكا ٍن‬ ِ َ‫اط ُن فَالي‬ ِ َ‫ ْالب‬,‫صحُّ إِ ْد َرا ُكهُ بِاألَ ِدلَّ ِة‬
ِ َ‫َوأَنَّهُ الظَّا ِه ُر فَي‬
َ ‫ت الظَّا ِه ُر فَلَي‬
‫ْس‬ َ ‫ ((أَ ْن‬:‫ان َع ِن هللاِ تَ َعالَى بِقَ ْو ِل النَّبِ ِّي‬ ِ ‫َوا ْستَ َد َّل بَعْضُ أَصْ َحابنِا َ نَ ْف ُي ْال َم َك‬
ُ‫ك َش ْي ٌء)) َوإِ َذا لَ ْم يَ ُك ْن فَ ْوقَهُ َش ْي ٌء َوال ُد ْونَه‬ َ َ‫ْس ُد ْون‬ َ ‫اط ُن فَلَي‬ ِ َ‫ت ْالب‬ َ ‫ك َش ْي ٌء َوأَ ْن‬
َ َ‫فَ ْوق‬
ٍ ‫" َش ْي ٌء لَ ْم يَ ُك ْن فِي َم َك‬.
‫ان‬

Maksudnya:

"Allah ta`ala itu Maha Zahir kerana (kewujudan-Nya) boleh didapati dengan bukti-bukti (daripada
kekuasaan-Nya melalui alam ini) dan Maha Batin kerana tidak boleh didapati (kewujudan-Nya)
secara bertempat. Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripada
Allah taala dengan sabdaan Nabi : ((‫))أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء‬
iaitu Engkaulah (Allah) yang Zahir dan tidak ada sesuatupun di atas-Mu dan Engkaulah yang Batin
dan tidak ada sesuatupun dibawah-Mu). Dan jika tiada suatupun di atas-Nya dan tiada sesuatupun di
bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun".

SAHABAT

1. Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wa al-Khalifah al-Rashid


Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib radiyallahu`anhu (W. 40 H) berkata[3]:

َ ‫اآلن َعلَى َما َعلَ ْي ِه َك‬


."‫ان‬ َ ‫ان – أَيْ هللا – َوال َم َك‬
َ ‫ان َوهُ َو‬ َ ‫" َك‬

Maksudnya:

"Allah wujud sejak azali, dan sedangkan pada ketika itu suatu tempat pun tidak ada dan Dia sekarang
dengan keadaan yang Dia telah ada (wujud-Nya azali dan abadi tanpa bertempat)".

Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim di dalam kitabnya Hilyah al-Auliya’, beliau berkata :
Diceritakan pada kami oleh Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Al-Haris, diceritakan pada kami
oleh Al-Fadhl Al-Hibab Al-Jamhiy, diceritakan pada kami oleh Musaddad, diceritakan pada kami
oleh Abdul Waris bin Sa`d, diceritakan pada kami oleh Muhammad bin Ishaq dari Nu`man bin Sa`d,
beliau berkata : Ketika saya di Kuffah berada dalam Darul Imaroh rumah Sayyidina Ali bin Abi
Tholib, tiba-tiba Nauf bin Abdillah datang kepada kami lalu berkata "Wahai Amirul Mu’minin ! di
pintu ada empat puluh lelaki Yahudi" Kemudian Sayyidina Ali radhiyallahu`anhu menjawab
"Serahkan mereka kepadaku", setelah mereka sampai di depan Sayyidina Ali radhiyallahu`anhu
mereka berkata : "Wahai Ali! Sifatkan kepada kami tentang tuhanmu yang berada di langit,
bagaimana Dia ?, bagaimana ada-Nya ? bila Dia wujud ? dan Dia berada di atas apa ?"[4]. Kemudian
Sayyidina Ali pun duduk dan berkata : "Wahai orang Yahudi dengarlah dariku dan jangan hiraukan
untuk tidak bertanya kepada selainku[5], sesungguhnya Tuhanku adalah yang awal, ada tanpa
permulaan, tidak ada dalam sesuatu, tidak seperti yang dibayangkan oleh prasangka, bukan jisim,
tidak diliputi oleh tempat dan tidak ada setelah yang tidak ada." Kemudian beliau berkata[6]:

"‫ق ْال َم ْعب ُْو َد‬


َ ِ‫" َم ْن َز َع َم أَ َّن إِلَهَنَا َمحْ ُد ْو ٌد فَقَ ْد َج ِه َل ْال َخال‬.

Maksudnya:
“Barangsiapa beranggapan (berkeyakinan) bahawa Tuhan kita terhad (boleh ditentukan saiz bagi Zat-
Nya) maka ia tidak mengetahui Tuhan yang wajib disembah (belum beriman kepada-Nya)”.

Menurut ulama` Tauhid dan ahli bahasa bahawa yang dimaksudkan dengan perkara yang
terhad adalah sesuatu yang mempunyai bentuk, seperti `Arasy dan zarrah, kedua-duanya adalah
terhad. Oleh itu yang dimaksudkan dengan kenyataan Saiyyidina Ali radhiyallahu`anhu bahawa Allah
tidak mempunyai bentuk adalah Allah wujud tanpa bertempat. Manakala duduk adalah sifat yang
mempunyai had, sedangkan Allah ta`ala bukanlah jisim yang besar dan yang kecil dan Allah juga
tidak disifati dengan sifat-sifat jisim seperti bentuk, ukuran, warna, panas, dingin, duduk atau
bersemayam, bergerak, diam dan berubah. Maksud perkataan Saiyidina `Ali tersebut adalah
sesungguhnya berkeyakinan bahawa Allah adalah jisim atau berkeyakinan Allah mempunyai bentuk,
yang demikian itu adalah merupakan kekufuran.

2. Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wal-Khalifa al-Rashid Sayyiduna


`Ali ibn Abi Talib radiyallahu`anhu (W. 40 H) berkata[7]:

" َ‫"إِ َّن الَّ ِذي أَيَّنَ األَ ْينَ اليُقَا ُل لَهُ أَ ْينَ َوإِ َّن الَّ ِذي َكيَّفَ ْال َك ْيفَ اليُقَا ُل لَهُ َك ْيف‬.

Maksudnya:

“Sesungguhnya yang menciptakan (aina) tempat tidak boleh ditakatakan bagi-Nya dimana
(pertanyaan tentang tempat), dan yang menciptakan (kaifa) bagaimana, tidak boleh dikatakan bagi-
Nya bagaimana”.

3. Al -Imam Abu Bakar al-Siddiq radiyallahu`anhu berkata[8]:

"‫ك‬ ُ ْ‫ك َو ْالبَح‬


ُ ‫ث َع ْن َذاتِ ِه ُك ْف ٌر َوإِ ْش َرا‬ ٌ ‫ك إِ ْد َرا‬
ِ ‫اإل ْد َرا‬
ِ ‫ك‬ ْ
ِ ‫"ال َعجْ ُز َع ْن َد َر‬.

Maksudnya:

"Pengakuan bahawa pemahaman seseorang tidak mampu (lemah) untuk sampai megetahui hakikat
Allah adalah keimanan, adapun mencari tahu tentang Allah, yakni membayangkan-Nya adalah
kekufuran".

Maksudnya ialah kita beriman bahawa Allah ta`ala tidak seperti makhluk-Nya, tanpa memikirkan
tentang hakikat Dzat-Nya. Adapun berfikir tentang makhluk-Nya adalah perkara yang dianjurkan
kerana segala sesuatu yang wujud di dalam alam ini adalah merupakan tanda wujudnya Allah.

AQIDAH KETURUNAN RASULULLAH

1. Al-Imam Ahmad al-Rifa`i berkata[9]:


ٍ ‫ان بِ ُوج ُْو ِد ِه تَ َعالَى بِال َكي‬
ٍ ‫ْف َوال َم َك‬
"‫ان‬ ُ َ‫اإل ْيق‬ ِ ‫" َغايَةُ ْال َمع‬.
ِ ِ‫ْرفَ ِة بِاهلل‬

Maksudnya:

“Setinggi-tinggi ma`rifatullah (kemuncak dalam mengenal Allah ta`ala) adalah dengan menyakini
bahawa Allah ta`ala wujud tanpa bentuk dan tanpa tempat”.
2. Al-Imam al-Sajjad Zainal `Abidin `Ali ibn al Husain ibn `Ali ibn Abi Thalib (38 H- 94 H)
berkata[10]:

":‫ال‬ َ ‫ أَ ْن‬:‫ال‬
َ َ‫ت هللاُ الَّ ِذيْ ال تُ َح ُّد فَتَ ُك ْو َن َمحْ ُد ْودًا َوق‬ َ َ‫ان" َوق‬ َ ‫أَ ْن‬
َ ‫ت هللاُ الَّ ِذيْ ال يَحْ ِوي‬
ٌ ‫ْك َم َك‬
ُّ‫ك التُ َحسُّ َوال تُ َجسُّ َوالتُ َمس‬َ َ‫" ُسب َْحان‬.
Maksudnya:

"Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat", dan dia berkata lagi:"Engkaulah Allah yang Maha Suci
dari had (benda bentuk dan ukuran)", beliau berkata lagi :"Maha Suci Engkau yang tidak boleh diraba
mahupun disentuh",(Allah tidak menyentuh sesuatupun daripada makhlukNya dan Ia tidak disentuh
oleh sesuatupun dari makhlukNya kerana Allah bukan jisim. Allah Maha Suci dari sifat berkumpul,
menempel, berpisah dan berlaku jarak antara Allah dan makhlukNya kerana Allah bukan jisim dan
ada tanpa arah)."

3. Al-Imam Ja`far al-Sadiq radiyallahu`anhu (W. 148 H) berkata[11]:

"‫ان َعلَى‬ َ ‫ك إِ َذ لَ ْو َك‬َ ‫َم ْن َز َع َم أَ َّن هللاَ فِي َش ْي ٍء أَ ْو ِم ْن َش ْي ٍء أَ ْو َعلَى َش ْي ٍء فَقَ ْد أَ ْش َر‬
َ ‫ان ِم ْن َش ْي ٍء لَ َك‬
‫ان‬ َ ‫ان فِي َش ْي ٍء لَ َكان َمحْ ص ُْورًا َولَ ْو َك‬ َ ‫ان َمحْ ُم ْوالً َولَ ْو َك‬ َ ‫َش ْي ٍء لَ َك‬
‫" ُمحْ َدثًا – أَيْ َم ْخلُ ْوقًا‬.
Maksudnya:

"Barangsiapa menyangka bahawa Allah itu berada di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas
sesuatu maka sesungguhnya dia telah syirik. Ini kerana jika Dia ada di atas sesuatu nescaya Dia
menjadi suatu yang ditanggung, jika Dia di dalam sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang terbatas,
dan jika kewujudan-Nya daripada sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang baharu – iaitu makhluk
(yang diciptakan)".

MAZHAB HANAFI

1. Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H)
berkata di dalam kitabnya al-Fiqh al-Absat[12]:

ٌ ‫ان هللاُ تَ َعالَ ْى َولَ ْم يَ ُك ْن أَي ٌْن َوال َخ ْل‬


"‫ق‬ َ ‫ق ْال َخ ْل‬
َ ‫ق َو َك‬ َ ُ‫ان قَ ْب َل أَ ْن يَ ْخل‬
َ ‫ان هللاُ تَ َعالَى َوال َم َك‬
َ ‫َك‬
‫ق ُكلِّ َش ْي ٍء‬ ُ ِ‫"وال َش ْي ٌء َوهُ َو َخال‬.
َ
Maksudnya:

"Allah ta`ala itu wujud (pada azali tanpa permulaan) tanpa bertempat sebelum Dia menciptakan
makhluk. Dan Allah ta`ala itu wujud (pada azali) tanpa di mana tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun
dan Dia pencipta segala sesuatu".
2. Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H) telah
berkata di dalam kitabnya Al-Wasiyyah[13]:

"‫ق‬ َ ‫هللا تَ َعالَى ألَ ْه ِل ْال َجنَّ ِة بِال َكي‬


ٌّ ‫ْف َوالتَ ْشبِ ْيهَ َوال ِجهَةَ َح‬ ِ ‫ولِقَا ُء‬."
َ

Maksudnya:

"Pertemuan dengan Allah Ta`ala bagi ahli syurga tanpa kaifiyat, tanpa tasybih dan tanpa sudut adalah
benar".

3. Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radhiyallahu`anhu (W. 150 H)
berkata dalam kitabnya al-Wasiyyah:

َ ‫ش أَي َْن َك‬


"ُ‫ان هللاُ؟ تَ َعالَى هللا‬ ِ ْ‫ق ْال َعر‬
ِ ‫ار فَقَب َْل َخ ْل‬
ِ ‫س َو ْالقَ َر‬
ِ ‫ان ُمحْ تَاجًا إِلَى ْال ُجلُ ْو‬ َ ‫فَلَ ْو َك‬
‫ك ُعلُ ًّوا َكبِ ْيرًا‬
َ ِ‫" َع ْن َذل‬.
Maksudnya:

"Seandainya Allah berhajat kepada duduk dan bertempat, lalu di manakah Allah sebelum diciptakan
`Arasy? Maha Suci Allah daripada duduk dan bertempat dengan kesucian yang agung."

MAZHAB MALIKI

1. Al-Imam al-Mujtahid Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa” sepertimana yang
diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Asma’ Wa al--Sifat[14]:

"ُ‫ك َو أَخَ َذ ْته‬ ٌ ِ‫ق َمال‬ َ ‫ فَاطُ َر‬:‫ش ا ْست ََوىْ َك ْيفَ ا ْستِ َوا ُؤهُ؟ قَا َل‬ ِ ْ‫ الرَّحْ َم ُن َعلَى ْال َعر‬:ِ‫يَا أَبَا َعبْد ِهللا‬
َ‫ َوال يُقَا ُل َك ْيف‬,ُ‫صفَ نَ ْف َسه‬ َ ‫ش ا ْستَ َوىْ َك َما َو‬ ِ ْ‫ الرَّحْ َم ُن َعلَى ْال َعر‬:‫ال‬َ َ‫ضا َء ثُ َّم َرفَ َع َر ْأ َسهُ فَق‬
َ ْ‫الرَّح‬
‫ قَا َل فَأ َ ْخ ُر َج ال َّر ُج َل‬.ُ‫احبُ بِ ْد َع ٍة أَ َخ َرجُوْ ه‬
ِ ‫ص‬ َ ‫ع َو أَ ْنتَ َر ُج ٌل سُوْ ٌء‬ ٌ ْ‫" َو َك ْيفَ َع ْنهَ َمرْ فُو‬.

Maksudnya:

"Wahai Abu Abdillah: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa”, bagaiman Dia istawa? Maka al-Imam
Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudia beliau mengangkat mukanya lalu
berkata: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan bagaimana istawa-
Nya (kaif) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nya kaif). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah
dia. Maka lelaki itupun diusir pergi" .

Kata-kata al-Imam Malik ini perlu difahami dengan betul. Ada pihak yang tersilap faham
maksud daripada kata-kata al-Imam Malik ini lalu mendakwa bahawa al-Imam Malik mengatakan
Allah duduk atau bersemayam di atas `Arasy. Marilah kita melihat tafsiran para ulama’ mengenai
kata-kata al-Imam Malik ini.
Maksud kata-kata al-Imam Malik tersebut bahawa Allah Maha Suci dari semua sifat jisim,
seperti duduk atau bersemayam di atas `Arasy, berada suatu tempat, berada di mana-mana tempat,
berjihah, berbentuk, berjuzuk dan sebagainya kerana itu semua adalah sifat makhluk.

Kata-kata al-Imam Malik ini perlu difahami dengan betul dan berhati-hati kerana ada
sebahagian golongan yang tersilap dalam memahami maksud daripada kata-kata Imam Malik ini lalu
mendakwa bahawa al-Imam Malik, mengatakan Allah ta`ala itu duduk atau bersemayam di atas
`Arasy. Na`uzubillah…

Golongan Wahhabi iaitu pengikut Ibn Taimiyah al-Mujassimah mengubah perkataan al-Imam
Malik dan berhujah dengan golongan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dengan menggunakan kata-kata
al-Imam Malik untuk mengatakan Allah duduk di atas `Arasy. Sedangkan dalam kata-kata al-Imam
Malik tidak ada pun mengatakan Allah jalasa (duduk) dan riwayat yang mengatakan “Wa al-Kaif
Majhul” adalah tidak benar dan al-Imam Malik tidak pernah mengatakannya. Berhati-hatilah dengan
golongan Wahhabi kerana mereka mengubah kata-kata ulama` untuk menyebarkan fahaman kufur
mereka. Wal`iyyal zubillah….

Kata-kata al-Imam Malik : “al-Rahman beristawa di atas `Arasy sepertimana Dia sifatkan
Dzat-Nya” : Disini al-Imam Malik tidak menentukan (ta`yin) makana yang tertentu bagi kalimah
istawa sebaliknya menyerahkan makna yang tertentu bagi kalimah istawa sebaliknya menyerahkan
makna tersebut kepada Allah ta`ala dengan beri`tiqad bahawa Allah tidak menyerupai sesuatupun
daripada makhluk-Nya. Dalam erti kata lain, apa yang dilakukan oleh al-Imam Malik ini dinamakan
tafwidh (menyerahkan).

Dan maksud kata-kata al-Imam Malik “tidak ditanya bagaimana (kaif) istawa-Nya dan
bagaiamana (kaif) diangkat daripada-Nya” : Bahawa istawa Allah ta`ala itu tanpa mempunyai
keadaan atau bentuk tertentu kerana yang mempunyai rupa dan bentuk tertentu adalah makhluk. Ini
juga membuktikan bahawa al-Imam Malik tidak maksudkan dengan kata-katanya “al-Rahman
beristawa di atas `Arasy” itu bahawa Allah ta`ala itu duduk di atas `Arasy kerana duduk itu
mempunyai rupa dan bentuk tertentu.

Al-Imam Malik tidak mengambil zahir sepertimana yang dilakukan oleh golongan yang
mendakwa mereka sebagai Salafiyyah yang tokoh utamanya ialah Ibn Taimiyah al-Mujassimah. Di
sisi Ibn Taimiyah dan para pengikutnya mengambil makna istawa ialah duduk kerana mereka
mengambil makna ayat tersebut secara zahir.

Kemudian mereka juga mengatakan bahawa istawa Allah itu mempunyai bentuk dan keadaan
tertentu tetapi bagaimana tidak diketahui. Sedangkan golongan salaf sebenar mengatakan bahawa
Allah ta`ala itu tidak boleh di bagaiman atau dibentukkan dengan bentuk-bentuk tertentu. Inilah
membezakan Ibnu Taimiyah al-Mujassimah dengan golongan salaf yang sebenar.

Dan dapat dilihat bahawa al-Imam Malik mengingkari pertanyaan lelaki tersebut tentang
bagaimana (kaif) istawa Allah itu kerana pertanyaannya menampakkan seolahnya Allah itu istawa
dengan bentuk tertentu. Seolahnya lelaki itu berkata “bagaimana bentuk” istawa Allah itu?. Dan suatu
yang dapat “dibagaimanakan” maka bermakna ia suatu yang dapat digambarkan oleh akal fikiran dan
suatu yang dapat digambarkan oleh akal fikiran dan suatu yang dapat digambarkan oleh akal fikiran
maka ia boleh dikadarkan dalam bentuk tertentu dan suatu yang dapat dikadarkan dalam bentuk
tertentu maka menunjukkan ianya adalah makhluk.

Pendapat Ibnu Taimiyah yang mengatakan bahawa Allah itu duduk tetapi kita tidak tahu
bagaimana duduk-Nya membuktikan bahawa Ibnu Taimiyah tidak menafikan bahawa Allah itu
mempunyai bentuk tertentu tetapi kita tidak mengetahuinya. Sedangkan Ahl al-Sunnah Wa al-
Jama`ah yang sebenar menafikan bahawa Allah mempunyai bentuk tertentu kerana suatu yang
mempunyai bentuk sudah pasti ianya makhluk.

Terdapat satu riwayat tentang kenyataan al-Imam Malik yang berbunyi:

"ٌ‫اجبٌ َوالس َُّؤا ُل َع ْنهُ بِ ْد َعة‬ ِ ‫ْف َغ ْي ُر ْال َم ْعقُ ْو ِل َو‬


ُ ‫اإل ْي َم‬
ِ ‫ان بِ ِه َو‬ ُ ‫"و ْال َكي‬.
َ

Maksudnya:

"(Istawa’ itu disebut di dalam al-Quran) Dan kaifiyyatnya tidak ada sama sekali (tidak masuk akal),
beriman dengannya adalah wajib dan bertanyakannya adalah bid`ah".

Al-Imam al-Qarafi mensyarahkan maksud perkataan al-Imam Malik yang menyebut : "al-Kaif
tidak masuk akal" berkata[15]:

"‫ َوهُ َو‬, َ‫ظ َك ْيف‬ َ ‫ت لَهُ ْال َع َربُ لَ ْف‬ ْ ‫ض َع‬ َ ‫ف بِ َما َو‬ُ ‫ص‬ َ ْ‫هللا التُو‬ِ َ‫ْف َغ ْي ُر َم ْعقُوْ ٍل" َم ْعنَاهُ أَ َّن َذات‬ ُ ‫َو ْال َكي‬
َ ِ‫فَال يُ ْعقَ ُل َذل‬...ُ‫َات ْال ِج ْس ِميَّة‬
‫ك فِ ْي َحقِّ ِه ِال ْستِ َحالَتِ ِه فِ ْي ِجهَ ِة الرُّ بُوْ بِيَّ ِة‬ ُ ‫"األَحْ َوا ُل ْال ُمتَنَقِّلَةُ َو ْالهَ ْيئ‬.

Maksudnya:

"Al-Kaif tidak masuk akal" maknanya, zat Allah tidak disifati dengan apa yang diletakkan oleh
kaedah bahasa Arab dengan lafaz Kaif iaitu (maksud sifat kaif) suatu keadaan-keadaan yang
berpindah-pindah (terpisah-pisah) dan suatu keadaan (sifat) kejisiman...Maka tidak masuk akal
(mustahil) ianya (Kaif) dinisbahkan kepada Allah kerana ianya (kejisiman dan sifat makhluk)
mustahil bagi sifat ketuhanan (Allah ta`ala)" .

Adapun perkataan yang dinisbahkan kepada al-Imam Malik yang berkata: "Kaif Majhul",
maka menurut sebahagian besar ulama`, ianya tidak jelas menunjukkan al-Imam Malik menetapkan
kaifiyyat bagi Allah ta`ala di samping riwayat tersebut lemah dan tidak sahih jika dikaji dari sudut
sanadnya berbanding riwayat yang menyebut: "Kaif ghair ma`qul" iaitu tanpa kaif.

Maka disisi bahasanya, menetapkan kaifiyyat bagi Allah bererti menetapkan ukuran dan kadar
batas bagi Allah ta`ala ini bukan pegangan salafus-soleh. Tiada dalam kalangan salaf yang pernah
mendakwa Allah ta`ala mempunyai kadar dan kaifiyyat tetapi kita tidak mengetahuinya. Malah,
mereka menafikan asal bagi kaifiyyat itu sendiri daripada dinisbahkan kepada Allah ta`ala
berdasaarkan perkataan al-Imam al-Qarafi radiyallahu`anhu.

Al-Zahabi turut meriwayatkan dengan berkata[16]:

َ َ‫ فَق‬،‫ت‬
":‫ال‬ ِ ‫صفَا‬ َ ‫ك َر ِح َمهُ هللاُ ِر َوايَةُ ْال َولِ ْي ِد ب ِْن ُم ْسلِ ٍم أَنَّهُ َسأَلَهُ ع َْن أَ َحا ِدي‬
ِّ ‫ْث ال‬ ٍ ِ‫َو ْال َمحْ فُوْ ظُ ع َْن َمال‬
ْ ‫"أَ َم َرهَا َك َما َجائ‬.
‫َت بِال تَ ْف ِسي ٍْر‬
Maksudnya:

"Diriwayatkan secara terpelihara (sanadnya) daripada Malik rahimahullah dengan riwayat al-Walid
bin Muslim bahawasanya beliau bertanya kepadanya (Malik) tentang hadith-hadith sifat maka beliau
berkata: "Laluinya sebagaimana ia tanpa tafsir" .
Al-Imam al-Qadhi `Iyadh meriwayatkan pendirian al-Imam Malik radhiyallahu`anhu dengan
berkata[17]:

"‫ث ْال ُم ْوهَ َم ِة لِلتَّ ْشبِ ْي ِه‬


ِ ‫ْث بِ ِم ْث ِل هَ ِذ ِه األَ َحا ِد ْي‬
َ ‫اإل َما َم َمالِ ًكا فَلَقَ ْد َك َرهَ التَّحْ ِدي‬ِ ُ‫َر ِح َم هللا‬
‫"و ْال ُم ْش ِكلَ ِة ْال َم ْعنَ ْى‬.
َ

Maksudnya:

"Semoga Allah merahmati Imam Malik radiyallahu`anhu. Beliau sangat membenci berbicara tentang
hadith-hadith yang membawa kesamaran tasybih dan kekeliruan maknanya."

Jelaslah menurut al-Imam al-Qadhi `Iyad bahawasanya, ada hadith-hadith yang membawa
waham tasybih dan maknanya sukar difahami. Apa sebabnya? Ini kerana, berdasarkan makna lafaz-
lafaz tersebut dari sudut bahasa, ianya membawa makna kejisiman yang tidak layak bagi Allah ta`ala.
Kalau lafaz-lafaz tersebut perlu difahami dengan makna zahir, maka tidak timbul kekeliruan dan tidak
timbul juga prasangka bahawasanya ianya tasybih. Timbul prasangka begitu kerana makna zahir bagi
nas-nas mutasyabihat tersebut tidak layak bagi Allah ta`ala.

Al-Imam al-Alusi (W 1270 H) di dalam kitab tafsirnya yang berjudul Ruh al-Maani dengan
menyatakan[18]:

"ُ‫ َغ ْي ُر َمجْ ه ُْو ٍل أَنَّه‬:‫ب ِالحْ تِ َما ِل أَ ْن يَ ُك ْو َن ْال ُم َرا ُد ِم ْن قَ ْولِ ِه‬
ِ َ‫صا فِ ْي هَ َذا ْال َم ْذه‬ ًّ َ‫ْس ن‬َ ‫لَي‬
ُ ‫ َو ْال َكي‬:‫ َو ِم ْن قَ ْولِ ِه‬.‫اال ْستِ ْق َرا ُر َغ ْي َر َمجْ ه ُْو ٍل‬
‫ْف‬ ِ ‫ت ال ألَ َّن َم ْعنَاهُ هُ َو‬ ِ ‫ت َم ْعلُ ْو ُم الثُّب ُْو‬ٌ ِ‫ثَاب‬
‫ك ْال َع ْق ُل لَهُ َك ْيفِيَّةً لِتَ َعالِ ْي ِه َع ْن‬ ِ ‫َغ ْي ُر َم ْعقُ ْو ٍل إِ َّن ُك َّل َما هُ َو ِم ْن‬
ُ ‫صفَ ِة هللاِ تَ َعالَى ال يَ ْد ِر‬
َ ِ‫" َذل‬.
‫ك‬
Maksudnya:

"Ianya bukan merupakan satu nas bagi mazhab[19], ini kerana kemungkinan yang dimaksudkan
dengan kata-katanya’dimaklumi’ itu ialah bahawa makna istawa itu sahih dan diketahui sahih
kewujudannya dalam bahasa Arab, bukanlah maksud beliau bahawa sifat ‘menetap’ (istiqrar) itu yang
diketahui. Dan kata-kata beliau bahawa kaif itu tidak dapat di bayangkan oleh akal ialah setiap sifat
Allah ta`ala itu tidak dapat dicapai oleh akal kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai kaif" .

Al-Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari (W 1371 H) mengatakan[20]:

"‫ ِم َّما يَج ُْو ُز‬,ُ‫ َو ْال َك ْيفِيَّةَ الَّتِ ْي أَ َرا َدهَا هللا‬,‫اال ْستِ َوا َء َم ْعلُ ْو ٌم يَ ْعنِ ْي ُم ْو َر ُدهُ فِي اللُّ َغ ِة‬
ِ ‫إِ َّن‬
‫اال ْستِ َوا ِء َمجْ ه ُْولَةٌ فَ َم ْن يُقَ ِّد ُر أَ ْن ي ُِع ْينُهَا؟ َوالس َُّؤا ُل َع ْنهُ بِ ْد َعةٌ ألَ َّن‬
ِ ‫َعلَ ْي ِه ِم ْن َم َعانِي‬
ِ ‫ك ِم ْن َك‬
‫الم اِ َم ِام‬ ُ ْ‫ فَتَح‬.‫ب ْال ُمتَ َشابِ ِه بِ ِه إِ ْبتَ َغا َء ْالفِ ْتنَ ِة‬
َ َ‫ص ُل ل‬ َ َ‫ال بِ ِه قَ ْد يُثِ ْي ُر طَل‬َ ‫ا ِال ْشتِ َغ‬
ِ ‫اال ْستِ َوا َء َو أَ َّن َما يَج ُْو ُز َعلَى‬
‫هللا َغ ْي ُر ُمتَ َعي ٍِّن َو َما يَ ْستَ ِح ْي ُل َعلَ ْي ِه‬ ِ ‫ك أَ َّن‬ َ ِ‫ْال ُم ْسلِ ِمي َْن َمال‬
ِ‫ان بِنَ ْف ِي التَّ ْشبِ ْي ِه َو ْال ُم َحا ُل َعلَى هللا‬ ِ ‫ك التَّ ْو ِح ْي َد َو‬
َ ‫اإل ْي َم‬ َ َ‫ص َل ل‬ َ ‫هُ َو ُمنَ َّزهٌ َع ْنه‬
َ ‫وقَ ْد َح‬...ُ
ُ‫ك ِس َواه‬َ ‫" ُسب َْحانَهُ َو تَ َعالَى فَال ي ْْل َز ُم‬.
Maksudnya:

"Sesungguhnya maksud istiwa’ itu diketahui ialah diketahui kewujudannya dalam bahasa Arab. dan
kaifiyyat yang dikehendaki oleh Allah daripada makna-makna yang harus ke atas Allah ta`ala tidak
diketahui, maka siapa yang mampu menentukannya? Dan soalan mengenainya adalah bid`ah kerana
bekerja keras mencari maknanya akan membawa kepada mencari makna mutasyabih yang boleh
membawa kepada fitnah. Maka daripada kata-kata al-Imam Malik ini Imam kaum muslimin ialah
istiwa’ itu diketahui dan apa yang harus ke atas Allah tidak ditentukan dan apa yang mustahil ke atas
Allah, Maha Suci Allah daripada perkara tersebut…dengan ini kamu telah memperolehi iman dengan
menafikan tasybih dan menafikan apa yang mustahil ke atas Allah dan kamu tidak dituntut selain
daripada itu" .

Dengan penjelasan ini, maka adalah tidak benar sama sekali dakwaan golongan wahhabi yang
mendakwa bahawa Allah duduk di atas `Arasy dengan berhujahkan kaya-kata al-Imam Malik
tersebut.

Dapat diperhatikan bahawa al-Imam Malik tidak menentukan (ta’yin) sebarang makna yang
tertentu ke atas makna istiwa’ tersebut. Sebaliknya al-Imam Malik hanya mengatakan makna istiwa’
itu diketahui. Bukanlah maksud beliau makna istiwa’ itu diketahui ertinya Allah itu duduk di atas
`Arasy, sebaliknya kalimah istiwa’ itu terdapat maknanya di dalam bahasa Arab dan maknanya
difahami oleh orang-orang Arab.

Jadi adalah satu yang menghairankan apabila golongan Wahhabi mendakwa bahawa Allah
duduk di atas `Arasy hanya berdasarkan kata-kata al-Imam Malik yang tidak ada sama sekali
menyebut bahawa al-Imam Malik mengatakan Allah itu duduk, sebaliknya beliau hanya mengatakan
bahawa istiwa’ itu diketahui, itu sahaja!.

Al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani al-Maliki (W. 403 H) berkata di dalam kitabnya al-Insaf
ketika membicarakan tentang perkara yang wajib diiktikadkan dan tidak boleh jahil tentangnya[21]:

َ ‫ ألَ َّن هللاَ تَ َعالَى َك‬،‫ان‬


"‫ان َوال َم َكان‬ ٌ ‫ش لَهُ – أَي هلل – قَ َرا ٌر َوال َم َك‬ َ ْ‫َوال نَقُ ْو ُل إِ َّن ْال َعر‬
َ ‫ق ْال َم َكا َ َن لَ ْم يَتَ َغيَّرْ َع َّما َك‬
‫ان‬ َ َ‫"فَلَ َّما َخل‬.
Maksudnya:

"Dan kami tidak berkata bahawa Arasy itu sebagai suatu kediaman dan bukan suatu tempat bagi-Nya,
kerana Allah taala telah wujud (sejak azali) tanpa bertempat. Tatkala Dia mencipta tempat maka Dia
tidak berubah dari apa yang telah Dia ada (kewujudan-Nya tetap tidak bertempat)".

MAZHAB SYAFI`E

1. Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafi`e radiyallhu`anhu (W. 203 H) telah
berkata[22]:
"‫ان قَ ْب َل َخ ْلقِ ِه‬
َ ‫صفَ ِة األَ َزلِيَّ ِة َك َما َك‬
ِ ‫ان َوهُ َو َعلَى‬ َ ‫ان َوال َم َكان فَ َخلَق َْال َم َك‬ َ ‫إِنَّهُ تَ َعالَى َك‬
‫صفَاتِ ِه‬ ِ ‫ان ال يَج ُْو ُز َعلَ ْي ِه التَّ ْغيِ ْي ُر فِي َذاتِ ِه َوال التَّ ْب ِديْل ُفِي‬ ْ
َ ‫"ال َم َك‬.
Maksudnya:

"Sesungguhnya Dia ta`ala wujud (sejak azali) tanpa bertempat, maka Dia mencipta tempat sedangkan
Dia tetap di atas sifat keazalian-Nya sebagaimana Dia wujud (sejak azali) sebelum Dia mencipta
tempat. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku perubahan ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga
berlaku penukaran pada sifat-Nya".

2. Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallhu`anhu (W. 203 H)


berkata[23]:

"‫ْرفَ ِة ُم َدب ِِّر ِه فَا ْنتَهَى إِلَى َم ْوج ُْو ٍد يَ ْنتَ ِه ْي إِلَ ْي ِه فِ ْك ُرهُ فَهُ َو ُم َشبِّهٌ َوإِ ْن‬ ِ ‫ض لِ َمع‬ َ َ‫َم ْن ا ْنتَه‬
‫ف بِ ْال َعجْ ِز َع ْن‬َ ‫اط َمأ َ َّن إِلَى َم ْوج ُْو ٍد َوا ْعتَ َر‬ ْ ‫ف فَهُ َو ُم َعطِّ ٌل َوإِن‬ ِ ْ‫اط َمأ َ َّن إِلَى ْال َع َد ِم الصَّر‬ ْ
‫"إِ ْد َرا ِك ِه فَه َُو ُم َو ِّح ٌد‬.
Maksudnya:

"Barangsiapa yang berusaha untuk mengetahui pentadbirnya (Allah) hingga menyakini bahawa yang
ia bayangkan dalam benaknya adalah Allah, maka dia adalah Musyabbihah (orang yang
meneyrupakan Allah dengan makhluk-Nya), kafir. Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa Tuhan
(Tuhan yang mentadbirnya) maka dia adalah mu`aththil (orang yang meniadakan Tuhan/ atheis). Dan
jika ia berhenti pada keyakinan bahawa pasti ada pencipta yang menciptakannya dan tidak
menyerupainya serta mengakui bahawa dia tidak akan dapat membayangkan-Nya maka dia adalah
muwahhid (orang yang mentauhidkan Allah)".

3. Telah berkata al-Syeikh Muhammad al-Fudhali di dalam kitabnya Kifayah al-`Awwam:

"‫ث فِ ْي َش ْي ٍء‬ َ ‫ض ُّد ْال ُم َخالَفَ ِة فَ ْستَ ِح ْي ُل َعلَ ْي ِه تَ َعالَى أَ ْن يُ َماثِ َل ْال َح َوا ِد‬
ِ ُ‫َوالرَّابِ َعةُ ْال ُم َماثَلَة‬
‫ْس لَهُ َح َر َكةٌ َوال‬ َ ‫ان َولَي‬ ٌ ‫ْس لَهُ َم َك‬
َ ‫ان َولَي‬ ٌ ‫صفُ ْوا بِ ِه فَال يَ ُمرُّ َعلَ ْي ِه تَ َعالَى َز َم‬ َ َّ‫ِم َّما الت‬
‫ان َوال بِ ِجهَ ٍة‬ ِ ‫ف بِاألَ ْل َو‬ ِ َّ‫" ُس ُك ْو ٌن َوال يَت‬.
ُ ‫ص‬
Maksudnya:

"Dan keempat adalah mumathalah (menyamai) lawan daripada mukhalafah (tida menyamai) maka
mustahil atas Allah ta`ala menyamai segala yang baharu pada sesuatu daripada apa-apa yang mereka
bersifat dengannya, maka masa/zaman tidaklah berlalu atas Allah ta`ala dan tidak ada bagi-Nya
tempat, tidak ada bagi-Nya pergerakan, tidak ada bagi-Nya diam dan Dia tidak bersifat dengan
berwarna serta tidak pula (bersifat) dengan arah (pihak yang enam)".

MAZHAB HANBALI

1. Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H)
berkata [24]:
"ُ‫ َوأَ ْهل‬.‫ال إِ َّن األَ ْس َما َء َمأْ ُخ ْو َذةٌ بِال َّش ِر ْي َع ِة َواللُّ َغ ِة‬
َ َ‫َوأَ ْن َك َر َعلَى َم ْن يَقُ ْو ُل بِ ْال ِجس ِْم َوق‬
‫ب َوص ُْو َر ٍة‬ ٍ ‫ك َوتَرْ ِك ْي‬ ٍ ‫ض َو َس ْم‬ ٍ ْ‫ضع ُْوا هَ َذا ا ِال ْس َم َعلَى ُكلِّ ِذيْ طَ ْو ٍل َو َعر‬ َ ‫اللُّ َغةُ َو‬
‫ك ُكلِّ ِه فَلَ ْم يَج ُْز أَ ْن يُ َس َّمى ِج ْس ًما لِ ُخر ُْو ِج ِه َع ْن َم ْعنَى‬ َ ِ‫ار ٌج َع ْن َذل‬ ِ ‫ْف َوهللاُ تَ َعالَى َخ‬ ٍ ‫َوتَأْلِي‬
ْ
َ ِ‫"ال ِج ْس ِميَّ ِة َولَ ْم يَ ِجئْ فِي ال َّش ِر ْي َع ِة َذل‬.
‫ك فَبَطَ َل‬
Maksudnya:

"Beliau (Imam Ahmad bin Hanbal) mengingkari mereka yang menyifatkan Tuhan dengan kejisiman.
Beliau (Imam Ahmad) berkata: Sesungguhnya, nama-nama itu diambil daripada syariat dan bahasa.
Adapun ahli bahasa (Arab) meletakkan nama tersebut -jisim- dengan maksud, sesuatu yang ada
ukuran ketinggian, ukuran lebar, tersusun dengan beberapa anggota, mempunyai bentuk dan
sebagainya, sedangkan Allah di luar daripada yang demikian (tidak mempunyai cantuman, anggota
dan sebagainya) Maka, tidak boleh dinamai Allah sebagai Jisim kerana Allah di luar (terkeluar dari)
makna kejisiman (tidak beranggota, tiada ukuran, tiada bentuk dan sebagainya) dan syariat tidak
pernah menyebut tentang perkara tersebut (penyamaan Dzat Allah dengan jisim) maka batallah
(fahaman Tajsim atau Allah berjisim)".

2. Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H)
berkata[25]:

"‫هللا أَحْ َم ُد ب ُْن َح ْنبَ ٍل ال َش ْيبَانِي فَقَ ْد َذ َك َر ال َّش ْي ُخ ابن َح َج ِر‬ ِ ‫اإل َما ُم ْال َجلِ ْي ُل أَب ُْو َع ْب ُد‬
ِ ‫َوأَ َّما‬
‫ ثُ َّم قَا َل اب ُْن َح َج ٍر َما‬,‫ان ِمن ْال ُمنَ ٍّز ِهي َْن هللاَ تَ َعالَى َع ِن ْال ِجهَ ِة َو ْال ِج ْس ِميَّ ِة‬ َ ‫ْالهَ ْيثَ ِم ْي أَنَّهُ َك‬
‫ َو َما ا ْشتَهَ َر بَي َْن َجهَلَ ِة ْال َم ْنس ُْوبِي َْن إِلَى هَ َذا ا ِإل َم ِام األَ ْعظَ ِم ِم ْن أَنَّهُ قَائِ ٌل ِب َش ْي ٍء‬:ُ‫صه‬ َّ َ‫ن‬
ٌ َ‫" ِم َن ْال ِجهَ ِة أَ ْو نَحْ ِوهَا فَ ِك ْذبٌ َوبُ ْهت‬.
‫ان َوا ْفتِ َرا ٌء َعلَ ْي ِه‬
Maksudnya:

"Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu `Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Syaibani
bahawasanya beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang mensucikan Allah ta`ala daripada
sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibnu Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam
kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap
tentang (Allah ta`ala) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya
dan rekaan ke atas beliau".

3. Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H)
berkata[26]:

"ُ‫ع َولَ ْم يَ َز ِل هللا‬ ُ ‫اال ْستِ َوا ِء هُ َو ال َعلُ ُّو َوا ِالرْ تِفَا‬ِ ‫ فِ ْي َم ْعنَى‬-‫اإل َما ُم أَحْ َم ُد‬ ِ ْ‫ أَي‬-ُ‫ان يَقُ ْول‬ َ ‫َك‬
‫ َعال‬...‫ق ُكلِّ َش ْي ٍء َو ْال َعالِ ْي َعلَى ُكلِّ َش ْي ٍء‬ َ ‫ق َعرْ َشهُ فَه َُو فَ ْو‬ َ ُ‫َعالِيًا َرفِ ْيعًا قَب َْل أَ ْن يَ ْخل‬
ُ‫ك ُعلُ ًّوا َكبِ ْيرًا َوهللا‬ َ ِ‫َوال يَج ُْو ُز أَ ْن يُقَا َل ا ْستَ َوى بِ ُم َما َس ٍة َوال بِ ُمالقَا ٍة تَ َعالَى هللاُ َع ْن َذل‬
ِ ‫ش َوال بَ ْع َد َخ ْل‬
‫ق‬ ِ ْ‫ق ْال َعر‬ ِ ‫تَ َعالَى لَ ْم يَ ْل ِح ْقهُ تَ ْغيِ ْي ٌر َوال تَ ْب ِد ْي ٌل َوال تَ ْل َحقُهُ ْال ُح ُد ْو ُد قَ ْب َل َخ ْل‬
ْ
ِ ْ‫"ال َعر‬.
‫ش‬
Maksudnya:
"Telah berkata –iaitu al-Imam Ahmad- pada menjelaskan tentang makna istawa iaitu ketinggian darjat
dan keagungan-Nya. Allah ta`ala sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjat-Nya) sebelum Dia
menciptakan `Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukan-Nya) daripada setiap
sesuatu… Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istawa itu zat Allah ta`ala menyentuh `Arasy
atau menempatinya. Maha Suci Allah ta`ala daripadanya (bertempat) setinggi-tinggi-Nya. Dia tidak
akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan `Arasy dan setelah
kejadian (terciptanya) `Arasy tersebut".

‫\فَقَ ْد نَقَ َل أَبُو الفَضْ ِل التَ ِم ْي ِم ْي َرئِيْسُ ْال َحنَابِلَ ِة‬


Maka sesungguhnya Abu Fadhl al-Tamimi, penghulu ulama` Hanabilah

Berdasarkan perkataan Imam Abu al-Fadhl al-Tamimi (ini, al-Imam Ahmad radiyallahu`anhu
menafikan bagi Allah ta`ala sebarang makna-makna yang membawa kepada kelaziman-kelaziman
jisim seperti berganggota, berukuran, mempunyai bentuk dan sebagainya.

Imam Ahmad bukan sekadar menolak fahaman Tajsim, tetapi diriwayatkan juga bahawasanya
beliau mengkafirkan mereka yang berfahaman tajsim.

`Abd al-Wafa` `Ali Ibn `Aqil al-Baghdadi seorang Shayk al-Hanabilah pada zamannya (W.
513 H) seperti yang dinaqalkan daripadanya menerusi kitab al-Bazl al-Ashab[27]:

."‫ هَ َذا َعي ُْن التَّجْ ِسي ِْم‬،َ‫صفَةٌ تَ ْش َغ ُل األَ ْم ِكنَة‬


ِ ُ‫"تَ َعالَى هللاُ أَ ْن يَ ُك ْو َن لَه‬

Maksudnya:

"Allah Maha Suci dari mempunyai sifat mendiami tempat. Ini adalah diri pentajsiman".

4. Al-Hafiz `Abd al-Rahman ibn `Ali yang dikenali dengan nama Ibn al-Jawzi al-Hanbali (W.
597 H) berkata di dalam kitabnya Daf`u al-Syubahat al-Tasybih[28]:

"‫ف بِالتَّ ْغيِي ِْر‬


ُ ‫ص‬ َ ‫اجبُ َعلَ ْينَا أَ ْن نَ ْعتَقِ َد أَ َّن َذ‬
ٌ ‫ات هللاِ تَ َعالَى ال يَحْ ِو ْي ِه َم َك‬
َ ‫ان َوال ي ُْو‬ ِ ‫ْال َو‬
‫اال ْنتِقَال‬
ِ ‫"و‬.
َ
Maksudnya:

"Wajib ke atas kita agar beriktikad bahawa zat Allah taala tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak
disifatkan dengan sebarang perubahan dan perpindahan".

AL IMAM ABU HASSAN AL-ASY`ARI

1. Berkata al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H)[29] tentang Dzat Allah
ta`ala:

ٍ ‫" َوقَ ْد َعلِ ْمنَا أَنَّهُ لَ ْم يَ ْنقُلْ نَ ْف َسهُ ِم ْن َحا ٍل إِلَى َح‬.
"‫ال‬

Maksudnya:
"Dan sesungguhnya kita telah mengetahui bahawasanya Allah tidak memindahkan diri-Nya daripada
satu keadaan kepada satu keadaan yang lain (Allah tidak mengambil tempat)".

2. Berkata al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H)[30] berkenaan Allah
ta`ala:

ِ ‫ َوهُ َو بَ ْع َد َخ ْل‬.‫ان‬
"‫ق‬ َّ ‫ش َو ْال ُكرْ ِس‬
ٍ ‫ي َولَ ْم يَحْ تَجْ إِلَى َم َك‬ َ ْ‫ق ْال َعر‬ َ َ‫ان هللاُ َوال َم َكان فَ َخل‬ َ ‫َك‬
‫ان قَ ْب َل َخ ْلقِ ِه‬
َ ‫ان َك َما َك‬ ْ
َ ‫"ال َم َك‬.

Maksudnya:

"Allah telah wujud (sejak azali) sedangkan suatu tempat pun tidak ada (pada ketika itu), kemudian
Allah mencipta Arasy dan Kursi dan Dia tidak memerlukan kepada tempat. Dia wujud setelah
menciptakan tempat sebagaimana Dia telah wujud sebelum menciptakan tempat (iaitu tidak
bertempat)".

3. Berkata Al Imam Abu Hassan Al Asy`ari radiyallahu`anhu (W 324 H)[31]

"ُ‫ان لَه‬
َ ‫"إِ َن هللاُ ال َم َك‬.

Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah wujud tanpa bertempat".

4. Berkata Al-Imam Abu Hassan Al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H) berkenaan “Istawa”[32]:

",ُ‫ َوبِ ْال َم ْعنَى أَ َرا َده‬,ُ‫ش َعلَى ْال َوجْ ِه الَّ ِذيْ قَالَه‬ ِ ْ‫َوأَ َّن هللاَ تَ َعالَى ا ْستِ َوى َعلَى ْال َعر‬
ُ‫ اليَحْ ِملُه‬,‫ال‬ِ َ‫ َوا ِال ْنتِق‬,‫ َو ْال ُحلُ ْو ِل‬,‫ َوالتمك‬,‫ار‬ ِ ‫ َو‬,‫ا ِال ْستِ َوا ُء ُمنَ َّزهًا َع ِن ْال ُم َما َس ِة‬
ِ ‫اال ْستِ ْق َر‬
‫ َوهُ َو‬,‫ْضتِ ِه‬َ ‫ َو َمقَه ُْور ُْو َن فِي قَب‬,‫ف قُ ْد َرتِ ِه‬ ِ ‫ط‬ ْ ُ‫ش َو َح َملَ ْتهُ َمحْ ُم ْولُ ْو َن بِل‬ َ ْ‫ش بَ ِل ْال َعر‬ َ ْ‫ْال َعر‬
ِ ْ‫ فَ ْوقِيَّةٌ التَ ِز ْي ُدهُ قُرْ بًا إِلَى ْال َعر‬,‫ق ُك َّل َش ْي ٍء إِلَى تَ ُخ ْو ُم الثُّ َرى‬
‫ش‬ َ ‫ش َوفَ ْو‬ ِ ْ‫ق ْال َعر‬ َ ‫فَ ْو‬
ِ ْ‫ت َع ِن ْال َعر‬
‫ش‬ Ìِ ‫ بَلْ هُ َو َرفِ ْي ُع ال َّد َر َجا‬,‫"وال َّس َما ِء‬.
َ
Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah ta`ala “beristawa” di atas `Arasy mengikut apa yang difirman dan makna yang
dimaksudkan-Nya. Istawa itu Maha suci daripada bersentuh, menetap, mengambil tempat, menjelma
dan berpindah. Dia tidak menanggung `Arasy tetapi `Arasy dan penanggungnya (malaikat) itu
ditanggung oleh kekuasaan-Nya, kesemuanya itu dikuasai di dalam genggaman-Nya" (kekuasaan-
Nya). Sesungguhnya darjat-Nya lebih tinggi daripada `Arasy dan di atas setiap sesuatu kepada
sempadan bintang surraya. Tinggi yang tidak lebih hampir kepada `Arasy dan langit, bahkan tinggi
darjat-Nya daripada `Arasy" .
Oleh itu jelaslah bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari tidak berkeyakinan bahawa Allah
ta`ala berada di suatu arah dan beliau juga mengatakan bahawa "Tidak boleh berkata Allah ta`la di
satu tempat atau di semua tempat". Perkataan Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari ini telah dinukilkan
oleh al-Imam Ibnu Furak iaitu murid kepada al-Imam al-Bahili iaitu murid kepada al-Imam Abu al-
Hassan al-Asy`ari (W. 406 H) di dalam kitabnya “Al-Mujarrad”

Persolan tentang kitab al-Ibanah yang disandarkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
yang mengatakan Allah bertempat adalah satu kenyataan yang dusta dan tidak ada asasnya, kerana
kitab al-Ibanah yang sebenar mengatakan Allah ta`ala wujud tanpa memerlukan tempat sebagaimana
yang dinyatakan di atas. Ini adalah satu bukti yang menunjukkan bahawa kitab al-Ibanah yang dicetak
dan disebar sekarang dinisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah banyak
dimasukkan sisipan-sisipan palsu, dusta dan penuh kebohongan, maka hendaklah dijauhi kitab
tersebut.

IMAM ABU MANSUR AL MATURIDI

1. Berkata al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi radiyallahu`anhu (W. 333 H)[33] di dalam
kitabnya al-Tauhid:

َ ‫ان َعلَى َما َعلَ ْي ِه‬


"َّ‫ َجل‬,‫اآلن‬ َ ‫فَه َُو َعلَى َما َك‬...‫ان‬
َ ‫ َو َك‬,‫ان‬ َ ‫ان َوال َم َك‬َ ‫إِ َّن هللاَ ُسب َْحانَهُ َك‬
‫اال ْستِ َحالَ ِة‬
ِ ‫ال َو‬ِ ‫" َع ِن التَّ َغي ُِّر َوال َّز َو‬.
Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah Subhanahu wata`ala wujud tanpa bertempat…Dia kini sama seperti wujud-Nya
sebelum ini (tanpa bertempat), dan sehingga kini wujud seperti sebelumnya (tiada bertempat). Maha
suci Allah ta`ala daripada berubah-ubah, hilang mahupun daripada kemustahilan".

AHLI TAFSIR

1. Al-Mufassir al-Imam al-Tabari (W. 310 H) radiyallahu`anhu dalam kitab “Tarikh al-
Tabari”[34]:

" َ‫ َوأَنَّهُ َكان‬,‫اح ُد الَّ ِذيْ َكانَ قَ ْب َل ُك ِّل َش ْي ٍء‬


ِ ‫صانِ ُعهَا هُ َو ْال َو‬
َ ‫ئ األَ ْشيَا ِء َو‬ُ ‫ار‬ ِ َ‫فَتَبَيَّنَ إِ ًذا أَ َّن ْالقَ ِد ْي َم ب‬
‫ َوأَ َّن ُك َّل‬,‫س َوالقَ َم َر َوالنُجُوْ َم‬َ ‫ َوالظُ ْل َمةَ َوالنُوْ َر َوال َس َما َء َوال َش ْم‬,‫ار‬ َ َ‫َوالزَ َمانَ َواللَ ْي َل َوالنَه‬
ٌ ‫" َش ْي ٍء ِس َواهُ ُمحْ د‬.
ٌ ْ‫َث ُم َدبَّ ٌر َمصْ نُو‬
‫ع‬
Maksudnya:

"Jelaslah bahawa Allah ta`ala qadim, Tuhan kepada makhluk dan pencipta-Nya. Dia Maha Esa yang
wujud sebelum sesuatu wujud. Dia kekal setelah kewujudan makhluk. Dia-lah yang Maha Awal
sebelum sesuatu dan Maha Akhir setelah segala sesuatu. Allah ta`ala itu wujud tanpa masa, zaman,
siang, malam, tanpa kegelapan dan tanpa cahaya, tanpa langit, tanpa bumi, tanpa matahari, tanpa
bulan dan tanpa bintang. Semua selain-Nya adalah baharu yang ditadbir dan diciptakan (oleh-Nya) ".

2. Al-Mufassir Fakhr al-Din al-Razi (W. 606 H) berkata dalam kitab tafsirnya yang berjudul al-
Tafsir al-Kabir[35]:
ِ ‫] َوهُ َو ْال َعلِ ُّي ْال َع ِظ ْي ُم [ال يَجُوْ ُز أَ ْن يَ ُكوْ نَ ْال ُم َرا ُد بِ َكوْ نِ ِه َعلِيًّا ْال ُعلُ َّو بِ ْال ِجهَ ِة َو ْال َم َك‬:‫قَوْ لُهُ تَ َعالَى‬
"‫ان‬
ِ ‫ب أَ ْن يَ ُكوْ نَ ْال ُم َرا ُد َم ِن ْال َعلِ ِّي ْال ُمتَ َعالِي ع َْن ُم َشابَهَ ِة ْال ُم ْم ِكنَا‬
‫ت‬ َ ‫ فَ َو َج‬،‫َت الدِّاللَةُ َعلَى فَ َسا ِد ِه‬ ْ ‫لِ َما ثَبَت‬
‫ت‬ِ ‫ َو ُمنَا َسبَ ِة ْال ُمحْ َدثَا‬."
Maksudnya:

"Firman-Nya taala: {‫ }وهو العلي العظيم‬yang mafhumnya "Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Yang
Maha Agung" tidak harus (pada akal) bahawa maksud keadaan-Nya Yang Maha Tinggi itu sebagai
tinggi dengan makna arah dan tempat lantaran pembuktian ke atas kebatilannya telah sabit. Oleh itu,
wajib (pada akal) bahawa maksud Yang Maha Tinggi itu ialah Maha Suci dari penyerupaan dengan
segala mumkinat (perkara yang harus ada - makhluk - ) dan persamaan dengan muhdathat (perkara
yang baharu - makhluk - )".

3. Al-Mufassir Muhammad ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki (W. 671 H) berkata
ketika mentafsir ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[36]:

" َ‫ت َوال ُم َعطَّلَ ٍة ِمن‬ ِ ‫لذ َوا‬َّ ِ‫ت َغي ِْر ُم ْشبِهَ ٍة ل‬ ُ َ‫ التَّوْ ِح ْي ُد إِ ْثب‬: َ‫ال بَعْضُ ْال ُعلَ َماِء ْال ُم َحقِّقِ ْين‬
ٍ ‫ات َذا‬ َ َ‫َوقَ ْد ق‬
‫ات َوال َكا ْس ِم ِه ا ْس ٌم َوال َكفِ ْعلِ ِه فِ ْع ٌل‬ ٌ ‫ْس َك َذاتِ ِه َذ‬
َ ‫ لَي‬:‫ال‬
َ َ‫اس ِط ْي َر ِح َمهُ هللاُ بَيَانًا فَق‬ ِ ‫الو‬ َ ‫ت َوزَا َد‬ ِ ‫الصِّ فَا‬
ُ‫ض َي هللا‬ ِ ‫ َوهَ َذا ُكلُّهُ َم ْذهَبُ أَ ْه ِل ال ُّسنَّ ِة َو ْال َج َما َع ِة َر‬...‫صفَةٌ إِال ِم ْن ِجهَ ِة ُم َوافَقَ ِة اللَّ ْف ِظ‬ ِ ‫صفَتِ ِه‬ِ ‫َوال َك‬
‫ َع ْنهُ ْم‬."
Maksudnya:

“Dan sesungguhnya sebahagian ulama muhaqqiqin telah berkata: “Tauhid itu ialah penetapan suatu
zat yang tidak menyerupai zat-zat yang lain dan tidak menafikan sifat-sifat, al-Wasiti menambah
suatu penjelasan dengan berkata: “Tiada suatu zat pun seperti zat-Nya, tiada suatu perbuatan pun
seperti perbuatan-Nya dan tiada suatu sifat pun seperti sifat-Nya melainkan dari segi persamaan
lafaz… Dan ini semuanya ialah mazhab Ahl al-Sunnah wal-Jama`ah radiyallahu`anhum”.

4. Al-Mufassir Muhammad ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki (W. 671 H) dalam
kitabnya al-Jami` li Ahkam al-Quran[37]:

."‫ان ألَ َّن هللاَ َمنَ َّزهٌ ع َِن التَّ َحي ُِّز‬
ِ ‫ـزلَ ِة ال ُعلُ ُّو ْال َم َك‬
ِ ‫" َو ْال َعلِ ُّي ي َُرا ُد بِ ِه ُعلُ ُّو ْالقَ ْد ِر َو ْال َم ْن‬

Maksudnya:

"Dan al-`Aliyy yang dimaksudkan dengannya ialah ketinggian martabat dan pangkat bukannya
ketinggian tempat kerana Allah itu disucikan dari sifat mengambil ruang".

5. Al-Mufassir `Abdullah ibn Ahmad al-Nasafi (W. 701 H) dalam kitab tafsirnya[38]:

" َ‫ لَ ْم يَتَـ َغيَّرْ َع َّما َكان‬،‫ق ْال َم َكا ِن‬


ِ ‫إِنَّهُ تَ َعالَى َكانَ َوال َم َكانَ فَه َُو َعلَى َما َكانَ قَ ْب َل خ َْل‬."

Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah taala itu wujud (sejak azali) sedangkan suatu tempat pun masih belum ada.
Oleh itu, Allah wujud dengan keazalian-Nya sebelum penciptaan tempat sedangkan Dia tidak berubah
dari keazalian-Nya (kewujudan-Nya tanpa bertempat)".

6. Al-Mufassir al-Muqri’ al-Nahwi Muhammad ibn Yusuf yang dikenali dengan nama Abu
Hayyan al-Andalusi (W. 745 H) berkata dalam kitabnya al-Bahr al-Muhit[39] ketika
mentafsir ayat 19 surah al-Anbiya’[40]:

"‫ف ْال َم َكانَ ِة‬


ُ ‫ان ألَنَّهُ تَ َعالَى ُمنَـ َّزهٌ َع ِن ْال َم َكا ِن بَلْ ْال َم ْعنَى َش َر‬
ِ ‫َو ِع ْن َد هُنَا ال ي َُرا ُد بِهَا ظَرْ فَ ْال َم َك‬
ِ ‫" َو ُعلُ ُّو ْال َم ْن‬.
‫ـزلَ ِة‬
Maksudnya:

"Dan perkataan `inda di sini tidak dikehendaki dengannya makna keadaan tempat kerana Dia taala itu
disucikan dari tempat, bahkan makna (yang dikehendaki) ialah kemuliaan kedudukan dan ketinggian
martabat".
ULAMA` SALAF

1. Al-Imam al-Faqih Abu Ja`far al-Tahawi radiyallahu`anhu (W. 321 H) dalam risalahnya al-
`Aqidah al-Tahawiyyah[41]:

ُ َ‫ت ال تَحْ ِو ْي ِه ْال ِجه‬


"‫ات‬ ِ ‫ضا ِء َواألَ َد َوا‬
َ ‫ان َواألَ ْع‬
ِ ‫ت َواألَرْ َك‬
ِ ‫َوتَ َعالَى – أَيْ هللا – ع َِن ْال ُح ُدوْ ِد َو ْالغَايَا‬
ِ ‫ِّت َك َسائِ ِر ْال ُم ْبتَ َدعَا‬
‫ت‬ ُّ ‫"الس‬.

Maksudnya:

"Allah Maha Suci dari batasan (bentuk kecil mahupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran
sama sekali), batas akhir, sudut (sisi-sisi), anggota besar (seperti wajah, tangan dan lain-lain) dan
anggota kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan lain-lainnya) sedangkan Dia tidak
diliputi oleh arah yang enam (atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang) seperti sekalian makhluk
(yang diliputi oleh enam arah)".

2. Berkata Al Imam Ahmad ibn Hanbal dan Al Imam Dzu al-Nun al Mishri dan Al Hafiz al Khatib
al-Baghdadi (salah seorang murid al-Imam Malik yang masyhur)[42]:

"‫الف َذلِك‬
ِ ‫ فَاهللُ بِ ِخ‬,‫ص َّورْ تَ بِبَالِك‬
َ َ‫" َم ْه َما ت‬.

Maksudnya:

"Apapun yang terlintas dalam benak kamu (tentang Allah), maka Allah tidak seperti itu(sesuatu yang
terlintas dibenak kamu)".

ULAMA` KHALAF

1. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fath al-Bari[43]:
"‫ف بِ ْالع ُْل ِو ألَ َّن َوصْ فَهُ بِ ْالع ُْل ِو‬ُ ‫ص‬ َ ْ‫َوال يَ ْلزَ ُم ِم ْن َكوْ ِن ِجهَت َْي ْالع ُْل ِو َوال ُّس ْف ِل ُم َحاالً َعلَى هللاِ أَ ْن ال يُو‬
‫صفَتِ ِه ْال َعالِ ُّي َو ْال َعلِ ُّي‬ ْ
ِ ‫ َولِ َذلِكَ َو َر َد فِ ْي‬، ِّ‫ك ِم ْن ِجهَ ِة ْال ِحس‬
َ ِ‫ َو ْال ُم ْستَ ِح ْي ُل َكوْ ُن َذل‬،‫ِم ْن ِجهَ ِة ْال َم ْعنَى‬
ّ ِ‫ َو ْال ُمتَ َعال‬."
ُ‫ي‬
Maksudnya:

"Dan tidak lazim daripada keadaan dua arah atas dan bawah yang mustahil ke atas Allah itu untuk Dia
disifatkan dengan tinggi kerana pensifatan-Nya dengan tinggi dari segi makna. Dan mustahil keadaan
(tinggi) itu dari segi hissi (pencerapan deria), dan oleh itu, (sifat-sifat) al-`Ali, al-Aliyy dan al-
Muta`ali telah warid dalam pensifatan-Nya".

2. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`i (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fathul-Bari[44]:

ِ ‫ َوأَ ْن َك َر َذلِكَ ْال ُج ْمهُوْ ُر ألَ َّن ْالقَوْ َل بِ َذلِكَ يَ ْق‬,‫اِ ْستَ َد َّل بِ ِه أَ ْثبَتَ ْال ِجهَةَ َوقَا َل ِه َي ِجهَةُ ْالع ُْل ِو‬
"‫ض ْي إِلَى‬
َ‫ تَ َعالَى هللاُ ع َْن َذلِك‬,‫"الت ََحي ُِّز‬.

Maksudnya:

"Golongan yang cuba menetapkan tempat bagi Allah menggunakan hadis ini (hadis nuzul) sebagai
hujah bahawa Allah bertempat di atas, sedangkan jumhur ulama` (iaitulah Ahlussunnah kesemuanya)
mengingkarinya kerana perkataan tersebut (Allah bertempat di atas) membawa maksud Allah
mengambil ruang (bertempat) sedangkan Maha Suci Allah daripada bertempat".

3. Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fath al-
Bari[45]:

",‫ف أَ َّن هللاَ ُمنَ َّزهٌ َع ِن ْال َح َر َك ِة َوالتَّ َح ُّو ِل َو ْال ُحلُوْ ِل‬
ِ َ‫ف األَئِ َّم ِة َو ُعلَ َما ُء ال ُّسنَّ ِة ِمنَ ْال َخل‬
ُ َ‫فَ ُم ْعتَ َم ُد َسل‬
‫ْس َك ِم ْثلِ ِه َش ْي ٌء‬
َ ‫"لَي‬.
Maksudnya:

"Muktamad sebagai pegangan salaf dari kalangan Ahl al-Sunnah dan juga khalaf bahawasanya Allah
ta`ala tidak bergerak-gerak, tidak berubah-ubah dan tidak bertempat. Tiada yang menyerupai-Nya".

4. Al-Hafiz Abu Zakariyya Muhyi al-Din Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi al-Syafi`e (W. 676 H)
berkata dalam menghuraikan kitab Sahih Muslim[46]:

"‫ْس َك ِم ْثلِ ِه َش ْي ٌء َوإِنَهُ ُمنَ َّزهٌ ع َِن التَّجْ ِسي ِْم َواال ْنتِقَا ِل َو ْالتَ َحي ُِّز فِى ِجهَ ٍة َوع َْن َسائِ ِر‬َ ‫إِ َّن هللاَ تَ َعالَى لَي‬
ِ ْ‫ت ْال َم ْخلُو‬
‫ق‬ ِ ‫صفَا‬
ِ ".
Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah ta`ala tiada suatu pun sama seperti-Nya dan bahawasanya Dia Maha Suci dari
penjisiman, perpindahan dan mengambil ruang di suatu arah Maha Suci dari sekalian sifat-sifat
makhluk".

5. Al-Imam Jahbal (W. 733 H) berkata[47]:


", َ‫ َكوَّنَ ْال َم َكان‬, َ‫ َكانَ َوال َم َكان‬,‫ يُ َرى ال ع َْن ُمقَابَلَ ٍة َوال َعلَى ُمقَابَلَ ٍة‬,‫ْث‬ ٌ ‫َوال يُقَا ُل لَهُ أَي ٌْن َوال َح ِدي‬
‫ هَ َذا َم ْذهَبُ أَ ْه ِل ال ُّسنَّ ِة‬, َ‫ َوهُ َو اآلنَ َعلَى َما َعلَ ْي ِه َكان‬, َ‫" َو َدب ََّر ال َّز َمان‬.
Maksudnya:

"Tidak dikatakan bagi Allah di mana dan bagaimana. Dia dilihat oleh orang beriman di Akhirat tanpa
bertentangan tanpa berpalingan. Allah wujud tanpa bertempat, lalu Dia menciptakan tempat dan
mentadbir masa. Dia wujud sekarang sebagaimana Dia wujud sejak azali (tanpa bertempat?). Inilah
mazhab Ahl Sunnah".

6. Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna al-Asy`ari (Pengasas Ikhwan Muslimin) berkata:

"‫الف َعلَى أَنَّهُ ال يَجُوْ ُز َح ْم ُل َءايَ ِة ا ِال ْستِ َواء َعلَى ْال َم ْعنَى‬ ُ َ‫ف َو ْالخَ ل‬
َ ‫ف لَي‬
ٌ ‫ْس بَ ْينَهُ ْم ِخ‬ ُ َ‫ال َّسل‬
ْ
‫"ال ُمتَبَا ِدر‬.
Maksudnya:

"Golongan Salaf dan Khalaf (bersepakat) di antara mereka bahawa tidak harus menjadikan ayat
Istawa dengan maknanya yang zahir (iaitu duduk bersemayam)".
ULAMA` MUHADDITHIN

1. Al-Hafiz Muhammad Ibn Hibban (W. 354 H) empunya kitab Sahih Ibn Hibban berkata dalam
kitabnya al-Thiqat[48]:

"‫ْس لَهُ َح ٌّد َمحْ ُدوْ ٌد فَيَحْ ت َِوىْ َوال لَهُ أَ َج ٌل َم ْع ُدوْ ٌد فَيَ ْفن َْى َوال يُحْ يِطُ بِ ِه َج َوا ِم ُع‬َ ‫ْال َح ْم ُد هَّلِل ِ الَّ ِذيْ لَي‬
ِ ‫" ْال َم َك‬.
‫ان َوال يَ ْشتَ ِم ُل َعلَ ْي ِه ت ََواتُ ُر ال َّز َما ِن‬
Maksudnya:

"Segala puji itu milik Allah yang tidak ada bagi-Nya suatu had tertentu lalu boleh diisi, tidak bagi-
Nya suatu tempoh tertentu maka boleh binasa, dan Dia tidak diliputi oleh sebarang tempat dan tidak
dilingkungi oleh rantaian masa”.

2. Al-Hafiz Muhammad Ibn Hibban radiyallahu`anhu (W. 354 H) dalam kitabnya yang masyhur
Sahih Ibn Hibban[49]:

" َ‫" َكانَ – هللاُ – َوال َز َمانَ َوال َم َكان‬.

Maksudnya:

"Allah wujud (pada azali), sedangkan masa masih tidak wujud dan tempat juga masih tidak wujud".

3. Al-Imam al-Muhaddith `Umar bin Muhammad al-Nasafi (W. 537 H) berkata di dalam kitabnya
Aqidah al-Nasafiyyah:

ٍ ‫ف بِ ْال َما ِهيَ ِة َوال بِ ْال َك ْيفِيَّ ِة َوال يَتَ َم َّك ُن فِ ْي َم َك‬
"‫ان‬ َ ْ‫ اليُو‬,‫ِّث لِ ْل َعالَ ِم هُ َو هللاُ تَ َعالَى‬
ُ ‫ص‬ ُ ‫" َو ْال ُم َحد‬.

Maksudnya:
"Adapun yang mewujudkan alam daripada tiada adalah Allah ta`ala. Dia tidak disifati dengan
sebarang jenis bagi sesuatu, tidak disifati dengan sebarang bentuk dan tidak bertempat pada sebarang
tempat".

4. Al-Hafiz al-Muhaddith Waliyy al-Din Abu Zar`ah Ahmad ibn `Abd al-Rahim al-`Iraqi (W. 826
H) di dalam kitabnya Tarh al-Tathrib fi Sharh al-Taqrib ketika menghuraikan sabdaan Nabi
sallallahu`alaihi wa sallam: ((‫العرش‬ Ì‫))فهو عنده فوق‬, dia berkata[50]:

"‫ت ِم ْن َحضْ َر ِة ْال َم َكا ِن بَلْ ِم ْن‬ ِ َ‫ار َوالتَّ َحي ُِّز َو ْال ِجهَ ِة ف‬
ْ ‫الع ْن ِديَّةُ لَ ْي َس‬ ِ ‫اال ْستَ ْق َر‬
ِ ‫هللاُ تَ َعالَى ُمنَ َّزهٌ َع ِن‬
ُ‫ب فِ ْي َم َحلٍّ ُم ْعظَ ٍم ِع ْن َده‬ ِ ‫ أَيْ َوضْ ُع هَ َذا ْال ِكتَا‬،‫ف‬ ِ ‫" َحضْ َر ِة ال َّش َر‬.
Maksudnya:

"Allah taala itu disucikan dari sifat menetap (di suatu tempat), mengambil ruang, dan mengambil
arah. Oleh itu, maka `indiyyah (kesisian dalam hadis berkenaan) bukanlah dengan makna keberadaan
di tempat, bahkan dengan makna ketinggian kemuliaan; iaitu catatan ini (Lawh al-Mahfuz) ada di
suatu tempat yang mulia bagi-Nya".

5. Al-Imam al-Muhaddith Badr al-Din Mahmud bin Ahmad Al-`Aini Al-Hanafi (855 H) , salah
seorang pensyarah hadith Sahih al-Bukhari berkata[51]:

َ ‫"تَقَر ََّر أَ َّن هللاَ لَي‬.


ٍ ‫ فَال يَحْ تَا ُج إِلَى َم َك‬,‫ْس بِ ِجس ٍْم‬
" َ‫ان يَ ْستَقِرُّ فَقَ ْد َكانَ َوال َم َكان‬

Maksudnya:

"Telah diketahui bahawasanya Allah ta`ala tidak berjisim dan tidak memerlukan tempat untuk Dia
menetap padanya. Dia wujud tanpa bertempat".

6. Al Hafiz Jalal al-Din `Abd al Rahman Ibn Abu Bakr al-Suyuthi al Syafi`i (W. 991 H)
berkata[52]:

"‫الجس ٍْم‬ َ ‫ْس َك ِم ْثلِ ِه َش ْي ٌء[ فِ ْي ِه ال َّر ُّد َعلَى ْال ُم َشبِّهَ ِة َوإِنَّهُ تَ َعالَى لَي‬
ِ ‫ْس بِ َحوْ ه ٍَر َو‬ َ ‫ ]لَي‬: ‫قَوْ لَهُ تَ َعالَى‬
ٍ ‫الحا ٍل فِي َم َكا ٍن َوالزَ َم‬
‫ان‬ َ ‫ض َواللَوْ ٍن َوالطَع ٍْم َو‬ ٍ ْ‫" َوال َعر‬.
Maksudnya:

"Firman Allah ta`ala : {‫ }ليس كمثله شيء‬dalam ayat ini ada sanggahan ke atas golongan al
Musyabbihah dan bahawa sesungguhnya Allah ta`ala bukan suatu jauhar, bukan juga suatu jisim,
buka suatu yang mendatang, bukan suatu warna, bukan suatu rasa dan bukan bertempat di suatu
tempat dan juga tidak berada di suatu masa".

7. Al-Shaykh Muhaddith Beirut Muhammad Ibn Darwish al-Hut al-Husayni al-Sharif al-Syafi`i (W.
1279 H) berkata dalam kitabnya Rasa’il fi Bayan `Aqa’id Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah[53]:

ِ ‫ان َو ْال َم َك‬


"‫ان‬ ِ ‫ق َعلَى ال َّز َم‬
ُ ِ‫ان فَإِنَّهُ السَّاب‬ ٌ ‫ زَ َم‬- ‫ تَ َعالَى‬- ‫" َوال يَ ْد ُخ ُل فِ ْي ُوجُوْ ِد ِه‬.
ٌ ‫ان َوال َم َك‬
Maksudnya:
“Dan tiada suatu masa pun dan tiada suatu tempat pun masuk dalam kewujudan Allah taala kerana
sesungguhnya Dia terdahulu (azali) sebelum sebarang masa dan tempat”.

ULAMA` TASAUF

1. Al-Shaykh Abu Bakr Muhammad Ibn Ishaq al-Kalabadhi al-Hanafi (W. 380 H) berkata dalam
kitabnya al-Ta`arruf li Madhhab Ahl al-Tasawwuf[54]:

"‫ان‬ ٌ ‫ت الصُّ وْ فِيَّةُ َعلَى أَ َّن هللاَ اليَحْ ِو ْي ِه َم َك‬


ٌ ‫ان َواليَجْ ِري َعلَ ْي ِه َز َم‬ ِ ‫"اِجْ تَ َم َع‬.

Maksudnya:

"Telah ijma` (bersepakat) dalam kalangan Ahli sufi bahawa Allah tidak diliputi oleh tempat dan tidak
dilalui oleh suatu masa pun".

2. Al-Shaykh Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali al-Syafi`e (W. 505 H) berkata
dalam kitabnya Qawa'idul-`Aqa'id[55]:

"‫ق‬ ْ ‫ بَلْ َكانَ قَب َْل‬،‫ان‬


ِ ‫خَل‬ ٌ ‫س ع َْن أَ ْن يَ ُح َّدهُ َز َم‬
َ ‫ َك َما تَقَ َّد‬،‫ان‬ ٌ ‫تَ َعالَى – أَيْ هللاُ – ع َْن أَ ْن يَحْ ِويَهُ َم َك‬
َ‫ان َوهُ َو اآلنَ َعلَى َما َعلَ ْي ِه َكان‬ ِ ‫ان َو ْال َم َك‬
ِ ‫ال َّز َم‬."
Maksudnya:

"Allah Maha Suci dari diliputi oleh suatu tempat pun sepertimana Dia Maha Suci dari dibatasi oleh
suatu masa pun, bahkan Dia ada (azali) sebelum penciptaan masa dan tempat sedangkan Dia sekarang
dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)".

3. Al-Shaykh Imam al-Sufiyyah al-`Arif billah al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i al-Syafi`e (W. 578 H)
berkata dalam kitabnya al-Burhan al-Mu'ayyad[56]:

"‫ار َكا ْستِ َوا ِء األَجْ َس ِام َعلَى‬ ِ ‫اال ْستِ ْق َر‬ ِ ‫طَهِّرُوْ ا َعقَائِ َد ُك ْم ِم ْن تَ ْف ِسي ِْر‬
ِ ِ‫اال ْستِ َوا ِء فِ ْي َحقِّ ِه تَ َعالَى ب‬
‫ َوإِيَّا ُك ْم َو ْالقَوْ َل بِ ْالفَوْ قِيَ ِة َوال ُّس ْفلِيَّ ِة َو ْال َم َكا ِن َو ْاليَ ِد‬،‫ك‬َ ِ‫ تَ َعالَى هللاُ ع َْن َذل‬،‫األَجْ َس ِام ْال ُم ْست َْل ِز ِم لِ ْل ُحلُوْ ِل‬
ِ َ‫اال ْنتِق‬
‫ال‬ ِ ‫" َو ْال َعي ِْن بِ ْال َج‬.
ِ َ‫ار َح ِة َوالنُّـ ُزوْ ِل بِا ِإل ْتي‬
ِ ‫ان َو‬
Maksudnya:

"Bersihkan aqidah kamu dari mentafsirkan istiwa’ pada hak Allah taala dengan makna istiqrar
(menetap, berada atau mendiami di suatu tempat) seperti duduknya jisim di atas jisim yang melazimi
makna pengambilan tempat. Allah suci dari perkara itu. Jauhi dari perkataan zahir yang membawa
makna arah atas, arah bawah, tempat, anggota tangan, anggota mata dan turun dengan makna datang
dan berpindah".

ULAMA` LUGHOWI (AHLI BAHASA ARAB)

1. Al-Imam al-Lughowi Ibrahim al-Zujjaj (W. 311 H) berkata[57]:


"‫ َواليَ ِجبُ أَ ْن‬,‫َال َعلَى خ َْلقِ ِه َوهُ َو َعلِ ٌّي َعلَ ْي ِه ْم بِقُ ْد َرتِ ِه‬
ٍ ‫ فَاهللُ تَ َعالَى ع‬,‫هُ َو فَ ِع ْي ٌل فِ ْي َم ْعنَى فَا ِع ٍل‬
‫ت‬ ِ ‫ إِ ْذ قَ ْدبَيَّنَا أَ َّن َذلِكَ اليَجُوْ ُز فِ ْي‬,‫ع َم َكانِ ٌّي‬
ْ ‫صفَاتِ ِه تَقَ َّد َس‬ ٌ ‫اِرْ تِفَا‬...‫ ْال َعلِ ُّي‬:‫َب بِ ْال ُعلُ ِّو‬
َ ‫"يَ ْذه‬.
Maksudnya:

"Ketinggian ialah fa`il yang membawa makna yang melakukan. Maka Allah ta`ala itu Maha Tinggi
atas makhluk-makhluk-Nya iaitu Dia Maha Tinggi atas makhluk-makhluk-Nya dengan kekuasaan-
Nya. Maka tidak perlu memahami ketinggian (Allah ta`ala) dengan maksud ketinggian dari sudut
tempat. Ini kerana sepertimana yang telah kita jelaskan bahawasanya ketinggian dari sudut tempat
tidak harus bagi sifat-sifat Allah ta`ala yang Maha Suci".

2. Al-Imam al-Lughowi Ibrahim al-Zujjaj (W. 311 H) berkata lagi[58]:

"‫ ألَ َّن هللاَ تَ َعالَى يَ ِجلُّ َع ِن‬,‫ع ْال َم َح ِّل‬ُ ‫ اِرْ تِفَا‬:‫ْس ْال ُم َرا ُد بِ ْال ُعلُ ِّو‬
َ ‫ َولَي‬,‫َال َعلَى ُكلِّ َش ْي ٍء‬ ٍ ‫هللاُ تَ َعالَى ع‬
ِ َ‫ع الس ُّْلط‬
‫ان‬ ُ ‫ َوإِنَّ َما ْال ُعلُ ُّو ُعلُ ُّو ال َّشأْ ِن َوارْ تِفَا‬,‫" ْال َم َحلِّ َو ْال َم َكا ِن‬.

Maksudnya:

"Allah ta`ala Maha Tinggi atas segala sesuatu. Bukanlah maksud ketinggian Allah ta`ala itu ialah
ketinggian dari sudut tempat kerana Maha Suci Allah ta`ala dari menempati ataupun bertempat. Allah
ta`ala itu Maha Tinggi iaitu keagungan-Nya yang tinggi dan kekuasaan-Nya yang tinggi".

SYAIKHUL-AZHAR (W. 1335 H)

Al-Syaikh Salamah al-Quda`i al-`Azami al-Shafi`e (w. 1376 H) berkata dalam kitabnya
bahawa al-Syaikh Salim al-Bishri al-Misri al-Syaikhul-Azhar berkata:[59]

"Ketahuilah - semoga Allah menolong anda dengan taufik-Nya dan melorongkan kami dan
anda ke jalan-Nya yang lurus - bahawa mazhab al-Firqatun-Najiyah (Golongan Selamat) dan perkara
yang telah diijmakkan oleh golongan Sunni (Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah) ialah bahawa sesungguhnya
Allah taala maha suci dari persamaan dengan perkara baharu (makhluk) iaitu menyalahi perkara
baharu itu dalam semua sifat baharu. Dan antara perkara yang diijmakkan itu ialah Allah maha suci
dari arah dan tempat sebagaimana bukti-bukti yang putus telahpun menunjukkan perkara itu".

[1] Ibn al-Hajar al-`Asqalani(t.t), Fath al-Bari, Kaherah: Dar al-Rayyan, j. 6, hlm. 334.

[2] Al-Hafiz Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (t.t), al-Asma’ was-Sifat, Beirut: Dar Ihya’ al-Turats,
h. 400.

[3] Abu Mansur Abd al-Qahir al-Baghdadi(t.t), al-Farq bayn al-Firaq, Beirut: Dar al-Ma`rifah, h. 333.

[4] Orang Yahudi adalah mujassimah dan berkeyakinan bahawa Allah ada di atas langit dan duduk di
atas `Arasy, ini adalah keyakinan kufur.

[5] Dengarlah dariku.


[6] Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim (W. 430 H), Hilyah al-Auliya`, j. 1, h. 72.

[7] Diriwayatkan oleh Abu Muzhoffar al-Asfaroyiini(1995), Al-Tabsir fi ad-Din, Cetakan Khanji
Mesir, h. 144.

[8] Diriwayatkan oleh al-Imam Badr al-Din al-Zarkarsyi dan lain-lainnya.

[9] Al Imam Ahmad al-Rifa`i di dalam kitabnya Hal Ahl Al Haqiqah Ma`a Allah dan kitab Hikam al-
Syeikh Ahmad al-Rifa`i al-Kabir, h. 35-36.

[10] Al-Imam al-Hafizh Muhammad Murtadha al-Zabidi al-Husaieny (t.t), Ittihaf al-Sadatil-Muttaqin
fi Sayrh Ihya’ `Ulumiddin, Beirut: Dar al-Fikr, j. 4, h. 380.

[11] Al-Imam Abu al-Qasim `Abd al-Karim al-Qushayri(t.t), al-Risalah al-Qushayriyyah, (t.tp): Dar
al-Kitab al-`Arabi, h. 6.

[12] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Fiqh al-Absat – h. 25 dan dikumpulkan juga di dalam
Majmu` Rasa’il Abi Hanifah dengan tahqiq oleh al-Kawthari - , (t.p.), h. 6.

[13] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit(t.t), al-Wasiyyah, (t.tp): (t.p), h. 6.

[14] Al-Imam al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fi al-`Arsy wa al-Kursi, Dar Al-Jail Beirut,
hlm. 568 .

[15] Al-Imam al-Qarafi di dalam kitabnya Az-Zakhirah,13/242.

[16] Al-Zahabi, Syiar A`lam al-Nubala, j. 8. h. 105.

[17] Al-Imam al-Qadhi `Iyadh, al-Syifa’, j. 2. h. 542.

[18] Al-Imam al-Alusi, Ruh al-Maani, Dar Al-Fikr, j. 4, h. 136.

[19] Maksud beliau ialah mazhab orang yang mendakwa bahawa kata-kata al-Imam Malik tersebut
bermaksud Allah itu bersemayam atau tempat-Nya di atas `Arasy.

[20] Al-Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari, Maqalat al-Kautahri (1998), Dar al-Salam, c. 1. h. 225.

[21] Al-Baqillani(t.t), al-Insaf fi Ma Yajib I`tiqaduhu, Beirut: `Alam al-Kutub, h. 65.

[22] Muhammad Murtada al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, j. 2, h. 23.

[23] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi dan lain-lain.

[24] Manaqib al-Imam Ahmad oleh al-Imam al-Baihaqi dan rujuk I`tiqad al-Imam al-Mubajjal Ibn
Hanbal, h. 294-295.

[25] Syaikh al-Islam Ahmad bin Muhammad bin `Ali bin Hajar al-Haithamiy al-Makki al-Misri(t.t),
al-Fatawa al-Hadithiyyah, (t.t.p): Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy, h. 144.

[26] Abu al-Fadhl al-Tamimi(t.t), Risalah al-Tamimi, (t.tp): (t.p), j. 2, h. 265/290.


[27] Ibn al-Jawzi(t.t), al-Bazl al-Ashab al-Munqid `ala Mukhalif al-Madhhab, Beirut: Dar al-Jinan, h.
86. - lihat hadis ke 11-

[28] Ibn al-Jawzi(t.t), Daf` Shubuhut al-Tashbih, Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 58.

[29] Abu al-Hassan al-Asy`ari(1975), al-Luma` fi al-Radd `ala ahl al-Zaigh wa al-Bida`, Kaherah; al-
Hai`ah al-`ammah li Syuun al-Matabi`, h. 18.

[30] Diriwayatkan oleh Ibn `Asakir al-Dimasyqi(571 H), Tabyin Kadhib al-Muftari fi-ma Nusib ila al-
Imam Abi Hasan al-Asy`ari, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi, h. 150.

[31] Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi di dalam kitab, al-Asma’ Wa al-Sifat.

[32] Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari (1987), al-ibanah `an Usul al-Diyanah, Dr Fuqiyah Husain
Mahmud (ed), Kaherah: Dar al-kutub li al-Nasyr wa al-Tawzi`, h. 21.

[33] Al Imam Abu Mansur Al Maturidi(t.t), al-Tauhid, (t.tp): (t.p). h. 69.

[34] Al Imam At-Tabari(t.t), Tarikh At-Tabari, (t.tp): (t.p), j. 1, h. 26.

[35] Al-Syaikh Fakhr al-Din al-Razi(t.t), al-Tafsir al-Kabir, Beirut: Dar al-Fikr, juz. 27, h. 144. - lihat
Surah al-Syura, ayat 4 -

[36] Al-Qurtubi(t.t), Tafsir al-Qurtubi, Beirut: Dar al-Fikr, j. 8, juz. 16, h. 10.

[37] Al-Imam al-Qurtubi(t.t), al-Jami` li-Ahkam al-Qur’an, Beirut: Dar al-Fikr, juz. 3, h. 278. - lihat
Surah al-Baqarah, ayat 255 -

[38] Al-Nasafi(t.t), Tafsir al-Nasafi, Beirut: Dar al-Fikr, j. 2, juz. 2, hlm. 48. - lihat surah Taha, ayat 5
-

[39] Abu Hayyan al-Andalusi(t.t), al-Bahr al-Muhit, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi, juz. 6, h.
302. - lihat surah al-Anbiya’, ayat 19 -

[40] Iaitu firman Allah taala: {‫}وله من في السماوات واألرض ومن عنده ال يستكبرون عن عبادته‬
Maksudnya: "Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. dan malaikat-malaikat yang
di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya.."

[41] Abu Ja`far, al-`Aqidah al-Tahawiyyah - disertakan dalam Sharh al-`Aqidah al-Tahawiyyah oleh
al-`Allamah al-Faqih `Abdul-Ghani al-Ghanimi - , Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 28. Dan Abdullah al-
Harari(1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah, Beirut: Dar al-
Masyari`, h. 163 dan 343.

[42] Diriwayatkan oleh Abu al-Fadhl al-Tamimi dalam kitabnya “I`tiqad” kata-kata al-Imam Ahmad
Ibn Hanbal, kata-kata al-Imam Dzu an-Nun al Mishri diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi di
dalm kitabnya “Tarikh Baghdadi”.

[43] Ibn Hajar al-`Asqalani(t.t), Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Ma`rifah, j. 6,
h. 136.
[44] Ibid, j. 3, h. 30.

[45] Ibid, j. 7.

[46] Al-Nawawi(t.t), Sharh Sahih Muslim, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi, j. 3, h. 19.

[47] Al-Imam Jahbal(t.t), Tobaqat As-Syafi`iyyah Al-Kubra,(t.tp): (t.p) j. 9, h. 19.

[48] Ibn Hibban(t.t), Al-Thiqat, Beirut: Mu’assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, j. 1, h. 1.

[49] Ibn Hibban(t.t), Sahih Ibn Hibban, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, j. 8, h. 4. - lihat dalam al-
Ihsan biTartib Sahih Ibn Hibban-

[50] Waliy al-Din al-`Iraqi(t.t), Tarh al-Tathrib fi Sharh al-Taqrib, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-
`Arabi, j. 8, h. 84.

[51] Al-Imam al-Muhaddith Badr al-Din Mahmud bin Ahmad al-`Aini Al-Hanafi (855 H) , salah
seorang pensyarah hadith Sahih al-Bukhari, `Umdah Al-Qari 12/25/117)

[52] Waliy al-Din al-`Iraqi(t.t), Tarh al-Tathrib fi Sharh al-Taqrib, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-
`Arabi, j. 8, h. 84.

[53] Muhammad al-Hut(t.t), Rasa’il fi Bayan `Aqa’id Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, Beirut: `Alam
al-Kutub, h. 44.

[54] Al-Kalabadhi(t.t), al-Ta`arruf li-Madhhab Ahlit-Tasawwuf, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h.


33.

[55] Al-Ghazali(t.t), Ihya’ `Ulum al-Din, Beirut: Dar al-Fikr, j. 1, h. 108. - lihat di bahagian yang
bertajuk Kitab Qawa’id al-`Aqa’id di fasal pertama -,

[56] Al-Rifa`i(t.t), al-Burhan al-Mu’ayyad, Damsyiq: Maktabah al-Hilwani, h. 17 - 18.

[57] Al-Imam al-Lughowi Ibrahim al-Zujjaj (t.t), Tafsir Asma’ Allah Al-Husna, (t.tp): (t.p), h. 48.

[58] Ibid h. 60.

[59] Al-Shaykh Salamah al-Quda`i al-`Azami al-Syafi`e(t.t): Furqanul-Qur'an, Beirut: Dar Ihya' al-
Turath al-`Arabi, h. 74.

Anda mungkin juga menyukai