Anda di halaman 1dari 17

Himpunan Hadith-Hadith Sahih 2

1. Dari Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW menentukan waktu kepada kami
tentang menggunting kumis, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-
ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh hari.” (Muslim)

2. Dari Muhammad bin Ibrahim r.a katanya Abu Salamah bercerita kepadanya, bahawa
Abu Salamah bersengketa dengan kaumnya perihal tanah. Lalu dia pergi kepada
Aisyah r.a mengadukan hal itu kepadanya. Kata Aisyah:”Hai Abu Salamah! Jauhilah
perkara (sengketa mengenai) tanah. Kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:”Siapa
merampas sejengkal tanah, dikalungkan Allah kepadanya kelak di hari kiamat tujuh
lapis bumi.” (Muslim)

3. Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan
umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua
umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang
yang mengerjakannya”. (al-Bukhari dan Muslim)

4. Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w.“Tidak akan masuk


syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah dari sifat takbur
(sombong).”Berkata seorang lelaki:“Sesungguhnya semua orang ingin agar
pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.”Berkata Rasulullah s.a.w.“Sebenarnya Allah
itu bagus dan cinta kepada kecantikan; takbur ialah menolak kebenaran dan tidak
menghargai orang lain.”(Muslim)

5. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan
telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya: ”Para sahabat
bertanya: ”Anda juga ya Rasulullah?” Jawab baginda: ”Ya. Aku juga. Tetapi Allah
selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku
akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan
untuk kebaikan.” (Muslim)

6. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda “Perbaharuilah iman
kamu”, Para sahabat r.a bertanya “Ya Rasulullah, bagaimana kami dapat
memperbaharui iman kami?” Baginda s.a.w bersabda “Perbanyakkan mengucap ( ‫ال إله‬
‫)إال هللا‬. (Hadith riwayat Imam Ahmad, Tabrani, Targhib)

7. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya binasalah orang-orang yang


sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka
membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke
atasnya.” Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
8. Dari abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia
menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana
wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang
sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika
engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing
wanita dengan baik.” (Muslim)

9. Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu
gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah
kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu
gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun
mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya
mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah!
Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai
bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Muslim)

10. Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila
orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu
berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya
disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia
berhubung dengan taatnya.”(Muslim)

11. Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi
s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu,
ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib
ditinggalkannya.” (Bukhari)

12. Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka
bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi
menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat
dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan
kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila
roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini,
untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.” (al-Bukhari dan
Muslim)

13. Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:
”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana
syaitan dapat masuk.” (Muslim)

14. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan
mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu
yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.
(Muslim)

15. Dari Abu Said Al-Khudri r.a dari Nabi saw ia bersabda: “Jika ada di antara kamu
menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk..(Abu Dawud)

16. Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: “ Roh orang mati yang
beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah
hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”. (Riwayat Tirmizi)

17. Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua
kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga
ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya
untuk apakah ia gunakan, dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada
perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia
susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’ (Riwayat al-Tirmizi)

18. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak di hari kiamat Allah
Tabaraka wa Taala akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan
kanan-Nya. Kemudian Dia berfirman:”Akulah Raja! (penguasa) Manakah dia raja-
raja di bumi?” (Muslim)

19. Jabir bin Abdullah r.a mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w


bersabda:”Sesungguhnya Allah akan mengeluarkan suatu kaum daripada neraka
kerana syafaat (pembelaan).” (Muslim)

20. DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu


membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”
(Riwayat Muslim)

Huraian
1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan
begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada
anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih
sayang daripada ibu bapa.
2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa
yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang
diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.
3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih
dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang
soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga.
Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.
21. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu
mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya
(serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya
sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-
tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang
menyamainya.” (Riwayat Bukhari)

Huraian Pengajaran Hadis:

i) Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya.


ii) Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap kebaikan yang
dilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan diperolehi dengan
pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi hanya akan dicapai dengan
mengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T.
iii) Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan sebaik-baiknya,
lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada Allah iaitu bersih dari perbuatan
syirik dan sifat munafiq serta bersih daripada perasaan riya’, ujub dan sebagainya.
Dengan lain perkataan ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah
seseorang itu melihat Allah serta meyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.
22. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada
kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau
keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata :
Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah
daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim

23. Dari Jundub bin Sufyan r.a katanya: “Jari Rasulullah s.a.w berdarah kerana luka
dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Bukankah engkau hanya
sebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fisabilillah.”
(Muslim)

24. Dari Abu Hurairah r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Seorang wanita janganlah
berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan
janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin
suaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri dari hasil usaha suaminya tanpa
perintah suami, pahalanya seperdua bagi suami.” (Muslim)

Huraian
Hadith ini menjadi dalil bahawa haram atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkan
dengan izin suaminya, kecuali kalau suaminya tidak ada bersama kerana pergi keluar
negeri maka ia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak memerlukan izin suaminya.
Jelasnya hak suami adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dicuaikan kerana
melakukan suatu yang sunat.
25. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-
tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan
mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang
kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah
menjadi...kan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah
menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah
perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” Riwayat Bukhari Dan
Muslim

Huraian
1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.
2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang
menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas
daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.
3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah
kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia
tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.

26. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga Golongan manusia yang Allah
tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai
orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke
dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina,
ra...ja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong”.
(Muslim)

Huraian
1. Allah S.W.T. amat benci kepada tiga golongan manusia, iaitu orang tua yang masih
tidak meninggalkan perbuatan zina, pemimpin yang bercakap bohong dan orang
miskin yang sombong.
2. Segala perbuatan yang dilarang oleh agama hendaklah dijauhi dan seandainya
seseorang itu terjerumus ke lembah dosa dan noda maka hendaklah dia segera
bertaubat agar dosanya diampunkan oleh Allah.
3. Siksaan di akhirat adalah amat pedih. Oleh itu selagi hayat dikandung badan,
pergunakanlah masa sepenuhnya untuk membanyakkan amal ibadat agar kehidupan di
dunia dan akhirat mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

27. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhhani r.a katanya:”Ada tiga macam waktu, di mana
Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu
tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua, saat matahari
tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga ia telah condong ke
Barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga ia telah tenggelam sama
sekali.” (Muslim)

Huraian
1. Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh dielakkan begitu
sahaja. Ia merupakan tuntutan fardhu kifayah ke atas umat Islam iaitu dengan adanya
sebahagian umat Islam yang melaksanakannya, akan selesailah tanggungjawab
tersebut.
2. Orang yang paling berhak dan lebih afdhal untuk menguruskan jenazah ialah dari
kalangan keluarga atau waris si mati sendiri yang terdekat. Contohnya anak si mati
sekiranya si mati adalah bapanya dan sekiranya warisnya itu tidak berkemampuan
atau berpengalaman maka bolehlah meminta bantuan imam atau bilal di sesuatu
kawasan tersebut untuk menguruskannya.
3. Selain daripada mengetahui waktu yang sesuai dan tidak sesuai mengebumikan
mayat seperti yang disebutkan, cara-cara mengebumikan mayat juga hendaklah
dilakukan selari dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW, iaitu mayat hendaklah
dibaringkan di atas rusuk sebelah kanan dan menghadap kiblat. Manakala permukaan
tanah yang menguburi jenazah hendaklah lebih tinggi sedikit dari permukaan bumi
agar diketahui kewujudan sesuatu kubur itu. Namun di sini tidak ada kewajiban untuk
memberi tanda contohnya (nesan) di atas kubur seseorang kerana lazimnya satu
lubang kubur boleh diisi semula setelah beberapa tempoh berlalu.
4. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Segerakanlah menguburkan
mayat, jika ia baik bererti kamu telah menyampaikan kepada kebaikannya dan jika ia
tidak baik bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu." (Bukhari)

28. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan
penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi
jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Abu Daud)

Huraian
1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh
dengan izin Allah S.W.T.
2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air
kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di
mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana
berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang
boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.
3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah
sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan
tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang
agama dan ilmunya.
4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan-
keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah
kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh
mencegahnya.
5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang
halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik
kepada Allah.
29. Dari Abu Musa r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Selalu-selalulah membaca al-Quran
kerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya.” (Muslim)

Huraian:

Membaca al-Quran merupakan ibadah yang paling utama sesudah amal-amal fardhu
yang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang meninggalkannya kerana
keangkuhannya, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan sesiapa yang mencari
petunjuk pada selain-Nya, maka Allah akan menyesatkannya. Oleh itu kita diingatkan
agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w
pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku
lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana
sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta
(yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi). Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:
“Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-
ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam
bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang
yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Qur'an :
"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku
dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang
pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui
dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang
itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan
mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi
perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga
keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah
mempelajari Al-Qur'an."

30. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Persamakan antara anak-anak


kamu dalam pemberian.” (At-Tabrani)

31. Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi
s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu,
ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib
ditinggalkannya.” (Bukhari)

32. Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka
bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi
menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat
dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan
kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila
roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini,
untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.” (al-Bukhari dan
Muslim)
33. Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu
gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah
kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu
gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun
mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya
mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah!
Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai
bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Muslim)

34. Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila
orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu
berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya
disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia
berhubung dengan taatnya.”(Muslim)

35. Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW lebih suka mandahulukan yang kanan
dalam segala keadaan (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhuk
dan mandi.” (Muslim)

Huraian
Kanan adalah bahagian atau pihak yang berlawanan dengan kiri. Kanan menunjukkan
makna yang baik. Oleh itu anggota kanan diutamakan dalam segala perkara yang
dilakukan melainkan untuk mencuci kotoran atau najis di mana tangan kiri yang akan
mengambil alih. Langah kanan menunjukkan nasib yang baik atau keberuntung dalam
sesuatu dan orang kanan menunjukkan orang yang penting atau orang yang tinggi
keududukannya dari segi pangkat dan lain-lain. Memandangkan mulianya yang kanan
daripada yang kiri maka Islam menyarankan kita agar mendahulukan anggota kanan
termasuk ketika makan, minum dan mengambil serta memberi. Bahkan di akhirat
kelak orang yang menerima buku amalnya melalui tangan kanan menunjukkan ia
bakal menjadi penghuni syurga dan begitulah sebaliknya.

36. Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti
cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk
menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam
syurga.” (Bukhari)

Huraian
Rasulullah s.a.w memperisterikan saidatina Khadijah bukan kerana status sosialnya
yang yang tinggi yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi
adalah kerana sifat saidatina Khadijah itu sendiri yang mempunyai peribadi dan
akhlak yang mulia. Saidatina Khadijah adalah seorang yang berfikiran tajam, sabar
dan berpandangan jauh. Lebih daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang
benar-benar memahami keadaan suaminya. Ini terbukti ketika mana pertama kali
baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah, Khadijahlah yang
menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan
sepupunya Waraqah bin Naufal yang mengatakan bahawa baginda adalah seorang
Nabi. Khadijah sebenarnya adalah seorang isteri yang mampu menyuntik semangat
seorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada Allah bahkan beliaulah orang
yang mula-mula memeluk Islam sebelum nabi berdakwah di kalangan para sahabat
baginda yang lain. Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik; wanita yang
subur dengan kasih-sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu: al-
Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya, Umm Kulthum dan Fatimah. Dalam perjuangan
baginda menegakkan agama Islam, Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban,
harta dan tenaga dalam mempertahankan baginda dari disakiti oleh kaum Quraisy.
Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh khadijah bahkan boleh dikatakan
bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah. Dan
berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah S.W.T telah mengurniakannya
sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu syurga.

37. Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Ditanyakan orang kepada nabi s.a.w, amal apakah
yang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Jawab nabi s.a.w: ”Engkau tidak akan
sanggup mengamalkannya!.” Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali,
namun nabi s.a.w tetap menjawab seperti itu. Terakhir baginda menjawab:
”Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah)
sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat
Allah, tidak berhenti puasa dan solat sampai si mujahid pulang dari medan
perjuangan.” (Muslim)

38. Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika
baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah
diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: ”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu
kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang
muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud.
Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam
sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.” (Muslim)

Huraian
Postur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki,
dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam
a.s bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan. Sujud hanyalah untuk
Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan
mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah " Sujudlah pada
Ku." Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya
mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya
atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh
seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung.
Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan
daripada Allah.
39. Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “
Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar
membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada
paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah
diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya
untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah
lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina.
Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “...
Lihat seterusnya..Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut
berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah
saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu
diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal
tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu
berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si
pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya
dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-
mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita
penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya
mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang
telah Allah berikan kepadanya.” (al-Bukhari dan Muslim)

40. Dari Abdullah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Memaki orang Muslim adalah (fasiq)
dan membunuhnya, kafir.” (al-Bukhari)

Huraian:

Orang yang memperhatikan keadaan manusia pada zaman ini akan dapat melihat
betapa hebatnya kefasikan yang telah melanda kehidupan mereka. Ini disebabkan
keadaan masing-masing sesama umat Islam tidak lagi memberi erti persaudaraan
sebagaimana yang dituntut oleh agama sebaliknya mereka saling kutuk-mengutuk,
memaki hamun dan ada pula yang sampai ke tahap sanggup membunuh. Lantas
terjadilah perlanggaran hukum yang akhirnya mencacatkan nama baik Islam hingga
Islam itu dipandang sebagai agama yang ganas dan bersifat keras. Sesungguhnya
inilah perosak ummah yang menjadi duri dalam daging bagi seluruh umat Islam.
Mereka hanya mengutamakan hawa nafsu dan kepentingan diri tanpa memikirkan
akibat yang bakal ditanggung. Oleh itu setiap Muslim hendaklah memastikan apa jua
tindakan yang dilakukannya itu tidak melanggar batasan syariat dan sekali-kali tidak
menjadi fitnah pada agama kerana hal ini bukan sahaja mendatang dosa bahkan
memporakperandakan kesejahteraan bersama.

41. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama)
dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali
dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil
orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya
kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan
kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang
lain.” (al-Bukhari)
Huraian:

Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk
menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami
permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. Di zaman ini, hampir tiada lagi
ulama yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang
pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang
ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama’
adalah mereka yang menguasai dengan “ahli” banyak cabang-cabang ilmu. Dengan
perkataan lain golongan ulama’ semakin lama semakin pupus. Justeru dengan waktu
yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian
kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil
ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa
bimbingan dari para ulama’. Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yang
tidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur
kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama. Bahkan ulama
dianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak
memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan
akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama dan
keterlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan ada
golongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai
pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan.

42. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku pernah berkata kepada
Rasulullah SAW:” Saya mendengar banyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah ! Tetapi
saya lupa. “ Rasulullah SAW bersabda:” Hamparkan Rida’ mu. “ Aku melakukan
(apa yang diperintahkan nabi SAW) dan kemudian nabi SAW menggerakkan kedua
tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda :” Ambil dan selendangkan ini
(pada tubuh mu)”. Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupa
lagi.” (al-Bukhari)

Huraian:

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19
tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak
diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama
Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman.
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing.
Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW,
beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia
menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh
Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.
Beliau adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenali
sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu
dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga baginda
selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak
dibahagikan. Hadis beliau yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim
berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan oleh Muslim 189
hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadis
lainnya.

43. Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu
berhenti singgah" Para sahabat bertanya: ”Apakah itu taman syurga?” Jawab baginda:
"Majlis Zikir." (Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian
1. Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Ia merupakan ibadat yang tidak hanya
tertumpu pada lidah sahaja tetapi juga dengan hati dan seluruh anggota badan. Malah
apa sahaja perbuatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengingati-Nya adalah
termasuk dalam konteks zikirullah.
2. Zikir adalah amalan yang boleh menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani
dan mengundang rahmat Allah. Sebaliknya orang yang jiwanya sering lalai daripada
mengingati Allah, mata hatinya akan buta dan kehidupannya menjadi sempit dan
mudah tertekan.
3. Orang yang selalu berzikir akan mudah terdorong untuk melakukan kebajikan dan
tercegah daripada kemungkaran. Ini disebabkan ia merasai bahawa Allah sentiasa
bersamanya dalam setiap amalan yang dikerjakan.

44. Daripada ‘Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia
masuk neraka ataupun neraka membakarnya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Mengucap dua kalimah syahadah adalah salah satu daripada Rukun Islam. Ia mesti
dizahirkan dengan lidah, dibenarkan dengan hati dan dilaksanakan dengan anggota
badan. Ini adalah satu bentuk pengakuan beriman yang lahir dari hati yang ikhlas
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang membuat suatu pengakuan dan
bersyahadah tetapi tidak ... Lihat seterusnya..mempercayai perkara yang
disebutkannya, maka penyaksiannya adalah dusta dan bohong kerana perkara yang
dinyatakan itu adalah tidak selari dengan keyakinannya sendiri dan itu adalah di
antara sifat orang-orang munafik.

45. Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w
bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya
kerana syaitan dapat masuk.” (Muslim)

46. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan
mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu
yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.
(Muslim)

47. Dari Abu Said Al-Khudri r.a dari Nabi saw ia bersabda: “Jika ada di antara kamu
menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk..(Abu Dawud)
48. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-
tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan
mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang
kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah
menjadi...kan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah
menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah
perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat Bukhari Dan
Muslim)

Huraian
1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.
2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang
menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas
daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.
3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah
kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia
tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.

49. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada
kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau
keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata :
Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah
daku apa...bila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian Pengajaran hadith:

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan
menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan
bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan
orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar
menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak
akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat
dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang
membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya
di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W


‫ار َجهَنَّ َم يَتَ َر َّدى فِي ِه َخالِ ًدا‬ ِ َ‫َم ْن تَ َر َّدى ِم ْن َجبَ ٍل فَقَتَ َل نَ ْف َسهُ فَه َُو فِي ن‬
‫ُم َخلَّ ًدا ِفيهَا أَبَ ًدا َو َم ْن تَ َحسَّى ُس ًّما فَقَتَ َل نَ ْف َسهُ فَ ُس ُّمهُ ِفي يَ ِد ِه يَتَ َحسَّاهُ ِفي‬
‫ار َجهَنَّ َم َخالِ ًدا ُم َخلَّ ًدا فِيهَا أَبَ ًدا َو َم ْن قَتَ َل نَ ْف َسهُ بِ َح ِدي َد ٍة فَ َح ِدي َدتُهُ ِفي يَ ِد ِه‬
ِ َ‫ن‬
‫ار َجهَنَّ َم َخالِ ًدا ُم َخلَّ ًدا فِيهَا أَبَ ًدا‬
ِ َ‫طنِ ِه فِي ن‬ ْ َ‫يَ َجأ ُ بِهَا فِي ب‬
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke
dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum
racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan
menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya.
Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam
gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal
di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (‫)ثابت بن الضحاك‬, sabda Nabi S.A.W.:
‫ب بِ ِه يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة‬
َ ‫َم ْن قَتَ َل نَ ْف َسهُ بِ َش ْي ٍء ِف ْي ال ُّد ْنيَا ُع ِّذ‬
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia
akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (‫)جندب بن عبد هللا‬, katanya Nabi S.A.W. bersabda:
ُ‫ان قَ ْبلَ ُك ْم َر ُج ٌل بِ ِه جُرْ ٌح فَ َج ِز َع فَأ َ َخ َذ ِس ِّكينًا فَ َح َّز بِهَا يَ َده‬
َ ‫ان فِي َم ْن َك‬ َ ‫َك‬
‫ت‬ُ ‫ال هَّللا ُ تَ َعالَى بَا َد َرنِي َع ْب ِدي بِنَ ْف ِس ِه َح َّر ْم‬
َ َ‫ات ق‬ َ ‫فَ َما َرقَأ َ ال َّد ُم َحتَّى َم‬
َ‫َعلَ ْي ِه ْال َجنَّة‬
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada
kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung
kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah
tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku
kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan
Muslim)

Hukum Orang Bunuh Diri:

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar,


perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan
seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai
daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia
menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi
S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang
membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang
tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama
dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati
membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran
kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (‫ )جابر بن سمرة‬R.A. katanya:

َ ‫ص فَلَ ْم ي‬
ِّ‫ُصل‬ َ ‫أُتِ َي النَّبِ ُّي‬
َ ِ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم بِ َرج ٍُل قَتَ َل نَ ْف َسهُ بِ َم َشاق‬
‫َعلَ ْي ِه‬
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang
membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan
untuknya.” (Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini
menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan
jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah
mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakala al-Hasan, al-Nakha’ie,
Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat:
Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan
ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya
sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri),
namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”

Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal
selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang
yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh
difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

50. Dari Jundub bin Sufyan r.a katanya: “Jari Rasulullah s.a.w berdarah kerana luka
dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Bukankah engkau hanya
sebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fisabilillah.”
(Muslim)

Huraian:

Walaupun Rasulullah s.a.w diberi jaminan oleh Allah bahawa usaha untuk
mendaulatkan agama Islam akan mendapat kejayaan pada akhirnya, namun baginda
tidak diberi laluan mudah. Sebaliknya Allah memerintahkan baginda supaya berjuang
dan berjihad dengan segala yang ada bagi mencapai kemenangan yang telah
dijanjikan-Nya itu. Mereka tetap diminta supaya mengorbankan fikiran, tenaga, harta
benda, malah jiwa raga untuk agama kerana kemenangan tidak akan dapat dicapai
dengan kuasa ghaib tanpa perjuangan.

51. Dari Abu Hurairah r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Seorang wanita janganlah
berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan
janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin
suaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri dari hasil usaha suaminya tanpa
perintah... suami, pahalanya seperdua bagi suami.” (Muslim)

Huraian:

Hadith ini menjadi dalil bahawa haram atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkan
dengan izin suaminya, kecuali kalau suaminya tidak ada bersama kerana pergi keluar
negeri maka ia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak memerlukan izin suaminya.
Jelasnya hak suami adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dicuaikan kerana
melakukan suatu yang sunat.
52. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu
mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya
(serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya
sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-
tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang
menyamainya.” (Riwayat Bukhari)

Huraian Pengajaran Hadis:

i) Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya.


ii) Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap kebaikan yang
dilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan diperolehi dengan
pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi hanya akan dicapai dengan
mengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T.
iii) Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan sebaik-baiknya,
lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada Allah iaitu bersih dari perbuatan
syirik dan sifat munafiq serta bersih daripada perasaan riya’, ujub dan sebagainya.
Dengan lain perkataan ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah
seseorang itu melihat Allah serta meyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.

53. DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu


membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”
(Riwayat Muslim)

Huraian

1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan
begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada
anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih
sayang daripada ibu bapa.
2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa
yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang
diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.
3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih
dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang
soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga.
Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.

54. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang
melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu
daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik,
hingg meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila
bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia
mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. (Riwayat Ahmad)

Huraian Pengajaran Hadith:


i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya
diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut
tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-
Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap ... Lihat
seterusnya..masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan
menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan.
Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan
mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan
ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi
dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap
sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Dipetik dari laman web: http://www.facebook.com/profile.php?


ref=name&id=1788714309#!/pages/Al-Quran-Sunnah-Rasulullah- SAW/258067437214?
v=wall

Anda mungkin juga menyukai