Anda di halaman 1dari 4

Rasulullah -sallallahu ‘alayhi wa sallam- bersabda:

“Dikurniakan kecintaan kepadaku terhadap (perhiasan) dunia ini adalah wanita dan wangi-
wangian, serta dijadikan penyejuk mata (iaitu ketenangan dan kerehatan) untukku dalam solat.”
(Riwayat al-Nasa’i)

Rasulullah -sallallahu ‘alayhi wa sallam- bersabda:

“Sesiapa yang mencintai (sesuatu perkara atau seseorang) kerana Allah, membenci kerana Allah,
memberi kerana Allah dan menahan kerana Allah, maka telah sempurnalah imannya.” (Riwayat
Abu Dawud,sahih)

Rasulullah -sallallahu ‘alayhi wa sallam-:

“Tiada ketaatan dalam melakukan perkara kemaksiatan kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan
itu hanya dalam perkara kebaikan.” (Riwayat Muslim)

Muhammad bin Ibrahim al-Taymi -radiyallahu ‘anhu- berkata:

“Tiadalah Rasulullah -sallallahu ‘alayhi wa sallam- berkahwin dengan isteri-isterinya dan


Baginda tidak mengahwinkan anak-anak perempuannya melebihi daripada 12.5 uqiyyah (500
dirham).” (Riwayat Sa‘id bin Mansur)

Imam Ibn al-Qayyim -rahimahullah-. menyatakan:

“Sesungguhnya seseorang hamba akan mati berdasarkan keadaan hidupnya dan seseorang itu
akan dibangkitkan berdasarkan keadaan matinya.”

Hafsah binti Sirin -rahimahallah- berkata:

“Wahai para pemuda, manfaatkanlah diri kamu tatkala kamu masih lagi muda. Sesungguhnya
saya tidak melihat satu amalan (yang lebih bermanfaat dan bertenaga) melainkan pada zaman
muda.”

Empat perkara yang perlu dipelihara oleh mata:

1. Melihat wanita yang bukan mahram


2. Melihat gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat
3. Melihat orang lain dengan pandangan penghinaan
4. Melihat keaiban orang lain.

Imam al-Ghazali -rahimahullah- Bidayah al-Hidayah

Amirul Mu’minin ‘Umar bin ‘Abdul Aziz -rahimahullah- berkata:

“Janganlah kamu bersahabat dengan orang yang derhaka kepada ibubapa. Kerana dia tidak akan
setia dengan kamu, sedangkan dengan ibubapa sendiri pun dia derhaka.”

Imam al-Hasan al-Basri -rahimahullah- berkata:

“Kurniakan kepada kami daripada pasangan-pasangan kami yang taat kepada Allah taala. Tiada
sesuatu pun yang dapat menenangkan mata seorang mukmin melainkan melihat kekasihnya
dalam ketaatan kepada Allah taala.”

Rasulullah -sallallahu ‘alayhi wa sallam- bersabda:

“Apabila seseorang yang baik agamanya dan akhlaknya datang meminang kepada kamu, maka
kahwinkanlah lelaki itu. Sekiranya kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlakulah
keburukan di bumi ini dan kerosakan yang besar.” (Riwayat al-Tirmidhi)

Imam al-Hasan al-Basri -rahimahullah- berkata:

“Kahwinkan anak perempuan kamu dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya
lelaki itu, sekiranya (pada saat) dia mencintai isterinya, maka dia akan memuliakannya.
Sekiranya (pada saat) dia memarahi isterinya, dia tidak menzaliminya.”

Syair Arab:

“Ibu itu umpama sebuah sekolah. Apabila kamu mempersiapkan sekolah ** seumpama kamu
mempersiapkan sebuah generasi yang baik keturunannya.”

“Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya.”
(Surah al-Nur 24:32)

Imam Mujahid -rahimahullah- berkata:

“Ilmu tidak dapat dipelajari oleh orang yang malu dan orang yang sombong.”
Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab -radiyallahu ‘anhu- berkata:

“Tiada yang menghalang kamu daripada perkahwinan melainkan orang yang lemah atau orang
yang jahat.”

Imam Sufyan al-Thawri -rahimahullah- berkata:

“Perkataan tidak akan lurus melainkan dengan amalan. Perkataan dan amalan tidak akan lurus
melainkan dengan niat (yang ikhlas). Perkataan, amalan dan niat (yang ikhlas) tidak akan lurus
melainkan yang bertepatan dengan Sunnah.”

Rasulullah -sallallahu ‘alayhi wa sallam- bersabda:

“Janganlah seorang mukmin (suami) membenci seorang mukminah (isteri), sekiranya dia tidak
menyukai salah satu akhlaknya, sedangkan dia menyukai akhlak-akhlak yang lain.” (Riwayat
Muslim)

Rasulullah -sallallahu ‘alayhi wa sallam- bersabda:

“Lelaki yang dayus iaitu lelaki yang membiarkan (tidak mencegah dan menegur) ahli keluarganya
yang melakukan maksiat.” (Riwayat Ahmad)

Mu‘adh bin Jabal -radiyallahu ‘anhu- berkata:

“Kahwinkanlah saya, sesungguhnya saya tidak suka untuk bertemu Allah taala dalam keadaan
tidak berkahwin.”

Rasulullah -sallallahu ‘alayhi wa sallam- bersabda:

“Sesiapa yang mencari keredaan Allah taala dengan marahnya manusia, nescaya Allah taala
meredainya dan manusia turut meredainya. Sebaliknya, sesiapa yang mencari reda manusia
dengan kemurkaan Allah taala, nescaya Allah taala murka kepadanya dan manusia turut marah
kepadanya.” (Riwayat Ibn Hibban)

Saidina ‘Umar bin al-Khattab -radiyallahu ‘anhu- berkata:

“Sesungguhnya kita adalah kaum yang paling hina, lalu Allah taala muliakan kita dengan Islam.
Sesiapa antara kita yang mencari kemuliaan selain kemuliaan yang Allah taala muliakan kita
dengan Islam, nescaya Allah taala menjadikan kita hina.”
Rasulullah -sallallahu ‘alayhi wa sallam- berdoa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kekufuran dan kefakiran.” (Riwayat
Abu Dawud)

“Jika anda sampaikan sebarang berita, maka pastikanlah kesahihannya. Jika anda mendakwa
sebarang kenyataan, maka pastikan pembuktian kebenarannya.”

Rasulullah -sallallahu ‘alayhi wa sallam- bersabda:

“Telah merasai nikmatnya iman bagi seseorang yang reda dengan Allah taala sebagai Tuhannya,
Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai rasulnya.” (Riwayat Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajar -rahimahullah- berkata:

“Akhlak yang baik ialah memilih perkara baik dan meninggalkan perkara buruk.”

Saidina ‘Umar bin al-Khattab -radiyallahu ‘anhu- berkata:

“Sewajarnya seorang lelaki tatkala bersama ahli keluarganya seumpama kanak-kanak. Apabila
dia berhadapan dengan sesuatu tanggungjawab, dia menjadi seorang lelaki sebenar.”

Imam al-Hasan al-Basri -rahimahullah- berkata:

“Sesiapa yang dikurniakan rupa paras yang baik, akhlak yang baik dan isteri yang solehah,
sesungguhnya dia dikurniakan sebaik-baik dunia dan akhirat.”

Anda mungkin juga menyukai