Anda di halaman 1dari 6

* HADIS-HADIS RASULULLAH S.A.W.

*
Hadis Mengenai Solat
Rasulullah s.a.w bersabda :

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat  bersendirian dengan 27x darjat"
H.R.Bukhari dan Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari
kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah
yang sempurna" H.R.Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang
mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang
yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim
& Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan
jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua
dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan
berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani

 Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4
rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud & Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya
sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan
melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah
dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½  malam
dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah  juga maka
(pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).  H.R.Muslim & Ahmad

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya
telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar
bunyi atau tercium baunya" H.R.Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam  (mengangkat


kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala  kaldai" H.R.Sahih Muslim

 Rasullulah s.a.w bersabda :

"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70 x solat tanpa siwak"
H.R.Zanjawaih & Hakim

  Rasullulah s.a.w bersabda :

"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak
memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat
tanpa memakai serban" H.R.Ibn'Asakir

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia


sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari & Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu 
membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan
bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu"
H.R.Bukhari & Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-
orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh
hasanat" H.R.Abu Dawud

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir


terang-terangan" H.R.Attabrani

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA
HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.

19 Hadis Mengenai Wanita


01. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab
baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia".

02. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka


beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan
1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

03. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

04. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

05. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.

06. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
memberinya   pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah.

07. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama


orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

08. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada  keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

09. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
memasukkan dia ke   dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar
haknya terhadap   wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit,  matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia
taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w)
di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka."

Dipetik dari WANITA September.

 Aurat Wanita Dari Firman Allah Dan Hadis-Hadis Nabi


1. Bulu kening

Menurut Bukhari, "Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau


menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu
Daud Fi Fathil Bari. 

2. Kaki (tumit kaki)

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar


diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. 

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut


hentakan kaki. 

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina." 
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 

4. Dada

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada


mereka.” An-Nur : 31 

5. Gigi

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim. 

6. Muka dan Tangan

"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah:” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah
saja." Riwayat Muslim dan Bukhari. 

7. Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. 

8. Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan


sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan
yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud
dan Tirmidzi. 

9. Mulut (suara)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga


berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32.) 

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)
dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
Riwayat Ibn Majah. 

10. Kemaluan

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka


menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur :31. 
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. 

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi,
Abu Daud dan Ibn Majah. 

11. Pakaian 

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan


pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn
Majah. 

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian


tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan
maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat
Bukhari dan Muslim. 

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah


/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri


orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah
maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59. 

12. Rambut 

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung


rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu didunia tidak
mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah
engkau beri pertunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250) 

Anda mungkin juga menyukai