Anda di halaman 1dari 9

Bayan subuh. M Saad 11.08.

23

Tuan yg mulia.

Kita lihat dalam Quran dan hadis. Ada Lafaz iman dan ikhlas. Hari ini kita bagi tumpuan hanya
pada lafaz iman dan tiada tumpuan pada ikhlas.
Nabi sabda siapa yg baca ‫ ﻻاﻟﻪ اﻻ ﷲ‬dengan ikhlas akan masuk syurga. Nabi tak kata ucap kalimah
dengan niat yg betul. Ini yg terfikir dalam hati kita. Sahabat tanya apa itu ucap kalimah dengan
ikhlas? Nabi sabda , kalimah ini dapat mencegah daripada perkara yg haram. Ini lah tahap iman
yg setiap org Islam perlu usahakan. Iman yg Dapat cegah kita daripada setiap perkara yg haram.
Hari ini kita lalai dalam perkara ini. Orang Islam lah yg berhak untuk usaha atas perkara ini. Allah
sebut lazimkan pada kamu akan kalimah ini. Nabi sabda, kamu kena perbaharui iman. Iman akan
luntur seperti warna pada pakaian. Atau seperti unta yg mudahnya terlepas dari tali. Oleh itu
setiap orang perlu usaha untuk perbaharui iman. Hari ini orang Islam lalai. Dan tak rasa perlu
untuk usaha atas iman. Saya akan bentangkan juga cara untuk usaha kuatkan iman.

Tuan yg mulia.

Iman ada hubungkait dengan setiap Ahkam. seperti roh ada hubungkait dengan setiap bahagian
badan. Akidah, muamalat muasyarat akhlak. Seperti kita cabut rambut, kita rasa sakit. Sebab
rambut ada hubungan dengan badan.
Iman ada hubung kait dengan setiap perintah Allah dalam kehidupan. Kita sangka iman hanya
berkaitan dengan ibadat dan faraid. Sedangkan kesempurnaan iman adalah kesempurnaan dalam
sempurnakan setiap perintah Allah. Darjah iman untuk sempurnakan setiap perintah Allah. Nabi
sabda, Tidak sempurna iman kamu sehingga keinginan kamu ikut agama yg aku bawa. Hari ini
kita fikir kita dah cukup dengan iman yg ada, sedangkan yg dituntut adalah lebih jauh dari itu.
Kesempurnaan iman bukan hanya sempurna akidah dan faraid , bahkan dalam sempurnakan
setiap perintah Allah. Inilah iman yg matlub(dituntut) , sehingga dalam tunaikan setiap keperluan.
Nabi telah tunjukkan kepentingan, sebagaimana jauhkan ummat dari syirik, Nabi menjaga ummat
dalam perkara akidah , begitu juga Nabi usaha jauhkan ummat dari ikut setiap perkara yg org
bukan Islam buat. Iman juga berkait dengan setiap kehidupan.. Sahabat tanya Nabi, orang
musyrikin kebiasaan mereka selepas perang gantung pedang pada pokok, sahabat tanya
bolehkah kami buat seperti itu. Ini tidak berkaitan dengan ibadah pun. Nabi jawab, permintaan
kamu ini sama seperti permintaan kaum Nabi musa. Selepas lintas laut. Nampak org sembah
berhala. Dia minta pada nabi musa untuk sembah berhala. Nabi bukan setakat kata gantung
pedang ini bukan cara kita, bahkan nabi telah kaitkan ini seperti permintaan untuk sembah
berhala. Oleh itu sebagaimana Iman penting dalam perkara seperti ibadah dan faraid, begitulah
dituntut untuk sempurnakan iman dalam setiap bahagian dalam agama.

Tuan yg mulia.

Hakikat kalimah adalah Taqwa. Bukan setakat tinggalkan perkara dilarang. Bahkan kena jalani
hidup berbeza dari cara org bukan islam. Ini mafhum dari hadis. Sempurnakan setiap keperluan
dengan berbeza dari org bukan Islam.
Contoh ke2, berkaitan dengan puasa. Yahudi puasa pada 10 muharram. Dijawab yahudi kami
tunjuk cara syukur, nabi kata kita akan puasa juga tetapi kita tambah lagi satu hari. Puasa, Satu
ibadat yg tinggi. Berpuasa pun tidak boleh ada persamaan dengan cara yahudi. Dalam ibadat tak
boleh sama dengan mereka , begitu juga dalam kehidupan.

Kisah seterusnya , ada beberapa yahudi yg telah masuk Islam. Terlintas dalam hati mereka untuk
baca taurat disamping tetap dengan membaca quran. Mereka minta izin daripada nabi. Allah
turunkan ayat
‫ڡﺔ‬/‫ى اﻟﺴﻠﻢ اﻟﲀ‬6‫ڡ‬/ ‫ﺣﻠﻮ‬/‫ٮﻮ اد‬/‫ٮ 'ﺎ اٮ 'هﺎ اﻟﺬٮ 'ﻦ ءاﻣ‬.
Dengan permintaan seperti ini menunjukkan iman kamu belum sempurna. Sekali pun taurat ini
adalah kitab dari langit. Allah inginkan bukan hanya amal Islam sebahagian , tetapi masuk Islam
secara keseluruhan.

Tuan yg mulia ,

Kita hendaklah renungkan dan fikirkan tentang apa yg baginda bgtau dalam hadis perkara
berkaitan iman. apa yg dimaksudkan dengan iman. banyak keadaan; sahabat tanya Nabi apa itu
iman. Nabi bg banyak jawapan.

Suatu ketika Nabi jawab tanda iman , apabila buat benda baik, hati jadi suka, dan apabila terbuat
benda tak elok rasa susah hati.

Alamat iman, jika lihat perkara munkar dan akan rasa sedih. Org yg takde rasa risau bila lihat
dosa, maksudnya takde iman dalam hati.
Nabi tidak hanya kaitkan iman dengan perkara dalaman bahkan iman berkaitan dengan zahir
seseorang. Apabila iman telah masuk dalam hati. Akan terzahir dalam amalan. Ada org kata jgn
tengok zahir seseorang, kerana iman ada dalam hati. Ini adalah bisikan syaitan untuk tipu kita.
Sedangkan jika seorang ada iman, akan terzahir dalam kehidupan dia. jika iman tak sempurna
tidak akan zahir amalan agama dari badan dia. Syaitan yg telah bisikkan dalam hati, untuk guna
alasan ini, supaya katakan tiada masalah dalam tak amal sunnah dalam hidup, sebab iman ada
dalam hati.
jgn tgk zahir seseorang ini, Nabi bgtau hanya pada org baru. Kisah miqdad dalam perang ,
Musyrik potong tangan dia. Dia kejar dan bila nak bunuh, musyrik tersebut ucap kalimah. Miqdad
kata dia hanya ucap untuk selamatkan diri. Dan dia telah bunuh musyrik tadi. Selepas itu, Nabi
telah tanya Miqdad kenapa bunuh musyrik tersebut, sedangkan dia telah ucap kalimah. Untuk org
baru ini, boleh guna alasan ini. Yakni jangan lihat pada zahir, sedangkan iman ada dlm hati.
Jika org rasa hina naik keldai (sunnah) berbanding kereta , sebenarnya iman tiada dalam hati.
(Kerana pandang remeh pada sunnah). Jika kaum tak bersatu. Maka ini kaum yg mati . Kaum yg
bersatu , adalah kaum yg hidup.
Ittiba sunnah lah yg akan membezakan kita dengan org bukan Islam. Seorang yg zahirnya Islam.
Barulah kita bg salam. Jika secara zahir pun, tidak ada ciri Islam, salam pun tidak layak untuk dia.
Pengenalan Islam bukan hanya pada ibadat dia, tapi pada kehidupan sunnah dalam diri dia.

Tuan yg mulia.

Ummat Islam hari ini, untuk perkenalkan Islam , telah anggap dengan perantaraan kitab.
Sedangkan Islam tidak pernah tersebar dengan buku dan tulisan, dan selamanya tidak akan
tersebar dengan perkara ini. Zaman nabi tiada buku dan tulisan untuk perkenalkan Islam. Tetapi
Islam diperkenalkan dengan amalan. Dalam Orang Islam itu sendiri ada kehidupan Islam.
Muamalat muasyarat akhlak org Islam, buatkan org bukan Islam telah kenal Islam.
Ada 2 kisah.

Zaman nabi, Zaid bin saadah. Seorang Yahudi. Baca dalam kitab dia. Lihat semua sifat ada pada
nabi. Cuma satu perkara , belum nampak, bila Nabi dizalimi , nabi bersabar. Nabi Tak balas buruk
dengan buruk, tapi balas dengan ihsan. Dia nak lihat sifat ini yg ada pada nabi. Suatu hari Nabi
sedang mesy , sahabat bentang takaza ada kabilah yg baru, diuji tiada keperluan dan makanan,
kita perlu bantu. Zaman sahabat setiap org ada fikir untuk bantu org Islam yg lain. Untuk kuatkan
mereka. Tetapi waktu itu, Tiada apa2 keperluan disisi nabi. Zaid nampak peluang ini, dia bgtau
boleh guna harta dia dan byr hutang dengan sekian2 buah kurma. Nabi setuju. Akan tetapi, 3hari
sebelum hari yg ditetapkan untuk Nabi bayar buah kurma pada dia , dia datang dan tarik dan
jerut leher nabi. Bgtau perkara kotor pada Nabi, sebut org Islam mmg susah dalam bayar hutang
dan perkara buruk lain. umar lihat perkara ini, Umar tarik pedang minta kebenaran utk pancung
dia. Akan tetapi Nabi tak marah pada Zaid , tapi nabi tegur umar. Cara nubuwah adalah, org luar
kita kena berlemah-lembut dan dengan org kita kena bertegas. Tetapi kita hari ini terbalik. Nabi
bagitau pada Umar, sepatutnya wahai umar kamu kena ingatkan aku untuk bayar hutang, dan ajar
Zaid ini cara minta hutang. Nabi arahkan umar bayar semua kurma mengikut persetujuan dan
tambah lagi 70kilo. Zaid tanya kenapa bayar lebih, umar bgtau sebagai balasan sebab Umar telah
takutkan dan ancam untuk bunuh dia. Dia buat jahat nabi tak balas, tetapi umar buat kasar, nabi
minta umar ganti perkara itu dengan tambahan bayaran. Selepas lihat perkara ini, Zaid b Saadah
telah ucap kalimah, masuk islam. Umar tanya Zaid kenapa buat perkara ini?Dijawab semua sifat
nabi dah ada dlm kitab. Tapi sifat hilm, sabar dan tabah aku baru lihat hari ini.

Zaman Ali rhu, org yahudi sengaja ambil baju besi Ali rhu. Semata-mata nak tahu sifat Islam.
Bawa perkara ini ke pengadilan , jumpa Qadi. Yahudi tanya mana saksi, yang mengatakan baju ini
milik kamu wahai Amirul mukminin(Ali rhu). Ali kata anak dan hamba dia sbg saksi. Tapi qadi kata
anak dan hamba tak boleh jd saksi. Qadi telah buat keputusan, bg baju ini pada yahudi itu. Lihat
perkara ini Terus yahudi itu masuk islam, kerana Islam ikut cara pengadilan yg benar. Sekalipun
Ali adalah Amirul mukminin pada ketika itu.

Muamalat dan cara hidup Islam akan bg tarikan untuk masuk Islam.
Kerana Suasana malam ibadat orang Islam pada Fatah Mekkah, Hindun yang benci Islam pun
terkesan. Katanya, Jika org bukan Islam menang takluk satu2 negara akan ada pesta. Tapi org
Islam menangis .
‫ٮﺎ‬/‫ٮﻬﻢ ﺳ=ٮﻠ‬/' ‫ٮﻬﺪٮ‬/‫ٮﺎ ﻟ‬/ ‫ى‬6‫ڡ‬/ ‫واﻟﺬٮ 'ﻦ =ﺣﺎﻫﺪوا‬
.. inilah jalan hidayat.

Orang Islam perlu amal Islam secara amali dalam kehidupan mereka. Dengan ini orang bukan
Islam akan terkesan dan akan datang pada Islam.

Tuan yg mulia.

Maulana Ilyas kata dengan penuh fikir, aku berkeinginan sediakan satu kaum yg secara amali
amalkan sunnah dan tunjukkan Islam pada dunia.

3 bentuk kemurtadan

1. dari segi muasyarat / cara hidup


2. Zihin / pemikiran
3. Amalan

1. Org Islam puasa & haji, tapi cara hidup mereka bercanggah dengan islam.
2. Zehen. Pemikiran. Org Islam pandang rendah pada amalan islam. Org Islam rasa malu
untuk amalkan Islam. Kata tak sesuai dengan keadaan.
Kesan ikut cara org bukan Islam, akan perlekeh amalan fardu, dan kesannya akan keluar dlm
islam.
3. Muasyarah. Amalan. Seperti kulit pada buah. Kulit rosak, biji pun rosak. Untuk jaga Islam
kena jaga muasyarah amalan islam. Akan bagi kesan pada amalan.
Kita kata apa ada pada pakaian. Padahal ini penting untuk perkenalkan islam. Ke2 untuk jaga
akidah dan ibadat.
Maulana Yusof dlm hayatus sahabat tulis bab kepentingan iman. Kisah Alqomah. 7org dtg kepada
Nabi. Dari jauh Nabi lihat secara zahir Nabi kata ini org islam. Bila dekat Nabi tanya siapa kamu.
Dia kata kami beriman. Nabi tanya apa hakikat iman?
Setiap perkara Ada zahir dan hakikat.
Lafaz dan hakikat.
Pertanian , senjata. Dengan lafaz sahaja tidak akan jadi apa2. Perlu ada hakikat.
Kumpulan tadi kata dalam diri kami ada 15sifat. Hanya Ada Ilmu tentang iman, tidak akan Kuatkan
iman. Takluk iman adalah dengan amal. Tahu ttg iman bukan tanda org itu ada iman. Spt solat,
tidak hanya tahu cara solat dari takbir hingga salam. Tapi dalam Quran, Allah hubungkan solat
dengan iman. Dalam Kisah, Allah arahkan tukar kiblat. Sahabat tanya macam mana solat kami
Sblm ini?. Dijawab, Allah tidak akan sia-sia kan solat kamu.
Org solat tapi x zakat, org zakat tapi x pergi haji, boleh menyebabkan amal lain tidak dikabulkan.
Kerana tinggalkan mana-mana amalan fardu yg lain. maka iman ada hubungan yg sangat kuat
dengan amalan.

Kumpulan 7 org tadi jawab mereka Ada 15 perkara dalam diri.


Beriman pada:
1. Beriman pd zat dan sifat Allah
2. Malaikat
3. Kitab. Bukan maksud percaya ini adalah kitab Allah. Sbb org kafir pun percaya Quran kitab
Allah . Hanya kerana hasad shj, mereka tak ikut. Yahudi nasoro percaya ini kitab Allah.
Bukan kita hanya percaya penurunan kitab, Tetapi perlu ikut apa yg halal dan haram dalam
Quran. Hanya percaya tetapi tidak ikut adalah tidak mencukupi. Spt dlm hadis, org yg
mengumpat dia tiada iman. Tidak beriman seseorang dengan tidak amalkan apa yg ada
dlm Quran.
4. Rasul
5. Akhirat
6. Takdir. Reda dan terima setiap keputusan Allah. Terima setiap perkara. Allah datangkan
keadaan tidak disukai untuk uji iman org Islam.

Kami Beramal dengan:


1. shahadah. Tidak cukup dengan lafaz, tapi amal.
2. Dirikan solat. Bukan tunaikan shj. Maksudnya buat usaha untuk kumpulkan ummat Islam
kepada solat. Bukan kita solat sorang2. Dalam tunai solat, tanda sempurna solat , solat
akan cegah daripada perkara munkar. Kalau masih buat dosa, kena cari apa kelemahan
dalam solatnya. Contoh zohor. Jika sampai asar tak buat dosa, dia boleh rasa lega.
Sebaliknya jika antara zohor & asar masih buat dosa, disana ada perkara yg tak sempurna
dalam solat zohor dia.
3. Haji
4. Zakat. Org Islam cuai dlm zakat. Jika dalam dunia, ada org Islam yg telanjang dan lapar. Ini
kerana org Islam cuai dlm bayar zakat. Org Islam x tunai zakat krn takut harta kurang.
Sebaliknya Allah dah bgtau Allah tambah harta org zakat. Dan kita tak cari org yg layak
terima zakat. Seperti org nak solat, wajib perlu cari air untuk wuduk. baru solat diterima.
Zakat sedikit shj , bila org islam tunaikan. Allah akan jadikan, Org bukan Islam pun akan
bayar cukai pada org Islam, sebaliknya bila org Islam x byr zakat. Allah bebankan org islam
dengan cukai yg berlipat kali ganda yg org Islam perlu bayar.

Sifat ada sejak zaman jahiliah:

10sifat td jemaah sahabat yg dihantar oleh Nabi yg ajar pada mereka. Itu Hasil usaha jemaah
tersebut. Jemaah tidak hanya cukup dengan buat usaha . Tapi bentuk jemaah dan keluarkan
mereka sehingga mereka datang jumpa Nabi. ummat ini perlu dikeluarkan untuk bina suasana
iman dan amal. Jemaah sahabat telah buat usaha atas 10 perkara ini dan tasykil utk dtg jumpa
Nabi.

5 sifat lagi, selepas dicerita, Nabi bg tau mereka Fuqaha rudaba, hampir mereka menjadi anbiya.
Begitu sekali sahabat telah usaha kan atas mereka.

1. Sabar - lazim perlu ada pada setiap dai . Untuk kekal dalam usaha. Seperti bahan bakar
pada kereta. Jika tiada petrol, kereta akan berhenti. Begitu lah dengan dakwah tiada sabar
maka tidak dapat bergerak dalam usaha. Org yg sentiasa mengadu sebab tiada sifat sabar.
Dalam Quran Allah sebut Fasbir.. perlu ingat sabar perlu datang dengan takwa. Org Islam
ditindas, tapi kalau hanya sabar tanpa Taqwa pada Allah, tidak akan dibantu.
2. Syukur- guna nikmat Allah untuk tambah amal dan ibadat. Bukan hanya dengan lafaz.
Tanda nya kena penatkan diri, untuk ibadat. Nabi ibadat sehingga kaki bengkak. Isteri lihat
kesian pada Nabi. Jawab Nabi tidak Patutkah aku jadi hamba yg bersyukur pada Allah.
3. Tidak gembira bila musuh ditimpa musibah. Hari ini, kita bukan hanya gembira pada
musuh, sebaliknya org Islam ditimpa musibah pun kita gembira. Sepatutnya kita kena rasa
sedih apabila org Islam ditimpa musibah.
4. Redha segala keputusan Allah
5. Apa2 keputusan yg dibuat , kami tak berpaling dan lari dari perkara tersebut.
Nabi puji mereka. Atas 15 perkara ini.

Maksud segala pergerakan ini, satu sahaja yakni untuk sempurnakan iman, dan tunjukkan Islam
secara amali pada dunia.
Saya bersumpah, kesempurnaan iman ini tidak akan dapat tanpa dakwah. Dakwah adalah nama
pada usaha amali kepada amal makruf nahi munkar. Dakwah dengan alat, adalah bukan cara, dan
tjawab tidak akan selesai. Seperti solat perlukan anggota badan, begitulah juga dengan dakwah.
Seorang beriman dan amal soleh masih gagal jika tak buat dakwah dan ajak pada kesabaran.
Perlu pujuk rayu manusia, bukan setakat sampaikan risalah. Dengan risalah, Tidak tertunai tjawab
dakwah. Sebaliknya perlu untuk Hantar jemaah dan sediakan ummat.
Seorang Sahabat dihantar oleh Nabi. Pergi pada satu kaum. Pagi sehingga petang. (Hanya usaha
satu hari) Org mula beriman dan azan & solat mula didirikan.
Tufail rhu hanya satu org, jadi Asbab hidayat 80keluarga. Untuk dapatkan Risau seperti ini, kita
kena bergerak. Benda2 & alat2 tidak boleh jadi perantaraan/pengganti dalam dakwah. Tidak
dinafikan, risalah kitab ada faedah, ada org dapat maklumat, tetapi Sedikit shj yg dapat, masih
ramai tenggelam dlm kekufuran. Ummat tidak akan berubah.
Nabi telah wujudkan suasana di masjid Nabi. Satu Nizam amal, org yg berada dlm suasana
tersebut akan terkesan dan dapat hidayat. Inilah cara nabi. Bawa org pada suasana masjid.
Korban mujahadah daie inilah Asbab hidayat ummat. Dengan alat tiada mujahadah. Sedangkan
hidayat dihubungkan hanya dengan mujahadah. Tiada ganti pada badan untuk perkara hidayat.
Kita sendiri perlu gerak jumpa manusia. Takmuruna bil makruf wa Tanhauna Anil munkar.
M elyas bgtau usaha ini jika diberi nama adalah tahrikul iman. Bukan maksud organisasi tetapi
pergerakan (naklo harakat). Ini perintah Allah. Tiada ganti bagi khuruj.
Hadis : ummat seumpama dalam sebuah kapal. Org atas perlu pegang tangan, (amalan), bukan
bg risalah. Pujuk rayu sehingga org bawah berhenti buat tebuk kapal.
Bukan keluar dgn suka2 tetapi ini adalah perintah Allah, ada ancaman org yg tidak sempurnakan
perintah Allah.
Kisah azan, Nabi minta syor dari Sahabat. Nabi tolak segala cara menyerupai cara org bukan
Islam. Allah bagi mimpi pada Abdullah bin Zaid.
Jika kita tak bergantung pada alat, Allah akan bg ilham pada kita untuk bantu dakwah dalam
ummat. Kita salah tafsir hadis kata Nabi ; permudahkan jgn susahkan. Sepatutnya maksud
peganglah syariat Islam yg mudah bg kamu, dan tinggal lah perkara lama yg menyusahkan kamu.

Untuk solat kena bangun dan tunai. Dakwah boleh baca, tapi untuk buat kena bangun.
Imam bukhari tulis hadis Muaz bin jabal. Ijlis bina nukmin saatan.. inilah cara untuk sempurnakan
iman, seperti sahabat telah buat. Wujudkan suasana amal di masjid.
Khulasahnya penting usaha atas iman. Diterangkan apa itu iman. Cara sempurnakan iman hanya
dengan dakwah iaitu khuruj di jalan Allah.

Org Islam anggap minum arak, judi sebagai dosa, tapi mereka lupa sebab ummat buat dosa
tersebut. Puncanya kerana ummat telah tinggalkan dakwah. Jadi kesan kerosakan yg paling
besar adalah kerana tinggalkan dakwah. Kata imam.. tinggalkan dakwah dosa lebih besar dari
tinggal solat. Kerana kesan tinggalkan dakwah akan rosakkan seluruh ummat. Tiada dalam sirah
kemurkaan Allah lebih besar pada org yg menangguhkan khuruj. Sehingga tidak dibenar bg
salam, dan isteri perlu berpisah dari mereka. Ini hukuman yg sgt berat. Ummat spt satu badan,
seorang buat maksiat, tinggalkan agama, akan bg kesan pada seluruh ummat. Spt ibu jari luka, dr
kata, kena potong, jika tidak, akan merebak ke seluruh anggota, org akan sanggup buat utk
selamatkan nyawa.
Walaupun seorang yg jauh tinggalkan agama, kita perlu jumpa mereka. Maksud keluar jln Allah
untuk selamatkan ummat dan sempurnakan iman kita. Takaza untuk bg masa sekurangnya 4b
setiap tahun, 10h setiap bulan, 8j harian.

TABLIGH adalah usaha berterusan untuk selamatkan ummat dari kemurtadan . Keadaan ummat
pagi beriman, petang kufur. Maksudnya jika buat dakwah, yg kufur waktu pagi akan beriman
waktu petang , sebaliknya jika tinggal dakwah , ummat yg beriman waktu pagi akan kufur pada
waktu petang.
Jemaah dihantar bukan untuk kital, di bunuh, tapi untuk maksud hidayat.

Semua kita bangun untuk bg masa 4bln setiap tahun.

Jgn lihat byk mana jemaah yg telah dikeluarkan, tapi lihat byk mana ummat yg masih jauh
tinggalkan agama. Bukan hanya sekeliling kita, tapi ummat seluruh dunia. Lihat takaza seluruh
alam, kita kena keluar jalan Allah. Kita kena mohon untuk dapat kebaikan spt Allah janjikan byk
kebaikan kepada kpd:
1. Anbiya
2. Siddiqin
3. Syuhadah
4. Solihin - utk diri sahaja
Selain solihin, Yg lain semua untuk ummat(buat usaha). Maka kita jadikan diri kita Org yg buat
usaha, bukan hanya untuk diri sendiri. Allah akan bg ganjaran bantuan seperti Allah bantu Nabi .
Jika hanya amalan org soleh, dapat ganjaran untuk org soleh shj. Ganjaran pun terhad.
Sebaliknya jika buat usaha spt 3 golongan pertama , Allah juga akan jadikan dia org soleh.
Tiada siapa dalam ummat yg boleh jadi sebaik ummat melainkan dia kena buat usaha dakwah.
Walaupun lahir Sbg ummat Nabi tidak boleh jadi sebaik ummat. Spt Saidina umar, telah sebut,
walaupun kami bersohbat dengan Nabi dan buat semua amal kebaikan, tetapi jika tidak buat
dakwah kami tidak akan tergolong dalam ummat terbaik. Ini sahabat yg cakap. Apatah lagi kita
yang jauh dengan Nabi . Mana mungkin senang2 kita dakwa kita adalah sebaik ummat melainkan
kita kena buat usaha dakwah.
Hidupkan masjid kita dengan amal dan keluar jalan Allah. Inilah tempat terbaik untuk gunakan
segala harta kita.

Semua sedia INshaAllah.

Catatan: Dr Azizul. Kalau salah mohon maaf.

Anda mungkin juga menyukai