Anda di halaman 1dari 5

Tuan-tuan yang mulia,

Allah swt utuskan nabi-nabi ke muka bumi untuk membawa yakin manusia yang betul kepada
kalimah Laillahaillallah dan medan usahanya manusia. Setiap nabi di zaman mereka diutus dakwahkan
kalimah Laillahaillallah. Apabila nabi wafat, umat kufur dan Allah swt datangkan nabi lain dan umat
kembali yakin yang betul kepada Allah swt dan apabila nabi wafat akidah umat rosak kembali dan Allah
swt datangkan nabi lagi. Begitulah masa berjalan Allah swt utuskan nabi demi nabi sehingga 124,000
nabi dan setengahnya mengatakan Allah swt utuskan 200,000 orang nabi. Sehinggalah kepada Nabi
Muhammad saw. Selapas Nabi s.a.w, Allah swt tutup pintu kenabian dan kerja untuk menyeru manusia
kepada Allah, Allah swt beri kepada sahabat-sahabat dan umat ini.

Tuan-tuan yang mulia,

Pada mana-mana zaman, apa-apa yang ada ketika itu, dakwah-dakwah nabi bertentangan dengan
keadaan yang ada. Nabi Ibrahim dakwah, berhala berhala yang banyak tidak boleh membuat apa-apa.
Nabi Shuib dakwahkan, pertanian yang canggih tidak boleh buat apa-apa. Nabi Musa dakwahkan,
kekuasaan sihir tidak boleh buat apa-apa dan Nabi Muhammad s.a.w dakwah akan asbab-asbab yang
telah disempurnakan semuanya telah dinafikan tidak boleh membuat apa-apa, yang berkuasa, yang
memberi mudarat dan menafaat hanyalah Allah yang esa.

Dakwah adalah keperluan setiap manusia. Dakwah ialah untuk dai. Kerja Nabi s.a.w yang khas ialah
dakwah iman. Dakwah ini diteruskan oleh sahabat-sahabat. Dakwah nabi tidak menyebut tentang
asbab tetapi menyebut tentang kudrat Allah swt. Allah yang membuat dahulu dan membuat sekarang
dan membuat semua perkara yang akan datang. Dakwah ialah untuk orang Islam bagi membetulkan
yakin yang menjadikan semua diantara langit dan bumi adalah Allah swt. Untuk menjadikan sesuatu
Allah swt tidak memerlukan asbab tetapi dengan kudratNya. Jalan kefasadan yang terbesar dikalangan
umat ialah yakin yang salah ke atas asbab. Keyakinan yang salah itu menyebabkan manusia merasa
satu kerugian apabila mengamalkan agama kerana ia terpaksa meninggalkan asbab-asbab yang mereka
sangka memberi menafaat, apabila berniaga tidak boleh mengambil riba, tidak boleh memberati
timbangan untuk mendapatkan untung yang lebih dan sebagainya.

Dakwah bukan untuk menyampai seruan sekali sekala sahaja tetapi seruan yang disampaikan secara
berterusan dimana sehingga kita dapat menyediakan orang yang mendengar dapat mengamalkannya
atau kita sediakan dia menjadi dai yang dapat menjadi penyampai kepada orang lain. Maulana Saad
berkata maksud usaha tabligh ialah menyampaikan seruan dakwah lagi dan lagi sehingga Allah swt
memberi hidayah orang yang kita beri dakwah itu. Ianya bukan menyampaikan sekali dan sudah cukup
kerja kita

Apabila umat bangun menjadikan dakwah maksud hidup mereka. Allah swt akan mengambil kerja
dakwah daripada mereka sepertimana Allah swt ambil kerja dari sahabat. Apabila umat ini membuat
sedikit amal maka batil akan musnah. Sahabat r.a apabila membuat dakwah terus mendapat hakikat
iman sehingga orang bukan Islam gerun kehebatan mereka. Oleh kerana lemah yakin, umat hari ini
redha dengan beberapa amal agama yang sesuai dengan diri mereka. Ia akan mengamal agama
mengikut keadaan, sedangkan tuntutan agama bagaimana ia perlu amalkan agama yang sempurna.
Oleh itu manusia perlu bergerak untuk menyebarkan dakwah ke seluruh alam. Dengan dakwah, iman
dapat ditingkatkan dan seterusnya amal dapat diperbaiki. Hari ini kita perlu keluar ke jalan Allah swt
untuk betulkan yakin yang salah dikalangan umat. Sebelum kita keluar kita perlu
letakkan azim, kebesaran kerja ini. Nabi membawa petunjuk jalan yang lurus. Asas yang perlu kita
patuhi semasa kita keluar ke jalan Allah swt ialah taat kepada Amir. Jika tidak ada taat, tidak ada
tarbiyah. Kita keluar ke jalan Allah swt perlu ada ameer. Sepagi sepetang orang yang keluar ke jalan
Allah swt, Allah ampun dosa-dosanya dan selangkah ia keluar dari rumahnya ke jalan Allah swt,
kemudian dia mati, esok dalam kehidupan akhirat dia dibangkitkan bersama golongan syuhada.
Seorang yang keluar ke jalan Allah swt sembahyangnya 700,000 kali ganda dari sembahyang semasa
orang tidak keluar. Abdullah bin Rowahah setengah hari lewat keluar ke jalan Allah dari ahli jemaahnya
kerana dia hendak sembahyang Jumaat yang terakhir bersama nabi. Nabi bersabda, setengah hari
kamu lewat dari jemaah kamu sebenarnya lewat masuk syurga 500 tahun.

Dalam hadis, maksud nya sepagi sepetang berada di jalan Allah swt lebih dari dunia seisinya.
Perbandingan ini bukan dunia kerana dunia seisinya tiada nilai disisi Allah swt, ia tidak lebih dari
sekeping kepak nyamuk. Sepagi sepetang disini perbandingannya ialah semua amal soleh seluruh dunia
seisinya. Ini adalah untuk menunjukan kemuliaan orang keluar ke jalan Allah. Keluar ke jalan Allah
adalah maksudnya bukan betulkan kalimah dan solat sahaja tetapi bagaimana dapat nur kalimah dan
solat atau azimah Allah masuk pada diri kita dan solat kita semakin bermutu dan mempunyai kualiti
dan ada hakikat. Kita bukan menafi solat kita selama ini tidak betul tetapi dengan keluar ke jalan Allah
swt, Allah swt akan beri hakikat kalimah dan solat, supaya solat kita dapat mendapatkan keperluan
terus dari khazanah Allah. Seterusnya maksud kita keluar kejalan Allah swt untuk mendapatkan hakikat
6 sifat dalam diri kita. Disamping itu kita keluar ialah untuk mengislahkan diri kita. Kita keluar bukan
untuk islah orang lain, jika kita niat orang terima dakwah kita, kita akan ujub dan jika orang tidak terima,
kita putus asa. Usaha kita semasa kita keluar ke jalan Allah swt ialah supaya kita dapat hakikat 6 sifat.
Untuk itu kita perlu dakwah 6 sifat

LAILLA HAILLALLAH MUHAMMADURRASULLULLAH


maksudnya ialah untuk mengubah yakin yang salah di hati kita dan umat akan kekuasaan Allah swt.
Untuk perkara itu kita perlu buat 3 kerja :

i) Banyak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah swt. Jika dalam mulut kita tidak yakin
dengan asbab tetapi dalam hati masih terkesan dengan asbab dan apabila kita menyeru manusia
dengan Laillahaillallah, yakin kita tidak bertambah. Yakin akan bertambah apabila kebesaran asbab
zahir kosong dihati kita. Inilah yakin yang hendak kita keluarkan dari hati kita. Seterusnya kita perlu
terangkan kepada manusia mengenai kudrat Allah swt. Kudrat Allah tidak ada pada asbab. Kudrat Allah
swt ada pada perintah Allah swt. Hari ini kita tertipu, kudrat Allah swt ada pada asbab. Sebenarnya
untuk mendapatkan kudrat Allah swt perlu mematuhi perintah Allah bukan mendapatkan asbab.

ii) Kerja kedua ialah kita perlu dengar percakapan kebesaran Allah swt dan membenarkan dalam hati.

iii) Kerja ketiga ialah kita perlu berdoa waktu malam memohon hakikat kalimah Laillahaillallah. Allah
swt masuk dalam hati kita. Kita perlu berdoa, Ya Allah, beri taufiq kepada saya untuk bercakap tentang
kebesaran Mu setiap hari lagi dan lagi kepada seluruh manusia dan percakapan saya itu beri kesan
dalam hati saya dan azimahmu masukkan dalam hati saya dan beri kesan kepada orang yang
mendengarnya dan azimahmu engkau masukkan dalam hatinya dan dia dapat menjadi penyampai
kepada orang lain sehingga hari kiamat.

SOLAT YANG KHUSUK DAN KHUDHUK


i) Kerja pertama - Dakwah hakikat sembahyang, matlamat kita bukan mengajak orang yang tidak
sembahyang kepada sembahyang tetapi ialah untuk dakwahkan hakikat solat kerana kita tidak dapat
bersembahyang dengan khusu dan kudhuk dan sembahyang kita lalai.

ii) Kerja kedua, kita buat latihan sembahyang. Sembahyang awal waktu dan sembahyang dimana azan
di azankan, perbanyakkan sembahyang sunat, betulkan zahir sembahyang dan batin sembahyang.
Sembahyang bukan sujud dan rukuk sahaja. Supaya sembahyang tidak mendoakan untuk keburukan
untuk kita, oleh itu sembahyang kita perlu sembahyang seperti nabi sembahyang. Nabi lihat seorang
sahabat sembahyang dan Nabi suruh dia sembahyang semula. Ulamak berkata jika rukuk dan sujud
tidak betul sembahyang kita tidak diterima. Oleh itu kita perlu perbaiki sembahyang dengan bertanya
kepada ulamak tentang sujud, rukuk, tomaknina yang betul dan seterusnya betulkan bacaan-bacaan
dalam sembahyang khususnya surah Fatihah. Latihan yang perlu dibuat, kita perlu latih membuat
tumpuan kepada Allah swt ketika berdiri, sujud, rukuk. Latihan dibuat bukan dengan solat hajat lagi dan
lagi supaya masalah kita selesai. Kita perlu sembahyang dan sembahyang supaya kudrat Allah
swt terbit bertentangan dengan asbab zahir. Inilah sembahyang yang perlu kita capai.

iii) Kerja ketiga , kita perlu doa kepada Allah swt supaya Allah swt beri hakikat sembahyang yang khusu
dan kudhuk supaya sembahyang kita mempunyai roh dan dapat membuka pintu khazanah Allah.
Seterusnya kita perlu berdoa supaya Allah swt cucuri hidayat kepada umat Islam seluruh alam dapat
menunaikan solat dan mendapat hakikat sembahyang.

ILMU DAN ZIKIR


llmu sebenarnya bagaimana kita dapat menjawab soalan dalam kubur iaitu marrobbuka [siapa Rob
kamu], iaitu persoalan tentang ketauhidan kita, madennuka [apa agama kamu], iaitu persoalan tentang
agama kita dan maza takhulu phi ghaza rozulillazi buesaphik [apa pandangan kamu pada lelaki ini yang
diutuskan kepada engkau, Nabi (hidupkan sunnah)]. Tiga soalan itu maksud yang perlu dicapai dalam
mendapatkan ilmu manakala ilmu yang lain itu yang difahamkan sekarang ialah ilmu yang membawa
kejahilan. Maksud ilmu ialah bukan harap untuk mendapatkan maklumat tetapi apa kehendak Allah swt
atau hukum Allah swt pada waktu ini pada saya. Untuk mendapat keghairahan amal kita perlu hadirkan
diri dalam majlis pembacaan taalim fadhail amal seterusnya kita perlu dakwahkan orang kepada ilmu
dan menangi-nangis pada Allah swt pada waktu malam supaya kita diberi hakikat ilmu.

Zikir ialah mengingati Allah swt dengan tumpuan kepada Allah. Zikir yang lalai ia tidak jadi zikir. Oleh itu
kita perlu berzikir dengan penuh tumpuan. Kita perlu berlatih zikir 300 pagi dan 300 petang dan doa
supaya hakikat zikir datang dalam hati kita.

IKRAM MUSLLIMIN
Maksudnya kita muliakan seseorang bukan kerana seseorang itu saudara kita, kawan kita atau kerabat
kita tetapi kita muliakan dia kerana dia seorang muslim. Kita perlu muliakan seseorang Islam
berdasarkan kedudukannya. Takaza ikram muslimin ialah sembunyikan keburukan, tidak mencungkil
dan tidak mendedahkan keburukan saudara Islam. Jika kita dedahkan keburukan mereka kita telah
tidak tunaikan haqnya. Kita perlu dakwah orang kepada ikram dan kerja kedua maafkan kesalahan
orang lain dan kerja kertiga doa supaya Allah swt memberi hakikat ikram kepada kita.

IKHLAS NIAT
Ikhlas ibu segala amal. Jika tidak ada ikhlas semua ibadat, mujahadah kita akan ditolak oleh Allah swt
dan akan wujud sifat ujub dan syirik. Orang Islam faham syirik pada berhala, tetapi tidak faham syirik
pada amal. Syirik pada berhala boleh membawa masuk neraka dan syirik dalam amal juga boleh
membawa seseorang dalam neraka. Kisah dalam hadis tiga orang yang membuat amal besar seperti
dermawan, mujahid dan ulamak. Semua dimasukkan dalam neraka kerana dalam amal mereka ada
syirik.

DAKWAH TABLIGH
Maksud dakwah bagaimana kita perlu jadikan kerja nabi kerja saya dengan mengetepikan tuntutan-
tuntutan yang lain dan keluar ke jalan Allah swt. Maksud keluar ialah bagaimana 6 sifat ini boleh kita
hayati dalam kehidupan kita. Apabila kita keluar dengan membuat amalan-amalan dengan penuh yakin,
maka Allah swt akan beri taufik untuk kita mendapatkan hakikat amal dan dengan amal kita akan
dapat keperluan kita dari kudrat Allah swt. Semasa kita keluar semua asbab zahir kita tinggalkan.
Dimana kita dihantar semasa ditaskeel kita perlu buat semua amalan cara Nabi s.a.w. Naik kenderaan
cara sunnah dan doa naik kenderaan, yang mengendalikan kenderaaan yang kita naiki bukan pemandu
tetapi Allah swt. Semasa naik kenderaan duduk sebelah orang awam cerita kebesaran Allah swt, cerita
perkara-perkara yang boleh mendapat kejayaan di akhirat. Dimana-mana kampung kita ditaskeel kita
baca manzeel atau doa masuk kampung, dan naik masjid dengan adab-adab masuk masjid. Letakkan
barang-barang kita di hujung penjuru masjid dan tutup dan seterusnya sembahyang tahyatul masjid.
Semasa di stesen bas atau kereta boleh baca takleem, jangan sempitkan jalan orang lalu lalang.

Amal pertama, mesyuarat program. Mesyuarat sangat penting. Jika mesyuarat tidak dilakukan amal
akan lemah dan tidak di terima oleh Allah swt. Mesyuarat adalah rukun dakwah. Mesyuarat akan dapat
menyatukan hati rakan-rakan kita. Dalam sembahyang Allah swt hubungkan antara mesyuarat dengan
solat. Semua kerja marhala, halaqah, negeri dan dunia semua perlu dibuat dengan mesyuarat.
Mesyuarat pengganti wahyu. Setelah Nabi wafat wahyu tidak turun lagi. Azan adalah dakwah yang
sempurna dan azan dkurniakan oleh Allah swt semasa zaman nabi dengan mesyuarat. Dalam
mesyuarat amal 24 jam di surau/masjid dapat dibuat.

Seterusnya kita perlu buat amal ghast. Kita perlu bayangkan azimah ghast. Seorang yang membuat
ghast seluruh tawajjuh Allah swt akan datang pada orang itu. Ghast adalah tulang belakang dakwah.
Nabi telah buat ghast di pasar-pasar dan di khemah-khemah kabilah di Mekah. Semasa ghast jangan
lihat kanan kiri tetapi sentiasa tundukkan mata ke bawah. Apabila mutakalim bercakap kita perlu
dengar, mutakalim bercakap kita perlu dengar dengan penuh perhatian kerana kita berhajat apa yang
dicakapkan oleh mutakalim. Apabila ghast di kedai/pasar dan masuk pasar menyebut nama Allah swt
adalah zikir dan mendengar percakapan kebesaran Allah swt adalah zikir. Semasa ghast perlu usaha
dapatkan jemaah tunai ke masjid. Kita perlu fahamkan 6 perkara semasa khususi ghast dibuat dan
bentangkan kepada ketua keluarga yang kita ziarahi bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk
mengimarahkan masjid dan tinggalkan ia sebagai dai untuk membawa kawan-kawannya datang ke
masjid. Semasa kita jumpa orang kampung dalam ghast kita perlu mengganggap ia seperti kawan lama
kita yang telah lama tidak jumpa. Semasa kita keluar ke jalan Allah swt jika kita tidak duduk dalam amal
ijtimai maka amal infradi kita tidak ada nur.

Amal pertama semasa keluar ke jalan Allah swt ialah taalim. Maulana Yusuf lebih pentingkan taalim
dari bayan. Semasa taalim perlu muzakarah adab taalim dan dibuat 2 jam. Ia bukan dibuat
bergantung mengikut masa sesuka hati sahaja tetapi perlu dibuat dengan tumpuan. Sifat-sifat
tawadhuk, tawajjuh, tasdek, taazim dan tabligh perlu dibawa semasa takleem. Orang yang membaca
taalim jangan membuat huraian atau penerangan. Dalam taalim baca hadis-hadis fadhail amal sahaja
dan jangan baca kitab-kitab hadis yang lain. Taalim bukan maksudnya hendak habiskan pembacaan
kitab itu tetapi hadis dibaca berulang-ulang kali supaya dihati umat wujud keghairahan untuk
mengamal hadis yang didengar. Apabila duduk dalam halaqah Quran, baca Al-Quran sahaja bukan
untuk muzakarah doa seperti doa qunut. Dalam muzakarah 6 sifat, semua perlu bercakap supaya
hakikat 6 sifat masuk dalam hati

Seterusnya kita perlu jaga amal infradi, tambah sembahyang-sembahyang sunat, membaca Al-Quran
dan berzikir. Semasa taalim, buat taalimi ghast, hantar dua-dua orang keluar masjid untuk beritahu
orang diluar masjid masuk ke masjid bagi mengikuti bacaan taalim. Dalam khususi ghast jumpa orang
khawas, jangan terkesan apa yang ada di rumah mereka. Kita juga boleh jumpa orang alim beri
karguzari ehwal kerja dakwah diseluruh alam yang kita tahu. Ulamak adalah bertanggungjawab
menyampaikan ilmu yang dia tahu. Maulana Yusuf berkata menziarahi ulamak adalah ibadat.

Semasa kita balik kita perlu membuat usaha tempatan. Jika kita balik ke kampung kita tidak membuat
kerja tempatan ia merugikan diri kita dan kita membuat kerja sia-sia. Semua amal-amal yang dibuat
semasa dia keluar tidak dapat diteruskan dengan ini imannya lama kelamaan akan lemah. Oleh itu
perlu kita usahakan untuk menghidupkan 5 amal jemaah masjid di masjid kita. Matlamat kita
bagaimana masjid kita dapat dihidupkan 24 jam amal sepertimana masjid Nabawi zaman Nabi. Oleh itu
kita perlu dengan senang hati bukan dipaksa memberi masa di masjid kita. Semua orang kampung
perlu kita jumpa, dan targhib mereka supaya dapat memberi masa untuk mengimarahkan masjid.
Usaha tabligh hendak memikirkan masjid kita hidup amal seperti amal masjid Nabawi zaman
Rasullullah saw. Jika amal masjid Nabawi hidup ia memberi kesan keadaan di luar masjid. Dalam
membuat amal masjid perlu tetapkan waktu mesyuarat harian dan waktu taalim masjid. Orang
kampong perlu kita ajak duduk dalam program mesyuarat harian atau taalim masjid mengikut
kemampuan mereka tetapi pembacaan taalim masjid itu perlu diteruskan, dimana taalim perlu dibaca
dengan sempurna jam lamanya.

Seterusnya kita perlu jaga ghast pertama di masjid sendiri dengan mujahadah dan ghast kedua dibuat
di masjid jiran supaya mereka dapat bangun menghidupkan 5 amal dimasjid itu sendiri.

Taalim di rumah perlu dibuat jam dan setiap waktu ditambah supaya ia membentuk suasana iman
dirumah kita. Sekali sekala dalam satu minggu perlu muzakarah 6 sifat selepas pembacaan kitab taalim
fadhail amal.

Jemaah 3 hari sempurna perlu dibentuk dari masjid sendiri selepas hari ghast. Dimana dua tiga orang
lama membawa keluar ke jalan Allah swt 7 atau 8 orang baru. InsyaAllah, jika kita buat sedemikian
Allah swt akan bentuk suasana agama di kampung kita. Kita perlu buat keputusan. Pertama, mulai hari
ini saya hendak menjadikan kerja Nabi kerja saya. Kedua, kita perlu usaha supaya semua orang lelaki di
kampung kita bersembahyang di masjid dan menjadikan kerja nabi kerja mereka.

Anda mungkin juga menyukai