Anda di halaman 1dari 9

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang


Jemaah yang dikasihi sekalian, marilah kita sama-sama
membersihkan hati, menyatukan jiwa dan sanubari dalam
meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT Rabbul Izzah, dengan
melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala
laranganNya secara rela hati. Sesungguhnya orang yang paling
mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa.

Dengan sepenuh mujahadah dan kesungguhan marilah kita


bersama-sama memantapkan diri dengan nilai kesyukuran dan
ukhuwwah, kerana kedua-dua nilai ini terpancar daripada jiwa yang
taqwa ke hadrat Allah SWT Syukur dan ukhuwwah menjadi dua
elemen penting dalam memastikan kita berupaya menjadi umat

1
yang teguh dan mampu menyempurnakan misi sebagai pemakmur
alam. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang benar-benar
bertaqwa dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat kelak, lantas
menjadilah kita golongan hambaNya yang terpilih dan dikasihi
olehNya.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah khas sempena


Hari Jadi Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri yang
bertajuk: “Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri,
Memayungi Pembangunan Dan Keharmonian Negeri”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH

Fitrahnya manusia itu suka hidup di dalam satu kelompok, bersama


membentuk masyarakat lalu berusaha membina sebuah tamadun
dan peradaban bagi mendapatkan sebuah jalinan kehidupan yang
harmoni dan membahagiakan. Iklim kemakmuran yang menaungi
negara, suasana permuafakatan dan harmoni di tengah kehidupan
bermasyarakat, serta keselesaan untuk kita terus beramal ibadat
dan melaksanakan tanggungjawab sosial dalam keadaan yang
aman, sesungguhnya kesemua ini adalah nikmat kurnia Allah SWT
yang harus kita syukuri.

Justeru, manusia perlu kepada satu peraturan, undang-undang


mahupun keagamaan yang lazimnya disatukan di bawah satu
kepimpinan. Mereka akan melantik seorang ketua bagi menjadikan
mereka bangsa yang berkepatuhan dan bersatu di bawah satu
pemerintahan. Oleh yang demikian, kita bersyukur kepada Allah
SWT kerana adanya Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri
sebagai pemimpin yang bernaung dengan nikmat iman dan
ukhuwwah yang menekankan persefahaman dan keharmonian
sekaligus memayungi rakyat di negeri Sabah.

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Dalam konteks masyarakat di negeri Sabah yang berbilang suku


kaum dan etnik ini, kehidupan harmoni tanpa ada sebarang

2
diskriminasi perkauman yang dapat kita lihat hari ini adalah hasil
peranan para pemimpin yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri kearah membentuk perpaduan bangsa.
Bagi membentuk perpaduan dan persefahaman ini, perlu kepada
nilai keadilan dan kebijaksanaan dalam urus tadbir seorang
pemimpin. Rakyat memberikan segala kepercayaan kepada
pemimpin dalam menguruskan perkara ini kerana pemimpinlah
yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai golongan ahli dalam
firmanNYA:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya


menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu
menjalankan hukum antara manusia, supaya kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat,” (al-Nisa’ 58)

Menurut al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah


bahawa: “Seorang pemimpin itu hendaklah mempunyai pemikiran
tajam untuk menjaga siasah umat, pentadbiran menjamin
kemaslahatan, berani, berupaya mempertahan negara dan
berjihad menentang musuh.” Maka dengan sifat dan nilai keadilan
serta kebijaksanaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri,
telah mencorak pembangunan ummah dan keharmonian negeri
Sabah serta memacu pembangunan dan kemajuan yang lebih
hebat, diredai dan diberkati di sisi Allah SWT

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

Islam merupakan agama yang sempurna serta mengandungi


peraturan hidup yang sangat lengkap dan menyeluruh dalam
pelbagai aspek kehidupan sama ada aspek ekonomi, sosial, politik

3
dan sebagainya. Kemajuan dan pembangunan dalam ekonomi
juga merupakan satu seruan dalam Islam ke atas semua umatnya
supaya berusaha untuk mencapainya agar Negara mencapai
kemakmuran dan kesejahteraan. Sebagaimana firman Allah SWT
dalam surah (al-Baqarah 172):

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda


yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan
bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat
kepadaNya.”

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah SWT telah


menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat
sekalian manusia. Islam menggalakkan manusia mencapai
kesenangan dan kejayaan di dunia, namun Islam juga meletakkan
garis panduan kepada manusia dalam usaha untuk mengejar
kemajuan supaya tidak berlaku sebarang kerosakkan dan
kemusnahan akibat manusia itu sendiri.

Hal ini jelas, menunjukkan kedudukan Tuan Yang Terutama Yang


di-Pertua Negeri telah memperkasa kekuatan bagi menganjak
pembangunan ummah dalam pelbagai segi; pembangunan
manusia, akal budi, akhlak moral, agama, dakwah Islam dan juga
pembangunan material.

Dengan kekuatan dan tenaga itu, kita mampu menyumbang


sesuatu untuk sebuah kemajuan dan pembangunan sama ada
terhadap keluarga, masyarakat, daerah dan negeri Sabah
khususnya secara bersepadu dalam ertikata pembangunan
ummah dan negara bercirikan “baldatun toiyibatun wa rabbun
ghafuur” yang tersimpul di dalamnya makna pembangunan
seimbang antara duniawi dan ukhrawi.

4
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata:

“Tidak ada kejayaan melainkan dengan kekuatan. Tidak ada


kekuatan kecuali perpaduan. Tiada perpaduan melainkan dengan
keutamaan budi (akhlak mulia). Tidak terdapat keutamaan budi
(akhlak mulia) kecuali dalam ajaran agama dan tidak ada agama
kecuali dengan dakwah”

Justeru, sebagai rakyat, kita perlu memastikan perpaduan terjaga


di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di
bawah kepimpinan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
membina kekuatan dalam kebijaksanaan, bukan dalam sentimen
ketakburan atau keangkuhan. Menjaga keharmonian ini penting
agar dakwah Islamiah dapat disebarkan dalam suasana harmoni
sekaligus memperlihatkan islam sebagai agama yang harmoni dan
penuh kasih sayang. Kedudukan Tuan Yang Terutama Yang
di-Pertua Negeri sebagai ketua negeri dan agama sekaligus telah
memartabatkan dan meninggikan syiar islam di negeri Sabah.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisa ayat 29:

Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan


taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu."

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Lantaran itu, terbukti sudah peranan Tuan Yang Terutama Yang


di-Pertua Negeri sangat penting dalam memastikan Islam itu tetap
dijulang di negara kita. Dalam erti kata lain, siapa yang
merendah-rendahkan pemimpin yang menjadi simbol kepada syiar

5
Islam, secara tidak langsung ia merendahkan kedudukan Islam
dalam Perlembagaan Negara.

Sesungguhnya, menjaga keharmonian dan mengikat erat tali


perpaduan ini, adalah tanggungjawab kita bersama dan ia
merupakan sebahagian rasa syukur kepada Allah SWT terhadap
nikmat keamanan ini. Dalam suasana yang harmoni dan bersatu
padu, dakwah Islamiah akan lebih mudah terlaksana, kedudukan
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sebagai simbol syiar
Islam dihormati samada oleh mereka yang Islam dan bukan Islam
dan akhirnya menterjemahkan Islam itu sebagai rahmat ke seluruh
alam.

Maksudnya: “Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara


(perasaan) hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau
membelanjakan segala (hartabenda) yang ada di bumi, nescaya
engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara (perasaan) hati
mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara
(perasaan hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.” (Surah Al Anfal: 63)

6
KHUTBAH KEDUA

7
8
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mendirikan solat
secara berjemaah dan menunaikan zakat fitrah melalui bahagian
zakat dan fitrah Majlis Agama Islam Sabah, serta rahmatilah
golongan yang menunaikan zakat. Jadikanlah Majlis Agama Islam
Negeri Sabah dalam mengagihkan zakat dalam negeri sabah
sebagai satu langkah yang berkesan bagi melepaskan ‘asnaf dari
belenggu kemiskinan.

Anda mungkin juga menyukai