Anda di halaman 1dari 4

Awal kalam dengan nama Rabbul Izzati

Selawat dan salam kepada junjungan nabi


Dimohon limpahan berkat segala nikmat diberi
Hadirin sekalian.. dipentas daie cilik kita bertemu lagi

Bismilahirahmanirahim…
Lafaz Bismilah pembuka segala, Puteri SK Kampung Titingan memulakan
bicara.Sebelum bibir menitip kata membawa wacana ‘Nabi Muhammad pemimpin
Agung’ izinkan saya mengucapkan apresiasi saya untuk pemimpin dewan yang
budiman,kombinasi panel hakim yang adil lagi bijaksana,guru-guru yang saya
hormati,dan seterusnya hadirin hadirat sekalian. Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

‫طلع البدر علينا‬


‫من ثنيات الوداع‬
‫وجب الشكر علينا‬
‫ما دعا هلل داع‬

Kenalkah kalian nasyeed ini? Nasyeed yang pernah didendangkan suatu ketika
dahulu ketika menyambut junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w setibanya sampai
di Madinah al-munawwarah. Ketibaan baginda s.a.w sangat mengembirakan para
muslimin dan muslimat kerana keimanan kepada Allah s.w.t dan kasih mereka
terhadap Baginda s.a.w yang tidak berbelah bagi. Akhlak terpuji baginda telah
mencambahkan kecintaan persaudaraan Kaum Muhajirin dan Ansar sehingga tali
persaudaraan yang dibina menjadi kukuh dan utuh. Kisah ini hanyalah satu daripada
beribu-ribu kisah teladan junjungan Baginda s.a.w yang dirakamkan dan diceritakan
kepada anak-anak generasi kini. Sekiranya di selongkar satu persatu pastinya kita
bisa menitiskan air mata.

Hadirin hadirat yang saya muliakan,

Suatu hari, baginda solat berjemaah dengan para sahabat. Terdengar suatu
bunyi sangat menganggu fikiran Umar al-Khattab yang berada di barisan hadapan
ketika itu.
Kruk…Kruk
Kruk… Kruk
Bunyi itu terus berulang setiap kali baginda menggerakkan tubuhnya. Selesai
solat, Umar terus bertanya kepada baginda.
“Apakah engkau sakit, ya Rasul?”
Rasulullah menjawab : “Tidak, Umar; Alhamdulilah aku sihat."
“Kami seperti mendengar seolah-olah sendi di tubuhmu saling bergesekan.
Kami  yakin  kalau engkau sedang dalam keadaan sakit wahai Rasul."

Rasulullah tersenyum. Manis sekali. Baginda kemudian mengangkat jubah


sehingga bahagian perutnya terlihat dengan jelas. Alangkah terkejutnya Umar dan
para sahabat melihat perut baginda begitu kempis, dililiti dengan kain yang berisi
dengan batu kerikil. Ternyata baginda sedang menahan lapar!
‫ﭐﱡﭐ‬ 

  “Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak yang agung.” 


(Al-Qalam: 4)        
      
Tepuk dada tanya iman kita hadirin hadirat yang saya muliakan, adakah kita mampu
mencontohi akhlak baginda s.a.w ini? Semoga kita juga luar biasa dalam
mencontohi akhlak baginda s.a.w ini.

 Masya Allah! Jom kita jadi pemimpin seperti Rasulullah!

Hadirin hadirat yang saya muliakan,


Pernahkah kalian mendengarkan kisah peperangan Zat Al-Riqa’?

Kisahnya begini, seramai 70 orang pendakwah Islam telah pergi mengajar di


pedalaman. Tiba-tiba mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh Kabilah
Salim. Rasulullah sangat berdukacita dengan kejadian ini. Lantas baginda
berdoa qunut nazilah selama sebulan tanpa henti supaya Allah memusnahkan
kabilah salim.

(Petikan Doa Qunut Nazilah)


Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Dalam perjalanan menuju ke medan perang, umat Islam hanya mempunyai


seekor unta. Baginda sanggup bergilir-gilir menunggang unta itu dengan para
sahabat sehingga kaki baginda dan para sahabat berlubang-lubang dan kuku jari
kaki mereka tercabut, lalu mereka membungkus kaki dengan reja-reja kain. Dengan
pertolongan daripada Allah, peperangan tidak sempat berlaku kerana Kabilah Salim
bertempiaran lari setelah Allah mencampakkan kegerunan dalam hati mereka.
Allahuakbar, betapa tingginya akhlak nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang
sanggup bersusah payah bersama umatnya pada ketika itu. Benarlah firman Allah
yang berbunyi,
‫ﭐ‬
  “Sesungguhnya telah ada bagi kalian pada diri Rasulullah itu tauladan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari
akhirat dan banyak berzikir kepada Allah.”
(Al-Ahzab: 21)

Tahu tak kisah kawan-kawan kita di Syria dan Rohingya? Setiap hari mereka hidup
dalam ketakutan. Mereka ditembak, dibakar hidup-hidup, dibom sehingga terburai
perut dan otak. Tetapi di manakah peranan pemimpin Islam pada hari ini? Kawan-
kawan janganlah kita berhenti berdoa untuk mereka di sana disamping memberi
bantuan kewangan pada kadar yang mampu
dan berusahalah mencontohi Rasulullah sebagai pemimpin.

Hadirin hadirat sekalian,

Rasulullah sentiasa memimpin dirinya agar berlaku jujur sehingga dipercayai


oleh kawan dan lawan. Ketika berniaga, baginda sentiasa memberitahu dengan jujur
harga modal sesuatu barang yang dijual dan para pelanggan bebas membayar
berapa harga yang mereka kehendaki. Kerana itulah barang-barang Rasulullah
paling laku dan terlajak laris berbanding dengan peniaga lain. 

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam  (Al-Anbiya’:107) 

Lihatlah kawan-kawan, sekarang ini, ramai pemimpin dilaporkan tidak jujur


sehingga berlaku pecah amanah dan rasuah secara berleluasa. Alangkah
seronoknya sekiranya semua pemimpin jujur seperti Rasulullah. Kawan-kawan,
bersamalah mencontohi Rasulullah dalam memimpin dirinya sendiri.

(Nasyid)
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya Engkau Rasul mulia.

Berakhirlah sudah kisah Nabi teragung Nabi Muhammad s.a.w. semoga kita menjadi
umat yang sentiasa merindui Nabi s.a.w dan tergolong dikalangan mereka yang
mendapat syafaat nabi di hari akhirat kelak.

Cantik sekali si burung nuri,


Hinggap sebentar di atas atap,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf salah dan silap.

Saya sudahi kalam saya dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai