Anda di halaman 1dari 3

TEKS KEM MIMBAR DAIE

“ BULAN PUASA YANG


PENUH RAHMAT”

TEKS CATATAN

“Murtabak, roti john , seri muka, air katira.....uihh sedapnya.......Jom abang Lakonan
petang ni kita pergi bazar”..

Eh sidang penonton

Intro
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

‫ والصاله والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين وعلى اله‬, ‫الحمد هلل رب العالمين‬
‫ أما بعد‬, ‫وصحبه أجمعين‬

Apa khabar sidang penonton ? Sihat ? Alhamdulillah

Jom hadirin sekalian, saya nak kongsikan kelebihan Bulan Ramadhan, bulan Pengenalan
yang penuh rahmat, penuh keberkatan. Tema

Sidang hadirin yang dikasihi Allah sekalian , sepanjang bulan puasa ini, cakap je Fakta
nak makan kuih apa...semuanya ada di bazar ramadhan dan menjadi hidangan
manusia. Viral sana sini hidangan yang pelbagai. Itu baru sahaja hidangan yang
disediakan oleh manusia, belum lagi tawaran-tawaran hebat yang disediakan
oleh Allah kepada kita manusia, untuk kita rebut sepanjang bulan ramadhan
ini.

Sabda Rasulullah saw riwayat imam Bukhari: Dalil 1

.ِ‫ان ِإ ْي َما ًنا َواحْ ت َِسابًا ُغف َِر َل ُه َما َت َق َّد َم ِمنْ َذ ْن ِبه‬
َ ‫ض‬ َ ْ‫َمن‬
َ ‫صا َم َر َم‬
Maksudnya : Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan
semata-mata mengharapkan redha Allah, nescaya Allah akan mengampuni
dosa-dosanya yang terdahulu

Eh, ada apa dengan Ramadhan ni? Haaa tuan-tuan, bulan Ramadhan ini bukan Kupasan Dalil
biasa-biasa. Para solehin, enam bulan sebelum tibanya bulan Ramadhan,
sudah bersiap-sedia menyambut kedatangan bulan ini.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 : Dalil 2

‫الص َيا ُم اَمَك ُك ِت َب عَىَل اذَّل ِ ْي َن ِم ْن قَ ْبلِمُك ْ لَ َعلَّمُك ْ تَتَّ ُق ْو َۙن‬


ِ ّ ُ ‫آٰي َهُّي َا اذَّل ِ ْي َن ٰا َمنُ ْوا ُك ِت َب عَلَ ْيمُك‬

Maksudnya : Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan kepada kamu


berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu

.bertakwa

Para hadirin sekalian, Isu Semasa

Sepanjang bulan Ramadhan ini, setiap apa yang kita lakukan, berlipat kali
ganda pahala yang ditawarkan. Kalau kita lihat di pasaraya, butik-butik
membuat tawaran diskaun harga lori terbalik, harga menangis bucu
katil....haish macam-macamlah promosi, inikan pula tawaran-tawaran yang
dijanjikan oleh Allah. Bulan yang penuh rahmat , lebih baik daripada 1000
bulan.

Beruntunglah sahabat-sahabat yang dapat mengerjakan ibadah dan beramal


soleh pada malam tersebut. Malam apa tu hadirin sekalian? Bijak abang- Sirah
abang , kakak-kakak dirumah. Ya betul, malam lailatul Qadar.

Aisyah R.a ada menceritakan bahawa Rasululllah s.a.w apabila tiba 10 hari
terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w akan membangunkan ahli rumahnya
serta menghidupkan malam tersebut.

Bulan Ramadhan bulan yang berkat, Lagu


Bulan rahmat dan bulan utama,
Pahala digandakan doa diterima,
Malam Al-Qadr yang istimewa.

Berpuasa, bukan sahaja untuk mengejar redha dan rahmat Allah, malah Rumusan Tajuk
kesihatan juga akan bertambah baik , kerana itulah Rasulullah mampu
memimpin tentera Badar menghadapi peperangan sehingga pulang dengan
jaya. Jadi kawan-kawan, ayuh sama-sama kita jadikan madrasah Ramadhan ini
bagi melahirkan graduan yang cemerlang, bukan sahaja pada bulan
Ramadhan, tetapi juga cemerlang pada bulan-bulan yang lain.

#RebutlahPeluangSelagiNyawaDikandungBadan Tagline

Segala yang baik itu, datangnya daripada Allah , yang kurang dan lemah itu Penutup
datang nya daripada kekhilafan diri saya sendiri....
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabatakatuh....

Anda mungkin juga menyukai