Anda di halaman 1dari 2

Mimbar daie

Tajuk : Iman

Takrif : Iman pada segi bahasa ialah al-tasdiq, iaitu percaya. Pada istilah pula ialah membenarkan
dengan hati, mengakui dengan lidah, dan beramal dengan anggota. Oleh hal yang demikian,
pengertian iman membawa maksud mempercayai Allah dan rasul-Nya tanpa wujud syak dan ragu.

Allah telah berfirman dalam al Quran tentang iman,

isi : kesan beriman kepada Allah dan rasul kepada tingkah laku manusia

 Mempunya jiwa yang bersih dan sentiasa beramal soleh


- Keimanan yang wujud dalam diri kta umat islam, akan membuatkan manusia ini
meninggalkan segala larangan Allah. Hal ini kerana, kita dituntut untuk melaksanakan
arahan dan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. Misalnya umat islam yang
baik dan bertakwa akan meninggalkan menjauhkan diri dari maksiat yang akan
mengundang murka Allah. Selain itu, kita juga akan sentiasa menjaga hubungan yang
harmoni dengan manusia lain.

 Rajin melakukan tugas harian


- Bagaimana kah kesan beriman kepada Allah dan rasulnya memberi impak kepada
rajinnya kita melakukan ibadah? Tujuannya adalah untuk mendapat redha Allah
seperti melakukan ibadah solat, puasa, sedekah dengan ikhlas. Adakah kita layak
digelar muslim yang beriman tetapi kita jarang sekali beribadah kepada Allah?
Sebagai muslim yang sebenar benarnya, kita haruslah rajin, taat dan istiqomah untuk
sentiasa beribadah kepada Allah untuk mendapat redha Nya.

 Mempunyai kerendahan hati


- Orang yang beriman kepada Allah tidak mungkin akan menjadi angkuh, sombong
dan tidak bersyukur. Hal ini kerana mereka percaya bahawa Allah itu berkuasa untuk
menarik semula semua nikmat yang telah diberikan. Kita haruslah bersyukur dengan
kelebihan dan kemahiran yang kita miliki kerana ia bersifat tidak kekal dan Allah
berhak untuk menarik balik kurniaan tersebut.

Firman Allah yang menyuruh kita bersyukur adalah seperti berikut:


Kesimpulannya, seseorang muslim itu ialah bila mana dia menyebutkan nama Allah
maka dia merasa tenang dan yakin tanpa terselit syak walau sebesar zarah. Hal ini
kerana tanpa keyakinan terhadap Allah maka iman akan mudah gugur sentiasa
dibelenggu sifat ragu-ragu.

Sekian , tk…

Anda mungkin juga menyukai