Anda di halaman 1dari 3

IMAN DAN TAQWA ASAS KEJAYAAN

Assalamualaikum wrt. pembuka bicara


Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang


menjunjung panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah.
Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang
bertajuk IMAN DAN TAQWA ASAS KEJAYAAN. Terlebih dahulu izinkan
saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada hari ini.

Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam
hati dan mengamalkan segala perintah Allah. Taqwa pula membawa
maksud mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah
dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya.
Asas Kejayaan adalah merujuk kepada kunci dan rahsia menjadi insan
yang bermutu dan cemerlang di dunia serta akhirat.

Hadirin dan hadirat,
Pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala perintah Allah sudah
tentu bertitik tolak daripada keimanan yang utuh, kemudian dipancarkan
melalui kesungguhan amalan melahirkan insan cemerlang bertepatan
dengan firman Allah dalam Surah al-Mu'minun ayat 1 :



1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,

Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin Rabah
daripada lembah kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya.
Iman yang mantap dan teguh inilah yang memperkasakan jatidiri ummah
dan menyelamatkan mereka daripada gejala negatif seperti penagihan
dadah dan pergaulan bebas. Statistik dadah kebangsaan 2004
menunjukkan 90% penagih terdiri daripada remaja muslim. Nah! terbuktilah
iman dan takwa teras masyarakat cemerlang memacu kecemerlangan
ummah.

Sabda Rasulullah S.A.W :



Ertinya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia

Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui
karektor beliau sebagai seorang pemimpin negara yang beretika, seorang
sahabat yang prihatin serta ketua keluarga yang penyayang. Imbau sahaja
keindahan akhlak Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang kencing di
dalam Masjid Nabawi, Baginda tidak memarahi pemuda tersebut bahkan
baginda sendiri membasuhnya menyebabkan pemuda tadi memeluk Islam
di hadapan Baginda. Lihatlah hari ini lantaran kerapuhan akhlak, remaja
kita dirobek rakus oleh budaya punk , black metal memuja syaitan serta
vandalisme meranapkan harta benda awam. Ternyata akhlak mulia
tonggak kejayaan insan.

Sidang hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,

Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah
dalam segenap urusan hidup lantas tertegaklah konsep Al ihsan:


Yang bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya,
jika kamu tidak melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu.

Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin bergelar
Omar Abdul Aziz , yang sanggup bergelap bila membicarakan urusan
keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan. Bilamana
menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah insan yang
jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar daripada
segala unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah,
tanpa jujur dan amanah hancurlah ummah.
Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa
iman, dan tidak tertegak ummah gemilang tanpa peribadi unggul.Justeru
hiasi diri dengan senyuman, hiasi masyarakat dengan peribadi unggul,
pasti cerialah hidup.


Menuntun bicara hujah saya yang seterusnya ialah keagungan
akidah pencetus semangat jihad dan pengorbanan.

Dengarlah maksud firman Allah pada ayat 41 surah at-Taubah :

41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama
ada Dengan keadaan ringan ataupun Dengan keadaan berat; dan
berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah

Ayat ini secara jelas merupakan satu slogan bagaimana kejayaan umat
islam kini dieksprementasikan melalui usaha dan jihad yang berterusan
dalam semua lapangan samada ekonomi, kesihatan, pembangunan
mahupun ketenteraan. Dan bagaimana umat terdahulu persis saidina
khalid alwalid dan solahuddin al ayubi mampu menjadi penakluk dunia dan
benteng terampuh menjaga keselamatan agama. Juga persis Abdrahman
bin auf melancarkan jihad ekonomi dalam memecahkan monopoli ekonomi
kapitalis yahudi penjajah di madinah 14 dekad yang lalu. Jadi.. manakan
mungkin ini dapat direalisasikan tanpa keimanan dan ketaqwaan yang
tinggi di sematkan dalam diri kita untuk mendapat kejayaan di dunia dan
juga di akhirat kelak.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama pada hari ini, mulai saat ini
beriltizam dalam diri kita, memperkukuhkan keimanan dan ketaqwaan kita
kepada Allah S.W.T sebagai asas kepada kejayaan kita kepada agama,
bangsa dan Negara yang kita cintai.

Akhirnya :
Indah mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diri
Dengan lafaz yang mulia

Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai