Anda di halaman 1dari 8

ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1-3

ISTILAH MAKSUD
ZIKIR Mengingati Allah sama ada melalui hati atau lisan.
SAHABAT Sesiapa yang berjumpa dengan Rasulullah dan beriman kepadanya serta
meninggal dunia dalam Islam
MUHAJIRIN Penduduk Mekah yang beriman kepada Rasulullah dan berhijrah ke
Madinah serta tinggal di sana
ANSAR Penduduk Madinah daripada kalangan Qabilah Aus dan Khazraj yang
beriman kepada Rasulullah.
AURAT Batasan anggota badan yang wajib ditutup menurut hukum syarak.
NUTHFAH Percampuran air mani yang dikenali sebagai sperma bagi lelaki dan
ovum bagi perempuan.
ALAQAH Segumpal darah yang tergantung di dalam Rahim.
MUDHGHAH Seketul daging yang lembut
JANIN Pembentukan seluruh anggota telah sempurna
MAD Memanjangkan suara pada huruf mad atau huruf lin
MAD FAR’I Memanjangkan suara pada huruf mad yang bertemu selepasnya huruf
hamzah atau huruf lain yang bertanda sukun
MAD ASLI Memanjangkan suara pada huruf mad dalam keadaan ‘alif’ yang
didahului dengan baris atas, ‘waw’ yang didahului dengan baris depan
dan ‘ya’ yang didahului dengan baris bawah
MAD WAJIB MUTTASIL Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah
MAD JAIZ MUNFASIL Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah pada dua kalimah yang
berlainan
MAD BADAL Huruf hamzah bertemu dengan huruf mad dalam satu kalimah
MAD ARIDH LISSUKUN Huruf mad yang bertemu dengan huruf hijaiyah di akhir kalimah dan
dibaca secara waqaf
MAD LIN Huru lin ‘waw’ dan ‘ya’ bertanda sukun didahului sebelumnya huruf
berbaris atas dan dibaca secara waqaf
MAD IWAD Huruf mad yang berbaris dua di atas dibaca dengan baris satu di atas
ketika waqaf dengan bacaan mad
SEDEKAH Sesuatu pemberian yang bertujua untuk mendekatkan diri kepada Allah

LEMAH Meninggalkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan


PENGECUT Orang yang tidak berani melakukan atau menghalang sesuatu situasi
MALAS Meninggalkan sesuatu yang mampu dilakukan
NYANYUK Penyakit yang mengganggu kewarasan fikiran seseorang yang
menyebabkannya berlaku seperti kanak-kanak
AL GHONIY Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah Maha Kaya dan tidak
memerlukan kepada sesuatu yang lain
AL RAZZAQ Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki, dia
yang menjadikan rezeki dan mengurniakannya kepada seluruh makhluk
NABI Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah dan dikurniakan wahyu kepadanya
tetapi tidak diperintah untuk menyampaikannya kepada orang lain
RASUL Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah dan dikurniakan wahyu kepadanya
serta diperintah untuk menyampaikannya kepada umat
SIDDIQ Bersifat benar dalam percakapan dan perbuatan
AMANAH Bersifat amanah, jujur serta terpelihara daripada melakukan sesuatu
yang dilarang oleh Allah
TABLIGH Bersifat menyampaikan semua ajaran Allah yang diwahyukan
FATONAH Bijaksana semasa berdakwah dan memberikan keterangan dan hujjah
ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1-3

KAZIB Berbohong sama ada dalam percakapan atau perbuatan


KHIANAT Melakukan larangan Allah
KITMAN Menyembunyikan wahyu walaupun sedikit
BALADAH Bodoh
BASHARIYYAH Rasul memiliki sifat manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat
kenabian dan kerasulan mereka.
ISMATURASUL Pemeliharaan Allah terhadap para rasul daripada melakukan dosa
dalam apa bentuk sekalipun sama ada dosa kecil atau dosa besar
MUKJIZAT Perkara luar biasa yang dikurniakan Allah kepada nabi dan rasul untuk
membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan mereka
MAKNAWIYAH Mukjizat yang difahami dengan pemikiran dan pemerhatian
berdasarkan ilmu
HISSIYAH Mukjizat yang dapat dikesan dengan pancaindera tetapi tidak
berkekalan
ULUL AZMI Rasul yang mempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk
menghadapi ujian dalam berdakwah
BERIMAN KEPADA HARI Yakin kewujudan hari kehancuran seluruh alam semsta dan kebangkitan
AKHIRAT semula yang kekal abadi untuk menerima pembalasan sama ada syurga
atau neraka
YAUMUL QIYAMAH Hari Kiamat
YAUMUDDIN Hari pembalasan
YAUMUL HISAB Hari perhitungan
PAHALA Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mematuhi
perintahNya dan meninggalkan laranganNya
DOSA Balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang melanggar
laranganNya
KEMATIAN Perpisahan antara roh dengan jasad
ALAM BARZAKH Alam pemisah antara dunia dengan akhirat
KEMUSNAHAN ALAM Kemusnahan seluruh ciptaan Allah yang terdiri daripada langit dan bumi
termasuklah semua makhluk yang menghuninya.
KEBANGKITAN SEMULA Kehidupan semula makhluk yang telah mati apabila ditiup sangkakala
kali kedua oleh malaikat Israfil
MAHSYAR Tempat perhimpunan semua makhluk yang dihidupkan semula dan
dibangkitkan daripada kubur mereka
HISAB/PERHITUNGAN Perbicaraan terhadap amalan manusia setelah menerima buku catatan
AMALAN amalan sama ada dari sebelah kanan atau sebelah kiri mengikut amalan
masing-masing
MIZAN Penimbang amalan yang disediakan oleh Allah untuk menimbang
amalan baik dan buruk manusia
SIRAT Titian yang merentang di atas neraka antara mahsyar menuju ke syurga
SYURGA Tempat yang penuh dengan nikmat yang disediakan untuk golongan
yang beriman dan beramal soleh
NERAKA Tempat yang dipenuhi dengan azab, disediakan untuk golongan kafir
dan orang yang melanggar perintah Allah
QADA’ Ketentuan Allah yang azali tehadap semua makhluk
QADAR Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah sejak azali
QADA’ MUBRAM Ketentuan Allah yang tidak berubah dan dilaksanakan mengikut
kehendak dan kekuasaanNya
QADA’ MUALLAQ Ketentuan Allah yang berubah kepada ketentuanNya yang lain
bersesuaian dengan usaha yang dilakukan oleh hamba
ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1-3

USAHA Berusaha menggunakan seluruh kemampuan yang diberikan oleh Allah


untuk mencapai sesuatu maksud
TAWAKKAL Menyerahkan sesuatu perkara kepada Allah dan yakin bahawa hanya
Allah yang menentukan keberhasilan perkara tersebut setelah berusaha
bersungguh-sungguh
FARDHU AIN Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap orang Islam
yang mukallaf, berdosa sekiranya tidak dilaksanakan
FARDHU KIFAYAH Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas masyarakat Islam
secara kolektif, sekiranya sebahagian sahaja melaksanakan tuntutan
fardhu kifayah ini, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atas orang
Islam yang lain.
PENGURUSAN Menguruskan jenazah dengan cara tertentu mengikut ketentuan syarak
JENAZAH
MEMANDIKAN Meratakan air ke seluruh tubuh jenazah
JENAZAH
MENGAFANKAN Menutup seluruh tubuh jenazah dengan sekurang-kurangnya sehelai
JENAZAH kain
MENYEMBAHYANGKAN Solat yang dilakukan ke atas jenazah dengan kaifiat tertentu
JENAZAH
MENGEBUMIKAN Mengebumikan jenazah di dalam tanah mengikut kaifiat tertentu
JENAZAH
ZAKAT Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan
kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang
telah ditetapkan oleh syarak
FAKIR Orang yang tiada harta yang mencukupi untuk keperluan dirinya
termasuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal
MISKIN Orang yang hanya mampu menampung sebahagian sahaja daripada
keperluan hidupnya
AMIL Mereka yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan
mengagihkan zakat
MUALLAF Orang yang baru memeluk Islam
HAMBA Golongan hamba yang ingin membebaskan diri mereka
ORANG YG Orang yg dibebani hutang untuk keperluan asas diri serta
BERHUTANG tanggungannya dan tidak mampu membayarnya
FISABILILLAH Orang yang berjuang di jalan Allah
IBNU SABIL Orang yang bermusafir dengan tujuan yang diharuskan syarak
kemudian terputus perbelanjaan
ZAKAT FITRAH Mengeluarkan harta tertentu bagi setiap orang yang mukallaf dan orang
yang di bawah tanggungannya dengan syarat-syarat dan tempoh masa
yang telah ditetapkan syarak
HAUL Genap tempoh setahun hijrah
NISAB Kadar tertentu yang diwajibkan zakat
ZAKAT TANAMAN Tanaman dan buah-buahan yang menjadi makanan asasi, boleh
disimpan dan tidak mudah rosak
ZAKAT PERNIAGAAN Zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada hasil perniagaan sama ada
yang melibatkan barangan atau perkhidmatan
ZAKAT GALIAN DAN Bahan galian yang dikeluarkan dari bumi, diproses dan menghasilkan
RIKAZ logam galian
AIDILFITRI Hari raya umat Islam yang disambut pada 1 Syawal
AIDILADHA Hari raya umat Islam yang disambut pada 10 Zulhijjah
ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1-3

QIYAMULLAIL Amalan bangun malam untuk beribadat kepada Allah


SOLAT SUNAT Solat dua rakaat sebelum duduk ketika setiap kali masuk ke dalam
TAHIYATUL MASJID masjid
SOLAT SUNAT HAJAT Solat yang dilaksanakan untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu
PEMAAF Melepaskan seseorang daripada kesalahan dan membebaskannya
daripada hukuman
QANAAH Berasa cukup dan redha dengan nikmat kurniaan Allah
SYUKUR Menzahirkan pujian kepada Allah terhadap nikmat yang dikurniakan
serta mematuhi semua perintahNya
KOMUNIKASI Perhubungan antara dua individu atau lebih secara langsung atau
melalui perantaraan seperti emel, surat, radio dan telefon
BERMUSAFIR Seseorang yang keluar daripada kawasan bermukim menuju ke suatu
tempat yang jaraknya melebihi 2 marhalah
NUN SAKINAH Huruf nun yang tidak berbaris atau juga dikenali sebagai nun mati
TANWIN Baris dua iaitu baris dua di atas, di bawah atau di hadapan
MIM SAKINAH Huruf mim yang tidak berbaris sama ada baris atas, bawah atau
hadapan
TALI ALLAH Ajaran islam
TAUBAT Kembali mentaati Allah setelah melakukan maksiat atau dosa
KEMUNGKARAN Perbuatan atau perkataan yang ditegah oleh syarak atau yang
melanggar perintah Allah
HALAL Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak
HARAM Sesuatu yang dilarang oleh syarak
SYUBHAH Sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram
AL QADIR Allah Yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan
kehendak dan ilmuNya
AL QOWIY Allah Yang Maha Kuat dan mempunyai kekuatan yang sempurna
MALAIKAT Makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya, sentiasa mentaati
perintah Allah dan tidak pernah melanggar laranganNya
BERIMAN KEPADA Yakin bahawa Allah menurunkan kitab dan suhuf kepada para nabi dan
KITAB ALLAH rasul sebagai panduan hidup manusia
‘IZHOM Tulang
‘IZHOM LAHMA Tulang yang dibaluti daging
SOLAT BERJEMAAH Solat makmum bersama-sama solat imam dengan sekurang-kurangnya
seorang imam dan seorang makmum mengikut syarat-syarat tertentu
MAKMUM MUWAFIQ Makmum yang sempat membaca surah al Fatihah dengan sempurna
bersama-sama dengan iamam sebelum imam rukuk pada rakaat
pertama
MAKMUM MASBUQ Makmum yang tidak sempat membaca surah al Fatihah dengan
sempurna bersama-saa dengan imam sebelum imam rukuk pada rakaat
pertama
SOLAT JUMAAT Solat dua rakaat secara berjemaah pada hari Jumaat dalam watu Zuhur
yang didahului oleh dua khutbah berserta dengan rukun dan syarat
tertentu.
KHUTBAH JUMAAT Ucapan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang
mengandungi nasihat, perungatan dan pengajaran mengikut syarat
tertentu
TAYAMMUM Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan dengan cara
tertentu berserta niat bagi menggantikan wudhuk atau mandi wajib
ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1-3

RUKHSAH Keringanan hokum yang disyariatkan oleh Allah kepada seseorang yang
mukallaf kerana keuzuran tertentu
SOLAT JAMAK Menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu
JAMAK TAQDIM Menunaikan kedua-dua solat fardhu dalam waktu solat yang pertama
JAMAK TAKKHIR Menunaikan kedua-dua solat fardhu dalam waktu solat kedua
SOLAT QASAR Memendekkan solat fardhu empat rakaat kepada dua rakaat
SOLAT KETIKA SAKIT Solat yang dilaksanakan oleh pesakit yang tidak dapat
menyempurnakan sebahagian rukun solat dengan sempurna
PUASA Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, bermula dari
terbit fajar sehingga terbenam matahari mengikut syarat tertentu dan
disertai dengan niat puasa
QADHA’ Mengganti hari puasa Ramadhan abgi setiap hari yang ditinggalkan
FIDYAH Memberi makan fakir miskin dengan kadar secupak makanan asasi
sesebuah negara bagi sehari puasa yang ditinggalkan. Secupak
bersamaan dengan 675 gm makanan
KAFFARAH Denda yang dikenakan kepada suami yang membatalkan puasa pada
bulan Ramadhan dengan melakukan persetubuhan (jimak)
SOLAT RAWATIB Solat sunat yang mengiringi solat fardhu dan waktunya mengikut waktu
solat fardhu
SOLAT TARAWIH Solat sunat menghidupkan malam Ramadhan
SOLAT WITIR Solat sunat yang dilaksanakan sebagai penutup bagi solat malam
HIJRAH Perpindahan rasulullah dan umat islam dari Mekah ke Madinah atau
Yathrib.
TOHIRAH Suci maruah diri
SIDDIQAH Wanita yang berkata benar
AL HUMAIRA’ Putih kemerah-merahan
AL ZAHRA Putih berseri-seri
UMMU ABIHA Ibu kepada ayahnya
MALU Berasa aib atau perasaan tidak selesa untuk melakukan sesuatu yang
buruk kerana tidak mahu dihina
KASIH SAYANG Kecenderungan diri terhadap sesuatu yang baik
JIRAN Orang yang tinggal berdekatan sehingga 40 buah rumah dari setiap
penjuru
MASJID Tempat yang dibina khusus untuk solat 5 waktu dan solat sunat bagi
orang Islam
TARTIL Membaca al Quran dengan sebutan yang betul dengan mengetahui
tempat berhenti
TAQWA Bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan
laranganNya
MURAQABAH Rasa diri diawasi oleh Allah
KANAK-KANAK Belum baligh, namun sudah mumaiyiz
SUNAT MUAKKAD Sunat yang sangat dituntut
YATHRIB Nama lain Madinah sebelum kedatangan Islam
BAI’AH Perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa
AJNABI Orang yang boleh dikahwini, terbatal wudhu’ jika bersentuhan kulit
MAKHRAJ HURUF Tempat keluar huruf hijaiyah yang membezakan antara satu huruf
dengan huruf yang lain
FAWATIHU AL SUR Huruf hijaiyah yang terletak di permulaan sebahagian surah-surah al
Quran
ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1-3

IBLIS Jin yang ingkar terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam
dan menjadi pemimpin kepada syaitan dalam kalangan jin dan manusia
SUNNATULLAH Peraturan dan ketetapan Allah kepada semua makhlukNya
HADIS Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada berbentuk
percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat.
SANAD Rangkaian perawi yang menyampaikan sesuatu matan hadis
MATAN Teks hadis yang terdapat selepas berakhirnya sanad
MUTAFAQUN ALAIH Hadis yang disampaikan oleh dua ulama’ hadis yang terkemuka iaitu
Imam Bukhari dan Imam Muslim
AL QURAN Makna dan lafaz daripada Allah
HADIS QUDSI Makna daripada Allah dan lafaz daripada Rasulullah
HADIS NABAWI Makna dan lafaz daripada Rasulullah
IKHLAS Semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata
mengharapkan keredhaan Allah tanpa menyekutukannya dengan yang
lain.
JIHAD Menggunakan seluruh kemampuan yang dimiliki untuk menegakkan
agama Islam dan mempertahankannya.
RABBANIYAH Agama yang bersumberkan wahyu Allah iaitu al Quran dan hadis
SYUMULIYAH Agama yang lengkap dan memenuhi semua keperluan hidup
WAQI’IYYAH Agama yang sesuai diamalkan di semua tempat dan sepanjang masa
‘ALAMIYAH Agama yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan budaya
UKHRAWIYAH Agama yang mementingkan kesejahteraan jasmani, malah menjamin
kesejahteraan rohani untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
AQIDAH Keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap rukun iman dan
perkara-perkara ghaib
IMAN Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lisan dan beramal dengan
anggota badan
BERIMAN KEPADA Membenarkan dengan hati bahawa Allah Maha Pencipta, Pemilik dan
ALLAH Pentadbir Alam ini dan hanya Allah yang berhak disembah
AL KHALIQ Allah Maha Mencipta makhluk daripada tiada kepada ada mengikut
kehendaknya seperti yang telah ditakdirkan dengan sempurna
AL MUSAWWIR Allah Maha Mencipta makhluk dengan pelbagai rupa dan identity yang
tersendiri tanpa berpandukan sebarang contoh sebelumnya.
IBADAT Semua perkataan dan perbuatan zahir atau batin yang disukai dan
diredhai Allah
IBADAT KHUSUS Ibadat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam dari segi cara, rukun dan
syaratnya serta tidak boleh diubah
IBADAT UMUM Ibadat yang meliputi segala aspek kehidupan sama ada yang berkaitan
dengan hubungan manusia sesame manusia atau dengan makhluk lain
dan tidak bertentangan dengan syariat Islam
WAJIB Mendapat pahala jika dilakukan dan berdosa jika ditinggalkan
HARAM Mendapat pahala jika ditinggalkan dan berdosa jika dilakukan
MAKRUH Mendapat pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan
HARUS Tidak berdosa jika dilakukan atau ditinggalkan
SUNAT Mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan
THOHARAH Suci dan bersih daripada hadas dan najis
AIR MUTLAK Air yang suci dan boleh digunakan untuk bersuci
AIR MUSTAKMAL Air yang suci tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci
AIR MUQOYYAD Air yang bercampur dengan sesuatu bahan yang suci
ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1-3

AIR MUSYAMMAS Air yang disimpan di dalam bekas logam yang terdedah kepada cahaya
matahari kecuali bekas emas dan perak
AIR MUTANNAJIS Air yang dimasuki atau terkena najis
MUKHAFFAFAH Najis ringan, iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang dua
tahun yang hanya minum susu ibu
MUTAWASITAH Najis pertengahan, seperti darah, muntah, nanah, tahi, air kencing dan
bangkai
MUGHALLAZAH Najis berat, iaitu anjing, khinzir atau kacukan keduanya serta segala
yang ada kitan dengannya seperti tahi, darah, kulit, daging, bulu dan
lain-lain
SAMAK Proses menghilangkan segala lendir, daging dan kelembapan yang
melekat pada kulit haiwan
ISTINJAK Perbuatan menghilangkan najis yang keluar daripada qubul ataupun
dubur
WUDHUK Membasuh anggota tertentu berserta niat
MANDI Mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu
MANDI WAJIB Mandi yang wajib dilakukan apabila terdapat sebab yang mewajibkan
mandi
HAID Darah kotor yang keluar dari pangkal rahim wanita yang telah baligh
dalam keadaan sihat pada waktu tertentu
WILADAH Proses kelahiran anak sama ada dengan keluar darah ataupun tidak
NIFAS Darah yang keluar selepas kelahiran anak atau sesudah keguguran yang
nyata sebahagian bentuk anak
DARAH ISTIHADHAH Darah penyakit yang keluar dari pangkal rahim wanita pada waktu
selain haid dan nifas
SOLAT Perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan takbiratulihram
dan diakhiri dengan salam
SUNAT HAI’AH Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak perlu sujud sahwi
SUNAT AB’AD Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak membatalkan solat, tetapi
sunat diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam
KHUSYUK Menumpukan hati di hadapan Allah dengan menetapkan anggota,
memahami serta menghayati setiap perkataan dan perbuatan yang
dilakukan dari awal hingga akhir solat
KUNIYAH Panggilan kepada seseorang di samping nama atau gelaran dengan
meletakkan abu bagi lelaki dan ummu bagi perempuan di awal sesuatu
nama
JAHILIYAH Tidak tahu, bodoh atau jahil
JAHIL AQIDAH Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tetapi
mencampur adukkannya dengan penyembahan berhala, amalan sihir
dan khurafat
JAHIL AKHLAK Mereka banyak melakukan perilaku buruk seperti suka menindas
perempuan dan hamba, berjudi serta minum arak
AGAMA YAHUDI Agama samawi yang diubah suai daripada ajaran nabi Musa mengikut
keinginan para penganutnya
AGAMA NASRANI Agama samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Isa mengikut
keinginan penganutnya.
KEPERCAYAAN MAJUSI Kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api
KEPERCAYAAN Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat
ANIMISME
AGAMA HANIF Agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1-3

AGAMA PENYEMBAH Agama yang dicampuradukkan dengan agama Hanif sehingga muncul
BERHALA sebagai agama yang mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala
ATIQ Bebas daripada api neraka
SIDDIQ Orang yang paling benar dalam kata-katanya
AL FARUQ Pemisah antara hak dengan batil
ZUNNURAIN Yang memiliki dua cahaya
ABU TURAB Bapa si tanah
AKHLAK Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya sesuatu
perbuatan dengan mudah tanpa pertimbangan dan pemikiran yang
mendalam
AKHLAK MAHMUDAH Sifat dan tingkah laku terpuji yang terdapat pada diri seseorang yang
bertepatan dengan nilai dan perakuan syarak
AKHLAK MAZMUMAH Sifat dan tingkah laku keji yang terdapat pada diri seseorang yang
berlawanan dengan nilai dan perakuan syarak
AMANAH Setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan harta benda,
kehormatan dan kerahsiaan
MARUAH DIRI Usaha memelihara diri daripada melakukan larangan Allah dan perkara
yang boleh mencemarkan kehormatan diri, keluarga dan masyarakat

Disediakan oleh:
Ustazah Maziah Mokhtar
SMK Raja Perempuan
Sumber: Buku Teks Tingkatan 1, 2 dan 3

Anda mungkin juga menyukai