Anda di halaman 1dari 17

Abu Hurairah Gelaran seorang sahabat Rasulullah s.a.

w kerana beliau suka bermain dengan seekor anak kucing yang dimasukkannya ke dalam lengan bajunya. Adab Tutur kata dan kelakuan yang halus dan bersopan. Adat Peraturan masyarakat/undang-undang/hukum kemasyarakatan/kebiasaan. Adil - Meletakkan sesuatu di tempatnya yang sesuai. - Tidak berat sebelah/tidak memihak ke mana-mana/saksama/berpatutan. Ahli Suffah Ahli-ahli Sufi. Air Mani Air yang mengandungi sperma yang keluar dari kemaluan lelaki. Akad Nikah Perjanjian perkahwinan. Akhirat Alam yang kekal selepas kehidupan di dunia. Akhlak Kelakuan/tingkah laku yang baik/budi pekerti/moral/tabiat. Al-Adl Yang Maha Adil. Al-Alim Yang Maha Mengetahui Alam Akhirat Alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yang kekal abadi. Alam Barzakh Alam tempat orang yang mati berada sementara menunggu hari dibangkitkan semula di padang mahsyar/alam kubur. Alaqah Segumpal darah. Al-Farouk Pemisah di antara hak dan batil. Al-Hakim Yang Maha Bijaksana Al-Quran Kitab yang mengandungi kata-kata Allah yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s untuk dijadikan ikutan dan pegangan bagi semua umat manusia hingga ke hari Kiamat.

Al-Wahid Yang Maha Esa. Amanah Jujur, sesuatu yang dipercayakan kepada orang lain. Amar Makruf Menyuruh kepada kebaikan. Ansar Gelaran terhadap Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam dan membantu Rasulullah s.a.w ketika di Madinah. Aqidah Kepercayaan/pegangan/keyakinan di hati terhadap keesaan Tuhan. Arasy Bahasa : Singgahsana/takhta. Istilah : Takhta Allah yang tidak diketahui hakikat sebenarnya. Ar-Rahim Yang Maha Penyayang. Ar-Rahman Yang Maha Pemurah. Ar-Razzak Yang memberi rezeki. Asadullah Bahasa : Singa Allah. Gelaran kepada Sayidina Hamzah bin Abdul Muttalib (bapa saudara Nabi). Asma al-husna Nama-nama Allah yang indah-indah dan menunjukkan sifat kesempurnaanNya. As-Sidiq Orang yang membenarkan (kata-kata Nabi). Gelaran kepada Sayidina Abu Bakar r.a. As-Syurtoh Pasukan polis. Asyura Hari yang ke-10 dalam bulan Muharram. Atid Mencatat amalan buruk makhluk. Aurat Bahagian tubuh yang wajib ditutup Azam Kemahuan yang tinggi. Badar Nama tempat yang berlakunya peperangan pertama dalam Islam, pada tahun 2 Hijrah.

Baitu al-Izzah Langit dunia. Baitulmal Tempat pengumulan hasil zakat sebelum diagihkan kepada orang yang tertentu/layak. Bani Israil Keturunan Nabi Yaakub a.s yang terkenal dengan bangsa Yahudi. Baraqal Orang yang mempunyai akal fikiran yang sempurna. Basmalah Singkatan "Bismilliahhirahmanirahim" Batal Tidak sah/termansuh. Bathil Tidak benar. Berbekam Mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang. Berhala Patung-patung dewa yang dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam. Beristighfar Memohon keampunan dari Allah dengan astaghfirullah. Berjamaah Beramai-ramai. Berkumur Mencuci mulut dengan mengocak-ngocak dengan air di dalamnya. Bersetubuh Memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan sekurang-kurang masuk khasafahnya. Bertasbih Memuji Allah dengan ucapan SubhanAllah. Bertenung nasib Menilik nasib dengan tenung untuk mengetahui sesuatu yang akan terjadi pada masa akan datang. Busar Sejenis kayu bengkok atau lekung yang direntangkan tali bagi melepaskan anak panah. Cendekiawan Kumpulan intelek, cerdik pandai, terpelajar. Dakwah Bahasa : Seru/ajak. Istilah : Menyeru atau mengajak manusia beriman dan beribadah kepada Allah dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya / Penyebaran agama ____ Islamiah berkembang pesat

Dalil Naqli Hujah/bukti yang bersumberkan al-Quran dan Hadith. Dermawan Orang yang suka menderma. Dinar Nama nilai mata wang di setengah negara Arab (wang emas). Dirham Mata wang emas atau perak yang pernah digunakan pada masa dahulu. Diskusi Perbincangan. Doa Permintaan atau permohonan kepada Tuhan. Faedah Sesuatu yang mendatangkan kebaikan, guna manfaat. Fajar Siddiq Dinihari benar/menjelang subuh. Fakir Orang yang memperolehi pendapatan yang sekadar keperluan dalam sehari. Fardhu Ain Kewajipan ke atas setiap individu mengerjakannya. Fardhu Kifayah Kewajipan bersama yang wajib ditunaikan sekurang-kurang seorang daripada masyarakat Islam itu maka tertunailah kewajipan itu. Fardu Ain Perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang cukup syarat. Fardu Kifayah Perkara yang wajib ditunaikan oleh seorang/ sebahagian orang Islam untuk kepentingan umat Islam. Jika tidak dilaksanakan semua sekali menanggung dosa. Fasik Orang yang sering melakukan dosa serta maksiat. Fidyah Gantian/denda yang dikenakan berupa secupak makanan asasi untuk diberi kepada fakir miskin. Fitnah Tuduhan jahat yang sengaja diada-adakan. Fitrah Tabiat semula jadi manusia yang suci dan bersih. Fleksibel Boleh berubah-ubah mengikut kehendak dan kesesuaian

Gabenor Ketua pemerintah wilayah yang dilantik untuk menjadi ketua sesebuah negeri atau wilayah. Gantang Baghdad Lebih kurang 2.7 kilo beras. Gelincir Matahari Masuk waktu Zuhur. Generasi Kumpulan individu yang lahir pada waktu yang sama, angkatan atau tahap ataupun peringkat perkembangan. Ghaib Tidak dapat dilihat, tersembunyi. Hijrah Perpindahan Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah. Hadiah/hibah Pemberian ikhlas. Hadis Segala percakapan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh para sahabatnya untuk menjelaskan hukum dalam agama Islam. Hafaz Mengingat segala yang dipelajari, dapat melafazkan ayat al-Quran dan lahirnya dari ingatan sematamata. Hakim Pegawai yang dilantik bagi mengadili sesuatu perbicaraan dalam mahkamah. Halal Dibolehkan dan tidak ditegah oleh Islam. Halqum Kerongkong/hujung kerongkong yang dapat dilihat tersembul pada leher. Hamba Orang yang terpaksa bekerja kepada seseorang dengan tidak mendapat sebarang bayaran. Hari Arafah Hari jemaah haji berwuquf di Padang Arafah. Hari Syak Hari yang tidak dapat dipastikan sama ada pada hari tersebut telah bermula puasa atau belum. (30 Syaaban) Hari Tasua Hari ke-9 dalam bulan Muharram. Hari Tasyriq Hari ke-11, 12 dan 13 dalam bulan Zulhijjah. Hidayah Bahasa : Petunjuk.

Istilah : Petunjuk Allah ke arah kebenaran. Hidayah Cahaya petunjuk ke arah kebenaran yang dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki. Hidayah Pertunjuk/Pimpinan dan bimbingan dari Allah S.W.T. Hijab Kain penutup/cadar/tabir/tirai. Hamba Sahaya Hamba abdi Hisbah Undang-undang dan peraturan di pasar seperti adab sopan dalam berjual beli dan pengawasan timbangan. Hudaibiah Nama sebuah perkampungan di pinggir bandar Mekah. Tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiah antara Rasulullah dan Musyrikin Mekah pada 6 Hijrah. Ibadah Bakti kepada Allah/menurut perintah Allah S.W.T. Ihsan Membuat sesuatu dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. Ihsan Perbuatan yang baik/melakukan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah. Ikhlas Perasaan yang bersih dan jujur Individualistik Sikap seseorang yang mementingkan dirinya sendiri. Ikhlas Suci hati serta jujur kerana Allah serta tidak mengharapkan sebarang balasan daripada perbuatannya. Iklim dinni Suasana /persekitaran menepati kehendak / syariah / cara hidup agama yang wujud pada sesebuah tempat. Iktibar Pengajaran/contoh/teladan/peringatan. Iktiqad Kepercayaan atau keyakinan dalam hati Ilah Dicintai, digeruni dan dipatuhi. Ilmu Pengetahuan- pengenalan

Ilmu Bahasa : Pengetahuan. Istilah : Pengetahuan sebenar tentang sesuatu perkara. Imam - Ketua sesuatu kumpulan - Orang yang mengetuai solat berjemaah - Ketua Negara Imarah Memakmurkan / membangunkan Injil Kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s Inspirasi Ilham/idea/fikiran. Institusi Badan yang menjalankan tugas yang bersifat am, pusat pengajian tinggi. Islam Patuh/taat/sejahtera/selamat. Menyerah diri kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala laranganNya. Israfil Meniup sangkakala. Istilah Fiqh Perkataan atau rangkaian kata yang mempunyai erti yang jitu dalam bidang ilmu pengetahuan, hukum dalam agama Islam. Istiqamah Suatu sikap yang berterusan dalam melakukan ibadat/pekerjaan.

Istiqamah Tetap pendirian, tetap hati tekun dan terus menerus dalam menggiatkan usaha.

Izrail Mengambil nyawa. Jahiliyyah Ertinya kebodohan. Zaman kebodohan / zaman sebelum kedatangan Islam. Jamaah Kumpulan orang ramai. Jamak Taqdim Mengawalkan/menghimpunkan 2 solat fardhu dalam waktu yang pertama. Jamak Taakhir Melewatkan/mengakhirkan dengan menghimpunkan 2 solat fardhu dalam waktu yang kedua Jamak

Bahasa : Himpun/kumpul. Istilah : Menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat tertentu. Jamal Elok rupa/baik perangai. Janabah Mandi junub/mandi wajib. Iktiqaf Berhenti seketika di dalam masjid bertujuan untuk beribadat. Jibril Menyampaikan wahyu/ketua malaikat. Jihad Berperang ke jalan Allah / melakukan sesuatu untuk meninggikan agama Allah Jinayat Perbuatan jahat seperti mencuri, membunuh dan lain-lain yang salah di sisi undang-undang. Judi Permainan yang mengandungi pertaruhan berbentuk wang ataupun material. Jumaat Penghulu sekalian hari. Diwajibkan solat Jumaat pada hari tersebut. Kafir Orang yang tidak percaya sepenuhnya kepada hukum Allah dan menolak apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaifiat Cara-cara/kaedah. Kalimah Perkataan. Karramallahu Wajhah Ertinya Allah memuliakan wajahnya. Gelaran ke atas Sayidina Ali bin Abi Talib. Kaum Aus/khazraj Penduduk asal Madinah yang kemudian memeluk Islam dan membantu Nabi dan muhajirin dikenali juga sebagai golongan Ansar. Khaibar Nama tempat di mana berlakunya peperangan antara Rasulullah s.a.w. dan kaum Yahudi. Musafir Orang yang dalam perjalanan jauh. Khalifah - Pengganti { Kepada Nabi Muhammad S.A.W} - Gelaran ketua negara Islam Khalifah Pengganti kepada Nabi Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda, gelaran bagi ketua agama dan raja Negara Islam.

Khandak Ertinya parit. Satu peperangan yang berlaku pada tahun 5 hijrah di antara Rasulullah s.a.w dan Musyrikin Mekah. Khianat Belot/tidak amanah. Khurafat Kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Islam. Kifarah Denda berat yang dikenakan kerana melanggar sesuatu peraturan. Konflik Perselisihan atau pertentangan antara individu. Koperasi Kerjasama/usaha sama. Korban Ibadat menyembelih binatang ternakan {Lembu, kambing, kerbau dan lain-lain pada hari ke-10,11,12 &13 Zulhijjah} untuk beribadat kepada Allah. Korporat Berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Kreatif Berkeupayaan mencipta/berkebolehan menghasilkan sesuatu. Kriteria Asas pertimbangan/ukuran bagi menilai atau membuat penilaian sesuatu dasar/dasar sesuatu tingkah laku atau tindakan/syarat kejadian. Kuliah Satu sistem penyampaian pengajaran berbentuk syarahan oleh seseorang. Luh Mahfudz Tempat catatan di alam ghaib yang terpelihara iaitu tempat tercatatnya segala rahsia makhluk Madinah Munawwarah - Bandar yang bercahaya. - Nama baru bagi Yathrib. Majmuk - Berbagai-bagai. - Masyarakat Majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Makhluk Segala yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Makhluk Semua yang diciptakan Allah di alam ini. Makruh Perkara yang disuruh tinggalkan, jika dilakukan tidak akan mendapat dosa, jika ditinggalkan mendapat pahala.

Maksiat - Perbuatan yang melanggar perintah Allah, perbuatan yang berdosa - Segala perbuatan yang menyalahi syariat /hukum Islam. Malaikat Makhluk Allah dijadikan dari cahaya tidak berjantina, tidak bernafsu, sentiasa taat perintah Allah. Malik Menjaga pintu neraka. Manfaat Berguna/Berfaedah. Maqam Pangkat/darjat. Marhalah Kadarnya lebih kurang 45 km untuk satu marhalah. Maruah Harga diri/kehormatan. Mashaf Uthmani Al-Quran yang dibukukan oleh Sayidina Uthman bin Affan r.a. Masihi Tahun yang dikira bermula dari kelahiran Nabi Isa a.s. Al-Masih gelaran untuk Nabi Isa Masjid Nabawi Masjid Nabi di Madinah. Diasaskan oleh Rasulullah s.a.w selepas hijrah ke Madinah. Masjid - Tempat sujud. - Suatu tempat ibadat bagi umat Islam. Mazmumah Sifat yang tercela Mikail Menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki. Mikroskop Alat yang menggunakan kanta untuk menjadikan objek yang kecil kelihatan besar. Muafakat Persetujuan bersama. Muamalat Ilmu pengetahuan yang berkaitan urusan hidup seperti jual beli. Mudghah Seketul daging. Mudharat Merosakkan/membahayakan diri atau harta.

Muhajirin - Orang yang berhijrah. - Pengikut Rasulullah s.a.w yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Muhasabah Membuat perhitungan terhadap diri sendiri. Mukjizat Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada Rasul untuk membuktikan kerasulan mereka. Mukmin Orang yang percaya dan yakin sepenuh hati kepada Allah serta beramal dengan segala suruhannya.

Mukmin Orang yang beriman kepada Allah S.W.T Mumayiz Matang /dapat membezakan antara perkara baik dan jahat, benda yang bersih dan kotor. Munafik Berpura-pura beriman sedangkan hatinya kufur kepada Allah S.W.T. Munakahat Hukum feqah berkenaan perkahwinan, penceraian dan lain-lain. Mungkar /Nakir Menyoal di dalam kubur. Muqim Orang yang menetap di suatu kawasan. Muraqabah Merasai bahawa Allah sentiasa memerhati segala gerak-geri dan tindak-tanduk seseorang hamba. Murtad Keluar dari agama Islam. Musafir Orang yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu dengan tujuan kebaikan dan memberi manfaat jaraknya lebih 2 marhalah. Musibah Semua bentuk kesusahan, halangan, kesusahan, yang dihadapi oleh seseorang. Muslim : Orang yang beragama Islam. Musuh Seteru/orang yang ditentang. Musyrikin Orang yang menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan. Muwalah Berturut-turut, tidak diselangi dengan perkara lain.

Nahi mungkar Mencegah daripada perbuatan yang mungkar. Nazar Janji /sumpah yang mewajibkan seseorang melakukan amalan yang pada kebiasaannya hanya sunat atau harus dilakukan apabila hajat yang diidamkannya tercapai. Neraka Tempat pembalasan buruk bagi orang yang berdosa di Akhirat nanti. Niat Maksud atau tujuan sesuatu perbuatan. Nikmat Semua bentuk kesenangan, keperluan yang diterima oleh seseorang Nutfah Air mani. Onani Mengeluarkan mani dengan menggunakan tangan. Optimis Selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu Orientalis Orang mempelajari dan mengkaji ilmu Islam yang bertujuan untuk memesongkan kefahaman Islam yang sebenar. Politik : Ilmu yang berkaitan dengan sistem pemerintahan dalam sesebuah negara. Pahala Ganjaran dari Allah atas ketaatan. Panji Bendera. Perang Jamal Peperangan pada zaman Sayidina Ali menentang kumpulan Sayidina Tolhah yang disertai oleh Saidatina Aisyah. Petroleum Minyak yang didapati dari dalam tanah / laut untuk menghasilkan petrol, parafin dan lain-lain. Pro-aktif Bergerak cergas/pantas. Progresif Haluan untuk meningkatkan kemajuan. Protokol Peraturan dalam adat-istiadat rasmi. Puasa Bahasa: Menahan diri. Istilah : Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat.

Qada Puasa Menggantikan puasa Ramadan pada hari yang lain atas sebab-sebab tertentu. Qasar Bahasa : Pendek Istilah : Memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat. Qiyamul lail - Menghidupkan malam dengan melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T. selepas 2/3 malam Quraisy - Bangsa Arab yang paling mulia dari kalangan bangsa-bangsa Arab yang mendiami Mekah. - Rasulullah daripada keturunan Quraisy Rukun Dasar, pokok, asas, tiang sesuatu ibadat. Rabb Pencipta/ pemilik dan penguasa. Rahmah Belas kasihan. Rahmat Bahasa : Belas Kasihan. Istilah : Segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia. Rahmat Belas kasihan Allah Ramadan Bahasa : Panas terik. Istilah : Bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya. Raqib (malaikat) Mencatat amalan baik makhluk. Redha Rela dan bersedia dengan ikhlas hati untuk membuat sesuatu. Riak Melakukan sesuatu amalan untuk menunjuk-nunjuk. Riduan Menjaga pintu syurga. Riwayat Kisah / cerita turun temurun Rogol Perbuatan memperkosa atau berzina secara paksa Rongga Lubang/ruang. Rukhsah Bahasa : Kemudahan. Istilah : Kemudahan/keringanan yang diberikan kepada orang yang tertentu yang layak.

Rukhsoh Puasa Keringanan yang diberikan oleh Allah kepada golongan tertentu semasa menjalani ibadat puasa. Sabar Kesanggupan menanggung kesusahan, cabaran / Menahan diri daripada melakukan sesuatu tindakan. Sahsiah Keperibadian. Sahur Makan selepas waktu tengah malam bagi seseorang yang hendak berpuasa. Sayyidul Syuhada Penghulu / ketua bagi sekalian orang mati syahid Sedekah Memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukannya. Selawat Ucapan puji-pujian yang ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Siasah Pengetahuan yang bersangkutan dengan hal kenegaraan seperti politik. Sifat mazmumah Sifat-sifat yang dikeji. Simulasi Perbuatan yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat tetapi mirip seperti asal. Sirah Perjalanan / Perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya r.a. Sistematik Berasaskan atau menurut sistem. Sohih Benar Solat Sunat Tarawikh Solat sunat yang dilakukan pada malam hari pada bulan Ramadan. Solat - Doa / Satu Ibadat yang mempunyai perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam mengikut syarat-syarat tertentu Sosial Segala hal yang berkaitan dengan masyarakat. Spiritual Perkara yang bersifat rohaniyah. Strategi Satu perancangan bagi melaksanakan sesuatu tindakan Subuh Waktu di antara terbit fajar siddiq hingga naik matahari

Suhuf Lembaran yang bertulis yang diturunkan kepada beberapa orang rasul. Sumbang Mahram Perbuatan berzina atau mencabul antara lelaki dan perempuan yang ada hubungan mahram (kekeluargaan). Sunat Perkara yang digalakkan untuk dilakukan, jika dilakukan akan mendapat pahala, jika ditinggalkan tidak mendapat dosa. Sunat Satu hukum dalam Islam. Hukum perbuatan ; jika dilakukan dapat pahala dan ditinggalkan tidak berdosa. Syahid Mati kerana berperang di jalan Allah Syarat Ketentuan yang mesti dipatuhi. Syirik Menyekutukan Allah dengan makhluknya sama ada dari segi zat, sifat, atau perbuatanNya. Syukur Berterima kasih / Sikap berterima kasih hambaNya di atas pemberian Allah melalui hati, lidah dan anggota badan Syura Sesuatu keputusan berdasarkan suara ramai yang dianggotai oleh para cerdik pandai. Syurga Tempat pembalasan baik bagi orang yang melakukan kebaikan di Akhirat Taarif Pengertian. Taat Sentiasa menurut perintah Allah Tabuk Satu daerah di Utara Arab Saudi / Perang Tabuk berlaku pada 9 hijrah di antara tentera Rasulullah s.a.w dan tentera Rom. Tafakuf Merenung memikirkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Tahil Ukuran berat Tahyul Kepercayaan yang karut kepada sesuatu yang sebenarnya tiada. Takbur Bangga diri. Tamadun

Keadaan masyarakat yang diasaskan kepada kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi Taqwa Takut kepada Allah dengan mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya di mana jua berada Taqwim Kalendar Islam Tauhid al-asma wa as-sifat Meyakini bahawa hanya Allah sahaja yang memiliki nama- nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna dengan menyucikan Allah daripada segala sifat-sifat kekurangan dan sifat yang boleh menyerupai makhluk. Tauhid rububiyah Meyakini bahawa hanya Allah yang mencipta memiliki, menguasai, memelihara ,memerintah sekalian alam. Tauhid uluhiyah Meyakini bahawa hanya Allah yang berhak disembah, diibadati, dipatuhi, diminta pertolongan, digeruni dan dicintai. Tauhid Mengesakan Allah S.W.T. / Satu ilmu untuk mengesakan Allah S.W.T. Taurat Kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s Tawaduk Perasaan rendah diri Teleskop Alat yang berbentuk seperti tiub panjang dan mempunyai kanta di dalamnya untuk melihat objek yang sangat jauh.seperti bulan dan bintang. Tohmah Anggapan buruk terhadap seseorang sebelum mengetahui hal sebenar (fitnah). Tokoh Orang yang mempunyai kehebatan dalam sesuatu bidang Toleransi Bertolak ansur Ujub Perasaan megah diri/kagum dengan diri sendiri. Ulama Orang yang pakar dalam ilmu pengetahuan Islam Uzur syarie Orang yang dalam keadaan berhadas sama ada disebabkan keluar darah haid, nifas atau wiladah. Wahyu Kalamullah yang diutuskan kepada Nabi atau rasul melalui perantaraan Jibril a.s Wajib Perkara yang disuruh lakukan, jika dilakukan akan mendapat pahala, jika ditinggalkan mendapat dosa.

Zabur Kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s Zakat Fitrah Bahasa : Bersih/suci bertambah dan subur. Istilah : Mengeluarkan makanan asasi dengan kadar tertentu, diberikan kepada orang tertentu dengan syarat tertentu. Zakat Harta Bahasa : Bersih/suci bertambah dan subur. Istilah : Mengeluarkan sebahagian harta tertentu dengan kadar tertentu, diberikan kepada orang tertentu dengan syarat tertentu. Zakat Subur/bersih / Suatu kewajipan ( ibadat ) ke atas seorang Islam dengan mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada golongan tertentu dan syarat tertentu Zalim Tidak Meletakkan sesuatu di tempatnya yang sesuai. Zat Nama am yang menjadi hakikat sesuatu. Ziarah Lawatan/kunjungan ke sesuatu tempat Zikir Mengingati Allah dengan lidah dan hati. Zina Persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan Zuhud Sifat seseorang yang meninggalkan kepentingan dunia demi mencari kebahagiaan akhirat. Zul Faqar Nama sebilah pedang yang digunakan oleh Sayidina Ali bin Abi Talib Karamallah hu wajhah Zul-Nurain Yang mempunyai dua cahaya / Gelaran yang diberikan kepada Sayidina Uthman r.a kerana mengahwini dua puteri Rasulullah s.a.w ( Ruqiyah dan Ummi Kalthum r.a ).

Anda mungkin juga menyukai