Anda di halaman 1dari 11

Penawar kepada hati yang sakit adalah:

1. Membaca al Quran dan amalkan ajarannya. Fahamkan


maknanya. Jika tidak tahu bahasa arab maka baca terjemahan dan
tafsirannya dan amalkan.



2. Banyakkan bangun malam untuk solat tahajjud dan istighfar.
Sekurang-kurangnya lakukan solat tahajjud 2 rakaat kKerana hanya
orang-orang yang ikhlas akan sanggup bangun sepertiga malam.


3. Berpuasa sunat lebih-lebih lagi puasa yang wajib.


4. Berkumpul dengan orang-orang yang soleh iaitu apabila kita dekat
dengannya kita teringat untuk melakukan ibadat, membuat perkara-
perkara baik. Dalam ertikata lain apabila kita hampirinya atau dekat
dengannya. Kita teringat Allah.


5. Bersedekah atau infaq. Harta yang betul dan harta yang bermakna
adalah harta yang dinfaqkan. Orang yang bersedekah kerana Allah
adalah yang memiliki hati yang baik. Apabila kita berpendapatan
RM2000 sebulan. Kita infaq/sedekah sebahagian gaji kita sebanyak
rm100. Maka yang tinggal adalah RM100 kerana baki sebanyak RM1900
itu akan habis dan tidak memberi manfaat kecuali akan ditanya di
akhirat kelak ke mana kita belanjakannya.
Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga
0leh Allah
Tidak sedikit pun Allah
membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang
fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya
Kerana Allah teramat
mencintainya

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu
imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita
Allah seakan melepaskan kita
Kepada se0rang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan
kita

Jika Allah datangkan kesedaran
dalam diri
Supaya meninggalkan cinta
se0rang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu
mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus
dicari
Hargailah di atas kesempatan
yang Allah beri:)



Menurut ulama, hati terbahagi kepada 3:



Hati yang hidup Hati yang sihat iaitu orang yang berbuat amalan soleh
dan menjaga dirinya dari perbuatan dosa dan maksiat.


Hati yang sakit iaitu peringkat majoriti di kalangan manusia iaitu
orang-orang yang melakukan amalan soleh tetapi masih juga
melakukan perbuatan dosa, maksiat , jenayah dan kezaliman . Orang-
orang ini adalah orang yang rugi kerana apabila di akhirat, segala
pahalamya- pahalanya akan dimakan oleh dosa-dosanya sehingga
dosanya melebihi amalan pahala. Akhirnya ia dimasukkan ke dalam
neraka.



Hati yang mati iaitu orang-orang kafir dan munafiq, orang-orang yang
telah disampaikan ajaran Alquran dan Islam kepadanya tetapi ia
menolak dan mempersendakan Al Quran. Orang-orang ini kekal di
dalam neraka.

AHAD = SURAH AS SAJADAH
ISNIN = SURAH AR RAHMAN
SELASA = SURAH AL JUMUAAH
RABU = SURAH AL MUNAFIQUN
KHAMIS = SURAH AL INSAN
JUMAAT = SURAH AL
KAHFI,SURAH AD DUKHAN,SURAH
AS SAJADAH


Biodata ringkas dan salasilah Nabi Muhammad S.A.W.

Pedang Rasulullah S.A.W
BIODATA RASULULLAH SAW.

Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun
gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka
abah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa diah (lebih dikenali Halimah As-
Sa diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Tarikh Kewafatan: Hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 JUN 632m

Tempat Wafat: Madinah Al - Munawwarah
Usia: 63 tahun

Bentuk Fizikal: Baginda Digambarkan sebagai seorang yang tegap, Ketinggian
sederhana, Tidak Terlalu Tinggi Tidak Terlalu Rendah.
Baginda Berkulit Putih Kemerah merahan.
Wajahnya Tampan, Rambut Nabi S.A.W Tidak Terlalu Kerinting Tidak Terlalu Lurus,
Rambutnya Ikal dan Mencecah Bahu.
Kata-kata Baginda Lembut tetapi Bernada Tegas.
Baginda Memiliki bola mata yang Hitam Pekat, Bulu Mata Yang Lentik serta Bahu
Yang Lebar, Dada Baginda Berbulu, Telapak Tangan Dan Kaki Baginda tebal.
Ketika Berjalan, Baginda Seakan - akan Berjalan Menuruni Tanah Yang Lanai.
Ketika Menoleh,Baginda Menoleh(berbalik) Dengan Seluruh Badan.
Diantara kedua Bahu Baginda Terdapat Tanda Kenabian.

Warna Kegemaran: Merah, Hijau, Putih

Makanan Kegemaran: Bali, buah kurma, buah tin dan buah anggur.

Sukan: Menunggang Kuda, Memanah Dan Berenang.




USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua - ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1,
halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau
15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan
mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang
Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan
penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu
tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam ah
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin '- Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra

ANAK TIRI RASULULLAH.

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah
adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN.
1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL
MUTTALIB)
Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah - (**)
Al - 'Abbas - (**)
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
Abdul Ka bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
'Atiqah - (#)
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam)

(**) - Sempat masuk Islam.
(#) - Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah
mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-
samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas RA)




















SOLAT JAMAK

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan
Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :


Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu
Maghrib.

Syarat Jamak Takdim :

i.
Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar
dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.




Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada
Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :

i.
Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya
hingga ke waktu yang kedua.
ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.





SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan
ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :


Musafirnya tidak bertujuan maksiat.

Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km

Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram

Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)

Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya

Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya

Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan
semasa dalam musafir boleh di qada'

Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya


Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :


Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.






HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali.
Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh
melakukan di antara satu yang berikut :



Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar


Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :


Niat Jama' Taqdim dan Qasar :


i.
Solat Zohor dan Asar.


Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa
menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.
Solat Maghrib dan Isya'


Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat
jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala



Niat Jama' Takhir dan Qasar:


i. Solat Zohor dan Asar


Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'


Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Anda mungkin juga menyukai