Anda di halaman 1dari 12

Biodata ringkas dan salasilah Nabi Muhammad S.A.W.

BIODATA RASULULLAH SAW.


Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT
bagi menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk
"Menyempurnakan Akhlak" (Makarrimal Akhlak) manusia. Nabi Muhammad SAW
merupakan keturunan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim.
Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena
peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka abah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa diah (lebih dikenali Halimah As-Sa diah.
Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Tarikh Kewafatan: Hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 JUN 632m

Tempat Wafat: Madinah Al - Munawwarah
Usia: 63 tahun

Bentuk Fizikal: Baginda Digambarkan sebagai seorang yang tegap, Ketinggian sederhana, Tidak
Terlalu Tinggi Tidak Terlalu Rendah.
Baginda Berkulit Putih Kemerah merahan.
Wajahnya Tampan, Rambut Nabi S.A.W Tidak Terlalu Kerinting Tidak Terlalu Lurus, Rambutnya
Ikal dan Mencecah Bahu.
Kata-kata Baginda Lembut tetapi Bernada Tegas.
Baginda Memiliki bola mata yang Hitam Pekat, Bulu Mata Yang Lentik serta Bahu Yang Lebar, Dada
Baginda Berbulu, Telapak Tangan Dan Kaki Baginda tebal.
Ketika Berjalan, Baginda Seakan - akan Berjalan Menuruni Tanah Yang Lanai. Ketika
Menoleh,Baginda Menoleh(berbalik) Dengan Seluruh Badan.
Diantara kedua Bahu Baginda Terdapat Tanda Kenabian.

Warna Kegemaran: Merah, Hijau, Putih

Makanan Kegemaran: Bali, buah kurma, buah tin dan buah anggur.

Sukan: Menunggang Kuda, Memanah Dan Berenang.




USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah
kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan
dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
bertemu ketua - ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di
kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-
187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada
orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain
pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40
tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam ah
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin '- Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra

ANAK TIRI RASULULLAH.

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind
bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN.
1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah - (**)
Al - 'Abbas - (**)
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
Abdul Ka bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
'Atiqah - (#)
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam)

(**) - Sempat masuk Islam.
(#) - Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas RA)


Pengalaman bekerja Rasulullah:

Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga
membantu bapa saudaranya.
Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda
sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain
kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau
terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua
bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga
yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti
memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi
seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti.
Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi
gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:

Berkata benar (siddiq)
Boleh dipercayai (amanah)
Penyampai ajaran Islam (tabliq)
Bijaksana (fatanah)
Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika
Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan
dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian
yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut
untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan
kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi
hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung
Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:

Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610
M)
Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu
yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat
Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan
kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:

Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi Bacalah dengan
menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia
dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa
yang tidak diketahuinya.
Pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu
berkata:Bacalah! (Iqra). Lalu Rasulullah menjawab; Saya tidak pandai
membaca. Lalu kata beliau:Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis
tenagaku." Kemudian dilepaskannya aku dan dia berkata pula: Bacalah! Tetapi
aku jawab: Aku tidak pandai membaca! Lalu dipagutnya pula aku sampai habis
pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: Bacalah!, yang
ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah
menjadikan, sampai kepada ujung Yang telah mengajarkan kepada manusia apa
yang dia tidak tahu. Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun
ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau
berkata: Selimutilah aku, selimutilah aku. (Zammiluuni, zammiluuni). Maka
segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu
hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: Hai Khadijah, apakah yang telah
terjadi atas diriku ini? Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu,
akhirnya beliau berkata: Aku ngeri atas diriku.

Begitulah kisah dan biodata Nabi kita..... Semoga kita belajar dan mengingati sirah dan sunnah Nabi
supaya menjadi amalan dan panduan dalam hidup kita....

Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan baginda.
Bincangkan.
Pendahuluan :
1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.
2. Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan ( 16 Ogos 610M ) iaitu srah Al Alaq dan
dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.
3. Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga
tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang
Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya
membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani.
4. Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al-Quran. Baginda
bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang
disegani.
Isi :
Kepemimpinan Nabi :
Sebagai Pemimpin Agama :
1. Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat
terpuji ).
2. Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
3. Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi
menunjukkan sifat sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada
ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi
tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
4. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa
kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT
5. Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu
ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan
antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis.
6. Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al Quran dan hadis
Sebagai Pemimpin Politik :
1. mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.
2. Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan
pertelingkahan antara ketua ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu
meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah.
3. Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu
dan dua
4. Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah
5. Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke Habsyah dan Mesir.
6. Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang
secara kolektif.
Sebagai Pemimpin Tentera :
1. menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan
2. menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda
3. akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.
4. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt
5. Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
6. Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara
adil kepada kawan kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang
sudah lari dari medan perang atau kaum kaum yang lemah.
7. Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islanm.
8. Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
o Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
o Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang
o Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati.
o Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
o Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
o Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
o Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
o Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
o Patuh kepada ketua.
o Tidak boleh lari dari medan peperangan.
o Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.
Sebagai Pemimpin Masyarakat :
1. berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
2. Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah
dan bantu membantu kea rah kebaikan.
3. Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
4. Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
5. Menaikkan taraf wanita .
6. Menghapuskan batas batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin,
Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ).
7. Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing masing.
8. Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing contohnya
Sad bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sad bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah
terbukti kesalahan bani Quraizah, Sad bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai
kedudukan bani Quraizah
Ketua Hakim :
1. Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.
2. Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
3. Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap
pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi.
Sebagai Perancang Ekonomi :
1. Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat
Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
2. Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi
Kesimpulan :
1. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul
tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, social, ekonomi dan pertahanan.
2. Kepimpinan nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.
3. Tips Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah, Contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan
yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama penyuluh buat segenap manusia. Apa yang terbaik adalah
berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Mendidik anak-anak
mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, antaranya adalah:
4. 1. Umur anak-anak 0-6 tahun (Kasih Sayang)
5. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak
berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap
setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
6. Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang
boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka
kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
7. Umur 1 tahun anak dah mula belajar perbagai benda, kadang banyak yang anak lakukan itu silap, misalnya
tumpahkan air susu, buang makanan dalam pinggan, sepah barang dan sebagainya. Peringkat ini kena banyak sabar.
8. Anak saya 1 tahun 4 bulan, nak makan tak mau mama suap, dia nak makan sendiri, bila suap sendiri mesti tumpah
atau sepah atas lantai. Naik angin juga bila selalu macam tu, waktu ni kita kena sabar.
2. Umur anak-anak 7-14 tahun. (latih displin diri dan tanggungjawap)
9. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith
Abu Daud,
Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka
kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka
(lelaki dan perempuan).
10. Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian
muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.
11. Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah
masa terbaik bagi kita dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.
12. 3. Umur anak-anak 15- 21 tahun (Kawan dengan Anak anak)
13. Inilah umur remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan
BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara atau masalah
yang mereka hadapi, jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang
tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain.
14. Kesannya, tiada orang ketiga atau asing akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar
masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan
semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
15. 4. Umur anak 21 tahun dan ke atas- (Cuba beri kepercayaan dan beri keyakinan jaga diri)
16. Umur ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi
KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi
doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar
di luar rumah. InshaAllah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri
buat mereka.
17. Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali
terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.
18. Paling penting saya ingin sarankan ialah DOA PADA ANAK ANAK, Doa ibubapa amat mustajab, doa anak jadi soleh
solehah dan masuk syurga. Tetapkan matlamat hidup pada anak anak, iaitu jadi hamba Allah yang taat dan syurga
matlamat akhir kita.
Didik Anak Cara Rasulullah s.a.w
Apa yang cuba saya kongsikan di dalam artikel kali ini adalah kaedah mendidik anak mengikut garis panduan Islam.

Mungkin ia kelihatan sedikit terkebelakang jika mahu dibandingkan dengan pelbagai kaedah moden yang wujud pada
zaman ini untuk mendidik anak. Tapi saya percaya sebagai orang Islam, cara yang diunjurkan Nabi SAW ini adalah
sebenarnya yang terbaik untuk kita amalkan.

1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun

Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang
yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan.

Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak.
Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar
mereka. Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing
sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa)
selalu ada di sisi mereka setiap masa.

2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun

Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada
peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu
Daud;

Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana
meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan
perempuan).

Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri
mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah.

Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka
Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa
terbaik bagi kita dalam memprogramkan syakhsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa
sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.

3) Umur anak 15 hingga 21 tahun

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ingin mencuba. Pada tahap ini, sebaiknya
ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka.

Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan,
berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan haid dan perasaan ketika itu.

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik
atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi
walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau asing akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah.
Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan
keseronokan ada di rumah bersama keluarga.

4) Umur anak 21 tahun dan ke atas

Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat
keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah
betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.

Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu
bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-
anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.

Bimbing cita-cita anak seiring sifat taqwa

Menentukan matlamat untuk memiliki cahaya mata dan ciri-ciri takwa serta kepemimpinan sudah dikupas, seterusnya mari
melihat bagaimana matlamat murni itu boleh kita selari dengan cita-cita anak pula.

Jika dikenang kembali, sejak kecil lagi kita sering ditanya cita-cita atau apa kita nak jadi apabila dewasa kelak. Antara
jawapan popular dulu ialah ingin menjadi polis atau askar. Jawapan itu nanti kemudian disahut oleh ibu dengan saranan
supaya anak menjadi doktor.

Kata ibu, jika ibu sakit nanti anak boleh merawat. Ayah pula bersuara, jadilah peguam dengan alasan untuk membela orang
yang tidak bersalah dan mendakwa orang bersalah demi menegakkan keadilan.

Ada kala nenek pula menyampuk, supaya cucu memilih profesion guru untuk mendidik generasi selain banyak cuti dan
boleh meluangkan masa bersama keluarga. Sebagai anak kecil yang kurang faham erti dunia sebenar pada waktu itu, kita
hanya mengiyakan kata-kata mereka.

Dalam senyap mungkin kita mengubah cita-cita atau bertegas dengan impian dan tidak kurang juga keliru menentukan hala
tuju. Namun, perbualan berkenaan cita-cita hanya tinggal sebagai perbualan dan akhirnya masa depan diputuskan oleh
kelayakan serta keputusan akademik kita.

Lantas timbul beberapa konflik iaitu antara bidang diambil tidak selari dengan minat dan kecenderungan, belajar sekadar
segulung sijil atau ijazah, belajar asal lulus, bermotivasi rendah dan lebih malang lagi berasa bosan disebabkan terbeban
dengan pelajaran.

Inilah cerita sebahagian kita atau generasi yang masih di dunia persekolahan atau di menara gading. Sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab dan amanah, adakah kita selesa jika situasi ini berterusan mewarisi kehidupan anak kita.

Kita boleh melakukan sesuatu supaya anak berasa dirinya sangat bernilai dan mampu memperjuangkan sesuatu yang
bermakna dalam hidup. Apa yang diperjuangkan anak kita selari dengan cita-cita dan kecenderungannya.

Malah, lebih menarik lagi jika anak ini mengetahui proses mencapai cita-cita bermakna mereka sedang merealisasikan
matlamat unggul ibu bapa iaitu menghimpun takwa dalam dirinya seterusnya mengembangkan kepemimpinan dirinya.

Seterusnya, sebagai ibu bapa kita bersama mencari jalan membantu anak mengorak langkah supaya cita-cita, sifat
kepemimpinan dan takwa seiring. Cara terbaik adalah mengaitkan cita-cita anak dengan apa yang mereka boleh beri
bukan hanya apa yang mereka terima.

Seorang doktor perubatan akan merawat serta berikhtiar mengurangkan kesengsaraan serta menyelamatkan nyawa. Inilah
konsep memberi, bukan memikirkan pendapatan lumayan, sanjungan atau ganjaran lain yang termasuk dalam konsep
terima.

Islam menjelaskan kepada kita bahawa tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah, bermaksud keupayaan
memberi lebih mulia daripada menerima. Keupayaan memberi menjadikan seorang insan itu bersifat tekun, bertindak bijak,
memupuk sikap penyayang dan bertanggungjawab.

Berbeza keupayaan menerima, antara perkara negatif yang mungkin timbul adalah menjadikan insan itu individu yang
tamak, kurang bersyukur, malas berusaha, memupuk budaya mengharapkan orang lain dan sebagainya.

Justeru, apabila membincangkan mengenai cita-cita, perkara perlu diutamakan apakah manfaat yang kita boleh beri pada
orang lain atau dunia kita.

Langkah seterusnya adalah melihat nilai beri seperti doktor yang merawat dan berikhtiar mengurangkan kesengsaraan
dengan keredaan Allah SWT, secara tidak langsung menerapkan ciri-ciri takwa dalam diri doktor.

Pada masa sama, perjuangan doktor juga meneruskan dakwah rasul dari aspek kesihatan supaya umat manusia sentiasa
memelihara salah satu daripada lima asas pembinaan syariah iaitu kesejahteraan diri.

Apa juga cita-cita tersemat dalam hati anak atau diatur ibu bapa, matlamat kerjaya dipilih perlu jelas iaitu memberi khidmat
dalam bidang diceburi untuk manfaat semua serta mendapat keredaan Allah SWT.

Cara membina kepercayaan anak

Nabi Muhammad SAW memulakan strategi pembentukan masyarakat dengan langkah pertama membentuk hala tuju anak-
anak, generasi paling muda dalam masyarakat Islam, di samping membina personaliti unggul sahabat.

Antara langkah yang didahulukan Baginda SAW dalam pembentukan anak adalah memfokuskan enam aspek perkembangan
individu manusia secara berperingkat dan langkah demi langkah dengan tertib sekali.

Enam aspek ini adalah perkembangan emosi, akidah, ibadah, akhlak, seksualiti dan sosial secara berturutan tanpa
melangkau dan melepasi manamana tahap.

Rasulullah memulakan sentuhan keramatnya dalam pembentukan generasi dengan membentuk emosi yang sejahtera dan
terus hidup subur.

Baginda muncul dengan watak peramah, murah senyum dan mesra kanakkanak, penyayang dan mencintai anak, sehingga
menurut beberapa riwayat, Nabi Muhammad SAW sering bergurau dan memberi salam kepada anak.

Abdullah bin Salam, salah seorang ketua pendeta Yahudi, pada zaman Nabi mengucap syahadah hanya dengan melihat
penampilan Nabi SAW ketika Baginda turun dari unta sebaik tiba di Madinah semasa hijrah.

Menunjukkan betapa penampilan manusia mendatangkan kesan pada jiwa dan emosi seseorang. Sebagai ibu bapa,
pembinaan emosi ini sudah tentu kukuh terbina dalam jiwa anak.

Malang sekali pada hari ini, kita lebih banyak memikirkan emosi sendiri berbanding mengambil peluang untuk membantu
mengukuhkan emosi anak, kita cepat melenting, marah dan mengherdik mereka.

Kembangkan emosi anak Mengembangkan emosi anak juga bermakna mampu merasai apa yang mereka rasa dan mampu
menjiwai perasaan anak.

Rasulullah pernah berpesan kepada Abdullah bin Abbas yang pada saat itu masih kecil lagi dengan sabdanya, aku
mengasihimu dan sentiasalah kamu bertahajud. Jelas ucapan Nabi Muhammad menunjukkan Nabi mengasihinya dan
arahan bertahajud itu adalah untuk kebaikan anak itu, iaitu pelaburan bagi anak itu yang paling berguna di akhirat nanti.

Selain kasih sayang adalah kepercayaan kepada mereka, kita memberi kepercayaan dan keyakinan bahawa mereka mampu
melakukan sesuatu dan memberi mereka peluang untuk melakukan kesilapan di samping bimbingan serta pemantauan
tanpa jemu sehinggalah anak ini benar-benar menguasai sesuatu kemahiran.

Rasulullah SAW pernah membimbing seorang anak yang silap melapah daging, kemudian Baginda meminta anak itu beralih
tempat untuk Baginda menunjukkan cara melapah terbaik buat anak itu dengan penuh tanda hormat dan kasih.

Sebagai ibu bapa marilah kita berterusan membimbing anak kita, malah dari sudut pelaksanaan solat dan tempoh
membimbing anak solat adalah tiga tahun. Dalam tempoh itu, bimbinglah mereka tatacara solat yang betul, menjadikan
solat sebagai budaya dan ibu bapa perlu menerima jika anak melakukan kesilapan.

Inilah cara membina kepercayaan dalam diri anak, keyakinan dengan diri sendiri dan keyakinan juga bagi ibu bapa untuk
anak membudayakan solat dalam hidupnya.

Penghargaan kepada anak juga adalah sebahagian daripada sentuhan emosi buat anak. Penghargaan adalah aspek di mana
ibu bapa melahirkan rasa bangganya diri mereka dengan apa yang dilakukan oleh anak, memberitahu betapa kita bertuah
mempunyai anak sepertinya.

Ucapan terima kasih, memohon maaf adalah antara cara kita menghargai anak, selain memberi hadiah, pelukan bangga,
senyuman syukur dan sebagainya.

Pernah satu hari ketika Rasulullah bersama sahabatnya, datang puterinya, Fatimah yang ketika itu masih kecil, lantas
Baginda berdiri memeluknya dan memberi tempat duduknya kepada anak perempuannya.

Bayangkan betapa layanan Baginda terhadap anak perempuannya itu adalah satu penghargaan yang agak asing kerana
budaya Arab pada ketika itu adalah memberi layanan buruk terhadap anak perempuan.

Kejayaan hasil dorongan keluarga

Kajian di Barat mendapati bahawa majoriti atlet sukan yang berjaya, mendapat dorongan dan galakan daripada keluarga
masing-masing.

Menguatkan emosi anak adalah dengan cara meredakan dan merawat rasa takut anak. Ada yang takut binatang kecil
seperti lipas dan cicak atau cerita hantu dan sebagainya, maka sebagai ibu bapa yang prihatin memperkasakan emosi anak
ini dengan cara lebih mengetahui apa yang ditakuti.

Pernah terjadi pada zaman Nabi Muhammad SAW, cucu Baginda Hasan dan Husin takut apabila berdepan dengan seekor
ular besar, maka Baginda SAW menghalau ular itu dan kemudian menenangkan Hasan dan Husin dengan cara menyapu
wajah kedua-dua cucunya, dibacakan doa dan kemudian diberi kata-kata semangat serta mendukung kedua-duanya.

Ada antara kita pula mengambil peluang untuk mengejek serta memperlekehkan anak dengan perkara yang ditakutinya
tanpa kita sedari kita melepaskan peluang untuk mengukuhkan emosi anak.

Demikianlah bagaimana kita boleh membantu membangunkan aspek terpenting dalam diri anak iaitu aspek emosi mereka.

Anda mungkin juga menyukai