Anda di halaman 1dari 11

SIRAH TAHUN 3

SIRAH TAHUN 3

PELAJARAN 1: Nasab Nabi Muhammad saw

UNIT 1: Kemuliaan bangsa Quraisy

Keturunan Nabi Muhammad saw berasal dari Nabi Ismail. Arab Quraisy adalah satu bangsa
yang mempunyai sifat peramah dan menepati janji serta mempunyai keazaman yang kuat.
Muhammad bererti yang terpuji. Baginda diputrakan/dilahirkan di Kota Mekah. Ibunya
bernama Aminah binti Wahab. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib dari
keturunan bangsawan Quraisy, satu keturunan dari semulia-mulia kaum di Mekah.

MARI BERPANTUN

Lahirnya Muhammad di Kota Mekah,

Bulan Rabiul’Awwal tahun gajah,

Hari isnin subuh yang suci,

Membawa rahmat bersama berkah.

Nama Muhammad ertinya terpuji,

Arab Quraisy adalah keturunan baginda,

Menjadi rasul dan juga nabi,

Membawa sinaran kepada alam semesta.

Ismail Ibrahim asal keturunan,

Abdullah bin Abdul Mutalib adalah bapanya,

Membawa pekerti dan kemuliaan,

Aminah binti Wahab adalah ibunya.

Baginda wafat di Kota Madinah,

Semua sahabat berduka cita,

Baginda meninggalkan Al-Quran dan Sunnah,

Sebagai panduan umat tercinta.

1
SIRAH TAHUN 3

Pertemuan nasab bapa dan ibu Nabi Muhammad saw

2
SIRAH TAHUN 3

PELAJARAN KEDUA: Peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad saw

UNIT 1: Peristiwa sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw

Sebelum Nabi Muhammad saw dilahirkan, ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib telah
meninggal dunia ketika baginda didalam kandungan ibunya. Bapanya telah dikebumikan di
Yastrib yang kemudiannya digantikan dengan nama Madinah.

Tahun kelahiran nabi Muhaammad saw dinamakan tahun gajah kerana pada tahun itu,
tentera yang diketuai oleh Abraha telah pergi ke Mekah dengan menunggang gajah untuk
meruntuhkan kaabah. Tentera Abraha itu telah dimusnahkan oleh burung ababil yang
membawa batu dan dilemparkan kepada Abraha dan tenteranya. Tentera Abraha yang
terkena batu itu musnah. Ada yang mati dikawasan Mekah dan ada pula yang mati di negeri
Sonaah, Yaaman termasuk Abraha sendiri. Demikianlah bukti kekuasaan Allah boleh
memusnahkan manusia dengan binatang yang kecil sahaja.

UNIT 2: Peristiwa semasa kelahiran Nabi Muhammad saw

Nabi Muhammad saw telah dilahirkan di pagi hari isnin 12 Rabiul’Awwal Tahun Gajah,
bersamaan bulan April 571 Masihi. Baginda dilahirkan di Mekah. Semasa Aminah melahirkan
Nabi Muhammad saw keluar cahaya bersamanya menerani istana-istana dibumi Syam.
SubahanAllah, inilah kemuliaan Nabi Muhammad saw. Kita sebagai umatnya harus
mengambil ikhtibar dari peristiwa tersebut.

UNIT 3: Peristiwa selepas kelahiran Nabi Muhammad saw

Selepas Nabi Muhammad saw dilahirkan, baginda disusukan oleh Tsuwaibah Aslamiah.
Kemudian baginda disusukan dan di asuh pula oleh Halimatus Sa’diah sehingga berumur 4
tahun. Semasa jagaan Halimatus Sa’diah, berlaku peristiwa dada Nabi Muhammad saw telah
dibelah oleh malaikat Jibril untuk membersihkan hati baginda daripada sifat-sifat yang
buruk.

Ketika umur baginda 6 tahun, ibunya wafat di Abwa sewaktu dalam perjalanan balik ke
Mekah selepas balik menziarahi kubur bapanya di Madinah. Ketika Nabi Muhammad saw
berumur 8 tahun, datuknya Abdul Mutalib bin Hashim pula telah meninggal dunia.

Nabi Muhammad saw digelar Al-Amin kerana budi pekerti baginda yang terpuji seperti
benar, amanah, malu, sopan santun dan lemah lembut.

Pengajaran dari peristiwa kelahiran Nabi Muhammad saw:

1. Bergaul dengan budi pekerti yang mulia.


2. Mencontohi akhlak Rasullah saw
3. Berselawat keatas Nabi Muhammad saw.
3
SIRAH TAHUN 3

PELAJARAN 3: Akhlak Nabi Muhammad saw

UNIT 1: Akhlak Nabi Muhammad saw Ketika kanak kanak

Nabi Muhammad saw dibesarkan diperkampungan Bani Saad yang terletak diluar Kota
Mekah. Kaum Bani Saad terkenal dengan kefasihan berbahasa arab berbanding dengan
khalifah yang lain.

Di Syam Nabi Muhammad saw belajar menjadi seorang yang berbudi pekerti mulia, hidup
berdikari, menguasai bahasa arab dengan baik seterusnya terhindar daripada kerosakkan
masyarakat Kota Mekah.

UNIT 2: Akhlak Nabi Muhammad saw ketika remaja

Nabi Muhammad saw seorang yang berani. Baginda juga seorang yang amanah dan boleh
dipercayai sehingga digelar “Al-Amin” oleh penduduk Mekah. Nabi Muhammad saw
dilindungi oleh Allah Taala daripada perkara maksiat seperti hiburan yang diharamkan dan
maksiat-maksiat lain.

UNIT 3: Akhlak Nabi Muhammad saw ketika dewasa

1. Nabi Muhammad saw seorang yang bijaksana dalam urusan dakwah dan negara.
2. Nabi Muhammad saw seorang yang berani dalam peperangan.
3. Nabi Muhammad saw seorang yang jujur dalam urusan perniagaan.
4. Nabi Muhammad saw sangat menyayangi kanak-kanak dan menghormati orang yang
lebih tua.

UNIT 4: Mendapat gelaran AL-AMIN

Nabi Muhammad saw mendapat gelaran Al-Amin kerana sifat baginda yang bercakap benar,
jujur, amanah dan berbudi pekerti mulia.

HAJRUL ASWAD

Selepas kaabah dilanda banjir dan ketika itu Nabi Muhammad saw berumur lebih kurang 35
tahun, orang Quraisy telah sepakat untuk memperbaiki semula kaabah. Setelah siap
membaiki kaabah dan hanya tinggal hajrul aswad sahaja yang belum diletakkan ketempat
asalnya yaitu dipenjuru sebelah timur kaabah, berlaku pertelingkahan antara ketua kabilah
bagi menentukan orang yang paling layak meletakkan hajrul aswad ketempat asalnya.

4
SIRAH TAHUN 3

Maka Umaiyah bin Almughiro, seorang ketua kaum quraisy yang paling tua dan di hormati
memberi cadangan, ‘sesiapa yang mula-mula memasuki pintu MasjidilHaram, maka orang
itu yang mengadili perkara itu. Dengan kekuasaan Allah pada keesokkan paginya, orang
ramai melihat Nabi Muhammad saw lebih dahulu memasuki pintu Masjidil Haram.

Maka pada hari itu mereka berkumpul dan memutuskan Nabi Muhammad saw adalah orang
yang berhak mengadili pertelingkahan bagi meletakkan Hajrul Aswad ditempat asalnya.
Nabi Muhammad saw dengan lemah lembut dan sopan santun serta adil telah meminta
sehelai kain dan baginda meletakkan Hajrul Aswad diatasnya. Kemudian Nabi Muhammad
saw meminta semua ketua kaum memegang penjuru kain dan mengangkatnya bersama-
sama.

Sifat-sifat yang wajib bagi Nabi Muhammad saw :

1. Siddiq – Benar
2. Amanah – Jujur
3. Tabligh – Menyampaikan
4. Fatonah – Bijaksana

Nabi Muhammad saw seorang yang :

1. Mempunyai fikiran yang cerdik, bersangka baik


2. Sabar diatas segala kesusahan dan rintangan
3. Seorang yang zuhud
4. Bersifat lemah lembut kepada anak yatim, simpati kepada orang miskin, memelihara
janji dan tidak pernah memungkirinya.

Akhlak Nabi Muhammad saw :

1. Bercakap benar
2. Murah hati
3. Penyayang
4. Bijak pergaulan
5. Belas kasihan
6. Lemah lembut
7. Suka menolong
8. Tahan susah
9. Dermawan
10. Berani
11. Menepati janji
12. Pemaaf
13. Pemalu
5
SIRAH TAHUN 3

14. Beradap

PELAJARAN KEEMPAT : Pekerjaan Nabi Muhammad saw

UNIT 1 : Nabi Muhammad saw mengembala kambing

Selepas kematian ibu dan datuknya, Nabi Muhammad saw tinggal dengan bapa saudaranya
yang bernama Abu Mutalib. Nabi Muhammad saw bekerja mengembala kambing
kepunyaan penduduk Mekah. Baginda menerima upah yang mencukupi untuk menampung
kehidupannya.

UNIT 2 : Nabi Muhammad saw berniaga

Nabi Muhammad saw pergi ke Syam ketika berumur 12 tahun untuk berniaga bersama bapa
saudaranya yang bernama Abu Mutalib. Ketika berumur 25 tahun Nabi Muhammad saw
sekali lagi pergi ke Syam untuk berniaga disana. Kali ini baginda menjadi ketua rombongan
dengan membawa barang dagangan kepunyaan Khadijah.

Nabi Muhammad saw berniaga dengan ditemani oleh khadam Khadijah bernama Maisarah.
Baginda berniaga di Syam dengan jujur dan mendapat keuntungan yang besar.

Nabi Muhammad saw mendapat hasil yang banyak didalam perniagaan kerana baginda
sentiasa mengamalkan sifat jujur dan mesra dengan pelanggan.

6
SIRAH TAHUN 3

PELAJARAN KELIMA : Kehidupan bermasyarakat Nabi Muhammad saw

UNIT 1 : Cara pergaulan Nabi Muhammad saw

Nabi Muhammad saw adalah seorang yang mempunyai budi pekerti mulia dan akhlak yang
terpuji. Nabi Muhammad saw boleh bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada
orang islam atau bukan islam, orang biasa atau hamba, orang kaya atau miskin,
menghormati orang yang lebih tua dan menyanyangi remaja serta kanak-kanak.

Baginda juga menguasai semua pertuturan Arab. Semua penduduk Tanah Arab
menghormati peribadi Nabi Muhammad saw.

Nabi Muhammad saw memiliki sifat lemah lembut, penyayang dan pengasih terhadap
seluruh makhluk Allah swt. Baginda baik pergaulan dengan sahabat dan mendengar
pendapat mereka. Di dalam peperangan Khandak, Nabi Muhammad saw telah menerima
cadangan seorang sahabat yang bernama Salman Al Fararji untuk mengali parit semasa
peperangan tersebut.

UNIT 2: Pergaulan Nabi Muhammad saw dengan sahabat

Semasa peperangan Badar, Nabi Muhammad saw pada mulanya mengambil keputusan
untuk berkhemah dikawasan yang mempunyai mata air. Mata air tersebut adalah tempat
yang awal ditemui dalam perjalanan dari Madinah. Seorang sahabat yang bernama Al’Hubab
bin Al’Munzir bertemu Nabi Muhammad saw dan bertanya “ Wahai Nabi Allah! Adakah
tempat ini tuan pilih kerana helah perang atau pun arahan dari Allah yang tidak boleh
ditukar lagi?

Baginda bersabda “ Sebenarnya ini ialah pandanganku dan helah didalam peperangan
sahaja”. Jawab Nabi Muhammad saw. Lalu Al’Hubab memberikan pendapatnya kepada Nabi
Muhammad saw supaya khemah itu didirikan dihadapan punca air tersebut. Oleh itu,
tentera islam mempunyai bekalan air cukup dan tentera musuh tidak dapat air tersebut.

Nabi Muhammad saw bersetuju dengan cadangan Al’Hubab lalu mengarahkan tentera-
tentera islam bergerak kehadapan daripada tempat mata air. Akhirnya tentera islam
mendapat kemenangan. Walaupun Al’Hubab seorang tentera biasa, perancangannya baik
membolehkan tentera islam dapat mengalahkan musuh. Nabi Muhammad saw menghargai
apa juga pendapat daripada sahabat-sahabat baginda.

7
SIRAH TAHUN 3

Sifat mulia Nabi Muhammad saw Ketika bergaul :

1. Memuliakan orang lain


2. Jujur dalam bicara
3. Menerima pendapat orang lain
4. Merendah diri
5. Berlapang dada
6. Tidak memalukan orang
7. Tidak memotong percakapan orang
8. Berkata baik
9. Memanggil dengan panggilan yang baik

Nama-nama sahabat Nabi Muhammad saw dijamin masuk syurga :

1. Abu Bakar Ash-Shiddiq


2. Umar bin Khattab
3. Utsman bin Affan
4. Ali bin Abi Thalib
5. Thalhah bin Ubaidillah
6. Zubair bin Awwam
7. Abdurrahman bin Auf
8. Sa’ad bin Abi Waqqas
9. Sa’id bin Zaid
10. Abu Ubaidillah Amir bin Jarrah

Akhlak seorang muslim :

1. Berjabat tangan apabila bertemu dengan seseorang


2. Jangan bersifat sombong sesame manusia
3. Bersifat Ehsan kepada semua makhluk Allah
4. Amalkan memberi salam “assalamualaikum” apabila bertemu dengan sahabat

8
SIRAH TAHUN 3

PELAJARAN KEENAM : Rumah Tangga Nabi Muhammad saw

UNIT 1: Sifat mulia Nabi Muhammad saw dalam berkeluarga


Nabi Muhammad saw berkahwin ketika berumur 25 tahun dengan Khadijah. Kehidupan
rumah tangga Nabi Muhammad saw di penuhi dengan kasih sayang. Keadaan ini berbeza
dengan bangsa Arab Quraisy suka merendah dan menghina isteri-isteri mereka.
Walaupun Rasullah saw beristerikan seorang hartawan, Nabi hidup secara serdahana sahaja.
Baginda suka membantu golongan yang lemah dan fakir miskin. Rumah baginda sentiasa
dikunjungi oleh orang yang memerlukan pertolongan.
Nabi Muhammad saw sentiasa berlemah lembut dan bersopan santun ketika berbicara
dengan keluarga. Baginda suka bergurau senda dengan isteri, anak dan cucunya. Sepanjang
perkahwinan Nabi Muhammad saw Bersama Khadijah, Baginda dikurniakan 2 orang anak
lelaki dan 4 orang anak perempuan.

UNIT 2 : Sifat mulia Nabi Muhammad saw terhadap isterinya


1) Nabi Muhammad saw sentiasa bersopan santun dan berlemah lembut Ketika
berbicara dan tidak suka menyusahkan orang lain.
2) Nabi Muhammad saw sentiasa bergurau senda dengan isteri-isteri Baginda.
3) Nabi Muhammad saw bersifat sabar terhadap isterinya.
4) Nabi Muhammad saw sering membantu isteri-isterinya membuat kerja rumah dan
hidup secara sederhana.
5) Antara pekerjaan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw ialah menampal kasut,
menjahit baju sendiri dan pergi ke pasar membeli barang-barang keperluan keluarga.

Isteri- isteri Nabi Muhammad saw


1) Khadijah binti Khuwailid
2) Saudah binti Zam’ah
3) Aisyah binti abu Bakar As-Siddiq
4) Hafsah binti Umar
9
SIRAH TAHUN 3

5) Zainab binti Khuzaimah


6) Hindun Ummu Salamah binti Umai’yyah Al Mahzumi’yyah
7) Zainab binti Jahsy
8) Juwairiy’yah binti Al Harith
9) Ummu Habibah Ramlah binti Abi Sufyan
10) Sofiyyah binti Huyay
11) Maimunah binti Harith

Anak-anak Nabi Muhammad saw


1) Al- qasim
2) Zainab
3) Ruqaiyah
4) Ummu Kalthum
5) Fatimah
6) Abdullah
7) Ibrahim

Antara cucu-cucu Nabi Muhammad saw


1) Hassan
2) Hussien
3) Umarmah
Nabi Muhammad saw selalu bermain dengan cucu-cucunya dan cucu-cucu baginda pernah
duduk diatas belakang baginda. Pada waktu terluang Nabi Muhammad saw bermesra dan
bermanja-manja dengan mereka.

UNIT 3 : Sifat mulia Nabi Muhammad saw terhadap mertua


1) Nabi Muhammad saw melayan mentua dengan baik dan sopan.
2) Nabi Muhammad saw menghormati mentuanya seperti Saidina Abu Bakar dan Umar
Ibnu Khattab r.a
3) Nabi Muhammad saw melayan mentua dengan penuh kemesraan.
4) Nabi Muhammad saw melayan mertua seperti seorang sahabat.

UNIT 4 : Sifat Mulia Nabi Muhammad saw terhadap anak-anak


1) Sopan dan lemah lembut didalam pergaulan.
2) Nabi Muhammad saw juga selalu berpesan kepada putra dan putrinya agar berkasih
sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain.

10
SIRAH TAHUN 3

3) Nabi Muhammad saw juga menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan


bertanggungjawab sebagai seorang bapa.

Tahukah kita:
1) Kasih sayang dalam keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
2) Khadijah adalah contoh isteri yang setia menghadapi kehidupan susah dan senang.
3) Mencontohi sifat dan akhlak mulia Nabi Muhammad saw.

11

Anda mungkin juga menyukai