Anda di halaman 1dari 33

SIRAH- KAFA TERKINI 2020

TAHUN 1 PELAJARAN 1: MENGENALI SIRAH

Maksud Sirah
 Bahasa: Apa-apa kisah benar tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.
 Istilah: Peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W yang
diceritakan berdasarkan Al-Quran.

Kepentingan Sirah
 Dapat mengenali Nabi Muhammad S.A.W
 Mengetahui nasab Nabi Muhammad S.A.W
 Memahami adab terpuji Nabi Muhammad S.A.W
 Menghayati ilmu-ilmu Nabi Muhammad S.A.W
 Membentuk peribadi yang mulia
 Melahirkan umat Islam yang sejahtera

1
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 2: NASAB NABI


MUHAMMAD SAW

Sebelah Ibu Sebelah Bapa


Kilab

Fatimah binti Sa'ad

Zuhrah bin Kilab Qusai bin Kilab

Abdu Manaf bin Abdul Manaf bin Qusai


Zuhrah

Wahab bin Abdul Hasyim bin Abdul


Manaf Manaf

Aminah binti Wahab Abdul Mutalib bin


Hasyim

Nabi Muhammad bin Abdullah Abdullah bin Abdul


Mutalib

Keturunan Nabi Muhammad S.A.W


 Orang yang menjaga kesucian diri
 Keturunan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim
 Berbangsa Arab Quraisy
 Ibu: Aminah binti Wahab
 meninggal dunia ketika Nabi Muhammad S.A.W berumur 6 tahun
 meninggal dunia di Abwa'
 Ayah: Abdullah bin Abdul Mutalib
 meninggal dunia ketika Nabi Muhammad S.A.W berumur 2 bulan dalam
kandungan ibu baginda
 meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari Syam dan dikebumikan
di Madinah.

Kelebihan Mencintai Nabi Muhammad S.A.W Dan Ahli Keluarga Baginda.


 Semakin taat dan mengikuti petunjuk Nabi Muhammad S.A.W
 Mudah beribadat dan hidup menjadi tenang
 Bersabar dengan dugaan Allah
 Bersyukur dengan nikmat Allah
 Benci kepada kekufuran
 Berperibadi mulia
 Mendapat rahmat Allah dan syafaat daripada Nabi Muhammad S.A.W

2
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 3: SEBELUM KELAHIRAN


NABI MUHAMMAD SAW

Kewafatan Ayah Nabi Muhammad S.A.W


 Abdullah meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang berniaga dari Syam.
 Beliau meninggal dunia di Yathrib (Madinah) dan dikebumikan di sana.
 Ketika beliau meninggal dunia, Nabi Muhammad S.A.W berusia 2 bulan dalam
kandungan bondanya, Aminah.
 Harta peninggalan Abdullah ialah;
1. 5 ekor unta
2. beberapa ekor kambing
3. seorang hamba wanita bernama Ummu Aiman

Peristiwa Tentera Bergajah


 Pasukan tentera bergajah dari Habsyah dipimpin oleh Abrahah menuju ke Mekah
untuk meruntuhkan Ka'abah.
 Pasukan itu telah merampas harta benda orang Quraisy dan 100 ekor unta Abdul
Mutalib.
 Abrahah menghantar utusan bertemu Abdul Mutalib untuk menyatakan
kedatangan mereka adalah untuk meruntuhkan Ka'abah, bukannya untuk
berperang.
 Kemudian, harta benda dan unta yang dirampas itu dikembalikan semula tetapi
mereka tetap akan meruntuhkan Ka'abah.
 Abdul Mutalib menasihatkan penduduknya supaya bersembunyi di lereng-lereng
bukit untuk menyelamatkan diri.
 Apabila Abrahah tiba di antara Muzdalifah dan Mina, tiba-tiba gajah Abrahah
enggan menuju Mekah.
 Allah mengutuskan burung Ababil untuk melontar batu-batu yang sangat panas ke
atas tentera itu dan akhirnya mereka mati bergelimpangan.

3
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 4: SEMASA KELAHIRAN


NABI MUHAMMAD SAW

Semasa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W


 Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan di rumah datuknya Abdul Mutalib pada hari
Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 27 April 571 Masihi.
 Abdul Mutalib memilih nama Muhammad yang bermaksud Yang Terpuji iaitu nama
yang tidak pernah dikenali dalam kalangan orang Arab ketika itu.
 Dinamakan Tahun Gajah kerana pada tahun itu tentera bergajah datang untuk
meruntuhkan Ka'abah.

Keadaan Nabi Muhammad S.A.W Semasa Dilahirkan


 Nabi Muhammad S.A.W tidak menangis, kepalanya mendongak ke atas, matanya
bersinar-sinar merenung ke langit dan jarinya terangkat seperti mengira sesuatu.
 Ibu Nabi Muhammad S.A.W tidak berasa sakit semasa melahirkan Nabi
Muhammad S.A.W.
 Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan dan tali pusat
telah dipotong.
 Keajaiban ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W;
1. keluar cahaya yang menerangi istana di Syam
2. api disembah oleh penganut Majusi terpadam tiba-tiba
3. beberapa buah gereja telah runtuh

4
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 1: SELEPAS KELAHIRAN


TAHUN 2
NABI MUHAMMAD SAW

Ibu Susuan Nabi Muhammad S.A.W


 Adab orang Arab Bangsawan, bayi yang baru lahir perlu diasuh dan disusukan di
luar Kota Mekah kerana udara di dalam kota tidak bersih.
 Sementara menanti pengasuh dan ibu susuan, Nabi Muhammad S.A.W disusukan
oleh ibu baginda, Aminah selama 3 hari dan kemudian disusukan oleh Suwaibah
Islamiyah (hamba Abu Jahal) selama beberapa hari.
 Seorang wanita miskin dari Kabilah Bani Sa'ad, iaitu Halimatus Saadiah (Halimah
binti Az-Zuib) mengambil baginda untuk diasuh dan disusukan di luar Kota Mekah.
 Nabi Muhammad S.A.W disusukan oleh Halimatus Saadiah selama 2 tahun
sebelum dikembalikan semula kepada Aminah ketika baginda berumur 5 tahun
kerana mengelakkan terkena wabak penyakit.

Menziarahi Pusara Ayah Nabi Muhammad S.A.W


 Ketika Nabi Muhammad S.A.W berumur 6 tahun, baginda dibawa oleh Aminah ke
Madinah untuk menziarahi keluarga ibu baginda dan menziarahi pusara ayah
baginda. Mereka juga ditemani oleh pengasuh Nabi Muhammad S.A.W iaitu Ummu
Aiman

Kewafatan Bonda Nabi Muhammad S.A.W


 Dalam perjalanan balik ke Kota Mekah setelah menziarahi pusara ayah baginda,
ibu baginda jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Aminah dimakamkan di
Abwa' (Kampung yang terletak di antara Madinah dan Mekah). Usia Nabi
Muhammad S.A.W ketika itu 6 tahun.

Nabi Muhammad S.A.W Dijaga Oleh Abdul Mutalib (Datuk)


 Nabi Muhammad S.A.W dijaga oleh datuk baginda selama 2 tahun sebelum datuk
baginda meninggal dunia. Abdul Mutalib menjaga baginda lebih dari anaknya yang
lain, agar baginda tidak merasakan kepahitan menjadi anak yatim piatu.

Nabi Muhammad S.A.W Dijaga Oleh Abu Talib (Bapa Saudara)


 Setelah datuk Nabi Muhammad S.A.W meninggal dunia, baginda pula dijaga oleh
bapa saudara baginda iaitu Abu Talib ketika baginda berusia 8 tahun.
 Abu Talib seorang peniaga dan mempunyai anak yang ramai.
 Semasa dalam jagaan Abu Talib, Nabi Muhammad S.A.W bekerja sebagai
pengembala kambing untuk mengurangi beban bapa saudara baginda.
 Umur 12 tahun, baginda menyertai Abu Talib berniaga ke Syam. Di sana Abu Talib
disuruh membawa pulang segera baginda oleh seorang pendeta kerana baginda
bakal menjadi Rasul. Baginda dijaga sehingga berumur 53 tahun iaitu sehingga
Abu Talib meninggal dunia.

5
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 2: KEPERIBADIAN NABI


MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad S.A.W Mendapat Gelaran Al- Amin


 Sifat jujur dan amanah yang dimiliki Nabi Muhammad S.A.W telah membolehkan
baginda mendapat gelaran Al-Amin. Al-Amin bermaksud orang yang dapat
dipercayai. Gelaran itu begitu mahsyur sehingga nama asal baginda hampir tidak
dikenal orang.
 Ketika Nabi Muhammad S.A.W berumur 24 tahun, gelaran itu diberikan kepada
baginda kerana baginda;
1. sentiasa bercakap benar
2. berlemah lembut dalam pergaulan
3. jujur dan amanah dalam semua pekerjaan
4. cerdas akal, kuat semangat dan berfikiran positif

Nabi Muhammad S.A.W Meletakkan Batu Hajar Aswad


 Ketika Nabi Muhammad S.A.W berumur 35 tahun, Kota Mekah dilanda banjir
besar dan menyebabkan sebahagian dinding Kaabah runtuh.
 Orang Arab Quraisy berpakat untuk merobohkan Kaabah dan membina semula
yang baru. Pembinaan melibatkan pembesar-pembesar Quraisy dan baginda
sendiri.
 Namun berlaku perselisihan faham tentang siapa yang layak meletakkan semula
Hajarul Aswad di tempat asalnya. Salah seorang mencadangkan supaya melantik
seorang hakim iaitu orang yang mula-mula masuk ke Masjidil Haram keesokan
harinya. Nabi Muhammad S.A.W ialah orang mula-mula masuk ke Masjidil Haram
dan baginda dilantik sebagai hakim.
 Cara baginda menghakimi perselisihan itu;
1. Nabi Muhammad S.A.W membentangkan serban baginda sendiri dan
meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengah serban itu.
2. Kemudian, ketua setiap puak diarahkan memegang bahagian tepi kain
serban itu dan mereka mengangkat bersama-sama ke tempat yang
disediakan di Kaabah. Lalu Nabi Muhammad S.A.W sendiri mengambil dan
meletakkan semula Hajarul Aswad ke tempat asalnya.

Nabi Muhammad S.A.W Mengembala Kambing


 Nabi Muhammad S.A.W mula mengembala kambing ketika diasuh oleh Halimatus
Saadiah di desa dengan teman-teman sebaya baginda.
 Nabi Muhammad S.A.W mula memerhati dan memahami keadaan hidup di
sekeliling baginda. Dalam jiwa baginda tumbuh erti belas kasihan, rasa cinta dan
suka menolong orang lain.
 Kehidupan orang desa yang hanya bergantung kepada pemeliharaan kambing dan
biri-biri dan boleh hidup dengan penuh ketabahan itu telah mengajar baginda
supaya bersyukur.

6
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Nabi Muhammad S.A.W Berniaga di Syam


 Nabi Muhammad S.A.W mula berniaga ketika berumur 12 tahun bersama bapa
saudara baginda iaitu Abu Talib.
 Pendeta dari kalangan Bangsa Bukhaira menasihatkan Abu Talib supaya baginda
dibawa pulang dengan segera ke Kota Mekah kerana bimbang akan keselamatan
baginda. Ketika itu masyarakat Arab telah dikhabarkan dengan perutusan
seorang Rasul.
 Nabi Muhammad S.A.W ke Syam sekali lagi ketika berumur 25 tahun untuk
meneruskan perniagaan Siti Khadijah, iaitu seorang wanita bangsawan dan
hartawan Arab.
 Nabi Muhammad S.A.W seorang yang jujur, bepekerti mulia dan amanah.
Keperibadian baginda itu telah menambat hati Siti Khadijah untuk berkahwin
dengan Baginda.

7
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 3: SIFAT-SIFAT WAJIB


NABI MUHAMMAD SAW

Siddiq (Bercakap Benar)


 Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan segala perkara dengan benar dan pasti
akan berlaku.
 Nabi Muhammad S.A.W bercakap benar berdasarkan wahyu, perintah dan
petunjuk Allah SWT.
 Ketika bergurau pun baginda tidak pernah berbohong.
 Cara mencontohi sifat baginda tersebut;
1. beriman kepada Allah SWT dan baginda SAW
2. bersahabat dengan rakan yang baik
3. berani untuk bercakap benar

Amanah (Jujur)
 Bukti sifat amanah Nabi Muhammad S.A.W;
1. dapat menambat hati Saidatina Khadijah, iaitu seorang wanita bangsawan
dan hartawan Arab
2. dipercayai oleh Kaum Quraisy walaupun mereka memusuhi baginda
3. kejayaan baginda dalam perniagaan sehingga mendapat keuntungan
 Cara mencontohi sifat baginda tersebut;
1. bercakap benar pada bila-bila masa
2. melaksanakan tugas dengan sebaiknya
3. menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar

Tabligh (Menyampaikan)
 Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan wahyu yang diterima daripada Allah SWT
kepada umat baginda.
 Bukti sifat baginda tersebut;
1. berdakwah kepada orang yang rapat dengan baginda dan penduduk Kota
Mekah di Bukit Saffa
2. berdakwah semasa di Thaif
3. mengutus surat kepada raja dan pemimpin negara bukan Islam tentang
ajaran Islam.
 Kita perlu mencontohi sifat tabligh baginda dengan menyampaikan ajaran baginda
kepada orang lain.

8
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Fathanah (Bijaksana)
 Nabi Muhammad S.A.W seorang yang bijaksana dalam kehidupan dan dalam
berdakwah, buktinya;
1. menyelesaikan perselisihan faham ketika perletakan Hajarul Aswad
2. menggunakan bukan jalan biasa masyarakat Arab ketika baginda berhijrah
ke Madinah
3. mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah
4. mewujudkan Piagam Madinah
5. bijak dalam mengusahakan perniagaan Siti Khadijah
 Cara mencontohi kebijaksanaan baginda;
1. berusaha mendamaikan persengketaan
2. merancang sesuatu dengan teliti sebelum bertindak
3. utamakan perpaduan dan kesepakatan
4. merangka peraturan dan berusaha mematuhi peraturan itu
5. gigih dan tekun

9
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 1: KELUARGA NABI


TAHUN 3 MUHAMMAD SAW

Susur Galur Keluarga Nabi Muhammad S.A.W


a) Perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W
 Perkahwinan pertama Nabi Muhammad S.A.W adalah dengan Saidatina Siti
Khadijah ketika baginda berumur 25 tahun.
 Siti Khadijah sendiri berhajat mengahwini baginda dan baginda bersetuju.
Kemudian baginda memberitahu bapa saudara baginda. Baginda menghantar 20
ekor unta sebagai mas kahwin.
 Baginda tidak berkahwin dengan wanita lain sehinggalah Saidatina Khadijah
meninggal dunia
 Baginda hidup bersama Siti Khadijah selama 25 tahun dan memperolehi 6
orang anak. Setelah Siti Khadijah meninggal dunia, barulah baginda berkahwin
lagi dan memperolehi seorang lagi anak.
b) Isteri Nabi Muhammad S.A.W
1. Khadijah binti Khuwailid 7. Zainab binti Jahsyin
2. Saodah binti Zum’ah 8. Juwairiyah binti Harith
3. Aisyah binti Abu Bakar 9. Safiah binti Hoyyi
4. Hafsah binti Umar al-Khattab 10. Ramlah binti Abi Sufian (Ummu
5. Zainab binti Khuzaimah Habibah)
6. Hindun binti Umaiyah/ Ummu 11. Maimunah binti Harith
Salamah 12. Mariyah al-Qibtiyah (dayang istana
dari Mesir)

c) Anak Nabi Muhammad S.A.W


 Anak-anak baginda ada 7 orang, 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Semua
anak baginda meninggal dunia sebelum kewafatan baginda kecuali Fatimah Az-
Zahra. Nama anak-anak Nabi Muhammad S.A.W ialah :
1. Qasim 5. Ruqaiyah + Saidina Uthman
2. Ibrahim 6. Ummu Kalthum + Saidina Uthman
3. Abdullah 7. Fatimah + Saidina Ali
4. Zainab + Abdul 'Ash
d) Cucu Nabi Muhammad S.A.W
Cucu Lelaki: Cucu Perempuan:
1. 'Ali bin Abdul 'Ash bin Ar-Rabi' 1. Umaamah binti Abdul 'Ash bin Ar-Rabi'
2. 'Abdullah bin Uthman 2. Ummu Kultsum bin Ali
3. Hasan bin Ali 3. Zainab bin Ali
4. Husain bin Ali
Kepentingan Institusi Kekeluargaan Dalam Kehidupan
 Menjaga akhlak dan kemurnian peribadi
 Menguatkan hubungan kasih sayang dan keselamatan diri terjaga
 Melahirkan sikap tanggungjawab

10
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 2: KENABIAN NABI


MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad S.A.W Menerima Wahyu Pertama (berumur 40 tahun)


 Berlaku setelah 6 bulan baginda berulang alik dari Kota Mekah ke Gua Hira'
untuk mengasingkan diri daripada kehidupan masyarakat di Mekah. Baginda
didatangi Malaikat Jibril pada 17 Ramadhan.
 Malaikat Jibril datang menemui baginda dan berkata " Bacalah!". Baginda
menjawab, "Aku tidak tahu membaca". Malaikat Jibril memegang dan memeluk
baginda sehingga lemas. Setelah dilepaskan pelukan itu, Malaikat Jibril
mengulangi lagi perkataan dan perbuatannya sehinggalah 3 kali. Baginda tetap
menjawab, "Aku tidak tahu membaca". Kemudian Malaikat Jibril melafazkan
Firman Allah SWT seperti yang terdapat dalam Surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 5.
 Baginda pulang dalam keadaan gementar tetapi ditenangkan oleh isteri baginda,
Siti Khadijah. Baginda menceritakan kisah yang berlaku itu kepada isteri baginda.
Siti Khadijah yang risau akan keadaan baginda itu, lalu membawa baginda
menemui Waraqah bin Naufal, iaitu seorang penganut agama Nasrani dan
mengikuti perkembangan kemunculan seorang Rasul.
 Waraqah menyatakan bahawa makhluk yang menemui baginda itu ialah Malaikat
Jibril dan malaikat itu juga pernah menemui Nabi Musa A.S. Waraqah
memberitahu kepada baginda dan Siti Khadijah bahawa baginda akan dilantik
menjadi seorang Rasul.

Selepas Nabi Muhammad S.A.W Menerima Wahyu Pertama


 Beberapa hari kemudian, baginda kembali semula beribadat ke Gua Hira' dan
hingga kepada suatu hari, kedengaran suatu suara dari langit. Baginda
mengangkat kepala dan melihat ke arah suara itu. Kelihatan Malaikat Jibril di
antara langit dan bumi.
 Baginda pulang dalam ketakutan ke rumah dan Siti Khadijah menyelimutkan serta
menenangkan baginda.
 Turunlah ayat Al-Quran: Surah Al-Muddasir. Ayat ini merupakan bukti
perlantikan secara rasmi baginda sebagai seorang Rasul dan bertanggungjawab
dalam memimpin umat manusia ke jalan yang sempurna.
 Sebaik dilantik sebagai Rasul, baginda terus menjalankan seruan Islam dengan
memperkenalkan ajaran baginda kepada masyarakat Arab. Semua ajaran itu
daripada Allah melalui Malaikat Jibril.

Kepentingan Membaca Kepada Kehidupan


 Membentuk insan yang berilmu pengetahuan
 Mencapai kejayaan di dunia dan akhirat
 Melatih diri untuk menjadi seorang yang berdisiplin
 Meningkatkan kreativiti dan kemahiran tatabahasa
 Membantu cara berkomunikasi dengan lebih baik dan teratur

11
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 3:
PERANAN SITI KHADIJAH DALAM
KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

Siti Khadijah Sebagai Isteri Dan Kekasih Nabi Muhammad S.A.W


 Menenangkan baginda ketika baru menerima wahyu
 Orang pertama memeluk agama Islam
 Mengorbankan hartanya untuk perjuangan Islam
 Isteri yang setia, jujur dan tabah
 Menyediakan segala perbekalan baginda ketika menyepi di Gua Hira'

Siti Khadijah Sebagai Pembantu Nabi Muhammad S.A.W


 Membantu pertahankan Islam dan ketika baginda beserta orang Islam diboikot
di lorong Abu Talib.
 Semasa peribadatan, beliau membantu baginda menyediakan air untuk
mengambil wudhuk
 Mengeluarkan harta untuk berjihad dan perbelanjaan umum
 Memberi kepercayaan dan penguat baginda

Siti Khadijah Sebagai Sahabat Nabi Muhammad S.A.W


 Membantu baginda dalam menjalani kehidupan suci, jauh dari penyembahan
berhala, kehidupan huru-hara dan penurutan hawa nafsu sebelum turunnya wahyu
pertama
 Menerima baginda bekerja dalam menguruskan perniagaannya.

Siti Khadijah Berjuang Dalam Dakwah Bersama Nabi Muhammad S.A.W


 Sentiasa berada di sisi baginda sama ada ketika susah atau senang
 Sentiasa memberi dorongan kepada baginda
 Tidak pernah merasa jemu walau selalu ditinggalkan baginda untuk berdakwah
 Sentiasa membenarkan risalah baginda

12
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 1: DAKWAH RASULULLAH


TAHUN 4
S.A.W
Peristiwa Dakwah Rasulullah S.A.W Secara Rahsia Dan Terbuka
Dakwah Secara Rahsia (3 tahun)
 Allah S.W.T memerintahkan berdakwah secara rahsia. Baginda S.A.W
berdakwah kepada kaum keluarga dan sahabat. Orang pertama yang memeluk
Islam ialah;
Wanita Saidatina Khadijah binti Khuwailid (isteri)
Lelaki Saidina Abu Bakar As-Siddiq (sahabat karib)
Kanak-kanak Saidina Ali bin Abi Talib (sepupu)
Hamba Zaid bin Harasah (anak angkat)

 Orang yang memeluk Islam melalui Saidina Abu Bakar As-Siddiq:


a) Saidina Uthman bin Affan d) Sa'ad bin Abi Waqqas
b) Zubair bin Al-Awwam e) Talhah bin Ubaidullah
c) Abdul Rahman bin'Auf f) Abu Ubaidah al-Jarrah
 Pusat pengajian dan penyebaran Islam ialah Darul Arqam (rumah Al-Arqam bin
Abi Al-Arqam). Melalui Darul itu, baginda memperdalamkan fahaman Islam ke
dalam jiwa dengan mengajar cara beribadat kepada Allah S.W.T dan cara-cara
membuat persediaan untuk melancarkan seruan Islam ke seluruh Kota Mekah.
 Baginda S.A.W juga mengadakan majlis ceramah di rumah Saidina Ali bin Abi
Talib kepada semua kaum keluarga baginda S.A.W . Ramai kaum keluarga
menyokong dan menentang dakwah baginda S.A.W . Orang yang paling kuat
menentang ialah bapa saudara baginda S.A.W, iaitu Abu Lahab.

Dakwah Secara Terbuka


 Setelah berdakwah secara rahsia dan kepada kaum keluarga, Allah S.W.T
memerintahkan baginda S.A.W berdakwah secara terang-terangan.
 Baginda S.A.W telah menyeru kaumnya dan pembesar Quraisy untuk berhimpun di
Bukit Safa'. Baginda S.A.W menyampaikan ucapan dengan menerangkan kerasulan
dan menjelaskan bahawa segala perbuatan manusia akan dikira dan diberi
pembalasan di akhirat.
 Ketika menyampaikan ucapannya, Abu Lahab yang mengetuai kaumnya telah
mengejek baginda S.A.W. Baginda S.A.W tetap meneruskan dakwah kerana tahu
kaumnya masih lagi berpegang dengan kepercayaan dan adat masyarakat Arab
Jahilliyah.
 Selepas peristiwa di Bukit Safa' baginda S.A.W terus memeberi nasihat yang
jelas dan bijaksana. Baginda S.A.W menyatupadukan sahabat-sahabat untuk
berdakwah serta mengajar mereka ayat-ayat Al-Quran sehingga mereka faham
dan mengahayatinya.
 Dakwah baginda S.A.W secara terbuka ini mendapat tentangan lebih hebat tetapi
baginda S.A.W tetap meneruskannya. Dakwah secara terbuka ini juga berterusan
hinggalah baginda S.A.W wafat.

13
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Mengaplikasi Cara Dakwah Rasulullah Dalam Perilaku Seharian


a) Lemah lembut
 Lemah lembut dari segi pertuturan, pergaulan dan tindakan. Cara dakwah
baginda itu telah menyebabkan orang kafir tertarik kepada orang Islam. Orang
Musyrik yang berhati keras dan menentang dakwah baginda S.A.W berubah
menjadi beriman dan cinta kepada baginda S.A.W setelah mengenali peribadi
luhur baginda S.A.W. Hal ini mengajar kita supaya berlemah lembut dalam
segala perlakuan sesama manusia.

b) Pemaaf
 Baginda S.A.W memaafkan kesalahan yang dilakukan kepada baginda S.A.W.
Malah baginda S.A.W sentiasa berdoa supaya orang yang menentang dakwah
baginda S.A.W itu dikurniakan hidayah dan menerima Islam. Kita perlu
mencontohi cara dakwah baginda dengan saling memaafkan kesilapan orang lain
kepada kita dan doakan kebaikan kepada mereka.

c) Memohon keampunan untuk orang lain


 Keprihatinan baginda S.A.W terhadap masa depan umatnya jelas apabila baginda
S.A.W tetap berdoa untuk umatnya walau baginda cedera parah ketika Perang
Uhud. Dalam kehidupan seharian, sentiasalah kita mendoakan untuk rakan, kaum
keluarga dan saudara sesama Islam dan memohon keampunan untuk mereka
kepada Allah.

d) Bermesyuarat
 Baginda S.A.W sentiasa bermesyuarat dengan para sahabat ketika membuat
keputusan penting. Contohnya, baginda S.A.W bermesyuarat dengan para
sahabatnya dalam persediaan untuk berperang dengan orang kafir yang menolak
keras dakwahnya. Baginda S.A.W juga menerima cadangan sahabatnya supaya
menggali parit dalam Perang Khandak. Kita hendaklah mendengar, menghormati
dan menerima pandangan orang lain.

e) Bertawakal dalam perlaksanaan


 Dalam Perang Badar, baginda S.A.W kekurangan senjata dan tentera dalam
menghadapi tentera Musyirikin tiga kali ganda lebih ramai. Baginda S.A.W
mencari tempat strategik, bersabar dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
Akhirnya pasukan baginda S.A.W menang dalam perang itu. Kita perlu
bersunguh-sungguh, bersabar, berdoa dan bertawakal kepada Allah dalam segala
perkara.

Cara berdakwah baginda S.A.W itu perlulah kita aplikasikan dalam perilaku seharian
kita.

14
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 2: HIJRAH RASULULLAH


S.A.W
Peristiwa Dan Strategi Dakwah Sahabat Ke Habsyah.

Kali Pertama Kali Kedua


Situasi Semasa Hijrah Situasi Semasa Hijrah
Apabila Rasulullah s.a.w melihat sahabat- Ketika kaum Quraisy mengadakan
sahabat menderita akibat pelbagai kepungan dan memulaukan keluarga
seksaan dan penganiayaan daripada kaum Rasulullah s.a.w yang terdiri daripada
Quraisy, maka Rasulullah s.a.w Bani Hasyim dan Abdul Mutalib,
memerintahkan para sahabat berhijrah Rasulullah s.a.w memerintahkan para
ke negeri Habsyah. sahabat berpindah ke negeri Habsyah.

Masa Berhijrah Masa Berhijrah


Tahun ke-5 kerasulan Nabi Tahun ke-7 kerasulan Nabi

Jumlah Yang Berhijrah Jumlah Yang Berhijrah


10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. 73 orang lelaki dan 11 orang perempuan
Diketuai oleh Saidina Uthman bin Affan Diketuai Ja’far bin Abi Talib

Sebab-sebab Berhijrah Sebab-sebab Berhijrah


Untuk menyelamatkan agama dan diri Berlaku penyeksaan dan penganiayaan
mereka daripada fitnah dan dizalimi. kaum Quraisy terhadap orang Islam
semakin hebat.

Layanan Raja Habsyah


1. Raja Habsyah ialah seorang raja yang bijaksana dan adil. Baginda menerima
kedatangan orang Islam dengan memberi layanan yang baik. Baginda membenarkan
orang Islam yang berhijrah pada kali pertama tinggal di Habsyah.
2. Rombongan orang Islam yang berhijrah pada kali kedua juga mendapat
sambutan dan perlindungan daripada raja Habsyah. Semasa utusan orang Quraisy
menghadap baginda memohon kebenaran menangkap orang Islam untuk dibawa pulang
ke Makkah, raja Habsyah menolak permintaan tersebut setelah mendengar
penjelasan mengenai Islam dari Ja’far bin Abi Talib.
 Antara strategi dakwah sahabat di Habsyah;
a) menggunakan cara promosi yang betul walaupun apa yang dibawa sememangnya
benar. Ja’far bin Abi Talib memberitahu bahawa beliau memilih Raja Habsyah
dan berharap tidak dizalimi disisi baginda Habsyah.
b) menggunakan penerangan untuk menerangkan tentang Islam kepada orang
lain. Ja’far bin Abi Talib menerangkan kehidupan sebelum memeluk Islam, sebab
memeluk Islam dan memahami ajaran Islam kepada Raja Habsyah.

15
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Peristiwa Dakwah Rasulullah S.A.W Ke Thaif.


 Baginda S.A.W berdakwah ke Thaif kerana jaraknya hanya 80km dengan Mekah.
Kabilah Tsaqif yang menghuni Thaif dan asal keturunan sebelah ibu baginda
S.A.W. Baginda S.A.W berharap agar Bani Tsaqif dapat menerima seruan dakwah
dan membantu baginda S.A.W.
 Syawal, tahun ke-10 kerasulan, baginda S.A.W bersama Zaid bin Harith ke Thaif
dan berjalan menempuh padang pasir dengan cuaca panas terik matahari.
 Di gerbang kota Thaif, mereka bertemu dengan 3 orang pemimpin Thaif dan
baginda S.A.W terus menyampaikan ayat Al-Quran dan Islam kepada pemimpin
itu tetapi ditolak dengan kata-kata keras.
 Para pemimpin Thaif itu terus menerus menolak dakwah dan menghina baginda
S.A.W. Malah mereka melarang baginda S.A.W berdakwah kepada orang lain.
 Apabila masuk ke Kota Thaif, baginda S.A.W dan Zaid Harith dihujani balingan
batu oleh budak-budak nakal yang juga diupah oleh pemimpin Thaif. Baginda
S.A.W cedera sehingga kaki berdarah dan Zaid Harith yang melindungi baginda
S.A.W lebih parah cederanya.
 Baginda S.A.W dan Zaid Harith kelelahan dan berehat di bawah sebatang pohon
anggur sebelah dengan kebun 'Uthbah dan Syaibah. Baginda S.A.W merintih,
mengadu dan berdoa kepada Allah S.W.T agar dirinya dikuatkan menghadapi
cubaan yang berat. Allah mengutuskan Malaikat Jibril dan Malaikat penjaga bukit
bukau dan gunug untuk membantu baginda S.A.W. Malaikat yang ingin memberi
balasan kepada orang yang menyebabkan baginda begitu, tetapi baginda S.A.W
tidak membenarkan, bahkan baginda S.A.W mendoakan orang yang menolak
dakwahnya.
 'Uthbah melihat keaadaan baginda S.A.W dan Zaid Harith, telah menyuruh
tukang kebunnya Addas untuk memberi buah anggur kepada baginda S.A.W.
Sebelum makan, baginda S.A.W membaca 'Bismillah'. Addas yang tidak pernah
mendengar kalimah itu, bertanya kepada baginda S.A.W. Addas berasal dari
negeri Nabi Yunus itu terpegun dengan kisah yang diceritakan oleh baginda
S.A.W mengenai Nabi Yunus. Akhirnya Addas memeluk Islam dengan baginda
S.A.W. Kejadian itu disaksikan oleh tuannya 'Uthbah dan Addas dimarahi. Namun
Addas berani dan pandai menjawab kata-kata tuannya.
 Baginda S.A.W pulang ke Kota Mekah. Sepanjang perjalanan pulang, baginda
S.A.W membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti biasa. Apabila di Nakhlah,
bacaan baginda S.A.W itu didengar oleh beberapa jin dengan teliti. Jin itu pulang
memberitahu kaumnya akan apa yang didengari mereka. Kaum jin itu memang
menganut ajaran Nabi Musa. Kekecewaan baginda S.A.W di Thaif telah
menyebabkan baginda S.A.W terus pulang ke Kota Mekah.

16
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Peristiwa Dan Strategi Hijrah Rasululllah S.A.W Ke Yathrib (Madinah)


 Orang Islam diseksa dan ditindas oleh kaum Quraisy dan Allah telah menurunkan
wahyu yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Baginda meneruskan dakwahnya
dengan berhijrah ke Yathrib kerana orang Islam Madinah telah bersedia
menerima kedatangan Muslimin Makkah.
 Kaum Quraisy mengetahui rancangan hijrah baginda S.A.W itu melantik 12 orang
pemuda mengepung dan membunuh Rasulullah S.A.W. Baginda mengetahui
rancangan tersebut.
 Allah memerintahkan baginda berhijrah ke Yathrib. Saidina Ali bin Abi Talib
ditugaskan menggantikan tempat tidur Rasulullah S.A.W. Rasulullah s.a.w
bersembunyi di Gua Thur bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq selama 3 hari.
 Pembesar-pembesar Quraisy terkejut apabila mengetahui Nabi Muhammad s.a.w
tidak ada di rumah. Mereka menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat
menangkap baginda sama ada hidup atau mati. Rasulullah S.A.W berhenti di Quba’
ketika dalam perjalanan ke Yathrib. Baginda mendirikan Masjid Quba’ iaitu
masjid yang dibina atas dasar taqwa kepada Allah S.W.T. Merupakan masjid
pertama dalam Islam. Penghijrahan baginda S.A.W berlaku pada 12 Rabiul Awal,
tahun ke-13 kenabian bersamaan 622 Masihi.

Layanan Orang Madinah


 Orang Islam Madinah keluar beramai-ramai menunggu kedatangan Rasulullah
S.A.W. dan menyambut dengan perasaan kasih sayang dan gembira serta
bernasyid.
 Orang Islam Madinah mempelawa Rasulullah S.A.W tinggal di rumah mereka dan
baginda menerima pelawaan tersebut. Rasulullah S.A.W membiarkan unta yang
dinaiki baginda berhenti bagi menentukan rumah siapa yang terpilih. Akhirnya
unta tersebut berhenti di hadapan rumah Abu Ayub Al-Ansari. Rasulullah S.A.W
tinggal di rumah Abu Ayub Al- Ansari untuk sementara waktu.

Strategi Dakwah Baginda S.A.W


 Bagi membangunkan masyarakat Islam, baginda S.A.W membina masjid Nabawi
untuk menunaikan ibadat, belajar, berbicara, bermesyuarat, berjual beli dan
majlis kesukaan mereka. Tanah lapang untuk membina masjid ini dibeli oleh
baginda S.A.W daripada dua orang anak yatim Bani Najran.
 Baginda S.A.W mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin
a) Kaum Muhajirin: Orang Islam yang berhijrah dari Mekah ke Madinah.
b) Kaum Ansar: Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam . Kaum Ansar
terdiri daripada dua kaum iaitu ‘Aus dan Khazraj. Kaum Ansar mengambil kaum
Muhajirin sebagai keluarga angkat. Berlaku juga perkahwinan antara dua kaum
tersebut. Kaum Ansar membantu kaum Muhajirin tanpa mengharapkan balasan
kecuali keredhaan Allah.
 Baginda S.A.W mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi melalui Perlembagaan
Madinah untuk menyatupadukan masyarakat Madinah yang berbilang kaum.

17
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Peribadi Mulia Rasulullah S.A.W


a) Baginda S.A.W sentiasa optimis terhadap janji dan bantuan daripada Allah S.W.T
 Baginda menolak tawaran daripada orang Kafir Quraisy seperti pangkat, harta
kekayaan dan wanita. Baginda S.A.W tetap yakin dengan pertolongan Allah,
meneruskan usaha dakwah sehingga berjaya.
b) Baginda S.A.W seorang pendakwah penyayang
 Ketika baginda S.A.W berdakwah di Thaif, penduduk Thaif menolak dakwah
baginda S.A.W dengan mengusir dan mencederakan baginda S.A.W. Lalu datang
Malaikat membuat tawaran kepada baginda untuk membinasakan mereka.
Baginda S.A.W menolaknya lalu berdoa agar mereka menerima hidayah.
c) Baginda S.A.W seorang pemaaf.
 Semasa peristiwa pembukaan Kota Mekah, baginda S.A.W telah membebaskan
penduduk Mekah yang pernah melakukan kejahtan kepada baginda S.A.W dan
memaafkan mereka.

Mengaplikasi Peribadi Rasulullah S.A.W Dalam Kehidupan Seharian


a) Bersabar
 Baginda S.A.W sentiasa bersabar dengan ujian dan cabaran. Kita perlu
bersabar dan tabah dalam setiap aspek kehidupan.
b) Bergantung harap keapada Allah S.W.T
 Baginda S.A.W tidak pernah berputus asa. Kita hendaklah sentiasa berdoa
kepada Allah S.W.T dalam setiap usaha yang dilakukan.
c) Prihatin
 Baginda S.A.W mengutamakan kaum keluarga dalam berdakwah. Kita mesti
mengamalkan budaya nasihat-menasihati dalam keluarga.
d) Berjiwa besar
 Baginda S.A.W sentiasa berhikmah dan tidak pernah berdendam. Kita perlu
sedia memaafkan kesalahan orang lain dan tidak membalas kejahatan orang lain
dengan keburukan.
Pentingnya kita mengaplikasikan peribadi Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian.

18
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 3: MUKJIZAT RASULULLAH


S.A.W
Mukjizat Rasulullah S.A.W Dan Peristiwa Berlakunya
 Perkara luar biasa yang berlaku kepada para Rasul dan Nabi dianugerahkan oleh
Allah S.W.T
 Tujuannya untuk menyokong para Rasul dengan bukti-bukti yang boleh menutup
mulut dan mematikan hujah golongan kafir. Selain itu, menewaskan tindakan orang
kafir menentang dakwah yang disampaikan oleh para Rasul dan membuktikan
kebenaran ajaran dibawa oleh para Rasul
 Bahagian Mukjizat

Maknawi Hissi
Mukjizat yang tidak dapat dilihat dengan Mukjizat yang dapat dilihat dengan mata
mata tetapi dapat difahami dengan akal
Al-Qur’an, Israk dan Mikraj Keluar Air Dari Celah Jemari Nabi
Muhammad, Terbelah Bulan Di Langit,
Melambatkan Matahari Terbenam

Al-Qur’an
 kalam yang menjadi mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W, diturunkan dalam
Bahasa Arab dan kekal sehingga Hari Kiamat. Al-Qur’an mula diturunkan di
Mekah pada 17 Ramadhan melalui perantaraan malaikat Jibril
 Peringkat Penurunan Al-Qur’an:
a) Peringkat Pertama: Diturunkan oleh Allah dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzat
(langit dunia) pada malam Lailatul Qadar
b) Peringkat Kedua: Diturunkan dari langit dunia kepada Rasulullah S.A.W dengan
perantaraan malaikat Jibril.
 Tempoh penurunan Al-Qur’an selama 23 tahun : 13 tahun di Mekah dan 10
tahun di Madinah.
 Hikmah penurunan Al-Qur’an secara berperingkat untuk;-
a) menanamkan akidah dengan sempurna
b) mengiringi peristiwa dari masa ke masa
c) membuktikan tentang mukjizat Al-Qur’an
d) membuktikan bahawa Al-Qur’an itu kalam Allah

Terbelah Bulan di Langit


Riwayat Ibnu Abas : Beberapa orang musyrikin bertemu dengan Rasulullah dan
menyuruh baginda S.A.W membelah bulan menjadi dua sekiranya baginda orang yang
benar. Mereka meminta Rasulullah meletakkan satu bahagian bulan di atas Bukit
Qabis dan satu bahagian lagi di Qan’an. Pada malam bulan penuh, baginda berdoa dan
peristiwa bulan terbelah pun berlaku seperti yang diminta oleh orang kafir. Namun,
orang musyrikin tetap mengatakan itu adalah sihir.

19
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Keluar Air dari Celah Jemari Nabi Muhammad S.A.W


Riwayat Anas bin Malik : Nabi Muhammad telah keluar bermusafir bersama
sekumpulan para sahabat. Ketika masuk waktu solat, mereka mendapati tiada air
untuk berwudhuk. Seorang lelaki telah pergi mencari air dan pulang membawa bekas
yang mengandungi sedikit air. Baginda berwudhuk dengan air tersebut. Kemudian,
baginda memasukkan 4 jarinya ke dalam bekas tersebut dan bersabda “Berwudhuklah
dengan air ini”, lalu rombongan seramai 70 orang berwudhuk dengan air tersebut.
Peristiwa ini sering berlaku semasa baginda bermusafir.

Israk dan Mikraj


 Peristiwa Nabi Muhammad pergi berjumpa dengan Allah bersama-sama
malaikat Jibril

Melambatkan Matahari Terbenam


 Selepas berlaku peristiwa Israk dam Mikraj, Nabi Muhammad menceritakan
kepada kaum musyrikin termasuk orang Islam. Namun, kaum musyrikin tidak
mempercayai dan menuduh baginda menipu.
 Orang musyrikin menyuruh membuktikan apa yang baginda lihat dalam
perjalanan dari Baitul Maqdis ke Mekah. Baginda memberitahu ada satu
kumpulan kabilah Arab serba lengkap akan sampai ke Mekah sebelum matahari
terbenam. Rasulullah berdoa kepada Allah agar melambatkan matahari
terbenam. Maka, berlakulah matahari lambat terbenam sehingga sampai
kabilah tersebut. Namun, kaum kafir mengatakan itu ialah sihir semata-mata

Intipati Peristiwa Isra' Dan Mikraj


 Israk: Perjalanan malam Nabi Muhammad dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa
 Mikraj:Perjalanan Nabi Muhammad dari Masjid Aqsa ke alam langit untuk
dipertemukan dengan Allah bersama malaikat Jibril
 Sebelum Israk, dada Nabi Muhammad dibelah oleh malaikat Jibril dan Mikail
untuk disucikan hatinya dengan air zam zam serta membuang ketulan hitam.
Ketulan hitam adalah tempat syaitan membisikkan rasa was was. Selepas itu,
dituangkan hikmah ilmu dan iman sebelum dijahit semula. Apabila diberi pilihan
arak atau susu, baginda memilih susu.

Nabi Muhammad S.A.W Diisrakkan Ke Baitul Maqdis


 Israk berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Hijrah ke Madinah (621 Masihi)
 Nabi diisrakkan dengan jasad dan roh dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di
Palestin dengan menaiki Buraq bersama-sama malaikat Jibril. Setelah sampai di
Masjid Aqsa, baginda melakukan solat serta mengimami Nabi-nabi yang
terdahulu. Kemudian barulah ke langit.
 Apabila turun ke bumi, baginda menceritakan kepada kaumnya dan Saidina Abu
Bakar orang pertama yang membenarkan cerita tersebut.

20
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

 Penyaksian yang penting sewaktu Israk;


a) Kaum Berjihad Di Jalan Allah
 Satu kaum sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Hal ini
berlaku berulang-ulang. Pahala kebajikan mereka 700 kali ganda.
b) Orang Yang Memakan Harta Anak Yatim
 Bibir mirip bibir unta dan tangannya memegang potongan dari neraka seperti
batu-batu. Mereka memasukkan ke dalam mulut kemudian potongan itu
keluar dari dubur mereka.
c) Orang Yang Memakan Riba
 Orang yang perutnya besar dan tidak dapat bergerak, di tengah jalan yang
akan dilalui oleh keluarga Fir’aun. Ketika keluarga Fir’aun dihadapkan ke
neraka, mereka menolak orang tadi sehingga masuk ke dalam api neraka
d) Lelaki Penzina
 Orang yang memegang daging segar dan di sampingnya terdapat daging
busuk. Mereka memilih dan memakan daging busuk.

Nabi Muhammad S.A.W Ke Sidratul Muntaha


 Nabi dibawa ke lapisan langit satu persatu dan bertemu dengan Nabi-nabi
terdahulu pada setiap lapisan langit.
Langit Bertemu dengan Nabi Adam a.s, bapa sekalian manusia
Pertama
Langit Bertemu dengan Nabi Yahya a.s dan Nabi Isa a.s
Kedua
Langit Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s
Ketiga
Langit Bertemu dengan Nabi Idris a.s
Keempat
Langit Bertemu dengan Nabi Harun a.s
Kelima
Langit Bertemu dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Musa menangis. Apabila ditanya,
Keenam baginda menjawab, “Aku menangis kerana ada seorang pemuda yang diutus
sesudahku yang masuk syurga bersama umatnya lebih ramai daripada
umatku”
Langit Bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.
Ketujuh

 Setelah selesai merentas semua langit, baginda dibawa ke Sidratul Muntaha dan
diperlihatkan Nabi Baitul Ma’mur. Kemudian dimikrajkan bertemu Allah.
 Pada asalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 waktu. Apabila bertemu
dengan Nabi Musa a.s, Nabi Musa menyuruh baginda memohon kepada Allah agar
bilangan solat dikurangkan. Akhirnya, baginda mendapat perintah melakukan solat
5 waktu sehari semalam.

21
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Hikmah Dan Kelebihan Mukjizat Rasulullah S.A.W


a) Sebagai bukti kebenaran dakwah baginda S.A.W
 Orang Kafir yang sentiasa menentang dakwah baginda S.A.W itu mahukan
bukti kebenaran dakwah baginda S.A.W.
b) Menguatkan iman baginda S.A.W
 Menyaksikan mukjizat itu, keimanan baginda S.A.W semakin kukuh dan
memberi kekuatan serta semangat untuk berdakwah.
c) Menghibur baginda S.A.W dalam menghadapi beban dakwah dan gangguan
kaumnya.
 Banyak cabaran dalam dakwah baginda S.A.W dan kesedihan yang melanda
baginda S.A.W kerana kehilangan ahli keluarga tersayang.
 Beban itu serba sedikit dapat diubati dengan perjalanan Isra' dan Mikraj
baginda S.A.W. Baginda menyaksikan kebesaran Allah dan berita-berita
ghaib tentang kisah nabi sebelum baginda S.A.W.
d) Menambah keimanan orang-orang yang beriman
e) Menjadi jalan keluar bagi baginda S.A.W dan orang-orang yang beriman ketika
mendapatkan ujian
f) Mengalahkan sihir supaya para penyihir sedar akan kekuasaan Allah
g) Sebagai ujian bagi manusia
h) Sebagai peringatan dan ancaman bagi penentang baginda S.A.W

22
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

TAHUN 5 PELAJARAN 1: PEPERANGAN PENTING


RASULULLAH S.A.W

Peristiwa Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.


Perang Badar Perang Uhud Perang Khandak

Masa 17 Ramadhan, 2 Hijrah Syawal 3 Hijrah 15 Syawal 5 Hijrah


Lembah di antara Madinah
Tempat dan Mekah iaitu Kampung Bukit Uhud Madinah
Badar
700 orang
313 orang kaum Mulanya 1 000,
Bilangan Islam Muhajirin dan tetapi berpatah 3 000 orang
Tentera Ansar balik kerana dihasut
Terlibat Abdullah bin Ubai,
ketua orang munafik
Kafir 1 000 orang 3 000 orang diketuai 10 000 orang
Quraisy diketuai Abu Abu Sufian bin Harb diketuai Abu Sufian
Jahal bin Hasyim bin Harb
14 orang termasuk 70 orang termasuk
Islam ‘Ubaidah bin Saidina Hamzah bin -tiada yang
Bilangan Harith Abdul Mutalib yang terbunuh
Tentera dibunuh oleh Wahshi
Terbunuh 70 orang
Kafir termasuk Abu 32 orang -tiada yang
Quraisy Jahal & 70 orang terbunuh
menjadi tawanan
Setelah 15 hari
dikepung musuh,
Allah menghantar
tentera yang tidak
dapat dilihat dan
angin kencang yang
Pertolongan Allah menghantar malaikat -tiada membawa debu,
Allah untuk membantu tentera tanah dan anak-
Islam anak batu ke arah
tentera musuh.
Musuh melarikan
diri dan pulang ke
Mekah.

23
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

1. Kaum Yahudi Bani


Nadhir telah diusir
dari Madinah
1. melemahkan ekonomi musuh setelah
yang bertujuan hancurkan mengkhianati
Islam -tiada Perjanjian
Sebab 2. menggantikan harta orang Hudaibiyah.
Perang Islam yang dirampas 2. Ketua Bani
3. mengembangkan Islam Nadhir mengajak
orang Quraisy,
Yahudi dan kabilah
Arab Mekah yang
lain menyerang
Madinah
Baginda -Nu’aim bin Mas’ud
membahagikan telah menemui
tentera kepada 3 : Rasulullah s.a.w dan
1. Pasukan kanan memeluk Islam
berhadapan dengan serta bersedia
-tiada musuh. membantu tentera
Strategi 2. Pasukan kiri Islam.
Baginda berhadapan dengan -Baginda arahkan
S.A.W musuh. Nu’aim
3. Pasukan pemanah pecahbelahkan
di atas bukit, tidak tentera bersekutu
dibenarkan dan telah berjaya
meninggalkan tempat menimbulkan
tanpa arahan. prasangka.

Namun, arahan
baginda tidak
dipatuhi kerana
tamak harta
rampasan. Pihak
musuh membuat
serangan balas.
Kemenangan Islam Menang Islam Kalah Islam Menang
Khandak: Parit yang dibina oleh orang Islam sebagai benteng pertahanan di sekeliling
Kota Mekah.
Ahzab: Tentera bersekutu yang terdiri daripada gabungan puak Quraisy dengan kabilah
Arab dan orang Yahudi .

24
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Perang Badar
o Tiga orang pahlawan Quraisy mencabar orang Islam yang berani beradu
kekuatan iaitu Utbah bin Rabiah, Al-Walid bin Utbah dan Syaibah bin Rabiah.
Cabaran disambut oleh tiga orang pahlawan Islam iaitu Saidina Hamzah,
Saidina Ali dan Ubaidah bin Al-Haris. Ketiga-tiga orang pahlawan Quraisy itu
berjaya dibunuh oleh ketiga-tiga orang pahlawan Islam yang gagah perkasa itu.
o Setelah itu berlakulah pertempuran yang hebat antara tentera Islam yang
mempunyai keyakinan iman dengan tentera Quraisy yang mempunyai kekuatan.
o Baginda S.A.W berdoa meminta pertolongan Allah S.W.T dan mara ke hadapan
memberi perangsang kepada tenteranya. Pertempuran terus berlaku dari pagi
sampai ke tengah hari. Akhirnya tentera Islam mendapat kemenangan.
Tawanan perang dikembalikan semula kepada Quraisy dengan bayaran denda.

Perang Uhud
o Baginda S.A.W bersama bala tenteranya seramai 1000 orang ke Bukit Uhud.
Orang Yahudi ingin menyertai peperangan itu, tetapi ditolak oleh baginda
S.A.W. Hal tersebut menyebabkan ketua munafik Abdullah bin Ubai bersama
seramai 300 orang tenteranya berpatah balik ke Madinah. Maka tinggallah 700
orang sahaja tentera Islam bersama baginda S.A.W ke medan perang.
o Baginda S.A.W menempatkan 50 orang tentera berpanahnya di Bukit Uhud dan
berpesan supaya berjaga-jaga dan jangan sesekali meninggalkan tempat itu
walau apa akan terjadi. Namun pesanan itu diendahkan kerana pasukan itu
turun dari bukit untuk mengambil harta rampasan perang setelah tentera
musuh melarikan diri.
o Tentera berkuda Quraisy yang diketuai oleh Khalid bin Al-Walid pun
mengambil peluang menyusun barisan untuk menyerbu dari belakang. Hal
tersebut menyebabkan pertahanan tentera Islam lemah dan tentera musuh
membuat serangan kilat. Ramai tentera Islam terbunuh termasuklah Saidina
Hamzah dan baginda S.A.W mengalami cedera yang parah. Peperangan itu telah
menyebabkan tentera Islam kalah.

Perang Khandak
o Orang Islam menggali parit di sekeliling Madinah sebagai kubu menahan
serangan tentera musuh. Cadangan menggali parit itu diutarakan oleh sahabat
baginda S.A.W iaitu Salman yang berbangsa Parsi.
o Tentera musuh Islam terkejut apabila melihat keadaan di sekeliling Madinah
dan mereka tidak dapat mengatur cara perang kerana terdapat parit
pertahanan orang Islam. Setelah berhari-hari mencuba menakluki kota
Madinah gagal, tentera Ahzab mulai bosan dan mereka mencuba dengan tipu
muslihat dan timbullah keadaan kelam kabut.
o Dalam suasana itu, datanglah ribut dan hujan lebat ke atas pihak musuh
sehingga membongkar khemah mereka. Mereka terpaksa meninggalkan tempat
itu tanpa perang. Mereka gagal menyerang Madinah.

25
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Aplikasi Iktibar Dari Peristiwa Peperangan Yang Disertai Oleh Baginda S.A.W
 Baginda S.A.W berdoa meminta pertolongan Allah ketika berperang dengan
tentera musuhnya seperti dalam perang Badar. Kita hendaklah meminta
pertolongan dan berdoa kepada Allah S.W.T dalam segala urusan.
 Ketika Perang Badar, baginda S.A.W bermesyuarat dengan para sahabat dan
orang Islam untuk membincangkan apa tindakan yang sesuai keapada tawanan
perang. Kita perlu bermesyuarat dan berbincang sebelum bertindak.
 Baginda S.A.W menerima pandangan para sahabat dalam membuat keputusan
semasa perang. Kita mesti bersedia dan menerima pandangan terbaik orang lain.
 Pasukan tentera berpanah Islam gagal mematuhi arahan baginda S.A.W ketika
perang Uhud. Oleh itu, setiap orang hendaklah patuh kepada arahan ketua
mereka.
 Kegagalan tentera berpanah orang Islam ketika perang Uhud adalah mereka
menuruni bukit Uhud untuk mengambil harta rampasan perang ketika perang
masih berlangsung. Dalam setiap perjuangan janganlah kita mementingkan soal
kebendaan.

Baginda Sebagai Panglima Tentera, Kesan Taat Dan Ingkar Kepada Ketua, Strategi
Peperangan, Kepentingan Kualiti Iman Dan Kuantiti.
Baginda sebagai panglima tentera
 Baginda S.A.W sangat bijak mengatur dan melaksanakan strategi perang.
 Baginda S.A.W juga sentiasa berbincang sebelum membuat sesuatu keputusan.
 Baginda S.A.W seorang yang tegas dalam dasar peperangan iaitu, tidak
memerangi orang yang lemah, orang tua, kanak-kanak dan wanita serta tidak
memusnahakan harta benda.
 Baginda S.A.W adil dalam hal berkaitan harta rampasan perang. Harta
rampasan perang dibahagi sama rata kepada tentera yang menyertai
peperangan.
 Baginda S.A.W melaksanakan amanah Allah dan amanah umat Islam seluruhnya
bagi memimpin tentera untuk mencapai kegemilangan. Baginda S.A.W melarang
tenteranya menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang sudah lari
dari medan peperangan.

Kesan taat dan ingkar kepada ketua


a. Kesan taat kepada ketua
 mendapat bantuan daripada Allah S.W.T
 mewujudkan disiplin yang baik dalam diri sendiri
 mendapat ganjaran syurga
b. Kesan ingkar kepada ketua
 mendapat balasan buruk di dunia dan akhirat
 ketua tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik
 musuh senang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan
 kestabilan organisasi akan terjejas

26
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Strategi peperangan
a. Geografi dan bentuk muka bumi yang strategik
 Baginda S.A.W mengarahkan para sahabat dan pasukan tentera Islam berkubu
di Bukit Uhud semasa perang Uhud. Semasa perang Khandak, Kota Madinah
dikelilingi dengan parit yang telah digali oleh pasukan baginda S.A.W.
b. Menyerang secara kejutan
 Strategi ini menyebabkan pihak musuh tidak berupaya dan tidak bersedia
untuk melancarkan serangan balas. Baginda S.A.W melakukan gerakan rahsia
dan segala rancangan baginda S.A.W dirahsiakan daripada diketahui pihak
musuh.
c. Pengintipan dan sisitem rondaan
 Tujuannya untuk mendapatkan maklumat pihak musuh berkenaan dengan aspek
harta benda, alat-alat pesenjataan, pergerakan, rancangan dan tujuan.
Baginda S.A.W telah melantik beberapa orang perisik untuk menjejaki pihak
musuh sebelum berlakunya perang Badar dan peronda di kota Mekah.
d. Ketangkasan dan kecekapan
 Ketangkasan dan pergerakan dalam pelaksanaan sesuatu operasi tentera,
membolehkan sesebuah pasukan tentera menawan pihak musuh pada masa dan
tempat yang tidak diduga. Baginda S.A.W selalu menggunakan kaedah ini
sehingga menyebabkan pihak musuh tidak menduga tentang kedatangan
pasukan baginda S.A.W.
e. Penggunaan tentera secara ekonomik
 Penggunaan harta benda dan tenaga manusia secara ekonomik merupakan
kaedah yang sangat bermutu tinggi dalam seseuatu operasi ketenteraan.
Baginda S.A.W menggunakan sumber harta dan tenaga manusia secara
ekonomik dengan mendapat hasil yang terbaik berbanding dengan kos yang
baginda S.A.W gunakan.

Kepentingan kualiti iman dan kuantiti.


 Melalui perang zaman baginda S.A.W dapat dilihat perbezaan antara tentera
Islam dan tentera musuh. Tentera Islam mementingkan kualiti iman dan kuantiti
dalam peperangan. Manakala tentera musuh hanya mementingkan kuantiti dalam
peperangan.
 Kualiti iman pasukan tentera baginda S.A.W dapat dilihat dari segi sifat mereka
iaitu sabar dan mempunyai hati yang sangat cintakan pimpinan Allah S.W.T dan
baginda S.A.W. Semua sahabat patuh dan percaya akan kebenaran pimpinan
baginda S.A.W. Mereka juga sentiasa berdoa dan meminta pertolongan daripada
Allah. Allah menghantar para malaikat bagi membantu pasukan tentera Islam.
Semangat pasukan tentera Islam juga sangat tinggi dan kental untuk menghadapi
pasukan musuh yang lebih banyak kuantiti tenteranya.
 Kuantiti tentera juga penting dalam peperangan. Dengan jumlah kuantiti yang
ramai, pasukan tentera dapat diagihkan tugasannya dan boleh menakutkan pihak
musuh. Hal ini berlaku sebelum pembukaan Kota Mekah.

27
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Perjanjian Hudaibiyah
 Perjanjian damai antara Rasulullah s.a.w dengan musyrikin Mekah yang berlaku
pada bulan Zulkaedah, 6 Hijrah di Hudaibiyah berdekatan Kota Mekah.

Peristiwa Hudaibiyah
 Rasulullah s.aw bermimpi memasuki Baitullah Haram bersama para sahabat dalam
keadaan aman dan bercukur kepala. Kaum Muhajirin dan Ansar berasa rindu untuk
melihat Kaabah setelah 6 tahun dilarang memasuki Mekah.
 Kira-kira 1 500 orang keluar tanpa membawa senjata kecuali senjata bagi
pengembara dan pedang yang bersarung. Apabila sampai di Hudaibiyah, beberapa
lelaki dari Bani Khuza’ah datang menemui baginda bertanyakan tujuan
kedatangannya. Baginda memberitahu tujuan mereka adalah untuk menziarahi
Baitullah dan mengerjakan umrah.
 Orang musyrikin menghantar ‘Urwah bin Mas’ud sebagai wakil untuk berunding
dengan Rasulullah s.aw. Rasulullah s.aw pula menghantar Uthman bin Affan untuk
berunding dengan pihak musyrikin dan telah ditahan selama 3 hari.
 Kemudian tersebar tentang kematian Uthman. Mendengar berita tersebut,
baginda mengajak orang Islam untuk berjihad dan mati syahid. Mereka berbaiah
di bawah sepohon pokok dan berjanji tidak akan lari dari medan perang dan
berjuang sehingga titisan akhir. Ini dinamakan Bai’ah Ridhwan.
 Apabila orang musyrikin mengetahui baiah tersebut, mereka sangat bimbang dan
membebaskan Uthman. Pihak musyrikin menghantar Suhail bin ‘Amru untuk
berunding. Rundingan telah dimeterai dan dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyah.

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah


a. Genjatan senjata selama 10 tahun. Kedua-dua pihak tidak boleh menceroboh,
mengkhianati, mencuri dan mungkir janji.
b. Orang Islam tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun tersebut. Mereka
hanya dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya dan tidak melebihi
tiga hari, mereka boleh membawa pedang yang bersarung sahaja.
c. Kedua-dua pihak dibenarkan membuat perjanjian dengan pihak lain yang disukai.
Mana-mana kabilah boleh memilih sama ada mengikat perjanjian dengan musyrikin
Mekah atau orang Islam.
d. Orang Quraisy yang lari ke Madinah tanpa kebenaran wali hendaklah dihantar
semula ke Mekah walaupun telah memeluk Islam. Manakala orang Islam yang lari
ke Mekah tidak akan dipulangkan semula kepada orang Islam di Madinah. Kunci
kejayaan untuk pembukaan Kota Mekah.

Kesan Perjanjian Hudaibiyah


a. Musyrikin Mekah telah mengiktiraf Rasulullah dan negara Islam Madinah
b. Semua Yahudi yang khianat diusir dari Madinah
c. Dakwah Islam dapat disebarkan dengan meluas dan kehidupan aman damai
d. Membawa kepada Dasar Buka Pintu kepada orang Islam Madinah

28
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Pembukaan Kota Mekah


Peristiwa Menyebabkan Pembukaan Mekah
 8 Hijrah : Kaum Quraisy telah melanggar Perjanjian Hudaibiyah dengan
membantu Bani Bakar menyerang Bani Khuza’ah yang telah mengadakan bai’ah
dengan baginda.
 Serangan itu telah mengorbankan 20 orang Bani Khuza’ah dan telah menghantar
utusan memberitahu Rasulullah. Baginda amat marah dengan musyrikin Mekah dan
menghantar utusan dengan mengemukakan 3 pilihan.
a. Dikehendaki membayar diyah; pampasan atau ganti rugi sebagai tebusan darah
kepada waris Khuza’ah yang terbunuh
b. Membatalkan perjanjian dengan Bani Bakar
c. Terbatal Perjanjian Hudaibiyah dan berperang dengan orang Islam
 Orang musyrikin berasa tercabar lalu memilih untuk berperang. Rasululllah s.aw
membawa 10 000 tentera Islam menuju ke Mekah. Dalam perjalanan, mereka
berhenti di Damarzahran dan mendirikan khemah untuk bermalam. Rasulullah
s.a.w menyusun strategi agar tiada pertumpahan darah berlaku.

Strategi Menakutkan Musyrikin Mekah


 Pada waktu malam, Rasulullah s.aw mengarahkan setiap pasukan menyalakan
unggun api yang besar bertujuan menimbulkan rasa gerun. Abu Sufian keluar
meninjau telah melihat kekuatan Islam yang tidak mungkin mereka dapat
tewaskan.
 Dalam pertengahan jalan, Abu Sufian terjumpa dengan Abbas yang baru memeluk
Islam.Setelah mendengar penjelasan Abbas, Abu Sufian terbuka hati untuk
menerima kebenaran Islam. Abbas membawa beliau berjumpa Rasulullah s.a.w dan
memeluk Islam.

Tawaran Keselamatan oleh Rasulullah s.a.w


 Jumaat, 10 Ramadhan, Rasulullah s.aw mula memasuki Mekah melalui 4 penjuru.
 Terlebih dahulu Rasulullah s.aw mengisytiharkan tawaran kepada penduduk Mekah
bahawa mereka akan selamat sekiranya berada di 3 tempat iaitu : rumah Abu
Sufian, Masjidil Haram, rumah sendiri.
 Pengisytiharan itu menggemparkan musyrikin Mekah dan mereka semakin lemah
untuk menentang Rasulullah s.a.w.

Tindakan Rasulullah s.a.w Setelah Memasuki Kota Mekah


a) Rasulullah dan para sahabat memusnahkan 360 buah berhala yang terdapat di
sekeliling Kaabah.
b) Rasulullah melakukan tawaf di Kaabah dan menunaikan solat sunat di Makam
Ibrahim sebanyak 8 raka’at.
c) Rasulullah mengarahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan di atas bumbung Kaabah.
d) Rasulullah menyampaikan khutbah pertama kepada penduduk Mekah.
e) Rasulullah telah mengisytiharkan pengampunan kepada semua bekas musuhnya

29
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Faktor Kejayaan Pembukaan Kota Mekah


a) Kekuatan akidah yang ditanam kepada umat Islam menjadikan mereka berada di
pihak benar.
b) Hubungan persaudaraan yang kukuh di antara umat Islam membolehkan mereka
bekerjasama melakukan semua strategi yang dirancang oleh Rasulullah
c) Strategi yang bijak dan teliit oleh Rasulullah telah berjaya melemahkan kekuatan
masyarakat Mekah
d) Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan umat Islam dan yakin dengan janji-
janji Allah
e) Hasil perjanjian Hudaibiyah, ramai penduduk Mekah tertarik dengan Islam
sehingga ramai memeluk Islam
f) Ramai pembesar dan panglima Quraisy memeluk Islam, antaranya ialah Khalid bin
Walid dan ‘Amru bin ‘As menyebabkan kekuatan masyarakat Quraisy semakin
lemah
g) Ramai pembesar dan panglima perang Quraisy terkorban dalam peperangan
seperti Abu Jahal dan ‘Utbah bin Rabi’ah.

Kesan Pembukaan Kota Mekah


a) Dakwah Islam dijalankan secara terang-terangan dan berkembang pesat di
seluruh Semenanjung Tanah Arab
b) Tanah haram Mekah menjadi kawasan larangan bagi orang bukan Islam
c) Ramai orang kafir Quraisy memeluk Islam
d) Umat Islam dapat menunaikan ibadah tanpa gangguan orang kafir
e) Masyarakat Mekah saling bekerjasama dan hidup aman damai

30
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 2: KEWAFATAN RASULULLAH


S.A.W

Peristiwa Sebelum Kewafatan Baginda S.A.W


 Nabi Muhammad tidak pernah sakit teruk kerana mengamalkan kehidupan yang
dijauhi daripada penyakit. Rasulullah mulai gering pada akhir bulan Safar, 11
Hijrah. Para sahabat dan umat Islam susah hati kerana baginda tidak pernah
sakit.
 Pada hari pertama sakit, baginda masih mampu menziarahi Kubur Baqi’ dan
Perkuburan Syuhada bersama orang suruhannya Abu Muwaihibah dan masih
bergilir-gilir ke rumah isteri-isterinya. Baginda demam beberapa hari dan
apabila berkurangan, baginda ke masjid untuk solat berjemaah.
 Pada hari terakhir, baginda dapat tidur dengan nyenyak dan demamnya
berkurangan. Baginda dapat solat Subuh dengan menyandarkan badannya kepada
Saidina Ali bin Abi Talib dan Fadhlu bin Abas. Kemudian baginda berkhutbah.
 Umat Islam amat gembira melihat baginda sihat. Usamah bin Zaid meminta izin
untuk keluar melaksanakan tugas.
 Namun, selepas itu demam baginda menjadi semakin teruk.

Peristiwa Semasa Kewafatan Baginda S.A.W


 Baginda wafat pada waktu Dhuha, isnin, 12 Rabiul Awal, 11 Hijrah bersamaan 8
Jun 633 Masihi ketika berusia 63 tahun.
 Jenazah baginda berada di rumah Aisyah sehingga malam Rabu untuk
membolehkan perlantikan khalifah yang pertama.
 Jenazah baginda dimandikan oleh Saidina Ali bin Abi Talib dan dibantu oleh Abas
serta dua orang anaknya.
 Jenazah Rasulullah dikebumikan di rumah Aisyah, tempat baginda wafat.

Reaksi Sahabat Selepas Kewafatan Baginda S.A.W


 Berlaku peristiwa dahsyat : lidah kelu. Saidina Umar al-Khattab menghunus
pedang dan berkata, “Jangan sesiapa mengatakan Rasulullah wafat. Baginda
sekadar koma dan akan kembali semula”
 Apabila Saidina Abu Bakar datang, beliau masuk ke rumah Aisyah dan mencium
pipi baginda. Kemudian Saidina Abu Bakar keluar dan berkata, “Wahai manusia,
sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah mati, sesiapa yang
menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati”

31
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

Iktibar dari Kewafatan Baginda S.A.W


a) Menyakini Allah S.W.T bersifat kekal, tiada permulaan dan tiada pengakhiran.
Manakala hidup manusia hanyalah sementara. Oleh itu, kita hendaklah mengisi
masa dan usia kita dengan mentaati perintah Allah S.W.T dan meninggalkan
larangan-Nya.
b) Baginda S.A.W sangat sayang akan umatnya dan berpesan agar memelihara
solat. Oleh itu,kita hendaklah membuktikan kecintaan kepada baginda S.A.W
dengan memelihara solat, memperbanyak selawat atas baginda S.A.W serta
mengamalkan Sunnah baginda S.A.W dalam kehidupan.
c) Saidina Abu Bakar As-Siddiq sentiasa membantu dan menyokong baginda
S.A.W sama ada dalam keadaan senang ataupun susah.Kita mestilah berusaha
menjadi sahabat yang baik, nasihat-menasihati dan sentiasa bersedia
membantu rakan dalam perkara kebaikan.
d) Usamah bin Zaid dilantik mengetuai angkatan tentera pada usia yang muda.
Beliau dipilih kerana ketakwaan dan keistimewaan yang dimilliki olehnya. Hal ini
menunjukkan nilai kehebatan seseorang di sisi Allah S.W.T dan Rasul adalah
pada imannya dan bukan pada harta serta usia.

32
SIRAH- KAFA TERKINI 2020

PELAJARAN 3:KETOKOHAN RASULULLAH


S.A.W

Ketokohan Baginda S.A.W Dalam Keluarga.


 Anak yang soleh dan selalu mendoakan kedua-dua ibu bapa
 Sentiasa menghormati dan menjaga hubungan silaturrahim
 Mengasihi isteri dan anak-anak serta sentiasa membantu dalam urusan rumah
tangga
 Ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa mendidik anak dengan kasih sayang
 Datuk yang penyayang dan sabar melayani cucu
 Meluangkan masa bersama-sama keluargadengan perkara yang berfaedah

Ketokohan Baginda S.A.W Dalam Bersosial.


 Menghormati dan mengasihani orang tua dan kanak-kanak
 Sentiasa membantu mereka yang memerlukan
 Sering menziarahi orang sakit
 Bercakap dengan sopan, jelas dan tidak terlalu kuat
 Sentiasa menahan marah dan memaafkan orang lain
 Sentiasa membalas sesuatu perkara dengan lebih baik
 Seorang yang sangat dermawan

Aplikasi Ketokohan Baginda S.A.W Dalam Perilaku Seharian.


 Baginda S.A.W seorang yang taat dan patuh akan segala perintah Allah S.W.T
serta meninggalkan segala larangan-Nya. Ketokohan baginda ini patutlah kita
aplikasikan dan kita juga perlu meningkatkan amalan kebaikan dalam kehidupan
kita.
 Baginda S.A.W juga mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan para sahabat
dan orang Islam. Walaupun diamanahkan berdakwah kepada kaumnya, baginda
S.A.W tetap akur dengan arahan Allah supaya berhijrah bersama pengikutnya
demi keselamatan.
 Walaupun baginda S.A.W seorang Nabi yang dilantik oleh Allah, baginda tidak
sepenuhnya membuat keputusan sendiri dalam sesuatu tindakan. Baginda
mengambil pandangan rakyatnya seperti menggunakan kaedah menggali parit
dalam Perang Khandak. Tindakan sebegitu perlulah kita contohi dalam kehiupan
kita. Sebelum bertindak dan membuat keputusan, perlulah kita bincangkan
bersama-sama.
 Ketegasan dan adil dalam menangani sesuatu masalah juga merupakan
ketokohan baginda S.A.W. Hal ini berlaku ketika Perang Badar iaitu baginda
tidak membunuh tawanan perang tetapi hanya melepaskan tawanan itu dengan
bayaran denda. Tindakan tegas dan adil itu perlu kita aplikasikan dalam
kehidupan seperti dalam institusi kekelurgaan dan sebagai ketua pasukan.

33

Anda mungkin juga menyukai