Anda di halaman 1dari 13

AKHLAK TAHUN 3

AKHLAK TAHUN 3

PELAJARAN SATU : Adab menziarahi orang sakit


Adab-adab Ketika menziarahi orang sakit
1. Memilih waktu yang sesuai untuk berziarah.
2. Memendekkan waktu ziarah.
3. Mengucapkan kata-kata yang baik sahaja.
4. Berkata dengan suara yang lemah lembut dan sopan.
5. Mendoakan orang yang sakit agar cepat sembuh.
6. Memberikan kata-kata nasihat supaya sabar, tabah dan bersangka baik
kepada Allah swt.

1
AKHLAK TAHUN 3

Fadhilat Ketika menzirahi orang sakit


1. Disukai oleh Allah swt dan Rasullah saw.
2. Dapat ganjaran pahala dari allah swt.
3. Dapat mendoakan kesembuhan pesakit.
4. Dimurahkan rezeki oleh Allah swt.
5. Mengeratkan hubungan silaturahim.
6. Mengembirakan pesakit.
7. Memberi semangat kepada pesakit.

Akibat tidak beradab Ketika menziarahi orang sakit.


1. Tidak disukai oleh Allah swt dan Rasullah saw.
2. Tidak mendapat rahmat Allah swt.
3. Menyusahkan hati pesakit.
4. Menguris hati keluarga pesakit.

Tahukah anda:
1. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak sesame muslim.
2. Melawat orang sakit merupakan satu terapi yang baik kepada pesakit.
3. Berkata dengan lemah lembut dengan orang sakit dan mendoakannya.
4. Membawa buah tangan Ketika menziarahi orang sakit.

2
AKHLAK TAHUN 3

PELAJARAN KEDUA : Adab menzirahi rakan

Adab-adab Ketika menziarahi rakan


1. Memberitahu rakan ketika hendak berziarah.
2. Pilih waktu yang sesuai untuk berziarah.
3. Memberi salam kepada orang yang kita ziarah.
4. Meminta izin sebelum masuk rumah.
5. Membaca doa.
6. Berkata perkara yang baik dan berfaedah.
7. Jangan berziarah terlalu lama.

Fadhilat menziarahi rakan.


1. Mengeratkan hubungan silaturahim.
2. Dapat bertukar fikiran dan maklumat.
3. Dapat ganjaran pahala daripada Allah swt.
4. Mengetahui khabar berita.
5. Menambah kasih sayang sesame rakan.

Akibat tidak beradab ketika menziarahi rakan.


1. Tidak mendapat keredoaan Allah swt dan Rasullah saw.
2. Tidak disukai oleh rakan.
3. Ibu bapa dan keluarga kita akan mendapat malu.

Tahukah anda:
1. Kehadiran tetamu membawa berkat kepada tuan rymah.
2. Rasullah saw sentiasa menziarahi para sahabatnya jika berkelapangan.
3. Ziarah sangat dituntut oleh syarak.

3
AKHLAK TAHUN 3

PELAJARAN KETIGA : Bercakap benar

Pengertian bercakap benar:


Bercakap benar ialah berkata-kata atau memberitahu kepada seorang tentang
sesuatu perkara dengan betul dan tidak mengandungi unsur perbohongan.

Fadhilat bercakap benar:


1. Diredhai oleh Allah swt dan Rasul saw.
2. Mendapat pahala dari Allah swt.
3. Disukai oleh guru dan ibubapa.
4. Mendapat kepercayaan masyarakat.
5. Hubungan silaturahm akan menjadi lebih erat.

Akibat berkata berbohong


1. Dimurkai Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Mendapat balasan seksa didunia dan akhirat.
3. Dibenci oleh ibubapa dan guru.
4. Tidak dipercayai masyarakat.
5. Merengangkan hubangan silaturahim.
Hadis:
Sesiapa yang beriman dengan Allah swt dan hari kiamat, hendaklah dia bercakap
perkara yang baik atau berdiam diri sahaja.

4
AKHLAK TAHUN 3

PELAJARAN KEEMPAT: Sabar

Pengertian sabar :
Sabar ialah senantiasa redo dan tenang semasa menghadapi ujian daripada Allah
swt dan tidak mudah putus asa apabila mendapat kesusahan.

Ciri-ciri sabar
1. Sabar dalam mentaati perintah Allah swt.
2. Sabar Ketika sedang marah.
3. Sentiasa redo segala kesusahan dan kesulitan yang dihadapi.
4. Tidak mudah kecewa apabila gagal dalam sesuatu urusan yang dilakukan.

5
AKHLAK TAHUN 3

Fadhilat bersifat sabar:


1. Disukai oleh Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Menambah keimanan kepada Allah swt.
3. Disukai oleh ibubapa, guru dan rakan.
4. Jiwa sentiasa tenang.
5. Mendapat Keampunan dan rahmat Allah swt.
6. Dapat menyelesaikan masalah.
7. Diperkenankan doa oleh Allah swt.
8. Mendapat petunjuk kebaikkan.
9. Disegani dan dihormati.

Akibat tidak bersifat sabar:


1. Dimurkai Allah swt dan Rasullullah saw.
2. Tidak disukai oleh ibubapa, guru dan rakan.
3. Membentuk sikap mementingkan diri sendiri.
4. Jiwa tidak tenang.
5. Mudah mendapat penyakit.

Tahukah anda:
1. Sabar sebahagian daripada iman.
2. Sabar merupakan kunci kejayaan.

6
AKHLAK TAHUN 3

PELAJARAN KELIMA: Berani

Pengertian berani:
Berani ialah sifat yang mendorong manusia bertindak dengan penuh
tanggungjawab, cekal hati, tabah dan sabar untuk mempertahankan kebenaran.

Ciri-ciri berani:
1. Mempertahankan hak dirinya.
2. Berkata dengan benar.
3. Melaksanakan perintah Allah swt dengan sebenar-benarnya.
4. Berlaku adil.
5. Menegur perkara yang salah.

Fadhilat berani:
1. Diredoi oleh Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Melatih diri menjadi cemerlang dan terbilang.
3. Tidak dipermainkan oleh orang lain.
4. Semua orang akan sayang kepada kita.
5. Disanjung dan dihormati oleh masyarakat.
6. Disegani kawan dan lawan.

Akibat tidak bersifat berani:


1. Di murkai oleh Allah swt dan Rasulullah saw.
2. Selalu dipermainkan oleh orang lain.
3. Takut mencuba perkara yang baharu.
4. Hati sentiasa terasa lemah.
5. Menjadi penghalang untuk berjaya.

Berani kerana benar. Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa
sedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orangyang beriman. ( Surah Al-Imran : 139 ).
7
AKHLAK TAHUN 3

PELAJARAN KEENAM : Menepati janji

Pengertian menepati janji:


Menepati janji ialah menunaikan sesuatu yang telah dijanjikan tepat pada masanya.

8
AKHLAK TAHUN 3

Fadhilat menepati janji:


1. Diredoi allah swt dan Rasullulah saw.
2. Disukai oleh ibubapa, guru dan rakan.
3. Mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.
4. Mengeratkan hubungan silaturahim sesame manusia.
5. Tergolong dalam kalangan orang yang benar dan bertakwa.
6. Mendapat keberkatan daripada Allah swt.
7. Dimurahkan rezeki oleh Allah swt.

Akibat tidak menepati janji:


1. Dibenci oleh Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Tidak disukai oleh ibubapa, guru dan rakan.
3. Termasuk dalam golongan orang yang munafik.
4. Mendapat balasan seksa dineraka.
5. Jiwa sentiasa tidak tenteram.
6. Hidup tidak mendapat keberkatan Allah swt.

Tahukah anda:
1. Hukum menepati janji adalah wajib.
2. Menunaikan janji adalah ciri-ciri orang beriman.
3. Lafaz “ Insya Allah” jika berjanji dengan sesame manusia.

9
AKHLAK TAHUN 3

PELAJARAN KETUJUH: Malu

Pengertian malu :
Malu ialah menahan diri daripada memperkatakan sesuatu yang keji dan
menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan dosa lagi hina.

Bahagian malu
Malu terbahagi kepada 3 bahagian:
1. Malu kepada allah swt
2. Malu kepada manusia
3. Malu kepada diri sendiri
Malu kepada Allah swt ialah menjungjung perintah Allah swt dan meninggalkan
laranganNya.

Malu kepada manusia:


1. Tidak menyakiti sesame manusia.
2. Tidak mengumpat sesame manusia.
3. Berkelakuan sopan.

Malu kepada diri sendiri :


1. Tidak melakukan perkara yang dilarang agama.
2. Menjaga maruah diri.
3. Mendekatkan diri kepada Allah swt.

10
AKHLAK TAHUN 3

Fadhilat malu:
1. Diredoi oleh Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Disukai ibubapa, guru dan rakan.
3. Dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menyalahi syarak.
4. Dapat menjaga kesopanan dalam percakapan dalam pergaulan seharian.
5. Sentiasa mendapat petunjuk kearah kebaikkan.

Akibat tidak bersifat malu:


1. Dimurkai oleh Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Dibenci ibubapa, guru dan rakan.
3. Melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.
4. Hilang nilai kesopanan dan baik budi.
5. Tidak akan dihormati oleh masyarakat.

Tahukah anda:

Jangan malu untuk membuat kebaikkan.

11
AKHLAK TAHUN 3

PELAJARAN KELAPAN : Pemaaf

Pengertian pemaaf:
Pemaaf ialah memberi kemaafan dengan hati yang ikhlas terhadap kesalahan orang
lain.

Fadhilat pemaaf:
1. Diredoi oleh allah swt dan Rasulllulah saw.
2. Disukai ibubapa, guru dan rakan.
3. Mengeratkan silaturahim.
4. Jiwa akan menjadi tenang.
5. Dapat menghindarkan pergaduhan.

Akibat tidak bersifat pemaaf:


1. Dimurkai oleh Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Tidak disukai ibubapa, guru dan rakan.
3. Hidup sentiasa dalam kegelisahan.
4. Jiwa akan menjadi tidak tenteram.
5. Boleh menimbulkan pergaduhan.

12
AKHLAK TAHUN 3

13

Anda mungkin juga menyukai