Anda di halaman 1dari 2

ADAB & AKHLAK ISLAMIAH TINGKATAN 1

Bab 31 : ADAB BERKAWAN


KONSEP ADAB BERKAWAN
1.
2.

3.

Kawan ialah orang yang sentiasa berdamping dengan kita selain kaum kerabat.
Mereka terdiri daripada rakan seagama atau berlainan agama.
Kawan sangat penting kepada seseorang dalam menjalani kehidupan seharian. Kawan
adalah tempat berbicara, dan tempat mengadu. Oleh itu berkawanlah dengan orang
yang baik.
Islam menyarankan kita memilih kawan yang taat pada agama dan berakhlak mulia,
kerana kawan yang baik boleh mempengaruhi rakannya.

CARA DAN ADAB BERKAWAN


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Memberi salam dan mendokan kebaikan ketika bertemu dan berpisah.


Sedia memberikan nasihat,bantuan atau pertolongan ketika diperlukan.
Mengamalkan tingkah laku yang baik dan bersopan semasa bergaul dengan kawan.
Tidak menyakiti hati kawan atau menjatuhkan maruah kawan.
Menjaga keaiban kawan.
Jujur dan ikhlas dalam persahabatan.

CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK


1.
2.
3.
4.
5.

Beriman dan taat pada perintah Allah SWT.


Gemar melakukan kebaikan dan membimning kawan ke arah kebaikan.
Memiliki akhlak yang mulia.
Membantu kawan ketika diperlukan.
Sentiasa bersama kawan ketika senang atau susah.

CIRI-CIRI KAWAN YANG TIDAK BAIK

1. Tidak taat pada perintah agama.


2. Gemar melakukan maksiat dan kejahatan.
3.
4.
5.

Mementingkan diri sendiri dan memiliki akhlak yang buruk.


Membiarkan kawannya yang ditimpa kesusahan.
Suka bergaduh dan bertengkar.

AKIBAT SALAH MEMILIH KAWAN


1.

Mudah terdorong untuk melakukan kejahatan dan maksiat

2. Terlibat dengan gejala negative seperti menghisap dadah dan menghidu gam.
3.
4.

Diri sendiri akan binasa.


Masa depan musnah dan tidak terjamin.

KELEBIHAN MEMILIH KAWAN YANG BAIK


1.
2.
3.
4.

Diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.


Diri terdorong untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah SWT.
Diri terhindar daripada gejala yang tidak baik.
Dapat membentuk diri berakhlak mulia.

LATIHAN
1. Berikan maksud kawan.

ADAB & AKHLAK ISLAMIAH TINGKATAN 1

2. Jelaskan tiga cara dan adab berkawan.


i.

ii.

iii.

3. Senaraikan tiga ciri-ciri kawan yang baik


i.

ii.

iii.

4. Terangkan tiga ciri-ciri kawan yang tidak baik.


i.

ii.

iii.

5. Apakah tiga akibat salah memilih kawan?


i.

ii.

iii.
.
6. Jelaskan tiga kelebihan berkawan dengan kawan yang baik.
i.

ii.

iii.

7. Tulis semula petikan di bawah dengan menggunakan tulisan jawi.


kawan ialah orang yang selalu berdamping dengan kita selain daripada
kaum kerabat.

Anda mungkin juga menyukai