Anda di halaman 1dari 20

HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

SEMESTER JANUARI 2015

Pengenalan Adab Menurut Islam


Adab atau akhlak bererti budi pekerti, perangai, tingkahlaku, tabiat dan
adab kebiasaaan. budi pekerti ada yang baik dan yang buruk. Ia dipanggil
sifat mahmudah seperti penyabar, amanah, jujur dan lain-lain. begitu juga
dengan sifat mazmumah seperti sombong, dengki dan lain-lain.
Akhlak sesuatu bangsa yang baik bermula dari rumahtangga. Apabila
anggota dalam rumah tangga itu baik maka baiklah sesuatu masyarakat
itu. Apabila sesuatu masyarakat itu baik maka baiklah sesuatu bangsa itu.
Oleh yang demikian sesebuah negara itu menjadi baik apabila mempunyai
masyarakat yang baik dari akhlak yang luhur, sebaliknya jika mempunyai
masyrakat yang berakhlak buruk maka rosaklah pula bangsa dan
negara. Penyair Ahmad Syauqi pernah berkata :Satu bangsa dikenal
kerana akhlak (budi pekerti) . Jika budi pekertinya telah runtuh, maka
runtuh pula bangsa itu

Pengertian Adab dalam istilah bermaksud adat kebiasaan. Kata adab


dapat menunjukkan pada suatu kebiasaan, etika, pola tingkah laku yang
dianggap sebagai contoh. Istilah adab membawa makna etika dan sosial.
Kata dasar Ad mempunyai erti sesuatu yang mentakjubkan, atau
persiapan atau pesta. Dengan kata lain adab sesuatu bererti sikap yang
baik dari sesuatu tersebut. Misalnya Adab Islam maka berarti adab yang
baik yang ditetapkan oleh Islam berdasarkan pada ajaran-ajarannya.

Sumber Adab
Dalam dunia Islam adab hanya memiliki satu sumber iaitu Rasulullah saw,
dimana kebiasaan-kebiasaan itu bersumber pada dua dasar yakni Al-
Quran dan Sunnah. Meliputi juga perbuatan-perbuatan dan perkataan
Rasulullah serta perintah-perintahnya yang tidak langsung. Sebagaimana
firman Allah: Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)
mempunyai akhlak yang amat mulia. [al-Qalam 68:04]
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

Akhlak yang baik adalah penting. Oleh sebab itu tugas Nabi SAW
diutuskan oleh Allah adalah untuk memperbaiki akhlak umat
manusia. Nabi SAW bersabda:Sesungguhnya aku diutuskan untuk
meyempurnakan akhlak yang mulia

Dalam agama Islam, akhlak adalah pengukur ama ada sempurna atau
tidak iman seseorang. Nabi SAW bersabda:orang mukmin yang sempurna
imannya ialah yang terbaik akhlaknya Sesungguhnya akhlak memainkan
peranan penting dalam pembangunan satu-satu bangsa

Latar Belakang Pengertian Adab Menurut Islam


Perkataan adab jika diteliti dan diberi penghayatan sebenar memberikan

tafsiran yang sangat besar konotasinya. Di dalam Kamus Dewan (1989),

adab didefinisikan sebagai tingkah laku serta tutur kata yang sopan, budi

bahasa, budi pekerti, dan kesopanan. Kesemuanya ini mempunyai kaitan

dengan pendidikan dan etika manusia itu sendiri. Menurut Kamus Dewan

(1989), orang yang beradab dikatakan telah maju dalam tingkat kemajuan

(jasmani dan rohani) ataupun telah bertamadun. Dalam erti kata lain,

manusia yang mengamalkan peradaban mengetahui dan dapat

membezakan antara yang hak (kebaikan) dan batil (keburukan). Menurut

Plato dalam Rosenthal (1992) menyatakan bahawa : Tujuan adab ialah

untuk melahirkan manusia yang baik dan mampu menahan diri daripada

nikmat fizikal dan material, dan yang menunjukkan kestabilan emosi pada

raut muka gembira dan sedih dan segala kejadian yang lain, dan juga

tetap berada dalam keadaan yang tidak diganggui dan tidak aktif, kecuali

apabila sebab dan pemikiran menandakan keinginan atau keperluan

kepada tindakan.
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

Dalam kepincangan yang semakin melanda di Negara Malaysia kini, pendidikan mengenai

adab dan akhlak semakin rundum dalam kalangan masyarakat pada hari ini terutamanya bagi

golongan remaja. Dewasa ini, keruntuhan akhlak dan moral, pelbagai masalah sosial,

jenayah, membuli dan banyak lagi semakin berleluasa dalam kalangan anak-anak. Masalah

ini tidak pernah reda malah semakin menjadi-jadi saban hari walaupun pelbagai langkah

mengatasi telah giat dijalankan. Oleh itu, hal ini tidaklah harus dipandang enteng oleh

masyarakat pada hari ini.

Antara permasalah terbesar yang dihadapi dalam kalangan remaja pada hari ini ialah hiburan

yang melampau, globalisasi, media massa, rakan sebaya dan kemudahan Informasi dan

Teknologi (IT) amat mempengaruhi anak-anak masa kini. Dalam keadaan ibubapa

kesuntukan masa untuk mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang sepatutnya, anak-anak

pula terdedah kepada pelbagai pengaruh luar yang lebih dominan. Menurut Ahmad Sarji

Abdul Hamid dan Azrina Sobian (2007) menyatakan bahawa mendidik anak-anak pada era

ini adalah satu cabaran yang besar terhadap para ibubapa. Oleh itu, selain daripada

pendidikan informal di rumah, pendidikan formal di sekolah juga harus ditingkatkan

prestasinya agar dapat memberikan keseimbangan dan pertambahan pelbagai ilmu yang dapat

dikuasai dan didedahkan oleh para pelajar sewaktu di bangku persekolahan lagi.

Adab yang amat dititik-beratkan dalam Islam ialah adab pergaulan yang merupakan cara

imteraksi antara manusia atau disebut juga muamalat. Salah satu bentuk pergaulan antara

manusia adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan, ibubapa dan masyarakat. Kadangkala

bentuk pergaulan tersebut membaitkan perasaan dan saling meluahkan isi hati. Persahabatan

yang terjalin antara lelaki dan perempuan biasanya kerana mempunyai kesamaan idea, gaya

hidup, minat, cara berfikir dan harapan yang sama. Bermulanya dari situ timbullah empati.
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

Dalam konteks Islam biasanya disebut ukhuwah.Ukhuwah ini didasari dengan keimanan.

keikhlasan.

Adab Bergaul Dengan Rakan

Dalam kehidupan seharian, kita sering bergaul bersama rakan-rakan dan

jiran tetangga. Kadang-kadang kita bertegur sapa dengan orang yang

tidak kita kenali. Contohnya ketika menunggu bas. Sekiranya pertemuan

singkat itu dilanjutkan, lama-kelamaan orang itu akan menjadi kawan kita.

Walaubagaimanapun, kita perlu ingat adab dan tatatertib ketika bergaul.

Orang yang paling rapat dengan kita selain dari ibu bapa dan keluarga

yang lain adalah kawan-kawan kita, khususnya kawan-kawan sekelas atau

sekuliah. Pergaulan seharian adalah suatu perkara yang tidak boleh

dinafikan, lantaran kebanyakan masa diluangkan bersama-sama mereka.

Dalam usaha untuk memperolehi rasa hormat dan sayang kawan-kawan

terhadap diri kita, bergaullah dengan mereka secara baik dan peliharalah

adab-adab dan batas-batas pergaulan dengan mereka.

Di antara adab-adab pergaulan dengan kawan-kawan ialah


HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

- Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila mereka amat-amat

memerlukan bantuan tersebut. Bantulah dengan ikhlas tanpa

mengharapkan sebarang balasan.

- Bersikap jujurlah dalam persahabatan, janganlah bersifat hipokrit, yang

mana lain di lidah lain pula di hati. Akibatnya diri sendiri yang akan

kehilangan harga diri.

- Jangan memburuk-burukkan seseorang kawan di hadapan kawan-kawan

yang lain

- Jangan membuka aib kawan, kelak Allah S.W.T. akan membuka aib kita di

akhirat kelak

- Jangan cemburu dengan kejayaan kawan-kawan. Cemburu yang

membuta tuli akan menimbulkan perasaan hasad dengki. Sebaliknya,

cemburulah dengan kejayaannya itu dan berusaha untuk mencapai

kejayaan yang serupa.

- Janganlah menjatuhkan air muka sahabat dihadapan orang lain

- Jangan ketawa apabila seseorang rakan mengalami kegagalan

- Jangan mengejek dan memperkecil-kecilkan kawan kita. Umpanya jika

seseorang rakan sekelas memberikan satu pendapat, jangan menolaknya

sekali gus, katakanlah kepadanya: pendapat anda baik

- Jangan mengejek kawan-kawan kita dengan menggunakan panggilan

yang tidak disukainya.

- Apabila berada dikalangan kawan-kawan, janganlah berbisik-bisik

dengan seseorang kawan yang lain kerana ia akan mengundang syak di

hati kawan-kawan yang lain.


HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

- Apabila kita ingin menggunakan barang kepunyaan rakan kita, mintalah

izin kepada mereka terlebih dahulu

- Kotakanlah setiap janji dengan sedaya upaya yang mungkin

- Akhir sekali, saling nasihat-menasihati sesama rakan untuk melakukan

kebaikan dan menjauhi dari sebarang bentuk kejahatan.

Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi seorang sahabat

yang baik kepada sahabat kita. Ini kerana, kadang-kadang kita tidak sedar

bahawa perbuatan kita telah menyinggung perasaan sahabat kita. Selain

itu, kita tidak boleh malu menegur kesalahan kawan. Mungkin dia

melakukannya tanpa disedari. Apabila kawan meminta maaf di atas

kesilapannya, kita mestilah sentiasa bersedia memaafkannya. Rasulullah

SAW tidak pernah berdendam dengan orang lain. Baginda tetap berbuat

baik walaupun kepada orang yang selalu menghinanya Jika kawan kita

sakit, kita perlu menziarahinya dan memberi nasihat serta kata semangat

kepadanya agar dia mampu menghadapi ujian dengan sabar. Berdoalah

agar dia cepat sembuh. Kita juga mestilah menziarahi kenalan kita yang

meninggal dunia atau sekurang-kurangnya menyembahyangkan jenazah

dan menyedekahkan al-Fatihah kerana itulah bakti terakhir kita

kepadanya.
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

Adab Bercakap Dengan Rakan

Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi

saudaranya (yang mukmin)

sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (riwayat al-bukhari). Lazimnya

manusia tidak boleh hidup bersendirian, sebaliknya memerlukan teman

atau kawan dalam menjalani liku-liku kehidupan seharian. Teman atau

kawan ialah orang yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa dan

keluarga, lebih-lebih lagi rakan sebaya. Rakan atau sahabat yang baik

adalah tempat kita berbicara, meluahkan sesuatu masalah dan

sebagainya. Oleh itu, dalam soal berkawan kita hendaklah menghormati

kawan dengan cara memberi kerjasama atau pertolongan apabila

diperlukan, menyuruh sahabat atau kawan melakukan kebaikan dan taat

kepada perintah Allah sekiranya kawan tersebut terpesong dari lunas-

lunas kehidupan yang sebenar, bersopan santun ketika bercakap dengan

rakan kita dan janganlah terlalu banyak bergurau kerana gurauan yang

melebihi batas akan mengaibkan kawan dan seterusnya mencetuskan

pergaduhan.

Hendaklah kita sentiasa mengamalkan sikap mudah memberi senyuman

dan bertegur sapa apabila bertemu serta tidak menaruh sangkaan buruk
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

terhadap rakan, apabila rakan melakukan kesalahan, kita hendaklah

menegur dan menasihatinya dengan cara yang baik. Dalam menjalani

kehidupan berkawan seharusnya kita mengelakkan diri dari bersikap

sombong dan angkuh dengan kelebihan sendiri, suka menyakiti hati

sahabat, menghina rakan yang mempunyai taraf kehidupan yang rendah,

mengaibkan rakan dikhalayak ramai dan mementingkan diri sendiri serta

tidak mempunyai belas kasihan terhadap rakan yang dalam kesusahan.

Adab Menziarahi Rakan

Saling mengunjungi (berziarah) sesama kaum muslimin memiliki

pengaruh yang sangat besar untuk menguatkan hubungan, menambah

rasa cinta, serta mempererat persatuan dan keterkaitan di antara mereka.

Berziarah juga memiliki keutamaan yang besar apabila dilakukan dengan

ikhlas karena Allah Taala atau untuk menyambung tali silaturrahim. Oleh

karena itu, sudah seharusnya seorang muslim mengetahui petunjuk

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam di dalam berkunjung agar ia tidak

terjatuh dalam kekeliruan dan kesalahan. Adapun di antara petunjuk

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam berkunjung tersebut sebagai

berikut:

1. Berniat yang Baik

Apabila seseorang hendak mengunjungi saudaranya, maka yang wajib

dilakukan pertama kali adalah mengikhlaskan niat semata-mata hanya


HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

karena Allah Taala. Jangan sekali-kali ia meniatkan hanya karena ada

duniawi semata, karena memiliki harta, jawatan, kedudukan di

masyarakat misalnya atau hal-hal lain. Maka niatkan ikhlas karena Allah

Taala, dasarilah kecintaan kita kepadanya karena Allah Taala dan karena

ketaatannya kepadaNya, bukan karana harta, jawatan, kedudukan yang

dimilikinya. Demikianlah yang diperintahkan oleh Allah Taala. Rasulullah

shallallahu alaihi wasallam bersabda, Bahwasanya seorang laki-laki

mengunjungi saudaranya di kampung lain, maka Allah mengutus seorang

Malaikat kepadanya dalam perjalanannya. Ketika telah bertemu, Malaikat

itu berkata kepadanya Kemana engkau hendak pergi? Ia menjawab,

Aku ingin mengunjungi saudaraku di kampung ini Malaikat itu berkata

lagi, Adakah bagimu satu nikmat yang hendak engkau kejar? Ia

menjawab, Tidak, hanya saja aku mencintainya karena Allah Malaikat

itu pun berkata lagi,Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu,

bahwasanya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintainya

karena Allah. (HR.Muslim)

2. Tidak Terlalu Sering Berkunjung (ziarah) Hingga Berlebihan

Janganlah terlalu sering berkunjung (berziarah) agar orang yang

dikunjungi tidak menjadi bosan. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam

bersabda, Berkunjunglah sesekali atau sekali waktu niscaya kalian akan

saling mencintai (HR. al-Baihaqi, al-Bazzar, dan ath-Thabrani)

3. Memilih Waktu yang Tepat untuk Berkunjung.


HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

Hendaknya seorang pengunjung memilih waktu yang tepat ketika

berkunjung. Tentu tidak layak seseorang mengunjungi orang lain pada

pagi buta, tengah hari ataupun larut malam. Karena, waktu-waktu itu

adalah waktu untuk tidur dan beristirahat, bukan waktu yang tepat untuk

berkunjung. Atau waktu-waktu orang yang akan dikunjungi pada saat itu

sedang sibuk atau tidak berkenan untuk diganggu.Kecuali ada

kepentingan yang mendesak atau seseorang telah meminta izin atau

mengadakan perjanjian sebelumnya untuk berkunjung pada waktu

tersebut.

4. Menjaga Adab-Adab Istidzan (Meminta Izin)

Hendaknya orang yang berziarah menjaga adab-adab beristidzan

(meminta izin). Hal tersebut sangat penting untuk diperhatikan agar tidak

melakukan hal-hal yang bertentangan dengan akhlak Islami. Di antara

adab-adabnya adalah seperti: Mengetuk pintu tiga kali, jika tidak ada

jawaban maka hendaknya ia pergi. Ketukan pun tidak terlalu keras dan

memperhatikan jarak ketukan agar tidak mengagetkan, memperkenalkan

diri, tidak menghadap ke arah pintu, mengucapkan salam sebelum masuk,

menundukkan pandangan, menerima alasan tuan rumah dan tidak

berburuk sangka, meminta izin sebelum masuk menemui mahram atau

kerabatnya, dan lain sebagainya dari adab-adab meminta izin.

5. Menundukkan Pandangan terhadap Privasi Rumah (Anggota Keluarga).

Apabila seseorang mengunjungi sebuah keluarga di rumah mereka, maka

wajib baginya untuk ghadhdhul bashar(menundukkan pandangan)


HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

terhadap privasi (hal-hal yang bersifat pribadi) anggota keluarga mereka.

Janganlah ia mengumbar pandangannya agar terhindar dari melihat

privasi mereka dan janganlah ia mempunyai keinginan untuk melakukan

hal tercela tersebut di dalam hatinya. Allah Taala berfirman artinya, Dia

mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan

oleh hati. (QS. Mumin: 19)

6. Hendaknya Seorang Pengunjung Duduk di Tempat yang Telah Diizinkan

oleh Tuan Rumah. Apabila tuan rumah menempatkannya di sebuah bilik

atau di tempat duduk tertentu, maka janganlah ia berpindah tempat

tanpa seizinnya. Sebab boleh jadi tuan rumah menempatkannya di

tempat tertentu tersebut dengan tujuan agar privasi atau aurat mereka

tidak tersingkap.

7. Jangan Mengangkat Suara di dalam Rumah.

Hendaknya seorang pengunjung tidak mengangkat suara karena dapat

mengganggu orang-orang yang dikunjungi. Dan janganlah mengangkat

suara tinggi-tinggi ketika berbicara, berdebat dan lain sebagainya,

sehingga orang lain tidak terganggu olehnya. Allah Taala berfirman:

Dan lunakkanlah suaramu(QS. Luqman: 19)

8. Jangan Mencuri Dengar atau Mengintai Tuan Rumah.

Sebagian orang memasang kedua telinganya untuk mendengarkan

pembicaraan tuan rumah di kamar sebelah atau pembicaraan mereka

dengan keluarganya atau pembicaraan kaum hawa dari penghuni rumah


HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

tersebut, dan hal-hal lain yang bersifat rahasia. Perbuatan-perbuatan

seperti ini tidaklah sepantasnya dilakukan seorang muslim yang berakhlak

mulia. Lebih-lebih jika ia berniat buruk atas perbuatanya tersebut, maka

hal itu diharamkan.

9. Tidak Membiarkan Anak-Anaknya Merosakkan Harta di Rumah Orang.

Hendaknya seorang pengunjung tidak membiarkan anak-anaknya

bermain-main, merusak dan memecahkan perabotan, menghancurkan

barang-barang, memukul anak tuan rumah, serta teriak-teriak atau

menjerit. Karena semua itu dapat mengganggu dan membuat mereka

keberatan dikunjungi. Bagaimanapun juga bahwa menggangu seorang

muslim adalah perkara yang dilarang dalam agama.

10. Tidak Mengimami Tuan Rumah di Rumah Mereka.

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi

wasallam, Barangsiapa mengunjungi suatu kaum di rumah mereka,

maka janganlah ia mengimami mereka, namun hendaknya salah seorang

dari mereka (tuan rumah) bertindak sebagai imam. (HR. Ahmad, Abu

Daud dan at-Tirmidzi dan beliau menshahihkannya). Akan tetapi, apabila

mereka mempersilahkan dan mengizinkannya disebabkan ilmu,

keutamaan atau umurnya, maka ia boleh menjadi imam, menurut

sebagian ahli ilmu.

11. Tidak Berlama-lama Ketika Berkunjung.


HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

Apabila seseorang terbiasa berlama-lama ketika mengunjungi orang lain,

maka akan membuat orang yang dikunjungi menjadi bosan, merasa berat,

tidak menyukai kunjungannya atau enggan menerima kedatangannya

lagi.

12. Mensyukuri (berterima kasih) kepada rakan atau tuan rumah atas

jamuan mereka.

Hendaknya seseorang bersyukur atau berterima kasih atas jamuan yang

dipelawa oleh rakan atau tuan rumah, khususnya apabila mereka telah

menerimanya dengan baik. Sebab barangsiapa tidak mensyukuri

manusia, berarti ia tidak bersyukur kepada Allah Taala. Seseorang harus

membalas kebaikan orang lain kepada dirinya atau paling tidak ia

mendoakannya dengan berkata, Jazaakumullahu Khaira (semoga

Allah Taala membalasmu dengan kebaikan atas penyambutanmu) dan

lain sebagainya dari ucapan-ucapan yang baik.

Kesimpulan Dan Cadangan Melahirkan Remaja Yang Berakhlak


Mulia
Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu Muslim dan
umatnya. Manusia membentuk dan mengolah gerak laku perbuatan dan
amalannya mengikut bentuk dan acuan sistem akhlak tersebut (Haron,
1988). Jika setiap individu muslim berakhlak mulia, maka sudah pasti
masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan
kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan dan
sebagainya. Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan
negara. Oleh itu setiap individu wajib berjuang menegakkan akhlak mulia
dan berusaha mencegah dan memerangi apa sahaja gejala kerosakan
akhlak dalam masyarakat. Jika perkara ini diabaikan, tentu seseorang itu
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

akan rugi dan mendapat kehinaan, baik dalam masyarakat, mahu pun
negara, di dunia dan di akhirat (W. Abdullah dan DraWista, 1997).

Dalam konteks kemajuan dan pembinaan tamadun Islam, seseorang


individu sangat diutamakan supaya mengiltizamkan diri terlebih dahulu
dengan budi pekerti yang luhur, kemudian merealisasikannya pula kepada
orang lain supaya mampu membentuk generasi akan datang sebagai asas
kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah satu sifat
yang dimiliki Rasulullah s.a.w dan telah menjadi amalan harian baginya
kerana akhlak itu termasuk setengah daripada iman. Pembangunan
negara tidak bermakna sekiranya insan itu runtuh akhlaknya. Justeru itu
ahli pendidikan bermuafakat bahawa pendidikan akhlak adalah sesuatu
yang penting dalam kehidupan manusia. Kemuliaan dan kebahagiaan,
aman dan tenteram bergantung kepada sejauhmana kejayaan dalam
pendidikan akhlak. Akhlak adalah sifat yang penting dalam membezakan
antara manusia dan binatang.

Manusia sempurna (insan kamil) ialah manusia yang berilmu dan


berakhlak mulia. Maka seseorang yang jahil tetapi berakhlak mulia lebih
baik dari seseorang yang berilmu tetapi tidak berakhlak. Oleh itu
mendidik anak-anak dengan pelajaran tinggi tanpa mendidik akhlak
mereka bererti kita mendidik para penjenayah professional yang boleh
menjual negara, bangsa dan agama. Akhlak merupakan manifestos! yang
dirangkaikan bersama hati dan budi yang bersifat rohani, dipamerkan
melalui gaya dan tindakan. Lantaran itu untuk membina dan membentuk
akhlak individu dan masyarakat ia haruslah terlebih dahulu melalui
pembentukan yang bersifat rohani. (Che Kamarudin, Nik Aminah, Rukiah,
Siti Fatimah dan Sulaiman, 1996)

Zaman remaja adalah masa peralihan yang menghubungkan antara alam


kanak-kanak yang tidak matang ke alam dewasa yang lebih matang.
Corak peralihan pelbagai akan membawa pelbagai pengaruh kepada
individu yang mengalaminya. Setiap remaja sewajarnya diasuh untuk
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

mempersiapkan dirinya sebagai khalifah Allah. Tujuan hidup yang tidak


bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai dalam diri
seorang remaja sejak awal lagi supaya mereka berjaya dan maju sebagai
generasi cemerlang dan diberkati. Jika pembentukan remaja tidak berlaku
dengan sempurna, maka pembangunan negara akan terjejas kerana
golongan remajalah bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap anak yang dilahirkan


adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk
menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." - (Riwayat Bukhari). Ketika
ini, masalah sosial di kalangan remaja amat membimbangkan. Boleh
dikatakan keruntuhan akhlak remaja bagaikan seiring dengan
pembangunan negara. Ini dapat dilihat melalui pembangunan yang
hampir ke kemuncaknya, akhlak remaja juga kian jatuh dan bagaikan
tidak dapat dibendung lagi. Antara masalah sosial yang sering dilakukan
remaja pada hari ini ialah seks bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi,
penagihan atau pengedaran dadah, ponteng sekolah, mengugut,
menubuhkan kumpulan haram dan sebagainya.
Sesungguhnya, masalah sosial remaja pada hari ini disebabkan beberapa
faktor.

Antaranya persekitaran berubah secara mendadak terutama pengaruh


media cetak dan elektronik yang saban hari memaparkan mengenai
eksploitasi terhadap wanita serta kebebasan remaja yang keterlaluan dan
banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama yang baru
meningkat remaja. Selain itu, faktor kurangnya didikan agama dan kasih
sayang daripada ibu bapa, perasaan mahu mencuba serta desakan atau
pengaruh daripada rakan sebaya. Sebenarnya, masalah remaja adalah
masalah kita bersama. Oleh itu gandingan yang mantap dan kerjasama
erat antara ibu bapa, guru, rakan sebaya dan anggota masyarakat amat
diperlukan dalam menangani masalah akhlak remaja.
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

Antara cadangan untuk melahirkan remaja yang berakhlak mulia


seperti berikut :-
1. Peranan Ibu bapa
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Selamatkan
diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." - (Surah At-
Tahrim ayat 6).
Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita. Didikan awal kepada anak-
anak amat mustahak dalam kita merencanakan masa depan hidup
mereka kerana mengabaikannya bererti akan merosakkan ahli
masyarakat seluruhnya. Antara panduan keibubapaan yang digariskan
Islam ialah:
- Ibu bapa menjadi model yang salih dengan menghayati dan
mengamalkan ajaran Islam sebenar. Ibu bapa salih adalah model terbaik
untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Didik dan
biasakanlah anak-anak dengan tingkah laku dan kegiatan yang baik sejak
anak kecil.
- Mendisiplinkan anak dengan kasih sayang bukan kekerasan kerana ini
akan menjadikan mereka berasa senang hati dan gembira untuk
melakukan sesuatu perkara positif. Anak juga perlu dilatih membuat
kebajikan dan pada masa yang sama menerima ganjaran atau pujian.
- Memenuhi masa lapang bersama anak seperti sembahyang berjemaah,
makan, membaca al-Quran dan bersukan. Hubungan akrab ibu bapa dan
anak akan memudahkan anak taat perintah ibu bapa kerana sudah wujud
perasaan saling hormat antara satu sama lain.
- Ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak. Simbol atau
isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak.
Kemahiran ini perlu dipelajari ibu bapa dari semasa ke semasa.
- Kesabaran juga amat perlu dalam diri ibu bapa kerana tiap-tiap anak
walaupun dalam satu keluarga, mempunyai personaliti yang unik dan
berbeza antara satu sama lain.

2. Peranan Guru
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

Dalam proses pendidikan, kita seharusnya mengambil iktibar dengan


mencontohi asas pendidikan dilakukan Rasulullah.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Salah satu cara terbaik untuk
membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan."
Dalam hal ini, antara fungsi penting guru ialah:
- Menjadi 'Qudwah Hasanah' atau contoh teladan baik. Setiap tingkah laku
guru hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakan guru akan menjadi
ikutan.
- Memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup
berkorban masa dan tenaga.
- Mengamalkan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan
sebagai 'role model' kepada pelajar.
- Penampilan dan penerimaan guru terhadap konsep berilmu, beramal dan
berakhlak yang sebenar-benarnya.
- Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dalam usaha membentuk insan
Rabbani.

3. Peranan Rakan Sebaya


Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling
berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh
rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela
menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu
bapa, guru atau orang dewasa lain.

Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk


mempengaruhi remaja lain.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini
dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur.
Oleh itu adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan
ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah
dan juga ibu bapa.

4. Peranan Anggota Masyarakat


HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah
kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu
bercerai berai." - (Surah Ali Imran, ayat 103). Sabda Rasulullah yang
bermaksud: "Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin lain adalah
seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain." -
(Riwayat at-Tabarani). Ayat ini menjelaskan bahawa kerjasama anggota
masyarakat amat penting untuk menciptakan lingkungan yang baik bagi
perkembangan dan pertumbuhan remaja yang sihat.
Antara perkara yang boleh dilakukan masyarakat setempat ialah:

- Mewujudkan sebuah organisasi belia remaja yang dapat menentukan


peranan mereka dalam pelbagai bidang sebagai persediaan menentukan
corak pembangunan negara pada masa akan datang.
- Mengaktifkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk
melatih belia remaja aktif dalam berpersatuan. Ia adalah jambatan yang
menghubungkan mereka secara langsung dengan masyarakat, sekali gus
menghindarkan mereka dari melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah.
- Wujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat antara ahli dalam
sesuatu kariah melalui kegiatan gotong-royong dan seumpamanya supaya
anggota masyarakat setempat dapat saling mengenali antara satu sama
lain serta dapat mewujudkan perasaan mengasihi anak jiran seperti mana
dia mengasihi anaknya sendiri.
- Memartabatkan seluruh institusi keagamaan Islam (mahkamah atau
perundangan, pendidikan masjid, zakat dan badan dakwah dan NGO lain)
supaya peranan dan fungsi institusi berkaitan dapat direalisasikan dengan
berkesan.
- Menggesa sektor pekerjaan sama ada kerajaan, swasta atau korporat
untuk menzahirkan budaya kerja dan budaya hidup sihat di kalangan
pekerja mereka. Ia boleh dilakukan dengan mengambil kira faktor seperti
penjadualan, kegiatan kekeluargaan, hari kelepasan dan lain-lain.
Walaupun usaha pelbagai pihak diperlukan bagi membendung gejala
sosial di kalangan remaja, sesuatu yang pasti ialah memohon pertolongan
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

dan petunjuk daripada Allah. Ini kerana hidayah Allah juga faktor
terpenting mempengaruhi pemulihan dan kemurnian akhlak seseorang.

Kesimpulannya, akhlak membabitkan suasana kejiwaan yang menerbitkan


perbuatan. Akhlak mengatur dan menyelaraskan empat hubungan asas
iaitu hubungan manusia dengan Pencipta, manusia lain, alam sekitar dan
hubungan manusia dengan dirinya. Dari sudut amalan, akhlak
dimanifestasikan dalam lima kategori umum iaitu akhlak perseorangan,
kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegaraan dan peribadatan khusus.
Kelima-lima kategori ini saling berkait antara satu sama lain. Akhlak yang
diasaskan oleh Islam bertunjangkan akidah. Asas yang kukuh dan bersifat
uniyersal. Matlamat hidup yang jelas juga menjadikan akhlak Islam iru
unggul dan padu. Tanpa akhlak yang mulia adalah sukar untuk membina
sebuah masyarakat yang aman, damai dan sejahtera. Hidup
bermasyarakat banyak melibatkan hubungan manusia sesama manusia.
Ia memerlukan akhlak yang terpuji dan mulia agar sesuai dengan
kesempurnaan dan kemuliaan kejadian manusia.

Bibliograf
Al-Quran al-Karim.

Abdullah nasih, u. 2000. Pendidikan anak-anak menurut pandangan islam.


Jilid 2. Kuala Lumpur: JAKIM.

Ahmad Munawar, I., & Mohd Nor Shahizan, a. (2011). Media penyiaran:
implikasinya dalam pembentukan akhlak penuntut-penuntut melayu di
Sekolah Menengah Kebangsaan Di Malaysia. Akademika, 81(3), 3-8.

Al-Ghazali, M. 1988. Ihya Ulumuddin. Singapura: Pustaka Nasional.

Asmak, H. A. 2006. Salah laku sosial remaja masa kini: cabaran dan
penyelesaiannya. Dlm Abd. Rahim, A. R., Sufean, H., & Jamaludin, T.
HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
SEMESTER JANUARI 2015

Institusi keluarga menghadapi cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan


Publication & Distributors sdn. Bhd.

Asmawati, S. 2009. Pendidikan akhlak dan adab islam konsep dan amalan.
Kuala lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azhar, A. 2006. Strategi pembelajaran kendiri pendidikan islam dan


penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di sarawak. (tesis phd
tidak diterbit). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Haron Din. 1988. Manusia dan Islam. Get. Ke 3. Kuala Lumpur

Muhamad, Siti Fatimah Sudin, Sulaiman Wahid. 1996. Asas-asas Islam II.
Selangor: PPI, UiTM Shah Alam.

W. Abdullah dan Dra Wista. 1997. Tamadun Islam dan Tamadun Alam
Melayu.

Anda mungkin juga menyukai