Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI MALAYA

NAMA PELAJAR: NOR HASLINDA BINTI ISKANDAR

NO.MATRIK: JEA080170

KURSUS: PENGAJIAN MELAYU

LECTURER: PROF. AMRAN BIN MUHAMAD

Fakulti: pengajian melayu

PENGENALAN

1
Sinopsis Syair Nasihat Kepada Anak,
Karya Raja Ali Haji

Syair tidak semata-mata rangkaian kata-kata yang indah hasil daripada kretivi

merangkai kata dan berimaginasi,tapi syair merupakan cara seseorang untuk menyatakan

perasaan dan pemikirannya tentang masyarakat.Dengan kata lain, syair berfungsi tidak

sekadar sebagai hiburan, tetapi juga pengajaran dan pewarisan nilai-nilai yang

berkembang dalam masyarakat.

Demikian juga dengan sebuah syair karangan Raja Ali Haji yang berjudul Syair

Nasihat Kepada Anak.Syair ini menbicarakan tentang nasihat seorang ayah kepada

anaknya.Raja Ali Haji telah mmberikan gambaran yang jelas mengenai keadaan atau

lingkungan masyarakat yang akan ditempuh oleh si anak.Berbagai kata-kata yang

berbentuk nasihat ,ingatan ,dan pedoman, serta ibarat telah dinyatakan dalam syair

tersebut.

Secara garis besarnya ,terdapat lima nasihat yang disampaikan oleh Raja Ali Haji

di dalam syair ini,iaitu (1) Kepimpinan, menurut syair ini seorang pemimpin harus

memiliki kemampuan untuk mengawal,kreatif,cerdas,tegas,percaya diri dan

bertanggungjawab.(2)Etika(akhlak), seorang muslim harus mempunyai akhlak yang baik,

seperti menjaga perkataan, menghargai orang lain,dan menghormati mereka yang lebih

tua daripada kita dan mereka yang telah memberikan kita ilmu,agar ilmu yang dituntut di

rahmati. (3) Pandai menempatkan diri, seseorang akan berjaya dalam hidupnya jika

pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan pandai menjalankan tugas

masing-masing. (4) Sentiasa menuntut ilmu, orang yang akan menjadi seorang yang

2
rendah hati dan tidak sombong,tidak takbur,dan keberadaannya sentiasa membawa

kebaikan bagi dirdnya dan untuk orang lain juga.(5) Mengendalikan hawa nafsu, hawa

nafsu merupakan potensi yang diberikan tuhan untuk mendukung kehidupan seorang

insan. Jika mampu dikendalikan dengan baik ,maka hawa nafsu akan menjadi pendorong

untuk berbuat kebajikan.Tetapi jika sebaliknya, maka hawa nafsu akan menjadi kuasa

pembunuh. Hal ini kerana, setiap insan harus mengisi rohaninya dengan ajaran agama,

melakukan amal kebajikan, dan mencegah kemungkaran.

Kesimpulannya, syair karya Raja Ali Haji yang bertajuk Syair Nasihat Kepada

Anak ini mempunyai banyak ilmu pengajaran yang boleh dijadikan tauladan untuk kita

pada masa kini. Hal; ini kerana, masalah salah laku di kalangan anak-anak remaja pada

masa kini sudah berada pada tahap yang amat membimbangkan dan amat sukar untuk

dibendung lagi.Ibu bapa boleh menganbil ilmu di dalam syair ini sebagai kaedah

pengajaran kepada anak-anak mereka.

SYAIR NASIHAT KEPADA ANAK

3
Mengerjakan kerja janganlah malas,

Zahir dan batin janganlah culas,

Jernihkan hati hendaklah ikhlas,

Seperti air di dalam gelas.

Maksud keseluruhan rangkap syair ini ialah, melakukan sesuatu kerja ataupun

tugasan yang diamanahkan perlulah dilakukan dengan bersemangat dan penuh keyakinan

dengan seluruh jiwa raga dan hati yang ikhlasagar setiap kerja yang kita lakukan diredhai

oleh allah s.w.t.Maka kerjakanlah setiap kerja itu dengan niat yang betul agar mendapat

rahmat darinya.Dari sisi agama islam itu sendiri, perkerjaan juga merupakan ibadah jika

ia dilakukan denagn niat yang betul dan tidak melanggar hokum syarak agama islam itu

sendiri. Niat untuk melakukan kerja itu adalah untuk mendapatkan rezeki yang halal dan

ganjaran yang baik agar kehidupan seharian diredhai dan dirahmati allahs.w.t supaya

setiap yang dibelanjakan daripada ganjaran yang kita terima itu dapat memberikan kesan

yang baik kepada diri kita sendiri mahupun orang lain.Allah s.w.t juga amat membenci

mereka yang malas bekerja sedangkan keupayaan diri mampu melakukannya. Allah s.w.t

juga tidak gemar kepada mereka yang sering mencari jalan mudah untuk mendapatkan

rezeki,contohnya amalan berjudi dan lain-lain yang bertentanagn dengan ajaran islam dan

rezeki yang diperoleh itu juga tidak dirahmati allah dan menjadi rezeki yang haram.Maka

niat perlulah betul,ikhlas dan haruslah dengan cara yang betul sebelum melakukan

sesuatu pekerjaan agar mendapat rahmat dari allahs.w.t.

Jika anda menjadi besar,

4
Tutur dan kata janganlah kasar,

Janganlah seperti orang yang sasar,

Banyaklah orang menaruh gusar,

Maksud keseluruhan rangkap syair ini ialah, apabila dewasa kelak jagalah tutur

kata dan budi bahasa semasa berbicara. Tutur kata dan budi bahasa amatlah penting di

dalam kehidupan seseorang, kerana budi bahasa dan tutur kata yang baik akan

menjadikan seseorang itu lebih dihormati dan disanjungi oleh masyarakat.Hidup ini juga

perlu ada citi-cita,kerana tanpa citi-cita hidup ini tidak bermakna.Hal ini kerana, dengan

adanya cita-cita di dalam hidup seseorang itu tahu akan tujuan hidupnya.Hidup juga tidak

menjadi sia-sia kerana kehidupan yang dilalui sehari-hari mempunyai matlamat kita

sendiri. Seseorang itu juga menjadi lebih bermakna kerana hidupnya dipenuhi dengan

perkara-perkara yang berfaedah dan orang sekeliling juga tidak menaruh sangkaan yang

tidak baik,berbanding dengan mereka yang hidup tanpa arah tujuan.Contohnya golongan

anak muda masa kini yang lebih gemar membuang masa dengan melepak tanpa ada

tujuan hidup.Masyarakat sekeliling juga menaruh sangkaan yang tidak baik kepada

mereka.

Kesukaan orang anakanda cari,

Supaya hatinya janganlah lari,

Masyurlah anakanda dalam negeri,

Sebab kelakuan bijak bestari.

5
Maksud keseluruhan rangkap syair ini pula ialah, jalani kehidupan ini dengan

perkara yang disukai oleh masyarakat sekeliling agar setiap yang kita lakukan itu dihargai

dan sentiasa disukai oleh orang sekeliling.Kehidupan seharian juga lebih bermakna dan

sentiasa hidup dengan aman dan tenteram,hal kerana setiap perkara yang kita lakukan itu

disenangi oleh orang sekeliling dan mereka juga tidak akan menaruh benci kepada kita.

Nasihat ayahanda anakanda fikirkan,

Keliru syaitan anakanda jagakan,

Orang berakal anakanda hampirkan,

Orang jahat anakanda jauhkan.

Maksud pada rangkap syair ini pula ialah, nasihat yang diberikan olah orang tua

itu jangan dilupakan dan sentiasa ingat setiap pesanan yang diberikan itu.Fikir-fikirkan

nasihat yang diberikan itu agar dijadikan panduan dan pegangan hidup apabila berlaku

kekeliruan.jangan sesekali terpedaya dngan hasutan syaitan yang ingin menyesatkan

kita.Iman perlulah kuat di dalam hati agar tidak mudah terkeliru dengan hasutan

syaitan.Memilih rakan juga penting di dalam kehidupan ini,kerana jika tersalah pilih

rakan kita juga akan tersesat.Dekatkan diri dengan golongan yang berilmu agar kita boleh

mempelajari ilmu yang dimilikinya untuk menambahkan ilmu dalam diri.Jauhkan diri

dari golongan yang tidak baik akhlaknya agar kita tidak terpengaruh dengan sifat mereka

yang tidak berfaedah itu.Jika kita berkawan dengan mereka yang tidak baik akhlaknya

kita juga akan dipandang serong oleh masyarakat walaupun kita tidak melakukan perkara

yang tidak baik.Oleh itu setiap nasihat dan tunjuk ajar yang diderikan olah ornag tua kita,

kita perlulah fikirkan dan ikutkan agar kehidupan kita ini tidak sesat.

6
SUMBER RUJUKAN

1.http://library.usu.ac.id

2.Abdullah, Wan Mohd shaghir.(Raja Ali Haji: Pujangga Melayu termasyur),

www.ulama –nusantara.blogspot.com.

3.Junus, Hasan.2002.Raja Ali Haji; Budayawan di Gerbang Abad xx,cet.II. Pekan

baru: Unri Press.

4.(Raja Ali Haji : Magma Satera Melayu ) dalam http://www.kompas.com/gaya

hidup/news/0411/25/011519.htm.diakses tanggal 20 November 2007.

5.Timbalan penyusun, Sejarah Perjuangan Raja Ali Haji sebagai Bapak Bahasa

Indonesia, (Pekan baru: Unri Press,2004)

6.(Ulama dan sasterawan Melayu) dalam http://republik .co.id/, diahses tanggal

21 November 2007.