Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS BUKU KELUAR DARI TEMPURUNG

Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan

Tajuk : KELUAR DARI TEMPURUNG

Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan

Pengarang : Ahmad Faizal Mohamed Yusup

Terbitan : Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd

Genre : Motivasi

Harga : RM14.00

Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari tajuknya Keluar Dari Tempurung
ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita
tanpa kita sendiri sedari.

Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun dahulu dan
mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang.
Pedagang-pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah
Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke 13.

Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina sudah pastinya kita
merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah
kerana kemalasan?

Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu yang pemalas yang tidak
mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang banyak.
Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada,
menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia"
mungkin akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa sempadan
akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri.

Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara ini boleh membaca
namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang membanggakan. Wang yang
diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk
membeli akhbar harian. Ada pula yang sibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam
bidang keagamaan, kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya
berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa,
menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu kita akan dapat mengubah
cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak dinafikan.

Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas adalah kesedaran diri kita
tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering
terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang
kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita.
Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera dan anggota.

Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara penggunaannya ke tahap yang optima
dengan lebih jelas menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak perlu mengikut saranan saintis Barat
untuk tidur selama 8 jam setiap malam kerana baginya ia satu pembaziran dan saranan beliau ialah
untuk tidur selama 4 jam semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S. dengan itu
menjimatkan 4 jam masa tidur sehari dengan masa sedaryang boleh digunakan untuk tujuan
produktiviti.

Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran yang mana sekiranya
digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap ke arah kehidupan yang lebih baik.

MEMBINA PERIBADI ANGGUN

Sinopsis :

Siri buku ini merupakan remedi yang pasti memberi kelegaan kepada para wanita. Sama ada anda masih
bernama gadis mahupun telah berpunya, buku ini amat sesuai dijadikan panduan. Tidak kira apakah
anda sedang diulit bahagia atau digelut derita, buku ini adalah pilihan terbaik wanita masa kini kerana ia
ibarat teman yang amat memahami.
Jika mahukan pagi yang ceria, usahakan seawal malam menjelang. Jika mahukan ketenangan dan
kebagusan seawal matahari terbit, usahakan emosi yang cemerlang sebelum melayani malam. Itulah
antara mutiara yang menjadi teras kekuatan buku ini. Ia santai, mendidik, mengajar dan mengingatkan.
Pendekatan yang digunakan amat sesuai lagi matang.

Harga : RM 15.00

Halaman :320

Anda mungkin juga menyukai