Anda di halaman 1dari 6

Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari

tajuknya Keluar Dari Tempurung menunjukkan pengarangnya mengajak kita keluar


dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari.
Menurut penulis buku ini, bangsa Melayu datang dari China Barat lebih seribu
tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi
bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India yang
berdagang ke sini yang telah membawa agama Islam ke Tanah Melayu dipercayai
dibawa ke Tanah Melayu seawal kurun ke 13.
Pengarang juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa Melayu berasal dari
keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah
kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana kemalasan?
Apa yang ingin diperkatakan ialah di manakah bermulanya keturunan Melayu
yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja
yang kurang dan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk
membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada, menyalahkan
takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di
dunia" mungkin akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata
lain dunia tanpa sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri.
Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di
negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini
ke tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan
tidak sampai pun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli
akhbar harian. Ada pula yang sibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada
dalam bidang keagamaan, kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli
kebanyakannya berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi
cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan
harapan bahawa ilmu yang kita dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih
baik. Memang tidak dinafikan.
Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas
adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri
yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap memikirkan apa yang
ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan
tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada
kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran,
pancaindera dan anggota.

Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara


penggunaannya ke tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan gaya
bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak perlu
mengikut saranan saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap malam kerana
baginya ia satu pembaziran dan saranan beliau ialah untuk tidur selama 4 jam
semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S. dengan itu menjimatkan
4 jam masa tidur sehari dengan masa sedar yang boleh digunakan untuk tujuan
produktiviti.
Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran
yang mana sekiranya digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap ke arah
kehidupan yang lebih baik.

SINOPSIS BUKU KELUAR DARI TEMPURUNG


Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
Tajuk

KELUAR DARI TEMPURUNG


Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
Pengarang
:
Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan :
Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Genre
:
Motivasi
Harga
:
RM14.00

SINOPSIS KELUAR DARI TEMPURUNG 2


Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
Tajuk

KELUAR DARI TEMPURUNG 2


Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
Pengarang
:
Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan :
Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Genre
:
Motivasi
Harga
:
RM16.00
Kecemerlangan insan akan dapat dikecapi bila kita mempunyai sikap yang
positif dan dapat menangani semua masalah yang mendatang dalam kehidupan
dengan mudah dan tenang sejajar dengan objektif buku ini. Masalah sebenarnya
merupakan bebanan atau halangan bagi kita mencapai kecemerlangan kehidupan
jadi kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang kukuh bagi mengatasinya
dengan cekap dan cepat.

Kebanyakan buku motivasi yang ada ditulis oleh Pakar Motivasi Barat yang
melihat isu motivasi ini samaada dari sudut Sosiologi ataupun Psikologi. Pakar
Motivasi tempatan pula ada yang mencakup ilmu dari bidang yang sama sambil
menerapkan nilai-nilai murni Islam di dalamnya. Buku-buku motivasi yang ada juga
secara asasnya mendedahkan kaedah menangani masalah yang diasaskan oleh
sarjana-sarjana Barat yang tidak berapa sesuai perlaksanaannya di negara ini. Pada
masa yang sama ada juga yang menggunakan kaedah penyampaian dengan
pengisian generasi terdahulu yang tak berapa sesuai untuk generasi kini kerana
perubahan budaya yang telah berlaku.

Kalau penanaman pokok dahulunya dianalisa dari sudut saintifik, baru-baru


ini satu kaedah baru telah dibentuk yang dinamakan bioteknologi yang menganalisa
tumbuh-tumbuhan dari sudut kejuruteraan. Begitu jugalah dalam bidang motivasi.
Buku di Luar Tempurung, menangani masalah ini berbeza dari buku motivasi yang
lain kerana pengarang menganalisa bidang motivasi dari sudut pelaburan dan
bukannya sudut saintifik dengan itu menambah kepelbagaian dalam bidang ini
untuk dimanfaatkan bersama.
Buku ini mempunyai pelbagai pengisian dan sesuai untuk pembacaan umum juga
remaja kerana pengarang menyajikan konsep-konsep mudah dalam isu menangani
masalah seperti Konsep Puting Beliung, Konsep Perigi, Konsep Zon dan yang
lainnya yang mudah difahami dan diaplikasi bersesuaian dengan keadaan dan

kehendak semasa. Disamping itu juga ia padat dengan pengisian berbentuk inovasi
pengembangan ilmu yang mampu mengasah minda pembaca untuk berfikir dari
luar tempurung kebiasaan.
SINOPSIS BAHAN BACAAN ILMIAH (Latihan Dalam Perkhidmatan) Nama : Mohd Mustakim
bin Kamarudin Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan Ilmiah) Tarikh : 05April-2011 Masa diambil : 3 minggu (15 Mac - 05hb April 2011) Tajuk Buku : Imam Al-Ghazali
PENDIDIKAN BERKESAN Keluaran : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Penulis :
Abdul Salam Yussof Bilangan m/s : 160 (termasuk bibliografi) No. Siri ISBN : 967-61-1388-3
Harga : RM 15.00 Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu (borang
sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN)
Imam Al-Ghazali yang dikatakan dalam buku ini merupakan tokoh ahli fikir Islam yang terkenal
bukan sahaja dalam umat Islam malah seluruh manusia sepanjang zaman bermula dari zaman
Al-Ghazali dangkat sebagai ulama sehinggalah ke saat ini. Ditulis dengan terperinci biodata dan
sejarah silam serta keluarga tokoh ini. Perkara utama yang hendak dikongsikan di sini ialah
sumbangan Imam Al-Ghazali kepada umum dalam pendidikan berkesan bermula dari waktu
kecil hingga dewasa. Antara bahan rujukan yang digunakan dalam penulisan buku ini ialah
Kitab Ihya Ulum Al-Din yang dikarang sendiri oleh Imam Al-Ghazali. Dihuraikan dengan panjang
lebar untuk pelbagai bidang. Di antara yang diberikan perhatian ialah bahagian utama kitab
tersebut yang telah dibahagikan antaranya ialah ibadah, muamalat dan perkara-perkara yang
dapat merosakkan kehidupan manusia (keajaiban hati). Seterusnya diterangkan di sini kejayaan
yang diperolehi oleh Imam Al-Ghazali sebagai ulama utama dalam sejarah pemikiran Islam. Ini
adalah kerana sumbangan besar yang diberikan telah mewujudkan kesepaduan dan penjelasan
had-had antara Islam dan kufur, had-had kebebasan pentafsiran yang boleh dibolehkan dan
batas-batas yang dilanggar adalah bermakna kufur.
Dalam pada itu, beliau mengkritik corak kurikulum yang sedang merosot dengan
beberapa kelemahan yang dikenal pasti iaitu memisahkan sains keduniaan daripada sains
Islam dan beberapa perkara-perkara yang tiada tempat dalam syariat dimasukkan dalam
kurikulum dan menjadikan seolah-olah adalah sebahagian daripada syariat. Dalam bahagian
kedua buku ini menjelaskan akan sumber, tujuan dan klasifikasi ilmu. Dijelaskan di sini bahawa
Al-Ghazali menggambarkan kedudukan ilmu mesti berasaskan keimanan atau keyakinan yang
kukuh. Ini adalah kerana segala sumber ilmu itu datang daripada Allah Taala yang diterima oleh
hati dan akal untuk ditafsirkan dan berfikir. Manakala sumber ilmu itu di bahagikan kepada ilmu

syariah dan ilmu bukan syariah. Sumber ilmu yang tertinggi ialah wahyu yang berasal daripada
Allah. Manakala ilmu bukan wahyu (ilmu aqliah) begitu banyak batasan dan sistem nilai yang
mana ada sebahagian ilmu yang tidak terjangkau dalam fikiran kita selaku manusia biasa. AlGhazali dengan karya-karya yang ditulis menyatakan tujuan ilmu itu melahirkan insan sempurna
untuk mendekatkan diri kepada Allah dan melahirkan insan sempurna untuk mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Di antara penulisan Al-Ghazali yang menyatakan bahawa Kau telah maklum bahawa
natijah dari ilmu ialah mendekatkan diri kepada Pencipta Alam dan menaikkan taraf sama
dengan para malaikat serta berada di tengah-tengah arwah yang utama. Hal ini adalah di
akhirat nanti sedangkan di dunia pula ia menjadi mulia, memiliki kebesaran, mempunyai
pengaruh pemerintahan kepada pemimpin Negara dan biasanya amat dihormati (dalam muka
surat 55). Manakala objektif utama penulisan kitab Al-Ghazali ialah menggalakkan umat Islam
mempraktikkan ilmu, membersihkan amalan daripada kotoran dan melakukan dengan ikhlas.
Beliau juga menganjurkan kepada murid-muridnya menjadi orang yang cerdas, mahir berfikir,
mengadakan penelitian yang mendalam, menggunakan akal fikiran dengan baik dan optimum
bagi menguasai ilmu. Dalam penulisan Al-Ghazali yang lain ialah Tujuan murid mempelajari
segala ilmu pada masa kini adalah untuk kesempurnaan dan keutamaan jiwanya.
Turut dikupas dalam buku ini tentang konsep pembelajaran ilmu. Bagi golongan yang
bergelar guru, perkara yang boleh kita ambil perhatian di sini (dalam penulisan buku ini) ialah
guru memberi kesan yang besar dalam perkembangan, personaliti, mental, fizikal dan spiritual
setiap manusia. Guru memaikan peranan penting sebagai pengajar, pengurus, pembimbing,
penggalak, penyelaras dan juga inovator iaitu orang yang membawa kepada pembaharuan. Ini
adalah kerana guru menjalankan tugas untuk membina kemurnian jiwa, pemikiran dan tingkah
laku murid. Guru merupakan model dalam keperibadian sebagai pendidik kepada murid-murid.
Sebab utama kemerosotan moral, disiplin dan akhlak adalah kerana pendidikan yang terlalu
menekankan aspek kognitif dan psikomotor untuk pencapaian cemerlang dalam peperiksaan
sahaja. Keperluan pendidikan awal ditekankan oleh Al-Ghazali yang mana secara ringkasnya
adalah seperti berikut yang pertama pendidikan anak mula diperhatikan sejak lahir lagi yang
mana asuhan dan penjagaan diserahkan kepada perempuan yang baik akhlaknya. Kedua,
membiasakan anak-anak hidup secara sederhana antaranya dianjurkan anak berpakaian putih
dan tidak bercorak garang dan ditegah anak tidur di tilam yang tebal supaya otot badannya
menjadi kuat. Ketiga, anak-anak diajar al-Quran, hadis-hadis pilihan dan biografi tokoh-tokoh

besar dan hindarkan membaca syair atau puisi yang tidak bermoral. Keempat, memberikan
peruntukan waktu yang cukup untuk pendidikan jasmani supaya badannya menjadi sihat.
Kelima, menyemai akhlak yang mulia dan tingkah laku yang sopan. Keenam, memelihara
pergaulan anak-anak daripada teman yang nakal. Ketujuh, memberikan ganjaran bagi setiap
budi pekerti yang dilakukan. Kelapan, jangan banyak mencela atau memaki anak-anak yang
melakukan kesilapan dan kesalahan. Kesembilan, anak diajarkan ilmu syariat ketika memasuki
alam remaja dan yang terakhir pula, anak-anak perlu mempelajari ilmu aqliah di peringkat
dewasa. Kesimpulannya, melalui pembacaan bahan ilmiah yang telah dikaji diperingkat tinggi
ini maka dapatlah kita mengambil manfaat sepenuhnya untuk digunakan sebagai rujukan dan
panduan dalam memperbaiki dan menambahkan pengetahuan sedia ada. Buku ini boleh
dijadikan sandaran dalam membina pendidikan berkesan membentuk cara kehidupan
pembelajaran yang dianjurkan oleh imam Al-Ghazali.

Sinopsis : MEMBINA PERIBADI MUSLIM

Membina Peribadi Muslim adalah sebuah buku yang boleh menjadi panduan setiap Muslim dalam menghiasi
diri dengan akhlak yang mulia. Buku ini menyoroti beberapa konsep yang menjadi panduan serta bimbingan
kepada umat Islam agar sentiasa melatih diri ke arah kehidupan yang diredhai. Zikir berupaya menjadi
terapi kegundahan jiwa di samping menghembus ketenangan hati dalam mengharungi pentas kehidupan.
Begitu juga dengan muhasabah diri sebagai pelengkap yang menjadi teras kecemerlangan dalam
membentuk jati diri individu terbilang.

Tiada suatu yang lebih berharga pada diri seseorang Muslim itu melainkan akhlak yang terpuji kesan
daripada didikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w dalam jiwa umatnya. Sesungguhnya akhlak Rasulullah
s.a.w itu adalah akhlak al-Quran. Sepatutnya, al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang gemilang dan
cemerlang itu dijadikan sumber rujukan dalam menjejaki keterampilan akhlak yang luhur agar ia dapat
mewarnai kehidupan manusia sejagat.
Buku kecil ini sewajarnya dimiliki oleh semua lapisan masyarakat ke arah melahirkan generasi al-Quran yang
unik.
Pengarang:Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Halaman:208
Terbitan:Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 7.00

Anda mungkin juga menyukai