Anda di halaman 1dari 10

1

.
2
.
3
.

Nama Guru

4
.

Sinopsis:
Pengarang : Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran
Penerbit : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
Jumlah muka surat : 36 Halaman

Judul
Bidang

Pengurusan Keselamatan Kebakaran Di Pejabat-Pejabat


Kerajaan dan Swasta
Pengetahuan dan Profesional

Tahun terbit: 2006 (edisi pindaan)


Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan
anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami
justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains kebakaran,
iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati akan hanya
berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi
berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula hendaklah bersesuaian dengan
risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau perbuatan khianat. Pengetahuan tentang
cara api marak dan merebak boleh membantu pengawalan kebakaran, dan langkah bagi
mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian
bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap
tebal boleh membunuh dalam beberapa saat, manakala api boleh marak dalam beberapa minit
sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran, iaitu
dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku
menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-undang
yang berkenaan.
5
.

Nilai Pengetahuan/Pengajaran :

6
.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran

Disediakan oleh: .......


--------------------------------------------

Disahkan oleh:

Pendidikan Berkesan (Sinopsis BUKU) Pembacaan bahan ilmiah kini merupakan satu lagi platform
untuk para pendidik untuk meningkatkan tahap profesinalisme dalam bidang perguruan. Untuk itu,
guru akan melaksanakan sedikit sinopsis bagi satu-satu bahan bacaan yang dibaca sebagai LDP dan
juga rujukan, panduan perkongsian bersama. Pendidikan berkesan yang diketengahkan dalam post
kali ini ialah satu sinopsis yang ringkas dan padat tetapi tidak secara menyeluruh untuk saya
berkongsi dengan semua. Adalah diharap mendapat teguran sekiranya terdapat kekurangan dan
kesilapan yang boleh saya perbaiki. Syukur Alhamdulillah di panjatkan kepada Allah Taala dengan
peluang masa dan ruang yang ada dapat kita kongsi bersama sedikit sinopsis buku yang dikarang
oleh Abdul Salam Yussof dari Universiti Malaya. Intipati yang terdapat dalam buku ini boleh digunakan
oleh semua peringkat samada dalam sekolah, masyarakat, keluarga mahu pun sebuah organisasi
yang lebih menumpukan corak pendidikan cara Islam. KLIK SINI UNTUK SINOPSIS BUKU EDISI
MOTIVASI (TERKINI 2012) SINOPSIS BAHAN BACAAN ILMIAH (Latihan Dalam Perkhidmatan)
Nama : Mohd Mustakim bin Kamarudin Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan
Ilmiah) Tarikh : 05-April-2011 Masa diambil : 3 minggu (15 Mac - 05hb April 2011) Tajuk Buku : Imam
Al-Ghazali PENDIDIKAN BERKESAN Keluaran : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Penulis : Abdul Salam Yussof Bilangan m/s : 160 (termasuk bibliografi) No. Siri ISBN : 967-61-1388-3
Harga : RM 15.00 Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu (borang sinopsis
buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN) Imam Al-Ghazali yang dikatakan dalam buku ini merupakan
tokoh ahli fikir Islam yang terkenal bukan sahaja dalam umat Islam malah seluruh manusia sepanjang
zaman bermula dari zaman Al-Ghazali di angkat sebagai ulama sehinggalah ke saat ini. Ditulis
dengan terperinci akan biodata dan sejarah silam serta keluarga tokoh ini. Perkara utama yang
hendak dikongsikan di sini ialah sumbangan Imam Al-Ghazali kepada umum dalam pendidikan
berkesan bermula dari waktu kecil hingga dewasa. Antara bahan rujukan yang digunakan dalam
penulisan buku ini ialah Kitab Ihya Ulum Al-Din yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali. Dihuraikan
dengan panjang lebar untuk pelbagai bidang. Antara yang dapat kita beri perhatian ialah bahagian
utama kitab tersebut yang telah dibahagikan antaranya ialah ibadah, muamalat dan perkara-perkara
yang dapat merosakkan kehidupan manusia (keajaiban hati). Seterusnya diterangkan di sini kejayaan
yang diperolehi oleh Imam Al-Ghazali sebagai ulama utama dalam sejarah pemikiran Islam. Ini adalah
kerana sumbangan besar yang diberikan telah mewujudkan kesepaduan dan penjelasan had-had
antara Islam dan kufur, had-had kebebasan pentafsiran yang boleh dibolehkan dan batas-batas yang
dilanggar adalah bermakna kufur. Dalam pada itu, beliau mengkritik corak kurikulum yang sedang
merosot dengan beberapa kelemahan yang dikenal pasti iaitu memisahkan sains keduniaan daripada
sains Islam dan beberapa perkara-perkara yang tiada tempat dalam syariat dimasukkan dalam
kurikulum dan menjadikan seolah-olah ia adalah sebahagian daripada syariat. Dalam bahagian kedua
buku ini menjelaskan akan sumber, tujuan dan klasifikasi ilmu. Dijelaskan di sini bahawa Al-Ghazali
menggambarkan kedudukan ilmu mesti berasaskan keimanan atau keyakinan yang kukuh. Ini adalah
kerana segala sumber ilmu itu datang daripada Allah Taala yang diterima oleh hati dan akal untuk
ditafsirkan dan berfikir. Manakala sumber ilmu itu di bahagikan kepada ilmu syariah dan ilmu bukan
syariah. Sumber ilmu yang tertinggi ialah wahyu yang berasal daripada Allah. Manakala ilmu bukan
wahyu (ilmu aqliah) begitu banyak batasan dan sistem nilai yang mana ada sebahagian ilmu yang
tidak terjangkau dalam fikiran kita selaku manusia biasa. Al-Ghazali dengan karya-karya yang ditulis
menyatakan tujuan ilmu itu melahirkan insan sempurna untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
melahirkan insan sempurna untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Antara
penulisan Al-Ghazali yang menyatakan bahawa: Kau telah maklum bahawa natijah dari ilmu ialah
mendekatkan diri kepada Pencipta Alam dan menaikkan taraf sama dengan para malaikat serta
berada di tengah-tengah arwah yang utama. Hal ini adalah di akhirat nanti sedangkan di dunia pula ia
menjadi mulia, memiliki kebesaran, mempunyai pengaruh pemerintahan kepada pemimpin Negara
dan biasanya amat dihormati (m/s 55). Manakala objektif utama penulisan kitab Al-Ghazali ialah
menggalakkan umat Islam mempraktikkan ilmu, membersihkan amalan daripada kotoran dan

melakukan dengan ikhlas. Beliau juga menganjurkan kepada murid-muridnya menjadi orang yn
cerdas, mahir berfikir, mengadakan penelitian yang mendalam, menggunakan akal fikiran dengan
baik dan ptimum bagi menguasai ilmu. Dalam penulisan Al-Ghazali yang lain ialah Tujuan murid
mempelajari segala ilmu pada masa kini adalah untuk kesempurnaan dan keutamaan jiwanya. Turut
dikupas dalam buku ini tentang konsep pembelajaran ilmu. Bagi golongan yang bergelar guru,
perkara yang boleh kita ambil perhatian di sini (dalam penulisan buku ini) ialah, guru memberi kesan
yang besar dalam perkembangan, personaliti, mental, fizikal dan spiritual setiap manusia. Guru
memaikan peranan penting sebagai pengajar, pengurus, pembimbing, penggalak, penyelaras dan
juga inovator iaitu orang yang membawa pembaharuan. Ini adalah kerana guru menjalankan tugas
untuk membina kemurnian jiwa, pemikiran dan tingkah laku murid. Guru merupakan model dalam
keperibadian sebagai pendidik kepada murid-murid. Sebab utama kemerosotan moral, disiplin dan
akhlak adalah kerana pendidikan yang terlalu menekankan aspek kognitif dan psikomotor untuk
pencapaian cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Keperluan pendidikan awal ditekankan oleh AlGhazali yang mana secara ringkasnya adalah seperti berikut; (1) Pendidikan anak mula diperhatikan
sejak lahir lagi yang mana asuhan dan penjagaan diserahkan kepada perempuan yang baik
akhlaknya. (2) Membiasakan anak-anak hidup secara sederhana antaranya dianjurkan anak
berpakaian putih dan tidak bercorak garang dan ditegah anak tidur di tilam yang tebal supaya otot
badannya menjadi kuat. (3) Anak-anak diajar al-Quran, hadis-hadis pilihan dan biografi tokoh-tokoh
besar dan hindarkan membaca syair atau puisi yang tidak bermoral. (4) Beri peruntukan waktu yang
cukup untuk pendidikan jasmani supaya badannya menjadi sihat. (5) Menyemai akhlak yang mulia
dan tingkah laku yang sopan. (6) Pelihara pergaulan anak-anak daripada teman yang nakal. (7)
Memberi ganjaran bagi setiap budi pekerti yang dilakukan. (8) Jangan banyak mencela atau memaki
anak-anak yang melakukan kesilapan dan kesalahan. (9) Anak diajarkan ilmu syariat ketika
memasuki alam remaja. (10) Anak perlu pelajari ilmu aqliah di peringkat dewasa. Kesimpulannya,
melalui pembacaan bahan ilmiah yang telah dikaji diperingkat tinggi ini maka dapatlah kita mengambil
manfaat sepenuhnya untuk digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam memperbaiki dan
menambahkan pengetahuan sedia ada. Buku ini boleh dijadikan sandaran dalam membina
pendidikan berkesan membentuk cara kehidupan pembelajaran yang dianjurkan oleh imam AlGhazali. Sekian, terima kasih.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

od sekolah:
DEA 0039

Nama Guru

MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL

Judul

Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Pengarang

Mok Soon Sang

4. Bidang:
Pengetahuan
Profesional

Tarikh
Pembentangan

24 Mei 2010

Tempat
Pembentangan

Bilik Wawasan

6. Masa : 2.15 petang

8.
Sinopsis

Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan


Kaunseling di Malaysia dan diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan
mendapat pengetahuan bagaimana menjalankan Kaunseling Individu dan
Kelompok serta Penyediaan Inventori dan Rekod.

Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri
pelajar. Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah
laku pelajar ke arah yang lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima
masyarakat..
Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia
juga boleh mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di
sekolah.

Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim


pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat
melaksanakan tanggung jawab masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan
kerja dengan gembira

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu


dalam bidang psikologi pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah
pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah peribadi serta
peluang melanjutkan pelajaran.

BORANG SINOPOSIS BUKU


Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis
1Kod
sekolah:

Nama Guru

MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL

Judul

BAGAIMANA MENYELESAIKAN KERJA

Pengarang

Edwin C.Bliss

DEA 0039

4. Bidang: Pengetahuan
Profesional

Tarikh
Pembentangan

Tempat
Pembentangan

6. Masa :
Bilik Wawasan

8.
Sinopsis

Buku ini mengandungi 72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat


seorang pengurus yang berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung
dengan matlamat mereka berbanding matlamat orang lain, nbelajar melindungi
diri mereka daripada gangguan yang tidak dijangkakan, mereka belajar melegasi
tugas merancang,memberikan tumpuan kepada perkara-perkara penting dan
mengetepikan perkara remeh-temeh.
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana membuat
laporan selepas tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan,
rintangan, beg kerja, kategori penggunaan masa, komunikasi, suratmenyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail, keseronokan bekerja dan lain-lain
lagi.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam


melaksanakan tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan

sejawat. Buku amat berguna terutama kepada pentadbir pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus
masalah pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah
pengurusan pendidikan.

BORANG SINOPOSIS BUKU


Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis
1Kod
sekola
h:

Nama Guru

MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL

Judul

PENGURUS YANG BAIK

Pengarang

C.Northcote Parkinson
& M.K.Rustomji

DEA
0039

4. Bidang: Pengetahuan
Profesional

Tarikh
Pembentangan

Tempat
Pembentangan

6. Masa :
Bilik Wawasan

8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat


seorang pengurus yang berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff.
Seorang pengurus yang hebat mesti pandai menjalin hubungan baik dengan
pekerjanya,memahami potensi seriapm pekerjanya dan ketua mesti mempunyai
perwatakan yang baik .
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana pengurus boleh
mencungkil bakat setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah
kemajuan organisasi. Seterusnya penulis mahukan seorang pengurus mestilah
sentiasa meminta pendapat staff dan menghormati pendapatnya. Seorang
pemimpin mesti berani, tidak menunjukkan kuasa, jangan mudah berpuashati
dan berfikir sebelum bertindak.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam


melaksanakan tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan
sejawat.Buku amat berguna kerana setiap guru adalah pemimpin, pemimpin
dalam kelasnya dan pemimpin dalam organisasi sekolah.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi
pemimpin yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

BORANG SINOPOSIS BUKU


Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis
1Kod
sekola

Nama Guru

MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL

h:
DEA
0039

Judul

HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Pengarang

C.Northcote Parkinson
& M.K.Rustomji

4. Bidang: Pengetahuan
Profesional

Tarikh
Pembentangan

Tempat
Pembentangan

6. Masa :
Bilik Wawasan

8. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan


dengan manusia lain. Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup
mulat iaiatu jika perkaram yang tidak perlu dihebohkan, maka jangan
dihebohkan. Jangan ambil remeh perkara-perkara kecil, jikma staff sakit, bila dia
hadir semula tanya tentang kesihatannya dan keadaa\n keluarganya kerana
perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang mendalam.
Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan
pekerja yang baik. Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga
dengan kecurigaan.
Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia
mengingati semua nama orang yang dipimpinnya.
Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masingmasing.Jika pekerja melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh
dipuji, orang akan lebih bersedia menerima kritikan daripada seseorang yang
menghargai kebaikan mereka, jika tidak mereka terus melenting.
Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu
suasana yang indah dengansaling menghormati antara satu sama lain?
Pernahkah anda terfikir apakah untungnya kita hidup dalam suasana tidak
tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai masalah dari hari ke hari? Tetapi sifat
pilih kasih sangat menyakitkan hati.
Sebenarnta bayanak ilimu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling
dlam buku ini dan aia amat berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam


melaksanakan tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan
sejawat. Buku amat berguna kerana setiap guru dan perlu berhubung dengan
manusia setiaop masa selagi kita hidup di alam fana ini.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi
pemimpin yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Posted by zaini at Sunday, July 04, 2010


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

Anda mungkin juga menyukai