Anda di halaman 1dari 10

BORANG SINOPOSIS BUKU

Nama Sekolah : SJK (T) GOPENG

1. Kod sekolah
Nama Guru SUBHASHINI A/P RAVEE
ABD 2171

2. Judul PENGURUSAN BIMBINGAN & KAUNSELING

4. Bidang: Pengetahuan
3. Pengarang Mok Soon Sang
Profesional

5. Tarikh Pembentangan 25 Oktober 2017 6. Masa : 2.00 - 3.00 pm

7. Tempat Pembentangan Makmal Komputer

8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan
diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan bagaimana
menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan Rekod.

Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar. Pengurusan
konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik
berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..

Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh
mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab
masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi
pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan
pembelajaran para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan pelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................

(SUBHASHINI A/P RAVEE) ( )


BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : SJK (T) GOPENG

1. Kod sekolah
Nama Guru SUBHASHINI A/P RAVEE
ABD2171

2. Judul BAGAIMANA MENYELESAIKAN KERJA

4. Bidang: Pengetahuan
3. Pengarang Edwin C.Bliss
Profesional

5. Tarikh Pembentangan 27 Oktober 2017 6. Masa : 2.00 - 3.00 pm

7. Tempat Pembentangan Makmal Komputer

8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang
berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat mereka berbanding
matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada gangguan yang tidak
dijangkakan, mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan tumpuan kepada perkara-
perkara penting dan mengetepikan perkara remeh-temeh.

Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana membuat laporan selepas tindakan,


buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori penggunaan
masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail, keseronokan bekerja
dan lain-lain lagi.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama
kepada pentadbir pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus masalah
pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................

(SUBHASHINI A/P RAVEE) ( )


BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : SJK (T) GOPENG

1. Kod sekolah
Nama
SUBHASHINI A/P RAVEE
Guru
ABD 2171

2. Judul PENGURUS YANG BAIK

4. Bidang: Pengetahuan
C.Northcote Parkinson &
3. Pengarang
M.K.Rustomji
Profesional

5. Tarikh Pembentangan 31 Oktober 2017 6. Masa : 2.00 - 3.00 pm

7. Tempat Pembentangan Makmal Komputer

8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang
berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat mesti pandai
menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm pekerjanya dan ketua
mesti mempunyai perwatakan yang baik .

Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana pengurus boleh mencungkil bakat


setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah kemajuan organisasi.
Seterusnya penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa meminta pendapat staff dan
menghormati pendapatnya. Seorang pemimpin mesti berani, tidak menunjukkan kuasa, jangan
mudah berpuashati dan berfikir sebelum bertindak.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana
setiap guru adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan pemimpin dalam organisasi
sekolah.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin yang
berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................

(SUBHASHINI A/P RAVEE) ( )


BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : SJK (T) GOPENG

1. Kod sekolah
Nama
SUBHASHINI A/P RAVEE
Guru
ABD2171

2. Judul HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

4. Bidang: Pengetahuan
C.Northcote Parkinson &
3. Pengarang
M.K.Rustomji
Profesional

5. Tarikh Pembentangan 1 November 2017 6. Masa : 2.00 - 3.00 pm

7. Tempat Pembentangan Makmal Komputer

8. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan dengan manusia lain.
Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulat iaiatu jika perkaram yang tidak
perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh perkara-perkara kecil, jikma
staff sakit, bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya dan keadaa\n keluarganya kerana
perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang mendalam.

Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang baik.
Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.

Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati semua nama orang
yang dipimpinnya.

Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika pekerja
melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan lebih bersedia
menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka, jika tidak mereka
terus melenting.

Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana yang indah
dengansaling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir apakah untungnya
kita hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai masalah dari hari ke
hari? Tetapi sifat pilih kasih sangat menyakitkan hati.

Sebenarnta bayanak ilimu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dlam buku ini dan aia
amat berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana
setiap guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup di alam fana
ini.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin yang
berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................

(SUBHASHINI A/P RAVEE) ( )


BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : SJK (T) GOPENG

1. Kod sekolah
Nama
SUBHASHINI A/P RAVEE
Guru
ABD2171

2. Judul REVISITING HOW TO SELL YOURSELF

Advantage Quest Publications,


4. Bidang: Pembangunan
3. Pengarang Puchong (dengan izin The
Kendiri
Career Press, Inc., USA)

5. Tarikh Pembentangan 2 November 2017 6. Masa : 2.00 - 3.00 pm

7. Tempat Pembentangan Makmal Komputer

8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 16 bab, tidak termasuk bahagian pengenalan dan lampiran.
Pengarangnya seorang pakar runding wawancara media, persembahan profesional, komunikasi
saksi bicara di mahkamah dan segala yang berkaitan dengan penyampaian mesej. Pengarang
berpendirian bahawa komunikasi bersemuka tidak mungkin dapat digantikan oleh kecanggihan
teknologi jaringan terkini.

Murid sekolah tidak menjadi lebih baik hanya kerana dibekalkan komputer pada setiap meja
mereka. Sebaliknya kualiti generasi masa hadapan lebih kuat dipengaruhi faktor kasih sayang,
perkongsian dan perhatian ibu bapa, guru dan pentadbiran sekolah. Aktiviti pembelajaran di
bilik darjah tidak akan lapuk dek panas, tidak lekang dek hujan.

Inti pati buku ini ialah tentang cara penghantar "menjual" mesej komunikasi kepada penerima.
Antara perkara yang perlu dijual ialah kompetensi, jati diri (likability), keyakinan, isyarat yang
betul, keluaran, keterangan, pendapat, kepimpinan dan nasib baik. Pendek kata, komunikasi
bersemuka bermula dengan membuka mulut bagi menjual idea atau mesej supaya dapat
diterima.

Pengarang menekankan tentang penggunaan ayat-ayat yang jelas, ringkas dan mudah
difahami oleh khalayak. Ayat yang berbunga-bunga, meleret-leret dan penuh dengan istilah
yang janggal akan memesongkan perhatian khalayak. Jika bercakap kepada sekumpulan
khalayak, pastikan bahawa pakaian dan cara pergerakan yang teratur, sepertimana saranan
berpakaian untuk berjaya (dress for success).

Seorang yang hendak menjual mesej komunikasi yang baik umpama seorang pencerita yang
dapat menangkap imaginasi khalayak menerusi visualisasi perkataan. Butiran cerita mereka
akan lebih diingati berbanding dengan angka, carta, graf, dan analisis stastistik. Malah, pada
tahun 2007 ketika meraikan ulang tahun ke-20 Microsoft PowerPoint, salah seorang
pengasasnya sendiri mengatakan bahawa PowerPoint ialah alat komunikasi yang hebat, tetapi
digunakan dengan buruk sekali: PowerPoint sekadar menjadi pembunuh komunikasi!

Pengarang juga menulis bab (8) yang khusus tentang komunikasi guru di bilik darjah.
Disebabkan guru bertemu dengan murid saban hari, mereka hendaklah sentiasa menampilkan
kesegaran setiap kali masuk ke bilik darjah, bagaikan kali pertama bersua muka dengan murid.
Perjuangan guru memupuk pembelajaran pada akhirnya ialah proses menjual mesej
komunikasi sehingga berjaya.

Kebanyakan subordinat dalam organisasi akan mengeluh apabila diarah menghadiri mesyuarat
yang dikendalikan oleh orang yang membosankan, tidak terancang, tidak mematuhi agenda
dan tidak selesa. Mesyuarat yang berjaya perlukan pengerusi yang jelas tentang peranan setiap
anggota mesyuarat, dan bukan hal-hal peribadi. Masa anggota mesyuarat jangan dibazirkan,
iaitu bermula tepat pada waktunya dan berakhir dengan cepat sebaik sahaja semua agenda
diselesaikan.

Isu anugerah khidmat cemerlang dan naik pangkat sering menjadi bahan gosip dan pertikaian.
Pengarang berpendapat bahawa dalam keadaan biasa, orang yang disukai oleh pembuat
keputusan memiliki peluang yang lebih besar. Hal itu dikategorikan sebagai "nasib baik"
(baca: rezeki - penulis blog) yang ditulis dalam bab 15.

Buku ini sangat bermanfaat kepada sesiapa yang berhasrat untuk memajukan diri dalam
komunikasi yang menjadi asas penting kemahiran interpersonal. Dalam era kepintaran
berpasukan lebih dipentingkan daripada kepintaran individu, kejayaan menjual sesuatu mesej
komunikasi wajib diberi perhatian. Kita perlu mempelajarinya.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

I. Kemahiran Interpersonal
II. Perancangan komunikasi
III. Analisis persekitaran komunikasi
IV. Motivasi kendiri

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

Guru hendaklah peka terhadap elemen komunikasi yang mampu memastikan bahawa mesej
berjaya dijual kepada murid. Begitu juga dengan tahap komunikasi murid ditingkatkan dari masa
ke masa supaya matlamat pembelajaran tercapai secara optimum. Di tangan guru yang
memiliki kepekaan komunikasi yang tinggi, momentum pembelajaran sentiasa dapat disegarkan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................

(SUBHASHINI A/P RAVEE) ( )


BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : SJK (T) GOPENG

1. Kod sekolah
Nama
SUBHASHINI A/P RAVEE
Guru
ABD2171

2. Judul TEKNIK MENGAJAR KOMSAS

4. Bidang: Pengetahuan
3. Pengarang Naffi Matt
Bahasa

5. Tarikh Pembentangan 6 November 2017 6. Masa : 2.00 - 3.00 pm

7. Tempat Pembentangan Makmal Komputer

8. Sinopsis

Buku setebal 184 muka surat ini dibahagikan kepada 24 bab. Kecuali bab 1 dan bab 2 kesemua
22 bab yang lain membincangkan kaedah, model dan teknik mengajar komsas, sama ada
secara tradisional, mahupun terkini. Kaedah lama yang dimaksudkan termasuklah demonstrasi,
penemuan, menyelesaikan masalah, kajian kes, sumbang saran, projek,main peranan, forum
dan KBKK. Kaedah terkini menonjolkan model kecerdasan pelbagai, dengan tumpuan terhadap
interpersonal, intrapersonal, visual-spatial, dan linguistik. Kaedah lain yang disarankan ialah
ungkapan kreatif, kerusi panas, skema, meramal, mentafsir dan bayangan minda. Turut
dihuraikan ialah kaedah CoRT Thinking Programme yang diilhamkan oleh Edward de Bono.
Penulis buku, Naffi Mat, pensyarah pendidikan bahasa di UPM menggunakan contoh buku teks
komsas tingkatan satu hingga lima yang akan digunakan hingga tahun 2010. Menyedari
bahawa teks komsas akan ditukar apabila tiba masanya, Naffi Mat lebih mengutamakan huraian
konsep dan prinsip bagi setiap satu kaedah yang dibincangkan. Penggunaan contoh secara
minimum bertujuan untuk menjelaskan aplikasi pedagogi komsas dalam genre yang berbeza:
cerpen, drama, prosa tradisonal, puisi dan novel. Setiap kaedah dibincangkan secara
berasingan supaya dapat diaplikasikan dalam aktiviti p & p mengikut keperluan. Naffi Mat
turut mencadangkan beberapa kaedah digunakan serentak untuk mencapai
maksud pembelajaran komsas, iaitu menghargai karya sastera dengan cara yang berkesan
dan menghiburkan, selain memenuhi hasrat yang terkandung dalam falsafah
pendidikan kebangsaan, dan kurikulum bersepadu sekolah menengah.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini banyak membantu guru mengulang kaji kaedah pedagogi secara umum, sebelum
mempertimbangkannya dalam konteks amalan p & p di bilik darjah. Justeru buku ini ditulis oleh
seorang ahli akademik yang mengkhusus dalam pendidikan bahasa, input pengetahuan dan
saranan pedagogi ialah himpunan teori, konsep, amalan dan pengalaman sebenar dalam
mengendalikan aktiviti p & p komsas. Buku ini juga dapat membantu guru mengorganisasi
semula amalan p & p dalam satu pakej yang lebih jelas dan terarah. Dalam kata lain, guru
dapat menjenamakan kaedah pedagogi yang paling mirip dengan aktiviti p & p yang berlaku di
bilik darjah selama ini. Kepada guru yang bukan pengkhususan bahasa, buku ini sangat
berguna sebagai panduan merancang p & p, selain meningkatkan kualiti penyampaian kepada
murid. Buku ini juga boleh menjadi senarai semak panitia bagi memantapkan p & p komsas
supaya dapat membantu murid menyelami degup jantung kehidupan masyarakat, cabaran,
konflik, harapan dan impian mereka dalam mencapai tahap kesejahteraan yang diinginkan.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

Ilmu pedagogi ialah alat dan senjata yang sangat ampuh bagi semua guru dalam menjayakan
proses p & p. Maka, sejumlah 22 kaedah, model dan teknik yang dihuraikan dalam buku ini
sangat relevan dengan matlamat menjadikan aktiviti p & p sebagai berkesan, menarik dan
menyeronokkan. Guru yang mengajar komsas beroleh input yang mempunyai latar teori dan
amalan terbaik pendidikan yang dihubung kait secara langsung dengan komsas. Pendekatan
lama dan baharu boleh diadunkan supaya kelainan dapat diserlahkan ke arah menangkap
imaginasi murid. Bagi memindahkan segala input dan saranan buku, lebih baik guru-guru yang
mengajar komsas mengadakan sesi perbincangan formal dan tidak formal bagi membuat
padanan antara pilihan pedagogi dengan genre komsas yang didapati serasi. Kejayaan sesuatu
kaedah, model dan teknik pedagogi boleh diukur secara mata kasar apabila murid memberi
perhatian, menunjukkan minat yang tinggi, mengambil bahagian dalam aktiviti p & p, dan
menunjukkan komitmen terhadap tugasan komsas. Berasaskan respons murid, guru boleh
merujuk semula senarai semak yang tersedia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................

(SUBHASHINI A/P RAVEE) ( )


BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : SJK (T) GOPENG

1. Kod sekolah
Nama
SUBHASHINI A/P RAVEE
Guru
ABD2171

2. Judul MERANCANG KEJAYAAN

Dato Dr. Fadzilah Kamsah,


4. Bidang: Motivasi &
3. Pengarang
Ahmad Zabidi Abdul Razak dan Psikologi
Noor Shamshinar Zakaria

5. Tarikh Pembentangan 7 November 2017 6. Masa : 2.00 - 3.00 pm

7. Tempat Pembentangan Makmal Komputer

8. Sinopsis

Buku ini mencerita tentang bagaimanakah seseorang itu perlu merancang untuk berjaya dalam
apa juga yang dilakukan dalam hidup ini. Siri motivasi ini mendorong seseorang untuk berjaya
dengan menekankan kepada aspek kehidupan. Di dalam dinyatakan tentang pengurusan diri,
penetapan matlamat dalam hidup, halangan-halangan yang perlu ditempohi untuk berjaya, dan
menerangkan tentang kejayaan yang sebenar samada di dunia atau akhirat. Cara pengolahan
buku ini juga cukup menarik dengan diselitkan pengkongsian idea daripada individu-individu
yang telah berjaya menempuh cabaran di alam persekolahan dan berjaya dalam pelajaran
masing-masing.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Dapat mengetahui cara-cara dan kaedah yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang individu
untuk berjaya dalam hidup melalui perancangan yang berkesan dan bermakna. Di samping itu,
boleh menanam motivasi kepada semua masyarakat tentang penting merancang dalam
kehidupan sekaligus mencapai kejayaan yang diingini.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

Boleh membantu seseorang melakukan perancangan yang berkesan bagi mencapai matlamat
organisasi .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................

(SUBHASHINI A/P RAVEE) ( )

Anda mungkin juga menyukai