Anda di halaman 1dari 6

Seorang guru merupakan satu modal insan yang perlu merangkumi segala aspek

positif seperti rajin, berdedikasi, penyabar, penyayang, empati, bertoleransi dan


sebagainya. Guru juga merupakan satu contoh yang baik kepada murid kerana
murid banyak meluangkan masa bersama guru di sekolah selain daripada ibubapa
serta keluarga dan hal itu akan mempengaruhi minda dan tingkah laku seseorang
pelajar yang baru melangkah kaki ke dunia persekolahan. Namun begitu, tugas guru
bukanlah sesuatu tugas yang mudah seperti membuat kerja lain yang hanya
menggunakan tenaga badan. Guru perlu banyak bersedia dari segi mental, emosi
dan fizikal bagi mengharungi cabaran yang bakal mereka hadapi terutamanya guru
yang pertama kali menjalankan tugas sebagai guru misalnya di sekolah yang
mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya kerana mereka tidak
tahu apakah cabaran yang bakal mereka hadapi.
Analisis Situasi
Sebagai seorang guru, saya telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah di
pinggir bandar. Sekolah tersebut merupakan kali pertama saya bertemu dengan
situasi sebegitu. Namun, saya juga mempunyai satu keyakinan dalam diri saya
bahawa saya dapat menjalankan tugas saya sebagai guru dari segi melakukan
pembaharuan kepada murid-murid di sekolah tersebut. Dalam aspek ini, lokasi
sekolah ini merupakan salah satu cabaran yang saya hadapi dalam menjalankan
tugas saya sebagai guru. Saya terpaksa menggunakan masa yang agak lama untuk
perjalanan saya dari rumah ke sekolah tersebut. Oleh kerana sekolah tersebut
terletak di pinggir bandar, tidak banyak kemudahan awam disediakan di kawasan
tersebut. Maka, saya terpaksa mencari alternative lain untuk membawa barangbarang saya seperti Bahan Bantu Mengajar dan juga buku - buku yang saya
gunakan tanpa rosak. Dalam aspek ini, pengurusan masa juga menjadi satu
kekangan kepada saya kerana kebanyakan masa saya dibazirkan hanya untuk
tujuan pengangkutan ke sekolah sahaja.
Aspek kedua yang saya perhatikan adalah murid di sekolah yang saya menjalankan
tugas terdiri daripada pelbahai jenis sosio budaya dan pelbagai kaum. Misalnya,
murid-murid tersebut lebih kepada beberapa etnik yang datang daripada beberapa
tempat yang berlainan. Pada masa yang sama, segelintir pelajar juga merupakan
anak kepada ibu tunggal yang melakukan dua pekerjaan yang membolehkan

mereka hanya berjumpa pada hujung minggu. Hal ini semestinya akan menggangu
minda murid dari segi emosi dan mental kerana mereka akan rasa berseorangan
serta tidak dapat meluahkan perasaan mereka kepada orang yang tersayang. Saya
juga mengetahui bahawa tidak banyak pelajar di sekolah itu tinggal bersama ahli
keluarga mereka.
Pada masa yang sama juga, sebahagian besar daripada golongan pelajar ini terdiri
daripada mereka yang datang dari pinggir bandar dan kawasan pedalaman juga.
Maka, mereka adalah individu yang berada di garis kemiskinan dan melayakkan
mereka mendapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Bagi mereka yang
datang dari keluarga yang sangat miskin, Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
inilah yang menjadi makanan untuk satu hari tersebut. Situasi sebegini ini pastinya
menjadi satu faktor dalam kemerosotan prestasi akademik murid-murid ini kerana
kebanyakan daripada mereka tidak juga mendapat sokongan daripada keluarga dan
ada segelintir pelajar yang terpaksa bekerja secara sambilan bersama ahli keluarga
mereka bagi mengharungi kemiskinan mereka.
Satu lagi faktor yang sangat mempengaruhi prestasi akademik pelajar di sekolah
yang saya menjalankan tugas saya sebagai pendidik adalah komunikasi.
Kebanyakan murid di sekolah ini bertutur menggunakan dialek masing-masing
kerana kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada suku kaum ataupun
etnik - etnik yang berlainan. Maka, pelajar-pelajar ini menghadapi kesukaran bertutur
dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Walaupun terdapat segelintir
pelajar pelajar yang dapat menguasai kedua-dua Bahasa ini dari segi penulisan,
namun keupayaan mereka untuk bertutur dengan lancar adalah masih lemah.
Sebagai guru, saya sendiri menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan
pelajar saya kerana saya tidak faham apa yang direspon oleh mereka apabila saya
bertanya sesuatu kepada mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Saya juga menghadapi kesukaran dalam mengajar murid saya kerana
mereka kurang faham apa yang diajar oleh saya..
Akhir sekali, satu situasi yang paling mengejutkan saya di sekolah tersebut adalah
keadaan fizikal sekolah yang sangat tidak stabil dan keadaan bilik darjah yang
memerlukan banyak pengubahsuaian dan pembaikpulihan. Pada hari pertama saya
menjejak kaki saya di sekolah ini, saya melihat bahawa tiada satu bilik darjah pun

mempunyai perabot yang lengkap dan sempurna. Banyak kerusi dan meja pelajar
rosak dan patah tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaiki. Perkara ini bukan
sahaja berlaku pada perabot, malah kebanyakan infrastruktur di sekolah ini berada
dalam situasi sebegitu dimana ia tidak diberi perhatian mahupun diuruskan dengan
teratur. Ada beberapa bilik darjah murid terpaksa duduk di atas lantai beralaskan
tikar sahaja. Hal ini juga secara langsung mempengaruhi prestasi akademik murid murid kerana mereka tidak disediakan dengan persekitaran pembelajaran yang
kondusif.
Pandangan saya
Sebagai seorang guru, pandangan saya terhadap kepelbagaian sosiobudaya yang
saya lihat di sekolah ini adalah satu perkara yang sangat baru kepada saya. Saya
berasal daripada kawasan bandar dan semasa saya menjadi pelajar, saya tidak
pernah mengharungi keadaan seperti yang saya saksikan di sekolah ini. Saya hanya
pernah mendapat cabaran dalam pendidikan iaitu bagi mendapatkan keputusan
yang cemerlang. Selain itu, saya juga berasal daripada keluarga pendidik iaitu
kedua-dua ibu dan bapa saya adalah warga pendidik. Maka, saya tidak pernah
menghadapi kesukaran dari aspek pembelajaran serta kemudahan belajar. Saya
juga tidak pernah menghadapi kesukaran dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan
dan juga orang lain seperti guru dan orang luar kerana saya tidak pernah
bertembung dengan masyarakat daripada pelbagai etnik. Suasana pembelajaran
saya lebih kepada persekitaran yang normal serta sekolah yang saya belajar juga
merupakan antara sekolah cemerlang di daerah dan sempurna dengan semua
kemudahan infrastruktur seperti Makmal ICT, padang, bilik kerja dan sebagainya.
Melihat kepada situasi murid di sekolah yang saya ajar, perbezaannya adalah
sangat banyak dan saya juga melihat bahawa usaha pihak berkuasa dalam
menaiktaraf sekolah-sekolah di kawasan pinggir bandar adalah tidak memuaskan.
Saya juga mempunyai pandangan yang serious terhadap perkara ini kerana
kerajaan telah memperuntukan jumpah yang sangat banyak bagi menaiktarafkan
sekolah-sekolah di pinggir bangdar dan kawasan pedalaman, namun tiada tanda
bahawa usaha-usaha untuk menaiktaraf dijalankan. Pada pandangan saya, keadaan
sekolah juga merupakan satu aspek yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya
ini.

Cadangan
Sebagai guru, saya faham bahawa tugas pendidik adalah satu cabaran yang besar.
Justeru, saya sebagai seorang guru yang berdedikasi dan rajin, saya perlulah
memberikan usaha saya dalam menyesuaikan diri saya sebanyak yang boleh dalam
bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai sosio budaya. Langkah pertama
yang perlu saya ambil adalah memerhatikan setiap murid secara terperinci dan
mengenal latarbelakang mereka. Saya akan cuba mengetahui tentang keadaan
keluarga, kehidupan seharian, kawasan tempat tinggal serta cara berkomunikasi
mereka. Melalui penyelidikan ini, saya dapat mengenal murid saya dengan lebih
dekat dan saya juga dapat menyediakan perancangan pengajaran saya supaya
sesuai dengan murid saya. Langkah seterusnya adalah, saya akan cuba untuk
berkomunikasi dengan murid mengikut cara mereka dahulu. Hal ini adalah untuk
memberikan murid keyakinan bahawa mereka tidak perlu merasa rendah diri kerana
tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Semakin saya berkomunikasi dengan pelajar, semakin pelajar dapat meluahkan
perasaan dan isi hati mereka kepada saya dan hal ini akan membantu saya untuk
mengenali dan memahami murid saya dengan lebih rapat lagi.
Langkah seterunya, saya akan mengorganisasikan beberapa program motivasi
kepada pelajar ini agar pelajar dapat melibatkan diri dalam semua hal yang
berkaitan dengan bilik darjah. Sebagai contoh, saya akan menjalankan program
motivasi kendiri iaitu pelajar belajar untuk menguruskan diri mereka dalam cara yang
positif. Program ini bertujuan untuk mengajar murid menguruskan diri mereka dari
segi keterampilan kerana kebanyakan murid hanya bertemu dengan keluarga
mereka pada hujung minggu, maka ahli keluarga juga tidak dapat memainkan
peranan mereka dalam mendidik anak mereka menunjukan keterampilan yang baik.
Rasional saya membuat perkara ini adalah untuk meningkatkan keyakinan murid itu
sendiri. Juga saya akan membuat program-program seperti karnival permainan,
persembahan kebudayaan dan lain-lain.
Selain itu, saya juga akan cuba untuk mengatur balik susunan kelas dan jika boleh,
saya akan cuba untuk membaikpulih perabot yang rosak dan menjadikan kelas
sebagai kelas lestari. Saya akan cuba untuk mengecatkelas, membersihkan kelas
dan sebagainya. Persekitaran yang kondusif adalah sangat penting untuk proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar. Oleh itu, saya akan mencuba
sedaya upaya untuk membina satu kelas perdana yang mempunyai segala aspek
seperti sudut bacaan, susunan meja dan kerusi yang baik, pencahayaan yang baik,
pengudaraan yang baik, stesen buku latihan, stesen kerja dan sebagainya. Hal ini
juga akan meningkatkan minat murid untuk belajar kerana persekitaran baru yang
mereka lihat itu akan merangsang mereka untuk belajar.
Pada masa yang sama, saya sebagai guru juga akan mendapat satu motivasi yang
positif untuk merancang pengajaran dan pembelajaran saya secara kreatif dan
berkesan. Hal ini akan membantu saya dan juga pelajar untuk meningkatkan minat
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Secara tidak langsung, hal ini
juga akan memberikan satu perubahan yang positif dalam prestasi akademik pelajar.
Pelajar yang pandai juga akan menonjol kebolehannya dalam akademik dengan baik
sekali. Pada masa yang sama juga, guru dapat mengenalpasti bakat-bakat murid
yang menonjol serta murid yang mempunyai potensi yang tinggi dalam akademik.
Selain daripada dalam bilik darjah, saya sebagai guru yang prihatin juga akan
merancang pengajaran dan pembelajaran saya di luar bilik darjah. Sevagai
contohnya, saya akan membawa murid belajar matapelajaran Sains di taman herba.
Juga saya akan mengajar murid untuk membuat eksperimen dalam matapelajaran
tersebut agar murid lebih faham apa yang dipelajarinya. Saya akan menggunakan
pendekatan ini kerana murid- murid daripada pelbagai sosio budaya ini misalnya
daripada kawasan pinggir bandar adalah lebih taksub kepada pembelajaran
beasaskan kemahiran dan juga mereka belajar daripada pengalaman. Oleh yang
demikian, pendekatan luar bilik darjah ini mempunyai potensi untuk meningkatkan
minat murid dalam pembelajaran dengan baik sekali.
Saya juga akan menadakan jamuan secara kecil- kecilan dua bulan sekali untuk
mengeratkan hungan silaturahim saya dengan murid-murid saya. Saya akan
menyediakan penghargaan yang kecil kepada murid-murid yang menunjukan
prestasi yang sangat baik dalam ujian-ujian bulanan dan juga ujian semester.
Ganjaran positif seperti ini akan meningkatkan minat murid untuk lebih berusaha ke
arah keputusan yang cemerlang. Hal ini juga akan memberikan satu pengajaran
kepada murid yang lemah untuk berusaha juga padamasa hadapan supaya mereka
juga diberi penghargaan daripada guru.

Tugas sebagai guru merupakan satu cabaran yang tidak akan berhenti sehingga kita
mendapat pencen. Segala yang kita belajar semasa berada di Institut Pendidikan
Guru adalah secara teori dan kita tidak akan berdepan dengan siruasi-situasi
sebegini sehinggalakita mendapat perlantikan kelak. Oleh yang demikian, guru yang
baik perlulah bersedia dari segi fizikal, emosi, dan mental bagi mengharungi
segalacabaran yang bakal tiba. Cabaran yang bakal kita hadapi adalah subjektif di
mana kita tidak dapat meramal apa yang bakal datang kelak. Oleh yang demikian,
kita segai guru perlu sentiasa prihatin terhadap tugas kita sebagai pendidik generasi
akan datang kerana guru adalah modal insan yang melahirkan masyarakat yang
bertamadun dan bersosiobudaya.

Anda mungkin juga menyukai