Anda di halaman 1dari 4

20 | P a g e

4.0 REFLEKSI
Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106) ini dapat mengajar saya berkenaan
perkara dan permasalahan yang bakal saya hadapi sekiranya saya ditempatkan di sekolah di
kawasan pedalaman. Berbeza dengan sekolah di bandar, sekolah di pedalaman
kebanyakannya menggunakan mesin generator sebagai pembekal elektrik namun tenaga yang
dijana dari mesin tersebut sememangnya tidak mencukupi untuk menampung tenaga elektrik
yang diperlukan bagi sesebuah kelas di sekolah di pedalaman. Hal ini akan menghalang guru
daripada dapat menggunakan projektor, komputer riba dan peralatan lain yang memerlukan
elektrik apabila mengajar. Oleh itu, guru harus menjadi kreatif dalam hal ini dengan
menggunakan kaedah-kaedah lain untuk menyampaikan ilmu kepada murid.
Tambahan pula, melalui kursus ini saya dapat mengenal pasti ciri-ciri murid di
pedalaman dan luar bandar dalam bab 4. Antaranya seperti sikap pemalu orang Asli dan
mereka beranggapan bahawa pendidikan itu tidak penting dalam kehidupan seharian mereka.
Tanggapan mereka ini salah di mata masyarakat Malaysia yang sudah maju terutamanya di
kawasan bandar tetapi berbeza dengan tanggapan mereka justeru gurulah yang
bertanggungjawab untuk mengubah tanggap salah orang-orang Asli ini. Contohnya dengan
menayangkangambar-gambar yang berkaitan dengan kejayaan yang telah dikecapi dengan
adanya pendidikan.
Melalui kursus ini juga, saya dapat belajar beberapa benda-benda baru berkenaan
pendidikan seperti kurikulum tersirat dan kelas bercantum. Kurikulum tersirat merujuk kepada
cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran dan
pengurusan organisasi sekolah (A Dictionary of Sociology, 2005) (seperti yang dinyatakan
dalam Noriati, Boon, Sharifah, & Zuraidah, 2014). Kelas bercantum pula merujuk kepada
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran oleh seseorang guru terhadap murid-muridnya yang
terdiri daripada beberapa gred/ tahap dan umur murid-murid tersebut lebih kurang sebaya
(Noriati, Boon, Sharifah, & Zuraidah, 2014).
Terdapat banyak lagi input-input menarik yang amat berguna bagi bakal guru seperti
saya yang dapat dipelajari dalam kursus ini. Contohnya, cara untuk membina persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran sesi pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya sebuah persekitan bilik darjah sebegini dapat diwujudkan, murid-murid
akan lebih selesa untuk belajar maka tidak hairanlah sekiranya masalah ponteng kelas itu dapat
dikurangkan.
21 | P a g e

Ada juga input berkenaan dengan kemahiran komunikasi guru. Kemahiran
berkomunikasi itu amat penting bagi seorang guru kerana melalui komunikasi yang berkesan
maka barulah guru boleh menyampaikan ilmu dengan baik kepada murid. Suara yang jelas
sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak mempunyai intonasi. Suara yang intonasinya mendatar
boleh membuatkan murid berasa bosan dan apabila tumpuan murid sudah terganggu, sesi P&P
tidak akan menjadi lancar. Walaupun guru perlu menggunakan laras bahasa Melayu yang betul
untuk menyampaikan ilmu tetapi tidak salah kiranya menggunakan sedikit bahasa dialek atau
bahasa ibunda murid-murid untuk memudahkan pemahaman murid terutamanya apabila
mengajar di sekolah pedalaman.
Kursus ini juga menjadi medium bagi pensyarah pembimbing saya bagi kursus ini iaitu
Encik Mohamad bin Abu Daud untuk menceritakan pengalamannya apabila ditempatkan di
kawasan pedalaman di Sarawak pada suatu masa dahulu. Banyak benda-benda menarik dan
berguna yang dikongsi dengan kami cotohnya adab apabila berada di tempat orang selain
kerseronakan yang dapat dikecapi kerana dapat meneroka budaya kaum yang tinggal jauh di
pedalaman.
Berkenaan dengan tugasan projek bagi kursus ini pula, pada pendapat saya, amat
menarik dan amat berguna buat saya untuk mendapat gambaran berkenaan situasi yang akan
saya tempuhi di sekolah kelak. Saya sedia maklum bahawa Malaysia ini mempunya
kepelbagaian budaya yang sangat banyak sehinggakan setiap individu di Malaysia ini pasti
akan ada sahaja perbezaan walau sedikit pun.
Perkara yang paling penting dapat saya pelajari adalah saya seharusnya tidak
mempunyai apa-apa anggapan serong kepada murid saya dengan hanya melihat kepada latar
belakang murid tersebut. Sebaliknya, saya harus mempunyai sifat empati yang tinngi dalam diri
bagi memudahkan saya untuk memahami murid-murid saya terutama yang dapat menjejaskan
pembelajaran mereka di sekolah. Contohnya, masalah dari segi kelengkapa sekolah, keluarga
dan kewangan.
Saya sendiri datang daripada keluarga susah justeru saya faham dengan masalah-
masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang sosioekonomi keluarganya adalah rendah.
Namun, perkara yang membuat saya kuat menghadapi hari-hari mendatang apabila saya
melihat kanak-kanak lain yang lebih susah daripada saya sehinggakan mereka tidak dapat
pergi ke sekolah.
22 | P a g e

Saya boleh dikira bernasib baik kerana merupakan anak sulung di dalam keluarga maka
saya mendapat pendidikan yang secukupnya tetapi adik saya mendapat nasib yang sebaliknya
kerana dia tidak dapat menghabiskan persekolahannya disebabkan masalah kewangan
keluarga saya. Oleh itu, dia mengambil inisiatif untuk berhenti sekolah dan bekerja sebagai staf
hotel.
Hal ini juga membuat saya sedar bahawa faktor kejayaan seorang murid itu adalah
bermula di rumah melalui perhatian yang diberikan ibu bapa, masalah-masalah yang dihadapi
di rumah. Punca utamanya adalah ibu bapa, seharusnya mereka lebih peka dengan situasi
anak-anak yang masih kecil dengan tidak mendedahkan mereka kepada masalah yang
dihadapi oleh ibu bapa agar anak-anak tidak akan berasa tertekan serta mempunyai sifar
merendah diri yang melampau yang akan membuatkan mereka tidak menyerlah di sekolah.
Selain itu, murid-murid di dalam bilik darjah yang datang dari kebudayaan berbeza-beza
itu harus mendapat peluang untuk saling berinteraksi. Hal ini bagi memudahkan mereka saling
mengenali dan memahami budaya murid lain. Oleh itu, interaksi dan perjumpaan mereka
dengan murid-murid yang mengamalkan budaya berlainan daripada mereka ini akan
memberikan mereka pengalaman justeru mereka tidak akan menghadapi kejutan budaya
apabila keluar daripada rumah dan pergi ke tempat lain yang sepenuhnya mengamalkan
budaya yang berbeza.
Kaedah pengajaran yang melibatkan interaksi antara murid ini sebenarnya
mendatangkan banyak kebaikan kepada guru dan murid kerana murid dapat bertukar-tukar
pendapat selain memupuk semangat kerjasama antara mereka. Murid-murid juga tidak akan
berasa mengantuk kerana mereka juga berpeluang untuk bercakap dan melakukan sesuatu.
Guru juga akan dapat mengawal bilik darjah dengan lebih baik dan kaedah yang terbaik sekali
yang digunakan oleh guru apabila menggalakkan interaksi antara murid ini adalah bimbingan
dan kerja kumpulan.
Walaupun begitu, guru harus menetapkan beberapa peraturan terlebih dahulu bagi
menyekat kebebasan murid kerana apabila terlalu bebas, murid akan cenderung untuk
melakukan perkara lain seperti bermain dan bergaduh. Guru juga harus bijak menggunakan
ganjaran dan hukuman dalam mendisiplinkan murid-murid agar mereka lebih bermotivasi
sewaktu belajar.
23 | P a g e

Oleh itu, guru harus bijak merancang kaedah dan strategi pengajaran. Di samping itu,
guru juga harus tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum bagi mengelakkan ada murid
yang berkecil hati dan seterusnya hilang minat untuk belajar. Contohnya, guru seharusnya tidak
mengaitkan murid-murid kaum Cina denga tabiat tidak suka mandi pagi. Walaupun perkara
tersebut tidak asing lagi dan diketahui umum tetapi pernyataan ini boleh mengundang malu
kepada murid-murid tersebut dan lebih teruk lagi mereka akan diejek oleh rakan-rakan sekelas
Kesimpulannya, guru seharusnya tidak cepat membuat andaian tentang seseorang
murid itu dengan hanya berbekalkan maklumat latar belakangnya dan perwatakannya di dalam
bilik darjah. Sebaliknya, guru harus cuba mengkaji murid tersebut dan seterusnya membuat
pelan dan strategi untuk menjinakkan murid tersebut.

Anda mungkin juga menyukai