Anda di halaman 1dari 2

KEISTIMEWAAN PENDIDIKAN MAYA KEPADA MURID

Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan maya


memberikan impak positif kepada pendidikan abad ke-21 yang mengutamakan TMK.
Hal ini demikian kerana , selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid
minda kelas pertama dan kemenjadian murid. Benarkah pendidikan maya ini
membantu melahirkan murid yang cerdik pandai dalam segala bidang ? Adakah
anak anak Malaysia bersiap siaga dari segi fizikal dan mental untuk menerima
perubahan ini ? Persis kata peribahasa Melayu kita harus mengenali pendidikan
maya agar kita jatuh cinta padanya kerana tak kenal maka tak cinta. Natijahnya ,
rakyat Malaysia perlu mengenali keistimewaan yang dibawa oleh pendidikan maya
kepada landskap pendidikan negara.

Sesungguhnya , pendidikan maya dapat menjimatkan wang daripada


membeli buku. Ibu bapa tidak perlu membeli buku yang berbentuk fizikal. Hal ini
tercetus kerana kaedah pembelajaran secara telesidang yang memerlukan Internet
ditempat menimba ilmu. Daripada realiti ini dapat dikatakan bahawa kemudahan ini ,
menggabungkan audio, video dan grafik dan pelbagai unsur media yang menarik
hati. Contoh yang ketara yang paling dekat ialah murid mudah mendapat informasi
daripada guru ketika sakit atau sibuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
Impaknya murid tidak ketinggalan kerana dapat melihat , mendengar dan menulis
nota yang disampaikan oleh guru. Bertepatanlah dengan kata peribahasa bahawa
murid yang hendak belajar tidak akan membuang masa kerana situ di mana ada
kemahuan di situ ada jalan. Dengan keadaan sedemikian , secara tidak langsung
usaha dapat membantu menjimatkan wang saku ibu bapa untuk membeli buku.

Umum mengetahui bahawa konsep pendidikan maya pada hari ini mampu
merapatkan hubungan antara guru dan murid murid. Hal ini membawa konotasi
bahawa murid pada zaman dahulu tidak berani berdepan dengan guru kerana takut
akan guru yang garang dan tegas. Dalam konteks ini , murid yang jarang
berkomunikasi dengan guru guru menyebabkan silaturahim tidak dapat dibina oleh
sebab jurang pemisah. Misalnya , murid dapat berkomunikasi dalam pelbagai media
sewaktu panggilan video pembelajaran berlangsung murid akan ditanya soalan dan
bersoal jawab dengan guru termasuk dengan murid yang lain. Oleh hal yang
demikian guru lebih memahami kelebihan dan kelemahan murid. Sekaligus
menjalinkan hubungan yang erat bagai isi dengan kuku. Guru juga mudah mendapat
bantuan murid kerana hubungan sudah rapat seperti kawan. Fenomena ini
dikatakan , konsep saling membantu bagai aur dengan tebing dapat dibentuk.
Tidak dapat dinafikan perspektif yang lain , pendidikan maya dapat
berpusatkan murid sekaligus telah mengubah corak penyampaian ilmu kepada
murid. Hal ini demikian kerana guru tidak menggunakan teknik tradisional. Guru
mengajar murid di depan kelas menggunakan papan hitam dan kapur. Rentetan
dengan itu cara ini ketinggalan zaman. Murid tidak mampu menumpukan perhatian
pada didikan guru-guru. Tamsilnya , guru berfungsi sebagai pemudah cara serta
memberikan dorongan dan galakan kepada murid. Guru turut menjadi mentor dan
pencetus idea kepada pembelajaran. Murid pula menyampaikan idea dalam
pelbagai ilmu. Oleh hal yang demikian , murid tidak berasa bosan dengan
penggunaan gajet dan perisian yang disediakan. Pengajaran dan pembelajaran
(PdP) menjadi lebih hidup dan menarik serta ilmu yang disampaikan tidak
ketinggalan. Bak kata peribahasa usaha ini dianggap sambil menyelam minum air
kerana murid mendapat ilmu dan pengalaman baharu. Tentulah , pendidikan yang
berpusatkan murid ini bukan sahaja istimewa tetapi memberikan impak yang hebat.

Kesimpulannya , konsep pendidikan maya berjaya menjadikan murid di


negara ini lebih bijak yang melangkaui usianya. Tambahan pula , murid pada hari ini
jelas lebih hebat dan berani menyuarakan pandangan dalam proses pembelajaran.
Seterusnya , pendidikan maya ini sewajarnya dilaksanakan di seluruh sekolah di
negara ini dalam masa terdekat ini. Saya berharap pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia memberikan keistimewaan sama rata kepada semua murid. Bak kata
peribahasa sudah terang lagi bersuluh bahawa konsep pembelajaran maya tidak perlu
dipersoalkan lagi. Natijahnya, memberikan keistimewaan kepada murid dan dapat
melahirkan murid yang berminda kelas pertama.

Nama: Nur Asiqin & Hazelia Renya


Kelas: 4 Cempaka

Anda mungkin juga menyukai