Anda di halaman 1dari 4

Antara perubahan jelas yang berlaku dalam pendidikan norma baharu ialah

perubahan dari segi corak Pengajaran dan Pembelajaran iaitu daripada secara
bersemuka kepada maya atau dalam talian. Era pandemik ini meyaksikan muncul
kaedah pendidikan maya, e-learning dan dan rumah-rumah telah bertukar menjadi
bilik darjah dan kelas tutorial (Ghani, 2021). Hal ini kerana berdasarkan surat
pekeliling yang bertarikh 08 November 2020 menyatakan aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran perlu dilaksanakan dari rumah melalui PDPR. Oleh itu, bagi
merealisasikan kaedah ini, beberapa alternatif boleh digunakan iaitu secara dalam
talian, luar talian atau kaedah gabungan. Melalui pelaksanaan pembelajaran dan
Pengajaran dalam talian, pelajar dan guru tidak perlu bertemu secara bersemuka di
dalam kelas seperti sebelum ini tetapi hanya melalui ruang maya (Hassan et.al,
2021).

Contohnya, guru Bahasa Melayu tahun 1 boleh menguji tahap bacaan


murid-murid secara maya dengan menggunakan aplikasi Google Meet bagi
menilai kemahiran membaca murid-murid. Dengan itu, pembelajaran tetap dapat
dilaksanakan seperti biasa mengikut perancangan berdasarkan DSKP agar murid
tidak tertinggal dalam pelajaran. Bagi murid-murid yang tidak dapat mengikuti sesi
pembelajaran secara dalam talian, alternatif lain turut disediakan seperti mode luar
talian contohnya melalui pemberian modul ataupun gabungan yang menggunakan
kedua-dua kaedah iaitu secara dalam talian dan luar talian. Hal ini telah memberi
satu perubahan baru dalam dunia pendidikan di mana ia mewujudkan suatu
pembelajaran yang bersifat ubiquitous iatu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja
dan dimana-mana melalui kemudahan digital sekaligus dapat mencapai aspirasi
murid iaitu pengetahuan di mana pada peringkat paling asas, setiap kanak-kanak
perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Hal ini dapat
dijayakan dengan adanya kaedah pembelajaran secara dalam talian bagi
memastikan murid mendapat pendidikan yang sepatutnya walau dalam apa jua
keadaan.

Kesan kepada perubahan ini, guru-guru dapat menguasai


pelbagai kemahiran seperti penguasaan teknologi bagi membolehkan
sesi pengajalan dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Guru
perlu mahir dalam menggunakan aplikasi seperti Google meet, Microsoft
teams dan sebagainya untuk dijadikan medium pengajaran. Keupayaan guru
dalam menguasai kemahiran teknologi juga membolehkan guru membuat
bahan bantu mengajar dan menyampaikan isi kandungan lebih menarik.
Contohnya guru dapat menghasilkan video melalui Powtoon dan Canva
dengan memasukkan animasi semasa penerangan topik. Hal ini akan
menarik minat pelajar berbanding kaedah talk and chalk. Ia seiring dengan
sistem pendidikan negara yang telah berubah sejajar dengan kemajuan pesat
teknologi di dunia abad ke-21 yang telah memulakan langkah memasuki era
Revolusi 4.0 dengan mementingkan kebolehan manusia berinteraksi dengan
teknologi yang semakin canggih ( Wong,2020).
Perubahan kedua yang dapat dilihat ialah melalui kurikulum
pendidikan. Perubahan yang dilaksanakan adalah bagi memastikan ianya
bersesuaian dengan tuntutan semasa seperti perkembangan terkini bidang
ilmu, sokongan kepada pemurnian hasrat dan Dasar Pendidikan Negara dan
sebagainya. Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah disemak semula pada
tahun 2017 bagi meningkatkan keberhasilan murid untuk mencapai enam
aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwi Bahasa, etika kerohanian serta identiti nasional seperti yang
disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(KPM,2017). Mantan Perdana Menteri iaitu Dato Sri Mohd Najib bin Tun
Abdul Razak pernah menyatakan bahawa transformasi kepada sistem
pendidikan negara perlu bagi menjana generasi muda yang mampu berfikir
dan menyesuaikan dengan pengetahuan bagi menghadapi cabaran
mendatang (Nordin,2013). Ia dapat dilihat dengan jelas melalui kurikulum
KSSR semakan 2017 yang memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT). Contohnya murid mempelajari tentang nombor dan
operasi wang, kemudian murid diminta untuk menyediakan rekod
kewangan bagi mengaplikasi KBAT aras mencipta. Hal ini sekaligus dapat
mencapai aspirasi murid di bawah kemahiran berfikir.
Kesan daripada perubahan ini ialah berlakunya inovasi
pendidikan. Hal ini dapat dilihat melalui strategi Pengajaran yang lebih
inovatif. Misalnya guru-guru pada masa ini mengunakan gaya Pengajaran
Berasaskan Masalah, Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan bukan lagi daya pembelajaran
berpusatkan guru agar murid dapat menguasai kemabhiran yang diperlukan
dalam abad ke-21. Contohnya, guru menggunakan Pembelajaran
Berasaskan Projek dengan meminta murid mencari maklumat dan
menghasilakn folio tentang Sejarah Sekolah.
Perubahan pendidikan norma baru juga dapat dilihat melalui
penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pembelajaran anak-anak. Jika
sebelum ini tanggungjawab mengajar diberikan sepenuhnya kepada guru-
guru, namun kini, ibu bapa juga memainkan peranan dalam membantu
pendidikan anak-anak terutama sewaktu Pembelajaran dan Pengajaran Dari
Rumah (PDPR). Guru hanya menjadi pemudah cara dengan menyampaikan
ilmu dengan menerangkan konsep sesuatu topik, sebaliknya ibu-bapa yang
berada bersama-sama murid perlu mambantu menunjukkan cara untuk
menyelesaikan tugasan. Sokongan ibu-bapa juga penting terutama kepada
pelajar-pelajar sekolah rendah untuk menunjukkan cara menggunakan
aplikasi seperti mengakses bahan yang diminta oleh guru melalui enjin
pencarian, memuat naik jawapan ke dalam goole classroom dan sebagainya.
Contohnya, guru memberikan video penerangan tentang Topik Sejarah
Tempat Tinggal dan memberikan tugasan supaya murid mencari
maklumat tentang tempat tinggal mereka. Murid kemudiannya akan
menyiapkan tugasan tersebut dengan bantuan dan pengawasan ibu-bapa.
Murid juga boleh mendapatkan maklumat dengan menyoal jiran-jiran yang
merupakan komuniti setempat.
Kesan terhadap perubahan ini ialah dapat mewujudkan iklim
sekolah yang baik dan berkesan. Ini kerana wujudnya hubungan
interpersonal yang baik antara pelajar, keluarga, guru, dan komuniti setempat.
Contohnya, guru boleh memberi panduan kepada ibu-bapa tentang cara
untuk menerangkan sesuatu topik kepada anak-anak dan ibu-bapa pula
membantu guru dengan memantau dan memastikan murid-murid
menyiapkan tugasan yang diberi. Kerjasama antara ibu bapa dan guru ini
akan membentuk satu hubungan yang positif dalam memastikan murid
mendapat pembelajaran yang berkesan. Ia seiring dengan pendapat Hersey
dan Blancard (1998) yang menyatakan bahawa aktiviti yang dilakukan oleh
manusia dapat berjalan dengan baik jika situasinya menyokong serta
menyebabkan aktiviti itu terlaksana.
Perubahan pendidikan yang keempat ialah Pembudayaan
Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia. Ia menekankan kepada
proses pembelajaran secara berterusan yang mana seseorang itu mendapat
dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui pengintegrasian
tiga komponen pendidikan iaitu pendidikan formal, pendidikan tidak formal
dan pendidikan non-formal (Samsudin,2014). Dalam erti kata yang lain, murid
dapat belajar dan memperoleh sesuatu bukan hanya di dalam bilik darjah
tetapi juga diluar pembelajaran. Pembelajaran tidak lagi bermatlamatkan
peperiksaan semata-mata tetapi juga untuk menambah nilai dari segi
kemahiran, perubahan tingkah laku serta penerapan nilai murni agar dapat
meningkatkan potensi individu agar dapat menyumbang kepada
pembangunan negara. Contoh pembelajaran sepanjang hayat ialah ketika
guru menerangkan topik Pembukaan Melaka, guru boleh menyoal murid
tentang perubahan bentuk muka bumi Melaka antara dahulu dan
sekarang. Kemudian, guru boleh mengaitkan perubahan daripada keadaan
muka bumi yang dipenuhi pokok kepada sebuah negeri yang dipenuhi
bangunan ekoran pembangunan pesat. Sekiranya penebangan pokok dibuat
tanpa kawalan, ia akan menjejaskan persekitaran. Dengan itu, murid akan
memperoleh pengetahuan baru serta memupuk sifat mencintai alam. Dengan
itu, pembelajaran hayat dapat dilakukan.
Kesan kepada perubahan ini ialah wujudkan pembelajaran
bermakna. Pedagogi Pembelajaran Bermakna atau Deep New Learning ialah
keinginan untuk mengubah bentuk pendidikan bagi menyediakan pelajar yang
lebih baik untuk dunia persekitaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai