Anda di halaman 1dari 30

PENGENALAN

Sejak dahulu lagi, kepentingan sektor perikanan dan sumbangannya terhadap aspek

ekonomi memang tidak boleh dipertikai. Hal ini demikian kerana, selain menjadi sumber

makanan kepada manusia, hasil-hasil perikanan ini juga dapat menjana pendapatan kepada

negara. Seperti yang telah diketahui umum, kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara

menjalankan kegiatan sektor perikanan terutamanya Thailand, Malaysia dan Filipina ekoran ciri

fizikal yang dikelilingi laut dan persisiran pantai yang memiliki sumber perikanan ini. Para

nelayan di negara-negara ini giat menjalankan kegiatan perikanan agar mendapatkan hasil yang

banyak. Sub-sektor perikanan yang terdiri daripada perikanan tangkapan (laut pantai, laut dalam

dan tuna) , akuakultur (air tawar dan air payau) dan pemprosesan perikanan dilihat mampu

menghasilkan sumbangan yang besar dalam pembangunan sektor perikanan di negara –negara

ini .1 Walau bagaimanapun, kita terpaksa berdepan dengan satu kenyataan bahawa sumber

akuatik, walaupun boleh diperbaharui,namun ia perlu diurus dengan sewajarnya. Hal ini

bertujuan untuk mengekalkan sumbangannya sebagai sumber makanan atau protein serta

penjana kepada ekonomi negara. Namun realitinya, sektor perikanan di Asia Tenggara pada

masa ini sedang menghadapi masalah kekurangan sumber perikanan terutama di Malaysia,

Thailand dan Filipina. Kegiatan penangkapan ikan di ketiga-tiga buah negara ini dikatakan telah

melebihi tahap Maximum Sustainable Yield ( MSY). Oleh itu, perbincangan pada kali ini akan

menyentuh serba sedikit tentang konsep MSY serta faktor-faktor yang membawa kepada

kegiatan penangkapan ikan melebihi tahap MSY .

1
Petikan daripada ucapan pengarah Kementerian Perikanan Malaysia
KONSEP MSY

Ketika Schaefer pada 1954 pertama kali mengenalkan konsep MSY (Maximum

Sustainable Yield), konsep ini menjadi “buzzword” pengelolaan sumber daya ikan. 2. Maximum

Sustainable Yield (MSY) adalah hasil tangkapan terbesar yang dapat dihasilkan dari tahun ke

tahun oleh sektor perikanan. Konsep MSY didasarkan pada atas suatu model yang sangat

sederhana dari suatu populasi ikan yang dianggap sebagai unit tunggal. 3 Konsep ini

dikembangkan dari kurva biologi yang menggambarkan yield sebagai fungsi dari effort dengan

suatu nilai maksimum yang jelas, terutama bentuk parabola dari model Schaefer yang paling

sederhana. Jumlah populasi ikan laut merupakan sumberdaya alam yang dapat diperbaharui

namun memiliki kemungkinan untuk punah apabila pemanfaatannya secara berlebihan.

Berdasarkan laman web GreenFacts, maksud “sustainable development” ialah “ the concept of

sustainability refers to the capacity to meet the needs of the present and local population without

compromising the ability of future generations population in other locations to meet their

needs”.4 Kadar pertumbuhan sumber perikanan dan kadar penangkapan sumber perikanan

perlulah berada dalam tahap keseimbangan bagi mengekalkan sumber berkenaan. Hal ini sejajar

dengan kenyataan bahawa “ fishing at MSY levels means catching the maximum proportion of a

fish stock, that can safely be removed from the stock while, at the same time , maintaining its

capacity to produce sustainable returns, in the long term”. 5 Dari segi biologi, stok sumber

perikanan dikatakan mengalami tangkapan yang berlebihan jika pengeluaran tahunan melebihi

garis MSY. Sekiranya kadar tangkapan ikan berada di bawah garis MSY, keadaan itu dikenali

2
Akhmad Fauzi, Suzy Anna, “Pemodelan Sumber Daya Perikanan dan Kelautan” hlm.35.
3
“Mengetahui MSY” diakses oleh http://alamikan.blogspot.com/2012/11/mengetahui-msy-maximum-
sustainable.html pada 9 Disember 2014.
4
Diakses daripada http://www.greenfacts.org/en/digests/sustainable-development.htm diakses pada 10/12/2014.
5
SEAFISH, “Maximum Sustainable Yield”, diakses daripada
http://www.seafish.org/media/Publications/SeafishGuidanceNote_MaximumSustainableYield_201103.pdf pada
10/12/2014
sebagai kadar dibawah eksploitasi. Berdasarkan graf MSY, sekiranya jumlah tangkapan melebihi

kadar MSY, setiap pertambahan usaha untuk meningkatkan hasil tangkapan tidak akan

menambahkan hasil tangkapan sebaliknya hanya akan meningkatkan kos.

Graf Maximum Sustainable Yield

Sumber: http://www.fao.org

FAKTOR-FAKTOR TANGKAPAN IKAN MARIN MELEBIHI TAHAP MSY


PERTAMBAHAN BILANGAN PERMINTAAN KEATAS SUMBER PERIKANAN

berdasarkan data, bilangan penduduk di Asia Tenggara kian bertambah dari tahun ke

tahun. Pertambahan bilangan penduduk ini sebenarnya memberi kesan kepada beberapa sektor

tertentu terutamanya sektor perikanan. Hal ini demikian kerana, permintaan terhadap ikan

sebagai sumber makanan terus meningkat seiring dengan peningkatan penduduk.6

Jadual 1: Jumlah Penduduk di Indonesia mengikut daerah bagi tahun 1971, 1980, 1990,

1995, 2000, 2010.

Penduduk
Provinsi
1971 1980 1990 1995 2000 2010
Aceh 2 008 595 2 611 271 3 416 156 3 847 583 3 930 905 4 494 410
Sumatera Utara 6 621 831 8 360 894 10 256 027 11 114 667 11 649 655 12 982 204
Sumatera Barat 2 793 196 3 406 816 4 000 207 4 323 170 4 248 931 4 846 909
Riau 1 641 545 2 168 535 3 303 976 3 900 534 4 957 627 5 538 367
Jambi 1 006 084 1 445 994 2 020 568 2 369 959 2 413 846 3 092 265
Sumatera Selatan 3 440 573 4 629 801 6 313 074 7 207 545 6 899 675 7 450 394
Bengkulu 519 316 768 064 1 179 122 1 409 117 1 567 432 1 715 518
Lampung 2 777 008 4 624 785 6 017 573 6 657 759 6 741 439 7 608 405
Kepulauan Bangka Belitung - - - - 900 197 1 223 296
Kepulauan Riau - - - - - 1 679 163
DKI Jakarta 4 579 303 6 503 449 8 259 266 9 112 652 8 389 443 9 607 787
Jawa Barat 21 623 529 27 453 525 35 384 352 39 206 787 35 729 537 43 053 732
Jawa Tengah 21 877 136 25 372 889 28 520 643 29 653 266 31 228 940 32 382 657
DI Yogyakarta 2 489 360 2 750 813 2 913 054 2 916 779 3 122 268 3 457 491
Jawa Timur 25 516 999 29 188 852 32 503 991 33 844 002 34 783 640 37 476 757
Banten - - - - 8 098 780 10 632 166
Bali 2 120 322 2 469 930 2 777 811 2 895 649 3 151 162 3 890 757
Nusa Tenggara Barat 2 203 465 2 724 664 3 369 649 3 645 713 4 009 261 4 500 212
Nusa Tenggara Timur 2 295 287 2 737 166 3 268 644 3 577 472 3 952 279 4 683 827
Kalimantan Barat 2 019 936 2 486 068 3 229 153 3 635 730 4 034 198 4 395 983
Kalimantan Tengah 701 936 954 353 1 396 486 1 627 453 1 857 000 2 212 089
Kalimantan Selatan 1 699 105 2 064 649 2 597 572 2 893 477 2 985 240 3 626 616
Kalimantan Timur 733 797 1 218 016 1 876 663 2 314 183 2 455 120 3 553 143

6
Mohammad Raduan bin Mohd Ariff, Mohammad Sharir, Ismail Ali, Mazlan Majid,Hanafi Hussin, “ Perkembangan
Perusahaan Perikanan di Semenanjung Malaysia : Isu dan Persoalan, Jati, Volume 16, Disember 2011, hlm.266.
Sulawesi Utara 1 718 543 2 115 384 2 478 119 2 649 093 2 012 098 2 270 596
Sulawesi Tengah 913 662 1 289 635 1 711 327 1 938 071 2 218 435 2 635 009
Sulawesi Selatan 5 180 576 6 062 212 6 981 646 7 558 368 8 059 627 8 034 776
Sulawesi Tenggara 714 120 942 302 1 349 619 1 586 917 1 821 284 2 232 586
Gorontalo - - - - 835 044 1 040 164
Sulawesi Barat - - - - - 1 158 651
Maluku 1 089 565 1 411 006 1 857 790 2 086 516 1 205 539 1 533 506
Maluku Utara - - - - 785 059 1 038 087
Papua Barat - - - - - 760 422
Papua 923 440 1 173 875 1 648 708 1 942 627 2 220 934 2 833 381
INDONESIA 119 208 229 147 490 298 179 378 946 194 754 808 206 264 595 237 641 326
Sumber: Badan Pusat Statistik, diakses daripada http://www.bps.go.id

Berdasarkan jadual diatas, jelas dapat dilihat pertambahan bilangan penduduk yang berlaku

di negara Indonesia. Pada tahun 1971, jumlah penduduk di Indonesia adalah seramai 119 208

229 orang namun telah meningkat kepada 237 641 326 pada tahun 2010. Hal ini bermakna ,

dalam tempoh 39 tahun , jumlah penduduk di Indonesia telah meningkat sebanyak 118 433 097

orang . Peningkatan jumlah penduduk dalam skala yang besar ini telah menyebabkan berlakunya

pertambahan terhadap permintaan sumber perikanan di Indonesia. Oleh itu, sebagai langkah

penyelesaian bagi membolehkan sumber perikanan ini mencukupi bagi menampung keperluan

masyarakat, para nelayan telah meningkatkan usaha penangkapan ikan agar mendapat hasil yang

lebih banyak.

Pada tahun 2000, hasil tangkapan sumber perikanan di Indonesia secara kesuluruhannya adalah

berjumlah 3 807 191 tan namun angka tersebut telah meningkat kepada 5 039 446 tan pada
tahun 2010. Hal ini demikian kerana pada tahun 2000, jumlah keseluruhan rakyat Indonesia

hanya kira-kira 206 264 595 orang namun telah meningkat kepada 237 641 326 orang pada

tahun 2010. Oleh itu,peningkatan kadar hasil penangkapan ikan ini berlaku seiring dengan

pertambahan bilangan penduduk.

Senario jumlah permintaan terhadap ikan yang tinggi pada setiap tahun ini juga turut

dialami oleh negara Malaysia. Permintaan ikan negara untuk tujuan makanan pada tahun 2010

dianggarkan sebanyak 1,591,000 tan matrik. 7 Sementara penawaran ikan dianggarkan sebanyak

1,500,400 tan metrik iaitu 94.3 peratus daripada keperluan negara Malaysia (Kementerian

Pertanian Malaysia, 1998).8 Hal ini menunjukkan bahawa kadar permintaan ikan di negara ini

telah mengatasi kadar penawaran yang diberikan.Oleh itu, untuk memenuhi permintaan, negara

terpaksa mengimport sebanyak 5.7 peratus lagi. Bagi mengatasi masalah kekurangan sumber

perikanan ini, para nelayan telah meningkatkan hasil tangkapan dan pendaratan ikan yang lebih

banyak berbanding sebelum ini. Sumber perikanan di dalam perairan Malaysia boleh

dibahagikan kepada dua iaitu laut pantai dan laut dalam. Laut pantai merupakan perairan dari

pantai sehingga 30 batu nautika manakala laut dalam melepasi 30 batu nautika dari pantai. 9 Pada

tahun 2008, pendaratan ikan marin meningkat dengan kadar sederhana dan mencatatkan

pendaratan sebanyak 1,394,531 tan metrik, meningkat 0.95% berbanding dengan 1,381,424 tan

metrik pada tahun 2007.10 Berlaku penurunan sebanyak 3.43% dalam sektor laut pantai iaitu

7
Mohammad Raduan bin Mohd Ariff, Mohammad Sharir, Ismail Ali, Mazlan Majid,Hanafi Hussin, “ Perkembangan
Perusahaan Perikanan di Semenanjung Malaysia : Isu dan Persoalan, Jati, Volume 16, Disember 2011, hlm.266.
8
Ibid.
9
Diakses daripada http://www.dof.gov.my/documents/10157/331ee489-e6aa-4d62-9ba9-072c57d6b931 pada
7/09/2014
10

Diakses daripada http://www.dof.gov.my/documents/10157/331ee489-e6aa-4d62-9ba9-072c57d6b931 pada


07/2014
dari 1,117,056 tan metrik pada tahun 2007 kepada 1,078,752 tan metrik pada tahun 2008

manakala pendaratan ikan marin laut dalam pula bertambah sebanyak 19.45% dari 264,367 tan

metrik pada 2007 kepada 315,779 tan metrik pada tahun 2008. Namun begitu, berdasarkan data

tersebut, dapat dilihat bahawa sektor perikanan laut pantai masih merupakan penyumbang

terbesar kepada sumber perikanan negara. Penurunan kadar pendaratan ikan dalam sektor laut

pantai yang berlaku ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan pengurangan sumber perikanan di

kawasan tersebut. Hal ini demikian kerana kegiatan penangkapan ikan di Malaysia lebih banyak

dilakukan di kawasan-kawasan laut pantai berbanding dengan laut dalam.

Jadual 2: Permintaan Dan Penawaran Ikan Untuk Makanan serta Penggunaan Ikan Per

Kapita Di Malaysia Tahun 1985-2010 (Anggaran).

Sumber:Prof. Dr. Mohammad Raduan Bin Mohd Ariff,”Pembangunan Perusahaan Perikanan

Di Semenanjung Malaysia: Umpan Habis Ikan Tak Dapat”.


Terdapat 3 perkara yang dapat dianalisis berdasarkan jadual diatas iaitu jumlah penggunaan

perkapita (kg), kadar jumlah penawaran ikan serta kadar permintaan ikan untuk tujuan makanan.

Berdasarkan data tersebut, dapat dilihat bahawa kadar penggunaan Perkapita ikan (kg)

menunjukkan pola peningkatan bagi setiap lima tahun. Pada tahun 1985, jumlah penggunaan

perkapita adalah berjumlah 33.4kg dan meningkat kepada 34.8 kg pada tahun 1990. Angka ini

terus menunjukkan jumlah peningkatan pada tahun-tahun berikutnya di mana pada tahun 2010

penggunaan perkapita ikan telah mencecah sebanyak 56.0 kg. Dari segi penawaran dan

permintaan ikan untuk tujuan makanan pula, data bagi penawaran dan permintaan ikan ini

masing-masing menunjukkan pola peningkatan. Namun, berdasarkan jadual tersebut, data jelas

menunjukkan bahawa jumlah permintaan ikan untuk tujuan makanan adalah sentiasa lebih tinggi

berbanding dengan jumlah penawaran ikan bagi tujuan tersebut. Sebagai contoh, pada tahun

1995, jumlah permintaan ikan adalah sebanyak 800 000 tan metrik sedangkan jumlah penawaran

bagi ikan tersebut pada tahun yang sama adalah kurang daripada angka tersebut. Begitu juga

pada tahun 2010 dimana jumlah permintaan ikan adalah sebanyak 1,600 000 tan metrik

sebaliknya kadar penawaran ikan yang diberikan tidak mencecah 1 600 000 tan metrik.Oleh itu,

seperti yang pernah disentuh sebelum ini, bagi mengatasi masalah kekurangan sumber perikanan

ekoran permintaan yang tinggi oleh masyarakat kesan daripada pertambahan jumlah penduduk

maka para nelayan telah meningkatkan aktiviti penangkapan ikan yang dilakukan bagi

mendapatkan hasil yang lebih banyak. Kegiatan penangkapan ikan secara berlebihan ini telah

menyebabkan berlakunya tangkapan yang melebihi tahap MSY.

PENGGUNAAN ALAT TANGKAPAN YANG BERTEKNOLOGI TINGGI


Permintaan yang meningkat keatas sumber perikanan pada setiap tahun telah

menyebabkan para nelayan berusaha untuk meningkatkan hasil tangkapan. Bagi membolehkan

hasil perikanan ini diperoleh dalam kuantiti yang banyak, para nelayan telah menggunakan alat

tangkapan yang berteknologi tinggi. Sejarah perkembangan peralatan yang digunakan dalam

kegiatan penangkapan ikan dapat dilihat seawal era sebelum pertembungan dengan kuasa barat

lagi. Pada pertengahan abad ke-18, telah wujud keadaan yang dikenali sebagai dualisme dalam

perusahaan perikanan di rantau ini.11 Terdapat segolongan nelayan yang mengusahakan sektor

perikanan ini untuk tujuan pasaran antarabangsa , khususnya ke Benua China seperti kegiatan

pemungutan tripang, mutiara, kulit penyu dan sirip jerung di bawah pengawasan dan kawalan

golongan aristokrat Melayu. Manakala golongan nelayan yang lain pula menjalankan aktiviti

perikanan bagi tujuan sara diri dan memenuhi permintaan setempat. 12 Nelayan yang tergolong

dalam kategori ini biasanya merupakan penduduk yang tinggal di pinggir-pinggir pantai yang

menjalankan kegiatan penangkapan ikan dengan menggunakan peralatan tradisional yang mudah

seperti lembing, serampang, bubu, pancing ,rambat , selembau dan kelong. 13 Perahu dan segala

peralatan menangkap ikan yang dimiliki dan dikendalikan oleh golongan nelayan tempatan

dibuat daripada bahan-bahan yang didapati daripada kawasan persekitaran sekaligus tidak

melibatkan sebarang modal. Di era penjajahan Inggeris, sektor perikanan tidak begitu diberi

perhatian kerana tumpuan yang diberikan oleh pihak penjajah pada ketika itu lebih kepada sektor

yang mendapat permintaan pasaran antarabangsa seperti perlombongan, pertanian , pembalakan

dan perdagangan. Dasar pentadbiran yang diamalkan oleh pihak penjajah pada ketika itu yang

tidak mementingkan sektor perikanan telah menyebabkan para pemodal cina dapat menguasai

11
Prof.Dr. Mohammad Raduan Bin Mohd Ariff,”Pembangunan Perusahaan Perikanan Di Semenanjung Malaysia:
Umpan Habis Ikan Tak Dapat” hlm.8.
12
Prof.Dr. Mohammad Raduan Bin Mohd Ariff,”Pembangunan Perusahaan Perikanan Di Semenanjung Malaysia:
Umpan Habis Ikan Tak Dapat” hlm.9
13
Ibid.
dan memonopoli sektor ini dengan mudah. Untuk mendapatkan lebihan pengeluaran, golongan

pemodal Cina telah mendorong nelayan tempatan ke arah pembaharuan dan perubahan dalam

teknologi menangkap ikan . Perkakas menangkap ikan telah diubah dari segi reka bentuk, saiz

dan bilangan. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat perkakas menangkap ikan, telah

melibatkan bahan-bahan kilang yang diimport, yang diperoleh oleh nelayan melalui golongan

pemodal sama ada secara tunai atau pun kredit.14 Nelayan tempatan diperkenalkan dengan

pelbagai jenis pukat antaranya termasuklah Pukat Keliling, Pukat Cekam, Pukat Tarik Pantai,

Pukat Kisa dan Pukat Kangka.15 Pengenalan pelbagai jenis pukat ini secara langsung telah

mengubah cara dan kawasan operasi menangkap ikan daripada statik kepada mudah alih dan dari

kawasan pergigian pantai ke perairan yang lebih dalam. Namun, era pendudukan Jepun telah

memperlihtkan kemerosotan sektor perikanan. Ketiadaan golongan pemodal yang telah

melarikan diri ke dalam hutan tanah tinggi juga telah memberikan kesan yang negatif kepada

perkembangan sektor perikanan. Hal ini telah menyebabkan kegiatan perikanan yang dilakukan

hanya bertujuan untuk sara diri sahaja . Teknologi menangkap ikan dibina mengikut kesesuian

dengan ketiadaan bahan binaan (seperti sadak dan gurit dallus) dan kembali semula seperti

keadaan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu yang berasaskan kepada bahan tempatan dan

tenaga manusia.16 Selepas era pendudukan Jepun ini, muncul pula era selepas perang dunia kedua

dimana perkembangan perusahaan perikanan ketika ini lebih ditentukan oleh gandingan peranan

yang dimainkan oleh pihak pemerintah Inggeris dan golongan pemodal Cina. Jika dahulu pihak

Inggeris kurang memberikan perhatian kepada sektor ini, namun selepas perang dunia kedua,

pihak Inggeris terlibat secara langsung dalam merancang, menyediakan peruntukan, menerapkan

teknologi dan lain-lain bentuk campur tangan dalam sektor perikanan di Malaysia. Pihak

14
Ibid.
15
Ibid hlm. 12
16
Ibid.
Inggeris telah membantu memulihkan industri perikanan dengan membekalkan bahan asas untuk

membina perahu dan peralatan menangkap ikan yang terdiri dari barang buatan kilang dari

United Kingdom. Semasa pentadiran Inggeris, kerajaan telah memainkan peranan dalam

meningkatkan pendaratan hasil perikanan dengan membawa teknologi dari luar, seperti enjin bot

dan bahan-bahan sintetik .17 Dengan penggunaan bahan-bahan serta teknologi yang baru ini, ia

telah membawa perubahan kepada sektor perikanan kerana jumlah pendaratan ikan dan kuantiti

eksport hasil perikanan telah mengalami peningkatan. Kerajaan Inggeris juga telah memberi

laluan kepada pemodal Cina untuk menguasai para nelayan melalui penyediaan input perikanan

yang diperlukan oleh para nelayan seperti bahan-bahan unuk membina perkakas ,perahu, minyak

diesel, alat ganti dan perkhidmatan baik pulih. 18 Melalui amalan yang dikenali sebagai “sistem

tauke” ini, teknologi baru dapat digunakan oleh kaum nelayan, khususnya nelayan peribumi.

Pihak pentadbiran Inggeris juga telah membenarkan dan menggalakkan kemasukan pemodal-

pemodal asing melalui dasar terbuka yang diamalkan. Kemasukan pemodal-pemodal asing ini

telah membawa bersama-sama teknologi yang lebih canggih seperti pukat tunda dan pukat jerut

yang berintensifkan modal. Kemasukan teknologi luar seperti bot berenjin dan penggunaan

pukat-pukat yang mampu menangkap hasil perikanan lebih banyak seperti pukat jerut dan pukat

tunda telah menyebabkan para nelayan ini mendapat hasil yang berlipat kali ganda berbanding

sebelum ini.

17
Ibid hlm.13.
18
Prof.Dr. Mohammad Raduan Bin Mohd Ariff,”Pembangunan Perusahaan Perikanan Di Semenanjung Malaysia:
Umpan Habis Ikan Tak Dapat”,hlm. 13
Jadual 3: Bilangan Bot menangkap ikan yang Berlesen di semenanjung Malaysia tahun

1955-2000

Sumber: Prof.Dr. Mohammad Raduan Bin Mohd Ariff,”Pembangunan Perusahaan Perikanan

Di Semenanjung Malaysia: Umpan Habis Ikan Tak Dapat”

Jadual di atas menunjukkan bilangan bot menangkap ikan yang berlesen di Semenanjung

Malaysia pada tahun 1955 sehingga 2000. Dalam hal ini didapati bot berenjin dalam telah

meningkat secara mendadak dari sebanyak 603 buah pada tahun 1955 kepada 12,140 buah pada

tahun 2000.19 Seiring dengan itu, bot berenjin sangkut pula meningkat dari 3,947 buah pada

19
Prof.Dr. Mohammad Raduan Bin Mohd Ariff,”Pembangunan Perusahaan Perikanan Di Semenanjung Malaysia:
Umpan Habis Ikan Tak Dapat” hlm. 16
tahun 1955 kepada 6,240 buah pada tahun 2000.20 Penggunaan bot tidak berenjin pula

menunjukkan penurunan yang ketara iaitu daripada18,879 buah pada tahun 1955 kepada hanya

184 buah pada tahun 2000.

Penggunaan perkakas menangkap ikan juga turut mengalami perubahan yang sama. Di

dapati perkakas menangkap ikan tradisional seperti belat, pukat tangguk dan bubu menunjukkan

trend yang menurun. Pada tahun 1955 bilangan belat adalah sebanyak 3,795 unit dan jatuh

kepada hanya 80 unit pada tahun 2000.21 Bagi pukat tangguk pula,bilangan pukat jenis ini pada

tahun 1955 adalah sebanyak 641 unit namun merosot kepada 91 unit pada tahun 2000. 22

Penurunan penggunaan perkakas yang tradisional ini disusuli dengan peningkatan penggunaan

peralatan yang moden. Ini dapat dilihat pada pukat hanyut yang telah meningkat dengan

banyaknya dari 4,006 unit pada tahun 1955 kepada 10,147 unit pada tahun 2000. 23 Pukat tunda

juga telah memperlihatkan peningkatannya apabila pada tahun 2000, sebanyak 4,105 unit pukat

jenis ini telah digunakan oleh para nelayan berbanding hanya 20 unit sahaja pada tahun1955.

20
Ibid.
21
Ibid.
22
Ibid.
23
Ibid hlm.17.
Jadual 4: Bilangan Beberapa Jenis Perkakasan Menangkap Ikan yang Utama di

Semenanjung Malaysia Tahun 1955-2000.

Sumber: Prof. Dr. Mohammad Raduan Bin Mohd Ariff,”Pembangunan Perusahaan Perikanan

Di Semenanjung Malaysia: Umpan Habis Ikan Tak Dapat”.

Fakta tersebut jelas menunjukkan bahawa sebilangan besar para nelayan telah berubah

kepada penggunaan peralatan yang lebih canggih dan moden. Namun begitu, penggunaan

peralatan moden dan canggih ini sebenarnya turut memberi kesan yang negatif terhadap sektor

perikanan. Sebagai contoh, penggunaan pukat tunda telah menyebabkan berlakunya ancaman

terhadap sumber perikanan dan hidupan marin yang lain. Buktinya, Persatuan Pengguna Pulau

Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengharamkan segera
penggunaan pukat tunda dan pukat buaya dalam sektor perikanan di negara ini. Langkah itu

perlu kerana alat tangkapan berkenaan bukan saja mengancam sumber perikanan , tetapi juga

menjejaskan pencarian 80,000 nelayan pantai.24 Para nelayan juga telah melakukan banyak aduan

berkenaan kesan buruk penggunaan pukat berkenaan. SM Mohamed Idris iaitu Presiden

Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyatakan bahawa “ kami bimbang penggunaan pukat tunda

dan pukat buaya secara berleluasa menyebabkan 150 spesies hidupan laut di kawasan pantai

diancam kepupusan”.25 Tinjauan CAP mendapati sebuah bot pukat tunda memerangkap dan

membunuh lebih 60 peratus anak ikan atau ikan kecil (benih) yang tidak boleh dimakan dan

dipasarkan. Pendapatan nelayan pantai pula merosot hingga 70 peratus kerana ikan dan udang

yang menjadi sumber tangkapan utama berkurangan.26 Pihak CAP juga percaya bahawa jika

pukat tunda dan pukat buaya terus beroperasi sumber perikanan akan pupus dalam tempoh 10

tahun akan datang. Hal ini demikian kerana ikan baja atau anak-anak ikan yang kecil ini tidak

sempat membesar dan membiak kerana turut ditangkap oleh para nelayan. Situasi ini telah

menyumbang kepada berlakunya pembaziran sumber perikanan. Pembaziran dalam pendaratan

ikan dapat dikenal pasti dengan peningkatan enam kali ganda pendaratan ikan baja dari

keseluruhan pendaratan ikan dalam tempoh 45 tahun. 27 Pada tahun 1955 pendaratan ikan baja

hanya lima peratus daripada jumlah pendaratan dan pada tahun 2000 telah meningkat kepada

31.6 peratus daripada jumlah pendaratan.28 Menurut SM Mohamed, tinjauan yang dilakukan

oleh CAP di Kuala Kedah dan Kuala Sanglang mendapati sumber perikanan negara yang dikaut

oleh nelayan pukat tunda kebanyakkannya terdiri daripada ikan baja. “Kami telah mengambil

satu kilogram ikan baja dan mengasingkan pelbagai jenis ikan itu. Terdapat ratusan anak ikan
24
Berita Harian, “Pukat tunda jejas pendapatan, ancam hidupan”, 18 Februari 2013, hlm.26.
25
Berita Harian, “Pukat tunda jejas pendapatan, ancam hidupan”, 18 Februari 2013, hlm.26
26
Berita Harian, “Pukat tunda jejas pendapatan, ancam hidupan”, 18 Februari 2013, hlm.26.
27
Prof.Dr. Mohammad Raduan Bin Mohd Ariff,”Pembangunan Perusahaan Perikanan Di Semenanjung Malaysia:
Umpan Habis Ikan Tak Dapat” hlm. 18
28
Ibid.
daripada 10 jenis yang berbeza dalam sampel tersebut. Sebahagian daripada anak ikan , udang

dan sotong mempunyai nilai komersial jika dibiarkan membesar. Ada juga ikan yang lebih kecil

daripada jari, iaitu cuma sebesar satu inci”.29 Masalah penangkapan ikan yang tidak mengikut

piawaian (dari segi saiz ikan) ini berlaku ekoran saiz mata pukat tunda yang kecil iaitu diantara

22 mm hingga 25mm. tidak dinafikan bahawa penggunaan perkakas menangkap ikan yang lebih

moden seperti pukat tunda ini membantu meningkatkan hasil tangkapan nelayan. Namun begitu,

pada masa yang sama ia turut memberi impak yang negatif terhadap perusahaan laut. Hal ini

demikian kerana walaupun nelayan mendapat hasil yang banyak namun sebahagian besar hasil

tersebut merupakan anak-anak ikan yang tidak mempunyai nilai komersial bagi tujuan

dipasarkan sebagai sumber makanan. Oleh itu ia hanya akan dijadikan sebagai makanan ternakan

untuk sektor akuakultur atau pun dibuat baja dagangan. Lama kelamaan sekiranya situasi ini

berterusan ia akan mengurangkan jumlah populasi ikan yang ada. Jumlah ikan yang semakin

berkurang dan peningkatan kegiatan penangkapan ikan dalam kuantiti yang banyak pada masa

yang sama akan menyebabkan aktiviti tangkapan ikan marin ini akan melebihi tahap maksimum

MSY. Hal ini kerana jumlah sumber ikan yang boleh ditangkap di laut adalah lebih sedikit

berbanding jumlah sebenar ikan yang ditangkap oleh para nelayan . Menyedari tentang hal ini,

kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan perlaksanaan peraturan penggunaan pukat tunda

dengan saiz mata keroncong 38 milimeter (mm) bagi mengatasi masalah tersebut. Maka jelaslah

bahawa penggunaan peralatan dan perkakas yang berteknologi ini juga mampu memberikan

kesan yang negatif seperti tangkapan ikan yang melebihi tahap MSY jika dilakukan secara tidak

terkawal.

29
Berita Harian, “Pukat tunda jejas pendapatan , ancam hidupan”, 18 Februari 2013, hlm.28.
PENINGKATAN DALAM AKTIVITI PERIKANAN

Selain daripada faktor pertambahan bilangan permintaan keatas sumber perikanan serta

penggunaan alat tangkapan yang berteknologi, peningkatan dalam aktiviti perikanan juga turut

menyumbang kepada masalah tangkapan ikan yang melebihi tahap MSY. Peningkatan dalam

aktiviti perikanan yang dimaksudkan ini termasuklah bilangan nelayan yang terlibat dalam

kegiatan ini serta tempoh masa mereka berada di perairan. S.C. Mangi dan C.M Roberts (2007),

dalam jurnalnya yang bertajuk “ Factors influencing fish catch levels on Kenya’s coral reefs”

mengkaji faktor-faktor yang mempunyai pengaruh yang paling tinggi dalam hasil penangkapan

ikan mengikut spesis-spesies yang tertentu.30 Antara faktor yang diberi penekanan ialah dari

aspek terumbu karang yang wujud, pemetaan, kepadatan stok ikan, kepadatan hidupan

lain,bilangan nelayan dan juga peralatan yang digunakan untuk setiap kawasan yang telah

ditetapkan. Data penangkapan yang diperoleh dianalisis bagi memperolehi jumlah tangkapan

nelayan per hari dan juga jumlah tangkapan mengikut kawasan. 31 Hasil daripada kajian, pengkaji

mendapati tingkat penangkapan ikan adalah berhubungan positif dengan jumlah bilangan

nelayan dan kepadatan stok ikan. Hubungan antara bilangan nelayan merupakan faktor yang

terpenting dalam mempengaruhi hasil tangkapan.32 Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana

dengan adanya bilangan pekerja yang mencukupi dalam sesuatu operasi penangkapan ikan, maka

pembahagian kerja boleh dilakukan dan seterusnya kerja akan menjadi lebih mudah dan cepat

selain hasil tangkapan juga akan dapat digandakan. Sebagai contoh, jika terdapat 10 orang

nelayan yang pergi ke laut untuk menangkap ikan dan setiap seorang daripada mereka

30
Diakses daripada http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemIV/PERKEM2009-1-18.pdf
31
Ibid
32
Ibid.
diandaikan mendapat 10 kilogram ikan, jumlah keseluruhan ikan yang akan ditangkap adalah

sebanyak 100 kilogram. Namun, jika bilangan nelayan ini bertambah kepada 100 orang di

sesuatu kawasan, maka jumlah tangkapan tersebut akan meningkat kepada 1000 kilogram.

Pertambahan bilangan nelayan ini bukan sahaja melibatkan nelayan tempatan malah boleh

dikaitkan dengan nelayan-nelayan asing yang datang ke perairan sesebuah negara. Sebagai

contoh dalam konteks di Malaysia, pada tahun 2003, terdapat seramai 55,055 orang nelayan di

Semenanjung Malaysia, dan dari jumlah itu, 28.74 % atau 15,826 orang adalah nelayan asing . 33

Selain jumlah nelayan, tempoh masa seseorang nelayan tersebut berada di laut juga

mempengaruhi jumlah tangkapan ikan. Hal ini demikian kerana, lebih lama seseorang nelayan

itu berada dilaut, lebih besar peluangnya untuk mendapat jumlah tangkapan yang banyak. Situasi

ini boleh dilihat dengan mengambil contoh diantara nelayan di zon A dengan nelayan di Zon B

dan C. Nelayan Zon A yang dikategorikan sebagai nelayan persisiran pantai mengalami

keterbatasan tertentu ketika di perairan sehingga menyebabkan ianya tidak dapat bertahan lama

di laut. Hal ini kerana kebanyakan bot yang digunakan oleh nelayan di Zon A memiliki bekalan

minyak yang sedikit ekoran kapasiti tangki yang kecil, kuasa enjin yang rendah serta saiz dan

reka bentuk yang kecil berbanding bot-bot yang digunakan oleh para nelayan di Zon B dan C.

Oleh itu, tidak hairanlah seandainya para nelayan di Zon B dan C mampu pergi ke kawasan laut

yang jaraknya lebih jauh dan dalam tempoh masa yang lebih lama sehingga kadangkala dalam

tempoh masa berbulan-bulan berbanding nelayan di Zon A yang mengamalkan konsep “pulang

hari”. Sama seperti faktor yang lain, sesebuah kawaan yang padat dengan jumlah nelayan yang

ramai dan mengalami penangkapan ikan yang banyak akan menyebabkan tangkapan ikan yang

dilakukan akan melebihi tahap MSY .

33
Prof.Dr.Mohammad Raduan bin Mohd Ariff, “ Pembangunan Perusahaan Perikanan Di Semenanjung Malaysia :
Umpan Habis Ikan Tak Dapat”, hlm.21.
PASARAN DALAM & LUAR NEGARA

Umum mengetahui bahawa kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara memiliki

sumber perikanan yang banyak. Oleh itu, negara-negara ini telah menjalankan kegiatan eksport

dan import sumber perikanan. Antara negara yang giat menjalankan kegiatan import eksport

perikanan adalah Thailand dan Malaysia. Sebagai contoh, Malaysia banyak mengeksport sumber

perikanannya ke negara Indonesia, Singapura, Vietnam ,Thailand, USA, Japan, Australia ,

China, Korea Selatan dan Belanda.

Jadual 5: 10 Destinasi Eksport Utama Negara Malaysia pada tahun 2013

Sumber:

Laporan Risikan Pasaran Tahunan 2013, Lembaga Kemjuan Ikan Malaysia


Berdasakan jadual diatas, negara Malaysia telah mengeksport sebanyak 36,892 tan metrik

sumber perikanan kepada negara Indonesia pada tahun 2013 di mana nilai bagi eksport tersebut

adalah kira-kira RM 116,204,709. Bagi Singapura pula, jumlah hasil perikanan yang telah di

eksport ke negara tersebut ialah 28,938 tan metrik manakala bagi negara Vietnam pula , negara

ini telah mengimport sebanyak 18,483 tan metrik sumber perikanan daripada Malaysia.

Jadual 6 : Jumlah Eksport negara Malaysia mengikut kategori pada tahun 2013

Sumber: Laporan Risikan Pasaran Tahunan 2013, Lembaga Kemjuan Ikan Malaysia
Jadual 7:Pecahan Eksport Negara Malaysia mengikut kategori pada tahun 2013

Sumber: Laporan Risikan Pasaran Tahunan 2013, Lembaga Kemjuan Ikan Malaysia

Daripada jumlah eksport negara Malaysia pada tahun tersebut, sebanyak 86,683 tan metrik

ataupun 40% daripada sumber perikanan yang dieksport ke luar negara adalah dalam bentuk

sejuk beku. Sumber perikanan yang dieksport ke luar negara dalam bentuk yang telah di proses

pula adalah sebanyak 26 % daripada jumlah keseluruhan atau pun 57,620 tan metrik . Pada

tahun tersebut, Malaysia telah mengeksport 19 % sumber perikanannya iaitu sebanyak 40 628

tan metrik dalam bentuk basah ke luar negara. Sumber perikanan hidup yang telah dieksport pula

adalah sebanyak 23 696 tan metrik bersamaan dengan 11% daripada jumlah keseluruhan. Bagi

kategori produk lain, jumlah eksport bagi hasil perikanan jenis ini hanyalah kira-kira 4%

daripada jumlah keseluruhan eksport atau pun sebanyak 7,885 tan metrik. Secara

keseluruhannya,jumlah nilai eksport negara pada tahun tersebut adalah mencecah sebanyak RM

2,194,926,672 bagi 216,512 tan metrik sumber perikanan.


Berdasarkan data-data tersebut, dapat dilihat bahawa Malaysia telah mengeksport hasil

perikanannya ke luar negara dalam jumlah yang besar. Oleh itu, bagi membolehkan Malaysia

memasarkan sumber perikanannya ke luar negara, maka jumlah hasil tangkapan ikan yang di

daratkan juga haruslah di tingkatkan. Namun begitu, usaha untuk meningkatkan hasil tangkapan

yang dilakukan oleh para nelayan akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap sektor

perikanan. Hal ini demikian kerana bagi meningkatkan hasil perikanan yang diperoleh, para

nelayan akan melakukan eksploitasi yang berlebihan terhadap sumber perikanan. Eksploitasi

sumber perikanan secara berlebihan ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran sumber serta

kemerosotan stok sumber perikanan. Hal ini kerana walaupun para nelayan meningkatkan

jumlah tangkapan mereka namun daripada kajian yang dilakukan oleh para sarjana mendapati

bahawa walaupun pendaratan ikan di Semenanjung Malaysia 1955-2000 menunjukkan trend

peningkatan yang ketara, namu demikian peningkatan ini tidak boleh dibanggakan kerana telah

berlakunya pembaziran sumber perikanan.34 Pembaziran sumber perikanan dapat dilihat apabila

kadar pendaratan ikan baja meningkat. Pada tahun 1955, pendaratan ikan baja hanya lima peratus

daripada jumlah pendaratan namun telah meningkat kepada 31.6 peratus pada tahun 2000. 35

Seperti yang pernah diterangkan,pendaratan ikan baja ini akan menyebabkan stok ikan yang

terdapat di perairan akan berkurangan kerana tidak sempat untuk membesar dan membiak. Oleh

itu, apabila para nelayan menambahkan usaha tangkapan untuk meningkatkan hasil perikanan

yang diperoleh untuk tujuan di eksport ke luar negara, sedangkan sumber ikan yang ada semakin

berkurangan, situasi ini akan menyebabkan berlakunya aktiviti tangkapan ikan yang melebihi

kadar MSY.

PERKEMBANGAN SEKTOR LAIN YANG BERASASKAN SEKTOR PERIKANAN


34
Prof.Dr. Mohammad Raduan Bin Mohd Ariff,”Pembangunan Perusahaan Perikanan Di Semenanjung Malaysia:
Umpan Habis Ikan Tak Dapat” hlm.17.
35
Ibid hlm.18.
Perkembangan sesuatu sektor kadangkala turut disebabkan oleh sektor lain yang mempunyai

kaitan dengan sektor tersebut. Sebagai contoh, sumber perikanan juga boleh dikaitkan dengan

sektor kesihatan dan produk kecantikan. Antara produk kesihatan yang berasaskan sumber ikan

yang sememangnya sudah terkenal dan diketahui umum ialah pati minyak ikan. Mengikut

Dr.Caroline Shreeve, kaum inuit iaitu salah satu kaum Eskimo di Greenland jarang mendapat

penyakit yang berkaitan jantung.36 Hal ini demikian kerana makanan utama kaum tersebut ialah

lemak daging singa laut dan ikan air sejuk. Minyak ikan laut dalam mengandungi asid lemak

Omega-3 yang terdiri daripada EPA dan DHA iaitu asid lemak yang sangat diperlukan oleh

tubuh badan kita. Asid lemak yang penting ini boleh didapati daripada spesies-spesies ikan

tertentu seperti mackerel, kod, salmon, kerapu , jerung, sardin, dan ikan todak. 37 Para saintis dan

doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung , hipertensi, darah tinggi, obesiti,

kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan

Omega-6 yang tidak seimbang. EPA dan DHA juga dikatakan turut membantu dalam mencegah

aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan kanser-kanser tertentu. 38 Permakanan

tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis rheumatoid, kencing

manis, penyakit Raynaud dan colitis ulseratif. 39 Khasiat minyak ikan sememangnya telah terbukti

dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Ada sesetengah pesakit menggunakan minyak ikan untuk

merawat mata yang kering, glaucoma dan “ age-related macular degeneration” (AMD) iaitu

sejenis keadaan yang sering dialami oleh golongan tua atau berusia yang boleh membawa kepada

masalah penglihatan yang serius.40 Bagi kaum wanita pula, kadangkala minyak ikan ini turut

digunakan bagi merawat dan mencegah kesakitan ketika haid serta komplikasi yang berkaitan

36
Diakses dari http://kesihatan.biz/artikel/manfaat_minyak_ikan.php pada 10/12/2014 .
37
Ibid.
38
Ibid.
39
Ibid.
40
Diakses daripada http://www.webmd.com pada 13/11/2014
dengan kehamilan seperti masalah keguguran, tekanan darah tinggi ketika lewat usia kandungan

dan sebagainya. Minyak ikan juga dipercayai dapat digunakan untuk merawat penyakit lelah

(asthma) , dyslexia, obesiti, penyakit buah pinggang, osteoporosis atau lemah tulang serta

beberapa penyakit yang lain. Oleh kerana berlakunya peningkatan tahap kesedaran tentang

kesihatan dalam kalangan masyarakat pada masa ini, maka produk-produk kesihatan seperti pati

atau kapsul minyak ikan ini telah mendapat permintaan yang tinggi. Buktinya, terdapat pelbagai

jenis produk berasakan perikanan terutamanya minyak ikan ini seperti herbalife, Shaklee dan

sebagainya. Oleh itu, pihak pengusaha produk kesihatan berasaskan ikan ini sentiasa

memerlukan sumber ikan tertentu agar ia dapat diproses untuk dijadikan produk tersebut kerana

mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Selain minyak ikan, terdapat juga sesetengah

spesies ikan tertentu yang sememangnya mendapat permintaan yang tinggi oleh sesetengah

golongan masyarakat atas sebab – sebab tertentu. Sebagai contoh, sirip ikan yu sememangnya

mendapat permintaan yang mengalakkan terutamanya daripada masyarakat Cina untuk dijadikan

makanan istimewa seperti sup sirip ikan yu kerana makanan tersebut dipercayai mempunyai

khasiat yang tertentu. Maka tidak hairanlah pengusaha-pengusaha restoran sanggup

mendapatkan bekalan sirip yu ini untuk dijadikan sebagai hidangan kepada para pelanggan

ekoran kesanggupan para pelanggan tersebut untuk membayar dengan harga yang tinggi bagi

setiap hidangan sirip yu. Dalam konteks di negara Malaysia, menurut kenyataan yang

dikeluarkan oleh Ismail Sabri iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, tiada sebarang

aktiviti “shark-finning” di negara ini. Namun begitu, aktiviti perdagangan produk berkenaan

masih giat dijalankan. Menurut beliau, “ walaupun kita tidak ada ‘shark-finning’, kita tidak

tangkap ikan yu dan potong siripnya, tetapi kita mengimport 1,894 metrik tan ikan yu setahun,

seolah-olah kita menyokong perbuatan membunuh ikan yu biarpun dilakukan di tempat lain”. 41
41
Katakan ‘tak nak’ sirip ikan yu, http://www.astroawani.com/news/show/katakan-tak-nak-sirip-ikan-yu-45243
Pada tahun 2012, sebanyak 1,894 tan metrik produk ikan yu telah diimport ke negara ini dengan

nilai sebanyak RM 19.5 juta.42 Di seluruh dunia, lebih 100 juta daripada ikan yu yang dibunuh

setiap tahun adalah untuk tujuan mengambil siripnya. Walaupun sirip yu dikaitkan dengan status

dan tradisi masyarakat cina yang menggemarinya kerana khasiat makanan tersebut, namun

sebenarnya berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan ia tidak mempunyai nilai nutrisi

mahupun perubatan. Datuk Simon Foong iaitu Ketua Pengarah Aquawalk Sdn Bhd (Aquaria

KLCC) menyatakan ia lebih kepada melambangkan status kemewahan seseorang kerana dilihat

mampu membelanjakan wang yang banyak untuk semangkuk sup sirik ikan yu. Permintaan yang

tinggi ini menyebabkan harganya menjadi mahal sehingga menyebabkan para nelayan gigih

menangkap ikan spesies ini walaupun perbuatan tersebut dianggap kejam dan salah di sisi

undang-undang. Ikan yu paus, spesies yang berada dalam Senarai Merah Pertubuhan

Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi (IUCN) sebagai

hidupan yang berisiko diancam kepupusan dibunuh tanpa perikemanusiaan. 43 Bukti bahawa para

nelayan ini begitu rakus menangkap ikan spesies yu ialah penemuan aktiviti haram oleh dua

lelaki daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pemuliharaan Wild Life Risk di sebuah

syarikat yang berdaftar di bawah nama China Wenzhou Yueqing Marine Organism Health

Protection Food Co Ltd. Terdapat rakaman yang menunjukkan bahawa pengurus kilang tersebut

iaitu Li Guang memberitahu bahawa kilangnya mungkin tempat pemotongan dan penyiangan

ikan yu terbesar di dunia. Setiap tahun, dianggarkan lebih 600 ikan yu paus diproses di

kilangnya.44 Selain yu paus terdapat juga dua jenis yu spesies lain yang ditemui iaitu yu basking

dan putih. Releven di sebalik pembunuhan kejam ikan yu ialah ia bertujuan untuk memenuhi

permintaan industri besar dalam pasaran global. Daging yu paus adalah antara yang termahal di

42
http://www.astroawani.com/news/show/katakan-tak-nak-sirip-ikan-yu-45243
43
Kosmo,”Daging yu paus termahal di dunia”, http://akhbar-kosmo.blogspot.com/2014_02_06_archive.html
44
Ibid.
dunia dan dijual pada harga yang tinggi di kebanyakan negara Asia seperti Taiwan. Kira-kira

10,000 kilogram (kg) daging ikan itu dijual pada harga mencecah AS$21,4000 (RM 71,390). Yu

paus bersaiz besar yang ditangkap hidup-hidup mampu dijual pada lingkungan harga AS$31,000

(RM 103,183) di pelabuhan. Maka tidak hairanlah ia menjadi faktor yang mendorong para

nelayan terus menangkap ikan yu ini. Antara kawasan yang dilalui yu paus termasuklah lokasi

popular di Terumbu Ningaloo; pesisir barat laut Australia , Mexico dan juga laluan di Asia

Tenggara seperti perairan Indonesia dan Filipina. 45 Selain daripada dijadikan makanan, nilai

ikan yu juga dilihat sangat tinggi kerana ia juga boleh dijadikan produk-produk yang lain

termasuklah produk kecantikan seperti lipstick dan krim muka untuk dihantar ke negara barat.

Suplemen kesihatan yang diproses pula menjadi minyak ikan yu. Hofford dan Hilton iaitu dua

individu yang terlibat dalam membongkarkan kes berkenaan penangkapan ikan yu di China ini

menyatakan bahawa kulit ikan yu itu dijual dalam pasaran beg kulit. Perut , daging dan mulut

ikan itu pula dijual kepada restoran-restoran untuk dijadikan menu pilihan kepada pelanggan. 46

Daging ikan yu yang dijual ditawarkan dalam bentuk segar , sejuk beku atau diasinkan. Hatinya

pula diproses untuk dijadikan minyak , sirip untuk sup, organ dalaman bagi penggemar makanan

eksotik manakala rawan diekstrak menjadi herba Cina. 47 Namun, penjana keuntungan yang

paling lumayan adalah minyak ikan yu. Ia diekstrak untuk dijadikan produk penjagaan kulit,

pengilat kasut dan lipstik seperti yang pernah diterangkan sebelum ini. Selain itu, terdapat juga

akhbar yang melaporkan bahawa muntah atau sperma ikan paus sangat bernilai kerana ia boleh

dijadikan minyak wangi. Di London, seorang lelaki yang bernama Wilman telah ditawarkan

wang berjumlah £43,000 (RM 210,502) oleh seorang pembeli dari perancis untuk muntah ikan

paus yang ditemui anjing peliharaannya di sebuah pantai. Muntah yang jarang ditemui itu

45
Ibid.
46
Ibid.
47
Ibid.
dipercayai menjadi bahan asas penting untuk penghasilan minyak wangi. 48 Wilman percaya

objek tersebut adalah sebahagian daripada ambergris , bahan yang ditemui dalam sistem

penghadaman ikan paus sperma. Ikan paus kadang kala memuntahkan ambergris yang kemudian

terapung di permukaan air dan dianggap bernilai tinggi sejak berabad lamanya. Oleh kerana

sesetengah spesies ikan ini mempunyai nilai yang tinggi, maka tidak hairanlah spesies-spesies

ikan jenis ini terus diburu dan di tangkap oleh para nelayan. Bilangannya yang sedikit ditambah

pula dengan kegiatan penangkapan ikan yang dilakukan secara besaran-besaran telah

menyebabkan populasi hidupan ini semakin berkurang dan terancam. Menurut Prof Ridzwan

Abdul Rahman iaitu Pengarah Institut Penyelidikan Marin Borneo (MBRI) Universiti Malaysia

Sabah (UMS), yu membesar dan matang dengan perlahan-lahan. “Kemusnahan habitat ,

penangkapan ikan secara keterlaluan dan amalan penangkapan ikan yang tidak mapan termasuk

penggunaan bom ikan, racun sianida dan memotong sirip yu kesemuanya menyumbang kepada

tekanan terhadap kumpulan ikan ini”.49 Maka apabila tangkapan ikan terhadap spesies ini giat

dilakukan sedangkan jumlahnya yang semakin berkurangan, keadaan inilah yang mendorong

terjadinya kadar tangkapan yang melebihi tahap MSY.

KESIMPULAN

Negara-negara di Asia Tenggara sememangnya kaya dengan pebagai sumber perikanan.

Sumber –sumber perikanan ini merupakan sesuatu yang berharga kerana ia merupakan sumber

48
Kosmo, “muntah ikan paus bernilai RM 210,502” http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2013&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
49
Diakses daripada http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=sbm&id=600662 pada 09
Disember 2014
protein kepada kepada masyarakat dan penjana kepada pendapatan ekonomi negara melalui

kegiatan mengeksport lebihan hasil perikanan ke luar negara. Namun begitu, sektor perikanan

kini berhadapan dengan masalah penangkapan ikan yang melebihi tahap MSY. Masalah

penangkapan ikan melebihi tahap MSY ini berlaku apabila jumlah tangkapan ikan tidak

seimbang dengan jumlah sumber perikanan yang ada. Dalam erti kata yang lain, MSY berlaku

apabila jumlah ikan yang ditangkap melebihi stok sumber perikanan di laut. Terdapat beberapa

faktor yang telah mendorong kepada berlakunya situasi tersebut seperti pertambahan bilangan

permintaan keatas sumber perikanan ekoran berlakunya pertambahan jumlah penduduk,

penggunaan alat tangkapan ikan yang berteknologi, pasaran dalam dan luar negara yang meliputi

aktiviti import eksport hasil perikanan, peningkatan dalam aktiviti perikanan serta perkembangan

sektor lain yang berkaitan dengan sektor perikanan. Secara umumnya, sekiranya situasi ini

berlaku secara berterusan dan tidak diatasi, tidak mustahil suatu ketika nanti, negara-negara di

rantau asia tenggara ini akan mengalami kepupusan sumber perikanan. Oleh itu, semua pihak

termasuklah pihak kerajaan dan swasta malah masyarakat itu sendiri khususnya para nelayan

perlu mengambil langkah untuk memelihara sumber perikanan ini agar tidak terus diancam dan

mengalami kepupusan. Dasar-dasar yang berkaitan perlulah digubal dan dilaksanakan agar

kegiatan perikanan ini dapat dijalankan secara mapan dan terkawal. Kaedah-kaedah yang lebih

moden juga boleh digunakan bagi meningkatkan hasil perikanan contohnya seperti kaedah

akuakultur. Negara Thailand telah berjaya membuktikan bahawa sektor akuakultur ini

sememangnya merupakan kaedah yang berkesan bagi meningkatkan jumlah sumber perikanan.

Di pihak nelayan pula, mereka seharusnya sedar bahawa kegiatan mereka mengeksploitasi

sumber perikanan secara berlebihan akan menyebabkan kesan negatif terhadap industri

perikanan. Peralatan menangkap ikan yang mampu mengancam hidupan marin seperti pukat
tunda ini juga perlu dikawal dan dikurangkan kerana penggunaan peralatan seperti ini bukan

sahaja memusnahkan hidupan laut yang lain seperti terumbu karang dan sebagainya malah akan

mengurangkan populasi ikan kerana ikan-ikan kecil yang terdapat di perairan tidak dapat

membesar dan membiak kerana turut ditangkap oleh para nelayan ini. Oleh itu, semua pihak

perlu memastikan sumber perikanan ini diuruskan secara lestari agar situasi “umpan habis ikan

tak dapat” tidak akan berlaku di rantau ini.

SENARAI BIBLIOGRAFI
1.

Anda mungkin juga menyukai