Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGA1133 PROFESIONALISME KEGURUAN &

PEMBANGUNAN INSAN

TUGASAN INDIVIDU

NAMA PENSYARAH :

DR. BITY SALWANA BINTI ALIAS

NAMA NO. MATRIKS

NUR SHAHIERA NAJATI BINTI CHE MOHD RAHIM P98791

FAKULTI PENDIDIKAN

SEM 1 SESI II 2018/2019


Apakah Cabaran, Isu Dan Kejayaan Berkaitan Profesion Keguruan Dalam
PPPM 2013-2025.

Pencapaian Malaysia dalam ujian antarabangsa PISA pada tahun 2009 amat
menyedihkan kerana Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga terendah di dunia. Malahan
Thailand mengatasi kedudukan kita. Ini amat mengecewakan apabila kerajaan Malaysia telah
membelanjakan bajet yang besar – malah jauh lebih tinggi daripada negara yang mengatasi kita
dalam keputusan PISA tersebut. Lebih mengecewakan juga ini berlaku walhal nisbah guru:
murid di Malaysia adalah yang tertinggi iaitu 1:13 berbanding Negara lain. Bentuk soalan
dalam ujian PISA ini lebih kepada menyelesaikan masalah yang memerlukan kemahiran
berfikir aras tinggi seperti menganalisis, menilai dan mensintesis dan bukan sekadar aplikasi.
Justeru, ia memberi petanda bahawa sistem pendidikan Malaysia masih lemah dalam
melengkapkan pelajar dengan kemahiran tersebut. hari ini, pelajar diberi latihtubi berhari-hari
malah berbulan-bulan sebelum hari peperiksaan tanpa benar-benar memahami konsep, langkah
dan sebagainya. Masa mengajar telah disingkatkan dan dipecutkan supaya dapat meninggalkan
baki untuk latihtubi untuk peperiksaan. Kerana pecutan ini sudah tentulah pelajar yang kurang
kecerdasan semakin menghadapi tekanan. Maka cabaran dalam PPPM 2013-2025 ini kepada
guru adalah untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kepada pelajar dan
guru. Ini kerana untuk mencapai tahap KBAT mengambil masa untuk diterapkan malahan
menjadi halangan untuk generasi hari ini untuk mengamalkan tahap berfikir aras tinggi.

Kurikulum persekolahan mengalami perubahan bermula tahun 2011 apabila KBSR


telah digantikan dengan KSSR. Kewujudan KSSR di sekolah ada baik dan buruknya. Usaha
transformasi ini dinggap baik kerana melalui KSSR pihak KPM berhasrat untuk melahirkan
insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang
komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,
kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Namun begitu, Menurut Shafizan Omar (2013)
dalam artikel akhbar yang dikeluarkannya menyatakan bahawa sebahagian kumpulan guru
berdepan tekanan dalam melaksanakan KSSR berikutan beban kerja yang bertambah, termasuk
proses memfailkan laporan KSSR yang menurut mereka, boleh mengurangkan masa untuk
mereka bersama murid. Dalam masa yang sama, guru juga bertanggungjawab terhadap Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh KPM yang berfungsi sebagai pusat
pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh
Malaysia. Guru mata pelajaran dan guru kelas perlu mengisi markah dan data-data murid dalam
peperiksaan melalui internet. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun transformasi ini pada
dasarnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai
impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun menjadi kelemahan dalam penyelenggaraan
sistem ini menyebabkan guru menghadapi beban tugas yang amat berat di luar keupayaan
mereka. Isu ini telah menjadi bualan dan masalah yang besar buat para guru dan warga KPM
untuk menyelesaikannya kerana terdapat persoalan tentang kerelevanan tugas dan beban yang
dihadapi guru. Maka isu adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang rendah kerana ianya
menjadi masalah kepada semua yang terlibat dan perlu di cari penyelesaian yang dapat
menyenangkan dan memudahkan semua pihak.

Selepas tiga tahun dilaksanakan, PPPM 2013-2025 berjaya mengubah landskap


pendidikan negara, dengan pencapaian 86 peratus menerusi tiga keberhasilan utama dalam
Gelombang Pertama PPPM.PPPM turut meningkatkan akses pendidikan dengan penambahan
enrolmen pelajar menengah rendah dalam pendidikan teknik dan vokasional (TVET).
Anugerah Pengurusan Projek (APM) Mike Nicholas untuk Inspirasi 2017, yang dimenangi
Unit Prestasi dan Pelaksanaan Pendidikan (PADU), Kementerian Pendidikan, membuktikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 diiktiraf pada peringkat global.
Panel memaklumkan pemilihan PADU adalah berdasarkan kecemerlangan menguruskan
pelaksanaan agenda transformasi besar-besaran pendidikan dan memberi kesan positif
berpanjangan kepada masyarakat di negara ini. Pelan pendidikan ini adalah dokumen
kebangsaan yang diiktiraf badan terkenal dunia seperti Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta Organisasi Bagi Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan (OECD).
RUJUKAN

Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin. 2011. Sistem Pendidikan di Malaysia:
Dasar,cabaran dan Pelaksanaan Kearah Perpaduan Nasional. Jurnal sosiohumanika 4(1). PP
33-47

Rosnani Hashim. 2012. Memenuhi Aspirasi Kemahiran Berfikir Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 Menerusi Inkuiri Dan Pedagogi Filosofiyyah Dalam
Kalangan Guru.Kertas institusi. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012.
Johor Bharu

Samadi Ahmad. 2017. Dunia iktiraf pelan pendidikan Malaysia. Berita Harian. 7 Disember
2017

Anda mungkin juga menyukai