Anda di halaman 1dari 4

KAJIAN KES

1.0 SUBJEK

Nama: Michael

Jantina: Lelaki

Asal : Amerika Syarikat

Umur : 38 tahun

Pekerjaan : Veteran askar

2.0 KES

Nama kes

Trauma dan PTSD

Perihal Kes

Masalah mempunyai perasaan “ disconnected from the world “ dan mengasingkan diri
daripada kelompok masyarakat. Perasaan suka menyendiri dan tidak dapat menerima hakikat
kematian sahabatnya. Klien juga mempunyai trauma terhadap kematian.

PTSD ( Post-Traumatic Stress Disorder ) adalah suatu keresahan yang teruk setelah
mengalami keadaan atau situasi yang mencabar dan hampir meragut nyawa. PTSD
kebiasaannya dialami oleh askar atau menghadapi kemalangan atau kematian orang yang
terdekat.

Kajian Kes

Michael (bukan nama sebenar ) merupakan seorang veteran perang Iraq


(Pitchford,2009). Di dalam peperangan, menyaksikan beberapa anggota tentera termasuk
sahabat baiknya terkorban. Klien menpunyai tanda-tanda mengalami simptom PTSD ( Post-
Traumatic Stress Disorder ). Klien mengambil ubatan dan mempunyai rekod mendapat rawatan
di psikiatri.

3.0 ANALIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih

Teori Kewujudan ( Existential Theory )


Rasional Teori Dipilih

Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada aspek situasi
manusia yang dihadapi melalui pengalaman kematian, Teori digunakan untuk memberi
kesedaran diri kepada klien. Terapi ini digunakan terhadap klien yang menghadapi krisis
perkembangan, pengalaman kesedihan dan kehilangan, menghadapi kematian atau
menghadapi keputusan besar dalam hidup. Orang-orang yang merasa terasing dari harapan
masyarakat pada saat ini, atau bagi mereka yang sedang mencari makna dalam hidup mereka.

Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori

Seperti di dalam kajian kes ini, Michael sering merasa perasaan yang takut kepada
kematian. Di dalam kes ini, Michael telah membina sebuah pemikiran yang tidak rasional
bahawa kematian yang meragut nyawa kawan-kawannya. Kematian juga menjadikan dia tidak
mempunyai arah untuk di tuju di dalam hidup lagi seolah-olah kematian menamatkan segala-
galanya untuknya.

Matlamat Terapi

Matlamat Teori Kewujudan adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada klien bahawa
pemikiran mereka merupakan punca utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan tingkah
laku yang dialami oleh klien.

Terapi kewujudan berusaha untuk menyedarkan klien bahawa kematian itu pasti.
Namun, kematian menjadikan hidup lebih baik dan lebih matang.

Proses terapi kewujudan merupakan suntikan penyembuhan pemikiran dan peraaan


yang membawa klien kepada adanya aspek kewujudan dalam diri setiap manusia. Terapi ini
adalah untuk membawa klien kearah kesedaran diri. Klien mampu berfikir dan membuat
keputusan. Dimana semakin kuat kesedaran diri, semakin besar kebebasan untuk hidup. Klien
akan dibantu untuk mencipta makna, tujuan dan nilai kehidupan. Klien dibimbing untuk
menciptakan nilai-nilai yang memberikan makna bagi kehidupan. Mencipta hubungan yang
bermakna dengan orang lain dan menggunakan kebebasan untuk membangunkan potensi diri.
Klien akan mulai sedar bahawa kematian itu adalah suatu tindakan yang tidak sia-sia dan
kematian bukan satu ancaman.
Teknik Yang Digunakan

 Memberi pemahaman tentang kewujudan

A (peristiwa) B (kepercayaan) C (akibat)

-
-Kematian
-Saya tidak
meragut -Mengasingkan
akan bahagia,
nyawa diri daripada
semua orang
kawan- masyarakat
akan mati
kawannya

D (mencabar halangan) E( kesan)

- Adakah awak melihat adakah - Saya mula sedar


orang-orang di sekeliling awak
- saya ingin meneruskan hidup
bahagia?
-Saya rasa bersemangat
- Adakah awak ingin meneruskan
kehidupan awak hanya dengan
mengingati kematian kawan-
kawan awak?
F ( Perasaan baru)
- Adakah awak rasa kematian
kawan-kawan sia-sia?

4.0 TINDAKAN KAUNSELOR

Kaunselor mengenalpasti masalah sebenar Michael yang menyebabkan dia tidak menerima
hakikat kematian. Kunselor memberi pemahaman tentang kewujudan dan membimbing
klien untuk menerima perkara yang telah berlaku. Kaunselor membantu klien untuk
memahami bahawa perjuangan beliau adalah unik dan kematian rakan seperjuanganyya
adalah symbol keberanian mereka di dalam peperangan untuk negara. Kaunselor
menyedarkan klien bahawa dia mempunyai kebebasan dalam memilih untuk menerima
kematian rakan-rakanya sebagai prajurit dan mencari makna terhadap kejadian yang telah
berlaku itu.
5.0 RUMUSAN
Kes ini boleh di atasi dengan baik melalui terapi yang di gunakan kaunselor. Kaunselor
yang memainkan peranan supaya klien mampu kembali kepada persoalan kewujudan diri.
Terapi ini adalah terapi yang memfokuskan kepada kesedaran diri dan menolong klien
untuk membebaskan dirinya daripada ketakutan dan konflik-konflik yang menjadikannya
terkebelakang.

RUJUKAN

Jo Hemmings (pnyt.). 2018. How Psychology Works: Applied Psychology Visually Explained.
London, Dorling Kindersley Limited

Pitchford, D. B. (2009). The existentialism of Rollo May: An influence on trauma treatment.


Journal of Humanistic Psychology, 49(4), 441-461.

Anda mungkin juga menyukai