Anda di halaman 1dari 4

Mary adalah seorang kanak-kanak berumur 9 tahun.

Ibu bapanya sering menyatakan bahawa


beliau mempamerkan pelbagai mengenai tingkah laku yang memberi isyarat kegelisahan yang
memuncak kepada anaknya Mary. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan beberapa adik-beradik.
Didapati semasa belajar dirumah atau membuat ulangkaji, ibu bapa Mary melaporkan bahawa dia
mempunyai kesukaran untuk memberi perhatian dan tumpuan. Beliau juga enggan untuk
melakukan kerja sekolahnya dan mendapati ejaan dan tahap membaca yang agak lemah. Ibu
bapanya melaporkan bahawa Mary sering kelihatan dalam "dunia kecilnya sendiri ". Beliau
mempunyai imaginasi yang aktif, termasuk rakan-rakan khayalan.

1. Mengenalpasti penyakit mental yang terlibat


2. Menganalisis punca dan symptom berlakunya penyakit mental berdasarkan kajian-kajian
lepas

Ciri-ciri yang berlaku pada Mary :

1. Kognitif - Tahap membaca yang lemah dan sukar mengeja.


2. Tingkahlaku (perkembangan social ) – Tingkahlaku yang gelisah
3. Kognitif – Berimaginasi termasuk rakan-rakan khayalan.

Penyakit mental yang dikenal pasti :

Tingkahlaku – Autisme

Kesukaran memberi perhatian dan tumpuan – ADHD

Tahap membaca yang sangat lemah dan kesukaran mengeja – Dyslexia

Imaginasi tinggi dan khayalan –

Ciri2 dan symptom :

Autisme ADHD Dyslexia


Kurang kontak mata terlampau aktif dan kurang Berkelakuan gelisah (disalah
tumpuan sangka dan
digelar sebagai murid malas,
bodoh atau
lembab)
Tidak menunjukkan minat Gagal memberi tumpuan yang Perasaan cepat bosan atau
terhadap teliti atau cuai serta membuat jemu terhadappelajaran.
kanak-kanak lain yang sedang kesilapan
bermain semasa membuat kerja
sekolah atau aktiviti yang lain
▫ Selalu tidak mematuhi
arahan dan gagal menyiapkan
kerja tugasan yang
diberi
Menentang daripada dipegang Tidak boleh duduk diam dan Perangai atau perlakuan
atau seolah-olah mempunyai sehariantidak konsisten
dipeluk oleh ibu bapa tenaga berlebihan
Lewat atau tiada tidak mempunyai kebolehan Daya tumpuan yang lemah
perkembangan dalam untuk mengawal dan danmudah terganggu.
bahasa pertuturan menahan diri daripada
melakukan pemikiran
dan/atau tingkah laku yang
tidak
sepatutnya.
Tingkahlaku pelik/berulangan Gagal menguasai tugasan
seperti sekolah seperti membaca,
memutarkan roda kereta menulis, mengeja atau
mainan mengira
Pencederaan diri sendiri
Menyatakan keperluannya
dengan
mengunakan tangan orang
dewasa

Berdasarkan kajian lepas :

Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri


ataumenurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan dirimereka
secara normal dengan persekitaran. Manakala menurut kajian Persatuan KebangsaanAutisme
Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan
menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi.Komunikasi. Autisme
juga merupakan kecelaruan perkembangan yang memberi impak terhadapkemampuan komunikasi
dan interaksi penghidapnya. antara mereka adalah terbantut dan merekatidak dapat berhubung
dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku.1

Autisme, merupakan salah satu gangguan perkembangan yang semakin meningkatketika ini,
yang mana menimbulkan kerisauan pada golongan ibu bapa. Autisme muladikesan oleh ahli psikiatri
kanak-kanak dari Amerika, Leo Kanner pada tahun 1943 diPusat Perubatan John Hopkin. Leo Kanner
menjalankan kajian ke atas 11 kanak-kanak selama beberapa tahun. Kanak-kanak itu mempunyai
masalah sosial, seringbersendirian, dan berada dalam dunianya sendiri. Mereka berasa kurang
senangdengan perubahan di sekeliling dan berminat pada benda luar biasa. Sebahagiandaripada
kanak-kanak itu juga mempunyai kepintaran yang luar biasa. Sebahagiandaripada kanak-kanak itu
tidak menggunakan bahasa. Namun, Leo Kanner mendapatikanak-kanak itu juga mempunyai
kepintaran yang luar biasa dan memilikikemampuan kognitif yang baik.

1
https://www.scribd.com/doc/133390144/ulasan-jurnal-berkaitan-autisme
Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM),“Autisme adalah satu kekurangan
seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi.
Komunikasi antara mereka adalahterbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara
langsung. Mereka jugamempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan
intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik
ataukemahiran mekanikal ataupun dalan seni muzik, „rote memory‟ dan lain-lain”.2

PUNCA AUTISME
• Punca sebenar autisme adalah kompleks dan dalam banyak kes, punca yang
menyebabkan autisme tidak diketahui.
• Kajian-kajian kini lebih tertumpu pada masalah genetik, masalah semasa dan
selepas kelahiran, kefungsian otak, dan faktor-faktor neurochemical dan
imunilogikal.
1. Gangguan Biologi terhadap operasi mental
▫ - Dipengaruhi oleh genetik, neurobiological/faktor biokimia atau gabungan
kedua-dua faktor
2. Ketidakfungsian otak
▫ - Terdapat bukti yang kukuh babawa ketidakfungsian serebelum, sistem
limbik, temporal lobe, dan cortex merupakan punca autisme. Walaupun
faktor neurologi diterima sebagai punca autisme, tetapi punca kecacatan
neurologi tidak dapat dikenal pasti.
3. Faktor genetik
▫ - Genetik (adik-beradik kpd individu autistik lebih berisiko mengalami autisme
berbanding dengan orang lain (terutama kembar seiras), juga berkaitan dgn
kecelaruan genetik spt Fragile X syndrome dan phenylketonuria (PKU)
4. Faktor Persekitaran:
a. Faktor keluarga - hubungan kanak-kanak dengan ibu bapa/penjaga
(pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak
sulung dlm keluarga yang mempunyai dua orang anak, anak ke-4 atau yang
berikutnya bagi keluarga yang ada emapat orang anak atau lebih (Gargiulo,
2003)
b. Komplikasi semasa dan selepas kelahiran – jangkitan rubella semasa dalam
kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir.
c. keracunan makanan, dan penyakit begok (mumps)
d. Masalah pencernaan (susu) yang kurang baik (protein daripada makanan tidak
bertukar menjadi asid amino ataupun pepton utk dikeluarkan, jadi ia diserap
kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah dan dibawa ke otak menyebabkan
kerosakan sel-sel otak dan menyebabkan sel otak terganggu).

Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri,
antaranya: kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar
membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru
tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada
tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam
pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang
baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas
pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran

2
https://www.scribd.com/doc/76388080/Kategori-Kanak-kanak-Autisme
3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah
dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas
atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan
menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang
mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999).3
Menurut Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1996; Spaafford dan Grosser, 1996, antara
punca-punca disleksia ialah faktor keturunan atau genetik, biologi dan tahap kematangan. Disleksia
mungkin boleh diwarisi kerana kebanyakan kes yang berlaku berpunca daripada ahli keluarga yang
mengalami masalah yang sama.4

3
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_1.pdf
4
http://umkeprints.umk.edu.my/4954/1/PEMAHAMAN%20IBU%20BAPA%20TERHADAP%20MASALAH%20DISL
EKSIA%20JELI%2C%20KELANTAN.pdf

Anda mungkin juga menyukai