Anda di halaman 1dari 8

Strategi meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif Teknik peta minda Teknik peta minda telah diperkenalkan oleh

Tony Buzan. Beliau berpendapatbahawa peta minda adalah sangat berkait dengan kehidupan harian sepertimencatat nota, menyelesaikan maslah dan memainkan peranan dalam membuatperancangan. Petaa minda berkonsepkan sel saraf pusat iaitu neuron. Maklumatyang diperoleh dihubungkaitkan, dipertalikan, dianalisis, digabung dan dikelola bagitujuan menemukan suatu sirat maklumat yang

kita perlukan.ContohPenerangan:Pelajar akan mengembangkan idea berdasrkan konsep 4W1H. Segala peneranganakan menggunakan persoalan dengan kata kunci. Sub kata kunci dimuatkan padamana-mana bahagian pada rantaian peta minda. Hubungan antara kata kunci, subkata kunci mesti selari dan dihubungkan dengan satu rangkaian garisan yangbersambungan. Warna dan corak boleh digunakan bagi menunjukkan perbezaanantara satu idea dengan idea yang lain. Simulasi:Berdasarkan aktiviti tersebut pelajar dapat mengetahui kata kunci sesuatumaklumat. Berdasarkan teknik ini pelajar akan cuba berfikir secara kreatif denganmenghubungkaitkan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan komputer. Selainitu para pelajar akan turut berfikir bagimana untuk membentuk peta minda tersebut. Teknik Imaginasi- Visualisasi Imaginasi (khayalan, gambaran minda) dalam konteks ini membawa konotasi yangpositif. Otak mempunyai potensi yang tinggi dalam membuat imaginasi danvisualisasi. Menurut Abdul Fatah melihat, mendengar dan merasa dengan mindaadalh merupakan asas pemikiran kreatif. Proses ini melibatkan fungsi otak kiri jikapenggambaran cara dan imaginasi itu melibatkan hubungan yang abstrak. Guruakan menyuruh pelajar berimaginasi dengan menentukan matlamat yang ingindicapai. Seterusnya cipta dan buatkan gambaran yang jelas mengenai matlamatyang ingin dicapai. Dalam masa yang sama pelajar tersebut haruslah sentiasamenumpukan pemerhatian terhadap imaginasi mereka seterusnya mereka haruslahmenimbulkan daya positif terhadap imaginasi tersebut. Maklumat yang diimaginasiakan meningkatkan fungsi otak

kanan.Contoh:Para pelajar dikihendaki berimaginasi mengenai kerjaya mereka bagi lima atausepuluh tahun akan datang. Kemudian daripada imaginisasi-visualisasi, pelajar perlumelakar di atas kertas. Oleh itu pelajar dapat melahirkan kreativiti melalui imaginasidan lakaran. Simulasi:Pelajar akan membayangkan kerjaya impian mereka pada masa hadapan

mengikutkreativiti tersendiri. Mereka juga perlu berfikir secara kreatif berkenaan lakaranataupun gaya pemakaian kerjaya mereka.

Teknik Metafora Teknik Metafora adalah teknik yang membandingkan dua perkara. Ia tidakmenggunakan kata seperti umpama, bagai dan bak. Metafora menegaskan X adalahY, ia bermaksud suatu unsur seperti manusia yang gagah dilambangkan denganseekor haiwan yang tangkas dan hebat seperti harimau. Walaupun, dari segi logik,perlambangan ini tidak sama dan berlawanan

tetapi sekurang-kurangnya iamerihalkan dan mengaitkan kekuatan dan ketangkasan manusia dengan unsur lainseperti haiwan.Contoh:Guru memberi beberapa perwatakan kepada pelajar. Pelajar dimintamembandingkan watak tersebut dengan haiwan yang sesuai. Sebagai

contohperwatakan, guru menggambarkan gadis itu seorang yang cantik dan pandaibergaya. Kemudian pelajar akan memberitahu haiwan yang terlintas di fikiranmereka adalah merak kerana mereka menyamakan kecantikan itu dengan merak.Simulasi:Pelajar dapat

mengembangkan fikiran dengan membuat persamaan watak diantarahaiwan dan manusia.

Teknik PO dan Batu loncatan Po dan batu loncatan adalah alat yang digunakan bagi meneroka idea yang asli danbaru. Alat ini membawa kita ke alam fantasi dan imaginasi dengan hasrat mengubahparadigma yang baru dalam pelbagai bidang. Batu loncatan digunakan bagimelonjakkan PO kesuatu kawa baru yang lebih aktik dan produktif. PO Digunakansebagai batu loncatn bagi menerbitkan idea baru yang provokatif. PO digunakansebagai alasan untuk keluar dari idea lama.Contoh:Guru memberi suatu idea yang diterbalikkan maksudnya dan pelajar perlumemperbesarkan idea itu. Daripada idea tersebut pelajar perlu meminda maksudnyamenjadikan suatu idea tersebut berbentuk khayalan dan tidak logik.Simulasi:PO bersifat fleksibel pada idea dan pandangan walaupun pada mulanya ideatersebut tidak logik dan sukar diselesaikan namun PO memberikan arah supaya kitamenyahut cabaran memikirkan cara dan alternatif lain yang lebih kreatif.Kesimpulannya PO menggalakkan individu berfikiran terbuka dan kreatif tanpamenggunakan perkataan ya dan tidak dalam menangani masalah. Teknik mencabar konsep Teknik mencabar konsep adalah alat yang digunakan bagi memberi wajah barukepada sebarang benda, perkara, peraturan dan sebagainya. Tidak dapat dinafikanterdapat batasan dan halangan dalam melakukan peubahan walaupun sedikit.Konsep iaitu ciri-ciri tanda dan contoh yang berkaitan dengan nama, kerja dan sifatyang terdapat dalam konsep abstrak boleh dicabar

dengan cara meminda dan mengubah cirri-ciri tanda dan contoh konsep lama kepada yang baru. Selain itukonsep abstrak boleh dicabar dengan cara mencari cara-cara baru bagaimanakonsep itu dalam situasi lain.Contoh:Seperti menjual burger dengan menggunakan gerai

tolak.Simulasi:Pelajar dapat berfikir secara fleksibel terhadap konsep yang dikemukakan. Merekamenggunakan fikiran mereka untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengankonsep asal. Ini akan menyebabkan pelajar dapat mereka sesuatu yang baru yangbakal membawa kejayaan.

1 . 0 P E N D A H U L U A N Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai operasi berfikir yang asas untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina. Ada empat ciri utama pemikirankreatif iaitu keberanian, imaginatif, perkembangan idea dan reka cipta. Pemikiran kreatif memerlukan keberanian untuk menjana idea yang banyak, pelbagai, dan baru tanpa dikongkongoleh idea yang lama. Oleh itu, pemikir yang kreatif berfikiran terbuka, sanggup menerima risikodan kritikan dan bersedia untuk bertanggungjawab atas keputusannya.Selain itu, pemikiran yang kreatif memerlukan imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman yang lepas. Imaginasi memerlukan kemahiran sistesis iaitu cantuman idea-idea yangsedia ada. Salah satu hasil imaginasi adalah perkembangan atau peluasan idea yang sedia ada.Walaupun idea yang dihasilkan buka merupakan idea yang baru, tetapi hasil itu dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru. Hasil pemikiran kreatif yang unggul adalah penghasilah idea yang baru iaitu reka cipta. Reka cipta juga dijalankan berasaskan proses sintesis idea yang sedia adasehingga sesuatu yang asli dicipta.Menyelesaikan Masalah pula ditakrifkan sebagai satu strategi atau proses mental yangmemerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk memutuskan cadangan yang terbaik bagi mengatasi suatu kesukaran, halangan atau kekurangan yang dihadapi. Strategi asas dalam proses menyelesaikan masalah adalah mengenal pasti dan menganalisis masalah,

mencadangkan penyelesaian-penyelesaian yang mungkin, menilai dan meramal akibat setiap penyelesaian, danseterusnya mencadangkan penyelesaian terbaik untuk masalah dihadapi.Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran. Peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan dan huraian yang padat. Oleh itu, teknik peta mindamerupakan aktiviti, perlakuan dan kemahiran dalam menghasilkan sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan dan huraian yang padat. 2 . 0 P E N G E N A L A N

Salah satu teknik pemikiran kreatif ialah peta minda. Teknik peta minda ini telah diasaskanoleh Tony Buzan dan merupakan teknik yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumatdaripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Teknik ini juga turutmembantu kita untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran dalam mengukuhkan daya ingatandan pemahaman.Peta minda dapat merangsang pelbagai keupayaan dalam diri kita. Antaranya ialah kitahanya perlu memikirkan maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan.Dengan ini, secara tidak langsung akan menghubungkan kita secara aktif dengan maklumay yangsedia ada dalam ingatan.Selain itu, peta minda dapat merangsang beberapa anggota yang mempunyai peranantersendiri. Contohnya, kita perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan apa yangkita inginkan. Manakala tangan kita pula akan turut serta dalam kerja-kerja tersebut. Hal ini dapatmemahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran. Menggunakan peta minda bermakna kita harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat sertamudah difahami.Peta minda juga membolehkan kita membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat. Apayang kita ingat akan dapat diperkukuhkan melalui gambaran dan tulisan yang dihasilkan melaluiteknik peta minda ini. Kemudian. Kita akan mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain.Lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan apa yang diinginkan dari daya ingatan. 3.0PENERANGAN TEKNIK Untuk menghasilkan atau membina peta minda, seseorang haruslah memulakan teknik inidi tengah muka surat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian, ia bercambah keluar ke semua arahmenghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images). Rajah di bawah ini menunjukkan satu contoh peta minda di bawah tajuk Energy, satu daripada tajuk mata pelajaran Sains Tahun 5. 4.0KEBERKESANAN TEKNIK Satu kajian singkat telah dilakukan selama dua minggu di dua sekolah di daerah Segamatiaitu SK Canossian Convent dan SK Bandar Putra pada September yang lalu membabitkan subjek Sains Tahun 5. Ia bertujuan untuk menambah baik pengajaran Sains melalui penggunaaan petaminda di samping melihat sejauh manakah peta minda membantu murid-murid Tahun 5 dalammenguasai topik Sains.Mata pelajaran Sains merupakan satu mata pelajaran yang agak sukar bagi kebanyakanmurid kerana mereka perlu mengingat dan ,menghafal banyak konsep dan fakta. Murid-murid perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberi oleh guru atau

buku teks yang sedia ada.Walaubagaimanapun, buku teks yang tebal ini mengandungi ratusan atau mencecah ribuah katakunci fakta Sains telah mematikan semangat murid-murid untuk meminati Sains sedangkan mata pelajaran Sains merupakan salah satu mata pelajaran yang seronok untuk dipelajari. Akibatnya,sebelum teknik ini diaplikasikan kepada murid, kebanyakan murid hanya mendapat keputusanmarkah antara 50% - 70% markah sahaja bagi topik Energy . Kemudian, murid-muriddiperkenalkan dengan teknik peta minda dan kami bersetuju bahawa reaksi murid masing-masingterhadap subjek ini berubah secara total iaitu daripada membosankan kepada menyeronokkan.Murid bukan sahaja berusaha menghasilkan peta minda yang menarik secara individu, malahanmula berkongsi maklumat tambahan yang boleh dimasukkan dalam peta minda masing-masingdengan rakan-rakan yang lain.Bagi menguji keberkesanan teknik peta minda ini, kami menyediakan ujian ringkas padaminggu berikutnya berdasarkan topik ini. Sekali lagi kami mendapat reaksi yang sama bagi muridmasing-masing. Murid-murid seolah-olah membayangkan sesuatu ketika menjawab soalan ujiandan hasil soal jawab tentang keyakinan mereka terhadap ujian tersebut amat baik. Kebanyakanmurid secara purata dapat menyatakan bahawa mereka boleh mengingati dengan jelas maklumat pada rajah peta minda masing-masing. Keputusan selepas ujian turut membuktikan kenyataan ituapabila purata murid mendapat 70% hingga 90% markah adalah tinggi. Ini membuktikan bahawa penggunaan teknik peta minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) memberi kesan positif terhadap pencapaian murid. 5.0 K E L E B IH A N ME N G G U NA K AN T E K NI K PE T A MI N DA

DAL A M PEMBELAJARAN Sistem pembelajaran kita pada hari ini kebanyakannya menggunakan otak kiri. Contohnya bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Sejarah. Semuanya menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa dan linear. Jadi, dengan menggunakan petaminda, otak kanan juga dapat dilibatkan kerana otak kanan merupakan bahagian yang berfungsi berdasarkan imaginasi, warna, kreativiti dan irama. Dengan menggunakan fungsi kedua-dua otak,individu akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan kedua belah kaki dansebelah kaki. Pastinya berlari dengan kedua-dua belah kaki lebih baik daripada berlari dengansebelah kaki. Begitu juga dengan mendengar. Mendengar dengan kedua-dua belah telingan lebih baik daripada sebelah telinga. Begitu juga dengan otak. Menggunakan kedua-duanya membuatkankita lebih baik daripadamenggunakan sebahagian daripadanya sahaja.Selain itu, kelebihan menggunakan teknik ini ialah kebanyakan perkataan dalam notaadalah kurang fungsi. Contohnya, Nama sebenar saya ialah Saiful.

Saya tinggal di PulauPinang . 2 daripada 9 perkataan sahaja yang penting dalam ayat tersebut. Ini bermakna, hampir 80% perkataan kurang penting. Dengan kaedah peta minda, kita hanya memberi fokus pada \20%isi yang penting itu sahaja. Jadi, ini akan memudahkan proses ingatan. Cara nota lama akanmenyukarkan kita tetapi dalam teknik peta minda ianya meringkaskan apa yang perlu difokuskan.Sebab lain kita perlu menggunakan peta minda adalah satu kertas peta minda sudah cukupuntuk memuatkan banyak fakta. Ini lebih memudahkan kita melihatnya untuk mengulang kaji dikemudian hari. Ini berbeza dengan nota linear yang mungkin terdiri daripada beberapa helai kertas.Peta minda juga dapat menjana idea baru dengan lebih cepat dan produktif kerana ianyadapat dijana secara spontan dan penyelesaian masalah dapat dilakukan dengan mengenal pasti isu-isu utama dan bagaimana ia berkait rapat antara satu sama lain secara visual. 6 . 0 P E N U T U P Peta minda adalah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasandan huraian yang padat. Apa yang menarik tentang peta minda ialah ia merangkumi semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya. Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pel;ajaran, mengambil nota yang diajar olehguru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk mesyuarat, malah untuk persediaanmembeli-belah. Satu lagi yang paling jelas penggunaannya adalah ketika membuat persembahantugasan menggunakan power point dalam kelas. Rata-rata dalam kalangan kita menggunakan peta minda untuk tujuan tersebut. Mengapa? Kerana ia mudah, padat tepat dan ringkas.Kita tidak perlu menulis semuanya pada sekeping atau lebih kertas tetapi lebih mudahmemikirkannya kerana daya ingatan kita akan dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dantangan sendiri apabila menggunakan peta minda. RUJUKAN

1 . M o k

S o o n

S a n g

. ( 2 0 0 3 ) .

Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru

: Kompetensi Fungsi/ Khusus (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran) . KumpulanBudiman Sdn. Bhd. Subang Jaya,Selangor.2 . M o k S o o n S a n g ( 2 0 0 9 ) .

Nota Ulangkaji dan Latihan P.T.K Bahagian l : KompotensiUmum (Teras dan Profesional) .Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Puchong, Selangor.3 . E e A h M e n g ( 1 9 9 7 ) .

PEDAGOGI Il Pelaksanaan Pengajaran . Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Shah Alam, Selangor.4 . D r . R o s n a n a i n i S u l a i a m a n , Maimun Aziz, Mok Soon Sang (2011). KemahiranBerfikir .Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor.5 . P u s a t P e r k e m b a n g a n Kurikulum (1993). Kemahiran Berfikir: Konsep, Model danStrategi Pengajaran dan Pembelajaran .Kementerian Pendidikan Malaysia. KualaLumpur.6 . M o k Psikologi pendidikan . Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Puchong, Selangor. S o o n S a n g ( 2 0 0 8 ) .

1.0 PENGENALAN Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai "jaring" atau "penjaringan", merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan. Jikalau dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada 60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia adalah lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.
Sebab Mengapa Kita Perlu Menggunakan Peta Minda

Anda tahukan peta minda ? Ada 4 sebab mengapa kita perlu menggunakan peta minda dalam proses pembelajaran. Tetapi ingat, peta minda bukan sekadar untuk pembelajaran sahaja, ianya juga boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti seperti brainstorming, membantu dalam proses membuat keputusan dan dalam penjadualan.

1. Sistem pembelajaran kita pada hari ini kebanyakannya menggunakan otak kiri. Matematik, Sains, Bahasa Melayu, dan Sejarah semuanya menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa, linear.Jadi dengan menggunakan peta minda, otak kanan juga dapat dilibatkan. Otak kanan bahagian yang berfungsi berdasarkan imaginasi, warna,kretiviti dan irama . Dengan menggunakan fungsi kedua-dua otak, anda akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan kedua belah kaki dan sebelah kaki. Berlari dengan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik daripada berlari dengan satu kaki betul tak? Begitu juga dengan mendengar. Mendengar dengan kedua belah telinga lebih baik daripada satu telinga. Begitu juga dengan otak. Menggunakan kedua-duanya membuatkan kita lebih baik daripada menggunakan sebahagian daripadanya sahaja.

2. Sebab kedua adalah kebanyakkan perkataan dalam nota adalah kurang berfungsi. Nama sebenar saya ialah Saiful. Saya tinggal di pulau Pinang. Agak-agak anda berapa perkataan yang penting dalam dua ayat di atas? Ya, betul hanya dua sahaja iaitu saiful dan pulau Pinang. 2 daripada 9 perkataan sahaja penting. Bermakna hampir 80% perkataan kurang penting. Persoalannya mahukah kita membazirkan masa kita kepada 80% ini. Tentu tidak. Kita hanya memberi fokus pada golongan 20% sahaja. Jadi ini akan memudahkan lagi proses ingatan anda. Cara nota yang lama akan menyukarkan kita. Tetapi dalam peta minda, ianya meringkaskan apa yang perlu difokuskan.

3. Satu perkataan dapat mewakili banyak perkataan. Ya merujuk contoh di atas, perkataan Pulau Pinang akan memberitahu bahawa Saiful tinggal di Pulau Pinang. Nota linear berfungsi berdasarkan ayat. Ini menyebabkan kita terpaksa memberi fokus pada ayat tersebut untuk mengingat berbanding peta minda yang memberi fokus pada perkataan. 4 . Sebab lain kita perlu menggunakan peta minda adalah, satu kertas peta minda sudah cukup untuk memuatkan banyak fakta. Ini lebih memudahkan kita melihatnya untuk mengulangkaji di kemudian hari. Tidak seperti nota linear yang mungkin terdiri daripada beberapa helai kertas. kertas VS 4 kertas, mana jauh lebih baik?

Anda mungkin juga menyukai