Anda di halaman 1dari 3

8.

0 RUMUSAN DAN REFLEKSI KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan membina ayat tanya pasif songsang berpelaku diri ketiga melalui pengaplikasian teknik 3T. Dalam kajian ini saya telah menekankan aktiviti menukarkan ayat pasif biasa kepada ayat pasif songsang di samping menekankan kedudukan partikel -kah dalam ayat tanya tersebut bagi memudahkan responden membina ayat tanya pasif songsang berpelaku diri ketiga dengan betul. Dapatan kajian melalui teknik 3T dalam menukar ayat pasif biasa kepada ayat pasif songsang dan juga menekankan kedudukan partikel -kah dalam ayat tersebut telah menunjukkan terdapat perubahan positif dalam penguasaan ayat tanya pasif songsang berpelaku diri ketiga dalam kalangan responden. Melalui aktiviti sebegini, responden digalakkan untuk mengecam kedudukan partikel -kah dalam ayat dan memilih ayat tanya pasif songsang berpelaku diri ketiga dengan betul. Jadi, secara tidak langsung, responden bertambah cekap dan dapat menguasai ayat ini dengan baik. Kajian ini yang berlandaskan model kajian tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) untuk kitaran pertama menggunakan tiga instrument pengumpulan data iaitu pemerhatian, ujian dan analisis dokumen juga telah dilakukan secara berperingkat sepanjang tindakan dijalankan bagi menjawab soalan kajian dan mencapai objektifobjektif kajian ini.

Dapatan kajian yang diperoleh daripada kitaran pertama yang dilakukan ini, penyelidik mendapati bahawa pengaplikasian teknik 3T dapat meningkatkan penguasaan ayat tanya pasif songsang berpelaku diri ketiga dalam kalangan responden yang terdiri daripada 15 orang murid di sekolah ini. Kajian ini juga telah dapat menjawab ketiga-tiga soalan yang dikemukakan pada awal kajian ini. Responden telah dapat membina ayat tanya pasif songsang dengan betul dan cekap. Hal ini dapat dibuktikan melalui instrumen kajian analisis dokumen yang telah dijalankan. Persoalan kedua berkenaan dapatkah murid mengenal pasti kedudukan partikel -kah dalam ayat tanya pasif songsang telah pun dapat dibuktikan melalui ujian yang telah dilakukan dengan mengira jumlah markah betul yang diperolehi oleh setiap responden. Dalam persoalan ketiga iaitu dapatkah murid menguasai kedudukan subjek dan predikat dalam ayat tanya pasif songsang berpelaku diri ketiga telah pun dinyatakan menggunakan intrumen analisis dokumen yang diperoleh responden. Setelah mengaplikasikan teknik ini, markah-markah yang diperoleh oleh responden dilihat berbeza dengan sebelum teknik ini diaplikasikan. Hal ini membuktikan bahawa responden telah menguasai teknik ini dengan baik untuk membantu mereka membina ayat tanya pasof songsang berpelaku diri ketiga dengan betul dan diharap responden dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian mereka. Kesimpulannya, kajian tindakan ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kemahiran responden untuk membina ayat tanya pasif songsang berpelaku diri ketiga turut meningkat selari dengan hasil dapat kajian yang telah dibuat oleh

Hasmah Jamil (2005) yang telah menyatakan bahawa teknik tukar tapak tangan ini dapat membantu penguasaan murid dalam membina ayat tanya pasif songsang berpelaku diri ketiga.

Anda mungkin juga menyukai