Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN

Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, prosesproses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut. Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Kata terbentuk daripada beberapa unit yang kecil. Unit tersebut dipanggil sebagai morfem. Morfem bermaksud unsur terkecil yang mengandungi makna. Morfem ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Sebagai contoh, morfem bebas merupakan bentuk yang dapat berdiri sendiri sebagai kata sempurna seperti kalah, budak, dunia dan sebagainya. Bagi morfem terikat pula, ia merupakan kata yang tidak boleh berdiri sendiri seperti me-, mem-, meny-, dan meng-. Morfem juga boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat abstrak. Ia bermaksud morfem tidak boleh didengar atau diujarkan. Morfem perlu ditukarkan ke dalam bentuk fizikal yang lebih konkrit. Bentuk yang dinamakan sebagai fizikal dipanggil sebagai morf. Morf mewakili morfem dalam sesuatu bahasa. Seandainya terdapat beberapa unsur morf yang mewakili satu morfem, kumpulan morf ini dipanggil sebagai alamorf. Sebagai contoh, morfem meN- mempunyai beberapa alamorf iaitu me-, men-, mem-, meny-, dan meng-.Perbezaan alamorf ini terjadi bagi menyesuaikan bunyi-bunyi nasal dengan bunyi-bunyi awal kata dasar yang diimbuhkan dengan alamorf-alamorf tersebut.

REFLEKSI
NAMA NO. K/P : NURAFIFAH BINTI OTHMAN : 901205-01-5176

NO MATRIK : 112585289 KELAS : PISMP 5F AMBILAN JANUARI 2010

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah subjek Morfologi Bahasa Melayu saya, Puan Kamaliah binti Siraj kerana telah banyak membimbing saya dalam usaha untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek ini. Saya juga ingin memberi ucapan terima kasih juga buat rakan sekelas saya kerana telah banyak membantu dan berkongsi idea bersama saya dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang penting ini. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentu dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Perkataan juga adalah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah forfem yang dapat wujud bersendirian contohnya sekolah dan laut. Sebaliknya morfen terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contohnya imbuhan ber- perlu wujud bersama-sama dalam bersekolah dan an dalam lautan. Unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa kepelbagaian teknik yang dirancang dapat meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Saya berharap agar tugasan ini dapat membantu saya semasa saya mengajar kelak. Sesungguhnya kerjaya sebagai guru ini amatlah berat untuk dipundak. SEKIAN, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai