Anda di halaman 1dari 2

Nama : Surentiran a/l Nagarethnam Kelas : T1SN Tajuk : Refleksi

Saya, Surentiran a/l Nagarethnam merupakan guru pelatih yang kini berada dalam kursus PISMP semester 1. Semester ini, saya belajar mata pelajaran Tamadun Islam Dan Asia Temggara sebagai marapelajaran wajib . Pensyarah matapelajaran tersebut iaitu En. Mohammad Azolman telah memberi sebuah tugasan iaitu menulis sebuah esei mengenai islam dalam tamadun melayu . Saya bangga dan bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Melalui tugasan ini saya dapat memperoleh banyak pengetahuan dan pengajaran. Antaranya ialah saya mendapat tahu cara kedatangan islam ke negara ini. Terdapat tiga teori utama kedatangan islam ke negara ini iaitu melalui Arab, China dan India. Di negara ini terdapat bukti kedatangan islam dari negara-negara tersebut. Saya berharap pada masa akan datang saya akan mendapat peluang untuk melihat buktibukti tersebut. Selain itu, saya mendapat tahu bahawa agama islam sangat mempengaruhi dalam pembinaan tamadun negara ini. Saya mendapat tahu Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat di negara ini. Seterusnya melalui tugasan ini saya mendapat tahu bahawa kesan, pengaruh dan peranan islam dalam tamadun melayu. Hal ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek iaitu dari segi pendidikan, bahasa dan kesusasteraan dan lain-lain lagi Melalui tugasan ini juga saya mendapat peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dengan rakan sekumpulan saya dan rakan-rakan sekelas yang lain. Hai ini berlaku apabila saya dan rakan sekumpulan saya sering kali berjumpa untuk membincang mengenai tugasan ini. Sebelum menulis esei, saya dan rakan sekumpulan saya telah membuat pembentangan mengenai tajuk esei tersebut. Pembentangan tersebut sangat

membantu saya dalam membina keyakinan saya untuk bercakap di hadapan orang ramai. Selepas pembentangan tersebut saya berasa lebih bersedia untuk membuat pembentangan seterusnya mengenai apa jua tajuknya. Melalui pembentangan ini juga saya dapat meningkatkan lagi suara saya yang sebelum ini suara saya memang perlahan dan dapat meningkatkan kefasihan bahasa melayu saya. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya kerana tanpa penat lelah sudi menjawab segala persoalan yang kami tujukan mengenai tugasan ini. Beliau sentiasa sanggup menolong saya tidak kira masa dan dengan pengetahuan beliau yang sangat luas dapat memenuhi kehendak kami sebagai seorang pensyarah yang berwibawa. Saya berharap segala ilmu pengetahuan dan nilai yang saya pelajari dalam tugasan ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian saya sebelum atau selepas menjadi seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai