Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti 2

Bagaimanakah Melaka mendapat nama?


Panglipur lara: Parameswara seorang putera raja Palembang. Setelah tiba disebuah
perkampungan nelayan, baginda dan pengikutnya merehatkan diri di bawah
sepohon pokok.
Pembesar: Ampun tuanku. Nampaknya, kita sudah tiba di sebuah perkampungan
nelayan.
Parameswara: Oh! baguslah. Mari kita berehat dibawah pokok besar itu dahulu.
Panglipur lara: Semasa baginda berehat, baginda ternampak anjing perburuannya
ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.
Parameswara: Wahai pembesar, lihat di sana. Anjing perburuan beta dikalahkan
oleh seekor pelanduk. Sungguh luar biasa peristiwa ini!
Pembesar: Ampun tuanku, memang luar biasa tuanku, seekor pelanduk kecil dapat
mengalahkan seekor anjing perburuan.
Parameswara: Beta rasa tempat yang kita berehat ini memang istimewa untuk
mendirikan kerajaan. Bolehkah pembesar beritahu nama pokok yang sedang beta
bersandar ini?
Pembesar: Pokok Melaka, tuanku.
Parameswara: Baiklah. Beta namakan tempat ini sebagai Melaka

Anda mungkin juga menyukai