Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN CERAMAH KESEDARAN KANSER PAYUDARA

1.0 Pengenalan
Biro HELWANI sesi 2014/2015 telah mengadakan ceramah kesedaran
kanser payudara pada 17/10/2014 di Dewan Persidangan, Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar
guru tentang kanser payudara dan menolong mereka. Program ini membantu pelajar
guru untuk mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan diri daripada
kanser payudara.

2.0 Kekuatan
Berdasarkan program ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat diperoleh.
Antaranya ialah pelajar dapat memahami mengenai kanser payudara. Pelajar guru juga
dapat memahami punca, kesan dan langkah pencegahan kanser payudara. Program
pada hari itu secara keseluruhannya dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya.
Selain itu, kami juga dapat sokongan penuh daripada pelajar guru. Mereka bersoal
tentang kekeliruan yang dihadapinya. Malahan, semua JPP dan rakan JPP sebagai AJK
program tersebut telah memberikan kerjasama yang sepenuh agar perjalanan kempen
ini berjalan dengan baik.

3.0 Kelemahan
Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang
tempoh program diadakan. Kami dapati pelajar guru agak sukar untuk mengambil
bahagian dalam ceramah sebegini. Hal ini demikian kerana ini membosankan mereka.
Kami juga menghadapi masalah dari segi kekangan masa. Selain itu, terdapat

beberapa

aspek pembahagian

kerja

tidak

berjalan

dengan

lancar

sehingga

menyebabkan perjalanan program agak kurang sistematik.


4.0 Cadangan penambahbaikan
Melalui program ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan
supaya program-program yang bakal dianjurkan pada masa hadapan dapat dijalankan
dengan sempurna. Antaranya ialah menggalakkan lebih banyak penyertaan oleh pelajar
guru dengan memberi ganjaran seperti memberi sijil penyertaan. Pembahagian kerja
juga harus berlangsung secara sistematik agar tiada kesalahan berlaku pada program
berlangsung. Tema juga boleh ditambahbaik agar memudahkan pelajar guru untuk
menyertai program yang dianjurkan.

5.0 Penutup
Program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya walaupun terdapat
sedikit kelemahan yang perlu ditambahbaikan. Program sebegini harus sering diadakan
untuk memberi kesedaran pelajar terhadap kanser payudara yang agak serius.
Kesimpulannya, diharapkan agar program ini dapat memberikan banyak manfaat dan
juga kesedaran dalam kalangan pelajar guru supaya lebih bersedia dalam mengharungi
cabaran di masa hadapan. Selain itu, diharapkan juga supaya lebih banyak aktiviti yang
seumpama ini atau lebih menarik dapat dijalankan dan menerima penglibatan secara
menyeluruh daripada pelajar guru IPG Kampus Pulau Pinang.
Disediakan oleh,
..
(KOHILAVANI A/P KRISHNASAMY )
Setiausaha,
Biro HELWANI,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKPP.

Anda mungkin juga menyukai