Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM GEMA AMAL

INSAN 2014

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t.


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada
saudari Pengerusi Majlis.

Yang Dihormati

Prof. Madya Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Timbalan Dekan
Prasiswazah, Alumni, dan Antarabangsa,

Prof. Madya Dr. Jamia Azdina Jamal, Timbalan Dekan Siswazah,


Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Farmasi.

Dr. Mohd Hanif Zulfakar , Penyelaras Program Siswazah Fakulti


Farmasi,

Yang dihormati saudara Abdul Hafiz bin Zakaria , Pengarah Program


Gema Amal Insan(GAIN)

Barisan pensyarah,kakitangan akademik, mahasiswa/i dan seterusnya


para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada


hadirin sekalian kerana sudi hadir bagi memeriahkan program yang
penuh bermakna ini.Terima kasih juga diucapkan kepada pihak
penganjur program iaitu Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi
(PMFFAR) kerana telah menjemput saya untuk merasmikan program
yang kali kedua di adakan di UKM ini. Saya amat berbesar hati atas
jemputan ini. Seperti yang telah dimaklumkan, program Larian Amal ini
merupakan salah satu program di bawah Program Mega Gema Amal
Insan (GAIN) yang diterajui sepenuhnya oleh mahasiswa/i Tahun 1
Fakulti Farmasi anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi
(PMFFAR).Ucapan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar Fakulti
Farmasi khususnya Tahun 1 diatas segala curahan idea dan kerahan
tenaga dalam merangka dan merancang program Gema Amal Insan
2014 pada kali ini. Ini merupakan permulaan yang memberansangkan
memandangkan anda masih boleh dikatakan pelajar-pelajar baru yang
masih kurang pengalaman dalam mengendalikan sesuatu program.
Saya juga dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar senior juga banyak
memberikan tunjuk ajar kepada mereka bagi memastikan program ini
berjalan dengan lancar.

Usaha- usaha begini amatlah digalakkan dan disokong untuk


merealisasikan harapan universiti untuk melahirkan mahasiswa /i yang
bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah turut
cemerlang dalam pembinaan jati diri dan semangat insaniah mereka.
Program-program seperti ini harus lebih kerap diadakan untuk
membantu badan kebajikan yang memerlukan bantuan dan dalam masa
yang sama dapat memupuk para pelajar agar lebih sensitif dan
mempunyai sikap simpati dan saling membantu antara satu sama lain.
Mahasiswa/i bukan sahaja dapat meningkatkan semangat daya usaha
mereka, malahan mereka juga dapat mengenalpasti kemahiran yang
ada dalam diri mereka dan berkemungkinan kemahiran yang
dikenalpasti tersebut dapat diaplikasi dalam dunia luar selepas tamat
pengajian di kemudian hari. Selain itu, seperti yang semua ketahui,
pelaksanaan program yang besar sebegini amat memerlukan komitmen
dan kerjasama yang utuh dan hal ini akan melahirkan mahasiswa yang
menghormati pandangan dan kritikan orang lain selain dapat
meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan baik dan bijak
menggunakan cara komunikasi mengikut situasi yang berbeza dengan
pihak komuniti disekitarnya. Selain daripada itu, program sebegini juga
dapat merapatkan hubungan di antara para pensyarah dengan
mahasiswa/i di mana para mahasiswa/i dapat berinteraksi serta
berkomunikasi dengan lebih rapat sesama mereka juga para pensyarah
tanpa mengira kursus atau bidang pengajian.

Hadirin sekalian,
Program Gema Amal Insan atau lebih mesra dipanggil ‘GAIn’
ini bertemakan “To Give is To Gain” seiring dengan tujuan dan matlamat
utama program ini iaitu bagi menghulurkan bantuan kepada pihak yang
memerlukan. Program ini telah menetapkan untuk menyalurkan dana
yang bakal dikumpul kepada pihak _______iaitu badan kebajikan untuk
__________. Malah,mahasiswa/i tahun 1 fakulti farmasi akan hadir
sendiri ke badan kebajikan tersebut untuk melaksanakan program
bersama-sama anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Oleh itu , saya
berasa sangat berbangga dan berterima kasih kepada hadirin yang
hadir pada malam ini yang telah mengorbankan masa dan wang ringgit
untuk mengikuti program sebegini kerana secara tidak langsung anda
telah menghulurkan bantuan kepada badan yang memerlukan.

Saya dimaklumkan program Larian Amal merupakan pembukaan


kepada Program Gema Amal Insan dan akan diikuti oleh program So
You Got the Talent? dan seterusnya khidmat masyarakat di badan
kebajikan terpilih . Saya berharap program ini akan berlangsung dengan
jayanya dengan sambutan yang hangat dari pelbagai pihak. Diharapkan
agar aktiviti-akitiviti yang telah dilaksanakan ini dapat memberi manfaat
kepada semua. Tanpa sokongan anda semua, tentulah sahaja program
sebegini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim , saya dengan ini
merasmikan Majlis perasmian Program Gema Amal Insan 2014.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai