Anda di halaman 1dari 140

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Hari ini masyarakat, terutamanya kaum muda yang rata-rata daripada

golongan mahasiswa telah banyak diberikan pendedahan mengenai isu Hudud

dan kesan perlaksanaannya di negara ini. Kajian tentang perlaksanaan hukum

Hudud di Malaysia juga telah banyak dilakukan, malah, telah banyak juga

pendapat dan komentar yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat berkenaan

dengan hal ini.

Golongan muda, terutamanya mahasiswa yang sedang menuntut di pusat-

pusat pengajian tinggi di Malaysia seharusnya lebih peka tentang isu yang

berkaitan dengan masalah sosial di kalangan masyarakat memandangkan

golongan besar yang terlibat adalah dari kalangan anak-anak muda. Justeru,

sebagai golongan yang dipandang tinggi dan mulia di mata masyarakat,

mahasiswa juga harus memahami konsep sebenar hudud terutamanya dalam

konteks permasaalahan sosial yang melibatkan isu zina.

1
Masalah ketidakfahaman hudud iaitu hukuman yang ditetapkan Allah dalam

Al Quran dan hadis terhadap perlakuan jenayah ini timbul kerana perkara

berkaitan hukuman Islam tidak diajar secara terbuka dalam masyarakat umum.

Hanya mereka yang mempelajari secara formal dan menjurus dalam bidang

pengajian Islam khususnya jurusan syariah benar-benar memahami hakikat

hudud.

Hudud adalah Hukum yang disyariatkan oleh Allah , sepertimana yang

diteliti terhadap dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sangat terang dan

jelas. Jadi sebagai khalifah yang diwajibkan untuk menurut perintah-Nya dan

menjauhi larangan-Nya, kita sepatutnya wajib melaksanakan hukum Hudud ini

kerana amat jelas sekali ia adalah tuntutan Allah kepada kita semua apabila

menjangkaui hak-hak kita sebagai manusia dan melanggar hak-hak Allah.

Hukum Hudud telah sekian lama dipropagandakan oleh media-media barat

dan musuh-musuh Islam agar masyarakat melihatnya sebagai ganas dan tidak

sesuai diamalkan dalam zaman yang serba moden ini. Sedangkan Hukum Hudud

dan undang-undang Islam lain yang Allah perintahkan dalam AlQuran untuk

2
dilaksanakan adalah relevan sepanjang zaman hinggalah ke Hari Kiamat untuk

dilaksanakan.

Terdapat banyak dalil-dalil yang menyokong berkenaan dengan hukum

hudud. Ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis-hadis sahih banyak menceritakan dengan

terperinci mengenai hukum hudud. Diantaranya ialah:

             

      

Terjemahan: “Itu adalah Hudud (had-had) dari Allah, barangsiapa ta’at kepada

Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang

mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah

kemenangan yang besar.”1

1 An-Nisa’ (4) : 13

3
              

                  

 

Terjemahan: “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka

dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut

kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak

memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.

Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka

ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah

dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu

adalah orang-orang yang fasik.”2

Zina merupakan dosa besar menurut pandangan Islam. Perbuatan zina

merupakan kesalahan yang termasuk di dalam perbuatan yang amat kuat

pengharamannya berbanding dengan perkara-perkara yang diharamkan

2
Al-Maidah (5) : 49

4
selainnya. Selain mengharamkan zina, Allah juga mengkategorikan zina ke dalam

dosa-dosa besar yang lain seperti syirik dan membunuh Juga dijanjikan azab yang

paling dahsyat keatas pelaku zina.3

Namun kini, masyarakat memandang ringan tentang pengharaman zina,

malah kegiatan pelacuran juga amat berleluasa. Akibatnya terlalu ramai wanita

yang bergelar ibu tanpa si suami dan berlaku kelahiran bayi tanpa si bapa dan

akhirnya sampai ke peringkat bayi dibuang merata-rata seperti sampah. Sifat

kemanusiaan telah hilang dan digantikan dengan hawa nafsu yang

bermaharajalela. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam perkara ini? Adakah

lelaki yang tidak pandai mengawal nafsu yang mewakili satu bahagian dengan

menggunakan akal yang mewakili sembilan bahagian ataukah golongan wanita

yang sememangnya dikurniakan hanya satu akal dan sembilan nafsu?

Di negara kita ini, masalah zina telah menjadi satu gejala yang berleluasa.

Walaupun pada zahirnya, perbuatan zina itu tidak diungkapkan dengan perkataan

zina dikalangan remaja-remaja, tetapi ianya cukup jelas dengan berlakunya

penyebaran video-video luncah, kes pembungan anak, pelacuran dan sebagainya.

3
(DR 'Afif Abdul Fattah Tobbaroh, 1993, hlm. 138)

5
Kenyataan yang jelas menunjukkan dihadapan kita bahawa peranan filem-filem

telah berubah sepenuhnya menjadi alat perosak masyarakat yang amat dominan

dan berpengaruh. Maka pengaruh ini akan membawa kesan yang besar

terutamanya kepada golongan remaja yang sememangnya ada naluri ingin

memcuba.

Masalah zina yang semakin berleluasa ini sewajarnya diberi perhatian

serius oleh pelbagai pihak. Kefahaman masyarakat tentang pensabitan hukum

hudud terhadap pesalah zina agak kurang. Ia adalah satu faktor peningkatan

gejala zina semakin berleluasa. Ini mencerminkan bahawa kesedaran dari

pelbagai pihak samada penguatkuasa, ibu-bapa malahan individu itu sendiri

amatlah kurang. Malahan instusi pengajian tinggi yang dikatakan sebagai institusi

yang akan menlahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai ilmu dan jati

diri yang dilihat banyak terlibat dalam masalah ini.

Oleh itu, kajian ini dilakukan terhadap mahasiswa bagi menguji sejauh

mana tahap kefahaman mereka tentang pensabitan hukum hudud terhadap

pesalah zina.

6
1.2 Persoalan Kajian

1.2.1 Bagaimana tahap kefahaman mahasiswa Kolej Islam As-Sofa mengenai

masalah zina

1.2.2 Bagaimana tahap kefahaman mahasiswa Kolej Islam As-sofa mengenai

pensabitan hukuman hudud bagi pesalah zina

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Untuk mengkaji tentang kefahaman mahasiswa Kolej Islam As-Sofa

terhadap masalah zina

1.3.2 Untuk mengenalpasti tahap kefahaman mahasiswa Kolej Islam As-Sofa

dalam cara-cara pensabitan hukum hudud zina terhadap pesalah zina.

7
1.4 Skop Dan Limitasi Kajian

Skop kajian ini adalah untuk melihat tahap kefahaman masyarakat tentang

pensabitan hukum hudud terhadap pesalah zina dengan memfokuskan kajian ini

pada lapisan remaja untuk melihat sejauhmana kefahaman mereka tentang

masalah pesabitan hukum hudud terhadap pesalah zina.

1.5 Definisi Istilah Kajian

Istilah-istilah berikut berpandukan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat4:

a. Tahap: Peringkat.

b. Kefahaman: Keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya

(seseorang) akan sesuatu yang dipelajar

c. Mahasiswa: Pelajar (penuntut) di universiti.

d. Sabitan: (keputusan) hukuman bersalah ke atas sesorang didapati sah atau

terbukti melakukan sesuatu kesalahan.

4 Kamus Dewan Edisi Keempat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2013)

8
e. Hukum: Peraturan yang dibuat oleh sesuatu kekuasaan

f. Hudud: Ar 1. (jamak bagi had) batasan atau per­aturan; 2. hukum yg telah

ditetapkan oleh Allah yg tidak boleh diubah-ubah oleh manusia, spt hukum

zina, murtad, dan minum arak.

g. Pesalah: orang yang didapati bersalah kerana melanggar hukum.

h. Zina: persetubuhan yg tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri),

mukah: jangan kamu melakukan ~; berzina melakukan zina, berbuat zina,

bermukah; perzinaan perihal atau perbuatan berzina; penzina orang yg

berzina.

9
BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 KAJIAN LEPAS

Sorotan kajian merupakan pernyataan atau fakta yang menyokong sesuatu

objektif. Sorotan kajian membuktikan bahawa teori yang digunakan bukanlah

hanya rekaan semata-mata. Sorotan kajian ini mengandungi pernyataan, sejarah

atau latar belakang, isu semasa, pendapat, penilaian dan laporan kajian

berkenaan tajuk yang dipilih oleh penyelidik. Sumber-sumber kajian boleh diambil

daripada artikel, jurnal, tesis atau kenyataan daripada seseorang pakar.

Dalam bab ini, penulis akan menerangkan serba sedikit mengenai tajuk ini

berdasarkan beberapa kajian lepas yang dibuat oleh penulis-penulis ataupun

pengkaji-pengkaji yang lain berkenaan dengan isu yang berkaitan.

Memandangkan belum ada sebarang kajian yang pernah dibuat sepertimana tajuk

kajian penulis, penulis akan menjadikan kajian-kajian yang berkaitan sebagai

bahan rujukan.

10
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Siti Fairuz Binti Md Saion dalam

jurnalnya yang bertajuk Pengetahuan Mahasiswi Terhadap Kesalahan Zina Dalam

Undang-Undang Jenayah Islam.5 Kajian tersebut telah dilakukan bertujuan untuk

mengenalpasti tahap pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam

undang-undang jenayah Islam. Menurut beliau masalah zina telah menjadi satu

gejala yang berleluasa. Walaupun pada zahirnya, perbuatan zina itu tidak

diungkapkan dengan perkataan zina di kalangan remaja-remaja, tetapi ianya

cukup jelas dengan berlakunya penyebaran video-video lucah, kes pembuangan

anak, pelacuran dan sebagainya. Kenyataan yang jelas menunjukkan dihadapan

kita bahawa peranan filem-filem telah berubah sepenuhnya menjadi alat perosak

masyarakat yang amat dominan dan berpengaruh. Menurut beliau lagi, pengaruh

ini akan membawa kesan yang besar terutamanya kepada golongan remaja yang

sememangnya ada naluri ingin mencuba. Beliau telah memasukkan kajian yang

telah dibuat ke atas pelajar sekolah menengah yang dilakukan oleh Azizi Yahya

dan Asiah Suari pada tahun 2004 yang mendapati pelajar selalu berpegangan

tangan dengan kekasihnya dan menyatakan mereka sanggup berkorban apa

sahaja asalkan pasangan mereka bahagia. Pendapat sebeginilah yang

menyebabkan ramai pelajar terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat seperti

5
Siti Fairuz Binti Md Saion, Pengetahuan Mahasiswi Terhadap Kesalahan Zina Dalam Undang-undang
Jenayah Islam. Kajian Di Kolej Tun Fatimah, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Hal.3

11
menagih, melanggar peraturan sekolah, terlibat dalam seks bebas dan

sebagainya. Beliau berpendapat masyarakat Malaysia sedang menghadapi dilema

serta kebimbangan antara mencapai Wawasan 2020 dan kehilangan identiti

generasi muda yang dicemari dengan ketandusan adab dan keruntuhan akhlak,

antara membangunkan jati diri dan kerebahan gejala sosial yang dilanda

kelemasan potensi dan kehanyutan budaya. Diantara objektif kajian beliau adalah

untuk mengenalpasti tahap pengetahuan mahasiswi Malaysia terhadap kesalahan

zina dalam undang-undang jenayah Islam dari aspek pelaku jenayah. Selain itu

juga, objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan mahasiswi

terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari sudut

hukumannya. Disamping itu juga, objektif kajian adalah Untuk mengenalpasti

tahap pengetahuan mahasiswi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-

undang jenayah Islam khususnya dari sudut sabitan kesalahan.

Selain itu, beliau menegaskan juga bahawa masalah zina yang semakin

berleluasa ini sewajarnya diberi perhatian serius oleh pelbagai pihak. Namun

pertambahan kes zina dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan zina

sebagaimana yang sudah diterangkan pada bahagian latar belakang masalah

semakin berleluasa. Ini mencerminkan bahawa kesedaran dari pelbagai pihak

12
samada penguatkuasa, ibu bapa malahan individu itu sendiri amatlah kurang.

Malahan institusi pengajian tinggi yang yang dikatakan sebagai institusi yang akan

melahirkan mahasiswi dan mahasiswa yang mempunyai ilmu dan jati diri yang

tinggi dilihat banyak terlibat didalam masalah ini. Sudah banyak berita sensasi di

muka akhbar menceritakan kes-kes pembuangan anak dan juga tangkap khalwat

dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Beliau juga telah mengemukakan

beberapa cadangan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai zina dalam

kalangan mahasiswi antaranya ialah ibu bapa hendaklah menekankan pendidikan

agama kepada anak-anak sejak dari peringkat awal lagi. Akhir sekali, penulis

mendapati hasil kajian daripada beliau boleh dirungkai bahawasanya agenda

utama kajian ialah memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada golongan

mahasiswi khususnya. Selain itu, kesedaran tentang perlaksanaan undang-

undang Islam terhadap pesalah zina dalam kalangan mahasiswa telah dipupuk

secara tidak langsung.

Seterusnya, penulis mengambil satu jurnal daripada Rahimin Affandi Abd.

Rahim, Shamsiah Mohamad, Paizah Ismail dan Nor Hayati Mohd Dahlal, Jabatan

Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuliyyah Undang-

Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor Kuala

Lumpur, berjudul Konsep Fiqah Malaysia Dalam Perundangan Islam, yang mana

13
kajian tersebut dibuat pada tahun 2010.6 Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan

sifat dinamik konsep fiqah dalam sistem perundangan Islam di Malaysia yang

menekankan kepentingan hubungan dengan Allah dan sesama makhluk.

Beberapa teori telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Teori utama yang

digunakan adalah teori epistemologi hukum Islam yang menetapkan bahawa sifat

kelestarian sistem hukum Islam hanya boleh dicapai melalui pembentukan

kerangka epistemologi (apa, bagaimana dan untuk tujuan apa) yang jelas. Bagi

mencapai objektif kajian, beliau telah menjalankan kajian ini menggunakan kaedah

pengumpulan data primer dan data sekunder yang dianalisis kemudiannya bagi

membentuk teori konsep fiqah semasa yang lebih bersesuaian dengan realiti

Malaysia. Hasil kajian beliau mendapati konsep fiqah semasa telah mula difahami

oleh masyarakat Malaysia. Namun begitu, kelangkaan masih lagi wujud dalam

soal pemantapan konsep fiqah semasa ini dari segi kerangka konsep, rasionaliti,

pendekatan dan epistemologi, yang sepatutnya dijalankan oleh pihak Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Untuk itu, kajian ini telah cuba mengemukakan

jalan penyelesaian kepada usaha pemantapan ini.

6
Rahimin Affandi Abd. Rahim et al, Konsep Fiqah Malaysia Dalam Perundangan Islam: SatuPengenalan,
Kajian Malaysia, Vol.28, No.2, 2010, Hal.42

14
Seterusnya, penulis mengambil satu jurnal daripada Paizah Haji Ismail,

Prof. Madya, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,

Kuala Lumpur, yang telah membuat kajian mengenai Kaedah Pembuktian Dalam

Kes Hudud pada tahun 2008.7 Hasil kajian yang penulis perolehi daripada jurnal

ialah beliau menyatakan kaedah pembuktian bermaksud cara yang digunakan

bagi membuktikan kesalahan dihadapan mahkamah. Sebagai suatu kaedah bagi

tujuan khusus, ia mungkin berbeza daripada “pembuktian” dalam konsepnya yang

umum. Kerana dalam konsepnya yang umum, pembuktian tidak semestinya di

hadapan mahkamah dan tidak terikat dengan cara-cara tertentu. Sedangkan

dalam konsepnya yang khusus ini ia perlu dilakukan di hadapan mahkamah dan

perlu menggunakan cara-cara yang tertentu. Beliau menegaskan bahawa dibawah

sistem kehakiman konvensional, terdapat berbagai pandangan dalam usaha

mencari penyelesaian di antara dua nilai ini. Ada yang berpendapat mahkamah

perlu bebas dalam mencari kebenaran dan tidak patut terikat dengan kaedah

pembuktian tertentu. Ada pula yang berpendapat sebaliknya, iaitu mahkamah

perlu terikat dengan kaedah tertentu yang digariskan oleh undang-undang

berkenaan. Beliau turut menyertakan rujukan dari Dr. Bahansi bagi

memperjelaskan lagi prinsip terbuka berkenaan penegasan-penegasan Ibn al-

Qayyim selanjutnya sepertimana berikut: "Syariat Islam tidak hanya membataskan

7
Rahimin Affandi Abd. Rahim et al, Konsep Fiqah Malaysia Dalam Perundangan Islam: SatuPengenalan,
Kajian Malaysia, Vol.28, No.2, 2010, Hal.24

15
kepada kesaksian dua orang lelaki dalam menentukan kebenaran samada dalam

kes-kes penumpahan darah, harta, perzinaan ataupun dalam kes-kes hudud.

Malah para Khalifah al-Rasyidun dan para sahabat Rasulullah yang lain pernah

menjatuhkan hukuman dalam kes zina berasaskan mengandung dan dalam kes

minum arak berasaskan bau dan muntah."

Menurut beliau, begitulah juga apabila didapati barang curi pada

seseorang, orang tersebut lebih perlu dihukum dengan hukuman hudud daripada

orang yang mengandung (tanpa suami) dan orang yang ada bau arak (di

mulutnya). Segala bentuk gejala bau arak ada pada gejala terdapatnya barang

curi pada seseorang, malah dengan cara yang lebih tegas. Ini kerana keraguan

yang terdapat pada gejala mengandung, misalnya disebabkan oleh persetubuhan

secara paksa atau secara “syubhah”, begitu juga yang ada pada gejala bau mulut

dalam kes minum arak tidak ada dalam kes penemuan barang curi pada

seseorang. Kajian tersebut telah dibuat untuk menjelaskan lagi perbezaan antara

kaedah pembuktian sistem kehakiman konvensional dan hudud. Khususnya dalam

kes zina, para saksi perlu disoal secara berasingan untuk memastikan setiap

mereka bercakap benar dengan menegaskan masing-masing melihat sendiri

dengan jelas perbuatan berkenaan. Selain daripada kes zina, hakim boleh

menyoal para saksi itu secara berasingan atau sebaliknya. Dari segi bilangan

16
saksi, tidak semua kes memerlukan bilangan yang sama. Dalam kes zina,

bilangan saksi yang diperlukan ialah empat. Syaratnya mereka mestilah melihat

kejadian itu pada waktu yang sama dan sama-sama datang pada waktu yang

sama untuk memberi keterangan. Bilangan yang sama juga diperlukan pada

pandangan sesetengah para fuqaha dalam kes-kes liwat. Kerana bagi mereka

perbuatan meliwat juga merupakan zina. Sementara pada pandangan sebahagian

para fuqaha lain hanya perlu dua sahaja. Perbezaan pendapat ini berlaku juga

dalam kes-kes lesbian dan menyetubuhi binatang.

Menurut beliau, dalam kes-kes selain hudud, bilangan yang diperlukan dua

sahaja. Bagaimanapun dalam kes qadhf perlu ada perbezaan antara dua hal.

Pertamanya untuk mensabitkan bahawa perbuatan qadhf itu sendiri benar-benar

berlaku. Dalam hal ini dua orang saksi sudah memadai. Hal kedua ialah untuk

mensabitkan bahawa yang kena qadhf itu seorang penzina. Bagi tujuan ini empat

orang saksi diperlukan. Beliau menyimpulkan bahawa samada mahkamah terikat

atau sebaliknya dengan kaedah tertentu dalam menerima dan menolak

pembuktian dalam kes-kes hudud suatu persoalan yang masih boleh

diperbincangkan. Kerana ia merupakan masalah khilafiah yang telah

diperdebatkan oleh para ulama sejak zaman klasik lagi. Beliau menambah, apa

yang penting dalam konteks tulisan ini ialah Islam mempunyai kaedah yang ketat

17
dalam menerima apa-apa keterangan yang boleh mensabitkan mana-mana kes

Hudud. Pertamanya kerana Islam mahu memastikan keadilan berlaku di

mahkamah dalam kadar yang maksimum. Selain daripada itu ialah kerana hudud

merupakan jenayah berat yang perlu ditangani dengan penuh hati-hati agar ia

dapat diurus dengan berkesan.

Bagi tujuan yang sama Islam meletakkan syarat-syarat yang ketat dalam

menerima apa saja keterangan baik berupa saksi, pengakuan atau bukti keadaan

(qarinah) meskipun dalam konsep biasa kaedah-kaedah seperti ini merupakan

kaedah-kaedah yang kukuh. Namun, Islam juga membuka ruang bagi

perkembangan kaedah pembuktian ini dengan menerima pengetahuan Hakim

sendiri, dokumen, pendapat pakar dan sumpah sebagai bahan bukti yang layak

diterima. Bagaimanapun para fuqaha berbeza pendapat dalam perkara ini. Bagi

kita sekarang perbezaan pendapat ini boleh dijadikan sebagai asas bagi

memperbaharui pandangan fiqh selaras dengan kemajuan dan kepentingan

semasa. Pokoknya ialah keadilan perlu ditegakkan dan dalam menegakkan

keadilan tidak sepatutnya mana-mana pihak teraniaya. Penulis dapat memberi

kesimpulan daripada jurnal ini bahawa begitulah hudud, suatu kaedah hukumman

yang dikatakan berat. Namun apabila dilihat aspek pembuktiannya ternampak

bahawa apa yang dilihat sebagai berat itu tidak sangat menggerunkan kerana ia

18
dikawal oleh kaedah pembuktian yang ketat bagi menjamin keadilan tidak

tercemar. Penulis mendapati bahawa hasil artikel daripada beliau iaitu Kaedah

Pembuktian Dalam Kes Hudud dilihat berupaya menjadi satu batu loncatan dalam

mengetengahkan kesedaran masyarakat terutamanya dari golongan mahasiswa

tentang isu hudud dan perlaksanaanya yang wujud pada hari ini.

Seterusnya, didapati juga kajian lain yang memfokuskan kepada hukuman

rejam terhadap pesalah zina sepertimana yang ditulis oleh Norazlina Mohamed

Azmi dan Siti Zubaidah Ismail, Jabatan Perundangan Syari’ah, Akademi Pengajian

Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, dalam jurnalyang bertajuk Hukum Rejam,

Zina Dan Kontroversinya: Antara Aspirasi Dan Realiti Di Nigeria, yang ditulis pada

tahun 2014.8 Menurut kajian beliau, imej rejam atau hukuman membaling pesalah

dengan anak batu serta gambaran pesalah yang ditanam separuh badan di dalam

tanah merupakan suatu imej yang menggerunkan serta mampu menarik simpati

apabila ia dikenakan sebagai hukuman ke atas pesalah zina. Kajian beliau telah

mengupas tentang gambaran hukuman rejam terhadap pesalah zina dari sudut

psikologi. Secara psikologi, hukuman yang dahsyat lagi menakutkan sebegini

mampu menjauhkan sesiapa sahaja daripada melakukan kesalahan yang

dianggap berat di sisi agama Islam. Di peringkat antarabangsa, pelbagai kempen

8
Norazlina Mohamed Azmi dan Sii Zubaidah Ismail, Hukuman Rejam, Zina dan Kontroversinya: Antara
Aspirasi dan Realiti di Nigeria, Jurnal Syariah, Universiti Malaya, Akademik Pengajian Islam, Bilangan 4, Jilid 22,
Bahagian 3, Hal.385

19
dilakukan agar hukuman ini dihapuskan kerana dianggap satu penganiayaan

terhadap kaum wanita, apatah lagi apabila banyak kes yang ditonjolkan adalah

membabitkan pelaksanaan hukuman tersebut terhadap golongan wanita. Pelbagai

kumpulan pejuang hak asasi manusia dan hak wanita mengadakan kempen dan

promosi ke arah penghapusan hukuman rejam di negara seperti Sudan, Iran,

Pakistan dan Nigeria.

Di Malaysia, bukan sahaja rejam, malah hukuman hudud secara

keseluruhan menimbulkan pelbagai respon baik dari kalangan orang Islam sendiri

mahupun golongan bukan Islam. Seperti Malaysia, Nigeria juga merupakan

negara bekas jajahan Inggeris yang kini merupakan sebuah persekutuan yang

terdiri daripada 36 buah negeri yang mana kebanyakan negeri di utara didominasi

oleh penduduk Muslim, manakala yang beragama Kristian lebih ramai di negeri-

negeri di selatan.

20
2.2 Teori Kajian

2.2.1 Definisi Kajian

ِ ، ‫ىى‬ ِ
Kata zina berasal dari bahasa arab, iaitu ‫وزىَا ًء‬ ً ‫ َزىَى َي ْزِن ِز‬yang

bermaksud atal mar-ata min ghairi ‘aqdin syar’iyin aw milkin maksudnya

menyetubuhi wanita tanpa didahului akad nikah menurut syara’ atau disebabkan

wanitanya budak belian.9

Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan

seorang perempuan tanpa akad nikah yang sah mengikut hukum syara’ (bukan

pasangan suami isteri) dan kedua-duanya adalah mukallaf dan persetubuhan itu

tidak termasuk dalam takrif “wati syubhat” (persetubuhan yang meragukan). 10

Adapun untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, dibawah ini disebutkan takrif

yang diberikan oleh fuqaha dalam memberikan pengertian tentang zina.

9
Ibnu Hajar Asy-Qalani, Bulugh al-Maram (Jakarta: PT Rineka Cipta, 1992) terj. K.H. Kahar Masyhur,
Hal.190
10
Muhammad Abu Hasan, Ahkam al-Jarimah wa al-‘Uqubah fi Syariah al-Islamiyyah (al-Zarqa’: Maktabah
Al-Manar, 1987) Hal.235

21
Menurut mazhab Maliki, zina ditakrifkan sebagai persetubuhan antara

lelaki dengan perempuan yang berakal lagi baligh yang bukan miliknya dengan

kerelaan kedua belah pihak. Pendapat ini lebih banyak menggambarkan tentang

situasi umat Islam ketika zamannya. Pada ketika itu, wanita boleh dimiliki dengan

cara perhambaan. Wanita yang dikahwini juga dikira sebagai milik mengikut

pendapat ini. Di samping itu, Imam al-Syafi’e dan Imam Ahmad bin Hanbal pula

mentakrifkan zina lebih kurang sama seperti penakrifan yang dibuat oleh Mazhab

Maliki cuma mereka menambah: persetubuhan sama ada melalui qubul atau

dubur juga dianggap zina. Manakala Abu Hanifah pula tidak mengira bahawa

persetubuhan melalui qubul itu sebagai zina. Zina menurut takrifan al-Zayla’i

(bermazhab Hanbali) ialah persetubuhan yang tidak diharuskan dengan wanita

yang hidup yang bukan milik atau yang bukan isterinya tanpa paksaan di dalam

Negara Islam.11 Sedangkan zina menurut al-Jurjani pula ialah memasukkan

zakar ke dalam faraj yang bukan miliknya (isterinya) dan tidak ada unsur syubhat

(keserupaan atau kekeliruan).12

11
Dr. Nik Rahim Bik Wajis, Jenayah Rogol Di Dalam Undang-undang Islam (Jurnal Syariah 6) Hal.73-74
12
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal. 262

22
Daripada semua definisi yang diberikan di atas, definisi yang diberikan

oleh al-Zayla’i dikira komprehensif kerana merangkumi segala aspek penting di

dalam zina. Definisi tersebut juga memasukkan satu faktor penting yang

membezakan antara zina dengan rogol iaitu “tanpa paksaan”. Walaubagaimana

pun, satu lagi elemen penting yang boleh diambil dari definisi-definisi di atas iaitu

persetubuhan melalui dubur juga perlu dimasukkan bagi menyempurnakan

takrifan zina.

Menurut takrifan Bible, dosa zina hanyalah apabila seseorang lelaki, sama

ada telah beristeri atau tidak, meniduri wanita yang bersuami. Dalam kes ini,

lelaki ini dianggap penzina walaupun beliau tidak beristeri dan wanita tersebut

dianggap penzina juga.13

Pengertian zina secara am adalah sesuatu yang berkaitan dengan alat

kelamin atau hal-hal yang berhubungan dengan perkara-perkara hubungan

persetubuhan antara lelaki dengan perempuan secara haram.

13
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal. 261

23
2.2.2 Dalil Pengharaman Zina

Zina merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara jelas dan terang

oleh agama, bahkan perbuatan tersebut termasuk dalam dosa besar yang boleh

mendatangkan kemurkaan Allah  dan azabNya. Pengharaman zina telah jelas

terkandung dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah . Firman Allah  dalam al-

Quran:

         

Terjemahan: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu

adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa

kerosakan).”14

Pengharaman zina ditegaskan lagi oleh Allah dalam al-Quran pada

surah yang lain dengan firmanNya berbunyi:

             

         

14
Surah Al-Isra’ (17): 32

24
Terjemahan: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada

isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah

orang-orang yang melampaui batas.”15

Selain itu, dalam hadis Nabi Muhammad  juga dinyatakan tentang

pengharaman terhadap perbuatan zina. Sabda Rasulullah :

ّ ‫ َما َت ُق ْو ُل ْو َن ِِف‬:‫ َق َال َر ُس ْو ُل اهللِ ص َِٓ ْص َحابِ ِه‬:‫اد ْب ِن ْآَ ْس َو ِد َق َال‬


ُ ‫الزىَا؟ َقا ُل ْوا َح َّر َم ُه ا‬
‫هلل َو‬ ِ َ‫َع ِن ْاد ِ ْقد‬

‫ش ىِ ْو َو ٍة‬
ِ ْ ‫الر ُج ُل بِ َع‬ ِ ِ ِ ِ ِ
َّ ‫ ََٓ ْن َي ْز َِن‬:‫ َف َق َال َر ُس ْو ُل اهللِ ص َِٓ ْص َحابِه‬.‫َر ُس ْو ُل ُه َف ُه َو َح َرا ٌم ا ََل َي ْو ِم ْالق َوا َمة‬

‫ َح َّر َم َها اهللُ َو َر ُس ْو ُل ُه‬:‫الَّس َق ِة؟ َقا ُل ْوا‬


ِ َّ ‫ َما َت ُق ْو ُل ْو َن ِِف‬:‫ َف َق َال‬:‫ َق َال‬،‫ار ِه‬
ِ ‫َا ْي ََّس َع َل ْو ِه ِم ْن َا ْن َي ْز ِِن بِا ْم َر َأ ِة َج‬
َ ُ

.‫ار ِه‬
ِ ‫َّس َق ِم ْن َج‬
ِ ْ ‫َّس َع َل ْوه ِم ْن َا ْن َي‬ ٍ ِ َ ‫َّس َق الرج ُل ِمن َع‬
ُ َ ‫شة َا ْب َوات َا ْي‬َ ْ ُ َّ ِ ْ ‫ ََٓ ْن َي‬:‫ َق َال‬.‫َف ِه َي َح َرا ٌم‬

Maksudnya: Dari Miqdad bin Aswad, beliau berkata, Rasulullah  bertanya

kepada para sahabat, “Apa yang kalian katakana tentang zina?”. Para sahabat

menjawab, “Zina adalah sesuatu yang Allah dan RasulNya telah

mengharamkannya, maka zina itu haram sampai hari kiamat”. Rasulullah 

bersabda kepada para sahabat, “Sesungguhnya seorang lelaki berzina dengan

sepuluh perempuan itu lebih ringan (dosanya) daripada dia berzina dengan

tetangganya”. Miqdad berkata: Lalu Rasulullah  bertanya lagi, “Apa yang kalian

katakana tentang mencuri?”. Para sahabat menjawab, “Sesuatu yang Allah dan

15
Surah Al-Mukminun (23): 5-7

25
RasulNya telah mengharamkannya, maka mencuri itu haram”. Baginda

bersabda, “Sesungguhnya seorang lelaki yang mencuri dari sepuluh rumah

(orang lain) itu lebih ringan (dosanya) daripada dia mencuri dari rumah

tetangganya”.16

Seterusnya, terdapat dalil atau nas yang menunjukkan pengharaman

terhadap perbuatan zina beserta hukumannya sebagaimana firman Allah 

dalam dua surah yang berbeza,iaitu:

               

               



Terjemahan: “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain
bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah

membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak),

dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat

balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia

pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan”.17

16
Hadis Riwayat Ahmad, Juzuk 9, Hal 226, No.23915
17
Surah Al-Furqan (25): 68-69

26
                 

              

               

Terjemahan: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu

sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah kamu

dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan

hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan

hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh

sekumpulan dari orang-orang yang beriman. Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak

ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan

musyrik, dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin

dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan

perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.”18

Dan sabda Nabi Muhammad ,

‫ َٓ ََيِ ُّل َد ُم ا ْم ِر ٍئ ُم ْولِ ٍم َي ْش َهدُ َا ْن َٓ اِل َه آَِّ اهللُ َو َا َّن ُُم َ َّمدً ا َر ُس ْو ُل‬:‫ َق َال َر ُس ْو ُل اهللِ ص‬:‫َع ْن َع ِائ َش َة رض َقا َل ْت‬

18
Surah Al-Nur (24): 2-3

27
ِ ِِ ِ ٍ ِ ٍ ِ ِ
ُ ‫ َو َر ُج ٌل َخ َر َج ُُم َ ِار ًبا ِهللِ َو َر ُس ْوله َفا َّى ُه ُي ْقت َُل َا ْو ُي ْص َل‬،‫ َر ُج ٌل َزىَى َب ْعدَ ا ْح َصان َفا َّى ُه ُي ْر َج ُم‬:‫اهللِ آَّ بِا ْحدَ ى َثالَث‬
‫ب‬

ِ ‫َا ْو ُينْ َفى ِم َن ْآَ ْر‬


.‫ َا ْو َي ْقت ُُل َى ْف ًوا َف ُو ْقت َُل ِ َِبا‬،‫ض‬

Maksudnya: Dari Aisyah ., katanya: Rasulullah  bersabda, “Tidak halal darah

orang Islam yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bersaksi

bahawa Muhammad utusan Allah, kecuali salah satu dari tiga sebab: 1- Orang

yang berzina padahal dia sudah berkahwin, maka dia harus direjam. 2- Orang

murtad keluar dari agamanya dan memerangi Allah dan RasulNya, maka orang

itu dibunuh atau disalib atau dibuang dari negerinya. 3- Dia membunuh

seseorang, maka dia dibalas bunuh.”19

2.2.3 Unsur dan Jenis Dalam Jenayah Zina

I. Unsur-unsur dalam Jenayah Zina.

Zina adalah mengadakan hubungan kelamin antara lelaki dan wanita

diluar ikatan nikah yang sah. Penzinaan merupakan perbuatan keji, lucah,

salah laku seks yang sangat tidak terpuji sama ada dalam pandangan

agama mahupun masyarakat. Oleh itu, secara tegas Allah  melarangnya

dalam al-Quran dalam surah al-Mukminun pada ayat 5 hingga 7

19
Hadis Riwayat Abu Daud, Juzuk 4, Hal. 126, No.4353

28
sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini. 20 Sesuatu perbuatan

dapat dikatakan zina, apabila sudah memenuhi dua unsur yang boleh

disabitkan berlakunya sesuatu penzinaan tersebut. Pertama, adanya

persetubuhan antara dua orang yang berbeza jenis jantinanya (lelaki dan

perempuan). Kedua, tidak adanya keserupaan atau kesilapan dalam

perbuatan seks diluar nikah. Jikalau seorang lelaki melakukan

persetubuhan dengan seorang perempuan dan lelaki itu menyangka

bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan

perempuan itu bukan isterinya yang sah maka dalam kes ini kedua-dua

orang itu tidak boleh di dakwa kes zina dan tidak boleh dikenakan

hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam

“Wati Syubhat” iaitu persetubuhan yang meragukan atau persetubuhan

yang keliru.21

II. Jenis-jenis Dalam Jenayah Zina.

Hukuman zina adalah berbeza mengikut status penzina.Penzina yang

sudah berkahwin secara sah dan telah menikmati persetubuhan dalam

perkahwinan itu dikenali sebagai “muhsan”. Penzina yang belum

berkahwin atau sudah berkahwin tetapi belum merasai nikmat


20
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.263
21
Muhammad Abu Hasan, Ahkam al-Jarimah wa al-‘Uqubah fi Syariah al-Islamiyyah (al-Zarqa’: Maktabah
Al-Manar, 1987) Hal.236

29
persetubuhan dalam perkahwinan itu, pesalah ini dikenali sebagai “ghair

muhsan”.22 Penzina yang boleh dituduh dan didakwa ditempat kesalahan

zina muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal,

merdeka dan telah pernah berkahwin iaitu telah merasai kenikmatan

perempuan secara halal.

ُ‫ب ِج ْلد‬ ٍ ٍ ِ
ُ ‫ ا ْلبِ ُك ُر بِا ْلبِ ْك ِر ِج ْلدُ ما َئة َو َى ْف ٌي َسنَة َوال َّثو‬.‫ال‬
ِ ‫ب بِال َّثو‬ ً ‫اعنى َقدْ َج َع َل اهللُ َل ُ َّن َسبِ ْو‬
َ ‫ُخ ُذ ْو‬

ٍ ِ
َّ ‫ما َئة َو‬
.‫الر ْج ُم‬

Maksudnya: “Ketahuilah sesungguhnya Allah  telah memberikan jalan

untuk mereka. Untuk teruna dan dara dihukum dengan seratus pukulan

dan dibuang negeri setahun lamanya. Dan untuk janda dan duda dihukum

dengan pukulan seratus kali dan rejam.”

Hadis Rasulullah  yang diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-

Jahani katanya yang bermaksud, “Aku mendengar Nabi Muhammad

 pernah menyuruh mereka yang melakukan zina (Ghair Muhsan)

dijatuhkan hukuman sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri

selama setahun.”23

22
Muhammad Fathi Yusof diakses pada 13 November 2015
http://syariah.johor.gov.my/images/uploads/doc/undang_faraid.pdf , 2015, hal.3
23
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal. 283

30
2.2.4 Jenayah Yang Berkaitan Zina

Jenayah zina tidaklah tertakluk kepada manusia yang normal semata-mata,

malah syara’ telah menteliti lebih mendalam tentang jenayah yang berkaitan

dengan perbuatan zina serta hukumannya. Jenayah berkaitan zina adalah

merangkumi kepada segala aspek kesalahan yang berkait rapat dengan manusia

dan persetubuhan. Antara jenayahnya ialah bersetubuh dengan muhram,

Zoophilia, Necrophilia, Pedophilia, berzina dengan perempuan hamil, berzina

dengan orang gila dan berzina dengan isteri orang tetapi rogol tidak termasuk

dibawah bab ini. Walaupun rogol melibatkan persetubuhan bersama antara lelaki

dan perempuan seperti zina, jenayah rogol tidaklah termasuk dibawah

permasalahan zina kerana perbezaan dalam beberapa aspek dan faktor

berlakunya jenayah tersebut.

Rogol dalam istilah bahasa Arab disebut sebagai ightisab yang berasal

dari perkataan ghasb yang bererti merampas atau mengambil sesuatu tanpa

kerelaan. Namun, ightisab bukanlah makna yang khusus digunakan bagi rogol.

Di dalam undang-undang Islam, para ulama tidak menggunakan istilah ini bagi

membincangkan tentang masalah rogol bahkan mereka menggunakan istilah al-

31
zina bi al-ikrah atau zina dengan cara paksaan. Oleh itu, tidak ada definisi yang

khusus dan jelas diberikan oleh para ulama tentang rogol. Berdasarkan kepada

ciri-ciri penting dari definisi zina, maka jenayah rogol boleh didefinisikan sebagai,

“Hubungan jenis antara lelaki dengan perempuan yang bukan isterinya sama ada

melalui kemaluan (qubul) atau dubur tanpa kerelaan perempuan tersebut”. Di

dalam zina, jenayah tersebut dilakukan dengan kerelaan kedua pihak, manakala

di dalam kes rogol pula, kekerasan telah digunakan. Maka jelas menunjukkan

bahawa jenayah zina dan jenayah rogol dibincangkan dibawah dua tajuk yang

berasingan.24

Malah, satu perkara yang menarik perlu diperkatakan di sini bahawa

sesetengah ulama mengganggap bahawa rogol adalah sama dengan zina.

Sebagai contoh, al-Namir ada menyatakan bahawa “hubungan jenis dengan

seseorang wanita sama ada dengan kerelaan atau paksaan adalah dikira

sebagai zina di dalam undang-undang Islam dan di dalam kedua-dua keadaan,

pesalah akan dikenakan hukuman hadd”.25 Pandangan ini dikira kurang tepat

kerana mejoriti para ulama membezakan di antara dua jenayah ini meskipun ada

banyak persamaan di dalam kedua-dua jenayah ini. Tambahan pula, jika rogol

24
Dr. Nik Rahim Bik Wajis, Jenayah Rogol Di Dalam Undang-undang Islam (Jurnal Syariah 6) Hal.73-74
25
Muhammad Izat, Jara’im al-Ird Qanun al-Uqubat al-Misri (Kaherah: Dar Al-Arabia lil Mausu’at, 1984)
Hal.290

32
diletakkan di dalam kategori yang sama dengan zina, ini bermakna bahawa

kedua-dua pihak iaitu lelaki dan perempuan akan dipertanggungjawabkan di atas

perbuatan mereka. Pandangan ini tentunya bertentangan dengan prinsip asas di

dalam Islam yang mengecualikan hukuman serta tanggungjawab apabila

wujudnya paksaan (ikrah).26 Di dalam satu hadis, Rasulullah  bersabda:

‫اس ُت ْك ِر ُهوا َع َل ْو ِه‬ ْ ‫إِ َّن اهلل َو َض َع َع ْن ُأ َّمتِي‬


َ ‫الَ َط َي َوالن ْو َو‬
ْ ‫ان َو َما‬

Maksudnya: “Umatku akan diberi pengampunan di dalam tiga keadaan, tersalah,

terlupa dan dipaksa”.27

I. Bersetubuh dengan Mahram

Penyebutan sebenar bukanlah muhrim tetapi sebutan yang betul ialah

mahram.Mahram ertinya mereka yang haram berkahwin dengannya. Di

dalam al-Quran disebutkan perkahwinan yang dilarang sepertimana

berikut:

26
Dr. Nik Rahim Bik Wajis, Jenayah Rogol Di Dalam Undang-undang Islam (Jurnal Syariah 6) Hal.75
27
Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali, Perbahasan Usul Al-Ahkam (Kuala Lumpur: Pustaka Salam,
2001) Hal. 366

33
        

        

           

         

             

              

            

           

          

Terjemahan: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-

perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan

saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-

saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-

anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah

menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri

kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri

34
yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri

kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah

kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan)

bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan

diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi

isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang

lalu.Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha

Mengasihani. Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan)

perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu


miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum

Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu

perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu

mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara

berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati

percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka

berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai

suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa

mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu


(suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar

pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

Bijaksana.”28

Sumbang mahram (inceth) adalah pencabulan seks yang berlaku dalam

kalangan anggota keluarga dimana perkahwinan sesama sendiri ditegah

atau dari segi konteks Islamnya disebut sebagai mahram. Lelaki yang

28
Surah Al-Nisa’ (4): 23-24

35
bersetubuh dengan mahram (perempuan yang haram berkahwin

dengannya) adalah wajib dikenakan hukuman bunuh ke atas lelaki itu.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas  yang bermaksud,

“Mereka yang melakukan persetubuhan dengan perempuan yang menjadi

mahramnya hendaklah dibunuh.” Janin hasil hubungan sedarah (mahram)

adalah sama kedudukannya dengan janin hasil kejahatan pemerkosaan

atau rogol. 29

II. Zoophilia (Berzina dengan Haiwan)

Seseorang yang berzina dengan haiwan tidak boleh diistilahkan sebagai

orang yang berzina. Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu

perbuatan yang haram dan keji yang wajib dijatuhkan hukuman takzir. 30

Bagaimanapun terdapat segolongan ulama yang berpendapat bahawa

hukuman yang wajib dikenakan ke atas orang yang bersetubuh dengan

haiwan adalah mesti dibunuh. Di antara yang berpendapat demikian ialah

Jabir bin Abdullah  dan Ali bin Abi Talib . Dalilnya ialah dua hadis dari

Ikrimah dari Ibnu Abbas  bahawa Rasulullah  bersabda:

‫َم ْن َو َق َع َع َذ َِبِ ْو َم ٍة َفا ْق ُت ُل ْو ُه َو ْق ُت ُل ْوا ا ْل َب ِه ْو َم َة‬

29
Abu Mazaya Al-Hafiz & Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal. 264-266
30
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.267

36
Maksudnya: “Barang siapa yang berkelamin (bersetubuh) dengan haiwan,

maka hendaklah kamu membunuhnya dan bunuhlah haiwan itu”. 31

Pada riwayat lain, juga dari Ibnu Abbas  bahawa Rasulullah 

pernah bersabda:

‫ات َُم ْ َر ٍم َفا ْق ُت ُل ْو ُه َو َمن َو َق َع َع َذ َِبِ ْو َم ٍة َفا ْق ُت ُل ْوا ا ْل َب ِه ْو َم َة‬


ِ ََ ‫من و َقع َع َذ‬
َ َ ْ َ

Maksudnya: “Barang siapa yang berzina dengan mahramnya, maka

hendaklah kamu membunuhnya, dan barang siapa yang bersetubuh

dengan haiwan maka hendaklah kamu membunuhnya dan membunuh

haiwan tersebut”.

III. Necrophilia (Berzina dengan Orang Mati)

Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya

tidak boleh disifatkan sebagai melakukan penzinaan, tetapi lelaki itu wajib

dikenakan hukuman takzir. Perempuan yang memasukkan zakar lelaki

yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya tidak boleh juga

disifatkan sebagai berzina, tetapi perempuan yang melakukan perbuatan

yang disebut wajib dikenakan hukuman takzir sahaja tidak boleh

dikenakan hukuman hudud. Melakukan persetubuhan dengan orang yang

telah mati adalah dianggap sebagai tidak bersetubuh, disebabkan tubuh

31
Abdul Ghani Azmi, Mengenal Qanun Jenayah Islam(Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher,1991) Hal.147

37
badan orang yang telah mati itu tidak boleh digunakan lagi dan hal ini

merupakan satu perbuatan yang tidak menaikkan nafsu dan syahwat

keinginan.32

IV. Pedophilia (Berzina dengan Kanak-kanak)

Individu yang mengalami kecelaruan seksual boleh dikaitkan dengan

individu yang ketagih seks (sexual addction) yang keluar daripada tabi’e.

Biasanya mereka ini terdiri adalah terdiri dari orang lelaki dan tindakan

yang mereka lakukan ke atas kanak-kanak tersebut adalah sangat kejam.

Pedophilia ini akan menculik dan menyimpan kanak-kanak tersebut untuk

menguasai mereka supaya patuh dan tidak melawan sehingga mengikuti

kehendak mereka. Hukuman yang dikenakan keatas orang yang berzina

dengan kanak-kanak adalah bagi kanak-kanak lelaki yang belum baligh

yang melakukan persetubuhan haram dengan perempuan yang sudah

baligh tidak boleh dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang

dikenakan ke atas itu hukuman takzir, jikalau kanak-kanak tersebut sudah

32
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.275

38
mumayyiz, kerana dalam kes zina, baligh adalah diantara syarat yang

mewajibkan seseorang yang berzina itu dikenakan hukuman hudud.33

V. Berzina dengan Perempuan Hamil

Perempuan yang sedang hamil yang melakukan perzinaan apabila telah

disabit kesalahannya wajib juga dikenakan hukuman hudud (direjam atau

disebat) ke atasnya, sama ada hamilnya disebabkan persetubuhan

dengan suaminya sendiri, atau persetubuhan dengan pasangannya yang

dituduh melakukan perzinaan itu atau persetubuhan dengan orang lain.

VI. Berzina dengan Orang Gila

Lelaki (Islam, baligh dan berakal) yang melakukan persetubuhan dengan

orang yang gila yang bukan isterinya atau yang bukan suaminya wajib

dikenakan hukuman hudud ke atas orang yang berakal, iaitu direjam

sehingga mati bagi orang yang muhsan (sudah berkahwin), dan sebat

seratus kali sebatan serta dibuang negeri selama setahun bagi yang ghair

muhsan (belum berkahwin). Dan bagi orang yang gila tersebut dibebaskan

dari sebarang hukuman.

33
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.276-277

39
VII. Berzina dengan Isteri Orang

Berzina dengan perempuan yang jadi isteri orang lain adalah sangat

terkutuk. Ini kerana selain seseorang tersebut telah melakukan perbuatan

maksiat yang keji dan merosak nasab juga telah melakukan khianat

kepada sesama manusia. Allah  telah berfirman:

               

           

            

       

Terjemahan: “Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan)

perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu

miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum

Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu

perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu

mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara

berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati

percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka


berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai

40
suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa

mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu

(suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar

pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

Bijaksana.”34

2.2.5 Hukuman Terhadap Penzina

Mengikut hukum syara’ yang telah disebutkan di dalam al-Quran dan

Hadis bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila disabit kesalahannya

wajib dikenakan hukuman, iaitu disebat sebanyak seratus kali sebatan. Firman

Allah  di dalam al-Quran:

                 

          

Terjemahan: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu

sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu

dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan

34
Surah Al-Nisa’ (4): 24

41
hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan

hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh

sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”35

Berkaitan dengan hukuman zina ini, Rasulullah  bersabda sepertimana

di dalam sebuah hadis berikut:

.‫ َواهللُ َع ِز ْي ٌز َح ِك ْو ٌم‬.‫هلل‬
ِ ‫ها ا ْلبِ َّت َة َى َك َآً ِم َن ا‬ ُ ُ ‫الش ْو َخ ُة اِ ََا َز َى َوا َف ْار‬
َ ُ ‫ج ْو‬ َّ ‫الش ْو ُخ َو‬
َّ

Maksudnya: “Seorang lelaki tua dan seorang perempuan tua apabila berzina,

rejamlah mereka sampai mati sebagaimana hukuman dari Allah, sedang Allah

Maha Gagah Lagi Maha Bijaksana.”36

Hukuman yang disebut di atas adalah secara umum, di dalam hadis-hadis

Rasulullah  dijelaskan satu persatu hukumannya, iaitu jikalau lelaki atau

perempuan yang berzina tersebut pernah menikmati persetubuhan yang halal

(yakni sudah beristeri dan bersuami), maka hukuman bagi tiap-tiap seorang dari

keduanya ialah direjam. Sebaliknya jika mereka belum pernah merasakan

kenikmatan persetubuhan, maka hukumannya ialah disebat seratus kali sebatan

dan dibuang negeri.

35
Surah Al-Nur (24):2
36
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.279

42
Seorang yang melakukan zina (muhsan), sama ada lelaki atau

perempuan, wajib dikenakan ke atas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling

dengan batu yang sederhana besar sehingga mati. Adapun seseorang yang

melakukan zina (ghair muhsan), sama ada lelaki atau perempuan wajib

dikenakan ke atas mereka hukuman sebat seratus kali sebatan, dan dibuang

negeri selama setahun.37

2.2.6 Syarat Dikenakan Hadd Terhadap Penzina

Hukuman Hadd zina tidak boleh dilaksanakan atau dijatuhkan kepada seseorang

penzina sama ada lelaki atau perempuan kecuali dengan beberapa syarat yang

di antaranya telah sepakati dan sebahagiannya adalah perselisihan pendapat

antara fuqaha. Syarat tersebut adalah seperti berikut:38

I. Pelaku adalah seorang yang baligh.

Jika pelakunya adalah seorang yang belum baligh, maka tidak boleh

dijatuhkan hukuman hadd berdasarkan kesepakatan ulama.

37
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.280
38
Prof. Dr. Wahbah Az Zuhaili, Fiqih Islam Wa Adillatuhu (Damastus: Darul Fikr, Jilid 7, 2007) Hal.312-315

43
II. Pelaku adalah seorang yang berakal.

Jika pelaku adalah seorang yang gila, maka tidak boleh dijatuhkan

hukuman hadd keatasnya berdasarkan kesepakatan ulama. Jika

seseorang yang waras akalnya telah berzina dengan perempuan gila atau

sebaliknya iaitu lelaki yang gila berzina dengan perempuan yang akalnya

waras, maka dijatuhkan hukuman hadd terhadap orang yang berakal dari

keduanya.

III. Pelaku adalah seorang yang muslim (menurut Malikiyyah).

Menurut ulama Malikiyyah, orang kafir tidak dikenakan hukuman hadd

kepadanya jika berzina dengan perempuan kafir. Akan tetapi, mereka

haruslah dikenakan hukuman takzir jika menampakkan perbuatannya itu.

Jika seseorang kafir memaksa seseorang perempuan muslimah untuk

berzina (perkosa), maka orang kafir tersebut hendaklah dibunuh. Namun,

jika perempuan muslimah tersebut melakukan perzinaan secara sukarela,

maka, orang kafir tersebut hendaklah dihukum dengan hukuman takzir.

Di samping itu, jumhur ulama mengatakan bahawa hukuman hadd

zina juga dikenakan kepada penzina kafir tetapi tidak dihukum rejam jika

44
statusnya adalah muhsan melainkan didera menurut ulama Hanafiyyah.

Manakala, ulama Hanabilah dan ulama Syafi’eyah menyatakan tidak

dijatuhkan hukuman hadd zina kepada penzina kafir yang musta’man.

IV. Pelaku melakukan penzinaan secara sukarela, bukannya dipaksa.

Fuqaha berbeza pendapat mengenai bahawa orang yang berzina kerana

dipaksa tetap dijatuhkan hukuman hadd atau tidak. Jumhur berpendapat

bahawa tidak dikenakan hukuman hadd kepada seseorang yang dipaksa

berzina. Namun, ulama Hanabilah berpendapat bahawa seseorang yang

dipaksa berzina juga dikenakan hukuman hadd sepertimana yang telah

dijelaskan sebelum ini.39 Perempuan yang dipaksa untuk berzina atau

diperkosa tidak dikenakan hukuman hadd zina terhadapnya.

V. Perzinaan yang dilakukan adalah dengan manusia.

Jika seseorang menyetubuhi binatang, maka tidak dikenakan hukuman

hadd zina terhadapnya berdasarkan kesepakatan mazhab empan

menurut pendapat yang lebih sahih dan rajih dalam kalangan ulama

Syafi’eyah tetapi dikenakan hukuman takzir keatasnya. Sedangkan

binatang yang disetubuhi tersebut tidak perlu dibunuh dan tetap boleh

dimakan dagingnya menurut jumhur. Manakala menurut ulama’

39
rujuk 2.2.4 Jenayah Berkaitan Dengan Zina

45
Hanabilah, binatang tersebut mestilah dibunuh dengan didatangi oleh dua

orang saksi lelaki yang memberikan kesaksian bahawa pelaku telah

menyetubuhi binatang tersebut, dagingnya haram untuk digunakan dan

pelaku mestilah menggantikannya.

VI. Perempuan yang dizinai harus perempuan yang memang sudah bisa

disetubuhi.

Jika perempuan yang dizinai tersebut adalah kanak-kanak yang masih

kecil pada adatnya masih belum boleh disetubuhi, maka kedua-duanya

tidak dikenakan hukuman hadd terhadap mereka menurut ulama

Hanafiyyah. Seorang perempuan yang dizinai tidak dijatuhkan hukuman

hadd jika orang yang menzinainya adalah belum baligh. Selain itu, jumhur

mengatakan bahawa orang yang berzina dengan seseorang budak

perempuan yang masih kecil yang sudah memungkinkan untuk disetubuhi

maka tetap dikenakan hukuman hadd terhadapnya walaupun budak

perempuan tersebut tidak berstatus mukallaf.

46
VII. Perzinaan yang dilakukan mestilah tidak mempunyai unsur syubhat.

Jika persetubuhan yang dilakukan disertai dengan adanya unsur syubhat,

maka hukuman hadd telah gugur terhadap mereka yang melakukannya.

Seperti apabila seseorang menyangka perempuan yang ada

dihadapannya adalah isterinya atau hambanya, maka tidak boleh

dijatuhkan hukuman hadd terhadapnya menurut ulama Malikiyah dan

ulama Syafi’eyah. Sedangkan menurut ulama Imam Abu Hanifah, Abu

Yusuf dan ulama Hanabilah, pelaku tetap dijatuhkan hukuman hadd zina.

Ini adalah yang disebut dengan syubhat pada pelaku.

VIII. Pelaku mengetahui hukum pengharaman zina

Jika penzina mengaku bahawa tidak mengetahui dan dia memang dalam

keadaan benar-benar tidak mengetahui akan pengharaman perbuatan

zina, maka alasannya adalah diterima. Terdapat dua pandangan menurut

ulama’ Malikiyyah, dan pendapat yang paling rajih menyatakan bahawa

orang yang tidak mengetahui tentang hukum pengharaman perbuatan

zina, orang yang keliru dan orang yang lupa adalah tidak boleh dijatuhkan

hukuman hadd zina terhadapnya sepertimana orang yang terlupa bahawa

sudah menceraikan isterinya.

47
IX. Perempuan yang dizinai bukanlah perempuan harbi di daerah Harb atau

daerah Baghyi.

Perempuan yang dizinai oleh seseorang lelaki tersebut mestilah bukan

perempuan harbi di daerah Harb (kawasan negeri musuh) atau daerah

Baghyi (kawasan yang dikuasai oleh kelompok pemberontak). Ini adalah

menurut ulama’ Hanafiyyah. Adapun mazhab yang lain berpendapat

bahawa orang yang berzina dengan perempuan kafir harbi di daerah Harb

atau perempuan kafir harbi yang masuk ke dalam kawasan negeri Islam

dengan jaminan keamanan adalah tetap dikenai hukuman hadd zina

terhadapnya.

Selain itu, disyaratkan juga persetubuhan tersebut dilakukan di

dalam kawasan negeri Islam. Hukuman zina tidak dapat dijatuhkan kecuali

setelah tindakan zina itu benar-benar terbukti secara jelas sepertimana

yang akan dijelaskan dalam topik akan datang.

X. Orang yang dizinai adalah orang yang hidup.

Orang yang menyetubuhi mayat tidak akan dikenakan hukuman had zina

terhadapnya menurut jumhur ulama, sedangkan pendapat masyhur dari

48
ulama Malikiyyah mengharuskan dijatuhkan hukuman had keatasnya. Hal

ini telah dijelaskan pada bahagian sebelum ini.40

XI. Memasukkan hasyafah ke dalam lubang faraj.

Selain itu, disyaratkan pula bahawa memenuhi pengertian zina iaitu

memasukkan hasyafah (kepala zakar) yang asli (bukan tiruan atau mainan

dan selainnya) ke dalam lubang kemaluan bahagian depan wanita (faraj).

Adapun persetubuhan yang dilakukan pada kemaluan belakang

atau liwath, maka tidak dikenakan hukuman hadd zina melainkan

dikenakan hukuman takzir menurut Imam Abu Hanifah. Sedangkan

menurut mazhab-mazhab yang lain termasuk juga antaranya adalah

Muhammad dan Abu Yusuf, orang tersebut tetap dikenakan hukuman

hadd zina. Akan tetapi menurut ulama Malikiyyah, orang yang melakukan

sodomi dan yang menjadi objek sodomi harus direjam secara mutlak

dengan keduanya berstatuskan mukallaf.

40
rujuk 2.2.4 Jenayah Berkaitan Dengan Zina – III Necrophlia

49
2.2.7 Pensabitan Kes Zina

Kaedah bagi mensabitkan seseorang terhadap kesalahan zina yang dilakukan

mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Seperti

perlukan kepada syahadah, syarat saksi, ikrar, status pengakuan yang diterima,

penarikan balik pengakuan dan seumpamanya. Penjelasan berkaitan pensabitan

kes zina adalah seperti berikut:

i. Syahadah (kesaksian)41

Telah sepakat dalam kalangan fuqaha bahawa jenayah zina boleh

disabitkan dari dua perkara iaitu pertama, pengakuan daripada penzina

(ikrar) dan kedua, 4 orang saksi lelaki muslim, baligh, merdeka,

mempunyai penglihatan, boleh bertutur, tidak ditohmah sebagai

pembohong dan adil. Perzinaan yang tidak cukup syarat-syarat, tidak

boleh dituduh dan didakwa di bawah kesalahan zina muhsan, tetapi boleh

dituduh dan didakwa di bawah kesalahan zina ghair muhsan mengikut

syarat-syarat yang dikehendaki oleh syarak.

41
Abu Mazaya Al-Hafiz & Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.284

50
ii. Syarat-syarat Kesaksian42

Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan zina

yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-

syarat berikut: pertama, saksi-saksi mestilah empat orang yang

kesemuannya terdiri daripada orang lelaki, tidak diterima penyaksian

orang perempuan dan disyaratkan terdapat empat orang paling kurang

sebagai saksinya mengikut Mazhab Syafi’e. Kedua, baligh iaitu orang

yang telah dewasa mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh

syarak. Sunnah Rasulullah  menetapkan baligh melalui ihtilam (mimpi)

dan tumbuh bulu di kemaluan. Ketiga, berakal iaitu orang yang

mempunyai akal fikiran yang waras dan cukup sempurna akal fikirannya.

Keempat, orang yang adil iaitu orang yang tidak melakukan dosa besar

dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. Kelima, saksi-saksi mestilah

terdiri daripada orang-orang Islam sama ada menjadi saksi ke atas orang

Islam atau bukan Islam. Keenam, saksi-saksi itu kesemuanya mestilah

benar-benar melihat dengan matanya sendiri terhadap masuknya

kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan wanita seperti lidi celak masuk ke

dalam sarungnya atau keris masuk ke dalam sarungnya. Ketujuh, saksi-

saksi mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat

42
Abu Mazaya Al-Hafiz & Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.284-285

51
yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat

dan masa). Kelapan, keterangan saksi-saksi mestilah jelas iaitu

menerangkan secara hakiki tentang masuknya zakar lelaki tersebut ke

dalam lubang faraj perempuan tersebut sebagaimana yang berlaku bukan

secara kiasan. Kesembilan, seseorang yang mendakwa terhadap mana-

mana perempuan telah melakukan zina tanpa mengemukakan empat

orang saksi lelaki, maka dakwaan itu adalah dianggap sebagai qazaf iaitu

menuduh seseorang berzina secara melulu sehingga membolehkannya

wajib dikenakan hukuman hudud (80 kali sebat).

iii. Ikrar (pengakuan)43

Perkara ini berpandukan kepada hadis Nabi Muhammad  ketika

peristiwa yang berlaku ke atas Ma’iz bin Malik . Ma’iz bin Malik datang

menghadap Rasulullah  dan berkata: “Hukumlah aku kerana aku telah

berzina!”. Ketika itu Rasulullah  tidak mengambil perhatian ke atas

permintaan Ma’iz. Kemudian beliau datang kembali kepada Rasulullah 

dan berkata: “Hukumlah aku! kerana aku telah berzina”. Kemudian

Rasulullah  bertanya: “Adakah kamu mabuk atau gila?”. Sahabat

mengatakan bahawa beliau tidak mabuk ataupun gila. Selepas itu azan

43
Abu Mazaya Al-Hafiz & Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.286

52
asar telah dilaungkan dan Ma’iz bin Malik solat asar bersama

Rasulullah . Setelah selesai solat asar, beliau datang lagi kepada

Rasulullah  dan berkata: “Hukumlah aku, kerana aku telah berzina”.

Rasulullah  menjawab: “Bukankah kamu telah solat bersama-sama aku

tadi, mudah-mudahan Allah  mengampuni dosa kamu”. Ma’iz berkata:

“Ya, saya telah solat asar, tetapi hukumlah aku kerana aku telah berzina”.

Kemudian Rasulullah  bertanya: “Adakah kamu telah berkahwin?”. Ma’iz

menjawab: “Ya, benar”. Kemudian Rasulullah  menjawab: “Jatuhkanlah

hukuman rejam sampai mati kepada Ma’iz bin Malik”. Maksud dari

kandungan hadis tersebut ada juga disebutkan dalam Sunan al-Nasa’i,

penggalan matanya adalah sebagai berikut:

ْ ‫ت َف ْت َف َر‬ ِ ِ
‫ج َها‬ َ َ ‫َفان ا ْع‬

Maksudnya: “Apabila ia mengaku hendaklah engkau merejamnya.”

a) Pengakuan Zina yang Boleh Diterima44

Hukuman hudud hanya akan dijalankan sekiranya perempuan atau

seorang lelaki telah mengaku berzina, lalu hukuman telah sabit

dengan ikrar atau pengakuan. Seseorang lelaki atau perempuan yang

44
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.287-288

53
mengaku bahawa telah berzina tidak boleh disabitkan kesalahan

mereka dengan setakat adanya pengakuannya sahaja, kecuali cukup

syarat-syarat pengakuan berikut: pertama, pengakuan mestilah dibuat

dan dikemukan di mahkamah atau dihadapan hakim atau wakilnya.

Tidak sah pengakuan itu dibuat di hadapan orang lain selain hakim

atau wakilnya. Kedua, pengakuan mestilah datang dari orang yang

mempunyai pemikiran yang waras dan siuman. Seseorang yang

kadang-kadang gila dan kadang-kadang siuman dan waras fikirannya,

dimana balam masa siuman dan waras fikirannya, dia mengaku

bahawa telah berzina, maka pengakuannya itu boleh diterima dan

wajib dikenakan hkuman hudud ke atas orang itu. Pengakuan yang

dibuat oleh orang yang tidak siuman dan orang yang tidak waras

fikirannya, maka pengakuan itu tidak boleh diterima untuk

mensabitkan kesalahan berzina dan tidak boleh dikenakan hukuman

hudud ke atas orang yang mengaku berzina. Ketiga, pengakuan

dibuat oleh orang yang telah dewasa mengikut perhitungan syarak.

Keempat, pengakuan mestilah dibuat secara lisan, iaitu dengan mulut

dan lafaz, kecuali orang yang bisu boleh diterima pengakuannya

dengan tulisan atau isyarat yang dapat difahami. Kelima, pengakuan

mestilah dibuat dengan cukup jelas dan terang mengenai perbuatan

54
zina yang dilakukan oleh mereka tanpa menimbulkan sebarang

keraguan dan kesamaran.

b) Menarik Balik Pengakuan (ikrar)45

Jika pesalah yang telah membuat pengakuan, kemudian telah menarik

balik pengakuan tersebut, maka pihak hakim boleh menerima

penarikan balik pengakuan yang dibuat oleh pesalah tersebut, kerana

kesalahan minum arak (khamar) adalah hak Allah  bukan hak

manusia. Kesalahan berzina samalah seperti kesalahan-kesalahan

hudud yang lain yang menjadi hak Allah . Penerimaan hakim ke atas

penarikan balik pengakuan yang telah dibuat oleh pesalah yang

melakukan kesalahan zina, kerana kemungkinan pengakuan yang

dibuat oleh pesalah tidak benar dan menimbulkan kesamaran dan

keraguan yang boleh melepaskan orang yang dituduh dari hukuman

hudud. Ini adalah berdasarkan orang yang dituduh dari hukuman

hudud. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah  yang diriwayatkan

daripada Abdullah bin Mas’ud : “Tolaklah hukuman hudud itu

dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan kesamaran dan

keraguan”. Pengakuan yang dibuat oleh orang yang silap adalah tidak

45
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.289

55
boleh diterima, kerana kemungkinan pengakuannya itu tidak benar,

dan pengakuannya tidak boleh diambil kira dan tidak boleh diterima

penyaksian dan keterangannya.

iv. Mengukuhkan Tuduhan46

Sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti

berzina maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan

mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat sahsiahnya.

Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang

melakukan perbuatan zina dengan perempuan secara jelas dengan mata

kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah diterangkan

secara kiasan dalam undang-undang syariah: “Seperti besi celak

dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pen dimasukkan ke dalam

botol dakwat”. Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan

empat saksi sebagaimana yang diterangkan di atas, maka dia dianggap

sebagai seorang pendusta di sisi Allah . Pengecualian untuk hukum

tersebut hanya pada satu kes sahaja sebagaimana yang disebut dalam al-

Quran iaitu jika seorang suami menuduh isterinya sendiri melakukan

perbuatan zina. Inilah ketentuan Allah  terhadap mereka berdua yang

46
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.290,293

56
dikenali sebagai istilah “Li’an”. Dalam hal ini semua tidak dituntut untuk

mengemukakan empat orang saksi terhadap perbuatan zina yang

dilakukan oleh isterinya sendiri dan dilihat dengan mata kepalanya sendiri.

           

              

 

Terjemahan: “Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang

mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya

dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang

menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali,

bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar. Dan sumpah yang

kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya

jika ia dari orang-orang yang dusta”.47

v. Persaksian Perempuan Dalam Kes Zina48

Berkaitan dengan kesaksian perempuan dalam kes zina ini ulama

berselisih pendapat. Sekurang-kurangnya terdapat 2 pendapat dalam

47
Surah Al-Nur (24): 6-7
48
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.296-301

57
perkara ini. Pertama, jumhur (Hanafiah, Malikiyyah, Syafi’eyyah dan

Hanabilah) adalah tidak harus perempuan menjadi saksi dalam hal

perkara serta tidak diterima penyaksian mereka. Kedua, Atha’ bin Abi

Rabbah, Hammad serta mazhab Zahiriyyah adalah harus perempuan

menjadi saksi iaitu seperti 3 lelaki dan 2 perempuan, atau 2 lelaki dan 4

perempuan atau seorang lelaki dan 6 perempuan. Atha bin Rabbah

mengatakan “sekiranya 8 perempuan adil memberi persaksian terhadap

perempuan lain dengan zina, nescaya aku akan menjatuhkan hukuman”.

Iaitu dengan kaedah seorang lelaki bersamaan 2 orang perempuan

berdasarkan persaksian dalam hukum harta. Istinbat fuqaha dalam hal ini

ke atas kedudukan perempuan dalam persaksian jenayah zina ialah

berdasarkan banyak dalil dan antaranya ialah Firman Allah  dalam al-

Quran:

           

        

Terjemahan: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada

perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak

58
membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh

kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-

lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”.49

Menurut kaedah bahasa arab, apabila di ‘muaanas’kan maka

ma’dud (perkataan selepasnya) adalah ‘muzakkar’. Maka Allah

menggunakan perkataan ‘arba’ah’ yang bermaksud empat dengan

mua’anas lalu semestinya ditujukan kepada saksi lelaki.

Sekiranya zina berlaku di dalam bilik air perempuan atau perkara

yang melibatkan urusan dalaman perempuan seperti kelahiran, tanda

dara, aib pada kemaluan perempuan, kecederaan di tempat aurat dan

yang seumpamanya bahawa kesemua tempat tersebut tidak mungkin

boleh dilihat lelaki atau terdapat pada lelaki, maka penyaksian perempuan

dalam hal ini terdapat perselisihan dalam kalangan ulama sepertimana

berikut:

a. Penyaksian mereka tetap tidak diterima, cukup sekadar takzir.

Demikian pandangan ulama Hanafiyyah.

49
Surah Al-Nur (24): 4

59
b. Diterima penyaksian perempuan ketika itu, kerana adanya darurat iaitu

di tempat atau keadaan yang tidak mungkin dilihat atau terdapatnya

lelaki dan disyaratkan terdapat 4 orang paling kurang sebagai saksinya

menurut mazhab Syafi’e, seorang menurut mazhab Hanafi, ada juga

yang mengatakan 2 orang. Demikianlah pandangan mazhab

Malikiyyah, Syafi’eyah dan Hanabilah yang lebih sahih.

c. Dalil ulama di peringkat ini adalah daripada Imam al-Zuhri berkata:

“Telah berlalu sunnah bahawa adalah harus penyaksian perempuan

dalam perkara yang tidak boleh dilihat kecuali oleh perempuan, seperti

kelahiran dan keaiban dalam mereka”. Pandangan arjah (diaggap

sesuai dan lebih waqi’i). Walaubagaimanapun, ulama tidak pula

menyebut persoalan asrama perempuan, qiyas antara maslahat

perempuan di atas mungkin diguna pakai dalam hal asrama

perempuan.

d. Begitupun, paling kurang pesalah tidak terlepas, hukuman takzir akan

dilaksanakan sekiranya sabit kesalahan melalui perbicaraan dengan

bukti-bukti yang dikemukan, malah hukuman takzir boleh mencecah

60
tahap yang lebih berat daripada hudud bahkan sehingga ke tahap

bunuh, demikian menurut pandangan mazhab Hanafi iaitu apabila

diyakini mafsadah (keburukan) akan merebak sekiranya tidak

dilaksanakan hukuman takzir dengan bunuh.

vi. Qarinah

Qarinah bermaksud tanda atau petunjuk yang dijadikan keterangan bagi

mengesahkan wujudnya atau menafikan wujudnya sesuatu. Contohnya,

kehamilan dalam keadaan tiada suami atau tuan adalah qarinah yang

jelas terhadap perbuatan zina, qarinah ini telah diterima oleh Khalifah

Umar  sebagai dalil sabitan dalam kes ini.50 Undang-undang Islam

mengiktiraf qarinah sebagai satu keterangan yang sah berasaskan

kepada beberapa dalil antaranya ialah Allah  berfirman mengenai kisah

Nabi Yusuf :

                

    

50
Luqman Abdul Mutalib dan Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Al-Qarinah: Antara Kekuatan dan Keperluan
Dalam Mensabitkan Kesalahan Jenayah (Zina), International Journal Of Islamic Thought, Vol.2 (December 2012),
Hal. 45

61
Terjemahan: “Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula

melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata:

"Tidak! bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara

(yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan

sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya,

mengenai apa yang kamu katakan itu."51

Menurut al-Qurtubi, para ulama telah berdalilkan ayat ini untuk

mengamalkan qarinah. Mereka berijma’ bahawa Nabi Yaakub  telah

menjadikan baju Nabi Yusuf  yang berlumuran darah tetapi tidak

terkoyak sedikit pun sebagai keterangan bahawa adik beradiknya itu telah

melakukan pembohongan. Nabi Yaakub  menyebut: “Bagaimana

serigala ini sungguh bijak, ia memakan Yusuf tanpa mengoyakkan

bajunya”.

Juga suatu kisah berkaitan qarinah iaitu kisah Nabi Yusuf 

dituduh menggoda Zulaikha. Saksi yang memberi keterangan

menggemukakan qarinah iaitu jika baju Nabi Yusuf  terkoyak dari

depan bermakna Nabi Yusuf  menggoda Zulaikha, dan jika baju Nabi

51
Surah Yusuf (12):18

62
Yusuf  terkoyak dari belakang bermakna Zulaikha yang menggoda Nabi

Yusuf . Keterangan ini berunsur qarinah dan penghakiman dibuat

berasaskan keterangan tersebut. Qarinah-qarinah juga ada dilakukan oleh

Rasulullah , antaranya ialah:

a. Rasulullah  pernah menjatuhkan hukuman berasaskan qiyafah iaitu

membuktikan nasab atau keturunan seseorang menggunakan

kepakaran tertentu seperti dengan melihat tapak kaki. Qiyafah adalah

salah satu bentuk qarinah.

b. Rasulullah  juga pernah mengarahkan barang hilang yang dijumpai

diserahkan kepada sesiapa yang boleh menyebut sifat-sifat barang

tersebut.

c. Nabi Sulaiman  pernah menghukum berasaskan qarinah dalam kes

dua orang wanita mengaku ibu kepada seorang kanak-kanak. Nabi

Sulaiman  meminta supaya diberikannya sebilah pedang untuk

membelah anak tersebut menjadi dua. Wanita tua membenarkannya,

sementara wanita muda menghalang dan berkata bahawa dia lebih

rela anaknya diserahkan kepada wanita tua daripada dibelah dua. Nabi

63
Sulaiman  membuat keputusan bahawa anak itu milik wanita muda

kerana seorang ibu kandung tidak sanggup melihat anaknya mati. Ibn

Qayyim menganggap contoh ini adalah contoh yang paling jelas

menunjukkan penerimaan qarinah sebagai asas keterangan di

mahkamah.

d. Para sahabat pernah menggunakan kaedah qarinah, umpamanya

Umar  pernah menjatuhi hukuman zina ke atas wanita yang

mengandung tanpa suami dan tiada unsur paksaan. Beliau juga

pernah menjatuhkan hukuman minum arak dengan keterangan

berasaskan bau nafas dan muntah.

Ibn Farhun menyebut bahawa sesungguhnya sebahagian dari cara

penghakiman menurut mazhab Maliki adalah melalui qarinah. Ibn Qayyim

pula menyebut bahawa walaupun sebahagian fuqaha dalam mazhab-

mazhab lain tidak berterus terang berpegang kepada qarinah, tetapi

sebenarnya mereka membuat ketetapan hukum berasaskan qarinah.

Penerimaan qiyafah adalah salah satu contoh penerimaan pendapat

pakar. Pandangan pakar amat diperlukan terutamanya jika masalah itu

diluar pengetahuan hakim, seperti masalah yang memerlukan analisis

doktor, pakar kimia atau sebagainya. Bukti-bukti ini disebut qarinah di

64
dalam Islam dan terbahagi kepada dua iaitu qarinah kuat dan lemah.

Qarinah yang kuat cukup untuk mengharuskan hukuman dilaksanakan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, maka cukup untuk dilaksanakan takzir.

Bagaimanapun perlulah melalui perbicaraan yang lebih terperinci.

Demikian juga bau arak di mulut bagi mensabitkan hukuman kerana

minum arak. Mengandung tanpa suami juga adalah qarinah yang cukup

untuk disabitkan hukuman zina.52

2.2.8 Perlaksanaan Hukuman Hadd Terhadap Penzina

Hukuman hudud hendaklah dilaksanakan oleh Imam (Ketua Negara) atau

wakilnya, iaitu hakim. Hal ini tidak boleh dilaksanakan oleh orang awam, kerana

hukuman hudud itu adalah hak Allah  yang disyariatkan untuk menjaga

kepentingan umat manusia secara umum. Hukuman hudud hendaklah

dilaksanakan di khalayak ramai secara terang-terangan (tidak boleh dilaksana

secara tersembunyi) iaitu disaksikan oleh sekumpulan orang-orang beriman.

Firman Allah :

52
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.499-501

65
                 

          

Terjemahan: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu

sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu

dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan

hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan

hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh

sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.53

Oleh itu, perlaksanaan di hadapan sekumpulan orang ramai dari kaum

muslimin adalah salah satu syarat dalam perlaksanaan hukuman. Lebih jelas

butir-butir di bawah adalah mesti diambil kira dalam perlaksanaan hukuman

hudud bagi jenayah zina:54

I. Hukuman hudud wajib diserahkan kepada Imam (Ketua Negara) atau

orang yang bertindak sebagai wakilnya iaitu hakim atau qadi kerana

hukuman hudud itu perlu kepada ijtihad. Hukuman hudud yang tidak

dilaksanakan oleh Ketua Negara atau wakilnya adalah dikhuatirkan akan

53
Surah Al-Nur (24): 2
54
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.302-303

66
kesempurnaannya atau melebihi daripada yang sepatutnya, boleh

menyebabkan hukuman hudud tersebut tidak mengikut sebagaimana

yang dikehendaki oleh syarak.

II. Kehadiran Imam (Ketua Negara) tidak menjadi syarat dalam

melaksanakan hukuman hudud, kerana Rasulullah  pada lazimnya tidak

hadir ketika hukuman hudud itu dijalankan.

III. Bagi menjalankan hukuman hudud, perlulah dengan izin dan kebenaran

Imam (Ketua Negara), kerana hukuman hudud yang dijalankan di zaman

Rasulullah  adalah setelah dengan izin Baginda dan di zaman Khulafa

al-Rasyidin pula adalah dengan izin mereka.

IV. Hakim yang hendak menjatuhkan hukuman hudud ke atas orang-orang

yang melakukan penzinaan disunatkan meminta penjelasan daripada

mereka itu sebelum hakim tadi menjatuhkan hukuman hudud itu, kerana

boleh jadi perbuatan tersebut baru zina mata sahaja, atau baru zina mulut

dengan mencium atau hanya zina tangan dengan memegang sahaja.

67
Dalam kes zina, apabila seseorang yang didakwa berzina itu menarik balik

pengakuannya sebelum hukuman hudud itu dijatuhkan ke atasnya disebabkan

tidak ada bukti-bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan zina ke atas

orang yang didakwa berzina tadi, maka hukuman hudud itu tidak boleh

dikenakan ke atasnya dan dengan demikian maka gugurlah hukuman hudud

tersebut.

Di dalam hukuman hudud terhadap penzina di bahagikan kepada dua

bentuk hukuman secara usulnya iaitu hukuman sebat beserta dibuang negeri

selama setahun dan hukuman rejam bagi penzina. Namun ada beberapa

pecahan dari segi toleransi hukuman mengikut keadaan seseorang individu yang

melakukan jenayah penzinaan. Penjelasannya adalah seperti berikut:

i. Menjalankan Hukuman Rejam55

Mereka yang telah mengaku berzina yang mungkin pengakuannya itu

dalam keadaan fikiran yang tidak sihat, atau kerana terlupa kemudian

menarik balik pengakuannya tadi, maka disunatkan bagi hakim untuk

menyoal siasat dan menyelidiki lebih lanjut ke atas pengakuan mereka.

55
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.304-306

68
Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah  bersabit kes Ma’iz

bin Malik  untuk menjaga jiwa manusia dari mengelakkan hukuman

hudud. Hadis pengakuan Ma’iz bin Malik  sebagai dasar hukum rejam.

Hukuman rejam bagi pesalah lelaki hendaklah dijalankan dalam

keadaan berdiri tanpa diikat dan tidak ditanam, sama ada kesalahannya

disabitkan dengan saksi atau dengan ikrar (pengakuan), kerana

Rasulullah  tidak menanam Ma’iz bin Malik, dan dua orang Yahudi ketika

menjalankan hukuman rejam ke atas pesalah zina tersebut. Pesalah

perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam hendaklah ditanam

sebahagian badannya, jika kesalahan itu disabitkan dengan saksi. Cara

menjalankan hukuman rejam ke atas pesalah perempuan sebagaimana

tersebut adalah merujuk hadis Rasulullah  yang diriwayatkan daripada

Abi Bakrah bermaksud: “Bahawasanya Nabi Muhammad  telah merejam

seorang perempuan, lalu digalikan lubang hingga ke paras dada

perempuan itu untuk merejamnya”.56 Pesalah perempuan yang dijatuhkan

hukuman rejam yanga disabitkan kesalahan dengan ikrar (pengakuan

perempuan itu) tidak perlu ditanam ketika dijalankan hukuman rejam,

tetapi hendaklah diikat pakaian perempuan itu supaya tidak terbuka

56
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.306 Hadis riwayat Abu Daud

69
auratnya. Mereka yang mati disebabkan rejam, mayat mereka hendaklah

dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan di

perkuburan orang Islam sebagaimana hadis Rasulullah  yang

diriwayatkan daripada Buraidah mengenai mayat Ma’iz bin Malik yang

mati direjam, sabdanya: “Laksanakanlah mayat Ma’iz itu sebagaimana

kamu menguruskan mayat-mayat kamu.”

ii. Menjalankan Hukuman Sebat57

Hukuman sebat boleh dijalankan dengan menggunakan cemeti dan

dengan pukulan yang sederhana sebanyak seratus kali. Cemeti yang

digunakan untuk penyebat itu bukan cemeti yang basah supaya tidak

melukakan, dan bukan pula cemeti yang bercabang atau pecah. Penyebat

yang menggunakan cemeti yang bercabang atau cemeti yang pecah,

sebatan itu dikira satu sebatan, malahan sebatan tersebut adalah

mengikut bilangan cabang-cabang yang ada pada cemeti itu. Hukuman

sebat tidak boleh dijalankan dimasa waktu terlalu panas atau dimasa

waktu sangat sejuk. Hukuman sebat ini juga tidak boleh dijalankan ke atas

pesalah yang sedang sakit dan perempuan yang sedang hamil dan

perempuan-perempuan yang sedang nifas. Pesalah lelaki tidak perlu

57
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.306-308

70
ditanggalkan pakaian, kecuali boleh ditanggalkan pakaiannya sekiranya

pesalah-pesalah itu memakai pakaian yang tebal pada musim sejuk.

Pesalah lelaki hendaklah menjalankan hukuman sebat itu dalam keadaan

berdiri. Dan pesalah perempuan hendaklah dijalankan hukuman sebat itu

dalam keadaan duduk. Hukuman sebat tidak boleh dijalankan terus

menerus pada satu anggota sahaja, malah hendaklah berpindah sebatan

tersebut dari satu anggota kepada anggota yang lain, kecuali muka,

kemaluan dan kepala. Hukuman sebat bukanlah bertujuan untuk

mematikan penjenayah sebagaimana hukuman rejam yang dikenakan ke

atas orang-orang yang zina muhsan, tetapi sebenarnya adalah

merupakan hukuman untuk menghalang dan mencegah penjenayah

melakukan jenayah syariah (zina) dengan berterusan.

Jumhur fuqaha mengakui adanya hukuman rejam bagi penzina

muhsan, walaupun tidak dinyatakan dalam al-Quran, mereka

bersandarkan pada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Ali

bin Abi Talib  menjatuhkan hukuman jilid bagi Syurahah pada hari

Khamis dan merejamnya pada hari Jumaat.

71
‫جت َُها بِ ُون َِّة‬ ِ ‫ َج َلدْ ُ َُتا بِ ِكت‬:‫ َو َق َال‬،‫اْل ُم َع ِة‬
ْ َ ‫َاب اهللَِّ َو َر‬ ُ ْ ‫ج َها َي ْو َم‬ ِ ‫الَ ِم ْو‬
َ َ ‫س َو َر‬ ْ ‫ٌش َح ًة َي ْو َم‬
َ ٌ َ‫َا َّى ٌه َج َلد‬

َِّ‫َر ُس ْو ِل اهلل‬

Maksudnya: Bahawasanya Ali  mendera Syurahah pada hari Khamis

dan merejamnya pada hari Jumaat, seraya berkata: “Aku menderanya

berdasarkan Kitabullah dan merejamnya berdasarkan sunnah Rasulullah

”.

Para ulama berbeza pendapat sama ada hukuman bagi sayyib

(janda) itu dijilid seratus kali lalu direjam atau hanya direjam sahaja. Ada

yang menggantungkan kedua hukuman tersebut dengan alasan bahawa

jilid itu adalah hukuman yang pokok (asal), sedangkan dibuang setahun

bagi bikr (dara) dan direjam bagi sayyib (janda) itu merupakan hukuman

tambahan.

Sebagaimana hadis diatas yang menjadi landasan dan ada juga

para ulama yang mengganggap cukup dengan direjam bagi sayyib adalah

kerana Rasulullah  merejam Ma’iz dan Ghamidiyah dan merejam

seorang Yahudi dan tidak ada nas yang menyatakan bahawa Baginda 

menjilid (menyebat) mereka lebih dahulu. Pendapat ini dipegang oleh

Jumhur atau sebahagian besar ulama.

72
iii. Hukuman Ke Atas Wanita Mengandung dan Menyusukan Anak58

Penangguhan hukuman hudud ke atas penzina hamil sehingga melahir

anak adalah untuk menjaga anak yang dalam kandungan dan diri

perempuan itu sendiri supaya tidak binasa dengan sebab rejaman di masa

hamil. Penzina yang dalam masa menyusukan anak hendaklah juga

ditangguhkan hukuman hudud (rejam) ke atasnya sehingga anak itu

berhenti dari masa menyusu supaya tidak menyakitkan kepada anaknya

itu.

Perempuan yang sedang mengandung melakukan perzinaan

apabila sabit kesalahannya wajib juga dikenakan hukuman hudud (direjam

atau disebat), sama ada kehamilannya disebabkan persetubuhan dengan

suaminya sendiri atau persetubuhan dengan pasangannya yang dituduh

melakukan perzinaan dengan orang lain.

Hukuman hudud yang dikenakan ke atas perempuan yang sedang

hamil tidak boleh dilaksanakan semasa perempuan itu sedang dalam

hamil. Hukuman itu hendaklah ditangguhkan sehingga perempuan itu

melahirkan anaknya, penangguhan hukuman hudud ke atas perempuan

58
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.309-310

73
yang sedang hamil yang melakukan perzinaan adalah berdasarkan

hadis59 Rasulullah  yang diriwayatkan daripada Imran bin Hasin 

bahawa seorang perempuan dari suku Juhainah (yang dikenal dengan

nama Ghamidiyah) datang menemui Rasulullah  dan perempuan itu

sedang hamil kerana berzina, lalu berkata: “Ya Nabi Allah! Telah sampai

kepadaku hukuman hudud (aku telah melakukan kesalahan yang

mewajibkan aku dikenakan hukuman hudud), maka laksanakanlah hudud

terhadapku”. Lalu Rasulullah  memanggil walinya dan bersabda:

“Jagalah dia baik-baik (jangan dicaci dan dicela). Apabila dia telah

melahirkan anaknya, bawalah dia kembali kepadaku”. Perintah Baginda 

itu dilaksanakan oleh wali perempuan tersebut. (Setelah perempuan itu

melahirkan anaknya, maka perempuan itu dibawa kepada Rasulullah ),

lalu Rasulullah  menyuruh supaya ditutupkan kain perempuan itu ke

badannya, kemudian Rasulullah  menyuruh sahabatnya merejam

perempuan tersebut. Maka perempuan tersebut telah mati direjam.

Kemudian Baginda menyuruh menyembahyangkan jenazah perempuan

tersebut. Maka Umar  bertanya: “Adakah tuan wahai Rasulullah 

hendak menyembahyangkan ke atas orang yang telah berzina?”. Lalu

Rasulullah  bersabda: “Sesungguhnya perempuan itu telah bertaubat.

59
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.309 Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud

74
Sekiranya dibahagi-bahagikan taubatnya di antara tujuh puluh orang

penduduk Madinah, taubatnya masih luas (sama dengan taubat mereka)

dan adakah kamu dapati sesuatu yang lebih afdal dari seorang

perempuan yang datang sendiri menyerahkan dirinya kepada hukuman

Allah .” Pendapat ini merupakan pendapat mejoriti ulama (jumhur),

sehingga pelaksanaan hukuman terhadap wanita hamil adalah

ditangguhkan sehingga beliau melahirkan anak.

iv. Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Orang Perempuan Yang Nifas60

Perempuan yang sedang nifas, kemudian melakukan penzinaan apabila

berzina dan ternyata sabit kesalahannya maka wajib juga dikenakan

hukuman hudud (direjam atau disebat). Hukuman hudud yang dikenakan

ke atas perempuan yang sedang nifas tidak boleh dilaksanakan semasa

sedang dalam keadaan nifas. Hukuman hendaklah ditangguhkan

sehingga kering darah nifasnya. Penangguhan hukuman hudud ke atas

perempuan sedang nifas yang melakukan penzinaan adalah berdasarkan

hadis yang diriwayatkan daripada Ali  bahawa beliau berkata:

“Sesungguhnya hamba perempuan telah berzina, lalu Baginda menyuruh

60
Abu Mazaya Al-Hafiz &Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers,2004) Hal.311

75
aku menyebat perempuan tersebut. Kebetulan perempuan tadi dalam

berdarah nifas. Maka aku takut jikalau aku sebat perempuan itu aku

membunuhnya. Lalu aku memberitahu hal itu kepada Nabi Muhammad .

Maka Baginda bersabda: “Baik perbuatan engkau itu (benar pendapat

kamu).” Penangguhan hukuman hudud (rejam) ke atas perempuan yang

nifas sehingga kering darah nifasnya adalah untuk menahan kesakitan

nifas.”

2.2.9 Aplikasi Hukuman Zina Di Malaysia

Maksud hukum jenayah ialah ketentutan syariat Islam tentang kesalahan

jenayah dan hukuman yang perlu dikenakan keatas pesalah berkenaan. Dalam

pengajian hukum Islam, “jenayah” biasanya diertikan sebagai kesalahan yang

boleh dihukum dengan kesiksaan tertentu. Definisi ini penting dalam menentukan

perbezaan antara “kesalahan jenayah” dan “kesalahan sivil”. Menurut para

fuqaha, kesalahan jenayah secara umumnya dikenakan hukuman bersifat

kesiksaan, sementara dalam kesalahan sivil hukuman yang dikenakan secara

umumnya bersifat ganti rugi. Walaubagaimanapun, penggunaan istilah “jenayah”

dalam konsepnya yang umum sepertimana di atas tidak begitu popular dalam

76
kalangan fuqaha klasik Islam. Mereka lebih cenderung menggunakan istilah-

istilah yang lebih khusus iaitu qisas, hudud dan takzir dengan cara terpisah.

Dengan kata lain, mereka kurang menggunakan istilah “kesalahan jenayah”

secara umum tetapi sebaliknya menggunakan istilah lebih terperinci dengan

memecahkan konsep “jenayah” kepada tiga komponen yang lebih kecil iaitu

“kesalahan qisas”, “kesalahan hudud” dan “kesalahan takzir”.61

 Pengaplikasian hukuman zina di Malaysia menurut sejarah.

Kenyataan paling awal tentang pelaksanaan undang-undang jenayah Islam

di Malaysia ialah catatan di batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang,

Terengganu dalam lingkungan tahun 1898M. Inskripsi tersebut bertarikh

pada 17 Rejab 702H, iaitu bersamaan dengan 22 Febuari 1303M. Catatan

tersebut ialah mengenai kesalahan dan hukuman terhadap jenayah zina. Ia

menyatakan: “Orang berbuat balacara lelaki perempuan setitik; Dewata Mulia

Raya jika mereja bujang palu; seratus rotan. Jika mereka merdeka beristeri;

atau perempuan bersuami ditanam hinggakan; pinggang dikembalang

dengan batu matikan”. Meskipun tidak ada catatan lain yang boleh memberi

kenyataan tentang pelaksanaan sebenar undang-undang zina tersebut

dalam masyarakat pada waktu itu, namun boleh diandaikan bahawa telah

61
Paizah Haji Ismail, Kedudukan Mazhab Syafi’i dalam Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia (Jurnal
Fiqh: No.4 (2007) hal.238

77
dilaksanakan kerana kenyataan yang menunjukkan hukuman tersebut tidak

dilaksanakan juga tidak ada. Jikalau diandaikan tidak dilaksanakan bererti

suatu keraguan telah dibuat terhadap kesungguhan masyarakat Islam pada

waktu itu dalam beragama, iaitu suatu anggapan yang tidak mempunyai apa-

apa asas.62

Kenyataan yang lebih terkemudian ialah yang terdapat dalam

Undang-undang Melaka, iaitu undang-undang yang ditulis sekitar tahun

1523-1524, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.

Selain dalam Undang-undang Melaka, perlaksanaan undang-

undang jenayah Islam ini juga dapat dilihat dalam kanun-kanun yang lain

yang terdapat di Malaysia sebelum zaman penjajahan. Dalam Undang-

undang Pahang, yang ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Abdul

Ghafar Mahaiyuddin Shah, yang memerintah di antara tahun 1592 hingga

1616, misalnya terdapat peruntukan tentang jenayah. Antaranya ialah

yang berkenaan dengan hukum qisas, hudud, diyat dan takzir. Begitu juga

dalam Undang-undang Johor yang dibuat pada tahun 1203H (1788/9M),

62
Paizah Haji Ismail, Kedudukan Mazhab Syafi’i dalam Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia (Jurnal
Fiqh: No.4 (2007) hal.240

78
iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud al-Ghazi Ibn Abdul Jalil

Shah. Hal yang sama juga terdapat dalam Undang-undang Kedah yang

ditulis pada tahun 1211H (1893M), dan Undang-undang Sembilan Puluh

Sembilan Perak.63

Menurut kepercayaan umum, pelaksanaan undang-undang Islam,

termasuk dalam kes-kes jenayah di Melaka dan semua negeri-negeri di

Malaysia masih diteruskan sehingga berlaku penjajahan Inggeris pada

tahun 1786. Mengikut kepercayaan itu, Portugis yang mula menakluk

Melaka pada tahun 1511, dan kemudiannya Belanda yang menjajah

negeri-negeri di Malaysia tidak berminat untuk memperkenalkan undang-

undang mereka di Malaysia pada waktu penjajahan mereka.64

63
Paizah Haji Ismail, Kedudukan Mazhab Syafi’i dalam Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia (Jurnal
Fiqh: No.4 (2007) hal.241
64
Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, Sistem Undang-undang Di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1985) Hal.14

79
 Aplikasi Di Malaysia: Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah

Persekutuan) 1997.65

Aplikasi hukuman bagi penzina di Malaysia menurut kandungan yang

terdapat dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1997 pada susunan kes di Bahagian I (Permulaan) telah

mendefinisikan zina dibawah Seksyen 2 P.U. (A) 352/85 [Akta A585]

menyatakan bahawa zina ialah persetubuhan antara lelaki dengan

perempuan tanpa nikah. Huraian kes di Bahagian IV (Kesalahan Yang

Berhubungan Dengan Kesusilaan) telah menyatakan dibawah Seksyen 23

iaitu Persetubuhan Luar Nikah bahawa:

(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang

perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima

ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun

penjara atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum

dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

65
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

80
(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan

orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan

sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak

melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak

melebihi tiga tahun penjara atau disebat tidak melebihi enam sebatan

atau dihukum dengan mana-mana hukuman itu.

(3) Hakikat bahawa seorang permepuan hamil luar nikah akibat daripada

persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaanya adalah keterangan

prima facie tentang pelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh

orang perempuan itu.

(4) Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana orang perempuan yang

melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh kurang

daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah

disifatkan telah hamil luar nikah.

 Aplikasi Di Malaysia: Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)199566

66
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

81
Aplikasi hukuman bagi penzina di negeri Selangor menurut kandungan

yang terdapat dalam Enakmen 9 Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah

(Selangor) 1995 di Bahagian IV iaitu Kesalahan Yang Berhubungan

Dengan Kesusilaan di bawah Seksyen 25 iaitu Persetubuhan Luar Nikah:

(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang

perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan sesuatu

kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima

ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun

atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-

mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan

orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan

sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak

melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak

melebihi tiga tahun penjara atau disebat tidak melebihi enam sebatan

atau dihukum dengan mana-mana hukuman itu.

82
(3) Hakikat bahawa seorang permepuan hamil luar nikah akibat daripada

persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaanya adalah keterangan

prima facie tentang pelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh

orang perempuan itu.

(4) Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana orang perempuan yang

melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh kurang

daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah

disifatkan telah hamil luar nikah.

 Aplikasi Di Malaysia: Enakmen Jenayah (Syariah) 199267

Aplikasi hukuman bagi penzina di negeri Perak menurut kandungan yang

terdapat dalam Enakmen 3 Tahun 1992, Enakmen Jenayah (Syariah)

1992 di Bahagian VI iaitu Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Maruah

Diri di bawah Seksyen 48 iaitu Persetubuhan Haram telah menyatakan

bahawa sesiapa yang melakukan persetubuhan haram adalah bersalahan

atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan

hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama

tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga

dikenakan sebat tidak lebih daripada enam kali.

67
Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 – Negeri Perak

83
 Aplikasi Di Malaysia: Enakmen Kanun Jenayah Syariah 198568

Aplikasi hukuman bagi penzina di negeri Kelantan menurut kandungan

yang terdapat dalam Enakmen 2 Tahun 1995, Enakmen Kanun Jenayah

Syariah 1985 di Bahagian II iaitu Kesalahan-Kesalahan di bawah Seksyen

11 iaitu Zina telah menyatakan bahawa sesiapa yang berzina yang tidak

boleh dikenakan hukuman hadd mengikut Hukum Syarak adalah bersalah

atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman

penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak

melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya dan disebat enam kali.

 Aplikasi Di Malaysia: Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan

Qisas) Terengganu 1423H/2002M69

Aplikasi hukuman bagi penzina di negeri Terengganu menurut kandungan

yang terdapat dalam Enakmen 4 Tahun 2002 (Tr. P.U. 4/2002) , Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu

68
Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 – Negeri Kelantan
69
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M

84
1423H/2002M di Bahagian IV iaitu Zina di bawah dua seksyen iaitu 12

dan 13. Di dalam Seksyen 12 iaitu Zina telah menyatakan:

(1) Zina ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara

seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan pasangan

suami isteri dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif watie

syubhat sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (3).

(2) Jika pesalah itu sudah berkahwin dengan sah dan telah menikmati

persetubuhan dalam perkahwinan itu, maka pesalah itu dinamakan

Muhsan tetapi apabila pesalah itu belum berkahwin atau sudah

berkahwin tetapi belum merasai nikmat persetubuhan dalam

perkahwinan itu maka pesalah itu dinamakan Ghair Muhsan.

(3) Watie Syubhat ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki

dengan seorang perempuan yang bukan isterinya dan persetubuhan

itu dilakukan:

85
(a) Dalam keadaan yang meragukan dalam mana dia menyangja

bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya,

sedangkan perempuan itu bukan isterinya, atau

(b) Dalam keadaan yang boleh meragukan dalam mana dia

menyangka perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhi

olehnya itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, sedangkan pada

hakikatnya perkahwinannya itu adalah tidak sah.

Oleh itu, jika seseorang lelaki atau perempuan tersebut tergolong dibawah

seksyen 12, maka akan disabitkan di bawah seksyen 13 iaitu Hukuman

Zina telah menyatakan bahawa:

(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu Muhsan, maka pesalah tersebut

hendaklah dihukum dengan hukuman rejaam iaitu melontar dengan

batu yang sederhana besarnya sehingga mati.

(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu Ghair Muhsan, maka pesalah

tersebut hendaklah di hukum dengan hukuman sebat sebanyak

seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara

selama satu tahun.

86
Secara umumnya telah diketahui bahawa Enakmen Kesalahan

Jenaah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M tidak

dapat dikuatkuasakan kerana beberapa halangan sama ada bersifat

politik atau bersifat perundangan. Dari sudut politik ialah bahawa tidak

mendapat kerjasama daripada kerajaan persekutuan. Dari sudut

perundangannya bahawa tidak dapat dikuatkuasakan kerana undang-

undang jenayah termasuk dalam senarai kuasa persekutuan bukan

dibawah kuasa negeri. Akta Mahkamah Syariah yang menghadkan

hukuman bagi kesalahan jenayah syariah kepada tiga tahun penjara,

denda lima ribu ringgit dan enam kali sebatan menjadi halangan kepada

pelaksanaan Enakmen dan Kanun Jenayah Islam ini.70

70
YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali, Taknin Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan
Qisas) Terengganu 1423H/2002M: Satu Kewajipan dan Langkah Dakwah, Kertas Kerja dalam Muzakarah Jenayah
Syariah Kebangsaan 2014 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, 29 Mei 2014
bersamaan 29 rejab 1435H. Hal.5

87
BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 METODOLOGI

3.1.1 Pendahuluan

Pada bab ini, pengkaji akan menerangkan secara spesifik atau lebih

mendalam berkaitan tajuk yang penulis kaji, iaitu ‘Tahap Kefahaman

Mahasiswa Tentang Pensabitan Hukuman Hudud Terhadap Pesalah Zina’.

Berdasarkan metodologi kajian yang telah penulis pilih dan kaji. Metodologi

kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk

menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi

menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif,

metodologi yang dirangka adalah meilbatkan kaedah kajian survey, kaedah

pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.

88
Kaedah kuantitatif ini adalah satu kajian yang mudah secara umumnya

menggunakan analisis statistik, melalui graf dan carta. Kaedah ini bersifat

objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah “kuantiti”

membawa maksud jumlah banyaknya sesuatu, menyenaraikan kuantiti asas

beserta unitnya.

3.1.2 Populasi Dan Persampelan

Kajian ini adalah merupakan kajian populasi yang melibatkan

keseluruhan mahasiswa Islam di pusat pengajian tinggi swasta. Cara

memperoleh maklumat adalah melalui soal selidik di mana melalui soal

selidik ini, pengkaji akan memperoleh hasil kajian berkaitan pemahaman

mahasiswa di institusi pengajian tinggi swasta tentang pensabitan hukum

hudud terhadap pesalah zina.

Oleh itu, pengkaji bercadang untuk mengecilkan bilangan responden

menjadi 30 orang yang terdiri daripada 15 lelaki dan 15 perempuan. Kajian

ini telah dijalankan di sekitar kawasan Kolej Islam As Sofa. Sebanyak 30 set

89
borang kaji selidik telah diedarkan bagi mendapat tindak balas dari

responden.

3.1.3 Instrumen

Berdasarkan kajian yang telah dipilih, penulis telah menggunakan

beberapa kaedah antaranya kaedah kerja lapangan dimana penulis akan

mengedarkan borang kaji selidik kepada responden yang terdiri daripada

tiga bahagian. Bahagian A terdiri daripada soalan yang berkaitan dengan

maklumat responden, bahagian B dan C pula tentang pemahaman

mahasiswa di institusi pengajian tinggi swasta tentang pensabitan hukum

hudud terhadap pesalah zina.

Kajian borang kaji selidik merupakan borang yang berisi soalan serta

ruangan jawapan di mana sampel borang digunakan untuk semua

responden. Borang kaji selidik ini hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif

penyelidikan untuk mengumpul data kajian. Soal selidik ini bertujuan untuk

mendapat data responden terhadap tahap pemahaman mereka mengenai

pensabitan hukum hudud terhadap pesalah zina.

90
3.1.4 Teknik Pengumpulan Data

Data-data kajian diperoleh dari sumber maklumat dengan

menggunakan borang soal selidik dan juga maklumat sekunder yang

diperoleh daripada buku-buku ilmiah, internet, rujukan di perpustakaan dan

majalah-majalah yang berkaitan dengan kajian.

3.1.5 Data Primer

Bagi pengumpulan data-data premier pula, maklumat telah diperoleh

daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada 50 orang di sekitar

kawasan Kolej Islam As Sofa. Bahagian pertama iaitu bahagian A adalah

untuk mendapatkan maklumat berkaitan responden dari segi jantina, umur,

status responden sama ada telah berkahwin atau masih bujang, kursus

atau program yang di ambil dan sebagainya.

Manakala di bahagian kedua B dan C pula, adalah untuk mengetahui

tahap kefahaman mahasiswa tentang pensabitan hukum hudud terhadap

pesalah zina dari segi individu. Soalan-soalan bahagian kedua ini direka

91
bentuk bagi memenuhi objektif dan persoalan kajian yang keempat iaitu

yang telah penulis nyatakan pada bab sebelum ini.

3.1.6 Data Sekunder

Data ini diperoleh daripada tiga kategori bahan bercetak iaitu buku-

buku rujukan, majalah atau jurnal dan pencarian menggunakan internet dan

di perpustakaan.

3.2 KAJIAN PERPUSTAKAAN

Kajian ini hanya menggunakan satu kaedah kajian iaitu kajian

perpustakaan. Kaedah ini digunakan untuk mencari maklumat yang berkaitan

tahap pemahaman mahasiswa tentang pensabitan hukum hudud terhadap pesalah

zina. Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku

rujukan yang lain untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, penulis

juga boleh membuat rujukan internet melalui komputer.

92
3.3 ANALISIS DOKUMEN

Selain itu, bagi kaedah penganalisa data telah digunakan secara luas di

dalam kajian ini. Pengkaji akan menghasilkan makna atau pemahaman hasil dari

data yang dikumpulkan dari lapangan kerja kajian. Melalui kaedah ini, kesimpulan

dan analisis data telah dibuat melalui pemahaman mahasiswa tentang pensabitan

hukum hudud terhadap pesalah zina. Data-data ini akan diproses dan dianalisis

serta akan dicartakan mengikut kaedah peratusan. Borang soal selidik yang telah

diedarkan kepada 30 orang responden yang dipilih sebagai responden terdiri

daripada pelbagai umur, jantina, dan sebagainya.

93
BAB IV

HASIL KAJIAN

4.0 Pendahuluan

Pada bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil kajian, iaitu jawapan

kepada persoalan kajian yang telah dikemukakan bertajuk Tahap Kefahaman

Mahasiswa Kolej Islam As-Sofa Mengenai Masalah Zina dan Pensabitan

Hukuman Hudud Terhadap Pesalah Zina. Setiap hasil kajian yang pengkaji

kemukakan ini akan penulis rungkaikan satu persatu berdasarkan kajian yang

telah dilakukan.

Pengkaji akan menyatakan hasil kajian beserta keterangan perbincangan

berdasarkan pada soalan kaji selidik yang telah diberikan kepada responden

serta maklum balas yang telah diberikan.

Hasil kajian yang ingin diketengahkan kepada bentuk objektif yang telah

dirangka oleh pengkaji iaitu mengetahui tahap kefahaman mahasiswa mengenai

pensabitan hukuman hudud terhadap pesalah zina.

94
4.1 Bahagian A ( Analisis Maklumat Responden )

Jadual 1 : Jantina

Kategori N=30 Peratus (%)

Lelaki 15 50

Perempuan 15 50

Jumlah 30 100

Jadual 1 di atas, menunjukkan bilangan responden mengikut jantina. Peratusan

responden lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 50% bersamaan dengan 15

orang. Pengkaji telah membahagikan responden bagi mengetahui tahap kefahaman

mereka mengenai pensabitan hukuman hudud terhadap pesalah zina.

95
Jadual 2 : Umur

Kategori N=30 Peratus (%)

17-20 27 90

21-23 2 6.67

24-30 1 3.33

27-30 0 0

Jumlah 30 100

Jadual 2 di atas, menunjukkan bilangan responden mengikut umur. Peratusan

kategori umur yang paling tinggi adalah 17-20 tahun seramai 27 orang bersamaan

90% diikuti dengan kategori umur 21-23 tahun seramai 2 orang bersamaan 6.67%,

24-30 tahun seramai 1 orang bersamaan 3.33%, 27-30 tahun tiada responden.

Jadual 3 : Status

Kategori N=30 Peratus (%)


Bujang 28 93.33
Berkahwin 2 6.67
Jumlah 30 100

Jadual 3 di atas, menunjukkan bilangan responden mengikut status. Responden

untuk yang masih bujang adalah seramai 28 orang bersamaan 93.33%. Manakala

responden bagi yang sudah berkahwin adalah seramai 2 orang bersamaan 6.667%.

96
4.2 Analisis Data Keseluruhan Soalan Bahagian B (Jadual 5 )

BILANGAN SANGAT TIDAK TIDAK PASTI SETUJU SANGAT


SOALAN TIDAK SETUJU SETUJU
SETUJU

1 0 0 1 11 18

2 0 0 0 4 26

3 0 0 2 6 22

4 0 0 0 5 25

5 0 0 3 7 20

6 0 0 1 3 26

7 0 0 0 8 22

8 0 0 2 10 18

9 0 1 4 8 17

10 0 0 0 3 27

Jumlah 0 0 0 65 221

Peratusan % 0% 0.33% 4.33% 21.67% 73.67%

97
4.2.1 Bahagian B ( Analisis Data Untuk Mengetahui Tahap Kefahaman Mahasiswa

Mengenai Masalah Zina

Jadual 6 ( item 1 ) : Zina ialah melibatkan lelaki dengan perempuan yang bukan

isterinya bersetubuh dengan kerelaan perempuan tersebut

Kategori N=30 Peratusan%


Sangat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 1 3.33
Setuju 11 36.67
Sangat Setuju 18 60
Jumlah 30 100

Jadual 6 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah sangat

setuju seramai 18 orang bersamaan 60%, diikuti setuju seramai 11 orang

bersamaan 36.67%, tidak pasti seramai 1 orang bersamaan 3.33%, tidak setuju

tiada responden yang menjawab, begitu juga dengan sangat tidak setuju juga tiada

sebarang responden yang menjawab. Melalui jadual 6 ( item 1 ), secara

keseluruhanya responden memilih sangat setuju adalah tinggi zina ialah melibatkan

lelaki dengan perempuan yang bukan isterinya bersetubuh dengan kerelaan

perempuan tersebut.

98
Jadual 7 ( item 2 ) : Permulaan kepada zina besar ialah berpunca dari zina kecil seperti

tangan dan mata.

Kategori N=30 Peratusan %


Sangat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 0 0
Setuju 4 13.33
Sangat Setuju 26 86.67
Jumlah 30 100

Jadual 7 di atas, menunjukkan bahawa bilangan responden yang paling tinggi

adalah sangat setuju seramai 26 orang bersamaan 86.67%, diikuti dengan setuju

seramai 4 orang yang bersamaan 13.33%. Bagi jawapan tidak pasti, tidak setuju

sangat tidak setuju tiada responden yang menjawab soalan tersebut. Melalui jadual

7 ( item 2 ), secara keseluruhannya responden memilih sangat setuju bahawa

permulaan kepada zina besar berpunca daripada zina kecil seperti zina tangan dan

mata

99
Jadual 8 ( item 3 ) : Perbuatan zina berpotensi kepada berlakunya dijangkiti penyakit

berat seperti AIDS dan HIV

Kategori N=30 Peratusan %


Sangat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 2 0.66
Setuju 6 20
Sangat Setuju 22 73.33
Jumlah 30 100

Jadual 8 di atas menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah sangat

setuju seramai 22 orang yang bersamaan 73.33%, diikuti setuju seramai 6 orang

bersamaan 20 %, tidak pasti seramai 2 orang bersamaan dengan 0.66%. Bagi

jawapan tidak setuju dan sangat tidak setuju tiada responden yang menjawab

soalan tersebut. Melalui jadual 8 ( item 3 ), secara keseluruhannya pengkaji dapat

mengetahui responden sangat setuju bahawa perbuatan zina berpotensi kepada

berlakunya dijangkiti penyakit berat seperti AIDS dan HIV

100
Jadual 9 ( item 4 ) : Hukuman hudud terhadap penzina membawa kebaikan

Kategori N=30 Peratusan %


Sangat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 0 0
Setuju 5 16.67
Sangat Setuju 25 83.33
Jumlah 30 100

Jadual 9 di atas menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah sangat

setuju seramai 25 orang bersamaan 83.33%, diikuti setuju seramai 5 orang

bersamaan 16.67%. Bagi tidak pasti, tidak setuju, sangat tidak setuju tiada

responden yang menjawab soalan tersebut. Berdasarkan jadual di atas, pengkaji

dapat merumuskan bahawa responden memilih sangat setuju di mana hukum

hudud membawa kebaikan kepada penzina.

101
Jadual 10 ( item 5 ) : Kebanyakkan kes zina berlaku dalam kalangan remaja

Kategori N=30 Peratusan %


Sangat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 3 10
Setuju 7 23.33
Sangat Setuju 20 66.67
Jumlah 30 100

Jadual 10 di atas menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

sangat setuju seramai 20 orang bersamaan 66.67%, diikuti setuju seramai 7 orang

bersamaan 23.33%, tidak pasti seramai 3 orang bersamaan 10%. Bagi tidak setuju

dan sangat tidak setuju tiada responden yang menjawab soalan tersebut. Melalui

jadual 10 ( item 5 ), pengkaji dapat merumuskan bahawa responden sangat setuju

terhadap kenyataan yang diberi iaitu kebanyakkan kes zina berlaku di kalangan

remaja.

102
Jadual 11 ( item 6 ) : Penubuhan tempat-tempat hiburan meningkatkan lagi peratus zina

Kategori N=30 Peratusan %


Sangat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 1 3.33
Setuju 3 10
Sangat Setuju 26 86.67
Jumlah 30 100

Jadual 11 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

sangat setuju seramai 26 orang bersamaan 86.67%, diikuti setuju seramai 3 orang

bersamaan 10%, tidak pasti seramai 1 orang bersamaan 3.33%. Bagi tidak setuju

dan sangat tidak setuju tiada responden yang menjawab soalan tersebut. Jadual 11

( item 6 ), secara keseluruhannya responden memilih sangat setuju bahawa

penubuhan tempat-tempat hiburan meningkatkan lagi peratus zina.

103
Jadual 12 ( item 7 ) : Pergaulan bebas di sekolah mendorong kepada berlakunya

penzinaan.

Kategori N=30 Peratusan %


Sangat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 0 0
Setuju 8 26.67
Sangat Setuju 22 73.33
Jumlah 30 100

Jadual 12 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

sangat setuju seramai 22 orang bersamaan 73.33%, diikuti setuju seramai 8 orang

bersamaan 26.67%. Bagi tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju tiada

responden yang menjawab soalan tersebut. Jadual 12 ( item 7 ), secara

keseluruhannya responden memilih sangat setuju bahawa pergaulan bebas di

sekolah mendorong kepada berlakunya penzinaan.

104
Jadual 13 ( item 8 ) : Faktor kepada berlakunya penzinaan adalah berpunca daripada

pengaruh media sosial yang semakin berleluasa

Kategori N=30 Peratusan %


Sangat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 2 6.67
Setuju 10 33.33
Sangat Setuju 18 60
Jumlah 30 100

Jadual 13 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

sangat setuju seramai 18 orang bersamaan 60%, diikuti setuju seramai 10 orang

bersamaan 33.33%, tidak pasti seramai 2 orang bersamaan 6.67%. Bagi tidak

setuju dan sangat tidak setuju tiada responden yang menjawab soalan tersebut.

Berdasarkan jadual 13 ( item 8 ), secara keseluruhannya responden memilih sangat

setuju adalah tinggi atas alasan penubuhan tempat-tempat hiburan meningkatkan

lagi peratus zina.

105
Jadual 14 ( item 9 ) : Perkahwinan di usia muda adalah salah satu cara untuk

mengelakkan zina

Kategori N=30 Peratusan %


Sangat Tidak Setuju 1 3.33
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 4 13.33
Setuju 8 26.67
Sangat Setuju 17 56.67
Jumlah 30 100

Jadual 14 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

sangat setuju seramai 17 orang bersamaan 56.67%, diikuti setuju seramai 8 orang

bersamaan 26.67%, tidak pasti seramai 4 orang bersamaan 13.33%, sangat tidak

setuju seramai 1 orang, tiada responden bagi tidak setuju. Jadual 14 ( item 9 ),

secara keseluruhannya responden memilih sangat setuju atas alasan berkahwin

awal adalah salah satu cara untuk mengelak dari berlakunya zina.

106
Jadual 15 ( item 10 ) : Pendidikan agama yang awal adalah satu cara untuk mencegah

zina

Kategori N=30 Peratusan %


Sangat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 0 0
Setuju 3 10
Sangat Setuju 27 90
Jumlah 30 100

Jadual 15 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

sangat setuju seramai 27 orang bersamaan 90%, diikuti setuju seramai 3 orang

bersamaan 10%. Bagi tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju tiada

responden yang menjawab soalan tersebut. Berdasarkan jadual 15 ( item 10 ),

secara keseluruhannya responden memilih sangat setuju bahawa memberi

pendidikan agama pada peringkat usia yang muda adalah satu cara untuk

mencegah zina.

107
4.3 Analisis Data Keseluruhan Soalan Bahagian C ( Jadual 16 )

Bilangan Soalan Ya Tidak

1 30 0

2 30 0

3 28 2

4 29 1

5 0 30

6 30 0

7 24 6

8 10 20

9 4 26

10 19 11

11 14 16

12 19 11

13 20 10

14 19 11

15 20 10

16 30 0

Jumlah 326 154

Peratusan % 67.97 32.03

108
Jadual 17 ( item 1 ) : Benarkah perbuatan zina itu haram di sisi Islam

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 30 100
Tidak 0 0
Jumlah 30 100

Jadual 17 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 30 orang bersamaan 100%, manakala kategori tidak pulak

tiada responden yang memilihnya. Melalui jadual 17 ( item 1) di atas, pengkaji

dapat merumuskan bahawa responden memahami perbuatan zina itu haram di sisi

Islam.

109
Jadual 18 ( item 2 ) : Adakah anda tahu hukuman yang dikenakan kepada pesalah zina

berdasarkan hukum hudud

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 30 100
Tidak 0 0
Jumlah 30 100

Jadual 18 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 30 orang bersamaan 100%, manakala kategori tidak pulak

tiada responden yang memilihnya. Melalui jadual 18 ( item 2 ), secara

keseluruhanya, responden memilih ya adalah tinggi bahawa mereka mengetahui

hukuman yang dikenakan kepada pesalah zina.

110
Jadual 19 ( item 3 ) : Cara pertama yang digunakan untuk mensabitkan kesalahan

hudud ialah pengakuan. Betulkah pernyataan tersebut ?

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 28 93.33
Tidak 2 6.67
Jumlah 30 100

Jadual 19 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 28 orang bersamaan 93.33%, manakala kategori tidak pulak

seramai 2 orang bersamaan 6.67%. Melalui jadual 19 ( item3 ) di atas, secara

keseluruhanya, responden memilih ya adalah tinggi. Hal ini menunjukkan mereka

mengetahui cara pertama yang digunakan untuk mensabitkan kesalahan hudud

ialah pengakuan.

111
Jadual 20 (item 4) : Benarkah diperlukan empat orang saksi lelaki untuk penyaksian

dalam kes pensabitan hukuman hudud terhadap penzina

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 29 96.67
Tidak 1 3.33
Jumlah 30 100

Jadual 20 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 29 orang bersamaan 96.67%, manakala kategori tidak pulak

seramai 1 orang bersamaan 3.33%. Berdasarkan jadual 20 ( item 4 ), responden

memilih kategori betul adalah tinggi bahawa mereka mengetahui memerlukan

empat orang saksi lelaki untuk penyaksian dalam kes hukuman hudud terhadap

penzina.

112
Jadual 21 ( item 5 ) : Sekiranya salah seorang dalam kalangan empat orang saksi

mempunyai kecacatan iaitu buta, adakah boleh disabitkan hukuman hudud zina ke atas

orang yang didakwa?

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 0 0
Tidak 30 100
Jumlah 30 100

Jadual 21 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori tidak seramai 30 orang bersamaan 100%, manakala kategori ya pulak

tiada responden yang menjawab soalaan tersebut. Hal ini menunjukan kategori

tidak adalah tinggi kerana responden mengetahui jika salah seorang daripada

kalangan empat orang saksi mempunyai kecacatan, maka dakwaan itu tidak boleh

disabitkan hukuman hudud zina.

113
Jadual 22 ( item 6 ) : Adil merupakan antara syarat untuk layak menjadi saksi dalam

pensabitan hukuman hudud zina. Adakah betuh syarat tersebut ?

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 30 100
Tidak 0 0
Jumlah 30 100

Jadual 21 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 30 orang bersamaan 100%, manakala kategori tidak pulak

tiada responden yang menjawab soalaan tersebut. Melalui jadual 22 ( item 6 ),

responden memilih kategori ya adalah tinggi. Hal ini menunjukkan responden

mengetahui bahawa adil adalah satu syarat untuk layak menjadi saksi dalam

pensabitan hukuman hudud zina.

114
Jadual 23 ( item 7 ) : Adakah perlu mendapat persetujuan Hakim walaupun orang yang

didakwa tersebut mengaku ke atas zinanya tanpa keterangan dari saksi.

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 24 80
Tidak 6 20
Jumlah 30 100

Jadual 23 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 24 orang bersamaan 80%, manakala kategori tidak pulak

seramai 6 orang bersamaan 20%. Melalui jadual 23 ( item 7 ), responden memilih

kategori ya adalah tinggi. Hal ini jelas menunjukkan responden mengetahui bahawa

perlu mendapat persetujuan Hakim walaupun orang yang didakwa tersebut

mengaku ke atas zinanya tanpa keterangan dari saksi.

115
Jadual 24 ( item 8 ) : Jika seseorang yang didakwa tersebut dipaksa mengaku bahawa

dia telah melakukan zina, adakah boleh diterima pengakuan tersebut ?

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 10 33.33
Tidak 20 66.67
Jumlah 30 100

Jadual 24 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori tidak seramai 20 orang bersamaan 66.67%, manakala kategori ya seramai

10 orang bersamaan 33.33%. Melalui jadual 24 ( item 8 ), responden memilih

kategori tidak adalah tinggi. Hal ini jelas menunjukkan responden mengetahui

bahawa pengakuan melakukan zina yang dibuat secara paksa tidak boleh diterima

116
Jadual 25 ( item 9 ) : Adakah keterangan saksi yang terdiri dari kalangan wanita boleh

diterima pakai menurut mazhab Syafi’e ?

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 4 13.33
Tidak 26 86.67
Jumlah 30 100

Jadual 25 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori tidak seramai 26 orang bersamaan 86.67%, manakala kategori ya seramai

4 orang bersamaan 13.33%. Melalui jadual 25 ( item 9 ), responden memilih

kategori tidak adalah tinggi. Hal ini jelas menunjukkan responden mengetahui

bahawa saksi yang terdiri dari kalangan wanita tidak boleh diterima pakai dalam

menurut mazhab Syafi’e.

117
Jadual 26 ( item 10 ) : Seandainya orang yang didakwa itu menarik balik

pengakuannya, adakah penarik balikkan pengakuan tersebut boleh diterima.

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 19 63.33
Tidak 11 36.67
Jumlah 30 100

Jadual 26 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 19 orang bersamaan 63.33%, manakala kategori tidak seramai

11 orang bersamaan 36.67%. Melalui jadual 26 ( item 10 ), responden memilih

kategori ya adalah tinggi. Hal ini jelas menunjukkan responden mengetahui bahawa

jika orang yang didakwa itu menarik balik pengakuannya, maka penarik balikkan

pengakuan tersebut boleh diterima.

118
Jadual 27 ( item 11 ) : Adakah boleh orang yang didakwa melakukan pengakuan zina

selain cara lafaz ( lisan )

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 14 46.67
Tidak 16 53.33
Jumlah 30 100

Jadual 27 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori tidak seramai 16 orang bersamaan 53.33%, manakala kategori ya seramai

14 orang bersamaan 46.67%. Melalui jadual 27 ( item 11 ), responden memilih

kategori tidak adalah tinggi. Hal ini jelas menunjukkan responden mengetahui

bahawa cara lafaz (lisan) sahaja yang boleh digunakan untuk melakukan

pengakuan zina.

119
Jadual 28 ( item 12 ) : Adakah rakaman video seperti CCTV atau handycam boleh

dijadikan sebagai qarinah ( bukti ) dalam pensabitan jenayah zina

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 19 63.33
Tidak 11 36.67
Jumlah 30 100

Jadual 28 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 19 orang bersamaan 63.33%, manakala kategori tidak seramai

11 orang bersamaan 36.67%. Melalui jadual 28 ( item 12 ), responden memilih

kategori ya adalah tinggi. Hal ini jelas menunjukkan responden tidak faham bahawa

rakaman video seperti CCTV atau handycam tidak boleh dijadikan sebagai qarinah

( bukti ) dalam pensabitan jenayah zina.

120
Jadual 29 ( item 13 ) : Sekiranya pendakwa tidak dapat mengemukan empat orang

saksi yang adil, adakah dia dikenakan hukuman sebanyak 80 kali sebatan ?

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 20 66.67
Tidak 10 33.33
Jumlah 30 100

Jadual 29 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 20 orang bersamaan 66.67%, manakala kategori tidak seramai

10 orang bersamaan 33.33%. Melalui jadual 29 (item 13), responden memilih

kategori ya adalah tinggi. Hal ini jelas menunjukkan responden mengetahui bahawa

jika pendakwa tidak dapat mengemukan empat orang saksi yang adil, maka dia

akan dikenakan hukuman sebanyak 80 kali sebatan.

121
Jadual 30 ( item 14 ) : Seorang lelaki ditangkap berada bersama-sama seorang

perempuan di dalam selimut, adakah hal ini boleh diambil kira sebagai qarinah bahawa

lelaki tersebut telah melakukan zina ?

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 19 63.33
Tidak 11 36.67
Jumlah 30 100

Jadual 30 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 19 orang bersamaan 63.33%, manakala kategori tidak seramai

11 orang bersamaan 36.67%. Melalui jadual 30 (item 14), responden memilih

kategori ya adalah tinggi. Hal ini jelas menunjukkan responden tidak mengetahui

bahawa situasi seorang lelaki ditangkap bersama-sama seorang perempuan di

dalam selimut tidak boleh dijadikan qarinah dalam kes zina.

122
Jadual 31 ( item 15 ) : Seorang perempuan yang belum berkahwin telah disahkan

mengandung, adakah keadaan tersebut diambil kira sebagai qarinah bahawa

perempuan tersebut melakukan zina

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 20 66.67
Tidak 10 33.33
Jumlah 30 100

Jadual 27 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 20 orang bersamaan 66.67%, manakala kategori ya seramai 10

orang bersamaan 33.33%. Melalui jadual 31 (item 15), responden memilih kategori

ya adalah tinggi. Hal ini jelas menunjukkan responden mengetahui situasi seorang

perempuan yang belum berkahwin telah disahkan mengandung boleh dijadikan

sebagai qarinah dalam kes zina.

123
Jadual 32 (item 16) : Adakah pensabitan melalui kaedah qarinah pernah diaplikasikan

ketika zaman Rasulullah  dalam kes jenayah zina ?

Kategori N=30 Peratusan %


Ya 30 100
Tidak 0 0
Jumlah 30 100

Jadual 27 di atas, menunjukkan bilangan responden yang paling tinggi adalah

kategori ya seramai 30 orang bersamaan 100%, manakala tiada responden bagi

kategori tidak. Melalui jadual 27 (item 16), responden memilih kategori tidak adalah

tinggi. Hal ini jelas menunjukkan responden mengetahui bahawa pensabitan melalui

kaedah qarinah pernah diaplikasikan ketika zaman Rasulullah  dalam kes jenayah

zina.

124
BAB IV

PENUTUP DAN CADANGAN

5.1 PENUTUP

Dalam bab ini, pengkaji akan membuat rumusan. Selain itu, pengkaji akan

membincang hasil dapatan kajian yang diperoleh dan seterusnya pengkaji akan

mengemukan cadangan yang difikirkan wajar dan perlu dilaksanakan

5.1 Rumusan

Dapatan data kajian ini adalah melalui borang soal selidik yang

mengandungi profil, mengetahui tahap kefahaman mahasiswa mengenai masalah

zina dan pensabitan hukuman hudud terhadap pesalah zina. Kajian ini dilakukan ke

atas mahasiswa Kolej Islam As-Sofa. Pengakaji mendapati kajian ini menepati

objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti tahap kefahaman mahasiswa mengenai

masalah zina dan pensabitan hukuman hudud terhadap pesalah zina. Pengkaji

memilih responden secara persampilan rawak mudah dan intrumennya

125
menggunakan borang kaji selidik. Data-data diperoleh dan dianalisis mengunakan

peratusan mudah serta penjadualan.

5.2 Perbincangan

Hasil daripada kajian yang telah dianalisis, pengkaji mendapati bahawa

secara keseluruhannya tahap kefahaman mahasiswa Kolej Islam As-Sofa,

mengenai masalah zina adalah positif. Hal ini berikutan daripada hasil peratusan

yang diperoleh, mendapati bahawa peratus tahap kefahaman mahasiswa mengenai

tahap kefahaman mahasiswa mengenai masalah zina adalah tinggi mengikut pada

soalan yang diberikan iaitu mahasiswa sangat setuju dan setuju bagi soalan yang

positif dan sangat tidak setuju dan tidak setuju bagi soalan yang negatif. Hasil

daripada borang soal selidik bahagian B, responden setuju bahawa permulaan

kepada zina besar ialah berpunca daripada zina kecil seperti zina tangan dan mata

(86.67%). Hal ini menunjukkan bahawa, mereka setuju dengan kenyataan tersebut.

Selain itu, mereka setuju bahawa hukuman hudud membawa kebaikan kepada

pesalah zina. Hal ini jelas menunjukkan bahawa hukum hudud telah berjaya

mendidik manusia supaya takut melakukan jenayah dan kesalahan, tetapi sentiasa

mengingati Allah. Hasil kajian juga mendapati bahawa penubuhan tempat-tempat

126
hiburan meningkatkan lagi peratus kes zina dengan peratus sebanyak 86.67%.

Terlalu banyak tempat-tempat hiburan seperti pusat karoke, kelab malam dan lain-

lain ditubuhkan di Malaysia menyebabkan golongan muda atau tua bebas untuk

melakukan maksiat. Mereka senang untuk berdua-duan tanpa diganggu oleh

masyarakat. Jadi situasi seumpama ini akan mengundang kepada berlakunya zina.

Selain itu, hasil dapatan kajian yang pengkaji perolehi, responden bersetuju

bahawa mendedahkan pendidikan agama pada peringkat usia muda adalah satu

cara untuk mencegah zina daripada terus berleluasa. Cara ini adalah salah satu

cara yang terbaik untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan zina.

Mengajar dan mendidik anak supaya hindari maksiat kerana pada usia ini mereka

senang untuk menerima dan mengikut segala tunjuk ajar. Secara keseluruhan,

pengkaji dapat menyimpulkan bahawa responden faham tentang permasalahan

zina yang semakin berleluasa pada masa kini.

Manakala bagi tahap kefahaman mahasiswa mengenai pensabitan hukuman

hudud terhadap pesalah zina pula, secara keseluruhannya pengkaji mendapati

bahawa responden belum memahami sepenuhnya lagi mengenai masalah ini. Hasil

dapatan kajian C, ada beberapa soalan yang mempunyai tahap kefahaman yang

negatif. Antaraya adalah, responden memilih Ya adalah tinggi bagi soalan adakah

rakaman video seperti CCTV atau handycam boleh dijadikan sebagai qarinah (

127
bukti ) dalam pensabitan jenayah zina dengan peratusan (63.33%). Hal ini jelas

menunjukkan responden tidak mengetahui bahawa rakaman video atau handycam

tidak boleh dijadikan sebagai qarinah. Selain itu, responden memlilih Ya adalah

tinggi bagi soalan seorang lelaki ditangkap berada bersama-sama seorang

perempuan di dalam selimut, adakah hal ini boleh diambil kira sebagai qarinah

bahawa lelaki tersebut telah melakukan zina. Hal ini jelas menunjukkan responden

tidak mengetahui bahawa situasi seorang lelaki ditangkap berada bersama-sama

seorang perempuan di dalam selimut, tidak boleh dijadikan sebagai qarinah

bahawa mereka telah melakukan zina. Manakala, hasil kajian bagi soalan-soalan

lain, pengkaji mendapat tahap kefahaman yang positif, antaranya adalah bagi

soalan adakah perlu mendapat persetujuan Hakim walaupun orang yang didakwa

tersebut mengaku ke atas zinanya tanpa keterangan dari saksi dengan peratusan

(80%). Hal ini jelas menunjukkan mereka mengetahui bahawa perlu mendapat

persetujuan Hakim walaupun orang didakwa tersebut mengaku ke atas kesalahan

zinanya. Selain itu, responden memilih Tidak adalah tinggi bagi soalan jika

seseorang yang didakwa tersebut dipaksa mengaku bahawa dia telah melakukan

zina, adakah boleh diterima pengakuan tersebut. Hal ini menunjukkan responden

mengetahui bahawa pengakuan zina tidak boleh diterima jika orang yang didakwa

itu dipaksa untuk membuat pengakuan. Seterusnya, responden memilih Tidak

adalah tinggi bagi soalan adakah keterangan saksi yang terdiri dari kalangan wanita

128
boleh diterima pakai menurut mazhab Syafi’e dengan peratusan (86.67%). Hal ini

jelas menunjukkan responden mengetahui bahawa keterangan saksi yang terdiri

dari kalangan wanita tidak boleh dipakai dalam mazhab Syafi’e. Selain itu,

responden memilih Ya bagi soalan sekiranya pendakwa tidak dapat mengemukan

empat orang saksi yang adil, adakah dia dikenakan hukuman sebanyak 80 kali

sebatan. Hal ini jelas menunjukkan responden mengetahui bahawa hukuman 80

kali sebatan akan dikenakan kepada pendakwa sekiranya dia tidak dapat

mengemukan empat orang saksi yang adil. Secara keseluruhannya, pengkaji dapat

menyimpulkan bahawa, tahap kefahaman mahasiswa Kolej Islam As-Sofa

mengenai pensabitan hukuman hudud terhadap pesalah zina adalah positif.

5.2 CADANGAN

Bagi mengakhiri kajian yang telah dilakukan oleh penulis, ingin penulis nyatakan

beberapa cadangan dan pendapat yang telah penulis dapati hasil daripada kajian

yang telah dijalankan. Antaranya, adalah:

129
1. Mahasiswa perlu lebih peka terhadap perkara berkaitan isu semasa

terutamanya dalam hal berkaitan Islam itu sendiri. Mahasiswa perlu

mengetahui perkara berkaitan Islam sepenuhnya agar dapat menjadi benteng

daripada fitnah dan penipuan yang dibawa oleh ajaran-ajaran sesat yang lain.

Sesungguhnya Ilmu itu amat penting dalam kehidupan seharian kita dan tidak

akan dikecapi oleh seseorang itu melainkan kemahuan dan kesungguhan dia

dalam memahami sesuatu.71

2. Undang-undang yang telah digubal atau ditetapkan pula haruslah dilaksanakan

dalam kehidupan. Walaupun dalam sesebuah negara itu mempunyai undang-

undang, namun jika tidak dilaksanakan dengan baik, ia boleh mengakibatkan

pelbagai kesan yang buruk tehadap individu, masyarakat dan negara.

Misalnya, seseorang yang tidak dijatuhkan hukuman berasa tidak gerun dan

berkemungkinan akan melakukan lagi kesalahan tersebut. Oleh itu, unndang-

undang yang ketat amat perlu untuk memastikan kehidupan kita lebih selamat.

3. Undang-undang jenayah Islam merupakan undang yang paling sempurna.

Walaupun manusia seringkali menganggap undang-undang jenayah Islam itu

Muhammad Fuad bin Kamaludin Al Maliki, Adab & Doa Penuntut Ilmu (Selangor: Sofa Production,
71

2012) Hal.119

130
adalah kejam, namun undang-undang yang telah ditetapkan Allah ini adalah

bertujuan untuk memudahkan manusia dan mengelakkan kehidupan manusia

terus dalam keadaan yang kucar-kacir.

4. Setiap mahasiswa yang khususnya sebagai pelajar haruslah bekerjasama dan

komitmen terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti berbentuk

keagamaan dari segi fiqh atau prosedur kebangsaan atau aktiviti lain yang

membawa kepada persediaan sebagai langkah selamat bagi mengelakkan

berlakunya kegiatan penzinaan seperti menghadirkan diri dalam khusus

berkaitan,bengkel dan sebagainya.

5. Setiap individu khususnya bergelar sebagai mahasiswa yang berpendidikan

haruslah sentiasa peka dan berhati-hati dengan semua perkara yang boleh

menyebabkan kesalahan disisi syarak khususnya yang melibatkan individu lain

dan harus berfikiran terbuka, tidak jumud terhadap sesuatu perkembangan

semasa seperti ijma’ para fuqaha kontemporari tentang hukum-hakam

mengikut perkembangan semasa serta sedia membantu mengikut kemampuan

masing-masing bagi mengembangkan agama Islam.

131
BIBLIOGRAFI

Terjemahan Bahasa Melayu Al Quran Al Karim Rasm Uthmani (Petaling Jaya:

Bumirestu Creative Sdn Bhd, 2012)

Al Imam Al Hafiz Abu Muhammad Abdullah Ibn Abi Jamrah r.a., Ringkasan Sahih

Bukhari (Selangor: Sofa Production Sdn Bhd, 2014) diterjemah oleh Dato’ Syeikh
Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Kamus Dewan Edisi Keempat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2013)

Dr ‘Afif Abdul Fattah Tobbaroh, 1993,

Siti Fairuz Binti Md Saion, Pengetahuan Mahasiswi Terhadap Kesalahan Dalam

Undang-Undnag Jenayah Islam: Kajian Di Kolej Tun Fatimah, Fakulti Pendidikan,


Universiti Teknologi Malaysia.

Rahimin Affandi Abd. Rahim et al, Konsep Fiqah Malaysia Dalam Perundangan Islam:

Satu Pengenalan, Kajian Malaysia, Vol.28, No.2, 2010.

Norazlina Mohamed Azmi dan Siti Zubaidah Ismail, Hukuman Rejam, Zina dan

Kontroversinya: Antara Aspirasi dan Realiti di Nigeria, Jurnal Syariah, Universiti


Malaya, Akademik Pengajian Islam, Bilangan 4, Jilid 22, Bahagian 3.

Ibnu Hajar Asy-Qalani, Bulugh Al Maram (Jakarta: PT Rineka Cipta,1992) terj. K.H.

Kahar Masyhur.

Muhammad Abu Hasan, Ahkam Al-Jarimah Wa Al-‘Uqubah fi Syariah al-Islamiyyah

(Zarqa’: Maktabah Al-Manar, 1987).

132
Dr. Nik Rahim Bik Wajis, Jenayah Rogol Di Dalam Undang-Undang Islam (Jurnal

Syariah 6).

Abu Mazaya Al-Hafiz dan Abu Izzat Al-Sahafi, Fiqh Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-

Hidayah Publishers, 2004).

Muhammad Izat, Jara’im al-Ird Qanun al-Uqubat al-Misri (Kaherah: Dar Al-Arabia lil

Mausu’at, 1984)

Abdul Ghani Azmi, Mengenal Qanun Jenayah Islam (Kuala Lumpur: Al-Hidayah

Publisher, 1991)

Prof. Dr. Wahbah Az Zuhaili, Fiqih Islam Wa Adillatuhu (Damastus: Darul Fikr, Jilid 7,

2007)

Luqman Abdul Mutalib dan Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Al-Qarinah: Antara Kekuatan

dan Keperluan Dalam Mensabitkan Kesalahan Jenayah Zina , International Journal


Of Islamic Thought, Vol.2 (Desember 2012)

Paizah Haji Ismail, Kedudukan Mazhab Syafi’i dalam Undang-undang Jenayah Islam Di

Malaysia, Jurnal Fiqh, No.4 (2007)

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

Enakmen Jenayah (Syariah) 1992

Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M

YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali, Tahnin Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M: Satu Kewajipan dan

133
Langkah Dakwah, Kertas Kerja dalam Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan
2014 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, 29

Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435H.

Prof. Dr. Wahbah Az Zuhaili, Fiqih Imam Syafi’i: Mengupas Masalah Fiqhiyah

berdasarkan Al-Qur’an dan Hadith (Beirut, Darul Fikr, Jilid 3, 2008)

Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali, Perbahasan Usul Al-Ahkam (Kuala

Lumpur: Pustaka Salam, 2001)

Muhammad Fathi Yusof diakses pada 13 November 2015

http://syariah.johor.gov.my/images/uploads/doc/undang_faraid.pdf , 2015

134
LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

Tahap Kefahaman Mahasiswa Tentang Pensabitan Hukuman Hudud Terhadap Pesalah

Zina

MAKLUMAT SOAL SELIDIK

1. Borang ini dibuat oleh pelajar Diploma Syariah Kolej Islam As-Sofa

2. Borang ini bertujuan untuk memenuh isyarat untuk pengkaji bagi subjek

Kertas Projek semester 6 sebelum menamatkan pengajian.

3. Saya berharap Saudara/Saudari dapat member sokongan dan

kerjasama kepada saya untuk menjayakan kajian soal selidik ini.

135
PENDAHULUAN

Soalan terbahagi kepada bahagian A, B, dan C. Bahagian A adalah merangkumi

matlumat diri responden. Manakala bahagian B, dan C berbentuk soalan kaji selidik.

Borang soal selidik ini adalah untuk mengkaji tahap kefahaman. Anda perlu menjawab

ketiga-tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C.

BAHAGIAN A ( MAKLUMAT RESPONDEN )

Sila tandakan ( / ) di ruangan yang disediakan.

1. Jantina

Lelaki

Perempuan

2. Umur

17 tahun – 20 tahun 24 tahun – 26 tahun

21 tahun – 23 tahun 27 tahun – 30 tahun

3. Status

Berkahwin

Bujang

136
BAHAGIAN B

Sila tandakan ( / ) di ruangan berkenaan. Bahagian B ini adalah untuk mengetahui

tahap kefahaman mahasiswa Kolej Islam As-Sofa mengenai masalah zina.

Sangat tidak Tidak setuju Tidak Pasti Setuju Sangat setuju


setuju
1 2 3 4 5

Bil. Soalan 1 2 3 4 5
1. Zina ialah melibatkan lelaki dengan perempuan yang bukan isterinya
bersetubuh dengan kerelaan perempuan tersebut
2. Permulaan kepada zina besar ialah berpunca dari zina kecil seperti zina
tangan dan mata
3. Perbuatan zina berpotensi kepada berlakunya dijangkiti penyakit berat
seperti Aids dan HIV
4. Hukuman hudud terhadap penzina membawa kebaikan

5. Kebanyakkan kes zina berlaku dalam kalangan remaja

6. Penubuhan tempat-tempat hiburan meningkatkan lagi peratus kes zina

7. Pergaulan bebas di sekolah mendorong kepada berlakunya penzinaan

8. Faktor kepada berlakunya penzinaan adalah berpunca daripada


pengaruh media sosial yang semakin berleluasa
9. Perkahwinan di usia muda adalah salah satu cara untuk mengelakkan
zina
10. Pendidikan agama yang awal adalah satu cara untuk mencegah zina

137
BAHAGIAN C

Sila bulatkan pada jawapan YA atau TIDAK bagi setiap jawapan. Bahagian C ini untuk

mengetahui tahap kefahaman mahasiswa Kolej Islam As-Sofa mengenai pensabitan

hukuman hudud terhadap pesalah zina

1. Benarkah perbuatan zina itu haram di sisi Islam?

YA TIDAK

2. Adakah anda tahu hukuman yang dikenakan kepada pesalah zina berdasarkan

hukum hudud

YA TIDAK

3. Cara pertama yang digunakan untuk mensabitkan kesalahan hudud ialah

pengakuan. Betulkah pernyataan tersebut

YA TIDAK

4. Benarkah diperlukan empat orang saksi lelaki untuk penyaksian dalam kes

pensabitan hukuman hudud terhadap penzina ?

YA TIDAK

5. Sekiranya salah seorang dalam kalangan empat orang saksi mempunyai

kecacatan iaitu buta, adakah boleh disabitkan hukuman hudud zina ke atas

orang yang didakwa ?

YA TIDAK

138
6. Adil merupakan antara syarat untuk layak menjadi saksi dalam pensabitan hudud

zina. Adakah betul syarat tersebut ?

YA TIDAK

7. Adakah perlu mendapat persetujuan Hakim walaupun orang yang didakwa

tersebut mengaku ke atas kesalahan zinanya tanpa keterangan dari saksi.

YA TIDAK

8. Jika seseorang yang didakwa tersebut dipaksa mengaku bahawa dia telah

melakukan zina, adakah boleh diterima pengakuan tersebut ?

YA TIDAK

9. Adakah keterangan saksi yang terdiri dari kalangan wanita boleh diterima pakai

menurut mazhab Syafi’e ?

YA TIDAK

10. Seandainya orang yang didakwa itu menarik balik pengakuannya, adakah penarik

balikkan pengakuan tersebut boleh diterima ?

YA TIDAK

11. Adakah boleh orang yang didakwa melakukan pengakuan zina selain secara

lafaz lisan?

YA TIDAK

139
12. Adakah rakaman video seperti CCTV atau handycam boleh dijadikan sebagai

qarinah ( bukti ) dalam pensabitan jenayah zina ?

YA TIDAK

13. Sekiranya pendakwa tidak dapat mengemukan empat orang saksi yang adil,

adakah dia dikenakan hukuman sebanyak 80 kali sebatan ?

YA TIDAK

14. Seorang lelaki ditangkap berada bersama-sama seorang perempuan di dalam

selimut, adakah hal ini boleh diambil kira sebagai qarinah bahawa lelaki tersebut

telah melakukan zina ?

YA TIDAK

15. Seorang perempuan yang belum berkahwin telah disahkan mengandung,

adakah keadaan tersebut diambil kira sebagai qarinah bahawa perempuan

tersebut melakukan penzinaan ?

YA TIDAK

16. Adakah pensabitan melalui kaedah qarinah pernah diaplikasikan ketika zaman

Rasulullah SAW dalam kes jenayah zina ?

YA TIDAK

140

Anda mungkin juga menyukai