Anda di halaman 1dari 3

Pembahagian Zina :

Zina Mata
Kita sering kali mendengar bahawa melihat manusia yang bukan muhrim itu adalah zina mata
sedangkan ia tidak berkaitan dengan maksud sebenar zina mata itu. Maksud zina mata ini
dapat didefinasikan berzina dengan mata iaitu melihat dengan syahwat. Sebagai contohnya,
melihat gambar lucah atau menonton video lucah, mengintip seorang perempuan yang sedang
mandi dan sebagainya.
Zina Hati
Kadang-kala manusia mendefinasikan zina hati ini merupakan seseorang yang merindukan si dia
atau merasakan getaran di hati semasa memikirkan orang tersebut sedangkan ia tidak tergolong
dalam makna zina hati ini. Maksud sebenar zina hati adalah menginginkan pemenuhan nafsu
yang berahi atau mengharapkan kesempatan untuk berzina ataupun memelihara hasrat dalam hati
untuk berzina. Contohnya, berfikiran secara kotor dan tidak baik seperti Jikalau aku bawa
teman wanita aku tidur di hotel, rasa-rasanya mesti dia akan tidur satu malam dengan aku.
Zina Lisan
Ada juga segelintir masyarakat menyimpulkan makna zina lisan ini seperti menyampaikan katakata mesra kepada kekasih tetapi dalam realitinya bukan itu maksud sebenarnya. Zina lisan
merupakan perucapan kata-kata kotor atau tidak baik kepada teman kekasih, contohnya, Abang
teringin sangat mahu cium sayang, sekali sahaja di bibir ke bibir.

CARA-CARA MENGATASI ZINA


1) Menjauhi diri daripada tempat-tempat perzinaan yang boleh memberi peluang dan
kesempatan untuk melakukan zina. Sekali sahaja melangkah masuk ke tempat tersebut,
akan sukar untuk berpatah balik dari pelbagai kemaksiatan.

2) Tidak mendekati kepada hal-hal yang boleh menjurus kepada perbuatan zina seperti
berpelukan, berciuman dengan kekasih, menonton filem atau membaca buku-buku yang
mengandungi isi-isi pornografi. Jikalau mendekati hal yang boleh menjurus kepada
penzinaan akan menyebabkan seseorang itu menjadi obsess atau melawan hawa nafsu
untuk melakukan perzinaan.

3) Hendaklah memilih kawan yang soleh untuk bergaul dan kawan yang tidak suka
mengunjungi ke tempat maksiat. Ini kerana, kawan yang soleh akan sentiasa memberi
nasihat yang akan membawa kepada kebaikan terhadap diri dan akan selalu mengingati
tentang bahayanya perzinaan ini.
4) Menambahkan ilmu pengetahuan agama dengan menghadiri majlis-majlis talim. Kita
juga perlu mengunjungi rumah orang-orang yang soleh dimana dapat mengingatkan diri
agar sentiasa berwaspada terhadap godaan nafsu dan perangkap ilusi syaitan dalam
perzinaan.

5) Membaca buku-buku tentang keislaman yang secara spesifik dimana ia dapat


mengingatkan pembacanya mengenai bahaya itu berzina. Dengan memahami makna
sebenar bahaya, seseorang itu dapat menyedari betapa pentingnya menghindari zina
dalam kehidupan bermasyarakatan.

6) Membaca dan memahami isi kandungan dalam kitab Al-Quran, mengamalkan sabdasabda Nabi, dan mendengar nasihat daripada ustaz, ustazah atau para ulama akan

kepentingan menjauhi diri daripada melakukan pelbagai dosa, termasuk berzina dan
mendekati zina. (Ridwanaz.Com, 2012)
7) Tidak memakai pakaian yang kurang benangnya terutamanya pada kaum wanita,
dimana boleh mengambil perhatian mata-mata lelaki disekelilingnya.

8) Mengalihkan perhatian kepada aktiviti yang bukan seksual. Contohnya, ketika menonton
televisyen seperti cerita Indonesia atau Bollywood yang mengandungi unsur-unsur yang
tidak sihat, segera alihkan saluran ke tayangan lain. Umpamanya, perlawanan bola sepak,
penerokaan flora dan fauna, berita politik ataupun terus matikan televisyen tersebut dan
buat aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

9) Melaksanakan hukuman hudud terhadap perilaku zina. Hudud merupakan hukuman yang
telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan telah termaktubnya dalam Al-Quran dan Hadis
Rasulullah s.a.w. Dalam surah An-nuur, ayat ke-2 :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan
belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hokum agama Allah, jika benar
kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklak disaksikan hukuman seksa
yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(Office The Prime Minister Putrajaya, Malaysia)

Anda mungkin juga menyukai