Anda di halaman 1dari 12

Pendahuluan

Perkahwinan yang disyaratkan oleh Islam adalah bertujuan untuk mencari ketenangan hati,
kepuasan jiwa dan kemantapan hidup serta perasaan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan timbul
beberapa halangan yang dihadapi oleh individu, masyarakat dan negara. Ada individu iaitu isteri
menghadapi masalah kemandulan sehingga menyebabkan suami merasa sedih kerana tidak
dapat zuriat. Selain itu, terdapat sesetengah negara yang menghadapi peperangan sehingga
mengorbankan ramai pemuda-pemuda dan suami-suami. Hal ini membebankan isteri yang
ditinggalkan kerana terpaksa menanggung anak-anak yang ditinggalkan dan wanita yang belum
berkahwin. Justeru, Islam sebagai sebuah agama yang sempurna telah menggariskan jalan
keluar bagi menyelesaikan permasalahan ini melalui system poligami berdasarkan syarat-syarat
tertentu.

1.0 Konsep Poligami Dalam Islam

Sebuah perkahwinan dalam Islam itu sebenarnya adalah untuk mewujudkan ketenteraman dan
kasih sayang. Seperti yang dijelaskan di dalam surah Ar Rum ayat 21:

‫ج ع َ َل ب َ يْ ن َ ك ُ ْم َم َو د َّة ً َو َر ْح َم ة ً ۚ إ ِ َّن‬ ً ‫ق ل َ ك ُ ْم ِم ْن أ َنْ ف ُ ِس ك ُ ْم أ َ ْز َو ا‬


َ ‫ج ا لِ ت َسْ ك ُ ن ُ وا إ ِ ل َ يْ هَ ا َو‬ َ َ ‫َو ِم ْن آ ي َ ا ت ِ هِ أ َ ْن َخ ل‬
) 21 ( ‫ت لِ ق َ ْو ٍم ي َ ت َف َ ك َّ ُر و َن‬ٍ ‫ك ََل ي َ ا‬ َ ِ‫ف ِ ي ذَٰ َ ل‬

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir(21)

Namun begitu, keadaan masyarakat yang mempunyai kurang ilmu pengetahuan tentang
rumahtangga sehingga sebahagian mengambil langkah untuk berpoligami telah merosakkan
tujuan sebuah institusi keluarga ditubuhkan. Akibatnya, sebahagian masyarakat memandang
poligami dari aspek negatif semata-mata.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap ajaran yang wujud di muka bumi ini mengatur setiap
kehidupan penganutnya walaupun tidak sesempurna agama Islam. Begitu juga dengan ajaran
berpoligami. Setiap agama membahaskan isu poligami ini seperti agama Kristian dan Hindu. bagi

1
ajaran Kristian, peristiwa poligami telah diterangkan beberapa kali. Ayat tersebut menerangkan
perkawinan poligami dari para Nabi antara lain Nabi ibrahim (Abraham) Nabi Ya’qub, Nabi Daud
dan Nabi Sulaiman (Salomo). Manakala dalam kitab baru, soal poligami tidak diterangkan
sebaliknya hanya difokuskan pada bab larangan perceraian. Namun begitu, terdapat larangan
poligami yang muncul kemudian hari walaupun pada awalnya ia dibenarkan (Nurus Sa’adah,
2015). Jelaslah, agama Kristian meletakkan larangan bagi setiap penganutnya untuk berpoligami
kerana ia dinilai mempunyai kesan yang negatif baik terhadap pelakunya maupun pada keluarga
serta masyarakat yang berhubungan dengannya (Winarto & Maulana Masudi, 2016).

Bagi agama Hindu, poligami adalah seseuatu yang dibolehkan, namun atas dasar
persetujuan antara pasangan dan kesediaan untuk berpoligami sama ada kewangan mahupun
keadilan. Dalam Agama Hindu, poligami juga dijelaskan dalam bab perkahwinan. Malahan,
agama Hindu menggariskan bahawa poligami dapat ditolerir hanya sampai empat kali ( Gusti,
2016). Namun begitu, seperti agama Kristian, agama Hindu tidak menyokong dan tidak
menggalakkan poligami dalam kalangan penganutnya, malahan menekankan bahawa pasangan
suami istri hendaklah tidak jemu-jemu mengusahakan agar mereka tidak melanggar kesetiaan
antara satu dengan yang lainnya walau dengan apa cara sekalipun.

Sebagai agama yang mementingkan kesejahteraan umatnya, Islam juga membincangkan


tentang hal poligami dan memberi panduan yang jelas tentang poligami. Islam membahaskan
tajuk poligami dengan lebih kemas dan teratur. Malahan islam meletakkan hukum harus dalam
aspek poligami ini tetapi dibatasi oleh syarat-syarat tertentu. Agama Islam datang membawa
perubahan dalam pelaksanaan perkawinan poligami. Pertama,Islam membatasi jumlah isteri
hanya sampai empat orang, itu pun hanya boleh kalau suami mampu berlaku adil. Kedua, Islam
membatasi alasan poligami, poligami hanya boleh dilakukan semata-mata demi menegakkan
keadilan, bukan dalam rangka memuaskan nafsu semata-mata. Syarat poligami adalah untuk
mengelakkan kemudharatan yang akan berakhir kepada keroskan rumah tangga.(Riyandi, 2015).

2
2.0 Definisi.

Dari sudut bahasa, poligami bermaksud menghimpunkan berbilang isteri dalam satu masa.
Dahlan menjelaskan berdasarkan Hariyanti bahwa poligami pada awalnya ber asal dari bahasa
Yunani, yaitu apolus atau poly yang berarti banyak, dan gamos atau gamain yang berarti
perkawinan (Setyanto, 2017). Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, poligami didefinasikan
sebagai amalan beristeri lebih daripada satu orang pada masa yang sama (Abdul Hakim, 2017).
Menurut Koktevdgaard, maksud poligami pada aspek yang lebih luas adalah sebuah
perkahwinan yang melibatkan pasangan lebih daripada satu (Obonye Jonas, 2012). Dapat
diringkaskan di mana suatu perkahwinan di mana seorang lelaki berkahwin melebihi dari seorang
perempuan pada waktu yang sama.

3.0 Hukum Poligami

Dasar hukum poligami adalah berdasarkan kepada alquran, hadis dan ijma ulama’.

Berdasarkan Al-Quran, perihal poligami telah dijelaskan di dalam Surah Annisa ayat 3
iaitu:

‫ع ۖ فَإ ِ ْن خِ ْفت ُ ْْم أ َ اَّل ت َ ْع ِدلُوا‬ َ ‫ساءِ َمثْن َٰى َوث ُ ََل‬
َ ‫ث َو ُربَا‬ َ ِ‫اب لَ ُك ْم مِ نَ الن‬
َ ‫ط‬َ ‫فَ َواحِ َدةًْأ َ ْو َما َملَكَتْ أ َ ْي َمانُ ُك ْم ۚ ٰذَلِكَ َوإِ ْن خِ ْفت ُ ْم أ َ اَّل ت ُ ْق ِسطُوا فِي ْاليَت َا َم ٰى فَا ْن ِك ُحوا َما‬
‫أ َ ْدن َٰى أ َ اَّل تَعُولُوا‬

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim
(bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua,
tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah)
seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada
tidak berbuat aniaya.

( An-Nisa:3)

Secara ringkasnya, ayat di atas menjelaskan tentang poligami di mana menekankan bahawa
poligami merupakan suatu pintu yang amat sempit yang hanya dapat dilakukan pada saat darurat
saja.

3
Seterusnya, dasar hukum poligami daripada hadis adalah berdasarkan hadis.
Berdasarkan buku Undang Undang Keluarga Islam, nukilan Mahmood Zuhdi & Raihanah (1989),
menceritakan tentang kisah Rasulullah bersama sahabat yang baru memeluk Islam bernama
Ghailan bin Salamah al-Tsaqafi. Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Malik dalam
kitab al-Muwattha’, an-Nasa’I dan Daruquthni dalam masing- masing kitab sunannya tentang dalil
kebolehan berpoligami hadis dari Ibnu Umar bahwa Ghailan bin Salamah al-Tsaqafi masuk Islam,
sedang dia mempunyai sepuluh orang isteri pada zaman Jahiliyah, lalu kesemuanya masuk Islam
bersamanya (Rif’atul Munawaroh, 2015). Maka Nabi Muhammad SAW. Bersabda:

.)‫أمسك أربعا وفارق سائرهن (رواه ابو داود‬

“Tahanlah yang empat orang, dan ceraikan yang lainnya”

Hadīs ini mempunyai hukum tentang poligami, di dalamnya terdapat suatu pernyataan
bahwa poligami merupakan hal yang dibolehkan, akan tetapi tidak boleh lebih dari empat orang
isteri. Di dalam hadis tersebut dijelaskan bahwa Ghailan bin Salamah al-Tsaqafi yang mempunyai
isteri sepuluh orang harus memilih empat saja dari keseluruhan mereka. Berdasarkan hadis ini
menunjukkan dua perkara iaitu poligami adalah dibenarkan dan had isteri iaitu empat orang.

Pada asasnya, hukum poligami adalah mubah dan boleh. Di dalam Islam, tidak ada
satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari’ yang
mengharamkannya. Berdasarkan surah Annisa ayat 3 menekankan bahawa hukum mubah bagi
poligami sebagaimana hukum pernikahan, kemudian atas alasan tertentu, maka hukum mubah
tersebut dapat berubah (Siti Ropiah, 2018). Hal ini kemudian diperjelaskan lagi oleh Al-Maraghi
yang merupakan seorang ahli tafsir menyatakan dalam kitab tafsirnya bahwa kebolehan poligami
adalah kebolehan yang dipersulit dan diperketat (Siti Ropiah, 2018). Poligami hanya dibenarkan
apabila berada dalam situasi darurat dan benar-benar memerlukannya.

Poligami adalah salah satu bentuk perkahwinan yang disyariatkan di dalam Islam (Abdul
Hakim & Amzan, 2017). Hal ini kerana poligami merupakan antara beberapa cara bersosial
dalam dalam kalangan manusia yang merupakan syariat Islam yang diharuskan. Justeru, hukum
poligami ini dapat dibahagi kepada tiga iaitu sunat, makruh dan haram berdasarkan situasi
seseorang individu dan dibolehkan sesuai dengan syarat- syarat yang telah ditentukan. Poligami
disunatkan pada tiga keadaan iaitu apabila isteri tidak dapat menjalankan kewajipan sebagai
isteri, apabila isteri menghidap penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan apabila isteri tidak
dapat melahirkan keturunan atau zuriat. Namun akan menjadi makruh apabila poligami menjadi
bukan satu keperluan.

4
Syarat poligami mempunyai kaitan dengan hukum poligami. Dalam hukum Islam, poligami
dimungkinkan walaupun dengan syarat syarat yang ketat (Nur Hayati, 2005). Oleh itu, sebelum
berpoligami, suami perlu mengambil kira syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi memastikan
perkahwinan mereka sah. Antara syarat poligami adalah dari aspek keadilan suami dan
kemampuan menjamin kehidupan. Syarat poligami yang pertama adalah keadilan suami.
Keadilan suami adalah perkara utama dalam poligami. Keadilan bukanlah suatu perkara yang
mudah. Allah berfirman dalam Surah Annisa ayat 129:

‫صت ُ ْم ۖ فَ ََل ت َِميلُوا ُك َّل ْال َم ْي ِل فَتَذَ ُروهَا َك ْال ُمعَلَّ َق ِة‬
ْ ‫اء َولَ ْو َح َر‬
ِ ‫س‬َ ِ‫َولَ ْن ت َ ْست َِطيعُوا أ َ ْن ت َ ْع ِدلُوا بَيْنَ الن‬

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu
sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada isteri yang
kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung…” [An-Nisaa’/4: 129].

Islam mengharuskan seorang lelaki Muslim berkahwin dengan empat orang perempuan
dalam satu waktu apabila ia sanggup memelihara dan berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam
soal nafkah, tempat tinggal dan pembahagian waktu. Apabila khuatir tidak akan dapat berlaku
adil maka dilarang kahwin dengan perempuan lebih daripada empat seperti firman Allah di dalam
ayat di atas. Malahan perkataan (‫ )ت َ ْع ِدلُوا‬di dalam ayat ini menunjukkan kepentingan untuk berlaku
adil. Keadilan suami ketika berpoligami adalah kemampuannya untuk mengendalikan
kecenderungannya terhadap isteri-isterinya yang dalam hal ini memberikan waktu atau giliran
tinggal bagi para isterinya serta kemampuan memahami dan menyikapi perasaan isteri-isterinya
(Zuraidah, 2013).
Apabila suami yakin akan mampu adil apabila berpoligami, maka hukumnya adalah sunat.
Hukum asal perkawinan itu adalah dibolehkan bagi lelaki yang mampu dan tidak ada
kekhawatiran akan terjerumus dalam perbuatan zhalim (Abdul Aziz, 2010). Namun begitu,
apabila suami ragu-ragu dengan kemampuan untuk adil, maka hukum untuk berpoligami adalah
makruh. Begitu juga dengan suami yang yakin tidak mampu berpoligami dan takut kalau tidak
dapat berlaku adil, maka hendaknya cukup kawin dengan satu istri saja,Dalam ayat ini juga,
perkataan )‫ (خِ ْفت ُ ْم‬yang diertikan sebagai takut menunjukkan bahawa apabila suami takut atau ragu-
ragu untuk melakukan keadilan, maka memadailah bagi suami untuk bernikah seorang
sahaja (ًْ‫ )فَ َواحِ َدة‬. Allah memerintahkan untuk tidak berbuat poligami dan mencukupkan dengan
seorang istri saja ketika keadaan takut dan terjatuh pada tingkat ketidak adilan (Fatah, 2017). Hal
ini kerana khuatir jika diteruskan akan menimbulkan dharurat. Justeru, secara kesimpulannya,

5
ketentuan poligami adalah berdasarkan dengan menitik beratkan kepada nilai keadilan yang
harus mampu diciptakan oleh seorang suami terhadap semua isterinya, dan ini menjadi suatu hal
yang paling utama. Hukum berlaku adil terhadap para isteri adalah wajib.

Seterusnya, apabila suami tahu bahawa tidak akan mampu adil dan tidak mampu untuk
mendidik isteri dengan baik jika berpoligami, maka hukumnya adalah haram. Apabila diyakini
tidak mampu berlaku adil, maka tidak dibenarkan berpoligami (Usman, 2014). Hal ini kerana,
tanggungjawab suami adalah untuk memelihara ahli keluarga mereka daripada api neraka.
Justeru, apabila menyedari tidak akan dapat adil atau mendidik, adalah lebih baik bagi suami
untuk meninggalkan kemudaratan tersebut. Hal ini berdasarkan surah At-Tahrim ayat 6 iaitu:

َ ‫اس َو ال ْ ِح َج‬
‫ار ة ُ عَ ل َ ي ْ َه ا‬ ُ َّ ‫ي َ ا أ َي ُّ َه ا ال َّ ِذ ي َن آ َم ن ُوا ق ُو ا أ َن ْ ف ُ س َ ك ُ ْم َو أ َهْ ل ِ ي ك ُ ْم ن َا ًر ا َو ق ُ و د ُهَا ال ن‬
) 6 ( ‫َم ََل ئ ِ كَ ة ٌ ِغ ََل ظ ٌ ِش د َ ا د ٌ ََل ي َ عْ صُ و َن َّللاَّ َ َم ا أ َ َم َر ه ُ ْم َو ي َ ف ْ ع َ ل ُو َن َم ا ي ُ ْؤ َم ُر و َن‬
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan.

4.0 Kesan Poligami

4.1 Individu

6
Tidak dapat dinafikan bahawa poligami memberi impak kepada individu dan masyarakat
sama ada kesan positif mahupun negative. Yang pertama, dari aspek individu, kesan poligami
dapat dilihat kepada pihak suami sendiri. Poligami secara umumnya, dapat menyelamatkan lelaki
daripada melakukan maksiat. Tambahan pula, bagi suami yang mempunyai nafsu seks yang
tinggi sedangkan isteri sering sakit, mempunyai tempoh haid yang panjang dan sebagainya. Hal
ini kerana, sesetengah lelaki mempunyai nafsu yang kuat berbanding dengan lelaki biasa,
menyebabkan isteri yang sedia ada tidak berupaya melayani nafsu suaminya. Sekiranya lelaki
berkenaan tidak dibenarkan berkahwin lagi, padahal nafsunya selalu membara, berkemungkinan
dia akan melakukan perzinaan dengan perempuan simpanan, dengan teman-teman atau
melanggani pelacur-pelacur. Bagi menyelesaikan masalah social yang semakin berleluasa,
poligami dapat mengelakkan suami darpada perkara ini seterusnya terjebak dengan perkara
zina. Oleh itu, poligami adalah satu-satunya inisiatif untuk mengelakkan suami daripada
melakukan perkara yang tidak baik.

Seterusnya, impak poligami kepada isteri ialah meningkatkan tahap penghargaan isteri
kepada suami. Hal ini kerana, setiap kali tiba giliran salah satu isteri, mereka berada dalam
keadaan yang saling merindui. Hal ini membuatkan mereka akan cuba memberi layanan yang
baik kepada suami yang membawa kepada munculnya rasa kasih sayang dalam diri mereka.
Dengan rasa kasih sayang ini, membawa kepada ketenangan jiwa dalam diri suami isteri
bersesuaian dengan matlamat perkahwinan iaitu memperolehi ketenangan jiwa. Rumahtangga
yang dibina atas asas kasih sayang dan hormat-menghormati membawa kepada ketenteraman
jiwa dan kekukuhannya (Mustafa, 1995). Justeru, poligami memberi kesan dengan bertambah
kuatnya ikatan cinta dan kasih sayang antara suami dengan isteri-isterinya.

Kesan poligami terhadap anak anak ialah apabila mereka sering mendengar
pertelingkahan yang berlaku di antara ayah dan ibu mereka. Hasilnya, anak-anak akan merasa
tertekan dan menganggu prestasi pelajaran dan kehidupan social mereka. Emosi anak-anak akan
terganggu apabila sering mendengar pergaduhan diantara kedua ibubapa mereka seterusnya
menyebabkan mereka tidak dapat focus dengan sebaiknya di dalam pelajaran mereka terutama
bagi mereka yang menduduki peperiksaan. Anak yang terbeban dengan keadaan yang penuh
dengan konflik itu tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan
peperiksaan. Selain itu juga memberi kesan kepada kehidupan social. Akibat mempunyai tekanan
di rumah, anak-anak akan mengambil langkah untuk tidak berada di rumah dan menghabiskan
masa bersama kawan-kawan yang lain. Bahkan lebih teruk apabila kemungkinan ada anak yang
akan lari dari rumah kerana terlalu tertekan dengan konflik ibu ayah dan isu tersendiri yang tidak

7
dapat dikongsi dengan ibu bapa. Permasalahan rumah tangga adalah antara beberapa jenis
masalah yang mengakibatkan anak-anak mereka terabai dan tidak mustahil akan mendorong
mereka melakukan perkara- perkara negatif berbanding dengan perkara positif (Hudani, Maa'rof,
& Hanina, 2011).

4.2 Masyarakat

Antara kesan poligami terhadap masyarakat adalah mewujudkan sistem sokongan yang
lebih baik. Hal ini kerana komuniti mereka yang mengamalkan poligami adalah lebih banyak
berbanding komuniti monogami yang akan sentiasa mempunyai seseorang untuk berbicara.
Mereka akan mempunyai bahu untuk menangis, seseorang yang mereka boleh berhubungan
dengan dan kepercayaan. Ini menghilangkan risiko kemurungan di kalangan ahli, terutamanya
kanak-kanak. Tambahan pula, sesetengah suami terlalu sibuk mencari rezeki sehingga tidak
dapat meluangkan masa yang secukupnya bersama isteri. Malahan, sesetengah suami terpaksa
berkerja di luar daerah untuk satu tempoh yang lama yang membawa kepada kesunyian dan
memberi tekanan emosi kepada isteri. Di samping itu, bebanan kerja rumah yang semakin
bertambah juga mendorong isteri untuk mengalami tekanan emosi. Apabila keluarga yang
mengamalkan amalan poligami melakukan kerja-kerja rumah, akan ada lebih banyak tangan
untuk membantu di sekitar rumah. Tugas akan berpecah di kalangan anggota, mengurangkan
tekanan emosi di rumah. Umum mengetahui bahawa tekanan emosi adalah suatu perkara yang
serius dan perlu diambil berat. Tekanan emosi andai tidak ditangani dengan baik bukan sahaja
menjejaskan kesejahteraan jiwa tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan fizikal (Salasiah &
’Adawiyah, 2012) . Selain itu, kesibukan suami membuka peluang kepada isterinya untuk mencari
orang lain untuk memenuhi kesunyian hatinya. Oleh itu, dengan berpoligami, isteri masih
mempunyai teman untuk berbual dan saling meluahkan antara satu sama lain serta dapat
berkerjasama dalam melakukan tugasan kerja rumah. Oleh itu, dapat mengelakkan isteri
daripada merasa tertekan.

Seterusnya, poligami juga dapat mengubah mentality masyrakat dan memberi gambaran
yang baik kepada agama Islam sekiranya dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Umum
mengetahui bahawa Islam adalah agama yang membenarkan amalan poligami berdasarkan
syarat-syarat tertentu. Suami perlu mengambil berat syarat-syarat poligami iaitu adil, perlu
keizinan isteri untuk berpoligami dan perlu keizinan mahkamah untuk berpoligam bagi
memastikan tujuan perkahwinan itu tercapai. Tambahan pula, persepsi masyarakat pada masa
kini yang memandang poligami adalah suatu kesalahan perlu diubah. Hal ini kerana sebahagian
masyarakat mengamalkan poligami dengan cara yang salah menyebabkan sebahagian

8
masyarakat merasa takut dan fobia dengan istilah “poligami”. Amalan poligami sebenarnya
bermula dari penghayatan tentang amalan keadilan dalam berpoligami. Ketidakfahaman tentang
konsep keadilan dalam berpoligami dan juga keengganan suami untuk berlaku adil menyebabkan
konflik poligami ini berlarutan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan
masyarakat. Oleh itu, tidak dapat tidak, suami perlu mencontohi baginda SAW dalam
mengamalkan poligami bagi memastikan perkahwinan yang dibina itu harmoni dan seterusnya
dapat mengubah mentality sesetengah masyarakat yang memandang poligami sebagai satu
pandangan negative. Seperti yang semua sedia maklum bahawa Rasulullah S.A.W adalah
merupakan contoh dan model yang terbaik untuk seorang suami yang mengamalkan sistem
Poligami. Baginda S.A.W. bersifat kasih sayang, adil, jujur dan betolakansur kepada kesemua
isteri Baginda. Baginda S.A.W juga pernah mengatakan “orang yang baik dan berakhlak mulia
ialah orang yang paling baik terhadap isteri-isteri mereka”. Oleh itu, dengan mencontohi segala
amalan baginda, dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa poligami bukanlah suatu cara
untuk memenuhi nafsu seks semata-mata bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud
serta tujuan untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya dan mewujudkan suasana yang harmoni
dalam kalangan masyarakat. Dengan itu, secara tidak langsung dapat memberi gambaran
kepada masyarakat bahawa Islam bukanlah suatu agama yang berat sebelah tetapi
mementingkan kemaslahatan bagi kedua dua belah pihak.

Namun begitu, poligami juga memberi kesan yang buruk kepada masyarakat. Masyarakat
akan hidup dalam keadaan emosi negative seperti cemburu yang tidak bertempat, kebencian dan
keresahan. Perempuan akan merasa sengsara apabila suaminya diambil orang atau terpaksa
berkongsi suami, merasa sakit hati kerana diduakan dan merasa disaingi keberadaannya dalam
rumah tangganya sendiri. Di pihak isteri kedua pula, kerana kebiasaannya isteri kedua dipandang
dengan pandangan negatif oleh masyarakat. Malahan sebahagian masyarakat memandang isteri
kedua sebagai perampas kebahagiaan rumah tangga orang. Pada hakikatnya, tujuan
perkahwinan adalah untuk mewujudkan suasana mawaddah rahmah dalam hubungan suami
isteri. Hal ini kerana, apabila wujudnya sifat saling mengasihi, saling memahami, saling
membantu, menunaikan hak dan kewajiban antara pasangan suami dan isteri akan mewujudkan
masyarakat yang berkasih saying. Sebaliknya, apabila hanya dipenuhi dengan perasaan
negative akan menimbulkan bibit bibit keretakan dalam hubungan suami isteri dan menyebabkan
perceraian. Rumah tangga dan sistem kekeluargaan yang baik adalah asas kepada
pembentukan sebuah masyarakat yang harmoni (Mariam & Syafirul,2017). Suami dan isteri satu
sama lainnya mesti berlapang dada dan saling menerima kekurangan serta kelebihan pada diri

9
pasangan masing-masing. Seterusnya, dengan perasaan negative ini akan menyebabkan
berlakunya krisis dalan rumah tangga seterusnya mewujudkan masyarakat yang berpecah belah.

Rumusan

Secara kesimpulannya, poligami adalah suatu rukhsah yang diberikan kepada suami melalui
syarat yang tertentu. Poligami bukanlah satu syariat yang digalakkan tetapi merupakan
pengecualian berdasarkan hajat syari’e. Jika syarat-syarat ini tidak diambil berat, sudah pasti
akan boleh menyebabkan penyalahgunaan. Walau bagaimanapun, jika dilakukan dengan betul,
hubungan sesama ahli yang mengamalkan poligami dapat memberi manfaat kepada semua
pihak yang terlibat, dari segi kestabilan kewangan dan sokongan pasangan.

Rujukan

Abdul Aziz bin Baz. (2010). Hukum Poligami 5–1 ,﴿ ‫﴾ اﺟ ﺰل ﺪعت‬.

10
Abdul Hakim Bin Baharudin @ Ismail, A. B. S. K. (2017). STATUS HUBUNGAN ANTARA ISTERI-
ISTERI DALAM POLIGAMI: ANALISIS TERHADAP PERBINCANGAN HUKUM-HUKUM
FEKAH., 3, 130–136.

Dra. Ni Gusti Ayu Putu Suryani, M. S. (2016). KAJIAN TINDAK POLIGAMI DARI PERSPEKTIF
AGAMA (HINDU, KRISTEN PROTESTAN, DAN ISLAM) SERTA PERSPEKTIF
PSIKOLOGIAN, 1–15.

Hayati, N. (2005). POLIGAMI DALAM PERPEKTIF HUKUM ISLAM DALAM KAITANNYA


DENGAN UNDANG-UNDANG PERKAWINAN Oleh : Nur Hayati, 3(1), 38–48.

Muhamad Abdul Fatah. (2017). Tafsir Al- Qur ’ an Tentang Poligami : Perbandingan Penafsiran
Muhammad Syahrur dan Nashr Hamid Abu Zayd .

NURUL HUDANI MD. NAWI, M. R. & H. H. H. (2011). Pengaruh Faktor Situasi Keluarga Terhadap
Penghargaan Kendiri Pelajar Bermasalah Di Pantai Timur Sabah. Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia, 191–213.

Nurus Sa’adah, T. (2015). Poligami dalam Lintas Budaya dan Agama: Meta-Interpretation
Approach Nurus Sa’adah. Asy-Syir’ah, 49(2), 479–499.

Obonye Jonas. (2012). The practice of polygamy under the scheme of the Protocol to the African
Charter on Human and Peoples’ Rights on the Rights of Women in Africa: a critical appraisal.
Journal of African Studies and Development, 4(5), 142–149.
https://doi.org/10.5897/JASD12.027

RIF’ATUL MUNAWAROH. (2015). Konsep Poligami Dalam Hukum Islam (Telaah hadis tentang
larangan poligami).

Salasiah Hanin Hamjah, & ’Adawiyah Ismail. (2012). Kaedah Mengatasi Tekanan dalam kalangan
Wanita Bekerjaya dari Perspektif al-Ghazali. Jurnal Al-Hikmah, 4, 64–75.

Saleh HudinMariam Abd. Majid, & Mohammad Syafirul Zarif. (2017). Perceraian rumah tangga di
Negeri Selangor Darul Ehsan dan pendekatan menanganinya. E-Jurnal Penyelidikan Dan
Inovasi, 4(2), 285–303.

Setyanto, D. A. (2017). Poligami Dalam Perspektif Filsafat Hukum Islam ( Kritik Terhadap Hukum
Perkawinan Di Indonesia ), 10(1), 49–60.

11
Siti Ropiah. (2018). Studi Kritis Poligami Dalam Islam (Analisa Terhadap Alasan Pro Dan Kontra
Poligami), 1(1), 89–104. https://doi.org/10.5281/zenodo.1161566

Usman. (2014). Perdebatan Masalah Poligami Dalam Islam, 39(1).

winarto & Maulana Masudi. (2016). Poligami dalam perspektif islam dan kristen, 2.

Zuraidah. (2013). Keadilan Dalam Keluarga: Poligami. 1, 8, 45–53.

12

Anda mungkin juga menyukai