Anda di halaman 1dari 19

HUKUM MATA WANG KRIPTO

SUBWAY ISLAMIC BANK

PENASIHAT:

ENCIK ZUL AIZAT BIN HAMDAN

AHMAD AFIF FARHAN BIN ADANAN (23DIB20F1008)


WAN NUR ZAHRINA BINTI WAN MOHD ZAHAR (23DIB20F1026)
ANIS AFIQAH BINTI ZAKARIA (23DIB20F1032)
NUR NAJWA AMNI BINTI NORAZUHAN (23DIB20F1034)
PENGENALAN

Mutakhir ini, mata wang kripto menjadi satu fenomena baharu yang kian mendapat perhatian
di seluruh pelusuk dunia yang wujud hanya di alam internet. Kemunculan mata wang
seumpama ini dianggap sebagai alternatif baharu kepada mata wang sedia ada dalam urus
niaga di abad ini.

Berbeza dengan wang digital yang digunakan setiap hari (kad dan pindahan mata wang
negara atas talian/online) ialah mata wang jenis ini tidak dikeluarkan oleh bank atau kerajaan.
Mata wang kripto menjalankan transaksi dengan lebih pantas, bayaran lebih rendah dan
privasi ditingkatkan.

Keghairahan orang ramai terhadap mata wang kripto ini telah melonjakkan harganya ke tahap
yang tinggi di mana pada awalnya ditawarkan pada harga USD65 dan kini dikatakan
harganya berada pada paras USD6,281.76 bersamaan dengan RM26,340 (setakat 13
November 2018).

Baru-baru ini juga, terdapat laporan yang menyatakan sistem emel Media Prima Bhd. telah
diserang oleh sekumpulan penggodam siber, dan mereka meminta sebanyak 1000 unit mata
wang kripto sebagai bayaran untuk sistem tersebut kembali kepada sediakala.Ini
menunjukkan bahawa mata wang kripto menjadi sasaran kumpulan penjenayah
memandangkan sifatnya yang lebih sukar dikesan berbanding mata wang biasa.
ISU PERMASALAHAN

Pada hari ini, urus niaga di alam maya cuba diperluaskan dengan menggunakan mata wang
kripto sebagai alat pertukaran (medium of exchange). Kewujudan sesetengah premis yang
kini menggunakan mata wang kripto membuatkan ramai pengguna cuba mendapatkan mata
wang ini meskipun ia bukanlah mata wang yang diiktiraf di kebanyakan negara di peringkat
antarabangsa.

Maka berikut dikemukakan beberapa persoalan yang timbul di sebalik penggunaan mata
wang ini, antaranya:

Adakah mata wang kripto merupakan mata wang yang sah menurut kaca mata syarak?

Adakah mata wang kripto boleh diperdagangkan dan digunakan dalam transaksi urus niaga?
DALIL BERKAITAN ISU PERMASALAHAN

Pada dasarnya, konsep umum mata wang yang disebut di dalam al-Quran adalah menjurus
kepada mata wang dinar dan dirham. Ini adalah kerana, ketika wahyu diturunkan kepada
Rasulullah SAW, mata wang yang beredar pada masa itu hanyalah dinar dan dirham.

Antara ayat yang menggambarkan unit mata wang dinar dan dirham yang pernah digunakan
pada zaman awal Islam ialah:

‫علَ ْي ِه قَائِ ًما َٰذَلِكَ بِأَنَّ ُه ْم‬ ٍ ‫ار ي َُؤ ِ ِّد ِه إِلَيْكَ َومِ ْن ُهم َّم ْن إِن ت َأ ْ َم ْنهُ بِدِين‬
َ َ‫َار ََّّل يُ َؤ ِ ِّد ِه إِلَيْكَ إِ ََّّل َما دُمْت‬ ٍ ‫ط‬َ ‫ب َم ْن إِن ت َأ ْ َم ْنهُ بِقِن‬
ِ ‫َومِ ْن أ َ ْه ِل ْال ِكت َا‬
َ‫ِب َوهُ ْم يَ ْع َل ُمون‬ َ ‫علَى اللَّـ ِه ْال َكذ‬
َ َ‫سبِي ٌل َويَقُولُون‬ َ َ‫علَ ْينَا فِي ْاْل ُ ِ ِّميِِّين‬
َ ‫ْس‬َ ‫قَالُوا لَي‬

Maksudnya: “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia
menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna)
kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar
pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.
Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung
dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah
sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”

(Surah Ali Imran: 75)

Selain itu, al-Quran juga ada menyebut tentang garis panduan berkenaan kepentingan
menjaga keutuhan mata wang dan larangan daripada membuat sewenang-wenangnya
sehingga merosakkan keseimbangan masyarakat. Allah SWT berfirman:

َّ ‫ص ََلتُكَ ت َأ ْ ُم ُركَ أَن نَّتْ ُركَ َما يَ ْعبُ ُد آبَا ُؤنَا أ َ ْو أَن نَّ ْفعَ َل فِي أ َ ْم َوا ِلنَا َما نَشَا ُء إِنَّكَ َْلَنتَ ْال َحلِي ُم‬
‫الرشِي ُد‬ َ َ ‫شعَيْبُ أ‬
ُ ‫قَالُوا يَا‬
Maksudnya: “Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu (yang banyak itu)
menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek
kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan
harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak
berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan
dengan kebiasaan kami)?"

(Surah Hud: 87)

Imam al-Tabari menyebut bahawa yang dimaksudkan dengan “supaya kami lakukannya apa
yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami” membawa kepada
pemecahan dan pemotongan dirham.

Dapat difahami daripada ayat ini bahawa Islam mementingkan keutuhan mata wang. Apabila
mata wang sudah tidak dipercayai lagi oleh masyarakat, maka akan terjadi masalah dalam
transaksi mereka. Mereka saling tidak percaya antara satu sama lain dan meragui piawaian
dinar mata wang yang digunakan.

Al-Quran juga ada menerangkan peranan wang sebagaimana ayat di dalam surah al-Maidah,
Allah SWT berfirman:

‫سفَ َها َء أَ ْم َوالَ ُك ُم الَّتِي َجعَ َل اللَّـهُ لَ ُك ْم قِيَا ًما‬


ُّ ‫َو ََّل تُؤْ تُوا ال‬

Maksudnya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum
sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah
menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu…”

(Surah al-Nisaa': 5)
Menurut al-Raghib al-Asfahani, perkataan al-qiyam dan al-qiwam bermaksud tiang dan
sandaran kerana hal ini dijadikan sebagai tiang penumpang dan sandaran barang yang
bersandar kepadanya.

Ini menggambarkan ciri utama wang di mana ia merupakan satu alat yang sangat berkesan
yang dijadikan oleh Allah untuk mengelola dan memelihara keseluruhan sistem dunia.
Matlamat akhir wang adalah untuk menjaga dan menampung urusan dunia seseorang untuk
keuntungannya di akhirat.

Sebagai kesimpulan, ciri-ciri atau bentuk mata wang tidak dijelaskan secara terperinci dalam
al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-duanya hanya merujuk kepada mata wang yang wujud dan
tersebar luas pada masa tersebut iaitu dinar dan dirham. Akan tetapi, ia telah meletakkan
dasar dan garis panduan secara umum berkait penggunaan mata wang di dalam urusan
muamalah sesama manusia.
PENDAPAT ULAMAK TERDAHULU DAN KONTEMPORARI

Bagi memahami konsep mata wang secara jelas, kita perlu merujuk kepada tafsiran ilmuwan
dan sarjana berkenaan hal ini. Pelbagai definisi dan takrif telah dikemukakan oleh para
sarjana Islam berkaitan konsep dan pengertian mata wang di dalam Islam. Di sini, dibawakan
pandangan beberapa sarjana Islam baik yang terdahulu mahupun kontemporari.

a.Imam Malik

Imam Malik mendefinisikan wang sebagai sesuatu barang yang boleh diterima sebagai alat
pertukaran. Ini jelas berdasarkan kata-kata beliau yang sekiranya masyarakat bersetuju
sesama mereka untuk menjadikan kulit sebagai wang maka beliau akan melarang ianya dijual
secara tangguh dengan emas dan perak.

b. Imam al-Ghazali

Menurut al-Ghazali, Allah SWT telah menjadikan dinar dan dirham sebagai pengadil dan
perantara di antara semua harta sehingga semua harta benda dapat diukur dengannya.

Disebabkan ia adalah suatu yang kekal, maka mata wang daripada emas dan perak dapat
menjadi satu mekanisme yang adil sebagai alat pengukur sesuatu barangan.

c. Ibnu Taimiyyah

Menurut beliau, wang adalah alat untuk mengukur nilai dan berfungsi sebagai alat
pertukaran. Melalui wang tersebut, sejumlah benda dapat diketahui nilainya dan tidak
bermaksud menggunakannnya untuk diri sendiri.
d. Ibnu al-Qayyim

Ibnu al-Qayyim menyatakan bahawa wang tidak dicari untuk dirinya akan tetapi ia digunakan
untuk mendapatkan barangan komoditi. Apabila wang mula dijadikan komoditi dan dijadikan
sebagai matlamat transaksi, maka seluruh sistem ekonomi akan berada dalam krisis.

e. Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun berkata, Allah SWT telah menciptakan dua logam bernilai daripada emas dan
perak sebagai pengukur nilai bagi semua barang yang berharga.Sekiranya dimiliki juga
sesuatu bahan yang lain daripada emas dan perak dalam beberapa ketika tertentu, maka
keadaan itu bertujuan untuk mendapatkan kedua-duanya dengan menggunakan bahan-bahan
lain dalam pasaran ketika ia tidak dapat diperolehi.

PENDAPAT ULAMAK KONTEMPORARI

a. Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir)

Menurut Mufti Republik Mesir Syeikh Shauqi ‘Allam mata wang kripto diharamkan kerana
mata wang kripto tidak memenuhi syarat untuk dilabel sebagai mata wang. Ianya juga
mempunyai unsur-unsur gharar dan manipulasi yang sukar dikawal. Mata wang ini juga tidak
diselia oleh mana mana pihak berwajib untuk mengawal ataupun untuk mebuat sebarang
peraturan. Ini juga kerana, pemerintah di sesebuah negara mempunyai hak mutlak untuk
mengawal selia kewangan rasmi sesebuah negara. Mata wang ini juga berpotensi tinggi untuk
melakukan sebarang kegiatan haram yang melanggar undang-undang seperti penggubahan
wang haram dan mengelak daripada membayar cukai
b. Mufti Muhammad Abu-Bakar

Merujuk kepada kajian yang beliau lakukan bertajuk Shariah Analysis of Bitcoin,
Cryptocurrency, and Blockchain, beliau merumuskan untuk mengharuskan penggunaan mata
wang kripto dengan beberapa syarat iaitu mata wang ini diiharuskan apabila sesebuah negara
itu tidak melarang atau tidak mengharamkan transaksi yang menggunakan mata wang kripto
jika sesebuah negara itu tidak mengiktiraf penggunaan mata wang ini makai ia tetap dilarang.
Yang kedua ialah mata wang kripto haruslah digunakan sebagai tujuan asal mata wang iaitu
haruslah dijual beli dan bukannya sebagai satu bentuk pelaburan

Sebagai kesimpulan, berdasarkan takrif-takrif yang dikemukakan, dapat difahami bahawa


mata wang dalam Islam ialah sesuatu yang berfungsi sebagai alat perantaraan dalam proses
pertukaran barangan (medium of exchange). Ia juga digunakan bagi menjadi pengukur nilai
bagi sesuatu benda atau barangan.

Mata wang tidak mempunyai nilai-nilai intrinsik dan Islam tidak mengiktiraf wang dijadikan
sebagai komoditi untuk dijual beli kecuali dalam kes-kes tertentu sahaja.
ANALISIS ISU

Setelah membentangkan pandangan-pandangan ulama terhadap isu ini, maka didapati bahawa
mata wang kripto merupakan satu alat baru yang telah diperkenalkan oleh pihak tertentu
sebagai alternatif kepada sistem mata wang yang sedia ada dalam sesebuah negara.

Para ulama sendiri telah berbeza kepada 2 pandangan dalam menentukan hukum bagi isu ini.
Perbezaan ini muncul apabila berlakunya perbezaan dari sudut pandang mereka. Bagi ulama
yang mengharuskan, mereka lebih melihat dari sudut mikro mata wang kripto, ia merupakan
mata wang yang menepati ciri-ciri mata wang dan tiada sebarang elemen gharar dan jahalah
yang boleh merosakkan transaksi mata wang ini.

Namun, bagi ulama yang mengharamkan, didapati lebih melihat mata wang kripto dari sudut
makro dan jangkaan skop yang lebih luas. Kewujudan mata wang ini boleh menggugat
kestabilan mata wang sesebuah negara di samping ketiadaan pengawasan dan pengawalan
oleh pihak berautoriti. Penggunaan mata wang kripto juga diramalkan akan melahirkan lebih
banyak masalah dengan kemunculan skim-skim pelaburan penipuan serta jalan mudah bagi
pengganas dan penjenayah siber.

Ringkasnya, hukum penggunaan mata wang kripto dapat dilihat seperti jadual di bawah:

PANDANGAN ULAMAK

Haram: Darul Iftaa’ Misriyyah, Syeikh ‘Ali Qaradaghi, Wifaq


MATA WANG al-Ulama, Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah
KRIPTO Harus: Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Dr. Zaharuddin & Mufti
Muhammad Abu Bakar
Justeru, jika diukur daripada sudut kebaikan (maslahah) pada mata wang ini, maka antara
kebaikannya ialah:

• Mata wang kripto merupakan mata wang secara maya yang membolehkan perpidahan
wang dilakukan lebih pantas dan menjimatkan kos jika berbanding dengan melalui
sistem kewangan pada hari ini.
• Ia dapat memberikan tahap keselamatan yang tinggi kepada pengguna berbanding
mengggunakan wang fizikal.
• Mempunyai kadar nilai yang tinggi pada hari ini, namun tetap terdedah kadar turun
naik yang agak tidak stabil.

Namun begitu, mata wang kripto juga mempunyai beberapa sudut keburukan (mafsadah)
antaranya:

• Mata wang kripto tidak mempunyai sandaran nilai yang stabil dan tetap.
• Terdapat unsur-unsur gharar dalam transaksi mata wang kripto khususnya di
peringkat bursa (exchange).
• Ia boleh dimanipulasi sebagai dana mudah bagi penjenayah untuk membiayai
kegiatan keganasan dan penjenayah siber.
• Sistem keselamatan di bursa dagangan mata wang kripto juga boleh mengundang
masalah apabila pernah beberapa kali digodam sehingga mengakibatkan kerugian
bernilai jutaan dolar.
• Mata wang kripto merupakan satu mata wang yang tidak diawasi oleh mana-mana
badan berautoriti.
• Mampu memberi ancaman kepada sistem kewangan negara.
• Munculnya berbagai-bagai skim pelaburan mata wang kripto yang kebanyakannya
berasakan skim cepat kaya (penipuan).
TARJIH DAN PENETAPAN HUKUM

Secara umumnya, para cendekiawan Islam telah berbeza kepada 2 pandangan dalam
menentukan hukum bagi mata wang kripto ini sepertimana yang berikut:

1. Pandangan Yang Mengharamkan

Terdapat badan fatwa dan sarjana Islam yang mengharamkan penggunaan mata wang kripto
ini antaranya ialah:

i. Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir)

Keterlibatan dalam urusan mata wang kripto adalah tidak dibolehkan dari sudut syarak kerana
risikonya yang terlalu besar terhadap individu dan negara. Menurut Mufti Republik Mesir
Syeikh Shauqi ‘Allam, mata wang kripto diharamkan berdasarkan kepada alasan-alasan yang
berikut:

(a) Mata wang kripto tidak menepati syarat untuk diiktiraf sebagai mata wang.

(b) Ia mempunyai unsur jahalah, gharar dan manipulasi yang amat sukar dikawal.

(c) Ia tidak mempunyai nilai sandaran dan tidak dikawal selia mana-mana pihak berautoriti.

(d) Pengeluaran mata wang adalah hak mutlak pemerintah dan institusi kewangan rasmi
sesebuah negara.

(e) Ia juga boleh menjadi saluran untuk kegiatan-kegiatan haram dan melanggar undang-
undang seperti mendanai aktiviti pengganas (Daesh), penggubahan wang haram dan
mengelak daripada membayar cukai (tax evasion).

(f) Ia adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerugian menyeluruh
terhadap pelabur, serta pelabur juga tidak disediakan sebarang ganti rugi atas kerugian
tersebut.
ii. Syeikh Ali Qaradaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia)

Dalam satu temu bual dengan Aljazeera Mubasher Channel yang disiarkan secara langsung di
laman Facebook Aljazeera Mubasher Channel pada 4 Januari 2018, beliau menyatakan
bahawa beliau masih belum berbuat sebarang ketetapan akan hukum mata wang kripto kerana
faktor kesamaran yang masih menyelubungi isu ini dan keperluan untuk meneliti lebih lanjut
sudut positif dan negatif mata wang digital ini. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang
mengharuskan atau mengharamkan mata wang kripto secara mutlak, dan beliau menggesa
agar para ulama dan pakar ekonomi mengadakan satu pertemuan khas bagi mencapai satu
kata sepakat berkenaan isu ini.

Sistem pengeluaran dan transaksi mata wang kripto dalam bentuk yang ada pada masa
sekarang adalah tidak syar’ie, kerana ia amat terdedah kepada kegiatan-kegiatan haram dan
salah guna oleh pihak tertentu, seperti penggubahan wang haram serta menggugat integriti
sistem kewangan negara.

Tambah beliau lagi, kebanyakan mata wang kripto yang ada pada masa sekarang tidak
menepati syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk sesuatu itu diiktiraf sebagai mata wang:

1. Medium pertukaran (medium of exchange)


2. Penyimpanan nilai (mahkzunan lil tsarwah atau store of value)
3. Ukuran kestabilan (Miqyas lil Qiyam)
4. Ukuran penerimaan umum (Mi’yar li Tadawul)

Menurutnya lagi, mata wang kripto boleh menjadi harus jika sekiranya penambahbaikan
dilakukan terhadapnya dan ditetapkan beberapa dhawabit (parameter) dalam pelaksanaannya.
Antara cadangan beliau adalah supaya kerajaan mengiktirafnya dan menjadikannya sebagai
mata wang alternatif kepada mata wang sedia ada bagi melindungi para pelabur daripada
sebarang kerugian, dan agar kerajaan boleh mengawal selia segala aktiviti berkaitan.
Beliau juga menasihatkan agar umat Islam mengelakkan penglibatan dengan mata wang
kripto buat masa sekarang kerana risikonya yang terlalu besar. Bagi umat Islam yang telah
terlibat dengan urusan mata wang kripto, mereka diminta agar segera menjualkannya, dan
mereka berhak menyimpan nilai modal sewaktu membeli mata wang kripto dan
menyedekahkan hasil keuntungan pelaburan mata wang kripto tersebut (capital gain) kepada
mana-mana pihak yang memerlukan.

iii. Wifaq al-‘Ulama (United Kingdom)

Menurut badan ini, mata wang kripto adalah tidak dibenarkan atas beberapa faktor, iaitu
harganya di pasaran yang sangat tidak stabil, serta kaedah penempaan mata wang kripto
(mining) yang mempunyai unsur perjudian.

iv. Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah

Beliau secara peribadi menyatakan mata wang kripto dilihat satu alat baru yang tidak dapat
dipastikan identitinya secara khusus sama ada ia berbentuk mata wang atau sebaliknya.
Namun, dalam masa yang sama tidak dinafikan terdapat beberapa isu syariah terhadap mata
wang ini seperti kadar spekulasi yang tinggi, mudah berlaku penyelewangan dan penipuan,
tiada sandaran, tiada kawalan daripada pihak berautoriti dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan
faktor-faktor tersebut, beliau berpandangan bitcoin tidak diharuskan bagi menjaga
kepentingan masyarakat awam.

2. Pandangan Yang Mengharuskan

Sebahagian sarjana lain pula mengharuskan penggunaan mata wang ini antaranya:

a. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi Eksekufti Amanie Advisors) dan Pengerusi
Lembaga Penasihat Syariah BNM dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah SC)

Dalam satu pembentangan dalam program ‘Cryptocurrency, Blockchain & Distributed


Ledger Technology: Synergizing Technology & Shariah’ di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia pada 29 November 2017, beliau menyimpulkan bahawa mata wang kripto adalah
patuh syariah, namun depan mata wang kripto tersebut masih lagi tidak jelas. Beliau
berpandangan pelaburan dalam mata wang kripto adalah harus, dan keuntungan yang
diperoleh dikenakan zakat.

Beliau telah menolak hujah kalangan yang tidak bersetuju dengan mata wang kripto bahawa
ia mempunyai elemen gharar (ketidakpastian / ketidakjelasan) kerana nilai yang sangat tidak
stabil dan kemungkinan sistem mata wang digital itu sendiri akan runtuh (collapse) pada bila-
bila masa.

Beliau berkata risiko (khatar), tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia
harus dibezakan dengan gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara
yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.

Volatility mata wang kripto pula tidak boleh dijadikan ‘illah kepada pengharaman mata wang
kripto dan ia tidak memainkan peranan dalam menentukan status Sharia-compliancy sesuatu
perkara. Beliau memberi contoh emas, yang mana nilainya adalah sangat tidak stabil, namun
ia tidak bermakna jual belinya perlu diharamkan. Langkah yang perlu diambil adalah
memperkenalkan peraturan dan regulasi untuk mengawal kestabilan nilai dan mengurus
transaksinya. Hal yang sama juga harus diperkenalkan untuk mata wang kripto.

Dalam satu artikelnya yang lain, beliau sekali lagi menegaskan bahawa mata wang kripto
adalah patuh syariah dan memenuhi semua syarat mata wang yang digariskan, serta
menyatakan naik turunnya nilai mata wang adalah perkara biasa yang ditentukan oleh aspek
pasaran dan kepercayaan pengguna. Selain itu, beliau juga menulis bahawa mata wang ini
sekurang-kurangnya boleh menjadi mata wang yang sah kepada mereka yang percaya kepada
nilaiannya. Berkenaan risiko penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan mata wang
kripto pula, beliau menjawab bahawa wang kertas juga terdedah kepada aktiviti pelanggaran
undang-undang sebelum beberapa peraturan dan regulasi diperkenalkan bagi menangani
masalah tersebut. Beliau percaya minda manusia akan mampu mengawal selia urusan
kewangan berasaskan teknologi ini.
b. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd)

Dalam rancangan Bismillah Ad-Duha yang disiarkan Astro Oasis pada 23 Disember 2017
lalu, Dr. Zaharuddin telah menyebut beberapa perkara penting berkenaan isu ini. Beliau
mengakui telah mencuba sendiri mata wang kripto ini bagi mendapatkan gambaran yang
lebih jelas tentang mata wang ini.

Menurutnya lagi, elemen gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan
mata wang kripto itu sendiri, tapi ditemui sewaktu peringkat transaksi di bursa (exchange) di
mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa
sebarang penipuan.

Seteleh melakukan penelitian, beliau mengatakan mata wang kripto boleh digunakan dalam
urusan jual beli kerana ia menepati ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, namun ia
bukanlah satu legal tender iaitu mata wang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara.

Beliau juga mengharuskan menyimpan mata wang kripto


sekadar untuk menyimpan nilai dan melawan inflasi, dan untuk dijual semula apabila
memerlukan wang tunai pada masa hadapan, dan tidak harus disimpan sebagai satu bentuk
pelaburan.

Beliau mengingatkan bagi sesiapa yang telah melibatkan diri dengan mata wang kripto untuk
membayar zakat simpanan apabila cukup haul, selain larangan daripada memperdagangkan
mata wang kripto kerana ia adalah satu bentuk mata wang yang dilarang daripada
diperdagangkan dalam Islam.

Beliau turut menambah kepentingan kajian yang mendalam bagi sesiapa yang ingin
melibatkan diri dengan mata wang kripto agar tidak terjebak dengan skim penipuan yang
banyak muncul sejak akhir-akhir ini. Akhirnya beliau juga menjangkakan mata wang kripto
akan menjadi lebih stabil pada masa akan datang.

c. Mufti Muhammad Abu-Bakar

Berdasarkan kajian yang beliau lakukan bertajuk Shariah Analysis of Bitcoin,


Cryptocurrency, and Blockchain, beliau cenderung untuk mengharuskan mata wang kripto
dengan beberapa syarat:

Mata wang kripto hanya diharuskan di negara-negara yang tidak melarang transaksi mata
wang kripto. Adapun jika undang-undang negara tersebut melarang, maka ia turut dilarang
daripada sudut syariah.

Mata wang kripto haruslah dijual beli / digunakan sebagai satu mata wang menurut tujuan
asal ia dicipta, dan bukannya sebagai satu aset pelaburan.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar berhati-hati dengan sebarang skim penipuan yang
cuba memperdaya pengguna dengan menjanjikan keuntungan berlipat ganda atas nama
pelaburan mata wang kripto, serta risiko kerugian yang bakal dihadapi memandangkan
ketidakstabilan nilainya di pasaran.
KESIMPULAN

Secara tuntasnya, setelah menilai pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan mata wang
kripto, maka didapati mata wang ini tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan
dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten. Meskipun masyarakat
umum boleh menerimanya sebagai mata wang namun ketidakstabilan nilai pada mata wang
ini boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.

Selain itu, ketiadaan badan berautoriti yang mengawal selia mata wang ini juga boleh
mengundang pelbagai perkara negatif seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata
wang rasmi dalam sesebuah negara.

Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, mata wang kripto lebih dilihat sebagai
satu aset pelaburan, dan ia tidak menepati tujuan asal penciptaan mata wang kripto itu sendiri,
iaitu sebagai mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat yang sedia ada.

Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata wang ini adalah wajar berdasarkan kepada
kaedah Sadd al-Zarai’ (menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan) agar ia
tidak berlegar di kalangan masyarakat umum. Sesuatu yang asalnya harus boleh dicegah
apabila ia ternyata boleh membawa kemudaratan yang lebih besar.

Pemerintah dan badan berautoriti juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi mata
wang kripto ini demi memelihara maslahah masyarakat umum. Perkara ini bertepatan dengan
kaedah fiqh yang menyebut:

ْ ‫ط بِ ْال َم‬
‫صلَ َح ِة‬ ٌ ‫الر ِعيَّ ِة َمنُو‬
َّ ‫علَى‬ ِْ ‫ف‬
َ ‫اْل َم ِام‬ َ َ‫ت‬
ُ ‫ص ُّر‬

Maksudnya: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada


maslahah.
Maka mata wang krypton dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’iy
kerana ia tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, dan ia
mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum. Namun begitu, hukum
ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap mata wang kripto samada dari
sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan regulasi untuk
mengelakkannya daripada diekploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan hujahan ini juga, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
telah memutuskan bahawa mata wang krypto yang terdapat pada masa sekarang tidak
menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa mata wang
krypto mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah
negara. Oleh kerana itu, penggunaan mata wang krypto yang ada pada masakini sebagai satu
mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

Anda mungkin juga menyukai