Anda di halaman 1dari 10

Tahap Kefahaman Masyarakat

Tentang Konsep Perwalian


Menurut Islam
Di Kampung Salimbangun

930/4 – SYARIAH

Disediakan Oleh: Norazlin AbdulRazak


ABSTRAK
Berdasarkan statistik perkahwinan secara pindah wali dari pejabat
Konsulat General Malaysia di Songkla, sebanyak 7079 pasangan telah
berdaftar pada Januari 2013 hingga Jun 2015 yang menunjukkan bagi tempoh
3 tahun . Ini menunjukkan statistik perkahwinan secara pindah wali semakin
membimbangkan dari tahun ke tahun jika dibiarkan. Timbulnya kes sedemikian,
disebabkan ramai umat Islam yang tidak mengambil berat akan pengetahuan
dan kefahaman mengenai konsep perwalian dari sudut rukun dan syaratnya
menurut persfektif Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
konsep perkahwinan dalam Islam dan seterusnya mengenalpasti tahap
kefahaman masyarakat di Kampung Salimbangun mengenai konsep perwalian
menrut Islam. Bagi mencapai kedua-dua objektif ini, kaedah kajian digunakan
dalam dokumentasi dan kajian lapangan dengan mengedarkan 30 borang soal
selidik kepada responden yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 18 orang
perempuan. Hasil kajian mendapati, kefahaman dan pengetahuan asas
masyarakat di Kampung Salimbangun mengenai perkahwinan dan perwalian
dalam Islam adalah pada tahap yang tinggi. Pengkaji mencadangkan agar pihak
berwajib melakukan pembaharun dalam mengeluarkan buku-buku ilmiah dengan
cara penyampaian yang menarik, padat dan mudah difahami oleh semua
peringkat.

2
PENGENALAN

Perkahwinan adalah satu ibadat yang suci bagi menghalalkan satu


hubungan antara kaum Adam dan Hawa dalam membawa masyarakat harmoni
yang berlandaskan syariat Islam. Namun, di zaman era globalisasi ini, masih
banyak ikatan perkahwinan yang tidak memenuhi rukun dan syarat menurut
Islam khususnya mengenai perwalian yang akhirnya membawa impak negatif
terhadap Agama dan umat Islam. Berdasarkan statistik perkahwinan secara
pindah wali dari pejabat Konsulat General Malaysia di Songkla, sebanyak 7079
pasangan telah berdaftar pada Januari 2013 hingga Jun 2015. Melihat dari
statistik tersebut, apabila berlaku kes seperti perkahwinan secara pindah wali,
masyarakat akan bertindak dengan sesuka hati iaitu dengan melanggar rukun
dan syarat dalam satu ibadat khususnya dalam perkahwinan. Ini menunjukkan,
masyarakat ketika ini tidak menitik beratkan pengetahahuan mengenai
permasalahan perwalian menurut Islam. Namun hal yang demikian adanya
syariat sebagai sumber rujukan, ini boleh memudahkan umat Islam untuk
mengetahui rukun dan syarat perkahwinan dalam Islam. Oleh itu, pengkaji
telah memutuskan untuk menjalankan kajian tentang konsep perkahwinan
menurut Islam dan mengukur tahap kefahaman masyarakat mengenai konsep
perwalian.

3
• Mengenalpasti konsep perkahwinan dalam
Islam.

Objektif • Mengenalpasti tahap kefahaman


masyarakat mengenai konsep perwalian
menurut Islam di Kampung Salimbangun.
Kajian

• Dokumentasi

Kaedah • Kajian Lapangan

Kajian

4
DAPATAN 1
Maksud Perkahwinan Dalil
- Ibadah yang perlu dilaksanakan - Firman Allah dalam surah an-Nur,
mengikut ketetapan syariat dan satu ayat 32
saluran untuk seseorang itu menunaikan - Hadis yang bermaksud “Syiarkan
ibadah iaitu dengan membelanjakan nikah ini dan adakanlah di masjid-
wang untuk keperluan keluarganya. masjid dan pukullah untuknya
(Mohd Zahiruddin Fahmi Ahmad rebana-rebana”
Zhaki) - (Ahmad dan Tarmizi r.a)

Hukum
Rukun dan Syarat
- Hukum asal adalah sunat.
- Hukum boleh berubah mengikut
keadaan: 1. Bakal suami 3. Wali
1. Wajib 2. Sunat 2. Bakal isteri 4. 2 orang saksi
3. Harus 4. Haram 5. Sighah
5. Makruh

Hikmah
- Dapat mengatur kehidupan rumah tangga antara pasangan suami isteri dengan lebih
baik, kemas dan terurus.
- Dapat membendung dan membanteras penyakit sosial tidak bermaruah seperti
berdua-duaan tanpa ikatan, penzinaan, bohsia dan seks bebas.

5
Maksud Perwalian
Perwalian Dalam Hadis
- Bahasa: Perkataan wali diambil
daripada perkataan Al-Wilayah ) ‫( الواليه‬ ‫الَ نِ َكا َح ِإالا َِ َِ ِ ي‬
yang bermaksud kesanggupan bertindak Maksudnya : “tidak sah nikah
mengurus. kecuali dengan keberadaan wali”
- Istilah: ialah seseorang yang memiliki
atau diberikan kuasa syarak untuk
mengakad nikah.

Syarat-syarat Wali
Jenis Wali
1. Baligh
2. Islam
3. Merdeka
1. Wali Mujbir
4. Bukan dalam keadaan ihram
2. Wali Aqrab
5. Lelaki
3. Wali Ab’ad
6. Kerelaannya sendiri
4. Wali Hakim
7. Adil
8. Waras

6
DAPATAN 2
Soalan YA TIDAK

1. Saya mengetahui maksud perkahwinan menurut Islam. 30 0


100% 0%
2. Saya mengetahui maksud perwalian dalam Islam. 30 0
100% 0%

3. Saya mengetahui salah satu rukun dalam perkahwinan hendaklah 30 0


ada wali. 100% 0%

4. Saya mengetahui syarat bagi menjadi wali hendaklah lelaki. 30 0


100% 0%
5. Saya mengetahui wali yang berhak mengahwini perempuan hendaklah 30 0
baligh. 100% 0%

6. Saya mengetahui wali mujbir ialah bapa atau datuk dari sebelah bapa 16 14
53% 47%
7. Saya mengetahui wali bukan mujbir ialah selain daripada bapa dan 15 15
datuk. 50% 50%

8. Saya mengetahui syarat perpindahan wali nasab kepada wali hakim 15 15


ialah wali nasab tidak dapat dikesan sama ada hidup atau mati. 50% 50%

9. Saya mengetahui tujuan pensyariatan perwalian adalah untuk 25 5


menikahkan perempuan dengan menjalankan akad nikah keatasnya. 83% 17%

10. Saya mengetahui hikmah pensyariatan perwalian adalah untuk 24 6


membimbing dan mengawasi anak perempuannya memilih pasangan hidup. 80% 20%

7
RUMUSAN
Berdasarkan hasil kajian, pengkaji memperoleh bahawa tahap kefahaman
penduduk di Kampung Salimbangun berada pada tahap yang tinggi. Perkahwinan
dilakukan memerlukan rukun dan syarat bagi membolehkan satu perkahwinan
itu diterima di sisi syarak salah satunya hendak ada wali. Melalui hasil kajian
tersebut, soalan yang berkaitan perkahwinan terutama maksud perkahwinan
serta rukun dan syarat perkahwinan dikuasai sepenuhnya oleh masyarakat di
kawasan kajian. Selain itu, pengkaji dapat meyimpulkan pengertian perwalian
adalah seseorang yang memiliki atau diberikan kuasa syarak untuk mengakad
nikahkan pengantin perempuan. Hasil kajian yang didapati, tahap kefahaman
responden mengenai perwalian pada tahap yang sederhana kerana beberapa
faktor namun responden kebanyakannya mengetahui perkara asas dalam
perwalian. Seterusnya, persoalan perwalian yang asas dan mudah iaitu syarat
berhak menjadi wali dan hikmah pensyariatan perwalian yang diperoleh melalui
analisis tahap kefahaman masyarakat di kawasan kajian mendapati responden
mengetahui dan menguasainya. Manakala persoalan kurang dikuasai dapat
dilihat ialah mengenai wali mujbir dan bukan mujbir serta syarat perpindahan
wali nasab kepada wali hakim dalam lingkungan sebanyak 47% dan 50%
responden tidak mengetahui. Justeru, hal ini sudah tentu boleh membawa
impak negatif terhadap umat Islam.

8
CADANGAN

Individu Ibu Bapa Masyarakat Pihak Berwajib


- Seseorang - Melakukan - Sentiasa - Melakukan
individu muslim pendekatan berfikiran terbuka pembaharun
itu haruslah kepada anak- dalam perkara- dalam
mempunyai anak dengan perkara yang mengeluarkan
keinginan yang berkongsi ilmu diperintahkan oleh buku-buku ilmiah
tinggi untuk berkaitan pihak berwajib dan dengan cara
mempelajari perkahwinan menerima penyampaian yang
hal-hal dan sebarang tindakan menarik, padat
perkahwinan pengalaman. apabila dan mudah
dalam Islam melanggarinya. difahami oleh
semua peringkat.

9
Sekian,
Terima Kasih

10

Anda mungkin juga menyukai