Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Masyarakat Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu. Semasa penjajahan British di
Tanah Melayu, imigiran dari China dan India di bawa masuk untuk bekerja di dalam sektor
perlombongan dan perladangan. Hal ini menyebabkan, penduduk di Tanah Melayu terdiri
daripada pelbagai kaum. Terdapat pelbagai istilah ‘Melayu’ yang ditafsirkan dalam pelbagai
bentuk berlainan seperti di dalam Perlembagaan Persekutuan ataupn Enakmen-enakmen
Rizab Melayu di Malaysia. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu’ ditakrifkan
sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazim berbahasa Melayu, menurut adat
istiadat Melayu dan (i) lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura
ataupun ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada Hari
Merdeka, ia adalah mendomisil di Persekutuan atau di Singapura , atau (ii) ia adalah
berketurunan seseorang yang tersebut. Manakala, mengikut Perlembagaan, seseorang Melayu
tidak perlu berasal dari bangsa Melayu dan Peranakan China yang memenuhi ciri-ciri itu
dianggap sebagai Melayu. Walau bagaimanapun, istilah ‘Melayu’ di dalam Enakmen Rizab
Melayu 1933, mentafsirkan bahawa seseorang bukan Melayu yang memeluk Islam dan
mengamal adat Melayu adalah tidak dianggap sebagai orang Melayu. Masyarakat kini juga
mentafsirkan bahawa walaupun seseorang itu tidak pandai ataupun tidak fasih berbahasa
Melayu kerana duduk di luar negara dalam tempoh yang lama tetapi lahir sebagai orang
Melayu ( ibubapa orang Melayu ) tetap dianggap sebagai orang Melayu. Oleh kerana,
penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kaum, tanah rizab Melayu yang juga
dikenali sebagai Tanah Simpanan Melayu untuk menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.
Namun begitu, tanah yang asalnya untuk menjaga kepentingan orang Melayu tidak digunakan
secara maksimum dan sesetengah individu menyalahgunakan tanah rizab tersebut seperti
menjual dengan individu bukan Melayu untuk mendapatkan keuntungan.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji Tanah Rizab Melayu. Secara
spesifikasinya, kajian ini adalah bertujuan:

1. Untuk memahami sejarah Tanah Rizab Melayu.


2. Untuk mengetahui jumlah keluasaan Tanah Rizab Melayu sebelum merdeka, semasa
merdeka dan selepas merdeka.
3. Untuk mengenal pasti faktor-faktor Tanah Rizab Rizab semakin Susut.
4. Untuk mengetahui langkah bagi mempertahankan Tanah Rizab Melayu dan
keberkesanannya.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan reka bentuk kajian adalah untuk meghubung kaitkan objektif kajian dengan
hasil kajian. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dimana Penyelidik menggunakan kaedah
temu bual dan rujukan perpustakaan. Menurut Majid Konting ( 1994 ), penyelidikan
deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena
yang sedang berlaku atau meneroka sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji.
penyelidik menggunkan instrument temu bual dengan menemu bual pensyarah-pensyarah
UKM yang arif tentang tanah rizab. Manakala, rujukan perpustakaan dengan melihat kajian-
kajian lepas berkaitan tajuk ini. Akhinya, maklumat yang diterima akan di analisis dan ditulis
dalam bentuk esei.

4.0 KAJIAN KES

Kajian Kes ini adalah berkaitan Pembangunan Tanah Rizab Melayu di Kampung Baru yang
dijalankan oleh Ruslin Haji Hassan ( 1993 ). Antara konflik yang timbul berkaitan dengan
Tanah Rizab Melayu adalah apabila Kerajaan hendak memajukan Kg. Bharu pada tahun 1975
dengan konsep Pencantuman Lot. Ia bertujuan agar Kg. Bharu dapat maju dengan lebih
ekonomik. Walau bagaimanapun, pemilik tanah Rizab Melayu di Kg. Bharu enggan bersetuju
dengan konsep tersebut. Oleh itu, pihak DBKL telah menyarankan pendekatan efektif
menerusi pelan konsep menerusi pelan konsep pembangunan pada tahun 1985.

2
Pada amnya, tujuan utama pelan konsep pembangunan ini diperkenalkan adalah supaya
pemilik tanah dapat dielakkan daripada membangunkan tanah secara persendirian iaitu
dengan memberikan beberapa insentif berkesan seperti tambahan nisbah plot , kepadatan,
mendapat pengurangan sebanyak 50 peratus keperluan bagi tempat letak kereta serta caj
pembangun akan dikecualikan. Namun begitu, pembangunan yang dijangkakan tidak tercapai
melalui pendekatan ini.

Pada tahun 1991, sepanjang Jalan Raja Abdullah, sebanyak 16.57 hektar tanah iaitu 40.94
ekar telah diambil balik oleh DBKL semasa lawatan YAB Perdana Menteri. Usaha
pembangunan ini tidak berjaya dilaksanakan disebabkan oleh kos pengambilan tanah
meningkat dan dikhuatiri ia akan membebankan pihak kerajaan. Namun begitu. YAB
Perdana Menteri mengeluarkan arahan supaya pelan tempatan disediakan bagi memastikan
pembangunan Kg. Bharu dan kawasan sekitarnya dapat dikawal.

Penyelidik mencadangkan agar lebih banyak pihak mengadakan kempen kesedaran kepada
penduduk tentang kebaikan dan manfaat sekirannya tanah rizab Melayu tersebut
dibangunkan. Selain daripada itu, penyelidik mencadangkan agar pihak kerajaan dapat
memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mengusahakan tanah rizab mereka
masing-masing. Ia bertujuan untuk menggalakkan penduduk kampung membangunkan tanah
sendiri daripada menjual tanah tersebut kepada orang lain atau menjadi tanah terbiar.

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 SEJARAH TANAH RIZAB MELAYU

Tanah Rizab Melayu yang juga dikenali sebagai Tanah Simpanan Melayu adalah suatu
kawasan tanah yang diwartakan khusus untuk orng-orang Melayu sahaja dan orang-orang
bukan Melayu tidak boleh memegang apa-apa hak terhadap tanah itu.

3
5.2 SYARAT-SYARAT UNTUK DIISYITIHARKAN TANAH RIZAB MELAYU

Antara syarat-syarat untuk mengisytiharkan sesebuah tanah itu sebagai tanah Rizab Melayu
ialah :

1. Tanah tersebut haruslah tanah yang belum lagi dimajukan atau dicucuk tanam.
[ Perkara 89(2) Perlembagaan Persekutuan ].
2. Sekirannya 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan, maka satu kawasan lain
yang belum dimajukan atau dicucuk tanam seluas 100 hektar juha hendaklah
disediakan untuk diberi milik kepada orang ramai termasuk Melayu. [ Perkara 89(2)
Perlembagaan Persekutuan ]
3. Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau
sebahagian daripadanya maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis
dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta
diisytiharkan sebagai ganti tanpa. Tanpa gentian, pembatalan itu dikira sebagai tidak
sah. [ Rujuk Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan ].
4. Menurut Perkara 89(4) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana tanah yang dimiliki
atau diduduki oleh orang bukan Melayu atau orang bukan Melayu mempunyai haka
tau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.
5. Manakala, menurut Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah baru atau tanah yang
termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab
Melayu. [ Sek.3(1) ERM Kedah ].
6. Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah
pecah sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.

Walau bagaimanapun, kini tiada lagi pengistytiharaan tanah Rizab Melayu sebaliknya
menjadi “ free hold” atau boleh dimiliki oleh bangsa lain.

5.3 KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU SEBELUM MERDEKA, SELEPAS


MERDEKA DAN SEKARANG

Pada awalnya, keluasan tanah simpanan ini tidak begitu luas iaitu kira-kira 19 peratus
daripada jumlah keluasan tanah atau keluasan tanah dapat dianggar dalam 2,432,790 hektar
pada tahun 1947. Terdapat perubahan ke atas keluasan tanah simpanan Melayu terutamanya
di kawasan semenanjung Malaysia. Keluasan tanah simpanan Melayu berubah-ubah kerana

4
telah bertukar milik, ditarik balik, dibatal atau sebagainya. Berikut merupakan maklumat-
maklumat mengenai keluasan tanah simpanan Melayu semasa penjajahan British.

Jadual 1. Keluasan Tanah Simpanan Melayu pada 1947.

Bil Negeri Keluasan (ekar) (hektar)

1 Kelantan 1,506,072 127,785

2 Perak 2,078,297 737,126

3 Pahang 3,591,073 299,393

4 Kedah 947,172 808,162

5 Johor 1,899,874 49,985

6 Negeri Sembilan 664,830 237,259

7 Perlis 81,543 37,165

8 Terengganu 1,308,502 -

9 WP Kuala Lumpur 24,356 -

10 Selangor 801,869 125,845

11 Melaka 165,265 -

Berdasarkan statik yang diperolehi daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Bahagian
Tanah Ukur Dan Pemetaan (BTUP) yang menunjukkan ranking tanah Rizab Melayu
mengikut keluasan yang tinggal pada ketika ini. Pada tahun 2014, keluasan tanah mengecil
dan telah menyusut kepada 12 peratus.

Jadual 2. Keluasan Tanah simpanan Melayu mengikut negeri pada tahun 2014.

Bil Negeri Tanah Negeri (hektar) Tanah simpanan/ Adat (hektar)

1 Johor 1,898,688.00 195,262.42

2 Kedah 942,500.00 868,836.09

3 Kelantan 1,510,462.00 1,307,153.40

5
4 Melaka 165,200.00 187,378.34

5 Negeri Sembilan 665,709.00 161,982.75

6 Pahang 3,596,500.00 438,491.68

7 Perak 2,100,500.00 763,666.28

8 Perlis 79,500.00 37,348.53

9 Pulau Pinang 103,104.00 0.00

10 Selangor 793,020.00 126,227.34

11 Terangganu 1,295,514.00 118.21

12 WP Kuala Lumpur 24,270.00 803.43

13 WP Putrajaya 4,930.00 0.00

Jumlah 13,179,897.00 4,087,268.47

Pada tahun 1931, British telah meninggalkan kira-kira 3.1 juta hektar atau 23.92 peratus
tanah kepada orang Melayu dan juga pada 5 Ogos 1957 semasa pembentukan lembaga
persekutuan Tanah Melayu terdapat wasiat daripada Raja-raja Melayu yang mewasiatkan
bahawa nisbah 50 peratus tanah diperuntukkan kepada tanah simpanan Melayu. Tetapi kini
jumlah keluasan tanah semakin menyusut dan tanah rizab Melayu juga dikatakan tidak
berpeluang untuk mencapai sasaran 50 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah di
Malaysia.

Jadual 3. Penyusutan Tanah simpanan Melayu.

Bil Tahun Keluasan TanahSimpanan Peratusan Perbandingan Status

(hektar) (%) (%)

1 1921 2,088,504.00 15.87 - tambah

2 1931 3,149,225.00 23.92 8.05 tambah

3 1947 2,422,720.00 18.41 -5.51 susut

4 1955 1,757,883.00 13.35 -5.06 susut

5 1970 1,718,411.00 13.05 -0.30 susut

6
6 1983 1,303,555.00 9.90 -3.15 susut

7 1986 1,755,833.00 13.34 3.44 tambah

8 1995 1,773,207.77 13.47 0.13 tambah

9 2005 1,624,652.12 12.34 -1.13 susut

10 2009 1,578,263.91 11.99 -0.35 susut

5.4 FAKTOR KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU SUSUT

a) Himpitan pembangunan

Faktor utama penyusutan tanah simpanan Melayu adalah disebabkan oleh pembangunan
daripada pihak kerajaan dan juga pertumbuhan projek ekonomi berpotensi tinggi. Pelaksana
dan pemaju projek daripada golongan bukan Melayu lebih berminat untuk mendapatkan
tanah-tanah milik termasuklah tanah milik orang Melayu kerana tanah kerajaan begitu terhad
terutamanya di kawasan-kawasan strategik.

b) Tanah sebagai komoditi

Menurut Dr. Mohd Hasrol Haffiz Aliasak mendapati hasil kajian yang dijalankan oleh beliau
di Larut Matang dan Selama,Perak menunjukkan bahawa sebanyak 191 pegangan tanah
milikan Melayu telah dilupuskan kepada bukan Melayu dengan membabitkan kawasan seluas
217.16 hektar tanah. Dalam tempoh yang sama pemerolehan tanah oleh orang Melayu
daripada bukan Melayu sebanyak enam pegangan yang melibatkan kawasan seluas 12.17
hektar tanah. Masyarakat Melayu yang memiliki tanah ini menganggap tanah mereka sebagai
sumber material yang hanya dapat dijual untuk mengaut keuntungan semata-mata berbanding
mengusahakan tanah mereka sendiri yang dapat dijadikan aset untuk menjana masa depan
kehidupan mereka kelak.

7
c) Pengambilan tanah oleh kerajaan

Pengambilan tanah oleh pihak kerajaan juga merupakan salah satu faktor lain bagi
penyusutan tanah rizab Melayu. Pengambilan tanah ini digunakan untuk kepentingan awam
tetapi tidak diganti semula. Menurut Dr. Mohd Hasrol Haffiz Aliasak, sebagai contohnya
kerajaan mengambil 100 ekar tanah dan hanya menggantikan 80 ekar, tetapi dimanakah 20
ekar tanah tersebut? Beliau berpendapat sepatutnya baki tanah tersebut harus digantikan
dengan serta merta.

d) Masalah Tanah terbiar.

Apabila sebidang tanah rizab mempunyai ramai pemilik (multiple ownership) berlaku
disebabkan oleh pemilik asal memberi tanah kepada anak cucu mereka dan perwarisan ini
dipanggil sebagai perwarisan secara turun-temurun. Secara amnya, masyarakat Melayu yang
tinggal di luar bandar tidak mempunyai kuasa dalam pembelian tanah kerana mereka
memiliki taraf ekonomi yang rendah jika hendak dibandingkan dengan kaum lain. Tanah-
tanah mereka juga tidak dapat mengeluarkan hasil pendapatan yang lumayan dalam sektor
pertanian kerana saiz pemilikan tanah mereka ini mengikut syer dan dianggap begitu kecil.
Manakala bagi kawasan-kawasan di pedalaman ramai orang yang berhijrah keluar daripada
luar bandar ke bandar untuk bekerja makan gaji berbanding megusahakan tanah mereka
sendiri. Tambahan lagi, konflik dalam pembahagian harta pusaka menyebabkan kes-kes
seperti ini tiada jalan penyelesaiannya.

5.5 SEKATAN-SEKATAN URUS NIAGA KEATAS TANAH RIZAB

Undang-undang yang mempertahankan Tanah Rizab Melayu adalah Enakmen Tanah Rizab
Melayu, Perlembagaan Persekutuan Perkara 89, dan Akta Pengambilan Tanah 1960.
Enakmen Rizab Melayu mula diperkenalkan pada 1 Januri 1914 apabila Enakmen Rizab
Melayu 1913 dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri
Melayu Bersekutu iaitu Perak, Negeri Sembilan dan Pahang Enakmen Rizab Melayu 1913 ini
telah dimansuhkan mulai daripada 15.12.1933 dan digantikan dengan Enakmen Rizab
Melayu 1933. Pada tahun 1935, Enakmen Rizab Melayu 1933 ini telah disemak dan
diterbitkan semula Sebagai Enakmen Rizab Melayu dan digunakan hingga ke hari ini.

8
Kemudiannya negeri-negeri lain turut mewujudkan Enakmen Rizab Melayu mereka masing-
masing seperti Kelantan ( 1930 ), Kedah ( 1931 ), Perlis ( 1935 ), Johor ( 1936 ) dan
Terengganu ( 1941 ).

Pengistiharan sesuatu kawasan sesuatu kawasan itu sebagai tanah Rizab Melayu adalah
bertujuan untuk mempastikan atau untuk menjaga tanak-tanah milik Orang Melayu tidak
terjatuh ke tangan bukan Melayu dan agar kawasan-kawasan padi dikekalkan serta orang-
orang Melayu terus menanam untuk menjadi sumber makanan kepada penduduk yang kian
meningkat. Oleh sebab itu, Enakmen Rizab Melayu di negeri-negeri diwujudkan agar dapat
memastikan bahawa tanah-tanah rizab Melayu tetap dimiliki oleh orang-orang Melayu.
Sekatan-sekatan urusniaga ke atas tanah-tanah Rizab Melayu terbahagi kepada dua iaitu
pertama adalah untuk menghalang pihak berkuasa negeri dari melupuskan kepada bukan
Melayu dan menghalang dari dibuat urusniaga persendirian.

Menurut Visu Sinnaduri (1996 ), kebanyakkan Enakmen tanah Rizab Melayu menghalang
penjualan mana-mana tanah Rizab Melayu kepada individu bukan Melayu. Contohnya,
Enakmen Rizab Melayu Negeri Melayu Bersekutu memperuntukkan bahawa “ Tanah Negeri
yang termasuk di bawah Rizab Melayu tidak boleh dijual, dipajak atau diurus niaga secara
lain kepada seseorang yang bukan Melayu” . Seterusnya, enakmen tersebut memperutukkan
bahawa “ Semua urus niaga atau pemberian dan semua percubaan untuk berurus niaga atau
memberi mana-mana tanah pegangan Melayu yang bertentangan dengan Enakmen ini
adalah batal sama sekali.”

Mahkamah telah mempertimbangkan kesan peruntukkan ini dan peruntukkan lain yang sama
daripada negeri-negeri lain dalam beberapa kes. Misalnnya, dalam kes Goh Soon Leong
lawan The Commissioner of Lands and Two Ors, seorang memegang tanah Rizab Melayu di
Kedah telah menjual dan cuba untuk memindahkan tanh tersebut kepada seseorang bukan
Melayu. Mahkamah ditugaskan untuk memutuskan kesan pemindahan tersebut dibawah
peruntukan-peruntukan Enakmen Rizab Melayu Kedah yang berkaitan. Peruntukkan yang
terdapat dalam Seksyen 6 Enakmen Kedah tersebut adalah “ Melainkan jika diperuntukkan
dalam Enakmen ini, apabila mana-mana tanah Rizab dipegang dibawah satu dokumen hak
milik oleh seorang Melayu, tiada apa-apa hak atau kepentingan boleh diletak hak kepada
seorang yang bukan Melayu, sama ada melalui pindah milik… atau sebaliknya, dan mana-
mana tanah Rizab dipegang dibawah satu dokumen hak milik oleh seorang Siam, tiada apa-
apa haka tau kepentingan boleh diletak hak kepada seorang bukan Melayu atau orang Siam,

9
sama ada melalui pindah milik… atau sebaliknya.” Oleh sebab Seksyen 6 tidak menghalang
jualan tanah Rizab Melayu di Kedah kepada seorang bukan Melayu, Mahkamah Rayuan
memutuskan bahawa pemindahan dalam kes ini tidak batal sama sekali.

Walau bagaimanapun, dalam kes Haji Hamid Ariffin dan Anor lawan Ahmad bin Mahmud,
Mahkamah Persekuuan tidak bersetuju dengan pendapat Mahkamah Rayuan Goh Soon
Leong. Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa pendapat Hakim Taylor mengenai kesan
Enakmen Kedah terhadap pemindahan tanah rizab kepada seseorang bukan Melayu itu adalah
salah, selepas perbincangan yang terperinci dilakukan mengenai peruntukkan-peruntukkan
Enakmen Rizab Melayu Kedah yang relevan. Mahkamah Persekutuan juga memutuskan
bahawa seorang Melayu menjual tanahnya kepada seorang bukan Melayu, perjanjian tersebut
‘bercanggah’ dengan peruntukkan seksyen kecil (1) kepada seksyen (6) dan batal sama sekali.
Seterusnya Yang Arif berkata bahawa di bawah seksyen 4,7, dan 19 Enakmen Kedah,
kerajaan Negeri boleh merampas tanah seorang Melayu jika di cuba untuk memindahkan
kepada seorang yang tidak layak memegang tanah tersebut atau boleh meluluskan jualan
kepada seorang bukan Melayu dengan mengeluarkan tanah tersebut daripada Rizab atau
mengisytiharkan pembeli itu sebagai Melayu.

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, seperti yang kita lihat Tanah Rizab Melayu adalah bertujuan untuk
memelihara hak melayu. Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang
menyalahgunakan keistimewaan yang telah diberikaan kepada orang melayu dengan menjual
tanh rizab tersebut kepada individu dari etnik yang berlainan. Kerajaan harusalah mencari
jalan lain untuk membendung daripada perkara ini berleluasa.

7.0 RUJUKAN

1. Ridzuan Bin Awang. 1987. Tanah Simpanan Melayu : Analisa Sosioekonomi dan
Perundangan. Kuala Lumpur. Rich Me Enterprise.

2. Visu Sinnadurai. 1996. Jual Beli Harta Di Malaysia. Ter: Sharifah Suhana Syed Ahmad
& all. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

10
3. Dr. Nik Mohd. Zain Nik Yusof. 1993. Tanah Rizab Melayu Dari Perspektif Dasar dan
Perundangan. Seminar Tanah Rizab Melayu-Perspektif Pembangunan. Sesi 1: Tanah
Rizab Melayu-Tinjauan Masa Hadapan. Anjuran Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan
Harta Kementerian Kewangan Malaysia. 28 September.

4. Yusof Bin Kasim/ 1993. Pembangunan Dan Pelaburan Dalam Tanah Rizab Melayu-
Pandangan Ahli Ekonomi. Seminar Tanah Rizab Melayu-Perspektif Pembangunan. Sesi
2: Pembangunan Dan Pelaburan Dalam Tanah Rizab Melayu. Jabatan Penilaian Dan
Perkhidmatan Harta Kementerian Malaysia. 28 September.

5. Ruslin Hj. Hassan. 1993. Pembangunan Tanah Rizab Melayu Kajian Kes: Kg. Baru.
Seminar Tanah Rizab Melayu – Perspektif Pembangunan. Sesi 3 : Pembangunan Tanah
Rizab Melayu – Pemahaman. Anjuran Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta
Kementerian Kewangan Malaysia. 28 September.

6. Anon. 2014. Ranking Tanah Rizab Melayu Tergadai & 88% Telah "Dirogo di Malaysia
Kelantan Tertinggi, Penang & Putrajaya Habis!
http://www.beritasemasa.com.my/tanah-rizab-melayu-tergadai-malaysia-2014
[29september 2015].

7. Anon.2014.Enakmen Rizab Melayu Kekal Relevan.


http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140917/Enakmen-RizabMelayu
kekal relevan [29 Seprember].

8. Dr. Mohd Hasrol Haffiz Bin Aliasak. 2015. Isu Tanah Rizab Melayu: Tragedi Bangsa Dan
Langkah Pembetulan Segera. http://www.academia.edu/8913282/TANAH RIZAB
MELAYU [29 September].

9. Muhammad Nuruddin Bin Bashah. 2015. Isu Tanah Rizab Melayu Terancam.
http://landskapsiasah.blogspot.my/2015/04/isu-tanah-rezab-melayu-terancam.html [29
September]

10. Siti Nursyahidah Bt Abu bakar. 2014. Sikap Punca Tanah Rizab susut.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/sikap punca tanah rizab susut 1.327891 [29
September 2015].

11

Anda mungkin juga menyukai